Mi Àngel // Jihoon ✓

Por yoshihoshiss

36.5K 4.3K 427

Aku boleh nampak hantu. Tapi tak semua percaya. Kecuali kau. Terima kasih. ©PARK JIHOON FANFICTION Más

CAST! <3
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
EPILOG

BAB 16

1K 151 25
Por yoshihoshiss

Selepas sahaja kertas peperiksaan terakhir dikutip, terus kelas menjadi hingar-bingar. Jam loceng sekolah juga berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah tamat. Sedang aku mengemas beg dan bukuku, Jihoon datang menghampiri mejaku.

" Weh Saeyoon, harini kau balik sorang tau. "

" Eh kenapa? "

Jihoon mengerling matanya kearah Yoshi yang sedang memandang kami. Oh, aku faham. Yoshi nak bincang something dengan Jihoon.

" Okay. " Senyumku. Jihoon menepuk kepalaku, lembut.

" Take care. Jangan lupa datang station petang ni. "

Aku membulatkan mata. Tidak percaya.

" Petang ni ke kita pergi Busan? "

" Haah. Pukul 12 malam ni request tamat. Aku tak nak ayah aku terbakar. " Balasnya, sayu. Aku terus mengangguk laju.

Aku memahami. Lantas aku menapak keluar daripada kelas dan lanjut pulang ke rumah sendirian.

Dikelas kini cuma ada Yoshi dan Jihoon.

Berdua.

" Kau nak cakap apa? Semua orang dah balik, so kita boleh cakap freely. " Soal Jihoon. Dia memandang wajah Yoshi yang sedang tersenyum sinis.

" Angau betul kau kat perempuan tu. "

" Kau nak cakap apa sebenarnya ni? "

" Ji, kau perasan tak? Kau dah berubah sekarang? " Keluh Yoshi. Dia mengetap bibirnya.

" Berubah? Kenapa? Apa aku buat? "

" Kau dah lupakan Junkyu ke? Dah 3 hari dia tak datang sekolah. Dah 3 hari juga kau tak jenguk dia kat rumah dia. Kau tak risaukan kawan kau ke? " Bentak Yoshi. Jihoon menarik nafas dalam.

" Siapa kata aku tak risau huh? Dia tu kawan baik aku. Mestilah aku risaukan Junkyu! "

" Then, mana kau?! Mana?! Kau sibuk menempel dengan pembunuh t-- "

" Dia bukan pembunuh. "

" Wow! " Yoshi menepuk tangannya dan senyuman sinis tergantung dibibir.

" So now kau dah mula backup perempuan tu and abaikan kitorang? Jihoon, kawan kita tengah down. Kita kena ada dengan dia, bukannya sibuk setelkan kes hantu bodoh ni! " Marah Yoshi. Dadanya turun naik menahan amarah.

Pandangan matanya tajam menikam Jihoon yang ketika ini juga sedang dalam keadaan geram.

" Kau tak paham, Yoshi! Kalau aku tak setelkan request dalam masa 72 jam, roh tu akan terbakar! "

" SO WHAT? PERGI MAMPUSLAH KALAU TERBAKAR PUN! "

" Tapi roh kali ni roh mendiang appa aku! "

Terdiam.

Sunyi.

Kedua-duanya saling memandang sebelum rasa sunyi menakluki diri.

Jihoon meraup mukanya. Dia berdehem sebelum Yoshi dilihat lagi.

" Okay, look. Petang ni aku akan ke Busan, nak pergi rumah mendiang appa aku. Yoshi, aku janji akan jumpa Junkyu esok. Kita pergi sama-sama. "

" Tanpa Saeyoon. "

" Tap-- "

" Saeyoon dah bunuh Miya! Lepas tu kau nak tunjuk muka Saeyoon depan Junkyu? "

" Pembunuh Miya kan dah kena tangkap! Bukan Saeyoon! "

Yoshi berdecak. Dia menarik nafas kasar.

" Aku tak nak dengar alasan. Lepas request kau tamat, aku nak kau jauhkan diri daripada Saeyoon tu. Atau pun, jangan anggap aku dengan Junkyu kawan kau lagi. "

--------------------

Diam.

Sunyi.

Hanya bunyi keretapi mengisi suasana.

Aku dan Jihoon hanya mendiamkan diri didalam KTX Train. Tiada suara yang dikeluarkan. Jam ditangan aku tilik.

3.09 pm.

Kalau makin senyap ni, aku boleh tertidur. Dahlah perjalanan 3 jam.

" Ji... "

" Hurm? "

" Pukul berapa kita akan sampai Busan ni? "

Jihoon melihat jam ditelefonnya.

" 6.30 petang sampailah kot. Kenapa? "

" Aku saja tanya. "

Diam kembali.

Senyap.

Macam tanah perkuburan.

Kubur pun tak sesenyap ni.

" Ji.. "

" Hah? "

" Kau ada crush? " Sengihku. Entah kenapa aku teringin nak tanya benda ni.

Jihoon mengangkat sebelah keningnya dan tersengih.

" Ada. "

Prakkk!

Bunyi benda pecah.

Apa dia?

Hati aku.

Auch, sakitnya.

" Oh. Siapa? " Soalku, tanpa senyuman. Haish mencucuk weh sakitnya. Rasa macam kena curang padahal couple pun tak.

" Tak naklah aku bagitahu. Buat malu je. "

" Alah, bagitahulah. "

" Tak nak. Lagipun, aku belum confess. "

" Eh pahal? Kau ni dah perfect tau, Ji. Dia tak ada alasan nak reject kau dah. " Balasku.

Walaupun sebenarnya dalam diam hati aku sakit juga.

" Aku takut kalau aku confess, aku hilang dia. "

Jihoon memandang mataku. Penuh rasa takut dan kesal.

Sesayang ini ke Jihoon pada perempuan bertuah tu?

" Kau tahu tak, Ji? "

" Apa dia? "

" Kalau kau nak confess kan, kau hanya akan hadap 2 akibat je. Pertama, kau akan diterima. Second, kau akan direject. "

" Aku tahu. "

" So daripada jadi pengecut, baik kau confess je. At least dia tahu apa perasaan kau lepas tu. Terpulang pada dia nak balas apa. In case, dia reject kau, at least kau pernah ada dalam fikiran dia walaupun sesaat. " Nasihatku. Bahu Jihoon ditepuk.

Sakit betul pujuk crush sendiri.

Nampak macam tak direlakan langsung untuk dapatkan Jihoon.

" Thanks, Saeyoon. Aku akan ingat pesanan kau. Kita ada lagi 2 jam sebelum sampai, so aku nak tidur jap. "

" Tidurlah, aku belum ngantuk lagi. " Sengihku.

Jihoon mengangguk dan bersandar di kerusi lantas menutup matanya. Dan beberapa minit kemudian, kedengaran dengkuran halus dibibirnya.

Beruntungnya gadis yang dapat kau, Ji.

Sangat beruntung.

Aku menunduk.

Dan dengan perlahan, air mata mulai memenuhi tubir mata.

----------------------

" Eh kau ada kunci pulak kat rumah ni? " Soalku pelik apabila Jihoon tiba-tiba mengeluarkan kunci daripada poket bajunya. Dia tersengih.

" Appa wariskan ni jadi rumah aku kalau one day dia pergi. "

" Astu asal kau duduk dengan momma? "

" Masih bawah umur. Umur aku genap 20, aku boleh duduk sini. " Senyumnya lantas kami menapak masuk. Sedikit berhabuk namun tidak terlalu bersarang.

Kami menuju ke bilik Encik Park. Dan aku menurut memandangkan hanya Jihoon tahu selok belok rumah dia.

Dan kini kami berdiri dihadapan bilik kerja Encik Park. Ada password di pemegang pintu.

Aku pandang Jihoon.

Jihoon pandang aku.

" Kau tahu password dia apa? "

Aku berkerut lantas laju menggeleng.

" Kau tanya macam aku ni anak Encik Park je. Kau sorang je boleh teka. "

Jihoon menggigit bibir bawahnya. Banyak kali cuba meneka. Pelbagai nombor dia isi.

Banyak kali.

Sehinggalah sistem mengatakan dia tinggal satu je percubaan. Kalau dia masih gagal, sistem akan ditutup untuk 3 hari.

What?

Aku dan Jihoon sudah berpeluh habis. Tipulah tak gelabah. Jihoon masih cuba berfikir.

" Hmm aku rasa aku tahu password dia apa. "

" Ji, kau dah banyak kali cakap ayat tu. End up, salah jugak. "

" Kali ni aku agak yakin. Dengar request terakhir appa, and kaitan dia. So aku rasa password dia... "

170199

Klack!

Pintu terbuka.

Aku melopong lantas wajah Jihoon dipandang. Lelaki itu tampak berpuas hati.

" Tu password apa? "

" Hari perkahwinan appa dengan momma. "

Oh, damn.

Kami segera masuk dan cuba mencari barang bukti yang boleh dijumpai. Hanya ada barang kerja Encik Park dan beberapa buku ilmiah.

Puas kami geledah.

Sehinggalah jam sudah menginjak ke waktu 7 malam.

Kami tak ada banyak waktu. Nak balik Seoul pun 3 jam. Jadi, suasana sangat kelam kabut.

Dan selepas mencari, akhirnya, aku dan Jihoon tersandar di rak. Kerana, bahan bukti masih tidak dijumpai.

Tolonglah.

Mana?

Jihoon mengeluh halus dan meraup muka.

" Appa, maafkan Ji... " Keluhnya. Dia nampak pasrah. Aku segera bangun lagi dan cuba menggeledah sebelum aku terperasankan sesuatu.

Kami belum periksa meja kerja Encik Park lagi.

" Ji, meja appa kau. Dah check? "

" Dah, tadi. Tak jumpa jugak. " Keluhnya. Aku berfikir lagi. Dimana orang selalu sembunyikan bahan penting?

Di...

" Ji! Cuba kau bukak bingkai gambar atas meja tu! " Arahku. Jihoon mengangkat sebelah keningnya dan melihat bingkai gambar keluarganya yang ada diatas meja appa.

Ada gambar momma, appa dan Jihoon semasa usianya baru menginjak 5 tahun. Sedikit sebanyak dia merindui kenangan lama.

Jihoon membuka bingkai itu dengan perlahan. Bermula dengan kayu bingkai, kaca bingkai dan terakhir, gambar keluarga mereka.

Dan selepas sahaja bingkai itu dicabut, bersepah pelbagai gambar yang disembunyikan dibelakang bingkai itu jatuh.

" Saeyoon! Jumpa! "

" Yes! Mana gambarnya? "

Aku segera menghampiri.

Ada pelbagai gambar dan beberapa surat.

Jihoon segera mengambil satu surat lantas isinya dibuka. Surat itu disertakan bersama satu gambar ultrasound.

Ianya ultrasound bayi.

14 Mei 2015.

Shindong tak guna tu dah rogol isteri aku! Apa dia nak, huh?! Dan aku...tak boleh report polis sebab dia akan bocorkan segala kegiatan haram aku. Kalau aku masuk jail, siapa nak jaga Hyena dengan Jihoon?

Dan selepas beberapa hari Hyena mengadu sakit, kami akhirnya buat pemeriksaan di klinik.

Ya, Hyena mengandung.

Anak lelaki tak guna tu!

Aku memang suami tak guna. Aku memang ayah tak bertanggungjawab.

Maafkan aku, Hyena. Aku terpaksa.

Jihoon mengetap gigi. Gambar ultrasound itu dilihat. Lelaki Shindong itu telah merogol momma?

APA LELAKI TU NAK?!

Satu lagi surat diambil. Dengan gigil, Jihoon membaca. Mungkin dia masih marah.

Jauh disudut hatiku, aku rasa kasihan. Lelaki ini menyimpan seribu satu kesedihan.

23 Julai 2015.

Hyena keguguran. Sebab Shindong tolak Hyena sehingga terjatuh daripada tangga. Semuanya kerana dia marah dan enggan bertanggungjawab.

Setiap hari dia menuntut hutang walaupun dia sudah menjamah tubuh isteriku. Dan setiap hari juga keluargaku digertak.

Aku tak takut.

Namun, aku tak mahu Jihoon diapakan.

Anak aku masih tak tahu apa yang berlaku. Dan harini dia pulang dalam keadaan marah kerana kawan sekelas dia cakap Hyena ni bekerja sebagai pelacur.

Walaupun hakikatnya, Hyena ke kelab itu kerana ingin menghentikan segala ugutan Shindong padanya. Dia diumpan dan dimabukkan oleh lelaki tak guna itu sehingga dia khayal.

Dan sekali lagi, aku menjadi suami yang tidak berguna.

Dan aku..

Aku lepaskan dia.

Kerana sifat tamak aku nak jalankan perniagaan haram, aku korbankan perasaan anak dan isteri aku.

Meminta bantuan kewangan daripada Shindong merupakan kesilapan terbesar aku.

Maaf Hyena.

Maaf Jihoon.

Appa sayang kamu semua.

Tapi appa dah gagal.

Dan aku lihat.

Air mata Park Jihoon mengalir.

Surat itu digenggam kuat lantas dia menunduk bersama titisan air mata yang semakin membasahi pipi.

" Ji... "

" Aku ni anak yang derhaka ke, Saeyoon? "

Aku terus memeluk tubuhnya. Belakang badannya aku tepuk lembut. Jihoon menangis dileherku. Teresak-esak.

" Kau bagus, Jihoon. Kau taat pada appa. Kau taat pada momma. Aku tahu, kau sebenarnya sangat sayangkan momma kan? Jangan rasa sedih, Ji. Kau dah cuba yang terbaik. " Senyumku sambil cuba menenangkannya.

Jihoon masih teresak dileherku. Dapat ku rasakan bajuku semakin basah.

Namun, aku tidak kisah. Keadaan Jihoon lebih penting sekarang.

" Ji.. apa kat-- "

" Jom balik sekarang. Aku nak jumpa momma. Sebelum terlambat. "

Seguir leyendo

También te gustarán

41.2K 6K 68
Please excuse me, tolong halalkan saya, ❝ Kalau awak nak khawin dengan saya.. Kenalah masuk islam dulu ❞ - 나나 ❝ Jangan risau. Saya memang nak masuk i...
26.4K 682 42
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
16.3K 2.8K 26
⌨︎% obsessed , to girl that he loves . ↷ ⋯ COMPLETED ♡ᵎ ✦ treasure's jaehyuk ✦ special : @-jaewana- ✦ haxvvit- : 2O21 START :: 25112O21 END :: 2...
3.1K 311 17
Seorang lelaki yang mula jatuh cinta dengan seorang gadis ? Mereka mafia ?? Macam mana pertemuan mereka ? Adakah mereka bahagia ? Sad ending or...