Mi Àngel // Jihoon ✓

By yoshihoshiss

36.4K 4.3K 427

Aku boleh nampak hantu. Tapi tak semua percaya. Kecuali kau. Terima kasih. ©PARK JIHOON FANFICTION More

CAST! <3
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 21
BAB 22
BAB 23
EPILOG

BAB 20

1K 148 14
By yoshihoshiss

Aku taklah suspicious sangat.

Lebih kepada pelik.

Harini uncle dengan aunty akan ke Busan. Selama dua hari ni.

Itu aku taklah pelik. Mungkin uncle dengan aunty pergi sebab urusan kerja.

Yang aku pelik sekarang ni..

Kenapa Sonyoung, adik aku ikut sekali?

Apa keperluan Sonyoung dalam perniagaan uncle aunty?

" Uncle dengan aunty gerak dulu ya? " Senyum aunty Cha. Dia mengusap kepalaku.

Aku mengangguk sebelum lengan Sonyoung yang sedang menyeret bagasinya, aku tarik kuat.

" Sonyoung kena stay. "

" Eh Sonyoung kena ikut. "

" Kenapa? Sonyoung nak ikut uncle aunty honeymoon ke? " Protesku. Aunty menggigit bibir bawahnya sebelum uncle bersuara.

" Kami nak nampak muda kat sana. So kalau Sonyoung teman, bolehlah bangga ada anak muda lagi. " Sengih uncle. Aku berkerut.

" Saeyoon pun muda lagi lah! "

" Alah kak, kau tak payah ikut sebab nanti ada abang hensem datang jaga ka--UMPHH UMPHH! " Sonyoung kaget apabila uncle menekup mulutnya. Menghalang dirinya daripada berbicara lebih lanjut.

" Okay kami dah lambat ni. Jaga rumah ya, Saeyoon. Dua hari je. " Senyum aunty. Aku hanya mengangguk patuh sebelum melambai pemergian mereka sehingga ke pintu.

Sejujurnya aku masih bingung.

Namun aku biarkan sahaja. Tak apalah, boleh rest dua hari ni. Rumah ni jadi hak milik aku kejap.

Selepas sahaja pemergian mereka diiringi dengan pandangan mataku, terus pintu ditutup. Aku berkira-kira mahu mandi terlebih dahulu sebelum belajar melukis dibilikku.

Dapatlah aku elakkan diri daripada didenda Mrs Goh lagi. Dia tu boleh tahan mulutnya.

Baru sahaja mahu menapak ke bilikku, loceng rumah ditekan berkali-kali.

Ting tong!

Ting tong!

Ting tong!

Aku berdecih. Mesti Sonyoung yang tertinggal barang ni!

Segera pintu dibuka.

" Tertinggal apa lagi ni-- HAH?! "

------------------

Diam.

Tak memandang.

Duduk satu sofa.

Tapi tubuh tidak menghadap satu sama lain.

" Sampai bila kau nak senyap, Saeyoon? " Celah suaranya. Aku mendengus lantas berpaling menghadapnya.

" Pahal kau kat sini? "

" Uncle suruh aku jaga kau. "

" Dia tak cakap dengan aku pun! "

" Manalah aku tahu. Dia cakap dengan aku. Aku dah inform kau awal-awal lah kat surat. Dah baca belum? "

Aku terdiam.

Haahlah...

Surat Jihoon bagi tu masih belum aku buka.

Aduh! Nyanyuk dah aku ni.

" Ha lupalah tu! Jadi nenek dah kau ni. " Suara ini lagi.

Aku menahan rasa amarah.

Park Jihoon tetap Park Jihoon.

Annoying!

" Kau pergi baliklah. Aku nak mandi. Aku boleh jaga diri aku. Kau tak payah susah-susah. "

Gelengku. Kakiku diatur ke tangga meninggalkan Jihoon sendirian di sofa. Dalam diam, aku mengeluh.

Aku kena tegas kali ni. Sebab aku sedar yang aku dah jatuh terlalu dalam kat Jihoon.

Sebelum aku tak boleh keluar, baik aku cepat-cepat tepis.

Jihoon ada crush.

Dan bukan aku.

Kalau hasilnya sakit, baik aku mengalah awal-awal.

Sakit dahulu, daripada sakit kemudian.

Untuk kali terakhir, aku mengerling Jihoon yang sedang duduk si sofa sambil menilik telefonnya.

Aku janji akan pergi lepas semua request kau selesai, Ji.

-----------------------------

Selepas sahaja mandi dan menyegarkan diri, aku menapak ke tingkat bawah.

Sunyi.

Tiada suara.

Selepas baca surat Jihoon, aku hanya mengangguk faham.

This weekend aku jaga kau. Uncle aunty dengan adik kau tak ada kat rumah.

Sekarang ni?

Aku dah agak yang Jihoon akan pergi. Siapa lelaki tu untuk stay dengan aku kan? Tak apa, aku boleh jaga diri. Tempoh 2 hari tu kejap je.

Aku menuju ke peti sejuk lantas dibuka. Mataku melilau mencari susu segar yang baru dibelikan oleh aunty. Sebab aku belum lapar, jadi aku hanya mahu isi perut dengan susu je.

Nanti aku dah lapar, aku masak ramyeon.

Dan hidungnya terbau sesuatu.

Ini bau....

" Hai. "

Ya Tuhan.

Ngapain aku diuji sebegini....

" Kenapa kau tak balik lagi? Apa kau buat kat dapur rumah aku ni? HAH?! " jeritku. Jihoon membulatkan mata sebelum tertawa kecil.

" Kau okay tak ni? Air banyak masok telinga ke? " Sengihnya. Aku mendengus dan menjeling kuat.

" Aku serius ni, Ji. "

" Yelah, aku pun serius. Tanya soalan macam aku nak rogol kau! "

" HEYY!! "

" Hah yelah! Memang ah kau suruh aku balik. Tapi aku tak cakap, aku setuju nak balik. And ni amanah uncle kat aku untuk jaga kau. Kalau aku balik, astu jadi apa-apa kat kau, aku kena tanggung! " Bebelnya. Aku mendengus dan menuang rakus susu kedalam cawan tanpa menghiraukannya.

" Aku dah masakkan ramyeon ni. Kau tak nak ke? " Pelawanya. Aku geleng.

Tak nak aku.

Tah-tah makanan dia tak sedap ke. Tak cukup garam ke. Tak cuk-- GRUUUUUU~~~~

ADUH!

PERUT PERUT!

" Aku dengar perut kau bunyi. Nak jual mahal lagi ke? " Usiknya. Aku menjeling dan membawa susu ke hadapan televisyen.

Makin aku duduk dapur, makin lapar aku.

Tubuhku dilabuhkan diatas sofa lantas tangan kanan laju menekan remote. Pelbagai channel ditekan sebelum aku tertarik pada Running Man.

Tak apalah, aku join gelak sekali.

" Tengok apa? "

Aduh.

Tambi ni.

Aku sepak jugak kang.

Jihoon meletakkan dua mangkuk ramen diatas meja lantas meletakkan punggungnya disebelah aku tanpa rasa malu.

Selamba badak dia je.

" Pahal duduk sini? Aku ada bagi kau duduk ke? " Perliku dan wajah Jihoon dijeling.

Jihoon memeluk tubuhnya dan tubuh aku dipandang atas bawah.

Jap.

Lain maciam.

" Kita sebaya kan? Tapi siapa lahir dulu? "

Aku mendengus.

" Kau. "

" Siapa dominan? Aku ke kau? "

" Kau, sebab kau lelaki. "

" Yes. So, rumah ni, aku yang lead. "

Aku ternganga. Wah, sekali lagi ayat selamba badak dia tuturkan. Mamat ni dah putus urat malu ke? Semua benda dia cakap confident nak mampus.

" Ni rumah uncle aunty aku. Tang mana, sejak bila, bab berapa tercatat, YANG NI JADI RUMAH KAU?! " marahku. Mata bulat Jihoon aku pandang tajam.

Makin dilayan, makin tak tahu malu.

" Kau belajar sejarah tak? Dalam organisasi, kalau tak ada ketua, orang yang lebih tua dan berkelayakan yang akan mengetuai organisasi tu. So dalam kes kita, aku yang layak tu. "

" Eh tak payah drag sejarah dalam hal ni eh! " Dengusku. Jihoon terkekeh sebelum mangkuk ramyeonnya diambil dan dihirup perlahan.

" Cakap jelah tak tahu. "

Jap.

Aku macam dengar suara sayu orang kutuk aku.

Haih dia ni.

Kalau aku campak kat Sungai Han, belum tentu Han Jisung nak amik dia.

GRUUUU~~~

Again?

Aku mengeluh. Perut aku memang suka khianati perut aku ke?

" Makanlah. Jangan tahan lapar sebab ego. Nanti mati, ego tu bukannya boleh beri nyawa kau balik. " Tegurnya.

Ketika itu, aku tahu, dia tidak lagi mahu berpura-pura.

" Okay. " Jawabku, kecil. Segera mangkuk itu diambil dan dilahap laju.

Aku memang tengah lapar.

Dapat suapan gini, boleh habis kejap je ni.

BAMMM!!!

" ARGHH!! " jeritku. Hampir sahaja mangkuk ramen terpelanting jika aku tak pegang tadi.

Aku mengerling kiri dan kanan yang gelap.

Ya, blackout.

Dalam kesamaran, aku hanya dapat melihat wajah Jihoon yang hanya mempunyai beberapa jarak dengan diriku.

Tapi kerana aku ni agak tak suka gelap, aku biar je.

" Kau stay sini. Aku nak gi kotak fius. " Katanya.

Segera tangan Jihoon aku paut.

Tolong jangan.

Aku tak suka sendirian dalam gelap.

Kerana gelaplah tempat aku menangis dulu sejak mendiang mama pergi.

Dan jelas, ia meninggalkan trauma besar.

Trauma yang membuatkan aku tak mahu dalam kegelapan seorang diri.

" Aku nak gi kotak fius kejap je, Saey-- "

" Ji....please... "

Aku merayu. Sedikit lagi air mata boleh membasahi pipi. Tangan Jihoon masih aku paut erat.

Dan dalam kegelapan, aku dapat nampak sela senyuman Jihoon.

Dia memaut lenganku lantas menyuruhku untuk memegang bajunya dan hanya mengikuti Jihoon daripada belakang.

Segalanya aku lakukan.

Ketika kami sudah sampai di kotak fius, tindakan Jihoon membuatkan hatiku melembut.

Tangan kanannya sedang cuba membetulkan fius kotak manakala lampu suluh diselitkan dimulutnya.

Dan tangan kirinya..

Erat memegang tanganku.

Continue Reading

You'll Also Like

1.9K 383 26
❝ 'cause mama I'm in love with a criminal ❞
22.9K 482 14
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
2.6K 417 26
҂৲ ten fanfic : ❝Dia terlalu sayangkan Ten dan... kisah Love Criminal mereka berdua.❞ START : 14 Mei 2021 END : 1 Jun 2021
42.9K 2.4K 46
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...