๐๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐๐š๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๏ฟฝ...

By Hwayuqiii

58.7K 6.6K 722

Season 1 Energi shizen adalah kekuatan yang perlu dikeluarkan untuk menggunakan ability, energi itu dimiliki... More

SEASON 1: DESCRIBE
CHAPTER 1
CHAPTER 2
CHAPTER 3
CHAPTER 4
CHAPTER 5
CHAPTER 6
CHAPTER 7
CHAPTER 8
CHAPTER 9
CHAPTER 10
CHAPTER 11
CHAPTER 12
CHAPTER 13
CHAPTER 14
CHAPTER 15
CHAPTER 16
CHAPTER 17
CHAPTER 18
SPECIAL CHAPTER
CHAPTER 19
CHAPTER 20
CHAPTER 21
CHAPTER 22
CHAPTER 23
CHAPTER 24
CHAPTER 25
CHAPTER 26
CHAPTER 27
CHAPTER 28
CHAPTER 29
CHAPTER 30
SEASON 2: HEADING TO WAR
S2 CHAPTER 1
S2 CHAPTER 2
S2 CHAPTER 3
S2 CHAPTER 4
S2 CHAPTER 6
S2 CHAPTER 7
S2 CHAPTER 8
S2 CHAPTER 9
S2 CHAPTER 10
S2 CHAPTER 11
S2 CHAPTER 12
S2 CHAPTER 13
S2 CHAPTER 14
S2 CHAPTER 15
S2 CHAPTER 16
S2 CHAPTER 17
S2 CHAPTER 18
S2 CHAPTER 19
SPECIAL CHAPTER.
S2 CHAPTER 20
S2 CHAPTER 21
S2 CHAPTER 22
S2 CHAPTER 23
S2 CHAPTER 24
S2 CHAPTER 25
S2 CHAPTER 26
S2 CHAPTER 27
S2 CHAPTER 28
S2 CHAPTER 29
S2 CHAPTER 30
Q:A chapter
S3 CHAPTER 1
I am back..
S3 CHAPTER 2
S3 CHAPTER 3

S2 CHAPTER 5

788 99 19
By Hwayuqiii

SEASON 2: HEADING TO WAR

Di sebalik hutan yang ada di gunung itu, mereka memulakan latihan. Dari pagi hingga ke petang mereka berlatih dengan menggunakan roh jahat yang ada di gunung itu.
Zenmaru mengajarkan banyak jurus serangan yang dipelajari nya ketika berada di dunia nya.

"Ini jurus paling penting untuk bertarung melawan Iblis. Jurus pembelah dimensi." Ucap Zenmaru.

"Uishh pembelah dimensi!? Tak terbelah ke bumi ni nanti? " Ucap Asyura kerana terkejut.

"Bukan lah.." kata Zenmaru sambil tertawa besar.

"Habis tu?" Tanya Asyura lagi.

"Energi Maho iblis dapat cipta satu area sebagai dimensi dorang. Contoh nya, kerajaan ni di jadikan sebagai area dimensi baru milik iblis yang akan bagi kelebihan untuk para iblis. Jadi itu lah guna jurus pembelah dimensi." Terang Zenmaru.

"Ohh.. macam tu....." Balas Asyura.

"Sebenarnya, pemahaman korang pasal energi ni dah menyimpang sikit.." kata Zenmaru.

"Menyimpang? Hmm rasanya kitaorang tak pernah ikut ajaran sesat." balas Asyura dengan wajah yang sedang serius berfikir.

"Bukan tu maksud dia bodoh." kata Shiro.

"Habis tu?" Tanya Asyura kebingungan.

Zenmaru tertawa melihat tingkah Asyura.

"Energi Shizen adalah kekuatan yang diserap dari alam. Energi Mangetsu kekuatan yang diserap dari cahaya bulan penuh dan Energi Maho adalah kekuatan yang diserap dari darah manusia.

"2 energi tu aku faham.. tapi energi Maho tu macam susah sikit nak hadam." Kata Sai.

"Macam ni, korang tahu kan segel kutukan iblis?" Tanya Zenmaru.

"Yang kitaorang tahu segel kutukan Roh jahat je." Jawab Asyura.

"Samaaa lah tuuuuu.." kata Zenmaru dengan nada sedikit kesal.

"Ohh yeke?" Balas Asyura sambil tersengih menggaru kepala.

"Contoh nya kat kerajaan yang ditakhluk iblis tu.. kat sana para iblis menyerap energi maho dengan menghisap darah rakyat kerajaan tu. Lepastu bekas gigitan diorang akan jadi segel kutukan dan segel kutukan tu jadikan rakyat tu sebagai roh jahat." Ungkap Zenmaru.

"Ohh.. macam tu." Balas Asyura

"Ehh jap jap.... jadi maksud kau, satu kerajaan tu dah dibantai iblis?" Tanya Asyura lagi.

"Iyaa, aku tak nampak ada manusia lagi kat kerajaan tu. Semua yang tinggal cuma iblis dan roh jahat." Jawab Zenmaru.

"Huuu.. tak sangka pula bijak iblis tu, dah dapat energi Maho dari manusia kat kerajaan tu, dapat pula bala tentera roh jahat untuk peperangan." Kata Asyura.

"Kan..."

"Tapi bila peperangan tu akan jadi, berapa ramai jumlah musuh?" Tanya Raizo.

"Aku pun tak pasti bila tapi nampak nya mungkin tak lama lagi. Jumlah musuh pula kira kira
150 000 roh jahat( terdiri dari rakyat kerajaan yang diambil alih )
100 000 iblis bawahan
70 000 iblis tingkat 3..
30 000 iblis tingkat 2..
1000 iblis tingkat 1 dan...
Kemungkinan ada beberapa Raja iblis tingkat tinggi yang setara dengan aku dan kemungkinan masih ada Raja Iblis bertaraf lebih tinggi dari aku" Ungkap Zenmaru.

Mereka memandang kaku kepada Zenmaru..

"Kenapa kau tak bagitahu benda penting macam ni masa kat balai hunters hari tu!!!!!!??" Ucap Raizo dengan geram.

Zenmaru menjadi bingung..

"Dah takde yang tanya." Jawab Zenmaru tanpa rasa bersalah.

Raizo menampar dahi nya sendiri..

"Macam mana kerajaan ni nak sediakan hunters yang sama banyak macam tu kalau kau tak cakap awal awal. Kerajaan ni mana ada hunters sampai cecah 350 000!!" Ucap Raizo.

"Aku tahu lah. Sebab tu aku sendiri latih korang." Balas Zenmaru.

"Kau tahu, habis tu kenapa tak bagitahu awal awal. Kalau macam ni kita dah kalah jumlah dah." Kata Raizo lagi. Dia mula menampakkan sifat kepimpinan nya sebagai seorang Putera dan bakal pemimpin kerajaan..

"Jumlah tak penting, yang penting kualiti." Kata Zenmaru dengan bangga nya.

"Kualiti? " Tanya Asyura kebingungan.

"Kekuatan korang berlima paling penting dalam peperangan ni, kalau korang berlatih lagi, mungkin korang berlima sapat kalahkan 30% musuh." Kata Zenmaru.

"Kitaorang berlima? Mustahil lah..." Kata Shiro.

"Dengan adanya aku, takde yang mustahil." Ujar Zenmaru dengan riak dan bangga.

"Eh sempat pula dia riak." Ujar Asyura.

"Tapi.. macam mana dengan iblis tingkat tinggi yang setara dengan kau? Dan yang lagi tinggi dari kau? Tak mungkin kitaorang dapat lawan, kau pun dah takde kekuatan kau kan." Kazuke mula bersuara.

"Aku yakin dorang takkan tunjukkan diri masa peperangan tu nanti, dan harus aku akui.. mustahil ada yang dapat kalahkan Raja iblis tingkat tinggi tu kecuali dengan cara penyegelan." Ungkap Zenmaru.

"Penyegelan? Macam yang puteri Hwayuki buat kat kau?" Tanya Asyura.

"Iya, nanti aku akan cakap kat Tuan Kagura untuk kumpulkan hunters penyegel." Kata Zenmaru.

"Kau betul betul ke nak selamatkan kerajaan ni?" Tanya Sai.

Zenmaru tersentak..

"Aku buat semua ni demi Hwayuki.." jawab nya.

"Kenapa?" Tanya sai lagi.

Zenmaru diam seketika..

"Kau jatuh cinta dengan Puteri Hwayuki ke?" Tanya Asyura selamba membuat mata Zenmaru terbeliak..

Wajah nya merona membuat mereka faham..

"Uuu Raja Iblis jatuh cintaaa...." Ejek Asyura.

Yang lain hanya menahan tawa membuat Zenmaru malu..

"Dah dah, teruskan latihan korang." Kata Zenmaru untuk mengalih perhatian mereka.

Kemudian mereka meneruskan latihan.. mereka berenam terlihat sudah mulai rapat antara satu sama lain.

***

DI KERAJAAN GESSHOKU.

Petang hari sekitar pukul 5.

Raja Eito telah berangkat ke kerajaan Kojima, dan Tertua Klan Tsukiko mengambil kesempatan untuk mendapatkan Ace sebagai tumbal untuk membangkitkan leluhur mereka Tsukiko Hwangko.

Jouda juga sedang mengikuti misi pemburuan saat ini, dan Kaito masih berada di kerajaan Kaichu.

Para pendeta datang ke istana dan tiada sesiapa yang dapat menghalang mereka masuk kerana para pendeta adalah orang terhormat bagi setiap kerajaan. Kononnya, mereka adalah orang yang membawa pesan dewa. Apalagi mereka menggunakan nama Tertua Klan untuk masuk ke istana. Tertua Klan adalah orang yang bahkan harus dihormati Raja.

"Ada apa para pendeta datang ke istana?" Tanya seorang pengawal istana.

"Kami mendapat pesan dari dewa untuk membawa gadis bermata merah itu. Dan Tertua klan telah mengizinkan kami untuk membawa nya." Jawab seorang pendeta muda.

Mendengar hal itu, pengawal istana terus memberi laluan masuk untuk mereka.

Mereka juga ditunjukkan jalan menuju ke ruangan Ace.

Ace sedang duduk di bilik nya, tiba tiba tombol pintu diputar dan 3 lelaki masuk keruangan itu. Ace lantas berundur takut.

Yumi mendengar tentang para pendeta yang datang untuk membawa Ace dan langsung berlari ke bilik Ace.

Sebaik sahaja dia masuk, para pendeta itu memaksa Ace untuk ikut bersama mereka. Yumi menolak para pendeta itu dan melindungi Ace yang duduk menangis ketakutan.

"Apa yang kamu nak buat, kamu tak boleh sentuh dia macam ni." Kata Yumi.

"Berani kau menolak kami seperti itu, kami datang untuk membawa gadis itu atas izin Tertua Klan, Tuan Fuko." Balas seorang pendeta.

"Tapi Ace dibawa jagaan Tuan Jouda dan di dalam perlindungan Yang Mulia Raja Eito." Kata Yumi lagi.

"Pesan dari dewa adalah mutlak. Kau tidak layak mempertikaikan atau membandingkan nya dengan perintah Raja." Ujar pendeta itu.

Yumi tidak mampu berkata apa apa lagi. Pendeta itu menyingkirkan Yumi dan menyuntik Ace dengan ubat penenang. Kemudian Ace dibawa ke balai pendeta.

****

Di ruangan ritual. Ace dibaringkan di tengah lingkaran mantera. Sebuah patung ukuran manusia turut di baringkan disebelah nya.

Ruang Ritual & lingkaran sihir


50 pendeta, serta Tertua Klan Fudo dan bawahan nya Shitoshi telah berada di ruangan ritual mengelilingi Ace dan patung itu.

Cucuk sanggul yang menyegel kekuatan Raja Iblis iaitu Zenmaru, diberikan kepada salah satu pendeta berjanggut putih bernama Yashi.

Cucuk sanggul Hwayuki

"Kita hanya perlu menyegel separuh nya ditubuh gadis itu dan separuh lagi ditubuh Beliau." Kata Fudo.

"Tuan yakin? Gadis ini akan mati setelah separuh energi Raja Iblis dipindahkan ditubuhnya." Ujar Yashi.

"Iya tidak mengapa, aku akan membuat alasan  tentang kematian gadis ini kepada Raja Boneka itu nanti." Jawab Fudo.

"Baiklah." Balasnya kemudian menuju ke tengah lingkaran itu.

Cucuk sanggul itu diletakkan di dada Ace, kemudian mantera dibaca.

##&#&#&#&#&#&#&#&#&#&..
###@&#-#-#@&#&#-@
###&#&#&#&##&@&@& (tak payah baca 🤣, )

Aura hitam keluar dari cucuk sanggul itu dan terserap masuk ke dalam tubuh Ace.

Fudo tersenyum sinis..

"Akhirnya, impian ku akan tercapaiii, leluhur kita dewa Hwangko akan bangkit untuk menyelamatkan dunia ini...." Ujar nya sambil tertawa besar.

Tiba tiba, aura hitam itu membesar dan menyebar ke sana sini membuat mereka panik.
Lebih buruk lagi, tubuh Ace menyerap semua Aura itu.

"Tidak... Tidak mungkin..." Ujar Yashi.

"Ada apa?" Tanya Fudo dengan wajah yang cemas melihat aura gelap itu.

"Gadis itu sudah menyerap hampir semua energi Maho dari cucuk sanggul itu." Jawab Pendeta tua itu.

"Hentikan pemindahan itu sekarang.. kita memerlukan separuh energi maho untuk membangkitkan beliau!!" Arah Fudo.

"Aku tidak bisa menghentikan nya." balas Yashi.

Tiba tiba, cucuk sanggul itu mengeluarkan aura putih.

"Energi mangetsu??? Kenapa ada energi mangetsu yang tersegel di cucuk sanggul Hwayuki?!" Ucap Fudo terkejut melihat aura itu kerana mereka tidak tahu bahawa Hwayuki turut menyegel energi mangetsu Zenmaru yang merupakan salah satu Klan Tsukiko.

Pendeta tua itu berundur menjauh kerana tekanan energi mangetsu yang terlalu besar.

Aura itu memasuki tubuh Ace tanpa henti. Para pendeta hanya mampu melihat kejadian itu.

Beberapa minit kemudian, cucuk sanggul itu berhenti mengeluarkan energi.
Ruangan yang tadinya agak ribut kembali tenang..

Yashi kembali mendekati Ace dan mengambil cucuk sanggul itu. Dia membaca mantera untuk memeriksa sisa energi yang masih ada.

Dia terduduk kecewa.

"Ada apa?" Tanya Fudo.

"Semua energi yang disegel telah diserap oleh gadis itu." Jawab nya.

"Apa???!!" Ujar Fudo terkejut.

Ace membuka matanya perlahan..

"Tuan, dia masih hiduppp!!!"  Ujar salah satu pendeta muda yang menyedari mata Ace terbuka.

"Mustahil!!! Seharusnya dia sudah mati bahkan ketika separuh energi maho itu diserap masuk ketubuhnya. " Ujar Fudo.

"Dia menyerap semua kekuatan Raja Iblis... Ditambah dengan energi mangetsu yang tiba tiba ada dalam segel itu.....
Bunuh dia.!! dia tidak bisa dibiarkan hidup!!" Ujar Yashi gementar.

"Bagaimana dengan kekuatan yang kita perlukan untuk membangkitkan beliau?" Tanya Fudo.

"Kita boleh memikirkan nya nanti, apa yang lebih penting gadis ini harus dilenyapkan sebelum dia benar benar menjadi monster setaraf Raja Iblis Zenmaru" Kata Pendeta itu.

Fudo menyetujui kata kata pendeta itu.

Ace merasa tubuh nya sangat lemah apabila dia bangun, dia tidak tahu apa yang terjadi. Para pendeta itu mengangkat nya dan mengikat kedua tangan nya di aula pengorbanan yang ada di ruangan itu. Ace tidak dapat membantah sama sekali kerana tubuh nya seperti mati rasa.

Salah satu pendeta itu mengambil pedang dan dihunus ke arah Ace yang berdiri dengan keadaan tangan terikat ke atas. Kaki nya hampir tidak mencecah lantai.

****

Di istana

Kaitori baru saja pulang dari kerajaan Kaichu pada malam hari.
Dia pulang sehari lebih awal dari  hari sepatutnya. Sebaik sahaja masuk ke istana, Yumi terus berlari ke arah Kaito.

"Kenapa?" Tanya Kaito.

"Pendeta dah ambil Ace." Ujar  Yumi

"Hah? Untuk apa?" Tanya Kaito.

"Akak tak tahu, tapi akak takut pendeta pendeta tu jadikan Ace sebagai tumbal kebangkitan yang dorang dah rancang sejak dulu." Kata Yumi.

Kaito yang mengetahui hal itu, terus berlari dan menuju ke balai pendeta yang tidak jauh dari istana.

To be continue

Hai reader.. mcm mna? Season 2 ni okay tak?  Apa akan jadi dengan ace lepas ni hmm..

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 78.1K 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwi...
1.6M 120K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...
2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
1.7M 92.8K 54
โŒDILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. โ—CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...