Mi Àngel // Jihoon ✓

By yoshihoshiss

36.4K 4.3K 427

Aku boleh nampak hantu. Tapi tak semua percaya. Kecuali kau. Terima kasih. ©PARK JIHOON FANFICTION More

CAST! <3
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
EPILOG

BAB 9

1.1K 162 9
By yoshihoshiss

Saeyoon menapak ke pintu gerbang sekolah dengan perlahan.

Dia tiada.

Park Jihoon.

Kebiasaannya, lelaki itu akan menunggunya di pintu pagar sekolah untuk bersama-sama membuat request hantu. Tapi harini, lelaki itu tiada.

Jihoon masih marah kah?

Jihoon masih merajuk?

Saeyoon ni memang definisi gadis tak guna. Baguslah, dia kembali berseorangan.

Gadis itu mengatur langkah ke rumahnya. Hembusan nafas kasar dilepaskan sebelum dia menyedari pelipis matanya mulai panas.

Dan air mata membasahi pipi mulusnya.

" Shit! Kenapa aku nangis ni? " Kerutnya. Dia cuba mengusap kasar pipinya yang berair.

Namun, gagal.

Air matanya semakin lebat menuruni pipi. Dan Saeyoon terhenti. Dia bercangkung dan menutup matanya.

Ketika itu, segalanya dihamburkan. Tangisan, rasa sakit, rasa sedih. Gadis itu tiada niat nak menyakiti Jihoon.

Tapi dia sedar dia ni hanya beban.

Hantu? Zaman kini hanya orang bodoh je boleh nampak hantu.

Saeyoon tak pernah lupa diri. Dia tahu dia siapa. Pertolongan Yoshi tak pernah dia lupakan. Pertolongan Jihoon juga. Kata-kata peminatnya ditandas pun tak pernah dia abaikan.

Dia sedar diri.

Selepas beberapa minit menangis, Saeyoon bangun dan mengesat air matanya. Dia perlu balik sekarang. Tukar baju, dan kembali bekerja.

Dia perlu.

Saeyoon menapak pulang ke rumahnya. Namun kerutan pula singgah didahinya. Ada kereta mewah dihalaman rumahnya.

Si--siapa?

Sebaik sahaja gadis itu tiba di pintu rumah, serta-merta dia melopong.

" AUNTY " jeritnya. Tanpa ditahan, terus tubuhnya menerjah dan memeluk wanita berusia yang sedang duduk di sofa. Senyuman manis menghiasi bibir.

" Saeyoon baru balik sekolah ya? " Seorang lelaki berusia pula menegur. Dan Saeyoon tersenyum lantas anggukan laju diberikan.

" Kenapa uncle dengan aunty datang? "

" Uncle dengan aunty dapat menang hak penjagaan korang. So lepas ni, korang duduk dengan kitorang. " Senyum aunty Cha. Dan serentak mengundang sengihan yang semakin melebar dibibir Saeyoon.

" Tadi aunty dengan uncle datang sekolah kau, kak. " Sampuk Sonyoung yang datang dengan seberkas air bersama cawan. Dia menatang air itu dengan berhati-hati.

" Eh yeke? "

" Haah. Tapi orang cakap kau dah balik dulu. So abang Jihoon tolong guide uncle aunty ke rumah ni. "

" Oh.. kejap, apa dia tadi? ABANG JIHOON? "

" Yelah, abang Jihoon. " Jari Sonyoung dituju pada seseorang dan aku terus tersentak.

Kaku ditempatku.

Sejak bila.... Jihoon ada kat sebelah uncle?

Dia tersengih malu sekaligus membuatkan matanya menyepet.

Eyes smile dia.

" Kau tak perasan aku ke sejak tadi? " Senyumnya. Dan Saeyoon hanya menunduk bermain jarinya.

Jap.

Sejak bila aku pemalu ni?

Eee, buat malu je!

" Maaf, tadi Saeyoon balik terus lepas habis waktu sekolah sebab-- "

" Sebab aku tak tunggu kat gate? " Sampuk Jihoon.

Saeyoon mendengus kegeraman.

Park Jihoon, boleh tak stop buat jantung aku berdebar?

" Saeyoon dengan Sonyoung pack your things. And kita pindah rumah uncle harini juga, okay? Jangan risau. Kami akan layan korang macam anak kami. " Sengih aunty.

Dan gadis itu tersenyum penuh hiba.

Aunty Cha merupakan adik perempuan mendiang eomma. Dah 15 tahun berkahwin. Dan dia masih tidak dikurniakan sebarang zuriat.

Tetapi, hidupnya sangat mewah. Rumahnya besar, kereta berjenama dan hidupnya dikelilingi harta. Cuma itulah, mereka kurang seri budak-budak.

" Maafkan kami ya sebab lambat ambil korang daripada appa korang. Kami tak boleh tuntut hak penjagaan korang selagi Ahn tu masih ada. "

" Tak apa! Apa yang penting, aunty dah ambil kami! " Sengih Sonyoung. Saeyoon pula mengangguk setuju.

" Err.. maaf uncle aunty. Boleh tak saya nak pinjam Saeyoon jap. " Pintas Jihoon. Dan Saeyoon tergamam.

Anehnya, aunty setuju dan mengangguk.

" Pinjamlah lama mana pun. Dia milik kamu. " Saeyoon membutangkan mata memandang aunty. Dan ibu saudara gadis ini tertawa kecil.

Serentak satu tangan menarik tangan Saeyoon untuk keluar sebentar. Gadis itu hanya mengikut.

" Petang ni ikut aku. "

" Hah? Pergi mana? "

" Request hantu next. Dia teringin nak pergi graduation day dia buat kali terakhir. "

Saeyoon memandang wajah Jihoon, lama. Kata-kata Yoshi berputar hebat di kepala. Dia rasa kali ini dia perlu selfish sebentar.

Dia nak membantu Jihoon.

" Okay. Pukul berapa? "

" 5 petang ni. Kat Dewan Utama tu. Aku dah minta izin uncle aunty kau dulu. And dorang okay. Nanti aku jemput kau kat rumah dorang eh? "

" Ermm.. Jihoon? "

" Ha? "

" Kau tak marah? "

" Untuk apa? "

" Kat bilik perubatan tu. Aku tengking kau, aku suruh kau bl-- "

Kata-kata Saeyoon terhenti apabila Jihoon sedang menekup pipinya. Membutang mata gadis itu.

" Jangan cakap pasal hal ni lagi. Kau buat aku serba salah tahu tak. Aku kan dah janji nak jaga kau. "

----------------------

" Terima kasih, noona, hyung. " Sengih si hantu lantas dengan perlahan, dia bertukar menjadi rama-rama.

Terbang keatas dan menghilang.

Jihoon tersenyum. Satu lagi request dah tertunai. Hatinya senang setiap kali berjaya menyelesaikan permintaan hantu-hantu itu.

Saeyoon disisi hanya memandang dewan yang semakin kosong kerana acara graduation sudah tamat. Roh yang baru sahaja mereka bantu tadi merupakan roh seorang pelajar yang bunuh diri kerana stres belajar.

Tekanan keluarga, tekanan guru menyebabkan pelajar itu membunuh diri dengan cara terjun daripada tingkat 3 sekolah.

Dan permintaan terakhir roh itu cumalah mahu melihat majlis graduasi yang sepatutnya dihadiri olehnya.

Syukurlah, rohnya sudah tenang.

Jihoon menilik jamnya.

11 malam.

" Saeyoon! "

" Yup? Ken-- ARGHHH!! " menjerit gadis itu apabila Jihoon menarik tangannya kearah jalan raya.

" Kau nak bawa aku pergi mana ni? "

" Ikut je! " Sengih pemuda Park. Saeyoon hanya mengikut dan serentak satu teksi berhenti dihadapan mereka. Jihoon segera membuka pintu untuk mempersilakan Saeyoon masuk terlebih dahulu kemudian barulah diikuti olehnya.

" Nak pergi mana cik? "

" Jambatan Sungai Han." Mata Saeyoon membulat. Jam ditangannya dikerling.

Dah lewat sangat ni.

" Jihoon, dah lewat sangat ni. Kau nak buat apa pergi Sungai Han? "

Jihoon berpaling dan tersenyum sambil matanya masih utuh memandang setiap inci wajah Saeyoon.

" Watching fireworks with you. "

Serentak darah panas menyerbu wajah Saeyoon. Dia menunduk malu.

Dan perjalanan mereka hanya diisi dengan bunyi radio yang ligat berkumandang menyajikan pelbagai lagu menarik.

Sehinggalah mereka tiba di Jambatan Sungai Han.

Jammed.

Kenderaan langsung tidak bergerak kerana semua warga Seoul berebut mahu menonton pertunjukkan bunga api.

Jihoon semakin tidak senang duduk.

Jam sekali lagi dilihat.

11:55 pm.

Lagi 5 minit sebelum malam tahun baru!

Jihoon menggigit bibir bawahnya dan memanjangkan leher melihat keadaan diluar. Idea bernas muncul dibenak fikiran.

" Lagi 5 minit lah, Ji. Kita tengok daripada dalam kere-- ARGHH PARK JIHOONNNNN!!! " jerit Saeyoon apabila Jihoon mendadak membuka pintu dan menariknya bersama-sama keluar.

Mereka berlari dicelah kenderaan.

Dan saat itu, Saeyoon terasa waktu berhenti berputar. Dunianya seperti hanya dia dengan Jihoon. Lagi-lagi apabila dia melihat tangannya utuh digenggam Jihoon.

Sebaik sahaja mereka berlari keluar, ramai pemandu lain juga turut keluar daripada kenderaan masing-masing. Kesemua berlari untuk mengejar pertunjukan bunga api.

Dan sebaik sahaja langkah dijejakkan di depan jambatan, serentak bunga api mulai menghiasi dada langit Seoul.

POM

POM

POM

POM

Saeyoon dan Jihoon membeku melihat kecantikan bunga api didepan mata mereka. Pelbagai warna, pelbagai bunyi, pelbagai corak.

Semuanya cantik.

Dalam diam, Saeyoon menilik wajah Jihoon. Lama.

Lelaki ini terlihat sangat sempurna. Tahi lalat yang terletak elok dibawah mata dan sekitar bibir. Bibirnya yang tersenyum manis. Tak lupa juga matanya yang membentuk eye smiles setiap kali dia tersenyum lebar.

" Hubungan Jihoon dengan momma dia tak baik. Sebabnya, aku tak boleh bagitahu. Tapi, dia tak bahagia macam yang kau nampak. "

Saeyoon mengeluh halus.

Jihoon tak sebahagia itu? Apa maksud Yoshi?

" Jihoon.. "

" Yup? "

" Kau bahagia? "

" Maksud kau? " Soal Jihoon dalam keadaan matanya yang masih utuh memandang pertunjukan bunga api.

" Kalau kau ada masalah, boleh cerita kat aku. Segalanya. Aku boleh dengar. Kau dah bantu aku, biarlah aku bantu kau juga. "

Dan fokus Jihoon terganggu. Kini lelaki itu sedang berkerut memandangnya.

" Kau nak cakap apa sebenarnya? Cuba jujur je. "

" Pagi tadi, aku pergi bilik guru. And aku dengar cikgu-cikgu cakap pasal kau. "

" Apa? Pasal akademik aku? Aku tahulah aku pan-- "

" Dorang cakap kau ada mental health. And naik cuti tahun baru ni, kau akan dipanggil ke bilik kaunseling untuk sesi deep talk. "

Jihoon bungkam. Dia nampak terkejut.

Matanya membulat.

Tubuhnya kaku.

" Ke--kenapa? Kenapa aku kena gelar macam tu? "

" Kalau aku cakap ni, aku harap kau percayakan aku. "

" Huh? Apa kau ni? Janganlah berselindung, jujur je. Aku dengar. "

Saeyoon menghembus nafas berat. Dia memandang langit yang tidak lagi dihiasi keindahan bunga api. Berat mahu diutarakan.

Tetapi, dia tak nak Jihoon malu.

Dia tak nak Jihoon diaibkan.

" Ada kawan kau report kat cikgu yang kau ni gila sebab boleh nampak hantu. Jadi, cikgu nak panggil kau naik cuti ni. "

" Kawan aku? Siapa? "

" Yoshi. "

Serentak senyuman Jihoon memudar. Dia memandang Saeyoon tidak percaya. Matanya bergetar.

Tak! Tak!

Yoshi dan Junkyu sahabat baiknya. Mereka sahabat susah senang Jihoon.

Dorang takkan buat Jihoon macam ni.

" Kalau kau benci kawan-kawan aku, jujur je Saeyoon. Tak payah tabur fitnah kat dorang. "

Dan tatapan itu.

Bertukar menjadi tatapan kebencian.

Lelaki Park itu menapak pergi meninggalkan Saeyoon yang masih kaku berdiri.

Semuanya dah hancur.

Hancur.

Continue Reading

You'll Also Like

4.7K 900 32
Kim Junkyu salah tentang anggapan semua hubungan yang dinamakan cinta pasti berakhir bahagia. Kerana temukah kebahagiaan dalam perpisahan?
12.4K 1.2K 49
STRAY KIDS AF :: COMPLETED Aku tak layak untuk hidup. Aku psycopath. Tak ada sesiapa sayangkan aku. Aku patut mati dari hidup. Tapi lepas kau hadir, ...
42.8K 2.4K 46
Selepas kejadian Galaxy Cosmos, Bbb dan kawan2 nya diberi misi baru. Tetapi, semasa menjalankan misi Bbb tiba2 hilang selepas suatu kejadian tak didu...
5.9K 321 29
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...