𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 �...

By Hwayuqiii

58.3K 6.6K 721

Season 1 Energi shizen adalah kekuatan yang perlu dikeluarkan untuk menggunakan ability, energi itu dimiliki... More

SEASON 1: DESCRIBE
CHAPTER 1
CHAPTER 2
CHAPTER 3
CHAPTER 4
CHAPTER 5
CHAPTER 6
CHAPTER 7
CHAPTER 8
CHAPTER 9
CHAPTER 10
CHAPTER 11
CHAPTER 12
CHAPTER 13
CHAPTER 14
CHAPTER 15
CHAPTER 16
CHAPTER 17
CHAPTER 18
SPECIAL CHAPTER
CHAPTER 19
CHAPTER 20
CHAPTER 21
CHAPTER 22
CHAPTER 23
CHAPTER 24
CHAPTER 25
CHAPTER 26
CHAPTER 27
CHAPTER 28
CHAPTER 29
CHAPTER 30
SEASON 2: HEADING TO WAR
S2 CHAPTER 1
S2 CHAPTER 2
S2 CHAPTER 3
S2 CHAPTER 4
S2 CHAPTER 5
S2 CHAPTER 6
S2 CHAPTER 8
S2 CHAPTER 9
S2 CHAPTER 10
S2 CHAPTER 11
S2 CHAPTER 12
S2 CHAPTER 13
S2 CHAPTER 14
S2 CHAPTER 15
S2 CHAPTER 16
S2 CHAPTER 17
S2 CHAPTER 18
S2 CHAPTER 19
SPECIAL CHAPTER.
S2 CHAPTER 20
S2 CHAPTER 21
S2 CHAPTER 22
S2 CHAPTER 23
S2 CHAPTER 24
S2 CHAPTER 25
S2 CHAPTER 26
S2 CHAPTER 27
S2 CHAPTER 28
S2 CHAPTER 29
S2 CHAPTER 30
Q:A chapter
S3 CHAPTER 1
I am back..
S3 CHAPTER 2
S3 CHAPTER 3

S2 CHAPTER 7

769 93 7
By Hwayuqiii

SEASON 2: HEADING TO WAR

Sebaik sahaja pintu gerbang terbuka...

wajah Ace ditempiasi percikan darah dari manusia yang ditebas oleh iblis dihadapan nya.

"MASA DEPANNYA GELAP, HITAM DAN KOSONG TAKDE APA APA"
kata kata Hayani bermain di fikiran nya.

Ace memandang kosong ke hadapan, darah yang memercik ke wajah nya itu adalah darah milik kakaknya, Rin.

Aura mata reiketsuna nya yang dari mula sudah membara jadi semakin marak, angin bertiup kencang di malam itu. cincin yang dipakaikan oleh Kaito untuk menahan energi nya hancur lebur, aura hitam serta cahaya putih yang terlalu besar keluar secara bersamaan dari tubuh nya membuat semua para iblis yang ada dikerajaan itu berhenti menyerang. Seluruh kerajaan dan kerajaan terdekat dapat melihat aura energi Ace yangan sangat besar sehingga bahkan mencapai ketinggian dari gunung tertinggi yang ada di kerajaan itu.

Kaito tersungkur jauh dan tidak menyedarkan diri kerana tekanan energi milik Ace. Manusia di sekitar gerbang juga turut pengsan.

"Itu energi Maho aku. Tapi aura tu dah becampur dengan aura energi mangetsu yang besar. Tapi sekarang bukan malam bulan purnama." Kata Zenmaru apabila melihat aura energi dari kejauhan.

"Apa maksud kau?" Tanya Raizo.

Zenmaru menggunakan mata reiketsuna nya untuk melihat punca energi itu.

"Gadis?." Ucap Zenmaru membuat yang lain bingung.

"Kenapa?" Tanya Raizo lagi.

"Manusia yang keluarkan energi Maho aku tu cuma seorang gadis." Kata Zenmaru.

"Macam mana benda tu ada kat dunia ni sedangkan Puteri Hwayuki dah balik ke dunia dia." Tanya Raizo.

"Hwayuki tak pernah pulang ke dunia kami lepas perang tu. Jadi kemungkinan ada seseorang yang memiliki cucuk sanggul tempat energi aku disegel." Jawab Zenmaru.

"Macam mana kau boleh nampak." Tanya Asyura.

"Ini salah satu kemampuan mata Reiketsuna, Mode Teisatsu. Tapi aku tak boleh guna lama sebab mode ni banyak menguras energi." Jawab Zenmaru.

"Aku pun boleh guna juga lah kan?" Tanya Kazuke.

"Iya, tajamkan 5 indera kau dan fokus pandang arah yang kau nak tengok. " Ujar Zenmaru.

Batas energi Zenmaru untuk menggunakan mode itu hanya sampai disitu.

Kazuke pun melakukan apa yang Zenmaru katakan. Dalam beberapa saat dia berjaya menggunakan mode Teisatsu dari mata Reiketsuna nya untuk kali pertama. Dia memandang dengan teliti manusia yang mengeluarkan energi besar itu.

"Ace..." Ucapnya sebaik sahaja dapat melihat dengan jelas.

"Ace? Maksud kau?" Tanya Shiro.

"Aura tu dari Ace." Kata Kazuke.

"Tak mungkin.. dia kan kat kerajaan Gesshoku. Kau tak salah nampak ke?" Tanya Shiro lagi.

"Tak.. aku yakin tu Ace." Jawab Kazuke.

"Siapa dia?" Tanya Zenmaru.

"Nanti kitaorang bagitahu." Ucap Kazuke lalu dia sekali lagi cuba menghancurkan kekkai itu.

"Jangan sia siakan energi kau." Ucap Sai.

"Tapi Ace...."

"Ye aku tahu perasaan kau, tapi kau sabar lah sikit." Ujar Asyura.

****

Setelah mengeluarkan energi yang besar, Ace mula melangkah maju.
satu persatu iblis dipenggal nya.
Para iblis itu tidak mampu bergerak kerana besar nya aura energi Maho milik Ace dan ditambah lagi dengan aura energi mangetsu nya. Dia bahkan setaraf salah satu bekas Raja Iblis mereka, iaitu Zenmaru.

Ace menyerang dengan langkah kilat, para iblis itu tidak sedar sama sekali keberadaan Ace ketika dia menyerang. Tahu tahu sahaja, kepala mereka telah hilang.

Satu persatu tentera iblis lenyap, Ace terus melangkah mengikuti aura para iblis yang dilihatnya.. sehingga dikota, rakyat dan para hunters hanya mampu melihat Ace yang berlumuran darah dengan aura gelap dan cahaya terang disekeliling nya. Baru beberapa saat kedatangan Ace di kota, para penduduk yang berada di dalam kekkai pengsan manakala tubuh para hunters menjadi lemah kerana aura gelap dan tekanan energi mangetsu Ace itu.

"Cucu Kagura?" Ujar Wayami.
Para hunters yang lain juga memikirkan hal yang sama.

"Gadis itu, bagaimana dia ada di sini?" Ucap seorang petinggi hunters bernama Gama.

Para iblis berdiri memandang kaku kepada Ace. Tiba tiba Ace menghilang, satu persatu iblis dikota itu rebah dengan keadaan kepala yang terpisah dari tubuh. Mereka tidak dapat merasakan hawa keberadaan Ace walaupun Ace diselimuti aura yang terlalu besar.

Gerbang dimensi yang muncul di tengah kota juga masih mengeluarkan para iblis, Ace menghampiri gerbang itu dan menyentuh nya.

Gerbang itu hancur begitu sahaja, para iblis yang baru keluar dari gerbang dimensi itu turut tidak menyedari kehadiran Ace yang sekelip mata memenggal kepala mereka.

Semua nya ketakutan melihat Ace. Orang orang yang mengenali Ace juga merasa hairan melihat dia bukan seperti dirinya lagi. Kemana perginya gadis polos Kiyomizu Ace itu?

Para iblis yang masih tersisa di kerajaan itu berkumpul di tengah kota dan berdiri di hadapan Ace. Ace memandang mereka dengan aura mata reiketsuna yang sedang membara.

Para iblis itu menjatuhkan diri dan bersujud kepada Ace.

"Mulai sekarang, kau adalah Ratu kami, para Iblis. Ratu Iblis." Ucap salah satu iblis itu.

Kazuke yang melihat kejadian itu dari jauh mulai cemas apabila para iblis melakukan hal itu kepada Ace seolah olah Ace adalah ketua mereka.

Kazuke membuka rantai nya untuk kali pertama dan aura energi mangetsu yang besar keluar dari tubuh nya, energi shizen nya juga bahkan semakin bertambah.

Raizo dan yang lain terpegun melihat besar nya energi milik Kazuke, energi itu sangat jauh lebih besar dari milik mereka.

"Apa yang kau buat." Kata Zenmaru.

Energi mangetsu dan shizen dari Kazuke mengeluarkan aura yang terlalu besar sehingga kekkai itu musnah. Dia terus bergerak sepantas kilat menggunakan element petirnya tanpa berkata apa apa kepada yang lain.

Tanpa mengetahui apa yang Kazuke lihat di kota, mereka mengikuti nya dengan menggunakan element angin Sai.

****

Sebaik sahaja tiba di kota,
mereka berdiri kaku melihat Ace yang sedang disembah para iblis itu. Ace dalam keadaan berlumuran darah mengejutkan mereka.

Ace melangkah maju ke arah iblis itu, kemudian sekali lagi dia menghilang. Beberapa saat kemudian dia memunculkan dirinya kembali namun kesemua para iblis yang sujud kepadanya sudah kehilangan kepala masing masing.

Zenmaru terduduk jatuh memandang Ace.. tubuh nya menggigil ketakutan kerana aura mata Reiketsuna nya. Kazuke juga dapat melihat aura mata Ace yang terlalu menakutkan.

Raizo dan yang lain hanya diam gementar melihat Ace..
Rakyat tidak menyedarkan diri dan sebahagian nya telah dimangsa iblis. Para hunters pula terduduk lemah.

Mereka semakin berkeringat dingin apabila melihat tubuh para iblis tanpa kepala. serasa ingin muntah melihat hal itu.

"Ace.." panggil Kazuke.

Ace memandang mereka... Riak wajah nya terus berubah. Dia melepaskan pedang yang ada ditangan nya.

"Pedang bulan utama." Gumam Zenmaru.

"Siapa dia.. siapa dia.. siapa dia.." fikiran Zenmaru dipenuhi persoalan itu.

Ace memandang sekeliling. Dia juga menggunakan mata Reiketsuna mode Teisatsu untuk melihat jika ada iblis yang masih hidup di kerajaan itu.

Setelah melihat seluruh kerajaan, sepertinya tiada lagi iblis yang tersisa namun dia merasakan aura iblis dari tangan Zenmaru. Aura itu berasal dari simbol Raja Iblis yang Zenmaru miliki.

Ace bergerak sepantas kilat dan mencengkam leher Zenmaru.

"Iblis.." ujar Ace.

Zenmaru tidak mampu menggerakkan tubuhnya, sepanjang ribuan tahun dia hidup, belum pernah lagi dia melihat manusia biasa mengeluarkan kekuatan mengerikan seperti itu.

"Tak Ace.. dia kawan kami.." ucap Asyura, suaranya gementaran.

Ace terus melepaskan tangan nya namun masih memandang tajam ke arah Zenmaru. Zenmaru serasa ingin mati melihat aura mata Ace yang jauh lebih mengerikan dari mata Kuroyami(kegelapan) Raja Iblis terkuat yang pernah ditemui nya di dunia bawah.

Kazuke menarik Ace dan memakai kan rantai segel bulan miliknya dileher Ace. Aura energi milik Ace yang sejak tadi menyebar kesana sini mulai mengecil.

Ace melihat Raizo dan terus teringat tentang Rin.Dia lantas berdiri dan membuka pintu teleportasi begitu sahaja. Hal itu membuat mereka terkejut.

"Pintu tu sama macam ability pintu teleportasi Kawaze sensei." Kata Asyura.

Ace terus masuk ke pintu itu dan meninggalkan mereka.

Beberapa saat kemudian, Ace tiba tempat dimana Rin berada.

Kazuke cuba mencari keberadaan Ace dengan mata Reiketsuna nya dan akhirnya ketemu.

"Dia pergi gerbang kerajaan." Kata Kazuke dan terus meluru pergi sepantas kilat dengan element petirnya.
Manakala yang lain pergi menggunakan kekuatan element angin Sai.

Ace mengelar tangan nya dan memasukkan darah putih nya itu ke mulut Rin serta luka yang ada di tubuh Rin.

Luka tadi serta merta sembuh dan detak jantung Rin juga kembali. Ace menangis apabila Rin tersedar. Rin bingung dengan apa yang jadi, namun disekeliling nya, kesemua para iblis telah tewas dan Ace dipenuhi darah.

"Ace? apa yang jadi?" Tanya Rin.

Ace tersenyum untuk pertama kalinya membuat Rin tersentak.

"Rainawa..." Ucap nya tanpa dia sedari, nama Rainawa dan wajah seorang anak kecil yang selalu tersenyum tiba tiba muncul di ingatan nya.

"Rainawa? Adik aku? Kenapa aku baru ingat semua tu? Muka dia? Muka dia macam Ace.. lebih tepat senyuman Ace dengan adik aku sama." -suara hati Rin.

Ace mulai hilang kesedaran nya..dia rebah sambil menyentuh wajah Rin yang turut terbaring di sebelahnya.

"Kakak...." Ucapnya tepat sebelum menutup mata.

Air mata Rin keluar dengan sendiri nya, dia bangun dan membaringkan kepala Ace kepangkuan nya.

"Nawa...." Ucap Rin sambil menangis.

Raizo yang baru sahaja tiba mendengar Rin menyebut nama itu. Sama seperti Rin, ingatan tentang masa kecil mereka kembali.

"Nawa? Rainawa? " Ucap Raizo sendiri membuat Shiro, Sai, Asyura dan Zenmaru bingung. Kazuke pula tidak terlalu terkejut kerana dia tahu sejak awal bahawa Ace adalah Rainawa dan dia tahu Raizo dan Rin adalah saudara kembar Ace yang dimaksudkan Kagura.

Rin memandang ke belakang.

"Ace adik kita.. Rainawa." Ujar nya.

Raizo jatuh melutut, air matanya juga mengalir secara tiba tiba. Dia mendekati Ace dan menatap wajah nya.

"Nawa.." ucapnya kemudian menarik Ace kepelukan nya.

Shiro, Sai dan Asyura terlihat bingung..

Asyura melihat seseorang yang terbaring tepat dipintu masuk kerajaan.

"Kaitori?" Ucapnya kemudian menghampiri orang itu.

Sai dan Shiro juga mendekati Kaito..

"Kaitori dan Ace? Apa yang jadi sebenarnya.." Gumam Kazuke.

To be continue..

Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 120K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...
114K 1.9K 8
NEW VERSION OF HENDRIYAN "Aku ni tak nampak apa-apa. Yang aku nampak cuma kegelapan..." - HENDRIYAN "Sebab tulah saya ada dekat sini. Saya ni lah ma...
44.9K 3.1K 73
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
1M 115K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...