Pengganti Cinta โœ“

By shazandrah

378K 19.8K 1.2K

[ ๐“›๐“ธ๐“ฟ๐“ฎ ๐“ผ๐“ฎ๐“ป๐“ฒ๐“ฎ๐“ผ ๐“ฟ๐“ธ๐“ต 1 ] "We're getting older and the love is still here." Ariana Qalisha , nama se... More

bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9
bab 10
bab 11
bab 12
bab 13
bab 14
bab 15
bab 16
bab 17
bab 18
bab 19
bab 20
bab 21
bab 22
bab 23
bab 24
bab 25
bab 26
bab 27
bab 28
bab 29
bab 30
bab 31
bab 32
bab 33
bab 34
bab 35
bab 36
bab 37
bab 38
bab 39
bab 40
bab 41
bab 42
bab 43
bab 44
bab 45
bab 46
bab 47
bab 48
bab 49
bab 50
bab 51
bab 52
bab 53
bab 54
bab 55
bab 56
bab 57
bab 58
bab 59
bab 60
bab 61
bab 62
bab 63
bab 64
bab 65
bab 66
bab 67
bab 68
bab 69
bab 70
bab 71
qyue's talk
special chapter 1
special chapter 2
special chapter 3
special chapter 4
Emran & Katrina

epilog

7.8K 265 39
By shazandrah

Cinta Yang Takkan Terganti

Beberapa bulan kemudian...

PANDANGAN laut di hadapannya ini di pandang tenang . Nafasnya ditarik perlahan dan dihembus tenang . Matanya dipejam merasai hembusan angin . Hatinya kini tenang seperti air di lautan . Tidak disangka banyak benda yang berlaku dalam hidupnya . Hidupnya yang disangka indah dan tenang rupanya sudah lama ditimpa badai .

Bermula pada kemalangan yang berlaku pada beberapa tahun yang lepas , ketika dia masih lagi merupakan seorang student di sebuah Uni . Sehingga lah pada hari dimana Rayyan menyelamatkan dari Emran .

Rupanya hidupnya selama ini dipenuhi dengan tipu helah oleh orang sekeliling . Orang yang disangka baik rupanya dalang di dalam kemusnahan hidupnya . Orang yang disangka jahat rupanya penyelamat nya . Sungguh tidak dapat dia berfikir dengan betul . Hidupnya begitu complicated !

Dan alhamdulillah , ingatan nya sudah semakin membaik . Ingatannya bersama suami tercinta pada masa lalu dia sudah ingat . Tak disangka , kuat betul jodohnya dengan Rayyan . Betul lah orang cakap , kalau jodoh tak ke mana . Lari lah ke hujung dunia sekali pun kalau dah jodoh tetap berjumpa .

Ikatan persahabatan mereka ? Alhamdulillah , Allah masih mengizinkan kami berkawan seperti dulu . Hana dan Delisha sudah memaafkan Katrina . Mereka tahu niat Katrina baik setelah mendengar penjelasan dari Katrina . Tak sangka , Katrina buat begitu deminya . Sanggup merancang untuk tangkap basah dengan Emran supaya dia tidak berkahwin dengan lelaki yang dia tidak cintai . Sungguh mulia hati seorang insan bernama Engku Katrina . Katrina juga sudah memaafkan Hana akan kata - kata Hana yang melampaui di hospital dulu . Dah akhirnya kami mula buka buku baru dan lupa kan kisah lama . Tak perlu dikenang lagi kisah dahulu , jangan disebabkan satu kesalahan , segala kebaikan yang orang pernah buat pada kita hilang ditiup angin . Hubungan juga akan terjejas .

Lihat pada kebaikan bukan pada kesalahan seseorang . Kesalahan mengajar kita menjadi matang dan berdikari . Mengajar kan kita tentang kehidupan dan juga kejam nya dunia . Kisah lalu adalah sebuah pengajaran dan masa kini dan depan adalah sehelai kertas kosong yang perlu kita lakarkan dengan kenangan dan kebaikan . Dan jangan mengulangi kesalahan lama . Peluang hanya dua kali , tiada tiga mahupun empat . Fikir - fikirkan .

Emran Iskandar ? Sekarang dia berada di hospital sakit mental . Menerima rawatan disana . Nasib nya baik , dia terselamat dari tembakan Ikmal . Dia dirawat di hospital dan di bawa ke hospital sakit mental selepas itu apabila mendapati dia mula meracau dan bercakap seorang diri . Pakar psikologi sudah mengesahkan bahawa Emran mempunyai masalah mental tahap rendah . Keluarga Emran juga sudah minta maaf akan apa yang Emran buat pada dirinya dan Rayyan .

Sebagai hamba Allah yang baik , mesti lah dia maaf kan walaupun susah untuk melupakan . Siapa lah kita taknak memaafkan orang kan ? Kita hanya hamba Allah yang lemah , mempunyai pelbagai masalah dan membuatkan pelbagai kesilapan . Lumrah manusia . Jadi memaafkan adalah cara terbaik sebelum dia menjadi dendam yang menghitam kan hati yang bersih .

Ikmal dan Delisha ? Alhamdulillah mereka sudah selamat bertunang dan akhir tahun ini akan diijabkabulkan bersama Harith dan Hana . Masing - masing dah ada pasangan hidup . Semoga mereka berbahagia selamanya .

Katrina ? Lepas saja Puan Khalidah atau dikenali sebagai Kelly ditangkap oleh polis kerana membunuh Datin Medina , dia terus membawa diri ke luar negara untuk melanjutkan pelajarannya . Dan dia pun sudah bercerai dengan Emran . Katanya dia ke luar negara bukan saja mahu sambung belajar tapi mahu menyembuhkan luka yang terlampau dalam di hatinya . Luka yang mungkin mengambil masa bertahun - tahun untuk sembuh .

Mata nya dibuka kembali . Perut yang sudah memboyot ke depan itu diusap lembut . Anak pertama nya dengan Rayyan sudah semakin membesar di dalam perutnya . Sudah 6 bulan jangka kandungannya . Dia tersenyum manis . Pengorbanan nya demi anak nya selama berada di penjara Emran membuahkan hasil . Tengok lah , anak nya sihat di dalam perut , tak banyak meragam dan selalu mendengar kata . Dan ya , anak dia lelaki ! Sumpah dia excited , tak sangka kuat juga ye genetik Rayyan HAHAHAHA . Semoga jadi anak yang Soleh , baby boy .

Lingkaran pada pinggang nya mengejutkan dirinya . Matanya turun  melihat tangan yang berurut di pinggang nya . Bau wangian yang menjadi kegemarannya selama dia mengandung menusuk ke dalam rongga hidungnya . Tidak perlu berpaling ke belakang , tahu lah dia siapa ini .

" Sayang , buat apa kat sini ? Tepi laut lagi , nanti kena ombak macam mana ? Kalau sayang sakit , abang juga yang susah . Abang taknak sayang abang dengan baby boy kita sakit . Sebelum datang sini dah janji kan ? Kenapa degil sangat ni , hm ? " Bebel Rayyan . Dagu diletakkan di bahu Qalisha . Mata nya tunak memandang ke depan , melihat ombak laut yang menghempas batu - batu yang berada disitu .

Qalisha tersenyum manis . Ini salah satu perubahan yang terjadi pada Rayyan . Selepas dia mengandung , Rayyan sudah pandai membebel . Itu tak kena , ini tak kena . Jangan buat itu , jangan buat ini . Perangai overprotective dia pun dah menjadi tahap bahaya . Nak naik tangga ke atas pun kena ada dia . Itu tak kisah lah kan sebab macam - macam boleh jadi . Tapi , dari ruang tamu nak ke dapur pun dia nak teman kan ! Ya Allah , susah ye kawan - kawan ada suami yang terlampau overprotective ni . Semakin dilarang , semakin dia buat . Pening kepala dia . Tak sebut tahap cemburu dia lagi , cakap dengan anak sendiri pun dia jealous . Kata nya suara nya untuk dia sorang je , tak ada siapa boleh dengar . Kalau tak dilayan mula lah dia merajuk sampai ke minggu depan . Haih suami aku ni , comel !

Macam mana lah kalau anak aku ni ikut perangai bapak dia , haru hidup aku nanti . Nak layan yang ini , yang sana merajuk . Nak layan yang sana , yang sini pula merajuk . Aduhai .

" Bila masa sayang janji ? Tak ada lah , abang ni dah pandai menipu eh " Kata Qalisha pada Rayyan . Lengan Rayyan dicubit manja . Tergelak kecil Rayyan . Tak berjaya nak kena kan Qalisha ! Kalau selama ni , dia percaya je . Kalau dah mari penyakit polos dia tu , haa teruk - teruk . Tak tahan , habis semua dia ditanya nya .

" Gurau je sayang . Ni kenapa berdiri kat sini ? Kan abang dah pesan tunggu abang kat bangku tadi " Kata Rayyan . Pipi tembam Qalisha dicium sekilas . Haih , sejak mengandung ni , semakin tembam ! Geram betul nak gomol - gomol ! Eeeeee gigit kang , baru tahu !

Qalisha tersengih . " Saja lah , tunggu abang lambat . Abang dah macam siput , siput pun menang lawan abang " kata Qalisha selamba . Membulat mata Rayyan . Disama kan dengan siput ?

" Amboi sedapnya mengata suami sendiri . Depan muka abang pulak tu . Tak keluar bilik balik nanti baru tahu " Ugut Rayyan . Pipi Qalisha dicubit geram dari tepi . Terkekek - kekek Qalisha ketawa . Badan dipusing kan mengadap Rayyan . Tangan Rayyan diambil dan digenggam oleh nya . Wajah nya di dongakkan memandang Rayyan .

" Hehe sorry lah , TER mengata pulak . Tak sengaja hehe " Kata Qalisha . Imbuhan ter ditekan olehnya . Sengihan comel dihadiahkan oleh Rayyan . Rayyan menahan senyum nya . Haish , kenapa cute sangat ni !  Geram nya ya Allah ! Eeeeee gerammmmm !

Pipi Qalisha dicubit geram olehnya . Dah tak leh tahan dah . Geram sangat ! Tersenyum lebar Rayyan . Tercebik bibir Qalisha menerima cubitan Rayyan . Kedua belah pipinya diusap lembut . Sakit tahu tak ! Tahu lah pipi kita comel tapi jangan lah nak cubit setiap masa . Besar lah nanti pipi dia . Umph !

Tergelak kecil Rayyan . " Dah kenapa muka macam itik nak bertelur je ni ? Hodoh lah sayang " Kata Rayyan . Tergelak kuat dia saat perut nya dicubit geram oleh Qalisha . Eleh tak sakit pun lah . Tangan kecil ada hati nak cubit - cubit orang .

" Eeee menci lah macam ni ! Tak nak kawan abang " Rajuk Qalisha . Kaki dihentak - hentak pada pasir pantai . Mulut nya memuncung sedepa .

Semakin kuat Rayyan ketawa . Ya Allah isteri aku , kenapa comel sangat ?! Dengan perut besar macam tu lepastu main hentak - hentak kaki pulak . Mulut tu kalah itik muncung nya . HAHAHAHAHA tolong lah isteri dia terlalu comel ! Kelakar pun ada tengok nya .

Berkerut dahi Qalisha melihat Rayyan . Eeee orang serious lah ! Boleh pulak dia pergi ketawa ! Tak nak kawan arh cam ni !

" Tidur luar malam ni ! " Jerit Qalisha . Terus kakinya dibawa pergi dari situ . Tak nak tunggu Rayyan ! Menyakitkan hati je . Umph !

Rayyan yang mendengar membulat kan mata . Terhenti terus ketawanya tadi . Ti...tidur luar ? Matanya laju memandang Qalisha yang sudah pergi meninggalkan nya itu .

" Sayang ! Jangan lah macam ni . Abang gurau je lah ! " Jerit Rayyan . Kakinya melangkah berlari mengejar Qalisha .

" Sayang , dengar tak ? Aku gurau ! " Jerit Rayyan lagi . Qalisha buat tak tahu . Menonong saja dia berjalan ke depan , langsung tak pandang belakang . Panas hatinya masih hilang tau ! Dia tak kira , Rayyan kena tidur luar jugak malam ni . Muktamad !

Semakin laju Rayyan berlari . Sampai dekat Qalisha , Rayyan berjalan di sebelah Qalisha . Wajah Qalisha dipandang lembut .

" Sayanggggg...sorry lah . Janji dah tak gelak lepas ni . Sayangggg...." Rengek Rayyan manja . Qalisha hanya abaikan . Wajah dipaling ke tepi lain . Senyuman yang nak terukir ditahan .

" Sayangggg dengar tak ? Macam mana nak ada 20 orang anak kalau abang kena tidur luar ? Abang nak 20 orang anakkkkk...." Rengek Rayyan lagi . Membulat mata Qalisha mendengarnya . Laju saja dia melihat ke arah Rayyan .

" Amboi , abang ingat sayang ni kilang buat anak ke ? Minta je terus dapat ? Senang je minta ye ! Yang sakit beranak saya ! " Kata Qalisha geram . Wajah Rayyan dipandang geram . Nak je dia sekeh - sekeh kepala Rayyan . Ada ke minta macam tu ? Anak pertama pun belum keluar lagi , gatal nak ada anak lain !

" Alaaa boleh lah... Sayang ni kedekut lah " kata Rayyan . Wajah dimasam kan . Mulut pula memuncung panjang ke depan . Terjongket kening Qalisha ? Kedekut huh ?

" Okey fine ! Abang tidur luar selama seminggu ! Jangan masuk bilik tidur kita " Kata Qalisha geram . Wajah Rayyan dijeling tajam . Meluas mata Rayyan . Se...seminggu ? Dia...tak salah dengarkan ?

" Sayanggggg...apa ni ? Mana aci macam niiiii... Tak adil , tak adil " Bentak Rayyan manja . Qalisha hanya memekak kan telinga nya . Malas mahu melayan .

" Sayangggg...sampai hati ! Huwaaa sayang ! Ku tak bisa hidup tanpa mu ! " Jerit Rayyan . Air mata palsu disapu . Qalisha menjulingkan mata nya ke atas . Dah mula dah drama tak berbayar dia . Semakin tua , semakin kuat berdrama pulak suami dia ni . Dulu cita - cita nak jadi pelakon ke tapi tak kesampaian ? Macam tu ? Sampai tak habis - habis berdrama . Haih .

" Sayangggg ! " Jerit Rayyan kuat . Qalisha melihat kebelakang . Mebuntang matanya saat Rayyan mula mengejar nya .

" Rawrrrrr ! Abang nak makan sayang ! Nak ikat sayang kat katil ! " Jerit Rayyan lagi . Tergelak kecil Qalisha mendengar nya . Macam mana dia tak jatuh cinta buat kali kedua pada Rayyan kalau Rayyan selalu menceriakan harinya ? Nak merajuk lama - lama pun tak leh . Nanti rinduuuu !

" Bah ! Dah dapat tangkap ! "

Terkekek - kekek Qalisha ketawa apabila Rayyan memeluk nya erat . Wajah nya dicium bertubi - tubi oleh Rayyan . Dia tak berlari memang lah cepat tangkap . Mahu nya beranak kat sini nanti ! HAHAHAHA .

" abang ! Cukup lah tu , geli lah ! HAHAHAHA " ketawa Qalisha bahagia . Rayyan tidak hiraukan larangan Qalisha , makin menjadi - jadi dia cium wajah Qalisha . Geram !

Terbahak - bahak Qalisha ketawa . Rayyan hentikan nya dan juga ketawa bersama Qalisha apabila melihat wajah gembira isterinya . Sungguh dia cintakan bidadarinya ini . Buah hatinya , pengarang jantung nya , kesayangannya dan permaisuri yang kedua dalam hidupnya lepas mummy nya .

Rayyan memeluk pinggang Qalisha dari tepi . Mereka sama - sama mengadap ke laut . Melihat matahari terbenam indah . Senyuman kebahagiaan terlakar di bibir masing . Sungguh , mereka terlalu bahagia saat ini . Sudah tiada lagi rahsia diantara mereka . Rumah tangga mereka juga sudah selamat dari badai . Rahsia yang dirahsiakan dari nya juga sudah dia tahu . Sumpah , tiada apa lagi yang dia mahukan . Hanya Rayyan Mikael dan anak - anak mereka saja lepas ini .

Kebahagiaan yang dia nantikan selama ini . Kebahagian yang menyempurnakan hidupnya . Kebahagiaan yang membuat kan dia melupakan kesedihannya .

Terima kasih ya Allah kerana memberi mereka berdua kebahagiaan yang tertangguh selama ini . Sungguh perancangan MU sungguh indah dan cantik . Cerita yang tersekat di tengah jalan kini mula tertulis kembali . Kisah cinta sejati antara aku dan dia . Cinta yang pernah terganti dahulu kini dikembalikan pada pemilik asal . Tiada siapa dapat menggantikan nya lagi . Sesungguhnya dia adalah cinta yang takkan pernah terganti dengan cinta yang lain .

Cinta sejati .

Tamat

Dengan ini Pengganti Cinta melabuhkan tirainya .

Jutaan terima kasih diucapkan pada readers yang menyokong story ini . Readers yang vote , comment , share dan baca buku ini saya hadiahkan kasih sayang saya pada awak dan penghargaan ! Terima kasih kerana setia dari bab 1 hingga ke epilog . Sayang korang sampai mati ! Aceewahh hehe . Jumpa di buku kedua saya , kesayangan saya ! 🥰❤️ .

salam cinta , shazandrah .


Continue Reading

You'll Also Like

510K 12.4K 47
Selepas kematian isterinya,Haris Adham menjadi seorang yang pemarah dan lelaki dingin..Sedingin salju.. Perkahwinan yang dipaksa oleh mama,Haris Adh...
1.1M 51.3K 72
~Cintaku lebih besar dari cintanya, mestinya kau sedar itu, bukan dia, tapi aku~ Tengku Rasydan / Maya Arisha โ„ Who are you? โ„ Her fright, her face...
260K 17.1K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
323K 15.1K 67
(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan...