Unseen Love | OG (EDITING)

By MeyAmyra

36.6K 2K 530

ARMEL ZULEYKHA | TUNKU DANISH Gelaran Playboy tidak bererti dia senang untuk didampingi. Tunku Danish memand... More

𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟭
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟮
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟯
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 |𝟰
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟲
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟳
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟴
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟭𝟬
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟭𝟭
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟭𝟮
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟭𝟯
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟭𝟰
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟭𝟱
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟭𝟲
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟭𝟳
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟭𝟴
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟭𝟵
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟮𝟬
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟮𝟭
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟮𝟮
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆| 𝟮𝟯
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆| 𝟮𝟰
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟮𝟱
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟮𝟳
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟮𝟴
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟮𝟵
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟯𝟬
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟯𝟭
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟯𝟮
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟯𝟯
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟯𝟰
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟯𝟱
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟯𝟲
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟯𝟳
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟯𝟴
𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟯𝟵

𝑼𝒏𝒔𝒆𝒆𝒏 𝑳𝒐𝒗𝒆 | 𝟮𝟲

1.1K 55 33
By MeyAmyra


ARMEL buang pandang ke luar tingkap kereta. Perjalanan dari kelantan ke kuala lumpur itu sunyi sepi. Langit yang senja juga sudah mula gelap. Aron lebih selesa memandu tanpa bersuara, mereka sudah lambat dari rancangan asal.

Jika mengikut arahan Tunku Danish dia dan Aron sepatutnya tiba di Kuala Lumpu sebelum pukul 4 petang tapi saat ini jam sudah hampir menunjukkan pukul 8 malam dan mereka masih dalam perjalanan ke penthouse Tunku Danish.

Armel lepas keluhan kecil, 6 jam lebih perjalanan mereka, dia masih tak henti memikirkan perbualannya dengan Puan Sarah sebelum bertolak tadi.

"Seminggu yang lalu, Esa balik dari KL dan sampaikan cerita pada Mak dia yang Armel tinggalkan dia sebab dah jadi perempuan simpanan lelaki kaya. Makcik Aisha datang jumpa Ibu, mengamuk besar dia, dia nak ibu telefon Armel dan paksa Armel pulang sebab dia nak bincang semua hal tu. Ibu dah cuba banyak kali telefon nomber Armel tapi dah tak dapat, Ibu sedapkan hati selagi bukan dari mulut Armel Ibu takkan percaya."

Puan Sarah menarik nafas dalam. Matanya dipejam rapat dan dibuka semula, wajah Armel yang sedang duduk disebelah itu dia pandang. "Tapi sekarang, hati Ibu dah tak boleh nak nafikan lagi. Apa yang jadi sebenarnya ni Mel? Betulkah apa yang Makcik Aisha Cakap tu?"

Armel tundukkan wajah, teresak dia menangis. Tak mampu menjawab soalan Puan Sarah.

"Kalau betul Mel buat kerja terkutuk tu. Tak payah lagi balik KL, Ibu tak benarkan."

Air jernih semakin deras mengalir dari kelopak mata Armel. "Tak Ibu.. Tak! Apa yang jadi bukan macam Makcik Hajjah cakapkan tu. Semua tu salah faham"

"Habis tu kalau tak betul, bagitahu Ibu perkara sebenar. Lelaki yang dimaksudkan Esa tu siapa?"

"Lelaki tu suami Armel." Tak dapat dibendung lagi, Armel tiada pilihan selain memberitahu perkara sebenar.

Kaku, jawapan Armel membuat Puan Sarah hilang kata-kata. "Ma.. Maksud Mel, Mel dah kawin?"

Armel menghela nafas berat, riak wajah Puan Sarah buat dia semakin rasa bersalah. Namun perlahan-lahan dia memberi satu anggukan kepala sebagai jawapan juga.

"Astaghfirullahaladzim, kenapa rahsiakan hal penting macam ni dari Ibu? Mel dah tak anggap Ibu ni sebagai keluarga lagi ke?"

"Tak! Bukan macam tu. Armel memang nak cerita hal sebenar dekat Ibu, cuma Armel tunggu masa yang sesuai." Sambil teresak Armel menjelaskan.

"Tak paya tunggu masa yang sesuai lagi. Cerita, Ibu nak dengar semua. Sekarang!"

"Puan, Kita dah sampai."

Teguran dari Aron membuat Armel tersedar dari lamunan. Wanita itu memerhati kawasan sekeliling, mereka kini sudah berada di parking lot di dalam bangunan Penthouse milik Tunku Danish.

"Aron, boleh saya minta tolong?" Tanya Armel.

Tanpa ragu Aron mengangukkan kepala. "Ya,"

"Kalau boleh tak perlu beritahu Tunku apa-apa yang awak nampak sepanjang awak dekat kelantan terutama hal tadi pagi." Pintah Armel. Bukan sengaja nak berahsia tapi dia merasa yang Tunku Danish tiada kaitan apa-apa dengan perkara tersebut.

Tangan Aron yang sedang membuka seatbelt itu terkaku. Dia seperti tidak setuju dengan permintaan Armel. "Maaf, Puan. Tapi saya.."

"Biar saya yang beritahu Tunku." Armel mencantas kata-kata Aron. Sudah agak yang lelaki itu akan membantah tapi cara itu bolehlah mendiamkan Aron satu dua hari ini.

Sementara dia memberi ruang pada emosinya untuk kembali pulih.

Tok! Tok!

Ketukan cermin kereta dari sebelah Armel membuat dia menoleh. Pintu kereta dibuka setelah melihat Tunku Danish sudah berdiri tepat dihadapan pintu kereta.

"Kenapa lambat sampai?" Dengan pantas Tunku Danish bertanya. Lelaki itu memberi ruang pada Armel yang sedang keluar dari perut kereta.

Armel tak menjawab dibiar soalan Tunku Danish sepi. Jika dia beritahu hal sebenar takut lelaki itu mengaju bermacam-macam soalan lagi. Dia pun rasa kurang sihat sekarang. Kepala terasa pening, rasa macam nak demam. Tak larat lagi nak melayan amuk Danish nanti.

"Hey, Im talk to you." Tunku Danish menarik lengan Armel. Dia tak suka Armel tak pedulikan dia.

"Ada hal sikit tadi dekat kampung." Jawab Armel. Namun dahinya berkerut setelah sedar Tunku Danish masih lengkap memakai suit hitam. "You baru balik dari pejabat ke?"

"Tak, I nak keluar."

"Hmm, patutlah ada kat sini." Cebik Armel, tak heranlah kenapa Tunku Danish tiba-tiba muncul di parking lot. Tak mungkinkan jika kemunculan lelaki itu untuk menjemputnya.

Tanpa memeduli Tunku Danish, Armel melangkah ke Aron yang sedang sibuk mengeluar beg-beg pakaian dari bonet kereta, lalu itu mencapai bag pakaian miliknya.

"Tak pah Puan, Biar saya angkat." Halang Aron.

"Tak payalah. Bukan berat pun, saya masih boleh bawa." Jawab Armel. Dia tahu Aron juga penat. Lelaki itu memandu tanpa henti sejak pagi tadi. Dan dia hanya duduk tak berbuat apa-apa. Tolong sikit pun jadilah.

"Biar Aron yang angkat. Tak payah paksa diri you angkat beg tu." Tunku Danish mencelah, sambil mengatur langkah berdiri di sisi Armel.

Armel hanya diam tak menjawab. Tunku Danish memberi isyarat mata ada Aron agar mengambil beg dari tangan Armel dan berlalu pergi.

Seperti biasa Aron juga tidak membantah. Lelaki itu bertindak lebih pantas. Armel juga tak sempat berbuat apa-apa. Dia hanya mampu memerhati langkah Aron yang sudah menuju ke arah lift untuk naik ke tingkat atas.

Setelah itu Armel mengalihkan pandangan pada Tunku Danish pula. Lelaki itu sudah memerhatinya sejak tadi lagi. "Tou nak keluarkan. I naik dulu. Jangan balik lambat sangat." Pesannya.

"I tak balik malam ni."

Mengeluh ringan, Armel menolak rambut yang berjuntai ke belakang. "Suka hati you la." Baru saja kaki Armel mula melangkah pergi, Tunku Danish cepat-cepat memegang bahunya secara langsung membuat langkah wanita itu mati.

"You oke? Muka you nampak pucat." Sejak tadi lagi Tunku Danish memerhati wajah Armel yang kelihatan suram.

"I rasa pening." Jawab Armel. Mata dipejam, tangannya naik memicit pelapis kepala. Pening yang dia rasakan sudah semakin teruk.

Tunku Danish mencapai bag tangan Armel. "Come."

Wanita itu kerut dahi. "You nak buat apa?"

"Angkat you naik atas."

Membulat mata Armel mendengar. "You gila? Nanti kalau ada orang lain nampak."

"You ada nampak siapa-siapa kat sini selain kita?"

Mata Armel larit memerhati sekeliling kawasan. "Tak ada."

"So? Apa masalahnya."

"Tak nak la. Bukan I tak boleh jalan sendiri." Bantah Armel.

Tunku Danish terus mencampung tubuh Armel. Wanita itu merontah ingin dilepaskan. "You boleh tak, jangan degil. Tak paya paksa diri you, I nampak you berdiri pun macam tak larat inikan lagi nak jalan." Tempelaknya.

Kaku, Armel memilih mengunci mulut dan menurut saja.

• • •

Tunku Danish melabuhkan duduk disamping katil, menatap wajah Armel yang baru saja terlena. Selepas makan bubur dan minum ubat, wanita itu terus melelapkan mata. Penat betul nampaknya.

Comforter tebal yang hanya menutupi paha wanita itu dia tarik ke atas namun terhenti ketika tepat di perut Armel.

Bagai ada satu tarikan yang membawa tangan Tunku Danish mengusap perut yang terlapis t-shirt putih itu.

"Did't someone hurt your mom?" Ok! Dia tak gila lagi nak bercakap sendiri. Ini adalah salah satu cara untuk dia merasa dekat dengan anak mereka.

Perlahan-lahan Tunku Danish mendekatkan telinga ke atas perut Armel, tapi hampa, dia tak dengar apa-apa.

"You want to keep it secret too." Tanpa sedar bibirnya menarik senyum. Namun setelah melihat jam yang tergantung di dinding sudah berganjak ke pukul 9, Tunku Danish cepat-cepat bangun dari duduk. Dia sudah terlambat, comforter tebal tadi ditarik semula menutupi tubuh Armel.

Ubun ubun kepala wanita itu diusap perlahan. Tunku Danish ingin mnjatuhkan satu kucupan ke dahi Armel namun setelah hampir dia tiba-tiba terhenti, menjarakkan wajahnya. Tak sepatutnya dia melakukan hal itu. Entah kenaoa dia merasa hal ini berlebihan. Akhirnya lelaki itu memilih untuk melangkah keluar dari bilik tidur mereka meninggalkan Armel yang baring dibuai mimpi.

• • •

Sebelah Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar slak hitamnya, satu lagi dibiarkan santai. Kaki lancar melangkah melimpasi ruang tamu luas dan mewah yang berada dalam mansion dua tingkat milik Tunku Darwish. Namun langkah itu terhenti tak kala telinganya menangkap suara tawa riang dari ruang meja makan.

Bibir Tunku Danish menarik senyuman sinis, dari dulu sampai sekarang tawa bahagia ini la yang membuat dia dan Tunku Dehra merana. Membuat dia rasa tuhan tak pernah adil mengatur takdir mereka.

Bagaimana tuhan boleh memberikan mereka bahagia sedangkan dia merana kerana dosa yang mereka lakukan. Di mana adilnya takdir?

"I'm glad to see Uncle and aunty happy together now."

Baru saja kaki ingin melangkah menjauh, niatnya terus terhalang. Satu suara yang membuat Tunku Danish melangkah mendekat. Satu suara yang dia cukup kenal.

"Danish, come. Join us, have some tea. Daiyan pun baru je sampai ni." Pelawa Che Puan Zalikha. Semua mata yang sedang duduk di meja ruang kopi ketika iti menuju pada Tunku Danish.

Tunku Danish tak berkata apa-apa, dia melangkah mendekat dan melabuhkan duduk dikerusi sebelah Tunku Daniel. Niatnya duduk bersama bukan kerana pelawaan Che Puan Zalikha tapi kerana kehadiran Tunku Daiyan membuat daya tariknya muncul untuk turut serta.

"Kak la.. Tolong ambilkan cawan untuk Tunku Danish.."

"I tak nak minum." Tunku Danish mmbidas kata-kata Che Puan Zalikha.

Suasana meja rehat yang tadinya riang dengan tawa bahagia, kini menjadi cangkung dan sunyi.

Well, itulah aura Tunku Danish.

Che Puan Zalikha memberi isyarat mata pada pembantu tadi untuk pergi saja.

"Habis kalau tak minum kenapa nak duduk sini?" Tempelak Tunku Darwish. Bukan dia tidak tahu, bukan minuman atau kek yang terhidang menarik perhatian anaknya itu tapi kehadiran seseorang yang membuat Tunku Danish rasa kurang senang dan menjemput lelaki itu melabuhkan duduk di meja seperti sekarang.

"So Dani was not invited, Pa?" Sindir Tunku Danish.

"No, everybody happy Danish datang." Celah Che Puan Zalikha. Sengaja menceriakan suasana mereka yang sedikit lagi menjadi kacau bilau.

Sejak dulu lagi, dia dan Tunku Daniel sudah sedia maklum ketidak serasian Tunku Danish dan Tunku Darwish itu. Pantang bertemu pasti bertengkar mungkin kerana satu hal ini juga la yang membuat Tunku Danish jarang sekali datang ke Mansion ini.

"Daiyan tambah lagi. Banyak lagi kuih yang ada ni." Pelawa Che Puan Zalikha namun kali ini pada Tunku Daiyan pula. Tak mahu lelaki itu merasa kurang senang dengan situasi saat ini.

"Thanks aunty. Nanti Daiyan tambah." Tunku Daiyan menganggukan kepala, pelawaan Che Puan Zalikha disambut dengan senyuman ramah.

"Berapa hari Daiyan duduk Malaysia?" Tunku Darwish bertanya.

"Daiyan pun tak pasti Uncle, sebab kalau ikutkan rancangan nak cari kerja kat sini. So mybe lama kot Daiyan duduk Malaysia kali ni." Jelas Tunku Daiyan.

"Ouh. Bukan Daiyan general manager hotel dekat Shanghai? Kenapa dah berhenti kerja ke?" Tunku Darwish bertanya lagi, kerana setahuannya anak saudaranya ini berkerja sebagai jawatan tinggi disebuah hotel mewah di shanghai. Jadi mustahil untuk Tunku Daiyan berhenti suka-suka.

"I just changed my interest uncle."

"Ouh, mybe masa ni paling sesuai untuk Daiyan join us. Now jawatan CFO tengah kosong kat D.R group. You should try." Cadang Tunku Darwish. 4 bulan yang lalu, Syarikat mereka masalah pecah amanah yang berpunca dari ketua pengawai kewangan mereka sendiri. Tanpa berfikir lama Tunku Darwish terus memecatnya. Dan jawatan itu masih kosong sehingga hari ini.

"Danish dah dapat call Herman, dia akan ambil ahli jawatan tu semula bermula esok." Tunku Danish mencelah. Untung saja dia sempat menghubungi Herman, pekerja lama mereka yang bekerja dijawatan yang sama. Lelaki itu berhenti kerja hanya kerana berpindah ke laur negara dan kini sudah kembali ke malaysia. Dia terus memberi arahan pada pekerjanya untuk memujuk Herman bekerja semula. Jika tidak dia terpaksa menghadap muka hipokrit Tunku Daiyan ini hari-hari.

"As director syarikat, I tak rasa you layak dengan jawatan tu. Dan ada baiknya you stay dekat shanghai tak perlu balik Malaysia lagi." Sambung Tunku Danish lagi tapi kali ini dia sampaikan pada Tunku Daiyan pula.

Tunku Daiyan hanya memberi satu senyuman. Nampak seperti dia tak ambil hati langsung dengan kata -kata Tunku Danish itu tapi sebenarnya dia tengah tahan sabar. "Well sometime I miss Malaysia juga. Papa I tetap orang melayu kan. Nak tak nak kena balik juga walaupun jarang." Jawabnya.

Papanya adalah adik kepada Tunku Darwish. Mereka pindah ke Shanghai sejak dia berusia 9 tahun. Dari kecil dia dan Tunku Danish tak pernah sehaluan. Mungkin hal ini tifak akan terjadi jika dia keluarga sebelah Tunku Dehra.

"Ouh, or something really great get your attention. Ya lah kau sampai sanggup berhenti kerja and stay malaysia. Kalau tak ada matlamat yang penting, apa lagi kan?"

Tunku Daiyan diam sejenak, dia membalas pandangan Tunku Danish. Jelas sekali lelaki itu sengaja menguji kesabarannya tika ini.

"Danish!" Tegur Tunku Darwish. Dia tak berkenan dengan sikap anak lelaki nya itu melayan Tunku Daiyan.

"It's ok uncle, Daiyan ok. Apa yang Danish kata tu ada betulnya. Tapi Daiyan tak ada matlamat penting just rasa Malaysia tempat yang paling sesuai untuk Daiyan in this time. Lagipun mama dan papa dah lama tak balik sini, mybe dengan Daiyan duduk Malaysia diorang akan lebih kerap balik sini. Tak da la keluarga kita makin jauh." Santai Tunku Daiyan menjawab. Semua yang ada ketika itu menyokong kata-katanya dengan anggukan kepala. Kecuali Tunku Danish yang melemparkan satu senyuman sinis.

"Yelah kan dah lama aunty tak jumpa mama Daiyan. Bagus juga tu. Boleh kita kerap jumpa, boleh kumpul-kumpul macam ni." Kata Che Puan Zalikha.

"Ouh, ya. Daiyan lupa. Danish congrats for your engagement. Aku tak sangka yang kau betul dah bertunang. Ingat kabar angin je, uncle dah beritahu aku tadi. Bila akad?" Tegur Tunku Daiyan, dia masih tersenyum ramah pada Tunku Danish walaupun sedar lelaki itu hanya melempar pandangan benci saja.

"Kau tak ada kaitan pun dengan semua tu. Tak paya sibuk." Auta Tunku Danish. Meneguk sedikit air kosong yang berada di dalam gelas hadapannya, sebelum dia bangun dari duduk untuk beredar.

Tak betah dia duduk dan melayan orang-orang yamg sedang duduk di atas meja itu.

Tidak hanya Tunku Daiyan yang terasa tapi Tunku Darwish dan Che Puan Zalikha juga tidak suka dengan jawapan Tunku Danish. Berbeza pula dengan Tunku Daniel yang lebih selesa mengisi mulut dengan makanan dan tidak bercakap sejak tadi.

"Danish." Panggilan Dari Tunku Daiyan itu membuat langkah Tunku Danish terhenti. Lelaki itu mendekat dengan tanpa ragu dia membisik sesuatu di telinga Tunku Danish.

"Aku yakin perempuan yang dengan kau waktu kat Shanghai tempoh hari not your fiance right. Who that pretty women, bro?"

Tunku Danish mendongakkan kepala, mengumpul kesabaran yang sudah mula hilang sebelum dia memandang tajam ke wajah Tunku Daiyan yang tersenyum senang dengan respon yang dia beri. "Why I should tell you? Kau siapa nak masuk campur hal aku?"

"I see.." Tunku Daiyan senyum lebar. "Kau masih tak berubah Danish. Masih dengan hidup sosial kau, memandangkan jawatan CFO syarikat dah terisi. mybe lepasni yang akan kosong jawatan director besar syarikat dan aku yakin, aku adalah orang paling layak ambil jawatan tu. Well aku pun salah satu pemegang saham D.R Group juga."

Mendengar itu tawa Tunku Danish pecah. Sengaja menyakitkan hati Tunku Daiyan, namun sebaliknya pula yang jadi lelaki itu sengaja menyambut tawanya dan riak wajah Tunku Danish bertukar sinis. "Daiyan, you always act like you can beat me despite the fact that you never afford it."

Tunku Daiyan betul-betul tak senang dengan kata-kata Tunku Danish sehingga senyuman tadi mula memudar dari bibir dan wajahnya bertukar kurang senang. Dia seperti baru saja tertikam dengan kata-kata tersebut.

"And one more thing. Stop pretending you're an angel, aku tahu apa kau nak, apa tujuan kau ke sini. I know everthing kalau kau rasa kau mampu ambil jawatan aku then go ahead. But make sure kau tak buat kerja sia-sia." Tunku Danish sempat memberi senyuman sinis sebelum dia berlalu pergi. Sungguh hatinya puas dengan tindak balas wajah Tunku Daiyan.

Tangan dimasukkan ke poket seluar slaknya sambil itu mata memerhati Tunku Danish yang sudah mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas. Tunku Daiyan lepas tawa sinis, menggelengkan kepala. Kalau bukan di rumah Tunku Darwish sudah lama dia melepaskan satu tumbukan diwajah Tunku Danish.

Dia dan Tunku Danish sebaya. Dari kecil Tunku Danish mendapat segalanya termasuklah hati Atok mereka. Jumlah saham Tunku Danish D.R group jauh lebih tinggi daripada jumlah saham papanya.

Walaupun sebaya Tunku Danish adalah cucu pertama, oleh sebab itulah Tunku Danish selalu menang banyak hal. Dan dia selalu mendapat sisa dari lelaki itu saja.

• • •

"Entahlah Mel, ibu tak pasti sama ada boleh terima semua ni. Kamu pergilah balik KL dulu. Ibu tak rasa, ibu boleh maafkan kamu sekarang. Bagi ibu masa, bagi ibu ruang untuk fikir balik." Air jernih mengalir deras dari kelopak mata Puan Sarah. Wajahnya diangkat, tak mampu dia melihat wajah Armel yang sedang duduk berlutut dihadapannya.

Hatinya betul-betul luruh, segala kepercayaannya pada Armel sudah mula runtuh .

"Armel minta maaf Ibu. Armel minta maaf.. Hisk..hisk..Bukan niat Armel nak rahsiakan semua ni. Tapi Mel takut ibu marah dan tak boleh terima Mel lagi. Tolongla Maafkan Mel" Rayu Armel dalam esakan.

Tapi pujuk rayu itu sudah tidak memadai lagi dihati Puan Sarah. Mungkin untuk satu hari tapi bukan untuk hari ini. Dia perlukan masa untuk terima segalanya.

Bukan dari apa yang berlaku buat dia rasa kecil hati pada Armel tapi keputusan anaknya yang merahsiakan soal perkahwinan seolah-olah Armel mengetepikan dia sebagai Ibu.

Melihat Puan Sarah sudah bangun ingin berlalu pergi, Armel cepat-cepat memaut tangan si Ibu. "Armel minta maaf bu. Tolonglah maafkan Armel. Armel minta maaf." Sambil mengucup tangan Puan Sarah, dia merayu kemaafan. Armel boleh mati jika Puan Sarah pergi tanpa memaafkan dia.

Tapi Puan Sarah menarik tangannya dan berlalu pergi tanpa berkata apa-apa.

"Ibu! Hisk! Hisk! Ibu!"

Tunku Danish yang sedang duduk dibirai katil ketika itu kerut dahi melihat Armel meracau ketika tidur.

"Mel.." Kejutnya perlahan.

Tapi Armel masih sama. Walaupun mata tertutup dia menangis perlahan sambil beberapa kali menyebut 'IBU'

"Mel," Sekali lagi Tunku Danish memanggil. Tangannya perlahan mengusap kepala Armel, berharap dapat menenangkan wanita itu.

Entah apa yang Armel mimpi sehingga menangis teresak begini. Wanita itu nampak lemah sejak balik dari kelantan semalam.

Dia sempat mencuri pa dang ke jam dinding, sudah pukul 4 pagi. 30 minit yang lalu Dia mendapat panggilan dari Kak Sab, memberitahunya yang suhu badan Armel semakin tinggi. Dia terus bergegas pulang ke rumah.

"Ibu.. Hisk.. Hisk... Mel minta maaf Bu.. Hisk.. Mel minta maaf.. "

Tangisan Armel bukan semakin redah malah semakin kuat. Begitu juga dengan Air jernih yang mengalir dari mata wanita itu, juga semakin deras. Tunku Danish jadi tak senang duduk.

Dia merapatkan lagi duduknya pada tubuh Armel. Bahu wanita itu ditepuk perlahan beberapa kali. "Mel.. Heii.."

Kali ini dia berjaya membuat Armel sedar dari mimpi. Wanita itu kaku memandangnya, begitu juga Tunku Danish menunggu tindak balas Armel.

"You oke?" Soalnya.

Armel bangun dari baring. Duduk Mengangkat lutut. Dia meraup wajah sedar yang dia sudah menangis dalam tidur, Armel tak mampu melupakan perkara yang berlaku di kelantan. Dia balik tanpa mendapat kemaafan dari Puan Sarah.

Air jernih kembali jatuh membasahi pipi. Armel menutup wajah menggunakan tangan. Wanita itu kembali dalam tangis.

"Mel, why? What wrong? You sakit ke? Armel." Tunku Danish mula panik. Kenapa ni? Apa yang membuat Armel jadi seperti ini?

Tak berdiam, Tunku Danish menarik tangan Armel dari menutup wajah sendiri. Ya dia berjaya mengalihkan tangan wanita itu. Tapi Armel sengaja menundukkan kepala agar dia tak nampak wajah sedih wanita itu.

"Hey.." Menyelit rambut Armel ke belakang telinga, biar dia dapat melihat wajah itu dengan jelas. "What wrong? Ada orang sakitkan you ke, who?"

Armel geleng kecil. Wanita itu masih menangis teresak.

Tunku Danish mengeluh ringan. Kalau tidak sakit, tiada siapa yang ganggu, apa lagi? Dia betul ingin tahu apa yang membuat Armel jadi seperti ini. "Come.."

Tunku Danish menarik pergelangan tangan wanita itu dan merapatkan tubuhnya sebelum dia membawa Armel ke dalam pelukan. "It oke.. Just cry if that can make you feel better."

Untuk masa ini, dia tak akan bertanya apa-apa. Ya memang benar dia perlukan jawapan tapi keadaan Armel tak mengizinkan.

𝙏𝙤 𝘽𝙚 𝘾𝙤𝙣𝙩𝙞𝙣𝙪𝙚𝙙

Continue Reading

You'll Also Like

301K 15.6K 71
Fate Destiny. Takdir yang tercipta. Siapa sangka, percutian kerana terpaksa aku relakan Adel, membawa dia menjalani sebuah pengembaraan di mana dia b...
298K 11K 75
"Lapan tahun lagi aku nak jadikan dia isteri aku." - Muiz. Siapa sangka, kata-katanya itu menjadi satu doa yang telah dimakbulkan oleh Sang Pencipta...
1.5M 50.7K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
1.9M 20.1K 31
C O M P L E T E D Only available from Chapter 1-25; incomplete published in Wattpad. Nur Anisa - "Hidup kau macam novel." Semua kenalannya mengatakan...