Mi Àngel // Jihoon ✓

By yoshihoshiss

36.4K 4.3K 427

Aku boleh nampak hantu. Tapi tak semua percaya. Kecuali kau. Terima kasih. ©PARK JIHOON FANFICTION More

CAST! <3
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 23
EPILOG

BAB 22

1.2K 143 20
By yoshihoshiss

" Cepatlah! "

" Aku tak nak! "

" Aku kira sampai tiga eh! "

" Satu. "

" Dua. "

" Ti-- "

" HEY MEMAKSA JE KERJA! " marahku. Jihoon tertawa kecil dan mengusap kasar rambutku. Habis serabai.

" Kalau kau tak nak ikut, aku call uncle cakap kau nak lari rumah. "

Aku membulatkan mata.

Seriously mamat ni?

" Woi fitnah kau, tinggi betol! "

" Tinggi macam aku lah. "

" Tinggi macam dosa kau jugak. "

" Ahn Saeyoon! "

" AKU TAK NAK IKUTLAH! " marahku. Jihoon ni suka betul memaksa. Agaknya dulu masa momma dia mengandungkan dia, Jihoon ni mesti paksa momma dia beranak en?

EH TIBE.

" Harini je weh. Petang ni uncle dengan aunty dah balik. Lepas tu, esok sekolah. Bila nak hangout lagi? " Muncungnya. Aku menggeleng.

" Kau cakap macam aku nak mati je. "

" Saeyoon..bukan macam tu! But, alah kau ni. Jomlah. Aku belanja semua. "

" Termasuk makanan? "

" YES! BREAKFAST AND LUNCH! " angguk laju Jihoon. Aku tersenyum sinis. Selamat dompet aku.

" Okay boleh. Bila nak pergi? "

Dan Jihoon memandangku atas dan bawah lagi. Aduh Park Jihoon ni memang mata rosak ke apa? Suka sangat pandang orang macam tu.

" Sekarang. "

" WARGHHHHH!!! " menjerit aku apabila secara tiba-tiba Jihoon menarik tanganku. Tanpa apa-apa terus dia membawaku ke motosikal miliknya di luar rumah. Enjin dihidupkan pantas.

" Pakai hel-- "

Pap!

Jihoon terdiam.

Aku mendengus.

Puas hati aku.

Aku baru sahaja tepuk kuat tangan Jihoon. Gatal sangat macam sotong. Main tarik macam aku ni orang-orang kat sawah!

" Kau pukul aku? "

" Yelah, takkanlah aku dukung kau pulak. "

" EH KAU NAIK CEPAT SEBELUM AKU LANGGAR KAU! "

" YELAHHH YELAHHHH!!! "

--------------------

Yeah, here we are.

Seoul Land.

Salah satu theme park di Seoul. Dan aku tak sangka Jihoon bawa aku kesini. Kalau aku tahu, dah lama aku bersiap sikit tadi. Ni dengan bawa sekali selipar jepun.

Jihoon ni lainlah.

Dah memang natural handsome.

Dengan tahi lalat bawah mata, senyuman yang menyepetkan mata, kulit putih dan tubuh yang agak tegap.

Kalau aku lalu sebelah dia, banyak kali aku toleh nak pastikan tu orang ke patung.

CEH.

Puji lebih-lebih bukannya Jihoon nak bayar aku pun.

" Jom. " Ajaknya selepas membayar tiket masuk. Aku mengangguk dan mengikut langkahnya. Selepas sahaja menapak masuk, aku ternganga sebentar.

Cantik woi!

Aku kaku sebentar melihat keindahan taman tema yang tidak pernah aku jejak.

Dan terima kasih pada lelaki annoying ni, aku berjaya sampai.

" Kau nak naik ride mana dulu? " Soalnya sambil matanya melilau mencari permainan yang seronok mahu dimainkan. Aku melihat satu persatu sebelum mataku tertancap pada satu mainan.

" Tu! "


" Suka mainan mencabar ke? "

" Senang sikit nak ingat mati. "

" Aku cepuk kau kang! "

Aku tertawa. Wajah Jihoon yang berkerut itu aku perhati.

Indah.

Itu je boleh aku katakan. Sebab Jihoon seorang sahaja boleh hadirkan ribuan kupu-kupu dalam perut aku.

Semua tindakan dia, perkataan dia, renungan dia, tawa dia.

Dan itu semua bukan milik aku.

" Let's go! " Tanganku ditarik. Dan kali ini, bukan paksaan. Ianya penuh kelembutan.

Tuhan, kekalkan keadaan begini.

Sebaik sahaja kami masuk kedalam salah satu seat, tali pinggang dipasang kuat bagi memastikan keselamatan kami. Kalau aku terpelanting, esok kat hospital wad Unit Rawatan Rapi.

" Kalau takut, peluk aku. " Usikku. Jihoon menjeling dan mendekatkan bibirnya pada telingaku.

" Kalau aku dah peluk kau, aku takkan lepaskan. "

Fuh, meremang. Mataku membulat memandang Jihoon sebelum sekali lagi dia tertawa.

" Ready? "

Aku dan Jihoon mengangguk.

1

2

3

" ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!! "

Satu jeritan membingitkan kota Seoul Land. Ya udah pastilah bukan aku.

Tu jeritan Jihoon.

Akhirnya selepas hampir dua round berpusing, kami sampai ke garisan penamat dan perlu turun. Aku tersenyum senang dan melompat kegembiraan.

Ride yang menarik.

Aku taklah menjerit tetapi aku taklah terlalu kaku. Aku seron-- EH?

" Ji, kau pahal? "

Jihoon sedang menyandarkan tubuhnya pada tiang berdekatan sebelum wajahku dijeling.

" Eh kau jeling aku kenapa?! "

" Aku....nak muntah! "


" WOI JIHOON! JANGAN KAT SINI! " kalutku. Segera tangan Jihoon didorong untuk keluar sebelum dia menggeleng.

" Aku dah makin okay. "

" Nak minyak angin tak? "

" Nak. "

" Beli ah. "

" Kau ada tak? "

" Tak ada, of course. Kau dah heret aku macam orang kahwin lari, mana ada aku bawa apa-apa. "

" Habistu, pahal tanya aku nak minyak angin ke tak? " Kerutnya. Aku tersengih.

" Saja je tanya. Kot-kot kau nak. "

Jihoon mengepal tangannya sebelum nafas ditarik dan dihembus laju.

" Kalau kau ni adik aku, dah lama aku hantar kat rumah anak yatim. "

" Nasib baik kau bukan abang aku. "

Jihoon memejam mata menahan geram. Dia tersenyum sebelum mataku dipandang.

" Okay jom. Kita gerak pergi next game. "

Dia menapak pergi lantas dengan pantas aku mengikut langkahnya.

" Nak yang tu! "


" ARE YOU SERIOUS?! " Jihoon membulatkan mata. Aku mengangguk sebelum Jihoon menarik tanganku ke tempat lain.

Lah, tadi kata suruh aku pilih.

Aku dah pilih, tak kasik pulak.

" Amik gambar aku. "

" Kat mana? "

Jari Jihoon ditundingkan pada satu tempat.

" Eh tapi ni tempat couple lah. " Gelengku.

" Amik gambar aku je. Kenapa? Kau nak bergambar sekali dengan aku ke? " Sengihnya. Aku menyunggingkan bibir lantas jari tengah dinaikkan.

Mencetuskan gelak tawa lelaki ini.

" Okay, Jihoon. Satu, dua, KCAKK! "

Perfect.

Gambar yang sempurna seperti tuannya.

" Cantik! " Puji Jihoon. Aku mengangguk dan menyerahkan semula telefon milik lelaki itu. Jihoon tak berhenti menilik gambarnya dan dalam diam aku menilik wajah Jihoon.

" Ji.. "

" Hm? " Jawabnya tanpa memandang wajahku. Aku tersenyum.

" Kau tinggal satu roh je lagi kan? "

" Haah. "

" Lepas je selesai, aku pergi ya? "

Jihoon tersentak. Telefonnya disimpan kedalam poket dan ketika itu fokusnya 100% padaku.

" Apa maksud kau? "

" Yelah, aku kan cuma bantu kau untuk selesaikan request je. So, bila semua dah selesai, you can get your normal life back. "

" Hidup aku bertambah ceria sejak kau ada. Pahal aku nak pilih hidup lama kembali? " Soalnya, keras. Dan Jihoon semakin mendekati tubuhku.

Dengan renungan tajam dia.

" Kau akan lebih happy dengan Junkyu, Yoshi, dan... "

Aku menelan liur lantas wajah diangkat bagi memandang tepat ke matanya.

" Dan crush kau. "

" Saeyoon, please! Kan aku dah kata, kau kena ada dengan aku masa aku confess. "

" Ya! Aku akan ada dengan kau. Sampai kau dapat crush kau. "

" Tapi kau cakap kau nak tinggalkan aku. "

" Tak, Ji-- ARGH! " Kerutku sebaik sahaja Jihoon mencengkam kuat lenganku. Mata bulatnya tajam memandang mataku.

Cengkaman dia sangat perit.

" Ji.. sakitlah. "

" Aku tak pernah benarkan kau tinggalkan aku. "

" Tapi, Ji... "

Aku memegang dada yang semakin sesak.

Perasaan ini datang lagi.

Panic attack!

" Tapi apa, Saeyoon?! "

" Ji, please. Aku... "

" KAU APA?! "

" AKU KENA PANIC ATTACK! " jeritku sebelum tubuhku meleyot jatuh. Jihoon dengan pantas memegang tubuhku lantas dipapah dibahu.

" Hey kenapa ni? "

" Air.. "

Dengan pantas lelaki itu menyerahkan air mineral yang dibelinya tadi. Selepas sahaja menelan hampir setengah botol, baru dadaku tidak lagi berombak laju.

Namun, aku perlukan ubat.

Kringgg! Kringgg!!

Telefonku dikeluarkan dengan tangan terketar. Mujurlah Jihoon membantu.

" Hello uncle? " Jawabku dengan lemah. Nada ceria uncle sedikit sebanyak melegakanku.

" Saeyoon! Uncle dah kat airport. Jemput uncle boleh dengan Jihoon? "

" Uncle dah kat sana? "

" Haah. Uncle tunggu ya? Cepat sikit. Sonyoung demam ni. "

Aku mematikan panggilan lantas berpaling memandang wajah Jihoon yang terlihat risau itu. Aku menepuk bahuku.

" Ji, kau ambilkan uncle dengan aunty kat airport boleh? Sonyoung demam. So baik kau cepat. "

" Habistu kau? Kita beli ubat du-- "

" Ubat aku ubat khas doctor. Tak boleh beli kat farmasi. Aku ada ubatnya kat rumah lama. "

" Aku teman. "

" Tak yah. Kau amik uncle. Aku ambil ubat naik taxi. "

" But, Saeyoon.. "

" Aku okay. Kau ambil uncle ya? Nanti kita jumpa kat rumah. " Senyumku. Jihoon memandang mataku lama dengan penuh kerisauan sebelum nafas berat dihembus.

" Okay. Jumpa kat rumah. "

--------------

" Hai uncle! Aunty! " Tegur Jihoon. Segera dia menghampiri keluarga Cha yang baru sahaja pulang dari Busan.

" Oh Jihoon! Mana Saeyoon? "

" Dia balik rumah lama kejap. Ambil ubat dia. "

Dan uncle berkerut.

" Ubat apa? "

Jihoon hanya mendiamkan diri sehinggalah mereka menapak ke kenderaan milik uncle. Jihoon berperanan sebagai pemandu, dan uncle duduk disisi.

Aunty duduk di seat belakang sambil memangku Sonyoung yang rebah kerana demam yang semakin panas.

" Saeyoon kata dia ada panic attack. Jadi, ubat dia ada kat rumah lama. Sebab tu dia nak pergi ambil. Jihoon nak ikut sekali, tapi dia kata uncle dengan aunty lagi penting. Sonyoung pun demam, jadi dia suruh biarkan dia pergi sendiri. " Balas Jihoon sambil memandu. Uncle mengeluh.

" Saeyoon tak ada panic attack. Cuma buah pinggang dia. Kadang-kadang sakit kalau dia kena mendadak panic. "

" Lama ke dia sakit macam tu? "

" Sejak pemindahan buah pinggang dengan eomma dia dulu. "

Keadaan kembali senyap.

Uncle menghayati lagu di radio dan Jihoon fokus memandu. Tiada suara dikeluarkan.

" Saeyoon unnie.... Saeyoon unnie.... "

Kesemua tersentak apabila Sonyoung meracau. Air mata mulai membasahi pipi gadis kecil itu. Dengan pantas aunty menepuk bahunya untuk mengejutnya. Segera tubuh Sonyoung dipeluk.

" Kenapa ni? "

" Sonyoung mimpi unnie mati! Sonyoung takut! " Serta-merta itu membuatkan Jihoon kaku. Dia menelan air liur. Cuba mengusir pelbagai kemungkinan buruk.

" Unnie okay lah. Unnie tengah tunggu kat rumah. " Pujuk uncle. Sonyoung menggeleng dan memeluk erat tubuh aunty.

" Berita hari ini. Kejadian bunuh membunuh telah dilaporkan berlaku baru sahaja sebentar tadi di kediaman 99, Yulgok-ro, Jongno-gu, Seoul. Kami difahamkan mangsa bergelut dengan suspek yang merupakan banduan yang melarikan diri daripada penj-- "

Radio dimatikan pantas lantas Jihoon memusingkan stereng untuk melakukan U-Turn mengejut.

SREKKKKK!!!!!

Jantungnya berdegup kencang.

Tolong jangan.

Tolong jangan.

" Eh Jihoon! Kenapa kamu tukar laluan? Ni bukan laluan balik rumah uncle. "

" Alamat berita tu! Tu rumah lama Saeyoon! "





Continue Reading

You'll Also Like

16.5K 3.2K 39
[Completed] Aku cuma nak tolong dia je tapi tak sangka pula yang aku dah menyusahkan dia ops! © Hamada Asahi / Asahi TREASURE's fanfic @xxybaexx « T...
126K 3.8K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...
125K 12.3K 50
Lelaki menyusahkan. Dan sini aku nak ingatkan cinta pertama takkan seindah yang disangka. Kalau cinta terakhir? Haruto atau Doyoung? © HARUTO FANFIC...
22.3K 461 14
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...