Tempat Sempurna

By Lollysnow

4.5M 265K 38K

THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa unt... More

THAQIF | SAFA
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
60*
61*
62
63
PERSONA TS
EPILOG
EXTRA #1 NS
EXTRA #2 NS
EXTRA #3 NS

43

57.4K 3.4K 435
By Lollysnow

Bunyi notifikasi telefon buat tubuh seseorang yang terlena beralaskan lantai bergerak-gerak dengan wajah berkerut tidak selesa. Perlahan-lahan kelompak mata terbuka mencerna apa yang tersaji di ruang mata.

Sedar dimana tubuhnya terlantar, Safa bingkas bangun dari baringan dengan mata terkebil-kebil. Rasanya semalam dia tidur atas sofa, ini dah tergolek ke lantai dah kenapa? Tangan meraba-raba mengeluarkan telefon bimbit dari dari beg tangannya. Skrin telefon dinyala.

Pukul 2 pagi! Patutlah badan dia sengal semua, dah berapa lama agaknya dia tertidur di atas lantai itu. Niat asalnya mahu tidur di dalam bilik dia dan Thaqif tapi kaki pula berat mahu melangkah. Sudahnya dia berundur ke ruang tamu dan entah bagaimana terlelap di sofa.

Ada juga panggilan dari Dato' Azham walau dia sudah maklumkan pada orang tuanya yang hari itu dia ada urusan diluar dan mungkin tak akan pulang ke rumah. Helaan berat nafas terhembus. Skrin telefon diketik-ketik meninggal pesan pada keluarganya agar esok pagi tidak huru hara jadinya. Bukan dia tak tahu sifat paranoid papanya yang seorang itu.

Tak cukup dengan itu. Safa siap menghantar selfie dengan senyum menampakkan gigi berharap dengan gambar itu dapat membuat papanya lega esok.

Usai meninggal pesan, Safa letak telefon di atas meja sebelum dia menggeliat meregang badan. Fuh! Kalau sampai keesok dia tidur atas sofa, tak tahu lah apa jadi pada badan dia. Dahlah baru je bersalin czer, berpantang pun main main. Haih Safa kau dah mula tak sayangkan tubuh.

Nak tak nak, dengan mulut terbuka luas menguap, Safa tarik beg tangan dan telefon bimbitnya lalu langkah diatur mendaki tangga menuju ke bilik. Dengan nafas dihembus panjang dan lafaz bismillah, daun pintu ditolak. Buat seketika kakinya kaku tak berkutik dihadapan pintu.

Sunyi..

Tapak kaki tetap bergerak membuka almari mengeluarkan cadar dan comforter, sedar hati sudah sebak. Nafas ditarik panjang membuang jauh rasa itu. Jika dilayan, sakitnya tak akan hilang, lebih baik dia tetap membiasakan diri dengan hari-hari yang berjalan.

Setidaknya, lama kelamaan rasa ini mungkin perlahan-lahan memudar pergi.

Ting!!

Sekali lagi bunyi notifikasi daripada Instagram buat Safa merengus dan berpaling memandang skrin telefon. Bunyi yang sama mengganggu tidur dia tadi.

Bantal bantal di dalam almari dikeluarkan lalu dihempas di atas katil sebelum dia capai telefon bimbit. Pesanan dari orang yang sama sejak beberapa bulan ini.

@ts

Username sudahlah guna dua huruf je, gambar profile pula tak nampak tuan muka, dengan warna hitam putih atau kelabu gelap. Yang dia pasti gambar lelaki yang sedang berbaring itu ditindih bayi!

Cukup menunjukkan dia seorang ayah! Dah jadi Ayah pastilah ada isterinya? Ini dah kenapa sibuk nak mengacau bini orang?

Asalnya Safa memang berniat mahu mengabaikan setiap chat lelaki itu tetapi apa yang membuat dia akhirnya membalas ialah topik bisnes yang dikeluarkan lelaki itu betul-betul menandakan lelaki itu orang terdekat. Tapi siapa?

Apa tak nya, setiap topik bisnes dan projek dijadikan modal perbualn lelaki itu berkait rapat dengan Safa sendiri! Awalnya perbualan mereka dilayan Safa ramah seperti melayan client sendiri sampailah lelaki itu mula bermain rindu.

'Awak cantiklah'

'Rindu nak tengok awak'

Begitulah contoh pesanan lama yang dikirim lelaki itu hingga membuat Safa muak dan geli mahu membalas. Tak sedar diri dah beranak satu! Sibuk nak mengurat bini orang. Kalau dah terang-terang tahu tentang bisnes Safa, mustahil lelaki itu tak tahu yang Safa sudah bersuami! Terang-terang gambar perkahwinan Safa dan Thaqif di instagram masih belum dipadam walau mereka pernah merancang untuk bercerai.

Dan sekarang, bibir Safa terjungkit geli dengan pesanan baru dikirim lelaki itu. Dengan sekeping gambar baby di dalam car seat.

'Awak suka baby tak? Macam mana kalau ni anak kita?' - TS

"Eee loya betul aku dengan jantan macam ni! Tak reti nak hargai bini ke atau bini tu dah meninggal. Kot ye pun jangan menggatal dengan bini orang lah!" Sambil membebel sambil Safa mengetik telefon bimbitnya.

'Maaf encik TS, tolong hormat saya sebagai isteri orang. Jangan chat bukan-bukan lagi. Saya ada suami.' - Safa Aqilah

Sebaik mungkin dia menahan jari untuk memaki. Ini mesti stok-stok lelaki macam Adri tak cukup dengan satu! Boleh jadi geng Thaqif juga, habis madu sepah dibuang!

'Buktikan yang awak ada suami?' - TS

"Eh eh jantan ni, bukan main minta minta bukti pula. Kau ingat kau siapa?! Aku kalau jumpa depan-depan ni, aku bakar hidup-hidup." Safa mengomel sendirian lagi.

'Penting ke? Kalau Encik TS terdesak nakkan bukti, boleh tengok gambar-gambar kahwin saya dekat IG,' - Safa

Ting~

Tak sampai beberapa saat, pesanannya kembali dibalas. Safa merengus.

'Saya masih belum puas, saya akan tetap rindukan awak Safa..'

"ARGH! Malas aku layan kau jantan. Baik aku tidur!" Safa membaling telefon di atas tilam sebelum dia menarik comforter menutup tubuh.

Terima kasih pada lelaki itu, walau dia geram dengan kegatalan itu. Sekurang-kurangnya ia mampu buatkan dia lupa dengan sakit rindunya walaupun untuk seketika.

THAQIF tersengih nakal membaca kembali pesanan di Instagram. Tak cukup itu tawa kecil juga terletus dalam pekat malam. Dari baringan dia bangun menatap wajah Saqif dalam baby crib.

"Mama masih sombong dengan kita sayang." Pipi tembam Saqif dicuit.

"Tapi papa happy..." Safa masih menganggapnya suami. Hatinya seperti menggelodak mahu pulang ke Malaysia dan memeluk erat tubuh isterinya sekarang.

Rindunya makin parah.

______

"Safa, bangun tak lapar ke?"

"Emm.. lapar tapi mengantuk lagi.."

"Mengantuk? Nanti boleh rehat Safa.. yang penting baby kita dah lapar ni.."

Safa tersenyum merasa usapan diperutnya. Perlahan-lahan dia berpaling menggeliat dengan senyum tak lekang dibibir.

"Aku dah lama tak rasa tidur lena macam semalam..." saat mata terbuka Safa kelu.

"Thaqif?" Nama itu diseru. Sunyi tiada sahutan.

"Sa-Saqif?" Tangan pula bergerak menyentuh perutnya yang sudah kempis. Dia mimpi lagi?

Gigi diketap sambil dia raup rambut kebelakang dan tak semena-mena air mata mengalir lagi ke pipi.

"Arghh!!" Comforter dicengkam melepas segala rasa hingga urat tangan timbul di kulit cerah itu. Bibir bergetar lagi.

*UWERKKK UWERRKK*

Thaqif cepat-cepat memakai baju sebelum dia bergerak mencapai botol susu lalu melangkah menghampiri Saqif di atas katil. Gusar riak terlakar di wajah memikirkan si anak yang tak berapa sihat sejak pagi tadi. Mungkin kesan suntikan semalam buat tubuh Saqif jadi lemah.

"Ya sayang? Saqif sakit ke?"

"Ya ya, papa kat sini Saqif.. shhh..." dan seperti biasa, sentuhan Thaqif betul-betul mujarab meredakan tangisan si anak.

"Good boy papa kena kuat tau. Nanti kita nak jadi hero mama."

"Shh.. Tameez Saqif good boy papa."

HENING dan kosong, rumah itu betul-betul tiada serinya lagi. Safa hela nafas berat memandang nasi goreng dimasak malas olehnya. Biasanya apapun dia masak, dia pasti akan berselera makan bersama Thaqif, dengan cerita mereka yang tak pernah habis. Tapi sekarang, jangan dikatakan selera, makanan itupun seperti tak ada rasa.

Safa merengus sebelum membuang nasi goreng sekali dengan pinggan ke dalam tong sampah. Tangan dibasuh sebelum dia angkat kaki menuju ke biliknya. Baru sahaja tombol pintu disentuh, kepala Safa tertoleh memandang ruang bilik bacaan Thaqif. Bilik yang selalu Thaqif guna untuk bekerja dirumah.

Ringan kaki melangkah ke bilik itu sebelum tombol pintu dipulas. Jarang dia kebilik itu memandangkan itu ruang bilik kerja Thaqif dan sebagai isteri dan orang luar dalam syarikat Thaqif, dia menghormati privasi kerja Thaqif walau mereka dirumah. Begitu juga Thaqif. Mereka saling menghormati jika ia berkait dengan pekerjaan.

Mata Safa meliar memandang segenap ruang itu. Puas berdiri dia melabuhkan duduk di atas kerusi kerja lelaki itu sambil matanya singgah menatap bingkai gambar berkembar. Sebelah gambar perkahwinan mereka dan sebelah lagi gambar ultrasound Saqif dulu. Thaqif letak disitu disertakan dengan tulisan tangan bertulis nama Saqif dibawahnya.

Andaikan Saqif masih ada, mungkin gambar ultrasound itu bertukar kepada wajah comel anak mereka...

Safa geleng kepala, entah apa dibuat Thaqif padanya. Dia tak dapat berhenti memikirkan lelaki itu walau sesaat!

Kaki dan tangan diregang menggeliat dengan mulut menguap. Hari ini hari barmalasan buat Safa! Ikutkan hati dia mahu keluar dan pulang ke rumah orang tuanya tapi entah kenapa. Dia masih disitu. Masih berat kaki mahu beredar pulang.

Sambil Safa menggeliat kakinya terlanggar sesuatu dibawah meja kerja lelaki itu. Dahi berkerut sebelum dia tunduk sedikit mencapai kotak besar itu lalu dihempas di atas meja. Tak bersalah kotak dibuka, segala perkakasan di dalam kotak itu merupakan barang-barang lama milik Saqif. Ada playstation, kamera, telefon bimbit lama..

Telefon bimbit?

Safa keluarkan telefon bimbit berjenama Samsung dari kotak itu. Tombol on ditekan lama sebelum logo Samsung terpampang di skrin telefon menandakan yang telefon itu masih berfungsi.

Tak tahu mahu melihat apa dalam telefon itu, Safa sekadar membuka galeri foto. Mahu melihat gambar-gambar lama lelaki itu. Mana tahu dia jumpa sesuatu yang boleh menambah bencinya pada Thaqif.

Tapi di galeri Thaqif penuh dengan gambar-gambar dan video dan rakannya. Ibu jari Safa sudah bosan menggesek-gesek skrin telefon sehinggalah ia terhenti pada video-video yang tertera location di Santorini, Greece. 9 tahun yang lalu.

Satu video ditekan, dan bunyi bising terus kedengaran seperti mereka berada di dalam kelab malam, cahaya lampu bewarna-warni dengan video yang tak jelas.

Safa menutup video dan kembali menggesek skrin sebelum matanya menangkap gambar sekumpulan lelaki dan perempuan bercuti bersama. Yang buat dia tersenyum jengkel sendirian melihat wajah Najla disitu bergambar sekali dengan teman-temannya.

Kalau ikutkan cerita Najla, waktu itu mereka sudah bercinta.

"Bila kau bercinta dengan dia dan bila kau pertama kali terlanjur dengan Thaqif?" Jelas soalan Safa di dalam kereta saat dia memandu membawa Najla pulang ke rumah.  Gadis itu kelihatan takut-takut untuk mengaku pada awalnya.

"Kami bercinta sebelum trip percutian kami ke Santorini, dan kami pertama kali terlanjur di Santorini." Jawapan itulah yang buat Safa yakin, yang perempuan yang Thaqif sebut saat mereka dalam penerbangan ke Santorini itu adalah Najla.

Tapi kenapa di dalam gambar itu Thaqif dan Najla kelihatan tak seperti orang bercinta? Patutnya orang bercinta duduk bersebelahan tapi mereka seorang dihujung kiri seorang dihujung kanan?

"Aku sibuk kenapa?" Safa menyoal jengkel pada diri sendiri.

Malas mahu memikir tangan Safa menggesek dan menekan spontan video dan gambar di galeri itu sampailah di satu video dia menhentikan pergerakan ibu jari di skrin telefon.

Video memaparkan suasana kelab malam dengan Thaqif yang tersenyum dengan wajah lesu disamping Ihsan.

"Thaqif meh sikit aku nak tengok muka orang demam paksa diri nak bercuti." Si perakam menarik wajah Thaqif menatap kamera telefon, Thaqif membalas malas dengan senyum tawar.

"Ololo nak bubur panas ke bang?" Ihsan kelihatan mengusik sambil memeluk bahu Thaqif.

"Rimaslah bodoh!" Thaqif menolak kasar tangan Ihsan buat rakan-rakan mereka disitu tertawa hinggalah mata Thaqif berpaling ke satu arah dan mereka disitu turut berpaling.

Suara-suara gelak tawa perempuan kedengaran dan kamera telefon turut bergerak merakam video beberapa orang perempuan merapati mereka. Ada Najla disitu.

Mata Safa sudah mengecil, ikutkan hati dia mahu hentikan video tapi entah kenapa mata masih kaku menonton.

"Jumpa pun kau orang kat sini." Suara Najla kedengaran disertakn video kembali berpaling ke wajah Thaqif yang mendongak. Dan jelas riak terpinga-pinga.

"Kau orang bukan tak cukup umur ke? Kenapa boleh masuk dalam ni?" Soal Thaqif serius, tiada gurauan dalam nadanya. Begitu juga rakan-rakan Thaqif yang lain seperti menyetujui kata-kata lelaki itu.

"Lah,, kami dah 18 tahun lah!" Suara Najla membalas.

"Laa, kita orang ingat 17 tahun." Ihsan menyampuk hambar.

Dan video dimatikan.

Safa pula yang terkebil-kebil. Ada sesuatu bermain dalam fikirannya sekarang.

Logikkah seoang lelaki lupa umur kekasih sendiri? Bukankah mereka bercinta sebelum mereka bercuti di Santorini? Dan video itu di Santorini saat umur Najla masih 18 tahun.

Umur yang sama Najla mengandungkan anak Thaqif..

Continue Reading

You'll Also Like

5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
148K 1.2K 7
Cinta, membahagiakan. Malah cinta juga membunuh seluruh harapan.
310K 14.2K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
3.5M 305K 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...