2 || Bad Girl ✓

By swetynight

7.9K 2.1K 176

Karya keduaku. Selamat membaca! Status: Complete! "Hello, better you said that magic words!" - Amyra "Love? H... More

Author's Note
✧Bab 1✧
✧Bab 2✧
✧Bab 3✧
✧Bab 4✧
✧Bab 5✧
✧Bab 6✧
✧Bab 7✧
✧Bab 8✧
✧Bab 10✧
✧Bab 11✧
✧Bab 12✧
✧Bab 13✧
✧Bab 14✧
✧Bab 15✧
✧Bab 16✧
✧Bab 17✧
✧Bab 18✧
✧Bab 19✧
✧Bab 20✧
✧Bab 21✧
✧Bab 22✧
✧Bab 23✧
✧Bab 24✧
✧Bab 25✧
✧Bab 26✧
✧Bab 27✧
✧Bab 28✧
✧Bab 29✧
✧Bab 30✧
E-book
✧Bab 31✧
✧Bab 32✧
✧Bab 33✧
✧Bab 34✧
✧Bab 35✧
✧Bab 36✧
✧Bab 37✧
✧Bab 38✧
✧Bab 39✧
✧Bab 40✧
✧Bab 41✧
✧Bab 42 (End)✧
E-BOOK!

✧Bab 9✧

180 60 0
By swetynight

Zarith P.O.V

Teruknya kau ni, Zarith!
Kau dah membahayakan nyawa Amyra!

Argh, kenapa aku asyik terfikir pasal Amyra pula ni?! Lagipun dia ada seorang ayah yang penyayang. Dia ada ayah yang mampu menjadi pelindung.

Sedangkan aku? Aku tak ada ayah. Aku tak ada mama. Aku cuma ada ibu. Ibu pun dah tak berapa nak sihat. Aku akan keseorangan ke lepas ni?

Aku cemburu! Sangat-sangat cemburu! Terlalu cemburu!

Patutlah Amyra tak kisah nak bergaduh di dalam sekolah, rupa-rupanya dia ada ayah yang berpengaruh.

Dia ada sumber orang dalam, sebab tu dia berani bergaduh dengan aku. Dia tak takut, dia bukan pengecut macam aku!

Aku mengherotkan bibir.
Tidak percaya dengan diri sendiri.

Kenapa aku perlu fikir pasal Amyra biul tu? Itu masalah dia lah, bukannya masalah aku!! Apasal aku ni?!

"Zarith! Meh turun makan, ibu dah siap masak ni, nak!" Aku terdengar Mak Jah melaung dari tingkat bawah.

"Okay, ibu! Nanti Zarith turun!" Aku menjerit juga, takut-takut Mak Jah tak dengar suara aku.

Aku mula turun ke bawah. Aku nampak Mak Jah masak sambal sotong dengan telur goreng.

Sedapnya, walaupun lauk macam simple saja, tapi mampu membangkitkan selera aku.

"Ha, ambil lah pinggan. Tak kan nak tengok je lauk depan mata ni. Kamu tak lapar ke?" Aku menghadiahkan senyuman kepada Mak Jah.

Setelah selesai makan, aku meletakkan pinggan di dalam sinki. Aku duduk kembali di meja makan.

"Kamu buat apa sampai kamu hampir-hampir nak kena gantung sekolah? Cuba cerita kat ibu. Ibu risau tahu?" Aku dah agak Mak Jah akan tahu pasal benda ni!

"Tak ada apa lah, ibu" aku cuma berkata perlahan.

Bila teringat kembali kejadian pagi tadi, timbul perasaan bersalah dalam diriku.

Tapi, nak buat macam mana? Gelaran 'nakal' tu memang tersemat dalam diri. Apa guna dapat gelaran tu tapi tak pakai? Kan? Kan? Ke aku salah?

"Itu budak yang bergaduh dengan Zarith tempoh hari kan? Siapa nama dia, lupa lah!" Haikal ni tak habis-habis ungkit hal yang dah lepas!

"Budak mana pula ni? Ibu tahu ke?" Mak Jah pula ikut campur perbualan kami.

Aku nak jawab apa sekarang ni? Lantaklah! Lebih baik diam daripada merepek benda bukan-bukan!

"Alaaa budak perempuan yang kiut miut tu. Zarith minat sangat kat dia sampai bergaduh tak ingat dunia" Sengaja Haikal cakap macam tu.

Macam lah aku tak dengar dia cakap apa?!
Ada juga nak kena hempuk kepala ni!

"Kiut miut mananya? Apa nama dia? Oh? Si budak Amyra tu ke?"

Lantas kepalaku tertoleh ke arah Mak Jah. Macam mana Mak Jah kenal Amyra? Macam mana?

"Ibu kenal Amyra ke?" Mak Jah mengangguk kepala.

"Macam mana ibu kenal?" Terkeluar juga soalan itu dari mulut ku. Haikal pula mendiamkan diri. Dia tak nak masuk campur hal kitorang kut!

"Encik Adam tu ada tawarkan ibu kerja. Tapi, siapa pula nak jaga korang ni? Umur masing-masing baru 16 dan 15 tahun"

"Alaa Kal boleh jaga Zarith ni. Senang je nak jaga budak lelaki kecil ni!" Lantas kepalaku dibawa ke ketiaknya.

Busuk giloor!

"Dah dah, lemas pula si Zarith tu" suara Mak Jah menghentikan perbuatan Haikal.

Haikal tersengih macam kerang busuk.
Aku pula rasa nak maki dia sekarang ni!

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

Biasa hari minggu aku kena beli barang dapur. Tapi kali ni aku merayau dalam mall sahaja. Barang dapur masih berlambak, Mak Jah tak suruh beli pun!

Eh, aku nampak budak perempuan tu lah!
Tapi, nak buat apa pun kalau nampak dia.

Aku tak nak usik dia dah, nanti dia mati sebab aku, habis aku masuk penjara!

Masuk penjara je tak apalah juga, ni kena hukuman gantung sampai mati! I'm dead!

"Woi!" Aku tak sedar pula dia dah ada depan mata aku. Dia boleh sergah aku?!

"Apa kau nak?" Sikap selamba aku pamerkan. Aku terus berjalan tanpa melihat ke arahnya.

"Saja. Kau datang mall ni sorang-sorang ke?" Dia tanya sebab nak sakitkan hati aku ke apa ni?

"Eh, tak lah. Ada ni malaikat kiri kanan. Kau tak nampak ke? Oh, lupa! Kau kan syaitan?" Senyuman sinis aku pamerkan pula.

"Oh, disebabkan kau dah buat nyawa aku hampir-hampir melayang... kau kena belanja aku!!" Aku menoleh ke arahnya.

Aku tak silap dengar kan?
Dia suruh aku belanja dia?

"Apahal diam. Tak ada duit lah tu" Dia ni, sengaja sakitkan hati aku. Ada juga aku bertumbuk kat sini!

Aku mula berfikir. Duit yang aku bawa tak sampai seratus ringgit. Kalau dia nak pakaian mahal-mahal, mampus aku!

"Kau nak aku belanja apa?" Aku nampak dia mula tersenyum.

"Belanja makanlah! Aku lapar. Kat kedai tu je" Dia memuncungkan bibir ke arah Restoran KFC.

Okay lah, dah dia nak sangat kan.
Aku mula mengikut langkahnya.

"Thank you!!" Dah kenyang baru nak ucap terima kasih? Dah kenapa aku sibuk hal dia?

"Kau tak nak makan ke?" Aku menggeleng kepala. Aku kena berjimat. Aku pun nak cari kerja setiap kali cuti.

"Nah" Dia menghulurkan french fries kepadaku.

"Dah kenapa? Nak suruh aku suap kau?" Aku tersenyum sinis. Kalau dengan dia ni, tak pernah aku berlemah lembut!

"Bukanlah, aku suruh kau makan! Makan, tahu tak makan macam mana? Macam ni" Dia mula mengambil satu french fries lalu memakannya.

"Aku tahu lah" Aku tidak bergerak walau seinci. Nak ambil kentang tu pun aku malas.

"Eyyy dia ni" Dia mula menyua kentang tersebut ke mulutku.

"Apa masalah kau ni? Aku cuma belanja kau makan je. Aku tak nak makan!" Dia membuat muka; mengajuk cakapku.

"Nah lah... tak baik tolak rezeki woi!" Aku menggigit kentang sekali dengan jari dia.

Baru padan muka!

"Sakitlah, mangkuk!" Aku cuma tersenyum sinis.

"Dah tak ada apa kan? Aku nak balik" Aku terus keluar dari restoran itu.

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

Nak jalan mall pun susah! Aku fikir dapatlah beli seluar sehelai dua. Last last kena belanja minah tu!

Kalau makan sikit je tak apalah, ni sampai order tiga set! Pastu makan sorang-sorang. Giloo!

Aku mengikut sahaja kakiku hendak ke mana. Akhirnya, aku tiba di sebuah taman mini di persekitaran rumahku.

"Eh, kau duduk sini juga ke?" Aku menoleh ke belakang. Dia ni lagi?! Tak ada orang lain ke?!

"Nampaknya, kita berdua ni jodoh kan? Kuat sungguh lah sampai aku rasa nak termuntah" Dia mula ketawa mengejek.

"Jodoh hotak kau! Ni semua b*doh!" Aku nampak Amyra masih tidak henti-henti ketawa.

"Kau buat apa kat sini?" Aku memasukkan tangan ke dalam kocek seluar.

"Saja, tak nak balik lagi. Nah" Dia menghulurkan beg plastik kepadaku.

"Kau letak racun ke dalam tu?" Aku mengherotkan bibir. Amyra membuat muka pelik.

"Kenapa aku kena letak racun kalau aku boleh letak bom nuklear terus dalam beg plastik ni?" Haha. Nada sarkastik.

"Hmm" aku mengambil beg plastik itu. Ada baju-- no... Seluar?! Dia bagi aku seluar?!

"Aku saja belanja. Tadikan aku makan banyak sangat. So, aku bayar balik dengan seluar ni"

"Hmmm" Aku terus beredar dari situ.

"Zarith Haziq! Kau tak cakap terima kasih pun!" Dia mesti bengang sekarang ni.

"Sama-sama!" Sengaja aku balas macam tu.

"Zarith Haziq anak b*bi!"

Kisah pula aku?!

✧ To Be Continued ✧

Makin panas situasi di sini😂

Continue Reading

You'll Also Like

236K 11.3K 89
Kepulangannya langsung tak di duga, hampir 8 tahun menyepikan diri kini dia kembali melunaskan dendam lama serta janji yang termeterai demi keluarga...
136K 4.4K 40
× nak edit balik, tapi malas... Ahhahaha *sambungan Pemilik Hati Miss Panda* "Boleh izinkan abang bersandar pada bahu Alyah. Abang letih sangat." - F...
3.4K 232 14
Begitu perit dugaan yang terpaksa di tanggung oleh seorang gadis bergelar Cool Princess atau nama nya adalah Nurul Jannah. Sepanjang hidupnya tak ban...
263K 13.1K 60
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...