Mi Àngel // Jihoon ✓

By yoshihoshiss

36.4K 4.3K 427

Aku boleh nampak hantu. Tapi tak semua percaya. Kecuali kau. Terima kasih. ©PARK JIHOON FANFICTION More

CAST! <3
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
EPILOG

BAB 15

1.1K 146 27
By yoshihoshiss

Aku menapak masuk kedalam kelas dengan berdebar. Jantung berdegup tidak sekata. Aku segera menghembus nafas perlahan bagi menghilangkan rasa gemuruh.

Sebaik sahaja masuk, aku dapat lihat semua tempat duduk sudah dijarakkan. Sebagai tanda peperiksaan bakal menjelang sebentar lagi.

Aku menapak ke tempat aku dan mengerling ke tempat duduk Jihoon yang berjarak 2 meja daripadaku.

Dia berpaling dan memandangku. Lantas dia tersenyum.

Ah, senyuman itu.

" Dah study? " Soalnya. Aku angguk perlahan.

" Takut tiba-tiba lost. " Gelengku. Jihoon mengenyit sebelah matanya lantas ibu jari dinaikkan.

" Hard works never betray you. "

Aku tersengih. Haih, Park Jihoon. Namun semuanya tidak lama apabila mataku bertembung dengan Yoshi yang sedang memandang kami.

Mukanya beku, dan pandangannya tajam.

Serta-merta aku menelan liur.

" Tersengih macam monyet apahal? " Soalnya, keras. Aku menggulingkan mata keatas.

Kalau nak hidup, aku tak boleh dengar cakap orang. Hidup berpaksikan komen orang, sampai mati takkan bahagia.

" Pahal? Bibir aku ada tumpang bibir kau ke? "

" Annoying, pembunuh. "

" Yoshinori. " Panggil Jihoon, keras. Matanya tajam memandang Yoshi dan lelaki ini seperti tidak menyesal menuturkan ayat itu.

" Apa? Nak backup perempuan ni? Dia kan pembunuh. Sejak bila Park Jihoon kawan dengan pembunuh? "

" Aku kan dah cakap aku bukan pembunuh! Miya ada dengan Junkyu masa tu, bukan dengan aku. " Kataku, lantang. Cuma suara aku diperlahankan bagi mengelakkan rakan sekelas terdengar.

" Kau nak cakap apa pun tak gunalah. Junkyu mana? Pahal dia tak datang, hah? " Yoshi memandangku.

Dan aku mengangkat bahu.

Manalah aku tahu, tanya aku ni macam aku ada set waze kat body Junkyu.

" Eh kau ni, memang tak ada rasa bersalah kan? "

" Dah bukan aku pembunuh. Pahal aku nak serba salah? Aku sedih jugaklah, Yoshi. Miya kawan perempuan pertama aku. " Bidasku dengan wajah yang sedikit mendung.

Dorang ingat aku happy ke? Miya tu kawan aku. Dia yang bantu aku, belanja aku. Sedikit sebanyak, aku pun terkesan.

" Junkyu cuti lagi ke? " Soal Jihoon.

" Yelah, orang dia sayang dah mati. Siapa je boleh datang sekolah macam tak ada apa. " Sekilas Yoshi menjelingku.

Eee jantan ni!

Elak aku baling selipar je.

" BANGUNNN!! " Arah ketua kelas sebaik sahaja cikgu bertugas menapak masuk.

Kami segera menyimpan segala buku rujukan dan mulai fokus pada arahan yang diberikan oleh guru peperiksaan.

Dalam diam, aku berdoa.

Tuhan, bagilah aku kejayaan.

Sebaik sahaja kertas berpindah ke tanganku, segera soalan pertama dibuka. Mataku membulat. Melopong aku dibuatnya.

Baru soalan pertama dah susah.

Apa aku nak jawab ni?

Bibir bawah digigit dan belakang tubuh Jihoon dipandang.

' Maaf Ji, aku rasa aku tak boleh teman kau dalam kelas ni. '

------------------

" Kau serius ke ni, Saeyoon? "

" Yelah. Kau tak nak kan roh tu terbakar? "

Jihoon menunduk. Dia meramas tangannya sendiri sebelum keluhan halus dikeluarkan.

" Macam mana aku boleh tak perasan yang appa terdiri daripada roh yang akan aku bantu? "

" Maybe appa kau berselindung disebalik roh lain? Permintaan dia pun tak susah kan? "

" Tak susah, tapi aku perlu masa. Kau pun tahu kan, kalau aku tak berbaik dengan appa dalam 72 jam, dia akan terbakar. Aku tak nak appa terbakar. " Keluh Jihoon. Aku mengusap bahunya.

" Panggil appa kau kesini. "

" Huh? "

" Percaya cakap aku. Panggil appa kau kesini. "

Dan seketika Jihoon terdiam sebelum dia menjerit nama appanya. Lama. Dalam 3 minit, sebelum dia membulat pada satu sudut.

Ya, Encik Park sudah tiba.

" Pa... Jihoon tak nak. " Adunya. Aku hanya memerhati memandangkan aku tak dapat melihat roh itu.

" Papa tak tenang kalau hubungan keluarga kita retak, Ji. Papa mohon ya. Berbaik dengan momma. Jihoon tak nak papa terbakar kan? " Senyum si bapa.

Jihoon menunduk. Terasa beban yang sangat berat dibahunya.

" Ji.. " bahu Jihoon dipegang oleh si bapa. Jihoon segera mendongak memandang wajah bapa.

" Papa tahu momma dah lama maafkan Jihoon. Momma sayang sangat kat Jihoon, kan? Tapi dia takut Jihoon yang tak maafkan dia. "

" Tapi, momma pelacur. "

Tiba-tiba, Encik Park tertawa. Tawa yang sangat dirindui Jihoon.

Hampir menitis air mata lelaki itu.

Dia rindu.

" Ji siasat dulu ya? Dah dapat jawapan, Ji decide sendiri. Papa sayang Jihoon. "

Dan roh itu ghaib seketika. Jihoon memandang mataku sebelum dia mengangguk.

Aku tersenyum.

Akhirnya.

-----------------------

Kami bersembunyi disebalik tembok sambil menunggu momma Jihoon keluar daripada cafe.

Selepas beberapa minit menunggu, akhirnya wanita yang ditunggui menapak keluar. Dan di luar, lelaki yang ingin mengahwini momma sedang menunggu. Mereka menapak bersama ke satu tempat.

Aku dan Jihoon hanya mengikut senyap-senyap daripada belakang. Beberapa kali Jihoon mahu terbersin lantas aku tutup mulut dia.

Sekali dia hachummm, terus momma tahu kitorang ikut.

Dan langkah momma serta lelaki itu berhenti di salah satu restoran. Mereka berdua menapak masuk.

" Eh kau bawa duit tak? " Soalku. Jihoon angguk dengan kekeliruan.

" Kau nak aiskrim ke? "

" Bukanlah bangang. Momma kau masuk restoran tu. Kita kena masuk sekali, baru boleh siasat. Jom. " Lantas lengan Jihoon, aku tarik kasar. Terdorong badannya kehadapan.

Tapi apa aku kisah?

Selepas sahaja masuk dan memilih satu meja berdekatan momma, kami menutup wajah kami dengan kad menu.

Serius.

Nampak macam orang bodoh.

Tapi tak apa, demi appa Jihoon, rela kami dibodohkan.

" I nak stop semua benda ni. I kesian kat Jihoon. " Jihoon tersentak apabila namanya disebut oleh momma. Dia mendengar dengan tekun.

" I tolong you. We should stop all of this, today. "

" I takut. "

" I kan ada. "

" EEE GELI LAH AKU! " decih Jihoon, perlahan. Aku menepuk lengannya dengan kuat dan membulatkan mata kepadanya.

" Janganlah bising. Kalau kau nak jijik, lepas keluar restoran. " Pesanku. Jihoon menggulingkan mata keatas.

" Fine. "

Sedang kami berbicara, seorang lelaki asing mengambil tempat disebelah momma. Dia tersenyum sinis.

Aku dan Jihoon berkerut.

Mamat mana pulak ni?

" So kenapa, sayang? Nak bincang tarikh nikah kita ke? " Lelaki asing itu bersuara.

Jihoon berkerut.

Dia kata apa tadi?

Sayang?

Berapa banyak scandal momma ada ni?

" Shindong, aku dah tak nak ikut dah aturan kau. Cukuplah dulu suami aku meninggal sebab kau. Aku tak nak risikokan Jihoon pulak. " Pinta momma. Lelaki berbadan gempal itu tertawa.

" Kau tahu kan kalau kau reject aku, maksudnya kau nak Jihoon mati? "

What?

Apa tadi?

Jihoon mati?

Jihoon hampir bangun dan mahu menghampiri mereka sebelum aku menahan lengan lelaki itu.

" Jangan terburu, Jihoon! "

" Tapi tadi dia kata aku mati! "

" Ya, aku tahu. Tapi kita datang untuk menyiasat. Bukannya masuk campur. "

Jihoon mendengus dan kembali duduk. Dia memicingkan telinga cuba mendengar ayat seterusnya.

" I dah nak kawin. "

" Siapa? Lelaki ni? " Lelaki gempal itu memandang bakal suami momma atas bawah. Senyuman sinis terbentuk.

" Aku bakal suami dia. Harap kau takkan ganggu bakal wife aku lagi. Or aku report polis. "

" Kau dah pandai main ugut ke sekarang ni? Lelaki ni kaya? Boleh bagi kekayaan? And lelaki ni hebat ke hah? Sehebat aku yang pernah buat kau mengandung? "

Kali ni, aku dan Jihoon, dua-dua tersentak.

Kami kaku. Tangan Jihoon menggigil. Dan raut mukanya berubah.

Jihoon sedang marah.

Aku tidak memahami apa isi yang diutarakan mereka, tapi ayat lelaki gempal Shindong itu sangat menyakitkan hati. Apa agaknya yang momma tanggung selama ni?

" Maaf cik, ready nak order? " Kami ditegur oleh pelayan bertugas. Jihoon memandang mataku dan mengisyaratkan aku memesan apa-apa sahaja.

Aku mengangguk.

" Ice milk tea satu, dengan ice chocolate. "

" Kau tak orderkan aku kopi pulak? "

" Kau kan tak suka kopi. "

" Eh kau tahu? "

Aku terdiam. Mana aku tahu pasal benda ni?

Aku pun tak tahu.

Dan kami kembali fokus pada perbincangan mereka. Walaupun Jihoon hampir naik angin, aku perlu segera menghalang. Aku tahu jauh disudut hati lelaki ini, dia sangat menyayangi mommanya.

Anak mana suka tengok ibu sendiri tersiksa?

" Aku nak ini kali terakhir kau ganggu bakal wife aku. If you keep doing this, aku terpaksa report polis. 4 tahun kau siksa dia, sekarang ni, aku nak kau berhenti. " Bakal suami momma bersuara tegas. Matanya tajam memandang mata Shindong.

Namun lelaki gempal ini tidak gentar.

Dia ketawa terbahak-bahak.

" Hutang aku macam mana hah? Siapa nak bayar? "

" Aku bayarkan. Semuanya. Lepas tu, stop kacau bakal wife aku. Kalau tak, pecah muka kau! "

Serentak bakal suami momma menarik tangan momma meninggalkan restoran. Dan lelaki gempal itu masih duduk di meja sambil memerhatikan mereka pergi.

Senyuman sinis terhasil dibibir.

" Jangan ingat korang akan senang. "

" Saeyoon, aku nak tumbuk muka Shindong tu boleh tak! " Desak Jihoon. Aku segera menggeleng laju.

" No. Jangan buat kacau. "

" Tapi dia... erghh!! "

" Ji, kau balik rumah. Siasat barang peninggalan appa kau. Mana tahu ada klu. Apa yang aku boleh rumuskan harini, lelaki gemuk tu pernah gertak momma kau. And maybe he's doing something bad before. Kau kena siasat. "

" Barang appa semua kat rumah dia. "

" Rumah dia kat mana? Nak pergi tak? Lusa dah hujung minggu. "

" Busan. Tapi.. lusa... "

" Kenapa dengan lusa? "

" Lusa kan hari terakhir untuk buat request appa. "

Continue Reading

You'll Also Like

8.2K 711 17
bermula dari prank dan akhirnya menjadi realiti.
921 173 6
(slow update) "Heartbreak, two pieces One I'll take, one's with you" "Awak tetap sama macam dulu, annoying." © Park Jihoon | Jihoon TREASURE's fanf...
7K 1.2K 33
( My Cutie Robot : Another Ending ) ❝This tiger loves you, and will always do.❞ ++ Apabila takdir membenarkan mereka untuk bersama. start : 26...
5.7K 306 28
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...