Mi Àngel // Jihoon ✓

由 yoshihoshiss

36.4K 4.3K 427

Aku boleh nampak hantu. Tapi tak semua percaya. Kecuali kau. Terima kasih. ©PARK JIHOON FANFICTION 更多

CAST! <3
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
EPILOG

BAB 14

1.1K 157 19
由 yoshihoshiss

" Mana Junkyu? "

Aku tersentak. Segera dada diusap perlahan. Ya Tuhan! Siapa yang main tegur aku tanpa cakap annyeong ni?!

Aku berpaling sebelum mataku mulai bergetar. Jantung yang sebentar tadi berdegup kencang kerana terkejut, kini terkejut sebab benda lain.

Jihoon ada depan mata aku sekarang.

" Pahal kau kat sini? "

" Kan tadi Junkyu call aku. Mana dia? Kau okay? "

" Okay. Junkyu dengan Miya dah pergi. Dorang tinggalkan aku kat sini. "

" Sorang?! " Mata Jihoon membulat. Dan aku mengangguk.

Jihoon meraup mukanya. Dia mendengus sebelum wajahku kembali dipandang.

" Kau baru balik gym ke? " Soalku sambil menilik penampilan lelaki ini.


Tak dinafikan.

Handsome.

" Haah. Tadi aku kat gym, baru 30 minit exercise, Junkyu call. Terus aku datang sini. "

" Kenapa datang cepat-cepat. "

" Sebab aku ri-- " Jihoon mengatup mulutnya. Aku tertanya dan memandangnya dengan kerutan.

Ri apa? Risang? Rindu? Ceh! Rindu apanya.

" Ah lupakan. Jom, aku belanja ice cream. "

" Lah? Tibe je ni. Pahal? "

Jihoon tersengih dan dia menepuk perutnya.

" Aku lapar. "

" Lapar makan meals, Jihoon. Bukannya aiskrim. " Gelengku. Kalau lapar, aku biasanya makan nasi. Tak pun ramyeon. Bukannya aiskrim!

" Aku dinner pukul 8 malam jap lagi. Ada lagi 2 jam ni, baik aku makan benda ringan dulu. " Dalihnya. Aku hanya bersetuju.

Sekurang-kurangnya, aku dapat makan aiskrim free sekali.

Kringgg kringgg!

Telefon bimbit Jihoon berbunyi nyaring. Lelaki itu mengeluarkan telefonnya lantas diangkat selepas melihat nama pemanggil.

" Woi Kyu! Pahal tinggalkan Saeyoon sorang-sorang? " Terjah Jihoon sebaik sahaja panggilan diangkat. Dia berkerut didahi.

Dan dalam sesaat, aku dapat lihat raut wajahnya bertukar.

Menjadi terkejut.

" Okay aku datang sekarang. " itu ayat terakhir Jihoon sebelum panggilan dimatikan. Dia segera bangun dan memaut bahuku.

" Kenapa? "

" Jom pergi hospital. "

" Eh? Kau sakit ke? Mana? Bahagian mana? " Aku menyentuh dahinya. Tidak panas.

Jihoon dengan pantas memegang lenganku yang tadi di dahinya. Matanya dan mataku bertembung.

" Miya kena tikam. "

------------------------

Tuhan tolonglah!

Tolong selamatkan Miya. Tolong! Tolong!

Gadis itu masih baru nak mengenali dunia. Gadis itu baru nak bahagia.

Jangan ambil nyawa kawan baikku.

Jangan ambil nyawa kebahagiaan Junkyu.

Dan tanpa disedari, Jihoon mengusap tanganku. Dia tersenyum tawar.

" Miya akan okay. "

" I hope so. Aku sayang dia, Ji. Aku tak nak hilang Miya.  " Keluhku. Jihoon menepuk belakang badanku.

Dia hanya mendiamkan diri dan matanya utuh memandang hadapan. Melihat pemandu teksi itu membawa mereka ke hospital.

Selepas 20 minit perjalaman, akhirnya kami tiba. Terus aku menerpa masuk kedalam meninggalkan Jihoon dibelakang. Sejujurnya, aku buntu.

Miya dimana?

Wad mana?

Bilik bedah yang mana?

" Jangan terburu. " Pesan Jihoon lantas tanganku ditarik lembut kesalah satu kaunter. Jururawat yang bertugas tersenyum manis.

" Apa boleh saya bantu? "

" Err.. maaf ganggu. Tahu tak mana wad pesakit nama Na Miya? " Soal Jihoon. Jururawat itu menekan sesuatu di komputer sebelum dia mengangguk.

" Pesakit Na Miya sekarang ada di bilik pembedahan 5. Tingkat 3 ya. "

Aku mengangguk dan terus langkah kami diatur ke lif berdekatan. Dalam hati, aku berdoa semuanya berjalan lancar.

Jihoon tersenyum dan membisikkan sesuatu.

" Miya kan kuat. Dia akan sihat. "

Kata-kata Jihoon sedikit sebanyak melegakan aku. Harap Miya akan okay. Harap pembedahan akan berjalan lancar.

Ting!

Kami tiba di tingkat 3. Terus aku laju menapak keluar. Mataku melilau mencari papan tanda yang tertulis Operation Room 5 sehinggalah Jihoon dahulu menarikku.

" JUNKYU! " panggil Jihoon. Dan dapat ku lihat Junkyu yang sedari tadi menunduk, terus menerpa tubuh Jihoon.

Air mata mulai membasahi wajah mulus Junkyu.

" Miya dah berapa lama kat dalam? " Soal Jihoon. Junkyu yang nampak murung itu hanya mengangkat 2 jari.

Oh, 2 jam.

Junkyu meraup wajah sebelum matanya bertembung dengan mataku. Serta-merta, dapat ku lihat, dia mengetap rahangnya.

" Pahal perempuan jalang ni datang? " Soalnya, beku. Aku tersentak.

Kata-kata Junkyu begitu tajam menusuk hatiku.

" Jalang? Apa maksud kau? " Jihoon berkerut.

" Sebab perempuan ni, Miya kena tikam! Sebab kau! Kalau kau tak keluar dengan dia harini, dia takkan kena tikam lah!! " jerit Junkyu. Dia mengepal tangannya dan matanya tajam memandangku.

Aku hanya menunduk.

Tiada daya mahu melawan kerana ada sisi salahku jua. Kalau aku tak terima pelawaan Miya, mesti dia tak kena tikam kan?

" Saeyoon tak salah, Kyu. Kan dia tak ada masa Miya kena tikam. Miya ada dengan kau. " Jihoon membelaku. Dan kini perhatian Junkyu pada sahabatnya.

" Oh, so kau nak salahkan aku ke sekarang? "

" Tak, Kyu. List-- "

" Bawa pembunuh ni hilang daripada pandangan aku. Sebelum aku jadi pembunuh. " Kata Junkyu tegas. Dia kembali duduk dan memegang kerusi yang didudukinya dengan kuat.

Dan aku masih kelu tanpa kata.

Sebab memang salah aku.

" Kyu, jang-- "

Kata-kata Jihoon dipotong apabila seorang doktor menapak keluar daripada bilik pembedahan. Segera Junkyu menerpanya.

" Doc, Miya macam mana? "

" Sebelum tu, boleh saya tahu. Encik siapa? "

" Saya Junkyu, boyfriend pesakit. "

" Mana ahli keluarga terdekat dia ya? "

" Papa dia masih kat luar negara. Jadi, saya wakilkan. " Balas Junkyu semakin hilang sabar. Nasib baik Jihoon menepuk bahunya.

" Cik Miya kehilangan darah yang sangat banyak. Dan abdomennya terluka teruk. Pihak kami dah cub-- "

" Boleh tak doc straight to the point je? " 

Junkyu mendesak. Doktor itu mengeluh.

" Maafkan kami. Cik Miya tidak dapat diselamatkan. "

Damn.

Kakiku mulai longlai. Segalanya terasa kelam.

Mi--Miya dah tak ada. Ni semua tipu kan? Doktor tu prank kami kan?

" APA KAU CAKAP NI?! JANGAN MAIN-MAIN! " teriak Junkyu. Kolar doktor itu dicekak sebelum Jihoon berperanan menenangkan sahabatnya.

Junkyu jatuh terduduk dengan air mata yang mulai memenuhi pelupuk mata. Jihoon mengusap bahu sahabatnya.

" Miya dah tak ada, Hoon... "

" Aku tahu. Kyu, kau kena ku-- "

" Tolong blah daripada sini. Korang berdua. Kau dengan pembunuh tu. Bagi aku ruang sendiri. " Pinta Junkyu.

Mata pemuda Kim itu bertembung dengan mataku.

Pandangan Junkyu.

Kosong.

------------------

" Saeyoon, aku nak singgah rumah aku jap eh? " Senyum Jihoon. Dapat aku lihat dia cuba menceriakan aku. Sengihan di bibirnya sedikit membantu.

" Kau balik terus lah, Jihoon. Aku okay. "

" Eh mana boleh! Kan aku dah janji nak bagi aiskrim! " Dia menggeleng. Aku tersenyum tawar sebelum tangannya aku capai.

" Aku tak ada mood lah sekarang. "

" Kalau camtu, biar aku jadi mood maker kau. "

Aku memandangnya dengan tatapan yang tidak diketahui. Lelaki ini.

Semakin lama semakin menempah tempat istimewa dihatiku.

Tolonglah jangan. Aku tak nak kecewa.

" Tak apa, Ji. Kau balik-- "

" Jom teman aku balik jap. Aku nak ambil dompet. " Potongnya lantas tanganku ditarik menapak ke rumahnya.

" Aku tunggu kat luar. "

" Masuk je dalam. "

" Eh tapi momma kau-- "

" Pergi mampuslah dengan dia. Jom. " Tanganku ditarik lembut untuk masuk kedalam rumah. Sebaik sahaja aku menapak, dapat aku lihat momma Jihoon bersama seorang lelaki disofa ruang tamu.

Mereka berbual rancak sebelum perhatian mereka dialih kepada kami. Namun, Jihoon tidak mengendahkannya.

" Kau tunggu sini jap. Aku nak naik bilik ambil dompet jap. " Pesannya lantas meninggalkan aku di ruang tamu.

Bersama tatapan momma Jihoon dan lelaki tidak ku kenali.

" Hai. Nama kamu siapa? " Soal momma Jihoon. Senyuman manis menghiasi bibirnya.

Wah, baru aku dapat nampak.

Senyuman Jihoon mirip mommanya.

Mata mereka juga mengecil apabila mereka tersenyum.

Aku segera menunduk hormat dan membalas senyuman itu.

" Saya Ahn Saeyoon. Kaw-- "

" Girlfriend Jihoon? "

Segera aku geleng laju. Momma hanya tertawa kecil.

" Tak apa. Kami faham. Tadi kamu pergi gym sama-sama ke? "

" Eh tak, auntie. Dia ambil saya kat mall tadi. "

" Jihoon tak pernah ada kawan perempuan. "

" Eh? "

" Mesti kamu istimewa kan? "

Aku hanya tersipu malu. Tiada kata lagi boleh diutarakan. Momma Jihoon ini manis. Cantik. Dan nampak masih muda.

Kenapa Jihoon benci mommanya sendiri?

Dan kelibat Jihoon tiba selepas mengambil dompetnya. Segera tubuhku dihampiri lantas tangannya meraih lenganku.

" Jom makan aiskrim. "

" Jihoon... Momma nak cakap sikit, boleh? "

Aku memandang wajah Jihoon. Dan dia tidak mengendahkan mommanya. Tangannya masih utuh memakai kasut.

Aku menghela nafas lantas bahu Jihoon ditepuk.

" Momma kau panggil tu. "

" Biar je dia. "

" Jihoon, kejap je. Momma nak bincang sesuatu. " Momma masih memanggil.

Aku memeluk tubuh dihadapan Jihoon.

" Kalau kau abaikan momma kau, aku balik. "

Jihoon berdecih. Wajahnya diangkat memandang wajahku.

" Kan kita dah janji nak makan aiskrim. "

" Your mum or no icecream. " Kataku, tegas. Aku dah kehilangan eommaku.

Jadi, sejujurnya aku rindu kasih sayang seorang ibu. Jihoon ni dah dapat kasih sayang tu, lagi dia nak abaikan. Seteruk apa pun momma dia, itu tetap mommanya.

Orang yang melahirkan dia.

Jihoon menggulingkan matanya keatas. Wajahku dipandang tajam.

" Fine. "

Dan Jihoon menghampiri mommanya dengan malas.

---------------------

" Sedap ke mint choco? " Soalku dan memandang aiskrim yang dijilat oleh Jihoon dengan kerutan.

Aku hanya memesan chocolate chips tetapi lelaki disebelahku ini memilih mint choco.

" Sedap. Kau nak rasa? "

" Tak nak. Macam ubat gigi. "

" Ubat gigi mana kau guna sampai ada flavour mint choco? " Perlinya. Aku tersengih dan menggeleng.

" Ji.. aku nak tanya boleh? "

" Tanyalah apa-apa. Kan aku dah janji nak jadi mood maker kau. " Balasnya sambil menjilat aiskrim.

" Duit poket kau ni kan, mana kau dapat? Kau kan tak kerja. "

Jihoon mendengus. Dia meletakkan aiskrimnya sebelum hembusan kasar kedengaran.

Dia memandang mataku.

" Kau nampak lelaki kat sofa tadi? "

Aku angguk.

" Dia lah yang bagi duit poket aku, duit makan aku tu semua. "

" Lelaki tu siapa? "

" Kau tak nak tahu ke kenapa momma panggil aku tadi? "

" Kalau kau nak cerita, aku boleh dengar. " Senyumku. Jihoon mengeluh halus.

Nampak banyak beban yang ditanggungnya.

" Momma mintak izin aku. "

" Izin? Untuk apa? "

" Momma dengan lelaki tadi tu....nak berkahwin. "

Aku terdiam. Mata Jihoon dipandang. Lelaki ini nampak sedih. Aku menepuk bahunya.

" Kau okay tak ni, Ji? "

" Saeyoon... "

" Hm? "

" Boleh aku peluk kau? " Mataku membulat. Aku memerhatikan lelaki ini sebelum anggukan diberi.

Terus tubuhku dipeluk erat oleh Jihoon. Dia meletakkan dagunya dibahuku. Dan dia terdiam.

" Aku tak tahu nak react apa weh. Aku...tak kecewa. Tapi, ada side yang aku tak nak. Aku tak tahulah... "

" Jihoon, manalah tahu kan? Dengan perkahwinan ni, momma kau akan bahagia? Dia akan lagi happy dan banyak tersenyum? "

" Tapi momma jahat. "

" Kalau momma kau jahat, dia takkan jaga kau. Jangan siakan orang tua kau, Jihoon. Kalau mendiang appa kau nampak, mesti dia sedih kan? Lainlah aku, ayah aku tu setan. " Sengihku dalam keadaan tanganku masih mengusap lembut belakang Jihoon.

Lelaki ini sedang berada disaat memerlukan dorongan dan sokongan.

Kerana Junkyu juga berada ditahap rendahnya, eloklah aku membantu. Namun, aku tidak mahu Jihoon membenci momma.

" Tadi, aku ambil dompet kejap je. Tapi jadi lama sebab ada roh minta tolong aku. "

" Siapa? Apa wish dia? "

Jihoon meleraikan pelukannya. Dia memaut bahuku sebelum dia menunduk.

" Kenapa ni? Kan aku dah cakap, cerita je semua kat aku. Kita kan kawan. " Sengihku. Jihoon mengangkat muka memandangku sebelum dapat ku lihat takungan matanya kembali dipenuhi air mata.

" Ji... "

" Roh tadi tu...roh appa. Dan dia minta aku baiki hubungan aku dengan momma. "














繼續閱讀

You'll Also Like

42.8K 2.4K 46
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...
66.3K 7.2K 33
" Strawberries and Cigarettes, always taste like you " Kau tahu? Move on maksudnya merelakan pemergian dia. Dan menyukai orang baru. Tanpa secebis p...
16.5K 3.2K 39
[Completed] Aku cuma nak tolong dia je tapi tak sangka pula yang aku dah menyusahkan dia ops! © Hamada Asahi / Asahi TREASURE's fanfic @xxybaexx « T...
5.2K 672 22
Dikahwini oleh driver bapak sendiri ? Memang salah satu perkara tak masuk akal. Tetapi itulah jalan hidup Kwon Hana bersama Watanabe Haruto.