Mi Àngel // Jihoon ✓

By yoshihoshiss

36.4K 4.3K 427

Aku boleh nampak hantu. Tapi tak semua percaya. Kecuali kau. Terima kasih. ©PARK JIHOON FANFICTION More

CAST! <3
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
EPILOG

BAB 10

1.1K 150 2
By yoshihoshiss

" Aish Junkyu! Dah 2 cup dah ni! " Bebel Miya. Namun, Junkyu tidak mengendahkannya.

Lelaki tinggi ini membayar aiskrim Miya lantas menghulurkan kepada gadis itu. Sengihan menghiasi bibirnya.

" Makan banyak. Biar cepat tinggi. "

" Habistu sekarang ni masih pendek ke? " Cebik Miya. Junkyu tertawa dan mengelus lembut kepala kekasihnya.

" 10 cm shorter than me. I think, yes. "

" Yah Kim Junkyu! Aku 169 cm dan makin meninggi tau. "

" Aku 179cm dan akan meninggi jugak! " Junkyu menjengilkan mata. Miya hanya mengeluh halus dan kembali menikmati aiskrim yang baru dibeli oleh Junkyu.

Mereka berdua pilih untuk melabuhkan punggung disalah satu kerusi di mall itu sementara Miya menghabiskan aiskrimnya.

" Kenapa kau baik sangat harini? "

" Maksud kau? "

" Tiba-tiba belanja aiskrim. Sampai 3 cup tu. "

" Lah? Kau kan girlfriend aku. Salah k-- "

" Tahu pasal tu. Tapi kau kan jenis tak manjakan aku sangat. Jadi aku peliklah sikit. Aku tak lah mempersoalkan. Cuma pelik. " Sengih Miya. Junkyu memandang wajah gadisnya dan dia tersenyum manis.

" Lepas ni kita akan busy tau, Miya. Lagi-lagi bila kita dah start naik tahun yang kita dah perlu sibuk belajar. Kau dengan aku lain bidang. Tapi tak bermaksud, kita dah tak ada untuk satu sama lain. "

Dan kata-kata Junkyu itu berjaya mengusik hati kecil Miya. Serta-merta matanya berair.

" Kyu, aku sayang kau. "

" Aku pun sayang kau lah gila. Janganlah emosional. Kau kan jenis tak cengeng. "

" Tapi bila kau cakap, aku terus nak nangis! "

" Aku baru nak romantik, kau dah cengeng! Macam mana nak jadi wife aku nanti? "

Miya membeku. Wajah Junkyu yang tersengih miang dipandang penuh tanda tanya.

" Maksud kau? "

" Aku betul-betul nak kawin dengan kau, Miya. "

" Kalau aku curang? "

Dan Junkyu menggeleng.

" Aku percayakan kau. Aku kenal kau macam mana. Kau setia. Kau baik. And kau tak pernah pandang lelaki lain selain aku. Sebab tu aku percaya kau. "

Miya menunduk. Dia mengemam bibirnya.

" Kalau aku pergi dulu? "

" Pergi? Pergi mana? "

" Pergi tinggalkan kau sorang-sorang kat dunia ni. "

Mata Junkyu membulat sebelum dia menggeleng laju. Tangan Miya diraih lantas dikucup.

" Aku ikut. "

" Hey, kau gila?! Jangan nak bunuh di-- "

" Mungkin aku akan dicampak ke neraka. Dan kau ke syurga. Tapi sekurang-kurangnya, kita akan bertemu juga disana. Walaupun berbeza tempat. "

" AKU DAH CAKAP KAN JANGAN BUAT AKU NANGIS. " Miya menepuk lengan Junkyu dengan kuat. Kini, dia tidak dapat menahannya lagi.

Air matanya benar-benar jatuh.

" Aish kan aku dah pesan! Jangan cengeng! "

Miya mengesat matanya. Dia memandang wajah Junkyu.

" Kyu.. sakit kan kalau hilang orang yang kita sayang? Jadi, aku mohon kau janganlah buat benda tu kat orang lain. " Dahi Junkyu berkerut. Apa yang baru disebutkan oleh Miya menimbulkan tanda tanya.

" Aku buat apa? "

" Janganlah halang Jihoon dengan Saeyoon. Aku rasa dorang tu suka sama suka. Kita ni siapa nak menghalang. "

" Tak, Miya. Aku kawan Jihoon, aku tahu dia macam mana. Jihoon tu dah stres dengan kematian ayah dia, kes mak dia lagi. And kehadiran Saeyoon tambahkan lagi tau tekanan dia. "

" Aku rasa kehadiran Saeyoon yang warnai hidup dia. "

" Look. Aku nampak Jihoon tu-- "

" Jihoon apa? Jihoon lagi bahagia kan sejak dia kenal Saeyoon? Kejadian Jihoon masuk kelas emosional tu, aku rasa kau tahu kan kenapa? Sebab Saeyoon abaikan dia. Aku rasa kau pun akan jadi macam dia kan kalau aku abaikan kau, Junkyu? "

Dan mulut Junkyu seperti dikatup diam. Tiada apa mahu dibalas. Nafas dihela kasar. Dia memandang Miya yang sudah selesai menghabiskan aiskrim.

" Jom jalan pergi tempat lain. Aku benci kau ungkit pasal orang lain masa kita berdua. "

-------------------

Jihoon mendelik kesal. Dah 3 hari.

3 hari.

3 hari ada jantan tak guna tu yang mendatangi rumah dia. Berjumpa momma. Dan mereka berdua banyak berbual di sofa.

Berdua.

Dan kadangkala dibawa ke bilik.

Jihoon benci pemandangan begini. Jika mendiang appanya masih hidup, mesti appa akan sedih melihat momma begini.

Jihoon kembali menapak ke biliknya. Dia terbaring dan menatap kipas disiling yang ligat berpusing.

Laju.

Selaju kusutan dikepalanya.

" Ada kawan kau report kat cikgu yang kau ni gila sebab boleh nampak hantu. Jadi, cikgu nak panggil kau naik cuti ni. "

" Kawan aku? Siapa? "

" Yoshi. "

Jihoon menghembus nafas kasar. Dia ragu-ragu sebenarnya. Dan dia tersepit. Antara Yoshi dan Saeyoon.

Kedua-duanya dia percaya.

Jadi, dia perlukan masa bertenang.

Jihoon mengambil kunci motosikalnya lantas menapak keluar dengan laju. Tidak dihiraukan langsung mommanya dan seorang lelaki yang sedang duduk di sofa.

Dia benci.

Sebaik sahaja motosikal dihidupkan, dia terus memecut laju ke taman berdekatan Sungai Han. Fikirannya kusut, jadi dengan melihat sungai dan rumput hijau, sekurang-kurangnya, kurang sikitlah beban dikepalanya.

Sebaik sahaja tiba, lelaki Park itu terus menapak ke taman berdekatan. Punggungnya dilabuhkan pada bangku yang disediakan. Nafas dihela berat.

Matanya menilik air di tasik yang bergerak lembut. Tenang. Sekaligus menenangkan hatinya.

Kanak-kanak yang berlari riang juga mengusik hatinya. Dia gembira melihat mereka bergembira di usia begini. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

Bergembira lah.

Sebelum menempuh alam dewasa.

" Hahahahah! " Perhatian Jihoon ditarik apabila terdengar gelak tawa seseorang.

Gelak tawa yang amat dikenalinya.

Jihoon berpaling dan pandangan matanya jatuh pada seorang gadis dan seorang lelaki yang sedang duduk berhadapan.

Mereka ketawa dengan riang.

Dan tanpa disedari, mereka telah menyakiti hati Park Jihoon. Menyakiti mata Park Jihoon.

Lelaki itu mendengus. Dia pantas bangkit dan kembali ke motosikalnya.

Hatinya berdenyut kesakitan. Dia benci apa yang baru sahaja dilihatnya.

Dia baru melihat Saeyoon.

Tertawa bersama seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Park Jihoon meraup mukanya kasar. Dia benci dengan perasaan dia sekarang yang jelas sekali sedang cemburu. Untuk apa? Mengapa?

Sebaik sahaja Jihoon sudah menunggang pulang, dia berkerut kehairanan apabila melihat rumahnya sudah kosong.

Mana momma dan lelaki jalang tu?

Jihoon menapak ke arah biliknya sebelum dia terperasankan sesuatu.

Ada orang dibiliknya.

Jihoon mengepal tangannya. Ini yang dia benci.

Orang asing dalam biliknya.

" Korang buat apa dalam bilik aku?! "

Dan momma serta lelaki yang tidak dikenali oleh Jihoon terperanjat besar. Mereka mengurut dada mereka.

" Maaf Jihoon. Momma dengan uncle masuk sebab kitorang nak-- "

" Pergi mampus dengan apa yang korang nak. Sekarang ni aku nak korang berambus daripada bilik aku kalau tak nak tengok aku mengamuk. "

Selepas sahaja dua penyeludup itu menapak keluar, pintu dihempas kuat oleh Jihoon. Dia menjerit kuat.

" ARGHHHHHH!!!! "

Hatinya masih sakit melihat Saeyoon bersama seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Dan sekarang momma beserta lelaki tidak dikenali itu pula membuat hal.

Jihoon menghempaskan badannya diatas katil.

Dia tidak faham.

Apa yang baru dia rasakan tadi? Hatinya terbakar, dia rasa nak mengamuk, dia rasa nak meraung.

Semuanya selepas melihat Saeyoon bersama lelaki itu tadi.

Jihoon pantas menggeleng. Dia menolak lidahnya kedalam pipi.

" Jihoon... "

Tersentak lelaki itu sebelum dia menggulingkan matanya keatas.

" Kau nak apa? "

" Dah 72 jam sejak Jihoon terima request saya. Dan-- "

" Eh kau boleh sabar tak! Aduh kau ni! Aku tengah serabut, kau boleh ajak aku buat request. Jadi hantu tu, cubalah memahami sikit hidup manusia! " Tengking Jihoon. Dan menyentapkan si hantu.

Dengan perlahan, si hantu bergerak perlahan kebelakang. Sehingga dia menghilang.

Tanpa disedari, Jihoon sudah melanggar syarat utama. Syarat yang pernah diingatkan oleh Saeyoon padanya dahulu.

" Weh Maharaja! Dia jadi kelip-kelip! " Jihoon melopong. Saeyoon tersenyum.

" Kelip-kelip. Maksudnya, roh sangat berterima kasih dengan kau. Dia gembira dengan permintaan terakhir dia yang tertunai. " Jelas Saeyoon. Jihoon masih kaku.

" Kalau dia tak gembira? "

" Dia akan jadi abu. Dan terbakar didepan mata kau. "

" Mana kau tah-- "

" Sebab aku pernah hampakan permintaan salah satu roh. Tempoh mereka cuma 72 jam selepas kau setuju mahu membantu. Jika terlebih, mereka akan pergi dalam keadaan permintaan tidak ditunaikan. "

Continue Reading

You'll Also Like

8.2K 711 17
bermula dari prank dan akhirnya menjadi realiti.
4.7K 900 32
Kim Junkyu salah tentang anggapan semua hubungan yang dinamakan cinta pasti berakhir bahagia. Kerana temukah kebahagiaan dalam perpisahan?
1.9K 383 26
❝ 'cause mama I'm in love with a criminal ❞
66.3K 7.2K 33
" Strawberries and Cigarettes, always taste like you " Kau tahu? Move on maksudnya merelakan pemergian dia. Dan menyukai orang baru. Tanpa secebis p...