Little Sister {EA and BBB fan...

By laurenviec

7.8K 583 112

Little Sister. REWRITE SESSION Seorang adik yang ditinggal lama sangat oleh abangnya. Mana abang dia pergi? A... More

-note-
eps - 1 : Awal
eps - 2 : Kumpulan Guiltn't
eps - 3 : Teringat
eps - 4 : Old Friend
eps - 5 : Pilihan
eps - 6 : Plan
eps - 7 : Jumpa
eps - 8 : Apa Jadi? {Pt. 1}
eps - 10 : Meet The Elemental
eps - 11 : Anxiety
eps - 12 : Secret
eps -13 : Maaf
eps -14 : Get Back
eps - 15 : Problems
eps - 16 : Tex & KeyB
eps - 17 : When will this over?
eps - 18 : Triple trouble maker
eps - 19 : Cool trio
eps - 20 : The warning
eps - 21 : Dekat
eps - 22 : Kenyataan
eps - 23 : Pasar Malam

eps - 9 : Apa Jadi? {Pt.2}

300 23 8
By laurenviec

Pukul 15.25

Lepas diorang sampai kat academy, Iman ngan Ali langsung di bawak kat infirmary manakala Rudy ngan Alicia pergi menghadap General.

Rudy ngan Alicia sama - sama berdiri tegap sambil menunduk kat bawah masih menunggu suara General untuk keluar.

General masih diam, dia geram sebab misi utama diorang bisa dikatakan gagal, walau sebenarnya bukan salah diorang.

"Macam mana ini semua boleh berlaku?!" Ucap General mula naik angin.

"Kenapa korang tak menjaga Iman sesuai arahan!" tambah General lagi masih berteriak.

Alicia menghembuskan nafas "General, ini bukan salah kami! Sewaktu musuh tiba - tiba datang Iman nampak pusing lepastu terus pengsan" jawabnya sambil mendengus perlahan.

Dari awal lagi dia nak luruskan salah faham General ni, tapi mungkin dah jadi tradisi MATA untuk kena marah dulu baru bagi penjelasan.

General tersentak musuh mana lagi ni?

"Siapa mereka?!" Bentak General, dah la tu tak payah nak marah - marah nanti tua cepat ma.

Alicia diam untuk berapa saat, mencuba untuk tak menghembuskan nafas lagi "Diorang tu Quil dan Fael General" jawab Alicia.

Ucapan anaknya membuat General diam takpercaya, seingatnya atau lagi tepatnya seharusnya dua kembar tu dah meninggal 8 tahun dahulu.

Quil dan Fael, sepasang penjenayah kelas atas yang bersurai hitam dan putih. Duo Q&F atau lagi dikenal ngan sebutan Qael merupakan seorang yang handal dalam bertarung. Yang satu ahli dalam pedang yang satu lagi merupakan shooter terbaik, tapi tanpa guna senjata pon teknik serangan diorang tu tak main - main.

Diorang jugak merupakan ahli dari kumpulan guiln't dan merupakan bawahan langsung daripada Reen, dan terakhir terlihat 8 tahun lalu semasa letupan kat tengah hutan yang dipercaya menewaskan dua kembar penjenayah tu.

"Kamu pasti?" Tanya General.

Alicia mengangguk "ye General, kami mengetahui yang objektif diorang tu untuk mengambil benda ni" kata Alicia dan disaat yang bersamaan Rudy mengeluarkan suatu alat yang dia rampas dari musuh tadi lalu dia letak atas meja bundar tu.

Tapi takde apa yang keluar, biasanya akan ada hologram yang jelaskan pasal benda ni. Nampaknya benda ni terkunci atau mungkin rosak?

"Setakat ni kami tak tau lagi apa fungsi benda ni, tapi bila dengar dari diorang yang benda ni diinginkan oleh Reen nampaknya bende ni memang penting" ucap Alicia lagi.

"Hmm, baiklah saya akan minta Ejen Geetha untuk cari maklumat pasal benda ni" balas General.

"Ada apa - apa lagi yang kamu temukan?" Tambah General.

Diorang berdua mengangguk "kami temukan satu file yang berisi maklumat pasal rencana diorang 8 tahun dahulu, General" ucap Rudy kali ni yang bersuara.

"Maksud kamu?" Tanya General.

Alicia pon mengeluarkan satu pendrive yang sempat dia gunakan untuk salin informasi yang diorang dapat tadi.

Dia meletakan pendrive tu kat atas meja bundar tu yang langsung mengeluarkan hologram dari isi pendrive tu.

Projek guilnsovie. Suatu projek yang setakat tu adalah projek diorang yang paling besar. Projek ni ialah alat yang dapat membuat satu bandar tu terkena semacam letupan yang membuat sebagian mahluk yang ada tu akan tewas. Bukan cuma mahluk je, bende ni pon boleh hancurkan sebuah pulau.

Diorang banyak mengeluarkan harta untuk Projek ni dan Projek haram ni dah hampir berjaya masa tu tapi disebabkan MATA datang untuk menghentikan diorang saat tu, jadilah satu pertempuran besar dan selepas pertempuran darah yang pada akhirnya dimenangkan oleh pihak MATA, tapi disebabkan pertempuran tu banyak Ejen yang terkorban termasuklah keluarga Iman.

"Kemungkinan, diorang ada niatan nak buat Projek ni balik" kata Alicia, sekarang ni dah diketahui yang ahli kumpulan inti diorang tu masih hidup mungkin je diorang ada niat nak teruskan Projek ni.

General terdiam, yang dikatakan Alicia tu mungkin jugak. Bila Reen, Quil dan Fael masih hidup kemungkinan kumpulan tu akan bangkit balik dan kembali melanjutkan Projek ni.

Ni adalah pertanda buruk, yang artinya diorang kena bertindak cepat sebelum bende ni berlaku.

"Baiklah, kalau macam tu saya akan berbincang pasal ni dengan ketua teras, kamu berdua boleh berehat sekarang. Bersurai" kata General lepastu dia mematikan hologramnya.

Alicia ngan Rudy mengangguk lepastu terus keluar dari briefingroom. Saat keluar Alicia melirih kearah Rudy, muka macam biasa je dingin macam es tapi dia dapat rasa yang mamat tu tengah geram sekarang ni.

Sejak tadi balik kat academy pon muka dia macam tu dahtu dia tak begitu bercakap, memanglah Rudy ni tipe pendiam tapi kali ni dia diam tak macam biasa, kenapa dengan dia ni?

"Aku nak pegi lawat Ali ngan Iman, kau?" Kata Alicia macam mengajak.

"Hmm, nanti aku pegi" balas Rudy yang entah kenapa nak ikot pegi lawat diorang.

Alicia hanya mengangguk lepastu dia terus pergi kat infirmary meninggalkan Rudy sendiri,  nampaknya lelaki tu tengah banyak fikiran.

Selepas Alicia pergi, Rudy diam di tempat dia tengah pusing sekarang ni.

Dia tengah bimbang sekarang ni. Macam mana dia boleh jagakan Iman? Dah tengok dua penjenayah tu pon terus pengsan, misi  kali ni akan betul - betul susahkan dia.

"Bila dugaan kami benar yang Reen tu merupakan ahli kumpulan guiln't maknanya Iman dalam bahaya"

Tiba - tiba dia teringat ucapan General semasa dia bagi misi khusus ni pada dia ngan Alicia.

"Jadi misi kamu adalah untuk jagakan Ejen Iman"

Entah apalah yang ada kat fikiran General tu. Bila Iman dalam bahaya tak payah ah suruh dia pegi misi. Ganti je ngan Chris atau Mika je, apa susah?

Rudy mendengus lepastu dia kembali teringat masa tu sebelum dia ngan Alicia keluar dari briefing room, General ada tatap dia dengan pandangan serius.

Mulanya dia rasa hairan sikit, buat apa General tatap dia macam nak telan? Tapi bila difikir balik agaknya General serahkan misi ni sepenuhnya pada dia bukan Alicia. Sebab dia kan satu sekolah ngan Iman, rasanya dia yang kena ambik berat fasal misi ni daripada Alicia.

"Haih menyusahkan" gumam Rudy.

Selepas banyak - banyak membebel dia pon memutuskan untuk ikut Alicia lawat rekan dia tu.

Tapi jangan nak fikir yang bukan - bukan eh! Dia nak lawat Iman sebab nak pastikan je sementara Ali, memang tak nak ah dia lawat budak tu.

Kang bila tengok wajah dia Rudy rasa nak hantam je bila - bila masa.

Lepas dah nak sampai kat bilik infirmary tiba - tiba dia tersempak dengan Ejen Geetha.

Ejen Geetha tersenyum "Kamu nak pegi lawat Iman ke Rudy?" Soal Ejen Geetha lembut.

Hairan sikit, mana tau dia nak pegi lawat Iman? But he nodded anyway.

Ejen Geetha tersenyum lagi "Dia ada kat bilik sebelah sana" kata Ejen Geetha sambil menunjuk kat satu bilik.

Rudy mengangkat keningnya, asal pulak dia kena letak dalam bilik tu?

"Kalau macam tu saya minta diri dulu ye" ucap Ejen Geetha lagi lalu dijawab dengan anggukan dari Rudy.

Lepas Ejen Geetha pegi dia pon berjalan menuju bilik tu dengan rasa hairan yang amat teramat besar. Bilik ni memang lah infirmary jugak tapi yang ni tu boleh dikatakan VIP lah, sebab cuma digunakan bila seorang Ejen mendapat luka yang teruk sangat.

Tiba - tiba dia rasa tak sedap hati 'Teruk sangat ke?' Fikir Rudy.

Dari awal lagi dia rasa gak sedap hati ngan misi ni tambahan General bagi misi khusus untuk dia ngan Alicia lepastu tadi semasa misi dia pengsan lastly dia dibawa kat bilik ni.

Rudy menghembuskan nafas perlahan 'Jangan fikir benda yang bukan - bukan dia oke je tak payah risau' he said for him self while wondering asal dia risau pulak ni?

'Asal kau risau? Dia dah besar lah dia boleh jaga diri sendiri' fikirnya lagi sambil menggelengkan kepalanya.

Rudy pon berjalan lagi mendekati pintu bilik tu lalu mendapati Iman yang dah bangun.

"Rupanya kau dah bangun" ucapnya sedikit terkejut bukan sedikit pon memang terkejut punyalah.

Lepas berapa saat bercakap ngan Iman yang akhirnya malah membuat Rudy mula naik angin akhirnya perbincangan tu selesai akibat kedatangan seorang singa neuro.

"Tak payah, hari ni biar aku yang hantar dia pulang" kata Alicia seketika ada kat tpt.

'Dari mana dia datang ni?' Fikir Rudy, di boleh kena serangan jantung lah oi! Lagipon sneaking up people tu keahlian dia sebagai budak inviso! Nak tukar teras ke?

"Suka hati kau lah" balas Rudy, sebelum dia pegi dia melirih sebentar kat arah Iman. Dia pon tak faham dengan diri sendiri tapi dia rasa macam nak pastikan sekali lagi baru dia pegi.

***

Alicia pulang ngan Iman sambil berborak, hmm entah apa yang diorang tengah borak tu. Maybe about girls and stuff? Entahlah Rudy pon tak pasti.

Aik? Rudy?! Yes! Rudy!

Dia memang dah serahkan 'antar Iman' thingy pada Alicia tapi dia rasa tu tak cukup! Dia rasa dia kena ikot Iman pulang jugak.

Just to be clear okay nothing else.

'Eleh nothing else lah konon' rungut hati Jet beberapa saat yang lalu lepas tanya pada Rudy yang dia nak kemana.

Mula - mula Jet rasa jantung dia dah mula bermekar bunga lepas Rudy cakap yang dia nak follow Iman. Aww boleh risau pulak landak ni.

Tapi lepas tengok mata Rudy macam becakap ' jangan fikir yang bukan - bukan, aku nak pastikan je nothing else!' tu hati dia mula mengutuk Rudy.

Cakap jelah yang kau tu risau, tak payah nak cover guna bahasa nak pastikan cih ego betul.

Lepas Alicia pegi dia nampak Iman yang berjalan kearah rumahnya tapi entah ini cuman prasaan dia je ke memang betul yang Iman tu macam shock.

Rudy memang tak nampak muka dia tapi dari gerakan tubuh tu Rudy pasti yang Iman tu nampak terkejut.

Tiba - tiba dia nampak lengan Iman menggerakan tangannya secara perlahan kat gang gang pintu.

Lepastu dia masuk tapi Rudy ada sempat melihat mata dia yang terbuntang lebar.

Kenapa dengan dia tu?

Asal macam habis tengok hantu?

Ada orang asing ke dalam rumah tu?

Beberapa saat dia tunggu tapi Iman tak kunjung keluar jugak, Rudy mendengus kasar 'asal dia tak keluar ni?' Fikirnya, bila ada jahat - jahat kenelah pegi keluar rumah!

Ke dia terperangkap kat rumah tu?

Rudy mula rasa sesuatu kat dada dia, entah apalah itu tapi dia rasa kena cepat pegi masuk kat dalam rumah tu.

Tapi sayangnya niat dia tu kena kurung sebab ternampak 3 orang lelaki berjalan mendekati rumah tu sambil membebel kepada satu sama lain.

Siapa diorang ni? Asal diorang masuk kat dalam rumah tu? Diorang ni orang jahat ke?

Tak mungkin, Rudy fikir dia tak mungkin boleh lawan 3 orang tu.

Yang nampak macam orang tamil tu berbadan besar ada kemungkinan yang dia tu hebat dalam kombat.

Yang unggu pulak nampak biasa je tapi dia ada rasa yang dia tu mungkin kuat, entah cuma prasaan dia je kot?

Yang guna topi dino pulak, nampak sama je macam si unggu tapi entah kenapa Rudy rasa yang aura dia tu lain macam. Rasa macam ada aura mencekam je di sekitar lelaki topi dino tu. Lalu muka dia, rasanya Rudy pernah nampak.

Tiba - tiba lelaki tu mengalihkan pandangannya kat arah Rudy.

Rudy tersentak, dia mematung di tempat. Nasib baik je dari awal dia follow Iman ngan Alicia dia dah guna trick kebangaan Ejen Inviso the one and only invisibility cloak.

"Kenapa? Apa kau tengok tu?" Tanya lelaki berbangsa tamil berhenti dati pergaduhan dia ngan si unggu.

"Aku...hmm prasaan aku je kot" balas lelaki topi dino tu.

"Dah dah, baik kita masuk kang tak pasal - pasal kena marah dari double y" kata si rambut unggu.

"Bila kena marah pon, itu salah kau lah" kata si lelaki tamil.

"Aku? Kenapa pulak?" Balas landak unggu tak terima.

"Salah kau lah kita pulang lambat, sebab donut lah konon" ucap lelaki tamil tu sambil membuka pintu rumah.

"Kan aku dah kata tak payah nak beli ni lah!" Sambungnya.

"Kau beli semua tu ok je, aku beli satu donut ni je kau marah - marah" bebel lelaki unggu tu

"Dahlah tu korang, dari kita jalan pulang sampai rumah asik membebel je aku pon ikot pening tau tak?!" Sekarang giliran lelaki dino tu becakap.

"Eh?!"

Itu je yang terakhir Rudy dengar tapi sebab pintu depan tu masi terbuka, dia sempat melihat lelaki dino tu menaruh tangan kata atas tudung Iman. Aik? Diorang saling kenal ke?

Percuma jelah dia risau overload.

Ha mengaku pulak yang dia ni risau. Jet will be so proud of you.

***

Malam pukul 19.20

Iman duduk kat atas beanbag di balkoni tingkat 2.

Dia duduk berseorangan sambil meminum choclate panas yang dibuat oleh Akak Yaya yang menjadi kawan dia menonton indahnya bintang kat malam hari.

Ditengah ketenangan dia tiba - tiba  terdengar macam kebisingan dari lantai bawah.

"Bagi balik! Itu donut aku lah oi"

"Minta sikit je tak boleh?"

Iman terkekeh kecil lalu menggeleng kepalanya. Mesti Abang Fang ngan Abang Gopal tu tengah begaduh lagi.

Hmm dia masi je tak percaya yang sekarang ni dia dah bertemu ngan Abang dia.

Pelik kan? Beberapa jam lepas ada seseorang lelaki yang tiba - tiba masuk kat rumah mengaku sabagai abang dia.

'lama tak jumpa Iman'  kata lelaki yang tiba - tiba masuk tu. Dia cakap macam dah kenal dekat ngan Iman.

Dan yang paling pelik adalah disaat dia tak tau lagi yang lelaki tu adalah Abang dia, tubuh kecil Iman refleks terus peluk lelaki tu melepas rindu.

Dia sendiri tak pasti kenapa tiba - tiba peluk orang tak dikenal erat sangat.

Lelaki tu pon membalas pelukan Iman membuat beberapa air mata keluar sampai memenuhi dagu.

Lepas sesi peluk - memeluk tamat lelaki tu kembali tersenyum melihat Iman.

Dia mengangkat tangannya lalu menyentuh wajah Iman untuk mengelap air mata Iman.

"Maaf abang baru ada waktu nak datang sekarang"

"Iman!"

"Eh? Y-ye?" Iman tersadar dati lamunan dia.

"Kau oke? Asal abang panggil macam tak dengar?" Tanya Boboiboy.

"O-oke je" balas Iman.

"Betul ni? Tapi kenapa nampak macam ada banyak beban fikir?" Sambung Boboiboy.

"Betullah, buat apa Iman nak tipu pulak?"

"Hmm yelah" balas Boboiboy lalu duduk kat beanbag sebelah Iman.

"Apa kau buat sorang - sorang kat sini? Tak nak masuk?" Soal Boboiboy lagi.

"Tak lah, cuman Iman nampak malam ni bintang cantik je" katanya tersenyum manis.

Tengok senyum manis adik dia tu, Boboiboy rasa lega je. Macam semua beban yang selama ini menghantui dia tu menghilang.

"Iman dah lama tak tengok bintang, abang pulak?" Tanya Iman.

Sebelum menjawa Boboiboy nampak berfikir berapa saat lepastu suara dia keluar.

"Kat tempat kerja abang hampir tiap - tiap hari tengok bintang" jawabnya, bukan tiap hari je tapi tiap jam dia tengok bintang.

"Betulke? Abang kerja kat mana tu?" Tanya Iman dengan mata berbinar.

"Adalah, rahasia" balas Boboiboy tersenyum tipis.

Iman membuang muka dia kat samping sebab tak pua hati ngan jawapan Abang dia. Aik? Merajuk ke?

Boboiboy macam nak ketawa lepas, lah macam tu pon boleh merajuk? Macam budak kecik je dia ni.

"Eih merajuk ke?" Goda Boboiboy.

"Tak nak jawab sudah" balas Iman ngan muka masam.

"Jangan buat muka macam tulah, nanti tua cepat"

"Sapa cakap?!" Ketus Iman.

"Abanglah, kau tak dengar tadi abang cakap macam tu?" Balas Boboiboy.

"Ish seriuslah" ucap Iman.

"Lah, abang serius lah ni" jawab Boboiboy sengaja nak kenakan Iman.

Akhirnya diorang menghabiskan waktu dengan mengejek satu ngan yang lain.

"Tengok tu, dah lama aku tak tengok dia macam tu" kata Gopal.

"Shutt kecilkan suara kau! Nanti diorang tau kita ada kat sini!" Bisik Fang marah.

"Kau ingat suara kau tu tak kecil lah?!" Balas Gopal.

"Ish korang ni, diamlah!" Marah Ying menumbuk lengan Gopal.

"Asal kau timpuk aku je ni? Tu! Kembar kau salah jugak!" Kata Gopal menunjuk Fang.

"Aku?!?" Fang tak terima.

"Haih korang ni, dahla tu meh kita turun kat bawah baik kita jangan ganggu diorang" kata Yaya.

"Betul tu, jom" kata Ying setuju ngan Yaya.

"Jomlah" kata Fang menyeret kaki Gopal.

"Eh! N-nanti dulu!" Balas Gopal tak setuju.

"Apasal kau ni? Bagi diorang space sikit, dah lama tu diorang tak jumpa" kini Ochobot mula berbicara.

"Ish aku nak tengok drama free un tak boleh"

"Apa dramanya? Diorang bebincang biasa je kot" kata Fang.

"Tu yang kau tak tau, aku pasti drama tu akan muncul sikit lagi"

'Haih, kenapalah aku ada kawan macam ni?' Fikir Fang kesal pada drama king ni.

***

Pukul 21.15

Seorang lelaki berlari dengan sekuat tenaga di tengah malam kat sebuah gunung yang dipenuhi hutan. Dah hampir 30 menit dia berlari dari tempat kerja dia.

Sekitar 5 menit kemudian dia terhenti, agaknya penat sangat kot berlari.

Dia mengalihkan pandangan kat belakang untuk make sure 'orang tu' tak follow dia.

Lepas dah rasa aman, dia memegang walkie talkie dia dan mengirim sebuah pesan kecemasan.

"Hello? Segera kirimkan bantuan kat sini! Aku ulang segera kirimkan bantuan!" Ucapnya pada walkie talkie tapi takde jawapan.

Yang dia dengar cuman semacam bunyi kresek, rupanya dia tak dapat signal.

"Na~na na~na na~na"

Dia tersentak merinding mendengar senandung perempuan tu.

"Come out come out where ever you are" katanya sambil terkekeh.

Dia mula berpeluh, gila! Dia dah lari hampir 30 menit lah ni, perempuan tu masih kejar dia lagi???

"Awak keluar lah!" Ucapnya guna kata dibuat - buat manja.

Semakin takut lelaki tu, dari semua pekerja kat tempat dia agaknya cuma dia je yang masih hidup.

Tadi masa perempuan tu datang entah dari mana, dia dengan ganas membunuh kesemua pekerja tu. Tak sampai situ je, dia juga mencabik - cabik mayat diorang macam tengah sembelih haiwan.

Dia pasti kawan - kawan pekerja dia tu dah tinggal tersisa darah je.

"Ish buang masa betul!" Pekik perempuan tu tiba - tiba geram.

Lelaki tu tersentak dah kenapa dia tiba - tiba geram ni? Tadi girang semacam.

Nama je psycho, memang macam tu kan?

Semakin cemas dibuat, dia risau sangat bila sembunyi kat belakang pohon ni tak cukup untuk lindungin dia. Apatah lagi dia dah penat, mana dia kena pegi ni untuk sembunyi?

"Ah! Apa kata kita nyanyi sama - sama? Kan seronok! Nanti bila awak tak keluar sampai lagu tu end awak habis dah!" Ucapnya melompat kegirangan.

'Apa???' Batinya semakin panik. Kang tak mungkin pulak dia nak keluar! Bila keluar dah pasti dia akan mati, tak keluar sampai lagu tu habis pon mati jugak.

Dia tersenyum girang lalu mula menyanyi.

"Twinkle - twinkle little bug" nyanyinya sambil berjalan berkeliling hutan tu.

"How i wonder were you still alive?" Sambungnya dengan kekeh kecil.

Dia berpeluh semakin takut dibuatnya! Dia tak tahan, dia panik sangat nak coba melarikan diri lagi, tapi nahasnya nasib dia tak sengaja terinjak ranting.

KREKK.

Perempuan tu diam selepas mendengar suara tu, lalu dia tersenyum 'got ya' dia pon mula berjalan kearah suara tu.

"Up above the mounth in the night"

Suara dia semakin dekat dari waktu ke waktu. Tangan dan kaki lelaki tu pon mula bergetar, bila dia masih boleh keluar lari dengan selamat dan masih hidup dah pasti ini jadi trauma terbesar dia.

Perempuan tu semakin tersenyum lebar apabila merasakan semacam aura takut dari lelaki tu. Hem, kalau macam ni dia rasa tak tega lah.

Dia rasa tak tega bila bunuh lelaki ni macam tu je, dia kene guna cara lain biar special sikit.

Entah kenapa lelaki tu rasa macam lega sikit. Dah kemana pulak suara langkah tadi? Dia dah hilang ke?

Perempuan tu pon dah berenti menyanyi, biar betul dia selamat?!

Dia mencoba mengintip sikit dari balik pohon. 'M-mana? Mana dia pegi?' Detik lelaki tu.

"Like a knife that fall from the sky"

Suara dia tiba - tiba terdengar dari atas. Lelaki tu terkejut bukan main, dia menatap keatas dan mendapati perempuan tu tengah duduk kat atas ranting yang cukup tebal.

Sambil memegang pisau kesayangannya, ia tersenyum manis mengarahkan mukanya kebawah kearah lelaki tu, merinding! Dia merinding sangat sampai kesemua badan dia macam berhenti bergerak.

STUSK.

Dan tanpa aba - aba apapon perempuan tu membaling sesuatu dari atas.

Bukan cuma lagu je, dia betul - betul melempar pisau dia dari atas dan tertancap di leher lelaki tu. Dah memang macam pisau yang jatuh dari langit.

Lelaki tu mula tertunduk jatuh kat atas tanah, darah pon dah mula keluar dari leher ataupun mulut. Sekarang dia dah betul - betul tamat.

Perempuan tu pon turun dari tempat duduk dia dan berjalan mendekati lelaki tu."Twinkle - twinkle little corpse" walau dah mula buram dia masih dapat dengar suaranya yang masih bernyanyi.

Perempuan tu menunduk lalu mengangkat dagu lelaki tu untuk menatapnya. "Look how pathetic you are"

Lepas dia selesai nyanyikan lagu tu, Lelaki tu masih mencoba untuk bertahan lalu dia bersuara.

"K-kenapa k...napa buat se-emua n..i" ucap Lelaki tu terbata - bata.

Perempuan tu tersenyum girang, lepastu dengan sangat cepat tangan dia terangkat dan mengambil pisau yang tertancap di leher tu semula lepastu langsung merobek bagian leher Lelaki tu guna pisau dia, yang membuat lelaki tu langsung terjatuh kat atas tanah.

"Cause i'm a psycho"

Lepas lelaki tu dah mati, dia kembali berdiri dan biarkan mayat lelaki tu tergeletak di atas tanah yang tertutup dedaunan mati.

Dia memegang ujung pisau yang berdarah tu "hmm salah kau lah nak lari, bila kau diam je dan meletup kat dalam pabrik tu semua ni takkan berlaku"  katanya sambil melihat kembali kat arah mayat lelaki tu.

Dia mengangkat kaki dia lalu ditaruh diatas kepala mayat tu. "Well terima nasib je eh" katanya.

Dia semakin menginjak muka tu sampai tertinggal bekas tapak sepatunya. Lepastu dia menundukan dirinya dan lalu mula mencabik - cabik mayat tu dengan kaki yang masih setia berada kat atas muka lelaki tu, penyek adalah.

Memang kejam dia mencabik mayat tu ada sekitar 20 menit yang akhirnya menyisakan darah dan beberapa potong daging yang diiris kecik - kecik.

Lepastu dia berdiri menghembuskan nafas lalu dia tersenyum semula macam menikmati sesuatu.

Lepas berapa saat dia memegang wajahnya. "Haih dah kotor lagi lah muka ni" keluhnya baru sedar bahawa muka dia dah penuh dengan darah.

Tiba - tiba dia terdengar ada beberapa langkah kaki yang datang kearahnya. Dia pon langsung membalikan badannya mengarah kat diorang tu.

"Status?" Tanya perempuan tu sambil menaruh satu tangannya di pinggang dan menatap datar kat bawahan dia tu.

"Kami berjaya pancing diorang, Reen" kata lelaki tu yang diketahui bernama Quil.

Reen tersenyum puas, bodoh betul ejen - ejen tu. Ingatkan dia ni gelabah sangat ke sampai tak bagi penjagaan kat markas lama dia tu?

Reen menggeleng - geleng masih tertawa dan berjalan mendekati lelaki yang satu lagi.

Sesampainya di Lelaki tu, dia pon langsung membagi sebuah handuk putih kecik kat tangan atasan dia.

Reen mengambil handuk tu lalu mengelap muka dan pisau dia yang dilapisi darah merah pekat.

"Dan untuk 'dia' agaknya memang dia tu masih hidup" ucap kembar Quil, Fael.

Dia terdiam sambil menatap Fael serious macam mintak dia untuk mengatakan lagi detail.

"Dia...merupakan seorang ejen" sambung Fael.

Reen diam lepastu dia tertawa kembali, lah ingatkan keluarga dia dendam tapi rupanya masi je biarkan budak tu kena rekrut?

"Memang tak silap ah mata aku ni" kata Reen sambil mengingat kejadian berapa hari lalu.

Flashback.

Seorang perempuan berhoodie putih tengah berjalan kat sekitaran taman dekat halte bus. Aih dia bosan ah, dah berapa hari ni dia takde kerja nak buat.

Terakhir misi dia tu berapa bulan yang lalu, itupon tak seberapa seronok. Iaitu mengikuti seorang usahawan yang berjaya, ingatkan nanti ada scene berlawan ke bunuh ke eih rupanya takde!

Dia geram! Sebab usahawan tu lemah sangat belum ape - ape dia dah berlutut memohon nak dibebaskan. Habistu 'abang' tak nak dia lakukan hal jahat pada usahawan tu, terpaksalah dia kena berikan usahawan tu pada 'abang' tanpa luka apapon.

Haih, dia rindulah masa - masa kat mana kumpulan dia tu masih ada. Masa - masa semua orang takut ngan diorang, masa tu kumpulan dia ni dah hampir nak ambik ahli cyberaya tapi disebabkan MATA tu kumpulan tu dah musnah.

Padahal dia dah berkali - kali cakap kat 'abang' yang dia tu boleh hapuskan agency acah - acah hero tu tapi 'abang' tak pernah nak benarkan.

'Abang' selalu kata bila kena tunggu waktu yang tepat. Waktu kat mana kumpulan lama tu akan bangkit lagi baru boleh serang sesama.

Dia menjeling 'aku sorang je dah cukup tuk hancurkan diorang!' Detiknya geram.

Sebab sibok ngan fikiran sendiri dia tak sedar yang ada budak yang dia langgar. "Eih, jalan tu pakai mata lah!" Marahnya, lah kau sendiri yang langgar kau salahkan dia pulak.

"Eh? M-maaf cik" kata budak menatapnya lalu menunduk sebagai tanda dia meminta maaf. Lepastu dia langsung pegi meninggalkan Reen.

Reen terdiam, jap kenapa dia rasa janggal ni?
Dia kembali menatap kepergian budak tudung tu yang dah berjalan menjauh.

'Aku salah nampak ke?' Fikirnya. Iris mata budak tu macam familiar untuk Reen.

Mungkin memang betul salah nampak tapi dia tetap curious. Akhirnya Ia mengambil keputusan tuk follow budak tu.

Sekarang ni budak tu tengah duduk kat kursi halte bus. Dia pon bersembunyi dibalik pohon yang berada tak berapa jauh dibelakang kursi yang budak tu duduk.

Dia dapat liat yang budak tu tengah buka phone dia lalu membuka sebuah gambar. Gambar dia ngan seseorang perempuan bertudung jugak, emak dia ke?

"Kapanlah Aunty boleh pulang" ucap budak tu sedih.

Reen tersentak, dia kata Aunty ke tadi? Dia pon mula memerhati phone budak tu lagi detail, tiba - tiba je dia rasa familiar ngan foto perempuan kat phone tu.

'Aisyah?' Fikirnya.

Lepas berapa saat bus yang dia tunggu pon datang. Budak tu berdiri lalu berjalan naik kat atas bus.

Sewaktu dia naik kat dalam bus Reen sempat melihat wajah budak tu. Memang sah dia kenal dengan air muka perempuan tu, apatah lagi Iris tu. Dia pasti dia tak silap orang.

"Aku ingatkan kau dah takde" katanya tersenyum sinis, nampaknya dia dah dapat kerja sekarang. Tapi sebelum dia akan laporkan bende ni kat 'abang' dia kene pastikan sekali lagi.

Then ever since that day, dia selalu follow perempuan tu sewaktu dia pulang sekolah.

Dan pernah sekali dia nampak ada orang lain yang follow budak tu selain dirinya. Huh nampaknya dia ada dalam penjagaan eh? Tapi tak mengapa, cuma satu budak hingusan je bukan apa masalah pon.

"This should be fun" ucapnya sambil tergelak psycho.

Flashback end.

"Perlu kita lapor pada 'abang' ke?" Tanya Quil. Misi mencari identity budak tu dah berjaya sekarang mestilah perlu lapor benda ni pada atasan diorang.

"Nanti dulu, kita tunggu sampai diorang sampai kat tempat tu, aku nak tau bila dia masih ingatkan aku ke tak" balas Reen sambil tersenyum sinis lalu mula tergelak lagi.

Quil dan Fael hanya mengangguk, dah mula dah. Diorang dah biasa dengar gelak psycho Reen, tapi tetap je menyeramkan.










Big thanks buat korang yang dah setia tunggu book ni update. 

-vieca

Continue Reading

You'll Also Like

53.3K 7.8K 18
Renjun mengalami sebuah insiden kecelakaan yang membawa raganya terjebak di dalam mobil, terjun bebas ke dalam laut karena kehilangan kendali. Sialny...
688K 43K 31
Menceritakan tentang kehidupan 7 Dokter yang bekerja di rumah sakit besar 'Kasih Setia', mulai dari pekerjaan, persahabatan, keluarga, dan hubungan p...
144K 23.7K 44
Jennie Ruby Jane, dia memutuskan untuk mengadopsi seorang anak di usia nya yang baru genap berumur 24 tahun dan sang anak yang masih berumur 10 bulan...
66.5K 7.2K 60
Chris adalah seorang duda yang memiliki empat anak,anak nakal yang selalu sulit diurus semenjak cerai dengan istri. suatu saat ia bertemu dengan hyun...