2 || Bad Girl ✓

By swetynight

8.6K 2.1K 176

Karya keduaku. Selamat membaca! Status: Complete! "Hello, better you said that magic words!" - Amyra "Love? H... More

Author's Note
✧Bab 1✧
✧Bab 2✧
✧Bab 3✧
✧Bab 4✧
✧Bab 5✧
✧Bab 6✧
✧Bab 8✧
✧Bab 9✧
✧Bab 10✧
✧Bab 11✧
✧Bab 12✧
✧Bab 13✧
✧Bab 14✧
✧Bab 15✧
✧Bab 16✧
✧Bab 17✧
✧Bab 18✧
✧Bab 19✧
✧Bab 20✧
✧Bab 21✧
✧Bab 22✧
✧Bab 23✧
✧Bab 24✧
✧Bab 25✧
✧Bab 26✧
✧Bab 27✧
✧Bab 28✧
✧Bab 29✧
✧Bab 30✧
E-book
✧Bab 31✧
✧Bab 32✧
✧Bab 33✧
✧Bab 34✧
✧Bab 35✧
✧Bab 36✧
✧Bab 37✧
✧Bab 38✧
✧Bab 39✧
✧Bab 40✧
✧Bab 41✧
✧Bab 42 (End)✧
E-BOOK!

✧Bab 7✧

207 64 2
By swetynight

Amyra P.O.V

"Hoi! Kau lagi. Tak ada manusia lain ke selain kau, perempuan?! Boleh tak kau cari port lain? Ni kan tempat aku! Menyemak je kau kat sini!" Aku tersengih. Menyampah betul layan si Zarith!

"Apa masalah kau sebenarnya? Aku tak kacau kau berak pun kan? Kau ni ada sakit otak lah aku rasa!!" Aku melangkah ke arahnya. Semalam bukan main lagi lari sebab tak nak bergaduh.

"Aku bukannya lari, aku cuma malas je masuk majalah sekolah lagi. Nanti aku jadi terkenal, aku tak boleh ponteng kelas dah" Eleh, dengar pula aku mengutuk dia!

"Blah lah kau. Semak lah mata aku pandang kau ni" Zarith menghalau aku menggunakan isyarat tangan.

"Semak lagi mata aku tengok tangan hodoh kau tu! Kau lah blah! Asal aku pula kena blah?!" Aku sengaja mengajak dia bergaduh. Semalam tak boleh bergaduh, aku rasa hari ni dapat kut!!

"Dah tu? Buang lah mata tu, tak payah pakai. Boleh sedekah kat orang buta tepi jalan tu. And one more thing, ni tempat aku! Aku duduk sini dah tiga tahun, kau tu pelajar baru, so blah and cari tempat lain, perempuan! Semak!!" Ada juga nada sarkastik dia ni.

Bila-bila masa dia nak bercakap, memang semuanya akan menyakitkan hati. Patutlah tak ada kawan!

"Best ke ada kawan?" Aku memandang wajahnya. Dia tanya sebab dia tahu aku kutuk dia ke?

"Aku tanya ni... jawab lah, setan! Dah pekak ke?!" Suara dia mula meninggi. Aku mengangkat kaki lalu meletakkannya di atas palang.

"Boleh lah. Aku rasa okay je. Asal kau tanya? Kau tak ada kawan ke?" Aku berlagak gangster di hadapan Zarith.

"Kalau aku kata tak ada, kau ketawakan aku tak?" Aku menahan senyum. Kelakar sungguh dia tanya aku macam tu!

"Tak kut. Asal kau tak ada kawan? Bukan kau pembuli ke? Selalu pembuli mesti ada geng" masa sekolah kat Kuala Lumpur pun aku ada kawan pembuli.

Barulah best buli pelajar yang lemah!
Nampak macam berkuasa sangat, hoho!

"Entah. Aku suka bergerak solo" Huh, masa sekarang pun dia still poyo! Berlagak je lebih!

"Lepas ni, kalau aku nampak kau kat bumbung ni lagi, aku pecahkan bibir kau yang hodoh tu!" Ingat aku gentar dengan ugutan dia? Silap besarlah!

"Kalau aku ada juga kat sini? Kau nak pecahkan bibir aku ke? Kau berani k--" dia terus mengepung diriku.

Kiri kanan bahuku terdapat tangannya yang sasa. Apa benda dia ni?! Nak ajak bergaduh, ajaklah elok-elok!

Eh, mana ada orang ajak bergaduh secara elok-elok? Bong*k lah kau ni, Amyra!

"Kau memang nak kena ke dengan aku? Kau ingat masa first day aku bagi kau menang, second day and hari seterusnya aku akan bagi kau menang juga ke?! No way, girl!!!" Dia mula tersenyum sinis.

Aku menurunkan badanku sedikit. Dapatlah aku keluar dari kepungan Zarith.
Nak mati aku rasa dekat dengan dia!

Dah la badan besar, aku ni harap tinggi je, kalau tak... Aku pun mati tegak dibuli oleh Zarith!!

"Berhenti merepek, jebon! Aku akan menang and sentiasa menang walau apa pun yang terjadi!" Nada angkuh aku ujar sambil melangkah ke arah tangga.

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Amyra, cikgu dah datang. Bangun weh!!" Aku membuka kelopak mata. Aku nampak dengan jelas cikgu subjek Matematik melangkah ke dalam kelas.

Aku sempat menoleh ke sisi kanan. Zarith tak ada. Dia mesti ada kat bumbung; tempat favourite dia! Huh!

"Psst psst Amyra. Amyra kau dengar tak?" Aku menoleh ke arah Naura. Naura berbisik sebentar tadi.

Nasib Naura duduk sebelah aku sahaja. Aku menaikkan kening; bertanya kenapa.

"Kau tahu Zarith pergi mana tak?" Biar betul dia ni. Aku yang baru masuk tak sampai dua minggu boleh tahu tempat lepak Zarith, tak kan dua yang dah tiga tahun belajar sama-sama dengan Zarith tak tahu Zarith kat mana?

"Entah lah. Buat apa aku nak tahu pula?" Malas aku perbesarkan hal ni. Naura hanya mengangguk lemah.

Bakal suami kau kan, asal tanya aku pula? Aku bukan ibu dia nak kena ambil tahu pasal mamat tu!

"Dia nampak macam tertarik kepada seseorang lah" Naura tersenyum kecil.

"Maksud kau?" Biarlah kalau dia nak tertarik pun, ada kaitan dengan kau ke?

Oh, mesti Naura sedih.. sebab dia sayang sangat kat si Zarith aka mamat poyo tu!!

"Tak ada apa. Dia sebenarnya ada awek. Kau percaya tak?" Pfftt mamat poyo tu ada awek? Kawan pun tak ada!!

"Bukan kau kata dia gay ke? Sekarang kau cakap dia ada awek pula?" Naura mula termalu sendiri. Ingat memori aku ni sekecil semut ke?

Memori aku sebesar gajah okay! Cerita lima tahun lepas pun aku boleh ingat lagi!

"Hehe, tak lah!! Aku gurau je. Sebenarnya isu tu dah lama terhapus lepas Zarith keluar dengan seorang perempuan ni. Cantik!! Kau dengan dia sama-sama lawa tau!" Aku hanya mengangguk kepala. Malas nak masuk campur.

Untuk apa aku sibuk-sibuk hal dia? Lantaklah dia nak buat apa pun. Macam yang aku cakap tadi...

Aku bukan ibu dia!!

✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧✧

"Eh, Amyra... Amyra... Dengarlah kawan kau panggil ni" Naura mencuit bahuku setelah habis sesi persekolahan.

Aku dah lah nak balik cepat, malaslah nak lama-lama dalam sekolah! Menyakitkan hati!

"Apa dia? Kau nak apa pula kali ni?" Aku mengemas alat tulis lalu meletakkannya di dalam beg.

"Aku nak tanya something sebenarnya..." Aku memandang sebelah kiri. Naura tersenyum kecil.

"Apa dia? Aku nak balik dah ni. Mama aku mesti dah tunggu lama. Cepat sikit cakap tu!" aku lihat pula ke kelas 3 Pandai. Mereka mesti dah balik 30 minit yang lalu!

Mesti Mama Zahra dah tunggu aku lama. Rayyan okaylah, masuk kelas 3 Pandai!

"Amyra? Kau dengar tak apa yang aku cakap? Hello?!"

Aku memandang Naura semula. Itulah, Amyra!! Suka sangat mengelamun.

"Tak dengar lah. Kau cakap apa?" Aku ni jenis yang jujur orangnya. Haha!!

"Kau tahu ke mama papa Zarith mati sebab apa?" Naura sudah menggalas beg sekolahnya.

"Wait, siapa yang mati?" Aku tidak dapat menangkap dengan jelas butir bicara Naura. Ada pelajar mati ke?

"Kau tak tahu mama papa Zarith dah mati?" Naura membuat muka terkejut. Begitu juga dengan aku.

Mama papa Zarith dah mati? Kesian dia!!
Patutlah dia jadi pembuli...

Dia betul-betul kekurangan kasih sayang.
Perlu ke aku bantu dia?

Tapi aku pun pembuli dekat sekolah lama. Aku rasa kami macam ni pun dah okay.

Pembuli handalan.

"Kau termenung apa pula tu? Haihh Amyra... Amyra..." Naura menggoyangkan tangannya ke mukaku.

"Err..." Aku hanya tersengih. Aku tak tahu nak balas apa.

"Aku fikir kau kawan dia? Tak kan kau tak tahu pula? Pelik ni" Naura mula memeluk tubuh sendiri.

"Aku? Kawan dia? Kau merepek apa ni? Aku tak akan pernah jadi kawan dia lah" Sejurus itu, kami terdengar pintu dihempas kuat.

Zarith masuk dengan wajah yang merah.
Dia baru lepas marah orang ke?

Elehh mesti baru lepas buli orang. Tu yang muka masam je tu!!

Dia mengambil beg sekolahnya lalu keluar daripada kelas. Macam itu sahaja dia pergi?

"Weh!! Aku rasa dia dengar apa yang kita cakap tadi lah" Aku tertelan air liur.

Dia.... dengar?

Jadi dia marahkan aku ke...

Oh sh*t!!

✧ To Be Continued ✧

Selamat ber-PDPR semua!!

Continue Reading

You'll Also Like

515K 14K 59
❛ 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pad...
My Love, D By NFA

Short Story

645 53 20
"You are like a star, i love everything about you and we will be together forever" -Kim Doyoung-
6.9K 158 50
Teaser by bab. "Berubahlah Dhani, ini demi masa depan Dhani juga." PUAN AMIZAH. Terlalu sempurna, hingga lupa akan segalanya. Ahmad Dhani kononnya me...
My Fondness By nabh

Teen Fiction

411K 16.6K 48
[C O M P L E T E D] Farrid Affiq , lelaki yang disukai ramai gadis. Nampak serious tapi siapa tahu hati dia kan. Saat umur 13tahun, dia telah jatuh h...