๐๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐๐š๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๏ฟฝ...

Por Hwayuqiii

58.7K 6.6K 722

Season 1 Energi shizen adalah kekuatan yang perlu dikeluarkan untuk menggunakan ability, energi itu dimiliki... Mรกs

SEASON 1: DESCRIBE
CHAPTER 1
CHAPTER 2
CHAPTER 3
CHAPTER 4
CHAPTER 5
CHAPTER 6
CHAPTER 7
CHAPTER 8
CHAPTER 9
CHAPTER 10
CHAPTER 11
CHAPTER 12
CHAPTER 13
CHAPTER 14
CHAPTER 15
CHAPTER 16
CHAPTER 17
CHAPTER 18
SPECIAL CHAPTER
CHAPTER 19
CHAPTER 20
CHAPTER 21
CHAPTER 22
CHAPTER 23
CHAPTER 24
CHAPTER 25
CHAPTER 26
CHAPTER 27
CHAPTER 28
CHAPTER 29
CHAPTER 30
SEASON 2: HEADING TO WAR
S2 CHAPTER 1
S2 CHAPTER 2
S2 CHAPTER 3
S2 CHAPTER 4
S2 CHAPTER 5
S2 CHAPTER 6
S2 CHAPTER 7
S2 CHAPTER 8
S2 CHAPTER 10
S2 CHAPTER 11
S2 CHAPTER 12
S2 CHAPTER 13
S2 CHAPTER 14
S2 CHAPTER 15
S2 CHAPTER 16
S2 CHAPTER 17
S2 CHAPTER 18
S2 CHAPTER 19
SPECIAL CHAPTER.
S2 CHAPTER 20
S2 CHAPTER 21
S2 CHAPTER 22
S2 CHAPTER 23
S2 CHAPTER 24
S2 CHAPTER 25
S2 CHAPTER 26
S2 CHAPTER 27
S2 CHAPTER 28
S2 CHAPTER 29
S2 CHAPTER 30
Q:A chapter
S3 CHAPTER 1
I am back..
S3 CHAPTER 2
S3 CHAPTER 3

S2 CHAPTER 9

790 92 10
Por Hwayuqiii

SEASON 2: HEADING TO WAR

Keesokan harinya..

Ace dan Kaito masih tidak menyedarkan diri, kerana itu Kagura dan yang lain belum mengetahui apa yang terjadi sehingga mereka berdua sampai ke kerajaan itu.

Di kota kerajaan pula,
Mayat mayat para iblis yang dipenggal hilang begitu saja dan yang tersisa hanya mayat iblis yang dikalahkan para hunters.

"Semua iblis yang budak tu kalahkan semalam dah lenyap. Hebattt.." Kata salah satu hunters.

"Kau jangan nak puji sangat, aku dengar budak tu sebenarnya Ratu Iblis, kata penduduk dari kota.. iblis iblis sembah budak tu." Balas rakan nya.

"Eh biar betul?"

"Iyee, ramai yang cakap macam tu."

"kau nampak ke?" Tanya lagi seorang hunter.

"Tak sebab aku kat desa Nakano malam tadi." Jawab nya.

"Kalau tak nampak jangan cakap suka hati." Balas hunter tadi.

Seseorang mendengar perbualan mereka, dan orang yang mendengar perbualan itu pula menceritakan hal itu kepada orang lain.. hanya beberapa jam, berita itu sampai dari mulut ke mulut dan menyebar di semua desa.

Nama Kiyomizu Ace telah menjadi buah mulut rakyat dalam masa sehari. Namun bukan lah berita baik tentang nya yang diperkatakan, sebaliknya berita tentang Kiyomizu Ace Ratu Iblis menjadi tajuk utama mereka.

Kagura meminta Wayami, Zenmaru, Raizo dan yang lain merahsiakan tentang Ace yang merupakan cucu kepada Yamado dan Raja Tarama dari orang lain.

****

Raja Tarama yang baru mengetahui tentang penyerangan iblis di kerajaan nya terus pulang bersama Permaisuri. Begitu juga semua hunters kerajaan yang menjalankan misi.

Istana di baik pulih dalam masa tidak sampai sehari.

Pada petang hari Raja Tarama tiba di istana, dia terus mengumpulkan semua pemimpin Klan setiap desa dan semua petinggi Hunter.

"Apa yang sebenarnya terjadi, aku dengar dari kerajaan Sana bahawa para iblis telah memunculkan diri dan menyerang kerajaan Auzora semalam." Ujar Raja Tarama.

"Iya Yang Mulia, tadi malam telah terjadi penyerangan dari para Iblis." Kata Wasaro.

Raja Tarama diam seketika.

"Kagura, aku dengar cucu mu Kiyomizu Ace berada di kerajaan ini dan dia adalah punca penyerangan besar besaran itu. Berita tentang nya telah menyebar hingga ke kerajaan seberang." Ujar Raja Tarama lagi membuat ruangan menyuarat istana sunyi.

"Siapa yang menabur kebohongan itu!!!" Bentak Kagura apabila cucu nya dituduh atas penyerangan itu.

"Maaf Yang Mulia, sebenarnya penyerangan itu terhenti kerana Kiyomizu Ace. Tanpa kedatangan nya semalam, mungkin kerajaan ini masih dalam bahaya dan ramai rakyat akan dibunuh." Ujar Wayami menyokong Kagura.

"Jadi apa yang ku dengar hanyalah omongan kosong belaka?" Tanya Raja Tarama lagi.

"Iya Yang Mulia." Jawab Wayami.

"Tapi bukan kah para iblis menyembah gadis itu dan gadis itu juga memiliki kekuatan iblis." Wasaro mula mengeruhkan keadaan.

"Kekuatan iblis...
Kagura? Boleh jelas kan kepada ku?" Ujar Raja Tarama.

"Aku sama sekali tidak mengerti apa yang jadi, cucu ku tiba tiba datang dengan aura energi Maho pada saat penyerangan berlaku. Dan entah bagaimana Putera kerajaan Gesshoku turut ada bersama nya sewaktu datang ke kerajaan ini."  Ungkap Kagura.

"Putera kerajaan Gesshoku ada di kerajaan ini? Di mana dia sekarang?" Tanya Kagura.

"Dia ada di rumah ku bersama cucu ku." Ujar Kagura.

Raja Tarama menarik nafas panjang, dia bingung dengan apa yang terjadi sekarang.

"Aku akan mengosongkan fikiran ku dari khabar angin yang ku dengar tentang kejadian itu. Jadi seseorang tolong ceritakan semua nya yang berlaku sepanjang ketiadaan ku di kerajaan ini." Ujar Raja Tarama sambil cuba menenangkan dirinya.

"Sebaiknya Kagura lah yang menceritakan hal itu kepada Yang Mulia, dia lebih banyak mengetahui apa yang berlaku berbanding kami." Ujar Saito Daichi. Kakek kepada Shiro.

Raja Tarama memandang Kagura.

"Baiklah, aku akan menceritakan semua nya tapi apa aku boleh memanggil seseorang ke dalam ruangan ini?" -Kagura.

"Silakan." Ujar Raja Tarama tanpa Ragu.

Kagura pun memanggil Zenmaru yang berada di luar bilik mesyuarat itu.
Zenmaru memasuki ruangan itu dan duduk disebelah Kagura.

"Siapa dia? Energi shizen nya terlalu besar." Kata Raja Tarama.

"Dia adalah Raja Iblis Zenmaru." Jawab Kagura.

"Raja Iblis ? Kenapa kau membawa makhluk itu ke sini!" Raja Tarama terkejut dan membesarkan suaranya.

"Tenang Yang Mulia, dia datang bukan sebagai Raja Iblis tapi sebagai bawahan Puteri Hwayuki. Dan dia juga merupakan salah satu anggota Klan Tsukiko di dunia Raja Hwanung." Ujar Wayami.

"Bawahan Hwayuki? Klan Tsukiko?" Tanya Raja Tarama kebingungan.

"Iya benar. Dia datang untuk memaklumkan bahawa kerajaan Shutsuen telah ditakhluk oleh para Iblis dan mereka juga merencanakan peperangan besar."

"Hah!!! Peperangan? Apa maksud mu??" Tanya Raja Tarama lagi.

"Boleh aku bersuara di sini?" Tanya Zenmaru.

"Silakan." Balas Raja Tarama tanpa Ragu kerana dia terlalu ingin tahu apa yang berlaku.

"Cerita tentang masa lalu ku sebaik nya kau dengarkan dari sesiapa yang ada di ruangan ini, aku hanya akan mengatakan tentang peperangan yang bakal terjadi." Ujar Zenmaru.

"Baiklah, teruskan apa yang kau mahu bicarakan." Kata Raja Tarama.

"Sewaktu aku berkelana mencari tahu tentang Hwayuki ke sana sini, aku tanpa sengaja memasuki sebuah kerajaan yang telah dikuasai para iblis dan sepertinya kesemua rakyat kerajaan itu telah berubah menjadi roh jahat. Mereka mengejar ku tapi berkat ability pemukauan ku, aku berhasil membuat mereka merasa energi shizen ku seperti energi Maho.
Di sebuah tempat, dalam anggaran 150 000 roh jahat dikurung.
Mereka juga memiliki 100 000 iblis bawahan,
70 000 iblis tingkat 3,
30 000 iblis tingkat 2 dan
1000 iblis tingkat 1 yang kulihat di kerajaan itu. Tapi itu hanya anggaran, bukan jumlah sebenar. Berkemungkinan jumlah mereka lebih daripada itu. Ditambah lagi iblis tingkat tinggi iaitu para Raja Iblis." Jelas Zenmaru.

Raja Tarama diam kehabisan kata kata begitu juga semua yang ada di ruangan itu. Zenmaru tidak memaklumkan hal itu sebelum nya, namun kerana Raizo memarahi nya tidak mengatakan perihal itu pada saat penyelidikan, Zenmaru pun memberitahu kan hal itu kali ini.

"Jumlah mereka melebihi 300 000 dengan tingkat kekuatan berbeza." Ujar Raja Tarama.

"Iya benar, tapi ini adalah Perang Dunia jadi aku yakin jumlah hunters untuk menjadi tentera peperangan akan mencukupi jika semua kerajaan bekerjasama." Ujar Zenmaru lagi.

"Sepertinya apa yang berlaku semalam adalah bentuk pengishtiharan perang mereka kepada manusia." Sambung nya lagi.

"Pengishtiharan Perang ? Tapi kenapa kerajaan ini menjadi pusat pengishtiharan itu?" Tanya Raja Tarama lagi.

"Seperti Yang Mulia ketahui, 5 dari 6 Tsuki Kenshi yang menjadi pahlawan sejarah pada Perang Dunia Pertama telah mendirikan kerajaan Auzora. Dan kekuatan dari Hwayuki yang juga merupakan salah satu anggota Tsuki Kenshi telah diwariskan ke seluruh dunia melalui manusia awal dari kerajaan ini. Kerana itu mereka melakukan penyerangan sebagai bentuk pengishtiharan Perang di tengah kota kerajaan. Dan sepertinya, Kerajaan ini juga akan menjadi medan peperangan itu nanti." Ungkap Zenmaru.

Raja Tarama mulai cemas... Fikiran nya mula bercelaru..

"Aku tidak menyangka akan berlaku peperangan disaat kerajaan dalam pemerintahan ku. Apa yang harus aku lakukan sebagai Raja dalam situasi seperti ini." Kata Raja Tarama kebingungan.

"Tenang Yang Mulia, sudah tugas kami para pemimpin Klan dan para Hunters untuk membantu mu menjalankan kerajaan ini." Kata Atsuko.

"Jadi, apa yang harus kita lakukan sekarang. Aku bahkan tidak bisa takut kepada Raja Iblis yang ada dihadapan ku kerana peperangan yang bakal terjadi." Ungkap Raja Tarama.

"Tiada yang harus ditakutkan kepada ku." Ungkap Zenmaru.

"Maaf Yang Mulia, saya ingin mencadangkan Zenmaru sebagai komandan para Hunters untuk peperangan yang bakal terjadi." Ujar Wayami.

"Komandan? Bukan kah sudah ada komandan dari setiap divisi di organisasi?." Ujar Wasaro.

"Iya benar tapi maksud ku, Zenmaru menjadi komandan peperangan kerana dia telah melalui banyak perang di dunia nya. Lagipula sekarang dia melatih para pemilik pedang bulan dan dia juga telah mencadangkan berbagai strategi bernas kepada ku." Ungkap Wayami.

"Kali ini dia benar benar memuji ku." Gumam Zenmaru.

"Pemilik Pedang Bulan, bukan kah cucu ku salah satunya."

"Iya benar Yang Mulia, Putera Raizo turut dilatih oleh Zenmaru." Kata Kagura.

"Tapi kenapa? Ada apa dengan pemilik pedang bulan?" Tanya Raja Tarama lagi.

"Pedang itu bukan pedang biasa, banyak teknik yang tidak diketahui di dunia ini dapat kuajarkan kepada mereka berlima dengan menggunakan pedang itu. " Jawab Zenmaru

Raja Tarama diam berfikir sejenak.

"Baiklah kalau begitu, aku setuju untuk menjadikan Zenmaru sebagai komandan." Ujar Raja Tarama.

Yang lain mengangguk faham kecuali Wasaro. Entah kenapa dia terlihat tidak berpuas hati dengan keputusan mereka

"Kalau begitu, mulai hari ini Zenmaru akan menyandang jawatan sebagai Hunters kerajaan Auzora. Selebihnya Wayami yang akan mengurus mu." Ujar Raja Tarama.

Zenmaru dan Wayami mengangguk.

"Baiklah, perjumpaan ini berakhir disini, kalian boleh bersurai kecuali Kagura." 

Semua keluar dari ruangan itu kecuali Kagura dan Raja Tarama.

"Ada apa Yang Mulia?" Tanya Kagura.

"Apa aku boleh mempercayai Raja Iblis itu?"

"Aku yakin dan percaya kepada Zenmaru. Dia datang dengan niat baik walaupun dia melakukan semua itu hanya demi Puteri Hwayuki." Ungkap Kagura.

"Demi Puteri Hwayuki? Tapi kenapa?" Tanya Raja Tarama lagi.

Kagura pun menceritakan semua kisah tentang Zenmaru, dari lah kedatangan nya ke dunia ini bersama adik nya kemudian cara bagaimana dia menjadi Raja Iblis dan bagaimana dia menjadi bawahan Hwayuki.

"Tidak ku sangka Raja Iblis itu bernasib malang di dunia ini." Ujar Raja Tarama.

"Benar, masa lalu nya agak kelam angkara manusia juga." Balas Kagura.

"Hmm baiklah kalau begitu, aku percaya jika kau percaya kepada nya. " Ujar Raja Tarama.

Kagura hanya mengangguk..

Mereka pun keluar dari ruangan itu.

Kagura tidak menceritakan hal lain selain tentang Zenmaru, oleh itu.. banyak hal yang Raja Tarama tidak ketahui. Bahkan beliau belum mengetahui Ace adalah cucunya.

***

Sekitar pukul 7 malam.

Kaito sudah menyedarkan dirinya dan terus di bawa ke istana kerajaan atas perintah Raja Tarama.

Di ruangan tetamu.

"Maaf memanggil Tuan ke istana dalam keadaan baru saja sedar." Ujar Raja Tarama.

"Tidak mengapa Yang Mulia." Balas Kaito. Gaya tutur bicara nya berbeza kali ini kerana dia dan Raja Tarama sama sama dari keluarga Diraja.

"Hmm.. sebenarnya, saya ingin tahu apa yang telah terjadi di kerajaan Gesshoku hingga kamu dan Kiyomizu Ace boleh sampai di kerajaan ini?" Tanya Raja Tarama.

"Saya kurang mengerti apa yang jadi, tapi berkemungkinan Tertua klan dan para pendeta kerajaan kami telah melakukan sesuatu kepada Ace." Jawab Kaito.

"Melakukan sesuatu? Maksud mu?" Tanya Raja Tarama lagi.

Kaito berfikir seketika.. dia menarik nafas dan menghembus perlahan.

"Apa yang saya akan ceritakan kepada Yang Mulia adalah rahsia kerajaan kami, tapi saya rasa tiada gunanya hal tu dirahsiakan jadi saya tidak keberatan mengatakannya kepada Yang Mulia." Ujar Kaito.

"Saya tidak akan memaksa jika kamu tidak boleh menceritakan nya." Kata Raja Tarama lagi.

"Tidak apa, saya yakin sekarang masa yang sesuai untuk kerajaan lain tahu tentang kerajaan kami." 

"Hmm.. baiklah." Ujar Raja Tarama.

"Ketika Perang Dunia Pertama terjadi, leluhur kami Putera Hwangko tidak bersama para Tsuki Kenshi. Saat itu, beliau telah mengahwini seorang gadis yang ditemui nya di sebuah desa yang sangat terlindung jauh di dalam hutan. Mereka memiliki 4 orang anak dan anak anak nya dikurniakan kekuatan putera Hwangko. Namun, di saat anak sulung nya berusia 6 tahun, Putera Hwangko mengatakan bahawa dia harus kembali ke dunia nya tapi anak sulung nya memberontak dan akhirnya mengubah Putera Hwangko menjadi batu, anak nya kemudian menyegel kehidupan putera Hwangko agar beliau dapat dihidupkan kembali suatu hari nanti." Ungkap Kaito.

"Apa maksud nya, jadi putera Hwangko tidak pernah kembali ke dunia nya?" Tanya Raja Tarama.

"Iya benar. Dan beberapa puluh tahun yang lalu, semasa pemerintahan Raja sebelumnya, kerajaan kami tidak sengaja mengetahui tentang kerajaan Shutsune yang ditakhluk iblis dan para iblis yang merencanakan peperangan. Raja beserta Tertua klan dan para pendeta berencana untuk membangkitkan Putera Hwangko sebagai senjata peperangan tapi ramai rakyat menolak kerana hal itu umpama penghinaan bagi leluhur kami. Mereka pun meneruskan rencana secara diam diam dan satu hari, mereka tahu tentang seorang gadis yang memiliki ability pembangkitan. Para pendeta mengincarnya tapi gadis itu lari ke kerajaan ini. Raja terdahulu yang tahu tentang hal itu pun menghantar pembunuh ke kerajaan ini untuk menghukum mati gadis itu atas alasan kerana gadis itu mengahwini rakyat kerajaan ini. Dan rancangan mereka terhenti sebaik sahaja gadis itu mati sebelum sempat mereka mengambil kekuatan nya.."

"Gadis dari klan Tsukiko mengahwini rakyat ku? Siapa?" Tanya Raja Tarama.

"Kami pun tidak pasti siapa, tapi dari apa yang saya tahu, lelaki yang dia kahwini adalah bangsawan Murni kerajaan ini." Jawab Kaito.

"Bangsawan Murni? Aku sama sekali tidak tahu akan hal ini. Jadi, apa kaitan semua itu dengan Kiyomizu Ace?" Ujar Raja Tarama lagi.

"Beberapa tahun yang lalu, para pendeta menemui cara untuk membangkitkan Hwangko dengan menggunakan energi Maho Raja Iblis yang disegel dalam cucuk sanggul milik Hwayuki. Entah bagaimana cucuk sanggul itu dimiliki oleh Tertua Klan.  Tapi energi Maho Raja iblis terlalu besar untuk dimasukkan ke dalam tubuh seseorang yang telah disegel hampir 1000 tahun lamanya. Kerana itu, mereka perlu menyegel separuh energi Maho Raja Iblis ke dalam tubuh seseorang dan separuh nya lagi ke tubuh leluhur kami Putera Hwangko. Mereka telah cuba melakukan pemindahan energi ke dalam tubuh beberapa anggota Klan Tsukiko tapi semua tubuh mereka hancur lebur sebaik sahaja energi Maho itu dimasukkan."

"Hancur lebur? Maksud nya energi Maho itu terlalu besar untuk manusia?" Tanya Raja Tarama.

"Iya benar dan selepas tu, para pendeta menemui cara lain untuk melakukan pembangkitan itu. Iaitu memindahkan separuh energi Maho ke dalam tubuh anggota Klan Tsukiko yang memiliki mata merah tapi sayang nya belum pernah ada dalam sejarah kerajaan Gesshoku rakyat yang memiliki mata merah kecuali Putera Hwangko sendiri. Dan sebulan yang lalu Ace tanpa sengaja mengeluarkan energi mangetsu yang mampu dimanipulasi tubuhnya ketika ujian gabungan di kerajaan kami, ditambah lagi dia memiliki mata merah dan setelah disiasat.. mata merah Ace adalah mata merah yang bangkit ketika masih kecil dan bukan lah mata alami sejak lahir. Oleh kerana itu, Raja kami memutuskan untuk mengambil Ace dan melindunginya di istana, tapi malang nya para pendeta mengetahui hal itu dan mengambil Ace ketika kami tidak berada di istana."

"Jadi apa yang berlaku setelah itu?"

"Ketika saya kembali ke kerajaan.. pelayan terus memaklumkan hal itu dan saya terus bergegas ke balai pendeta tapi malang nya semua sudah terlambat. Waktu saya tiba, tubuh Ace diselimuti energi Maho dan putera Hwangko tidak berjaya dibangkitkan. Lebih parahnya... Ace membunuh semua pendeta dan tertua klan kami."

"Mem....bunuh..? Para pendeta?" Raja Tarama terkejut besar mendengar hal itu.

"Iya, sepertinya para pendeta melakukan sesuatu kepada Ace sehingga Ace menjadi seperti itu. Kerana itu saya membawa dia lari dari kerajaan kami."  Ujar Kaito.

Raja Tarama panik, entah apa yang harus dilakukan nya.

"Rakyat ku membunuh pendeta dari kerajaan lain? Apa yang harus aku lakukan, kesalahan nya terlalu besar.." ujar Raja Tarama kebingungan.

"Saya cuba semampu yang saya bisa untuk membantu Ace,  oleh kerana itu saya perlu kembali ke kerajaan." Ujar Kaito.

Raja Tarama diam seketika..

"Aku harap kamu dapat membantu, gadis itu telah menyelamatkan kerajaan ini. Aku tidak tahu bagaimana jika aku harus menghukumnya." Kata Raja Tarama.

"Yang Mulia jangan bimbang, lagipun saya tahu Ace tidak akan melakukan itu tanpa sebab." Kata Kaito.

Raja Tarama hanya mengangguk.

Kaito dihantar ke bilik tamu istana oleh pengawal. Raja Tarama duduk sendirian di ruangan tadi, fikiran nya buntu, apa yang harus dia lakukan.

Seseorang mencuri dengar perbualan Raja Tarama dan Kaito sejak awal...

To be continue..

Seguir leyendo

Tambiรฉn te gustarรกn

1.6M 76.9K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
1.8K 28 7
*bl๐Ÿ”ž* [sex18+] โ€ขZiyan atau di panggil Zin adalah seorang pelajar baru di kolej Vokasional Twilight/VT. โ€ขZin mempunyai kawan barunya iaitu Nazi dan M...
116K 2.6K 11
NEW VERSION OF HENDRIYAN "Aku ni tak nampak apa-apa. Yang aku nampak cuma kegelapan..." - HENDRIYAN "Sebab tulah saya ada dekat sini. Saya ni lah ma...
1.2K 204 16
aku tak suka kau jadi jangan kacau aku "_ Lookeaw eleh siapa la nak suka gadis buruk macam kau "_ Anda siapa lah yang malang dapat berkahwin dengan o...