Tempat Sempurna

By Lollysnow

4.5M 265K 37.9K

THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa unt... More

THAQIF | SAFA
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
60*
61*
62
63
PERSONA TS
EPILOG
EXTRA #1 NS
EXTRA #2 NS
EXTRA #3 NS

42

56.8K 3.6K 115
By Lollysnow

*uwerkk~* *uwerkk*

"Ya Saqif, sabar.. Kenapa kurang sabar dah sekarang?" Thaqif tuang sedikit susu ke atas tapak tangan memastikan suhu susu sesuai untuk masuk ke dalam mulut anak kecilnya.

"Dah-dah, stop cry Saqif. Tak macho tahu?" Thaqif dukung Saqif ditepuk-tepuk sedikit belakang anak itu lalu dibawa ke dada.

"Bismillah.." Dia menyuap susu badan Safa yang sudah dipanaskan itu ke dalam mulut Saqif. Tak lama tangisan anak itu kembali diam.

Pagi Thaqif sejak 3 bulan sejak dia tinggal sendiri di Singapore beginilah. Sebelum dia bangun, Saqif dulu yang terlebih dahulu bangun. Jarang anak kecil itu sopan, selalunya akan menangis mencari susu takpun menangis mahu dipegang papanya. Memandangkan Saqif lahir tidak cukup bulan, terkadang kesihatan bayi itu tak seperti bayi yang lain.

Thaqif perlu bawa anaknya untuk pemeriksaan doktor sekali seminggu memastikan perkembangan otak dan badan Saqif berkembang baik. Ada juga Saqif demam, dan terpaksa ditahan dihospital.

Waktu-waktu itulah, Thaqif sedar sukarnya hidup sebagai orang tua. Kalau dulu dia boleh melangkah ringan tanpa fikirkan apapun. Tapi sekarang, seorang Saqif pun cukup buat setiap langkahnya rasa resah.

Bukan dia menganggap Saqif sebagai beban, cuma sekarang perasaan gusar seorang orang tua buat dia faham. Bagaimana sanggup seorang ibu bertaruh separuh nyawa melahirkan seorang zuriat dan bagaimana seorang ayah sanggup membanting tulang dan kadang ada yang sanggup melakukan kerja apapun sekadar mahu menyediakan kehidupan terbaik untuk anak-anaknya.

"Saqif, jangan gelojoh!" Jari kelingking Thaqif mencuit pipi tembam anaknya sambil dia kemas memegang botol susu. Makin hari, pipi anak itu makin tembam, cukup buat dia rasa lega. Mujurlah stok susu badan Safa lebih dari cukup untuk dia beri pada Saqif. Dan sepanjang tiga bulan itulah Safiya banyak membantu dia.

Sementara pekerjanya ulang alik ke Malaysia, sementara itu mereka akan singgah mengambil susu dari Safa, terkadang pembantu Safiya yang membantu, kadang Safiya sendiri yang kirimkan. Urusannya dengan Saqif betul-betul dipermudahkan.

"Cepat, papa dah lewat nak kerja sayang." Thaqif kucup dahi Saqif buat mata anak itu terkebil-kebil memandang papanya.

Thaqif hanya bertuala tak sempat bersiap, rambut juga masih basah. Macam mana nak bersiap, sebelum dia mandi dia akan mandikan Saqif dulu dan siapakan pakaian anak itu. Tadi Saqif tak bersungguh nak menyusu, sambil anak itu terkebil-kebil dalam baby crib. Thaqif tinggal sekejap nak mandi, ini baru 2 minit sentuh air, Saqif menangis lagi nak menyusu.

Haih~ ya, tipulah hidup sebagai orang tua itu tak memenatkan. Jujur dia pernah mengeluh. Tapi fikirkan sakit yang Safa alami mahu lahirkan anak itu, Thaqif buang jauh fikiran itu. Lagipula, Saqif zuriat yang selama ini dia tunggu bersama Safa. Sepatutnya dia bersyukur masih diberi peluang membesarkan anak itu walaupun saat ini tanpa Safa disisi.

Saqif anaknya, walau sepenat mana pun hidupnya, walau rehatnya tidak pernah cukup. Dia tidak akan pernah berpaling sayang dari anaknya sendiri. Dan saat itu barulah dia sedar, itulah perasaan semula jadi orang tua.

Kalau Safa ada ditempatnya, dia yakin Safa akan rasa perkara yang sama.

"Baguslah.. aku pun memang tak sanggup lagi nak mengandungkan anak dari lelaki macam kau."

"Inikan nak bayangkan hidup aku terpaksa besarkan anak, sleepless, faking love untuk seorang budak yang aku tak akan cinta."

Kata-kata Safa tempoh hari ditelan pahit Thaqif tapi tidak pernah disimpan ke hati. Ya betul kata-kata itu pernah singgah menyiat hatinya tapi dia yakin, Safa bukan orang yang mudah membenci. Safa mungkin melepas rasa sakitnya tanpa fikir apa keluar dari mulutnya. Jadi dia akan cuba sebaik mungkin mengerti keadaan isterinya.

"MAAF SAQIF, HARINI Saqif kena teman papa kerja lagi. Tapi papa janji sekejap je, tak lama." tubuh kecil Saqif diletak perlahan-lahan ke dalam car seat. Topi comel bewarna putih disarung dikepala anaknya. Saqif kelihatan diam dalam lena kerana kekenyangan susu. Harapnya tidur anak itu lama, sampai dia siap segala urusannya hari ini.

Sampai sahaja ditempat dituju, stoller baby menempatkan Saqif didalamnya ditolak masuk ke dalam pasaraya besar di kawasan itu sebelum dia terus berjalan menuju ke tingkat atas menempatkan pejabat urusan Pasaraya itu. Melihat pekerja yang tersenyum menyambut kedatangannya, Thaqif turut membalas senyum.

"Encik Martin dah sampai?" Thaqif berhenti menolak stroller memandang salah seorang pekerja disitu.

"Dah sampai Encik Thaqif, baru je. Baby Saqif nak kami jagakan dulu ke sementara Encik meeting kat dalam?" Tawar salah seorang pekerja wanita disitu.

Kepala Thaqif tunduk memandang Saqif lena tak berkutik di dalam strollernya.

"Tolong ya, kalau Saqif meragam boleh beritahu saya." Thaqif tolak stroller pada pekerja wanita itu.

"Baik Encik Thaqif! Setakat jaga Saqif yang comel ni kami rela hati sanggup." Seorang lagi pekerja menyampuk buat Thaqjf tergelak kecil.

"Saya tinggal sekejap." Thaqif tunduk mengusap kening Saqif dengan ibu jari sebelum dia berlalu meninggalksn anaknya pada pekerja-pekerja itu. Ini bukan kali pertama, walau awalnya Thaqif agak ragu-ragu ingin menyerah anaknya pada orang lain. Tapi atas urusan kerja, dia serahkan juga Saqif dibawah jagaan pekerjanya sementara waktu.

"Kau orang rasa-rasa kan, kenapa ya Encik Thaqif jaga anak dia seorang diri? Isteri dia meninggal ke masa lahirkan Saqif?" Seorang pekerja disitu meneka. Mana tak nya, tiap kali Thaqif datang kepejabat atau kemana-mana pun lelaki itu pasti akan bawa Saqif bersama. Nasib baiklah lelaki Malaysia itu majikan mereka, kalau tidak mahu dibuang bos sebab tak profesional.

"Apa kau cakap macam tu, mana tahu isteri dia hidup lagi. Isteri dia kerja ke apa."

"Habis kalau hidup kenapa tak pernah nampak? haritu aku ada nampak Encik Thaqif shopping barang dapur, weekend tahu! Tak kan lah sampai ke weekend dia bawa Saqif kemana-mana. Tak rasa suspicious ke?" Seorang lagi menyampuk.

"Hm.. mungkin mereka dah bercerai."

"Ish mengarutlah! Kalau bercerai pasti hak jagaan budak kecil macam Saqif ini jatuh ke tangan Ibu. Sebab dia masih menyusu."

"Tapi kalau betul Encik Thaqif tu tak ada isteri, dia mesti dapat gelaran duda hot kat pasaraya ni. Mana nak cari ayah sanggup heret anak kesana sini, tak lepas Saqif dari mata dia. 1 dalam sejuta tau."

"KAU TINGGAL SAQIF kat luar ke?" Martin menyoal Thaqif yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam biliknya. Dalam kesibukkan menjaga anakpun, lelaki itu tetap nampak bergaya seperti lelaki bujang walau ada calitan bekas susu di bahunya. Mungkin angkara Saqif.

"Ya, geng office tolong jaga. Maaf buat kau menunggu." Thaqif tarik kerusi lantas melabuhkan punggung dihadapan Martin.

Martin, salah seorang rakan kongsinya dalam membangunkan Pasaraya di Singapore itu sejak 3 tahun yang lalu. Tak ramai tahu yang Thaqif mempunyai perniagaan di Singapore memandangkan lelaki itu terlalu sibuk dengan urusan kerjanya di Malaysia. Dalam kesibukkan, Thaqif tetap bersedia dengan masa depannya.

Berkat persahabatan ringkas bersama Martin, hinggalah mereka merancang untuk tubuhkan sebuah Pasaraya, dulu kecil tapi mula diperbesarkan pada tahun lalu memandangkan Pasaraya itu menjadi tumpuan penduduk dikawasan itu. Rezeki mereka. Sekarang, Pasaraya bernama THE CORNER itu mula terkenal dan dalam perancangan menubuhkan cawangan di Malaysia.

"Ini tapak-tapak cadangan untuk cawangan kedua THE CORNER dekat Malaysia, since kau lebih familiar dengan negara kau. Better kau lah yang decide." Martin serah beberapa helai kertas kepada Thaqif. Ada rangka-rangka tapak terlakar diatasnya. Martin kacukan Cina dan Melayu beragama Kristian dan sememangnya anak kelahiran Singapore. Lelaki itu sama sepertinya, ada perniagaan besar di Singapore dan dimasa yang sama ada business sampingan untuk persediaan masa hadapan.

Mungkin rezeki menyebelahi mereka, Pasaraya yang dulu diajak-ajak ayam kini berkembang maju.

"Kalau kat Malaysia, aku tak prefer untuk buat single building khas untuk THE CORNER since competitors kita kat Malaysia banyak. Kecualilah, kalau kita bangunkan pasaraya ni kat kawasan luar bandar pesat,  daerah-daerah kecil."

"Tapi possibility untuk loss tu agak high dekat kawasan-kawasan tu." Thaqif diam sejenak sambil dia membelek-belek kertas dipegangnya.

"Why not kita join shopping mall? Like kat Seremban ni, ada Mall yang akan dibuka kan, berdekatan kawasan Universiti and betul-betul di kawasan perumahan." Thaqif tunjuk satu tapak bertempat di Negeri Sembilan.

"Great. So kau setuju yang ni?"

"Yah, kos pun tak perlu banyak." Ringkas jawapan Thaqif buat Martin tergelak. Sayang betul lah dengan duit dia.

"Baik-baik, aku akan discuss dulu dengan mereka."

"Thank you." Thaqif berpaling memandang seorang pekerjanya berdiri dimuka pintu bilik mesyuarat dengan mendukung Saqif. Cepat sahaja Thaqif bangun membuka daun pintu.

"Maaf Encik Thaqif, Saqif merengek. Kami rasa dia nak papa dia. Bagi susu dia tak nak, tengok pampers pun tak penuh."

"Oh sokay. Meeting saya pun dah nak habis. Thank you." Thaqif ambil Saqif dari dukungan wanita itu. Belakang anak itu ditepuk-tepuk dan seperti mengenali tangan itu. Tangisan Saqif mereda.

"Apalah agaknya perasaan mama Saqif kalau tahu Saqif ni manja sangat dengan papa dia huh?" Martin bangun mencuit hidung comel Saqif. Walau dia tahu tindakan Thaqif membawa Saqif ke pejabat melanggar profesional diri. Tapi dia tahu Thaqif profesional dengan kerja-kerjanya. Buktinya sepanjang lelaki itu mengambil alih urusan-urusan pentadbiran banyak perkara lebih teratur daripada sebelumnya.

"Mungkin mama dia akan jealous?" Thaqif usap belakang Saqif dan berpaling memandang Martin dengan senyum tipis.

"Apa? Jealous dengan papa dia."

"Mestilah dengan anak dia." Jawapan Thaqif buat Martin melepas tawa kecil.

"Oh by the way, susu Saqif. Tadi aku singgah bawah, kebetulan aku tengok beg susu Saqif dia orang letak tepi masa turunkan stock barang." Kebanyakkan stock barangan mereka dibekalkan dari Malaysia, disebabkan itu lori-lori barangan mereka akan ke Malaysia untuk mengambil barangan dan dikesempataj itu Susu dari Ibu Saqif turut diexport sekali. Kalau difikirkan mungkin lucu dan sedih masa yang sama.

Saqif berhak juga menyusu dengan ibunya sendiri.

"Kau ambilkan ke?" Thaqif menyoal.

"Ya, aku letak dalam peti ais kat pantry."

"Okay thank you again Martin, aku tak boleh lama. Nak pergi jumpa doktor Saqif pula." Thaqif meminta diri buat Martin mengangguk faham. Kesibukan Thaqif buat dia yang mengeluh kepenatan.

Bukan dia tak cadangkan lelaki itu menghantar Saqif ke mana-mana rumah pengasuh. Tapi Thaqif itu paranoid. Nak tinggal anak pada pekerja sebentar pun dia was was, ini nah serah pada pengasuh.

Alasan lelaki itu tetap sama, dia tak percaya untuk serah anaknya kepada sesiapapun kecuali keluarganya sendiri.

'KTAK'

Pintu utama rumah besar dia bersama suaminya ditolak. Panjang nafas ditarik. Kunci rumah dipegang diletak di dalam bekas kunci. Langkah perlahan-lahan diatur tanpa arah, sehinggalah langkahnya terhenti pada Sofa.

Tempat dia dan lelaki itu selalu bersama meluah cerita harian mereka setiap petang sambil melayan drama TV. Tempat yang penuh dibayangi gelak tawa dan senyuman mereka berdua.

Beg tangan dihempas di atas sofa menghapuskan bayangan lama.

Langkah kaki diatur pula menuju ke ruang dapur. Tiada satupun terusik, sink yang dulu  selalunya berair kini kering lama tidak bersentuh. Tangan Safa bergerak membuka peti ais. Makanan basah mereka yang selalu penuh diruang itu sudah tiada, mungkin dikeluarkan Thaqif. Peti juga kosong hanya tinggal kotak-kotak minuman susu yang selalu menjadi minuman Safa dulu tersisa disitu.

Pandangan dihala pula pada tempat dimana dia dan Thaqif berdiri memakain apron dan masak bersama. Tiada satupun mengeluh kepenatan, walaupun masing-masing masih berpakaian kerja. Hanya tawa dan gurauan Thaqif buat penatnya selama ini hilang.

Penat dihantui bayangan, Safa melangkah keluar dari ruangan itu. Kepala didongak memandang tangga menuju ke bilik mereka. Air liur diteguk terasa kesat.

Langkah diatur perlahan-lahan menuju ke ruang itu. Sepi sekeping hati buat nafasnya sesak dan matanya hangat.

Perlahan-lahan tangan diangkat memegang tombol pintu bilik dan tak semena-mena air mata yang dari tadi bertakung ditubir mata mengalir jatuh ke pipi. Bibir mula bergetar dengan gigi diketap kuat menahan beribu rasa.

Kenapa dia harus rasa sesakit ini?

Bukankah ini yang dia mahukan?

"Abang Thaqif dah lepas pengaruh dan lucutkan diri sendiri untuk jadi calon CEO syarikat keluarga dia.."

"Dia tak nak semua tu lagi. Tak ada siapa tahu kenapa dia buat macam tu. Macam tak masuk akal.."

Kata-kata Safiya tempoh hari buat Safa dihurung persoalan dan pelbagai rasa menghentak dirinya sekarang. Lagi-lagi, segala harta Thaqif di Malaysia diserahkan kepada Safa dan kemana lelaki itu? Mana lelaki itu tinggal? Apa Thaqif buat sekarang?

Persoalan itu buat Safa hampir gila setiap malam memikirkan lelaki itu.

"Kau tak patut wujud dalam hidup aku dari awal Thaqif, kau tak patut.." Esakan Safa mula terhambut dihadapan kamarnya sendiri. Lututnya buat dia terduduk disitu.

Rumah yang dulu riuh dengan gelak tawa mereka kini diisi dengan raungan tangisan Safa yang entah bila akan berakhir.

Tangannya sendiri tak kuat memulas daun pintu, dia takut banyangan rindum menghimpit dadanya.

Ianya sangat sakit..

Apa lelaki itu rasa apa yang dia rasakan sekarang? Kalau ada, mungkin Thaqif akan mencarinya.

Tapi...
'Ini tak adil Thaqif..'

Safa tekup mulut dengan mata terpejam rapat melepas rasa sakit dengan raungan tangisannya. Dadanya sesak sangat sesak. Hari demi hari dia menunggu rasa ini dihapuskan, dalam doa dia berharap rasa ini dimatikan.

Tetapi kenapa makin hari, makin menyakitkan..

Sangat tak adil.

Continue Reading

You'll Also Like

83.5K 9.1K 16
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
928K 30.1K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
1.6M 54.5K 55
[Pattenson Family vol. 1] "Kenapa you benci I sangat? Hina sangat ke I ni di mata you?" - Delyn Fawara - "Yes. Memang kau hina. Nak tahu kenapa...
1.5M 127K 44
She is mine❞ "Tuan muda, puan buat hal lagi dia curi ayam jiran." Menjadi suami seorang gadis yang nakal memang pilihan nya namun menjaga gadis it...