𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 �...

By Hwayuqiii

58.4K 6.6K 721

Season 1 Energi shizen adalah kekuatan yang perlu dikeluarkan untuk menggunakan ability, energi itu dimiliki... More

SEASON 1: DESCRIBE
CHAPTER 1
CHAPTER 2
CHAPTER 3
CHAPTER 4
CHAPTER 5
CHAPTER 6
CHAPTER 7
CHAPTER 8
CHAPTER 9
CHAPTER 10
CHAPTER 11
CHAPTER 12
CHAPTER 13
CHAPTER 14
CHAPTER 15
CHAPTER 16
CHAPTER 17
CHAPTER 18
SPECIAL CHAPTER
CHAPTER 19
CHAPTER 20
CHAPTER 21
CHAPTER 22
CHAPTER 23
CHAPTER 24
CHAPTER 25
CHAPTER 26
CHAPTER 27
CHAPTER 28
CHAPTER 29
CHAPTER 30
SEASON 2: HEADING TO WAR
S2 CHAPTER 1
S2 CHAPTER 2
S2 CHAPTER 3
S2 CHAPTER 4
S2 CHAPTER 5
S2 CHAPTER 6
S2 CHAPTER 7
S2 CHAPTER 8
S2 CHAPTER 9
S2 CHAPTER 10
S2 CHAPTER 11
S2 CHAPTER 12
S2 CHAPTER 13
S2 CHAPTER 14
S2 CHAPTER 15
S2 CHAPTER 16
S2 CHAPTER 17
S2 CHAPTER 18
S2 CHAPTER 19
SPECIAL CHAPTER.
S2 CHAPTER 20
S2 CHAPTER 21
S2 CHAPTER 22
S2 CHAPTER 23
S2 CHAPTER 24
S2 CHAPTER 25
S2 CHAPTER 26
S2 CHAPTER 28
S2 CHAPTER 29
S2 CHAPTER 30
Q:A chapter
S3 CHAPTER 1
I am back..
S3 CHAPTER 2
S3 CHAPTER 3

S2 CHAPTER 27

713 92 7
By Hwayuqiii

SEASON 2: HEADING TO WAR

Ace tiba di balai hunters, dia bersikap seperti tiada apa apa yang berlaku.

"Ohayyou kapten." Ujar hunters divisi 21 yang terserempak dengan Ace di luar balai.

Ace mengangguk..

"Ohayyou Keitaro." Balas Ace.

Keitaro tercengang melihat Ace pagi ini.

"Riak muka, cara bicara ni.. kapten dan balik macam dulu ke?" Fikir Keitaro.

Dia lantas berlari menuju ke ruangan divisi mereka membuat Ace kebingungan.

"Dah kenapa dengan dia tu." Gumam Ace.

Di ruangan divisi.

"Kapten dah balik!!!" Ucap Keitaro sebaik sahaja membuka pintu membuat yang lain terkejut.

"Maksud kau?" Tanya Yuuto

"Kapten dah balik macam dulu." Jawab Keitaro.

Kazuke lantas berdiri.

"Dia kat mana?" Tanya Kazuke.

"Dalam perjalanan ke sini." Jawab Keitaro lagi.

"Dah kenapa berdiri depan pintu?" Ujar Ace yang sudah berada di belakang Keitaro.

Keitaro lantas masuk ke dalam ruangan dan menunduk kepada Ace, begitu juga hunters lain.

Ace kebingungan lantas turut menundukkan diri kepada para bawahan nya.

Rin mendekati Ace.

"Ace dah okay?" Tanya nya membuat Ace janggal.

"Erh, ermm ye dah okay." Jawab Ace.

Mata Ace teralih kepada Kazuke, lantas dia teringat tentang cincin pertunangan mereka. Ace baru sedar bahawa rantai yang dipakai nya  terlupa dia sembunyikan disebalik baju nya. Dia lantas membelakang dan memasukkan rantai itu ke dalam baju nya. Kemudian dia memandang ke depan semula.

"Ada apa?" Tanya Rin.

"Takde apa." Jawab Ace.

Yang lain hanya memandang kebingungan.

Kazuke sempat tersenyum melihat tingkah Ace namun tiada yang menyedarinya.

"Dah dah, semua dah buat latihan pagi ke?" Tanya Ace.

"Sudah kapten!" Ucap mereka serentak dengan bersemangat.

"Oh bagus lah kalau macam tu. Divisi kita belum dapat apa apa misi ke?" Tanya Ace lagi.

"Erm ye takde lagi, dah berapa bulan kita masuk organisasi ni tapi misi apa pun tak dapat lagi." Ujar Toshio.

"Nanti aku bincang dengan kapten divisi 10." Kata Ace.

"Aku je ke yang rasa Tuan Kuroko tak suka dengan divisi kita ?" Ujar Asyura.

"Tak, bukan kau je yang rasa." Kata Shiro.

Yang lain juga menyokong pernyataan Asyura.

"Tak lah, sebenarnya aku ada masalah sikit dengan dia sebelum jadi petinggi hunters ni." Ungkap Ace.

"Hah? Masalah apa?" Tanya Sai.

Ace pun menceritakan kejadian sebelum nya kepada mereka.

"Ohh, jadi orang yang Ace sindir waktu hari kemasukan hunters baru tu Tuan Kuroko ke?" Tanya Mirae.

Ace mengangguk.

Raizo bertepuk dahi.

"Ace jadi petinggi hunters ni gara gara tercabar dengan apa yang dia kata tu ke?" Tanya Raizo.

"Erm ye kot." Jawab Ace ragu.

"Kebudak budakan." Ujar Kazuke dengan suara yang perlahan namun dapat didengari.

Ace hanya memandang tajam seketika kemudian mengabaikan nya kembali.

Tiba tiba Zenmaru masuk ke ruangan itu.

Dia terkejut melihat sikap Ace yang kembali seperti biasa lantas berundur kembali, Ace memandang tajam ke arah nya.

"Oi tua bangka, kau nak pergi mana." Ucap Ace membuat Zenmaru terhenti, wajah nya berkeringat seperti telah melakukan kesalahan kepada Ace.

"Kau fikir aku tak ingat apa yang kau buat? " Ujar Ace lagi membuat yang lain kebingungan.

"Habis lahh..." Ujar Sai.

"Kenapa?" Tanya Raizo.

"Zenmaru manfaat kan Ace waktu Ace jadi diri dia yang dulu." Jawab Sai.

Raizo bertepuk dahi..

"Jangan balai ni yang dorang hancur kan sudah." Kata Raizo.

"Aku buat apa?" Tanya Zenmaru dengan wajah tidak bersalah.

Ace berdiri dan tiba tiba sudah berada di tepi Zenmaru.

Jurus langkah kilat Ace seperti biasa membuat semuanya terpegun walau sudah dilihat berkali kali.

Namun siapa sangka Zenmaru juga dapat menggunakan jurus itu.

Ace mengejar Zenmaru sehingga ke luar balai, para hunters lain berkumpul apabila melihat kejadian yang tidak biasa itu.

"Dorang dah mula dah.."
"Siapa?"
"Raja Iblis Zenmaru dan Dewi manusia Ace."
"Kali ni sebab apa pula?"
"Entah lah."
"Hari tu dorang musnahkan rumah Tuan Kagura, kali ni balai hunters pula ke?"
Ujar para hunters lain

Ace mengambil pedang kayu yang ada di sebuah bakul yang terampai di luar balai, begitu juga dengan Zenmaru.

Mereka saling berbalas serangan, walau menggunakan pedang kayu, tebasan mereka tetap setajam pedang asli membuat semua nya terkagum sehingga tidak terfikir untuk menghentikan mereka.

"Kau fikir aku takkan ingat ke? Dasar tua bangka." Ujar Ace sambil menyerang Zenmaru.

"Eleh, aku tak paksa pun kau buat apa yang aku suruh waktu tu." Balas Zenmaru yang turut menyerang Ace.

"Tapi tak ubah kenyataan yang kau manfaat kan sikap aku waktu tu kan?" Balas Ace lagi.

"Bukan aku seorang je yang manfaat kan kau." Kata Zenmaru.

"Jadi kau mengaku lah kau manfaat kan aku?" Tanya Ace membuat Zenmaru kehabisan kata kata.

Mereka bertarung dengan gaya pertarungan yang jauh di luar nalar hunters lain.

"Masih lambat sejuta tahun untuk aku jadi macam dorang."
"Ni bukan pertarungan manusia."
"Tengok jelah pedang dorang cuma pedang kayu, tapi dah mampu tebas dinding bangunan batu ni."

Morikawa yang tadinya berada di ruangan nya sudah tiba di luar balai kerana kehebohan yang dilakukan Ace dan Zenmaru.

Wayami yang juga baru tiba hanya mampu bertepuk dahi melihat kemusnahan angkara Zenmaru dan Ace.

"Maaf Tuan, haruskah saya menghentikan mereka?" Tanya Wayami.

"Tidak! Tidak perlu, pertarungan seperti ini benar benar langka untuk dilihat para hunters." Balas Morikawa yang turut terpegun dengan pertarungan hebat Raja Iblis dan Dewi Manusia.

Wayami tercengang mendengar ucapan Morikawa.

Tiba tiba Kuroko datang dengan wajah bengis nya.

"Apa yang kamu berdua lakukan!!!" Ucapnya dengan suara yang lantang membuat mereka terhenti.

Ace dan Zenmaru menoleh ke arah suara itu.

"Apa kamu berdua sudah tidak waras, berani berani nya kamu membuat onar di balai hunters ini!" Kata Kuroko.

"Maaf, saya terbawa emosi." Balas Ace tanpa ragu.

"Dia sudah kembali seperti semula." Fikir Kuroko.

"Apa kau tidak malu melakukan pertarungan di perkarangan balai seperti ini sebagai salah satu petinggi hunters ?" Ucap Kuroko.

"Maaf Tuan, saya turut bersalah dalam hal ini." Ujar Zenmaru.

"Dasar Iblis tidak tahu diri! Kau menjadi salah satu hunters di kerajaan ini sudah cukup memalukan, apa kau juga harus membuat malu organisasi hunters seperti ini?" Kata Kuroko.

"Perlu ke cakap sampai macam tu sekali?" Ujar Ace dengan sorot mata yang tajam.

"Apa aku mengatakan sesuatu yang salah?" Balas Kuroko.

"Tuan yakin apa yang Tuan cakap tak salah?" Balas Ace lagi.

"Apa maksud mu?" Tanya Kuroko.

"Raja Iblis Zenmaru akan jadi pahlawan dunia suatu hari nanti, itu ramalan Puteri Hwayuki. Tuan masih nak cakap Zenmaru memalukan kerajaan Auzora? " Ujar Ace membuat Kuroko kehabisan kata kata.

"I..i..tu tiada kaitan nya dengan apa yang berlaku sekarang." Balas Kuroko dengan wajah yang cuak.

Ace hanya tersenyum sinis.

"Dan kau Kiyomizu Ace, apa kau sudah besar kepala kerana kau dihormati semua rakyat?  Jujur saja ku katakan, aku tidak pernah menganggap mu sebagai dewi seperti yang orang lain katakan." Ujar Kuroko.

"Jadi?" Balas Ace ringkas.

"Bukan kah mata merah mu yang disebut sebagai mata reiketsuna itu bangkit apabila kau membunuh seseorang tanpa perasaan ragu? Siapa yang kau bunuh?" Tanya Kuroko membuat perkarangan balai itu gempar, semuanya baru terfikir akan hal itu.

Ace tiba tiba gementar, riak wajah nya berubah, namun bukan kerana pertanyaan kuroko, tetapi kerana aura energi seseorang mula mendekat.

"Kenapa kau gementaran seperti itu?" Ujar Kuroko sambil tersenyum sinis.

Ace memandang ke belakang Kuroko. Orang yang ditakuti nya itu sudah berada di sana membuat nya semakin gementar.

"Rainawa, kenapa kau tidak menjawab pertanyaan Tuan Kuroko?" Ujar Haruko yang berada di belakang Kuroko.

Ace tidak berani memandang Haruko. Kazuke dan yang lain mendekati Ace dan berdiri di sisinya. Kazuke menggenggam tangan Ace dengan erat.

"Bukan kah ayah mu juga menanyakan hal itu? Kenapa kau diam?" Ujar Kuroko.

"Rainawa, apa kau masih takut kepada ku?" Tanya Haruko membuat yang lain bingung.

"Ace, jom pergi." Ucap Rin sambil menarik tangan Ace.

Mereka melangkah pergi begitu sahaja..

"Kenapa kau harus terlahir di dunia ini?" Tanya Haruko membuat langkah Ace terhenti, Rin juga turut memberhentikan langkah nya.

Dada Ace menjadi sebak..  persoalan itu benar benar mengguris hatinya.

"Dan lebih teruknya lagi, kenapa kau harus terlahir sebagai anak ku?" Ujar Haruko lagi.

Raizo mengepal tangan nya.. wajah nya jelas sedang marah.

Perkarangan balai itu sunyi seketika, kemudian Ace membuka suara...

"Manusia tak dapat pilih macam mana mereka dilahirkan. Kedua orang tua menjalin ikatan suci, dan anak pun lahir tanpa keinginan nya.
Tapi anak tu bertanggungjawab atas kelahiran dia sendiri ke?" Ujar Ace dalam keadaan membelakangi Haruko.

Haruko tersenyum sinis..
"Dia sudah berani menjawab ku?" Fikir Haruko.

Ace memandang ke hadapan, dia memberanikan diri menatap Haruko.

"Aku terlahir dan menderita..
Aku nampak ibu aku mati depan mata, orang yang besarkan aku anggap aku iblis!
Kakak dan abang yang sentiasa ada untuk aku dipisahkan dari aku.
Dan aku jadi tempat kau lepaskan marah..
Kau berulang kali cuba bunuh aku...
Dikurung, di kelar, ditikam, dibakar hidup hidup.. kau buat aku macam takde perasaan..
Macam macam cara kau buat untuk bunuh aku.. 
Sampai satu masa aku mati rasa dengan rasa sakit dan jadi manusia jijik yang cuba bunuh ayah aku sendiri." Ungkap Ace membuat semuanya terdiam seribu bahasa. Haruko juga tidak menyangka Ace akan berani mengatakan hal itu.

Mata Kazuke terbeliak memandang kosong ke hadapan, dia tahu tentang ayah Ace yang pernah cuba membunuh nya tapi dia tidak menyangka hal itu dilakukan berulang kali oleh Haruko.

Yang lain juga seakan akan tidak percaya dengan apa yang Ace katakan..

"Adakah mata reiketsuna nya bangkit kerana hal itu?" Gumam Wayami.

"Tapi siapa yang aku nak salahkan atas semua tu? Siapa yang nak bertanggungjawab atas penderitaan aku kalau kau, ayah aku sendiri salahkan aku sebab terlahir kat dunia ni?" Ucap nya lagi dengan rasa sebak menahan air mata nya daripada mengalir jatuh.

Melihat hal itu, Rin menangis. Ace menoleh ke belakang untuk pergi dari sana.

"Jangan kacau adik aku lagi!" Ucap Raizo kepada Haruko.

Haruko dengan wajah cuak nya pun berkata..

"Adik? Dia bahkan bukan adik kandung mu. Anak itu terlahir kerana kesilapan, aku mengahwini ibunya kerana aku perlu seseorang untuk merawat kamu berdua dan ibunya menerima ku kerana dia mengasihani kamu yang akan membesar tanpa ibu." Ungkap Haruko.

Sekali lagi Ace memberhentikan langkah nya..

"Maaf Putera Haruko, sebaiknya Tuan Putera tidak mengucapkan hal seperti itu dihadapan hunters lain." Kata Morikawa.

"Diam! Kau fikir kau siapa?" Ucap Haruko membuat semua nya tercengang. Haruko mengeluarkan sifat aslinya.

"Dengar Rainawa, aku sama sekali tidak pernah mencintai ibumu. Darah putih milik mu dan ibumu hanya lah alasan untuk aku membenci kalian berdua, ibu mu mati adalah berita baik buat ku.. tapi kenapa kau harus menyusahkan ku? Kenapa kau tidak bisa mati?" Kata Haruko membuat semuanya benar benar terkejut dengan ucapan itu.

Perasaan Ace semakin bercampur aduk. Sedih, marah, benci kerana kata kata Haruko tentang ibu nya membuat aura mata Ace berubah seketika. Kazuke dan Zenmaru dapat merasakan aura mata itu.

Pedang kayu yang digenggam nya hancur lebur secara tiba tiba membuat semuanya tercengang.

"Ace.." ujar Rin yang terkejut.

"Maaf." Ucap Ace dan terus melangkah pergi.

"Adakah wajar dewi memiliki kekuatan menjijikkan seperti itu?" Ucap Haruko sambil tersenyum sinis tanpa mengendahkan pandangan hunters lain kepada nya.

Haruko memandang sekeliling..
"Apa kalian layak memandang ku dengan pandangan seperti itu?" Ucap Haruko membuat semuanya tertunduk.

Haruko pun beredar dari balai dan semua hunters juga bersurai..

Balai hunters benar benar heboh dengan hal tadi, siapa sangka Haruko, seorang hunter medis yang mereka hormati selama ini telah memperlakukan anaknya sedemikian. Mereka juga tidak menyangka Ace telah melalui masa kecil yang terlalu perit.

"Aku dah tak hairan kenapa si gagak hitam tu ada keperibadian ganda." Ujar Zenmaru.

"Aku tahu orang tu cuba bunuh Ace, tapi dia buat semua tu berulang kali? Kelar? Bakar? Dia takde perasaan ke? Sedangkah binatang pun sayangkan anak lah!! " Kata Raizo dengan perasaan marah.

"Aku pun tak pernah sangka Ace lalui masa kecil macam tu." Ucap Sai dengan sayu. Padahal dia membesar bersama Ace tapi tidak pernah tahu apa yang telah Ace lalui sebelum nya.

***

Kazuke mengikuti Ace dari belakang namun tidak berkata apa apa.

Ace masuk ke ruangan divisi mereka yang kosong dan terus menutup pintu, Kazuke bahkan tidak sempat masuk ke dalam.

Sebaik sahaja Ace sendirian di ruangan itu, dia melepaskan suara tangisan nya yang tertahan sejak tadi. Ini pertama kalinya suara tangisan dengan nada seperti itu kedengaran dari Ace.

Kazuke hanya mampu bersandar di balik pintu sambil mendengar suara tangisan itu. Matanya turut berkaca kaca kerana saat ini dia dapat merasakan kesedihan Ace, begitu juga 4 pemilik pedang bulan yang lain.

Anggota divisi 21 yang lain tiba di luar ruangan divisi mereka namun Kazuke menggelengkan kepala nya sebagai isyarat agar mereka tidak memasuki ruangan itu terlebih dahulu.

Mereka memandang kehairanan kemudian mendengar suara tangisan yang agak samar dari dalam ruangan itu, mereka lantas mengerti maksud Kazuke. Semua anggota divisi 21 turut sayu apabila mendengar suara tangisan Ace.

Mereka pun beredar dari sana dan pergi ke dewan terbuka untuk berlatih.

Perasaan Kazuke saat ini bercampur aduk apabila mengetahui apa yang Ace telah lalui, mendengar suara tangisan Ace turut membuat emosi nya seakan akan ingin meletus.

Secara tiba tiba, aura yang terlalu asing dapat dirasakan penduduk seluruh kerajaan.
Semuanya berhenti bergerak apabila merasakan aura aneh yang muncul selama beberapa detik itu.

"Aura apa ini?" Ujar Morikawa yang berjalan menuju ruangan nya bersama Wayami.

"Kenapa aku merasa gementar dengan aura itu?" Kata Wayami pula.

"Adakah milik Kiyomizu Ace?" Kata Shizawa yang turut bersama Morikawa.

"Tapi bukankah aura milik Ace sebelum nya berbeza dari aura ini?" Ujar Wayami.

"Iya benar, entah aura apa sebenarnya yang muncul sebentar tadi, tapi itu terlalu mengerikan." Kata Morikawa.

"Aura itu bukan seperti aura energi shizen, mangetsu mahupun Maho." kata Wayami.

Seluruh kerajaan juga sempat heboh dengan aura itu.

"Adakah kekuatan sebenarnya hampir terbangkit."
Zenmaru bermonolog sendiri seolah mengetahui sesuatu.

To be continue...

Sorry tau kalau lepas ni kita banyak fokus kat relay Ace dengan Kazuke >_<

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 62.5K 57
SYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan dar...
6.7M 334K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...
1M 115K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...
258K 11.1K 81
| 1st H I G H S C H O O L S E R I E S | 🚫CRINGE ALERT🚫 Tengku Haikal Benjamin tidak pernah menyangka yang dia akan menyukai seorang gadis yan...