๐๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐๐š๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๏ฟฝ...

By Hwayuqiii

58.4K 6.6K 721

Season 1 Energi shizen adalah kekuatan yang perlu dikeluarkan untuk menggunakan ability, energi itu dimiliki... More

SEASON 1: DESCRIBE
CHAPTER 1
CHAPTER 2
CHAPTER 3
CHAPTER 4
CHAPTER 5
CHAPTER 6
CHAPTER 7
CHAPTER 8
CHAPTER 9
CHAPTER 10
CHAPTER 11
CHAPTER 12
CHAPTER 13
CHAPTER 14
CHAPTER 15
CHAPTER 16
CHAPTER 17
CHAPTER 18
SPECIAL CHAPTER
CHAPTER 19
CHAPTER 20
CHAPTER 21
CHAPTER 22
CHAPTER 23
CHAPTER 24
CHAPTER 25
CHAPTER 26
CHAPTER 27
CHAPTER 28
CHAPTER 29
CHAPTER 30
SEASON 2: HEADING TO WAR
S2 CHAPTER 1
S2 CHAPTER 2
S2 CHAPTER 3
S2 CHAPTER 4
S2 CHAPTER 5
S2 CHAPTER 6
S2 CHAPTER 7
S2 CHAPTER 8
S2 CHAPTER 9
S2 CHAPTER 10
S2 CHAPTER 11
S2 CHAPTER 12
S2 CHAPTER 13
S2 CHAPTER 14
S2 CHAPTER 15
S2 CHAPTER 16
S2 CHAPTER 17
S2 CHAPTER 18
SPECIAL CHAPTER.
S2 CHAPTER 20
S2 CHAPTER 21
S2 CHAPTER 22
S2 CHAPTER 23
S2 CHAPTER 24
S2 CHAPTER 25
S2 CHAPTER 26
S2 CHAPTER 27
S2 CHAPTER 28
S2 CHAPTER 29
S2 CHAPTER 30
Q:A chapter
S3 CHAPTER 1
I am back..
S3 CHAPTER 2
S3 CHAPTER 3

S2 CHAPTER 19

721 94 14
By Hwayuqiii

SEASON 2: HEADING TO WAR

Sekitar pukul 1 petang, Kagura menjemput Ace di balai hunters kerana Zenmaru belum dapat pulang saat ini.

Ketika keluar dari balai hunters, Ace diiringi ramai hunters yang ramah kepadanya. Kagura melihat dari kejauhan.

"Sungguh mengejutkan, dia bisa bergaul dengan baik bersama para hunters di sini." Gumam Kagura.

"Ace, kamu baik baik saja disini?" Tanya Kagura.

Ace mengangguk. Dia tidak tersenyum namun wajahnya jelas ceria dari sebelumnya.

"Kamu suka berada di sini?" Tanya Kagura lagi.

Ace hanya mengangguk.

"Kenapa?" Tanya kagura.

"Ace suka tengok latihan pedang, lagipun kat sini tak bosan macam kat rumah. " jawab Ace.

Kagura baru menyedari bahawa selama ini Ace sudah bosan duduk di rumah tidak melakukan apa apa.

"Herm, kalau begitu sering sering lah ikut Zenmaru ke sini."  Ujar Kagura

Ace hanya mengangguk angguk kemudian mereka berangkat pulang.

Para hunters melambai Ace dengan wajah girang.

"Datang lagi Ace.." teriak seseorang sambil melambai kepada Ace.

***

Sai, Kazuke, Raizo, Shiro, Asyura, Mirae dan Rin mendatangi Ace si rumah Kagura pada petang hari.

Ace keluar apabila mendengar banyak suara diluar rumah.

"Ace.." ujar Mirae lantas berlari ke arahnya.

"Mirae.." ujar Ace juga, ini perjumpaan pertama mereka setelah Ace kembali dari kerajaan Gesshoku.

"Kau okay ke?" Tanya Mirae.

Ace mengangguk kemudian mereka duduk di ruang tamu.

"Kenapa datang ramai ramai." Tanya Ace membuat Mirae agak terkejut.

"Ace ke ni? Apasal cara cakap dia lain? Apasal riak muka dia tak macam selalu?" Fikir Mirae kebingungan.

"Saje je nak jenguk Ace." Kata Rin.

Ace terangguk angguk kemudian Kagura datang membawa minuman ke ruang tamu lalu terus pergi.

"Atok pergi mana?" Tanya ace.

"Atok perlu melakukan sesuatu di dapur, kamu berbual lah dahulu." Ujar Kagura.

Ace mengangguk faham.

Kazuke memandang Ace dan Ace membalas pandangan nya sambil mengerutkan kening.

"Korang berdua dah kenapa? Lawan mata sape deluan kedip erh?" Tanya Asyura yang seperti biasa tidak peka.

"Tak, dia yang tengok aku dulu." Balas Ace yang tentunya juga kurang peka.

Kazuke menghela nafas kemudian mengalihkan pandangan nya dari Ace.

"Ace, kau suka Kazuke tak?" Tanya Asyura secara tiba tiba membuat Kazuke terbatuk.

Ace mengangguk membuat mata Kazuke membulat melihat nya.

"Aku suka korang semua." Ucap Ace lagi.

Jawapan nya membuat yang lain tertawa.

"Ace mungkin dah berubah, tapi otak dia masih lurus macam dulu." Kata Raizo.

"Lurus apa?" Tanya Ace.

"Takde apa lah" jawab Raizo yang sedang cuba menghentikan gelak kecilnya

"Ace taknak balik academy ke?" Tanya Mirae.

Ace menggelengkan kepala nya.

"Jadi Ace taknak jadi hunter?" Tanya nya lagi.

"Entah lah, lagi baik macam ni kot." Balas Ace.

"Herm kalau dah tu yang Ace nak, takpe lah." Kata Mirae.

"Minggu depan kitaorang dah lulus Academy." Ujar Rin.

"Ace tahu, tahniah." Ucap nya.

Mereka hanya mengangguk tersenyum.

Mereka berbual kosong hingga matahari mulai terbenam.

"Tak sedar dah gelap, kitaorang balik dulu lah." Ujar Rin.

Ace mengangguk, mereka pun berdiri dan keluar dari rumah. Ace menghantar mereka hingga ke luar.

Semuanya melambai kepada Ace kecuali Kazuke.

***

Keesokan harinya

Zenmaru tidak mempunyai tugas dan Kagura pula pergi ke istana untuk membincangkan soal perang yang bakal terjadi.

Di rumah hanya Ace dan Zenmaru. Zenmaru tidur diruang tamu dan Ace baru keluar dari biliknya membawa pedang kayu.

"Si tua bangka ni tak reti tidur kat bilik ke? Menyemak je." Gumam Ace.

Dia pun keluar dan pergi ke gelanggang latihan di belakang rumah Kagura. Sudah sekian lamanya dia tidak bermain pedang.

Entah kenapa, ada saja jurus baru yang tiba tiba masuk ke fikiran nya apabila dia memegang pedang. Tanpa berfikir panjang dia mencuba jurus baru itu.

"Macam mana semua jurus ni boleh ada kat fikiran aku padahal aku tak pernah nampak pun, tubuh aku pun senang je nak sebati dengan gerakan jurus tu." Ujar Ace sendiri.

Tanpa disedari, Ace telah berlatih hingga tengahari, dia pun masuk ke dalam rumah. Di ruang tamu, Zenmaru sudah bangun namun masih mamai.

"Dah siang bangun lah." Ujar Ace.

"Aku dah bangun lah." Jawab zenmaru.

"Kau tak balik ke semalam?" Tanya Ace.

"Ye..  "

Ace hanya terangguk angguk.

"Oi, tak lama lagi budak budak kenshi tu jadi hunters. Kau macam mana? Nak menganggur sampai ke tua ke?" Ujar Zenmaru.

"Ish biarlah, kau tu sampai bila nak menumpang kat sini." Balas Ace

"Eleh dia pun menumpang." Balas Zenmaru pula.

"Aku dari kecil lagi dah tinggal rumah ni." Kata Ace.

"Ouh jadi dari kecil lagi kau dah menumpang kat sini lah kan? Makna nya aku yang patut tanya sampai bila kau nak menumpang kat sini?" Balas Zenmaru lagi dengan lirikan sinis.

Ace memandang tajam ke arah Zenmaru lalu menyeru pedang nya membuat Zenmaru terkejut.

"Wow wow wow.. tak boleh bawa gurau ke." Ujar Zenmaru.

Ace berdiri dan menghunus pedang kepada Zenmaru. Zenmaru terus berdiri dan berundur jauh.

"Panas baran betul budak ni." Gumam nya.

Ace mula menyerang Zenmaru namun Zenmaru hanya mengelak serangan Ace.

"Kenapa tak serang balik? Nak tengok juga level Raja Iblis ni." Ujar Ace sambil menyerang tanpa henti.

Zenmaru mula rasa tercabar dan mengambil pedang nya di atas meja, mereka mula saling berbalas serangan.

"Dah lah aku baru bangun, tak adil langsung." Gumam nya namun tetap membalas serangan Ace.

Bunyi pedang bergeser kedengaran, pertarungan mereka merosakkan barang barang dalam rumah Kagura.

"Tu je ke kemampuan kau?" Ujar Zenmaru.

Ace hanya melirik tajam..

Beberapa minit berlalu, serangan mereka mula menjahanamkan rumah Kagura.
Padahal mereka hanya berlawan pedang tanpa menggunakan ability namun sebahagian atap rumah kagura sudah terbang. Lantai tingkat atas juga berjatuhan di tingkat bawah.

Para penduduk desa yang melihat keributan di kediaman Pemimpin klan terus berkumpul. Ace dan Zenmaru tidak peduli akan kehadiran penduduk desa yang memenuhi kawasan rumah Kagura.

"Gadis itu dan Raja Iblis yang menumpang di rumah Tuan Kagura? Ada apa sebenarnya ini."
"Kenapa mereka saling menyerang?"
"Laporkan kepada Tuan Kagura pergaduhan yang sedang terjadi ini."
Ujar sebahagian penduduk yang panik kerana pertarungan antara Raja Iblis dan Dewi manusia.

"Bagaimana mereka bisa memusnahkan sebahagian rumah ini dengan hanya menggunakan serangan pedang?"
"Iya benar, mereka tidak mengeluarkan energi sama sekali."
"Pertarungan mereka jauh diluar nalar kita."
"Sungguh hebat!"
Sebahagian nya pula kagum.

Ace dan Zenmaru masih saling menyerang, belum ada dari mereka yang tercedera sama sekali. Pokok pokok di kawasan rumah Kagura turut habis tertebang mereka.

Zenmaru merupakan orang pertama yang mampu menyamai kecepatan Ace. Dia bisa melihat jurus langkah kilat Ace yang sebelum nya tiada satu pun dapat melihatnya.

"Nampak nya kau belum serius, kelajuan kau yang sekarang tak sama macam waktu malam penyerangan tu." Ujar Zenmaru.

"Kau pun apa kurang nya, kau belum serius lawan aku kan?" Tanya Ace.

"Kerahkan semua kemampuan kau dan aku akan lawan kau sungguh sungguh." Kata Zenmaru.

Ace melirik sinis kemudian menyerang lagi, dia mengapung di udara begitu juga Zenmaru.

"Wow macam mana dorang boleh terbang? Guna jurus ke?" Ujar salah satu penduduk.

"Benar benar bukan pertarungan manusia."

"Tidak ku duga Zenmaru si Raja Iblis handal bermain pedang, kemampuan mereka berdua benar benar setaraf."  Kata salah satu penduduk desa lagi.

Bahagian depan rumah Kagura sudah hancur, begitu juga beberapa bahagian lain. Para penduduk desa tidak berani menghentikan pertarungan mereka kerana pertarungan itu umpama pertarungan antara monster.

Sudah hampir sejam mereka bertarung... Kagura yang sudah mendengar tentang hal itu pun terus pulang ke rumah.

Apabila tiba di rumah, betapa terkejut nya dia melihat rumah nya yang ditinggalinya berdekad lama nya sudah musnah. Ace dan Zenmaru pula masih bertarung dengan serius.

Kagura bertepuk dahi melihat perbuatan 2 penumpang di rumah nya itu.

"Kamu berdua!!!! Berhenti!!!" Jerit Kagura membuat Ace dan Zenmaru terkejut, wajah nya jelas sedang marah.

Mereka berpaling ke arah suara itu dan melihat wajah Kagura yang sedang marah kemudian melihat pula rumah yang hancur angkara mereka. Ace dan Zenmaru saling berpandangan dan saling menyalahkan.

"Kenapa kamu bertarung disini? Kamu berdua bertengkar lagi?" Tanya Kagura.

"Gagak hitam ni yang mulakan." Ujar Zenmaru.

"Sebab si tua bangka ni yang ejek Ace dulu." Balas Ace.

Penduduk desa hanya mampu melihat kehairanan.

"Eleh kau yang sensetif sangat, aku cakap sikit je pun." Kata Zenmaru lagi.

"Jadi kau mengaku lah kan kau yang mulakan?" Ujar Ace.

"Tapi kau yang serang aku dulu." Balas Zenmaru.

"Aku tak arahkan serangan aku kat rumah ni." Kata Ace.

"Jadi kau nak cakap semua serangan yang kena kat rumah ni serangan aku? Tu tebasan tu jurus kau kan?" Balas Zenmaru.

"Sikit je pun, tu yang lain tu serangan kau!" Kata Ace.

"Jadi salah aku lah kau tak salah langsung?" Balas Zenmaru.

"Kamu berdua masih mahu bertengkar? Belum habis lagi?" Kagura mencela.

Ace dan Zenmaru terus terdiam, mereka tertunduk di hadapan kagura.

"Aku membangunkan rumah ini dan sudah tinggal disini berpuluh tahun, tapi kamu berdua memusnahkan nya hanya dalam hitungan detik." Ujar Kagura sayu membuat Ace dan Zenmaru rasa bersalah.

"Kau rasa ada tak ability pengunduran masa?" Bisik Zenmaru kepada Ace.

"Entah, ability cipta rumah ada tak?" Bisik Ace bertanya kepada Zenmaru pula.

"Mungkin ada, kau nak cari ke?" Balas Zenmaru berbisik.

"Kalau ada memang aku cari sampai lubang cacing." Bisik Ace kembali.

"Apa yang kamu berdua bisikkan sekarang." Tanya Kagura membuat Ace dan Zenmaru menunduk kepala semula.

"Maaf Tok, Ace salah. Ace yang mulakan." Ujar Ace.

"Aku turut bersalah dalam hal ini, maaf kan aku Tuan Kagura." Kata Zenmaru dengan sopan.

Kagura menghela nafasnya.

"Aku bahkan tidak bisa memarahi mereka berdua." Gumam kagura bergeleng kepala.

Kagura berpaling ke arah para penduduk desa.

"Kalian pulang lah ke rumah masing masing, biar aku mengurus semua ini." Ujar Kagura.

Para penduduk pun mengangguk faham dan bersurai. Kejadian itu heboh hingga ke desa lain. Zenmaru dan Ace benar benar menjadi terkenal sebagai pembuat onar.

"Cucu Tuan Kagura dan Raja Iblis itu sudah sering bertengkar sebelum nya."

"Iya, aku juga pernah mendengar mereka bertengkar."

"Mereka berdua selalu memperbesarkan hal kecil."

"Iya benar.."

"Salah satunya Raja Iblis dan salah satunya lagi umpama dewi. Mereka bagai langit dan bumi, tidak mungkin mereka akan bersefahaman."

"Bukan kah mereka seharusnya tidak bisa tinggal sebumbung?"

"Kalau berterusan begini, rumah Tuan Kagura akan hancur lebur sepenuhnya.

"Iya benar..

Gosip penduduk desa.

***

Kagura, Ace dan Zenmaru masuk ke dalam rumah, betapa kecewa nya Kagura melihat keadaan rumahnya saat ini.

Mereka duduk di kawasan yang masih selamat dalam rumah itu.

Ace dan Zenmaru tidak berani memandang Kagura sama sekali.

"Kamu berdua, jika kamu berterusan seperti ini.. salah satu nya harus meninggalkan rumah ku." Ujar Kagura.

Ace dan Zenmaru terus mendongak ke arah Kagura.

"Apakata gagak hitam yang keluar dari rumah ni, dia boleh tinggal di istana." Ujar Zenmaru.

"Kau gila aku nak tinggal sana? Kau yang sepatutnya keluar dari rumah ni. Aku tak nak pisah dengan Atok."  Balas Ace pula.

"Aku pun taknak pisah dengan Tuan Kagura." Kata Zenmaru membuat Ace geli.

"Tua bangka ni tak nak mengalah pula." Ujar Ace.

"Dasar anak burung gagak hitam." Balas Zenmaru.

Kelakuan mereka membuat Kagura semakin pening kepala.

"Sampai bila kamu berdua mahu seperti ini? Kalau kamu tidak mahu berhenti bertengkar, kedua duanya harus meninggalkan rumah ku." Ujar Kagura.

Ace dan Zenmaru saling berpandangan kerana terkejut.

"Kau taknak tinggalkan rumah ni?" Bisik Zenmaru.

Ace menggeleng.

"Aku pun tak nak." Bisik nya lagi.

"Habis tu?" Bisik Ace pula.

"Kita mesti berbaik." Bisik Zenmaru lagi.

"Memang tak lah." Balas Ace.

"Maksud aku, hanya bila di depan Tuan Kagura." Sambung Zenmaru lagi.

"Apa lagi yang kamu bisikkan kali ini?" Celah Kagura membuat keduanya lantas memandang depan.

"Kami janji takkan bertengkar lagi " ujar Zenmaru.

"Weh bila masa aku setu..."

"Diam lah." Zenmaru memotong perbicaraan Ace.

Kagura memandang kehairanan.

"Kamu berjanji tidak akan bertengkar lagi?" Tanya Kagura.

"Iya benar." Jawab Zenmaru.

"Ace?" Tanya Kagura lagi.

Ace terpaksa mengiyakan ucapan Zenmaru.

"Hermmm.. baiklah kalau kamu berdua sudah berjanji, tapi ingat!! Jika kamu berdua membuat onar lagi, kamu tahu sendiri apa akan terjadi bukan?" Tutur Kagura lagi.

Keduanya mengangguk terpaksa.

"Tapi, kamu berdua tetap harus menjalani hukuman kerana menjadikan rumah Pemimpin Klan seperti ini."

To be continue...

Ayoo free" dapat gelaran pembuat onar..🤣


Continue Reading

You'll Also Like

1.7M 92.6K 54
โŒDILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. โ—CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
1.6M 120K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...
59.3K 4.2K 52
Nur Puteri Gardenia Rose, berusia 28 tahun. Seorang guru yang cemerlang dan berdidikasi. Hidupnya sempurna, ada rumah, kereta sendiri, pekerjaan yang...