Precious Cinderella | Lee Know

By fluffstarlight

1.9K 330 40

It was a clichè story. That others already knew the plot story. But, i dont think so. Seorang gadis. Dibesar... More

Prologue
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27

14

67 16 0
By fluffstarlight


Han Jisung meminta diri untuk pulang terlebih dahulu memandangkan besok dia perlu bekerja. Han Chaeyoung pula sudah tertidur selepas makan ubat tadi. Kini, tinggal Lee Know yang masih berjaga kerana menyiapkan kerjanya.

Lee Know melepaskan keluhan panjang. Dia memandang muka Han Chaeyoung yang sedang tidur nyenyak di atas katil hospital itu.

"Doktor, Chaeyoung sebenarnya sakit apa?"

Lee Know langsung bertanya Doktor yang memanggilnya tadi. Dia memang zero tentang Han Chaeyoung sebab langsung tak ambil tahu sedikit pun pasal isterinya.

"Chaeyoung menghidap PTSD sejak umur belasan tahun. Setelah kematian bapanya. Bila penyakitnya menyerang dirinya, sejarah hitam mula muncul dalam fikirannya membuatkan Anxiety sekaligus panick attack."

"Kalau ikutkan rekod kesihatan mental dia yang terbaru ni, gangguan dia makin teruk daripada sebelum ni. Kalau encik perasan di pergelangan tangannya memang dah banyak kesan toreh. Encik memang tak tahu langsung ke hal ni?"

Lee Know mengetap bibirnya. Ya, memang dia tak pernah ambil tahu sedikit pun tentang isterinya. Apatahlagi, penyakitnya.

Seketika kemudian dia teringat perbualannya bersama Han. Mereka berbual sebaik sahaja Chaeyoung sudah lena.

"Hyung, Jisung tahu hyung kahwin dengan adik Jisung pun sebab terpaksa bukan? Hyung tau tak hampir setiap malam dia call Jisung. Dia kata dia takut. Bayangan yang menghantui dia tu asyik datang. Jisung nak  hyung ada dengan dia waktu sakit dia menyerang. Boleh?"

Lee Know sendiri tak pasti dengan permintaan Han. Memang tak susah pun. Senang sangat. Masalahnya ego.

Dia membelek tangan Chaeyoung yang tidak berbalut. Banyak parut toreh di pergelangan tangannya. Bukan setakat itu, kesan lebam pun ada juga. Dia jatuh ke? Tapi, takkan lah lebam tu tak hilang.

Mata Lee Know tertancap pada gelang yang cantik terletak di wrist Chaeyoung. Macam familiar saja gelang yang dipakai Chaeyoung ni. Ada huruf terukir di atas gelang.

"HJS"

Haritu yang terjatuh tu HCY. Pattern sama. Tapi tulisan yang terukir berbeza.

"HJS. Stand for what?" 

Getaran telefon di poket seluar Lee Know membuatkan Lee Know berdecit. Siapa lah manusia yang mengacaunya pada tengah malam sebegini?

Iyennie
Chaeyoung-ah. Kau okay ke?
Jisung hyung bagitau tadi kau masuk hospital lagi.
Kalau kau baca message aku ni reply lah.
Aku risau ni.
Esok Yiren ajak study untuk last paper.

Choi Hyojun Saem
Han Chaeyoung.
Minggu depan pastikan kamu bawa duit yuran sekolah yang tertunggak.
Minggu depan dah last paper.
Kalau kamu tak dapat nak bayar lagi saya tak keluarkan sijil berhenti dan sijil graduate untuk kamu.
Ni amaran terakhir.

Ini bukan miliknya tetapi Chaeyoung. Telefon miliknya elok terletak di atas meja bersebelahan dengan laptop kerjanya. Lee Know terbaca message yang keluar dari notification secara tak sengaja.

Message dari guru Chaeyoung menarik perhatian Lee Know. Patutlah balik sekolah tadi wajah Chaeyoung sugul sahaja. Rupanya dia serabut memikirkan hutangnya dengan sekolah.

"Kenapa kau tak pernah minta aku duit yuran kau, Han Chaeyoung? Apa function aku sebagai suami kau." Lee Know bebel dengan nada perlahan. Chaeyoung nak bercakap dengan dia pun ngeri apatahlagi nak minta duit. Dingin kalah ais batu.

Message dari guru itu Lee Know tekan. Chaeyoung tidak letak sebarang password pada telefonnya. Memudahkan dirinya untuk membuka chat dengan Choi Hyojun saem.


Lee Know lagi sekali memegang gelang yang disimpan di dalam drawer meja kerjanya. Kenapa gelang ni dengan gelang yang dipakai oleh Han Chaeyoung adalah sama?

"Yah, Lee Felix."

Felix yang tekun melakar plan terhenti apabila Lee Know memanggilnya. Tanpa buang masa, Felix menuju ke arah Lee Know.

"Kau kan collector gelang. Kau mesti tahu setiap jenis gelang punya brand even cikai macam mana pun kau still tahu kan?"

"Erm-ada je yang aku tak tahu dari mana datangnya. Asal?"

"Kalau gelang ni kau boleh agak tak dari mana? Kau kan arif bab-bab macam ni."

Felix mengambil gelang yang dipegang Lee Know. Dibelek gelang itu dengan serius. Cantik! Ukiran yang tertulis pada gelang itu pun cantik. Jenis gelang sebegini adalah gelang couple yang selalu dia jumpa dia online store. Eh jap-

"Hyung. Gelang ni buatan sendiri. Maksud aku, dia buat sendiri dan tak beli kat mana-mana kedai. Kalau kat kedai, ukiran dia detail macam ni. Sumpah aku cakap orang yang buat gelang ni kreatif. Aku suka design dia."

"Maksud kau, bukan dari mana-mana kedai?"

"Ukiran nama ni HCY. Mana hyung beli? Oh~ nak beli untuk Chaeyoung ke? So sawet lah hyung ni."

"Aku beli apanya. Tu aku jumpa masa aku terlanggar orang haritu. Aku nak pulangkan pada tuannya. Tapi, tak sempat nak kejar dia. Ikut pada pakaiannya macam lelaki. Ikutkan pada suaranya masa tu macam perempuan. Ah, serabut lah."

"Mana tahu hyung langgar Chaeyoung masa tu? Nama ni dengan nama dia lebih kurang sama."

"Yakin je kau. Gaya dia dengan orang yang langgar aku tu lain. Chaeyoung lebih kepada gaya perempuan banding dengan gaya orang tu. Nampak tomboyish sikit. Ramai je lagi nama orang dengan HCY. Kau ni. Bukan dia je. Boleh Ha Chae Yeon? Heo Cha Young? Hah, kan banyak. Bukan dia sorang je."


Sebaik sahaja habis exam untuk paper terakhir, Han Chaeyoung dipanggil ke bilik guru. Sepertinya dia sudah tahu apa yang bakal ditanya oleh guru yang memanggilnya. Hutang sekolah.

"Han Chaeyoung. Awak dah langsaikan hutang sekolah."

Terkebil-kebil Chaeyoung mendengarnya. Sejak bila pula dia dah bayar? Terkejut dia mendengarnya.

"Semuanya ke, saem?"

"Yep. Harini saya panggil awak sebab nak bagi resit ni. Awak boleh graduate dah minggu depan."

Siapa yang bayar? Jisung ke? Dah la banyak pulak tu. Setahunya, Jisung ada kata yang dia tak cukup duit nak bayar buat masa ni.

"Okay, awak boleh beredar. Kita jumpa pada hari graduasi nanti ye."

"Thank you, saem."

Dalam kepalanya masih memikirkan siapakah gerangan yang membayarnya? Dia memandang gelang Han di tangannya.

"Jisung, kau kata kau takde duit tapi kau bayar juga hutang aku. Makin rasa bersalah aku pada kau. Aku ni memang suka menyusahkan kau, Jisung."

Continue Reading

You'll Also Like

66.3K 5.5K 41
749 26 10
A Malay BxB FanFic Of MinYun! Selama dua tahun bersekolah di Artiny Highschool, Yunho sentiasa dibuli oleh si anak pemilik sekolah tersebut, Mingi. M...
7.7K 433 32
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...
973 97 11
Hud Qays Zayyan, seorang tentera Malaysia bertemu dengan seorang gadis bernama Ummul Eisya gadis biasa yang tinggal di Lorong Haji Taib. Awalnya Hud...