𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 �...

Bởi Hwayuqiii

58.4K 6.6K 721

Season 1 Energi shizen adalah kekuatan yang perlu dikeluarkan untuk menggunakan ability, energi itu dimiliki... Xem Thêm

SEASON 1: DESCRIBE
CHAPTER 1
CHAPTER 2
CHAPTER 3
CHAPTER 4
CHAPTER 5
CHAPTER 6
CHAPTER 7
CHAPTER 8
CHAPTER 9
CHAPTER 10
CHAPTER 11
CHAPTER 12
CHAPTER 13
CHAPTER 14
CHAPTER 15
CHAPTER 16
CHAPTER 17
CHAPTER 18
SPECIAL CHAPTER
CHAPTER 19
CHAPTER 20
CHAPTER 21
CHAPTER 22
CHAPTER 23
CHAPTER 24
CHAPTER 25
CHAPTER 26
CHAPTER 27
CHAPTER 28
CHAPTER 29
CHAPTER 30
SEASON 2: HEADING TO WAR
S2 CHAPTER 1
S2 CHAPTER 2
S2 CHAPTER 3
S2 CHAPTER 5
S2 CHAPTER 6
S2 CHAPTER 7
S2 CHAPTER 8
S2 CHAPTER 9
S2 CHAPTER 10
S2 CHAPTER 11
S2 CHAPTER 12
S2 CHAPTER 13
S2 CHAPTER 14
S2 CHAPTER 15
S2 CHAPTER 16
S2 CHAPTER 17
S2 CHAPTER 18
S2 CHAPTER 19
SPECIAL CHAPTER.
S2 CHAPTER 20
S2 CHAPTER 21
S2 CHAPTER 22
S2 CHAPTER 23
S2 CHAPTER 24
S2 CHAPTER 25
S2 CHAPTER 26
S2 CHAPTER 27
S2 CHAPTER 28
S2 CHAPTER 29
S2 CHAPTER 30
Q:A chapter
S3 CHAPTER 1
I am back..
S3 CHAPTER 2
S3 CHAPTER 3

S2 CHAPTER 4

775 98 3
Bởi Hwayuqiii

SEASON 2: HEADING TO WAR

Puteri Hwayuki punca semua kekuatan ni? Jadi macam mana dengan kekuatan element dari Raja Hwanung?!" Tanya Asyura dengan wajah bersemangat serta ingin tahu.

"Hwanung juga mendapat kekuatan itu dari kelahiran Hwayuki. Tapi itu hanya kekuatan Khas milik beliau, di dunia ini kekuatan itu dipanggil sebagai ability khas." Jawab Zenmaru.

Hal itu membuat mereka bingung..

"Ability khas? Jadi kenapa kekuatan tu dapat diguna orang lain dan jadi warisan turun temurun kat dunia ni?" Tanya Asyura lagi.

"Ability Hwanung adalah kekuatan 5 element yang dapat diterapkan kepada orang lain serta keturunan orang yang menerima kekuatan itu. Tapi kelemahan ability itu, pemilik sebenarnya tidak dapat menggunakan nya." Jawab Zenmaru.

Mendengar hal itu membuat mereka tersentak..

"Jadi.. Raja Hwanung tak dapat guna ability tu?" Tanya Asyura.

Zenmaru mengangguk.

"Kerana tidak dapat menggunakan kekuatan itu, Hwayuki dan Hwanung pun mencipta roh yang dimasukkan kekuatan Hwanung, dan Hwayuki mencipta jiwa baru dari belahan jiwanya sebagai pusat untuk roh itu. Hasil nya, terbentuk lah 5 roh element serta satu jiwa yang merupakan sebahagian jiwa Hwayuki. Kemudian 5 roh element dan belahan jiwa Hwayuki itu dijadikan pedang yang disebut sebagai pedang bulan. Ringkas nya pedang milik kalian berlima dan satunya lagi pedang bulan utama yang tidak tahu dimana keberadaan nya.." Ucap Zenmaru.

Mereka hanya terangguk angguk faham..

"Puteri Hwayuki hebat.." ucap Asyura.

"Gadis itu, walaupun jauh lebih muda dari ku.. dia amat digeruni serta dihormati di dunia kami. " Ungkap Zenmaru.

Ruangan itu menjadi hening.. hanya bunyi kipas yang kedengaran.

"Setelah mendengar cerita mu, aku yakin kau berkata benar tapi kami perlu membincangkan hal ini terlebih dahulu." Ucap Kagura.

"Percaya atau tidak, aku sama sekali tidak peduli." Balas Zenmaru.

"Kamu boleh keluar dulu bersama pengawal, kami perlu berbincang. Kazuke dan yang lain boleh kembali ke akademi kecuali Putera Raizo." Ujar Atsuko pula.

Zenmaru serta Kazuke, Sai, shiro dan Asyura pun keluar dari ruangan itu bersama pengawal istana.

Zenmaru di suruh duduk di luar bilik mesyuarat sementara menunggu para petinggi dan pemimpin klan berbincang.

****
Setelah beberapa jam.. Zemaru akhirnya di panggil.

"Huh, lenguh leher tidur di sini" ucap Zenmaru

Kemudian dia masuk semula ke ruangan.

Setelah perbincangan tadi, mereka pun setuju membiarkan Zenmaru tinggal sebagai rakyat biasa di kerajaan mereka untuk sementara waktu. Walaubagaimana pun terdapat sesetengah orang yang membantah sewaktu mesyuarat. Namun Raizo selaku Putera Mahkota memutuskan untuk memanfaatkan Zenmaru dan menerimanya di kerajaan Auzora.

"Kau akan tinggal di kerajaan ini dan membantu kami dalam peperangan yang kau katakan." Ucap Kagura.

"Baik kalau begitu, dengan senang hati." Balas Zenmaru.

"Soal pemilik pedang bulan, kami serahkan kepada mu. Kerana hanya kau yang mengetahui kebenaran disebalik pedang bulan ini, dan kalau benar kelima pemilik pedang bulan adalah senjata terbesar untuk peperangan nanti, kami mohon bantuan mu." Ucap Kagura dengan merendah diri.

"Sudah tentu aku akan membantu." Kata Zenmaru.

Mereka pun saling menundukkan diri antara satu sama lain sebagai tanda hormat. mereka melupakan status Zenmaru sebagai sosok Raja Iblis.

"Untuk saat ini, aku akan membawa Zenmaru tinggal bersama ku." Ucap Kagura.

"Kami tidak keberatan. Lagipula kediaman mu tempat paling sesuai untuk Zenmaru mengajari cucu cucu kita nanti." Balas Atsuko.

Para pemimpin klan yang lain juga mengangguk kecuali Wasaro yang seperti nya agak tidak berpuas hati.

Setelah itu kesemua nya pun keluar dari ruang mesyuarat itu.

Pembicaraan itu berakhir begitu sahaja.
Namun...
mereka melupakan sesuatu yang penting..

iaitu...
Tentang Ace yang membangkitkan mata merah seperti Kazuke......

***

Raizo, Sai, Kazuke, Shiro dan Asyura kembali ke academy..

Di ruangan kelas sword..

"Sejak kerajaan Gesshoku bawa Ace, kau dah tahu pasal energi mangetsu?" Tanya Sai kepada Kazuke secara tiba tiba.

Kazuke hanya mengangguk kemudian duduk di kerusi nya.

"Sebab tu ke kau diam bila kerajaan tu ambil Ace?" Tanya Sai lagi.

Kazuke tersentak mendengar persoalan tu, dia diam membisu kerana dia tidak dapat menyangkal apa yang Sai katakan.

"Jawab aku Kazuke, kau biarkan Ace sebab kau tahu pasal energi tu kan!!" Sai mula membesarkan suaranya.

Kazuke mengepal tangan nya, dia kesal terhadap dirinya sendiri kerana tidak dapat berbuat apa apa untuk Ace.

"Aku silap.. aku fikir kau boleh sayang Ace lebih dari siapa pun, tapi aku tak sangka kau pentingkan diri macam ni. Kalau kau mengaku pasal tu, Ace takkan sendiri kat sana" Ujar Sai kecewa.

Kazuke mulai naik angin.. dia bangun dan menarik kolar seragam Sai.

"Aku sayang dia... sangat sayang... !!
Tapi, kau nak aku buat apa? Nak aku ikut sekali pergi kerajaan tu? Kau ingat aku tenang ke biarkan Ace tinggal kat kerajaan yang dah bunuh ibu aku? Tapi apa yang aku boleh buat? Kalau aku mengaku aku ada energi sama macam Ace, kerajaan bodoh tu mesti bawa aku juga.. kalau benda tu jadi, kau tak fikir ke apa yang aku akan buat dengan kerajaan yang bunuh ibu aku.. !!" Balas Kazuke dengan suara yang lantang, matanya jelas berkaca kaca menahan sebak setelah menyuarakan isi hati nya.

Sai terdiam kaku merasa bersalah.. yang lain juga terdiam seribu bahasa. Untuk pertama kalinya, Kazuke mengungkap perasaan yang tertahan jauh di lubuk hatinya.

Dia melepaskan kolar baju Sai dan kembali duduk. Ruangan itu menjadi sepi..

Suara mereka menarik perhatian pelajar lain..

"Ada apa dengan kelas Sword tu?"

"Entah lah, aku dengar dorang sebut nama Ace.."

"Oh, budak yang kerajaan Gesshoku ambil tu ke?"

"Ha arh.. aku dengar dari pelajar kelas yang ikut ujian kat Gesshoku tu cakap Ace keturunan Tsukiko."

"Biar betul??"

"Ha arh, dia ada energi yang cuma klan Tsukiko dapat bangkitkan.. kalau tak silap nama dia energi mangetsu."

"Ohh, aku pernah dengar juga pasal energi tu, tapi tak sangka pula betul betul wujud."

"Ha arh.. lagi satu kau perasan tak Ace tak pernah guna element angin sedangkan dia keturunan Murni Kiyamizu macam Sai."

"Kan budak tu takde energi Shizen macam mana nak guna element tu pula."

"Memang lah, tapi aku dengar Tuan Kagura tak dapat jelaskan asal usul Ace."

"Jadi memang confirm lah Ace tu dari Klan Tsukiko? Sebab tu dia tak boleh guna kuasa element kan.."

Pelajar yang berada di luar kelas Sword membicarakan Ace..

****

Sesi pembelajaran tamat dan mereka pulang ke rumah masing masing.

Sebelum pulang, Sai singgah ke rumah Kagura. Namun yang ditemui nya hanya Zenmaru.

"Atok aku ada tak?" Tanya Sai.

"Tuan Kagura dah pergi istana tadi." Jawab Zenmaru.

"Ohh.." balas Sai kemudian duduk untuk membuka tali kasut nya.

"Sejak bila kau pandai cakap macam tu, selalunya cakap macam orang tua.." Ucapan Sai membuat Zenmaru tertawa.

"Waktu aku keluar dari segel lepas ratusan tahun, cara cakap anak muda sekarang dah berubah, jadi aku ikut lah cara tu memandangkan wajah aku nampak tak jauh lagi tua dari korang." Ujar Zenmaru.

"ohh.. bagus lah, kalau kau cakap dengan gaya kuno tu dengan muka muda kau, nampak pelik pula." Kata Sai lagi.

Zenmaru hanya tertawa kecil..

"Aku nak tidur dulu, kejutkan aku kalau Atok aku dah balik."

Zenmaru hanya mengangguk walaupun merasa agak kesal diperlakukan seperti orang bawahan.

***

Beberapa hari berlalu..

Sai, Kazuke, Shiro, Raizo dan Asyura berkumpul di rumah Kagura untuk berlatih bersama Zenmaru.

"Bagaimana Zenmaru, kau boleh melatih mereka hari ini?" Tanya Kagura.

"Boleh, tapi tempat ni tak sesuai untuk ajar anak anak muda ni jurus pedang dari para Tsuki Kenshi. Silap silap, rumah Tuan yang akan hancur." Jawab Zenmaru.

"Dah kenapa cara cakap dia lain tu?" Bisik Asyura kepada Sai.

Sai pun menceritakan apa yang dia tahu.

"Ohh.." balas Asyura.

"Jadi di mana tempat yang sesuai untuk mereka berlatih?" Tanya Kagura.

"Di tempat yang ada roh jahat macam hutan atau pergunungan." Jawab Zenmaru.

Kagura berfikir seketika..

"Bagaimana kalau di kindan No Yama (gunung terlarang). Tempat itu ditinggali banyak roh jahat." Ucap Kagura.

"Ohh baiklah kalau macam tu, tapi boleh aku minta sesuatu.", Ujar Zenmaru lagi.

"Apa dia?" Tanya Kagura.

"Aku ingin lelaki tua yang mengurung ku dalam kekkai sebelum ni mencipta kekkai di seluruh gunung itu jika tidak keberatan." Pinta zenmaru.

"Boleh saja, tapi untuk apa?" Tanya Kagura lagi.

"Aku takut ada manusia lain memasuki kawasan gunung itu nanti, latihan mereka agak berbahaya untuk didekati kerana aku perlu mengajarkan mereka serangan dalam skala besar." Jawab Zenmaru.

"Baiklah, aku akan meminta bantuan Wayami." Balas Kagura.

Setelah itu Zenmaru, Kazuke, Sai, Asyura, Raizo dan Shiro berangkat ke tempat latihan mereka di kindan no Yama.

Manakala Kagura menghubungi Wayami untuk datang ke sana..

Setelah Wayami tiba, kekkai dicipta.

"Kekkai ini tidak akan dapat dirusak dari luar mahupun dari dalam. Jadi tidak apa apa jika serangan mereka mengenai kekkai ini. Aku akan datang kembali malam nanti untuk membatalkan kekkai ku." Ucap Wayami.

"Baiklah, terima kasih. Maaf kerana menyusahkan mu." Balas Kagura.

"Tidak mengapa, ini semua juga demi kebaikan kerajaan ini." Ujar Wayami tersenyum.

Mereka pun beredar dari sana.

To be continue..

Kena baca dan faham betul betul tau.. kalau tak nanti ada yang pening kepala jap lagi.

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

38K 1.7K 22
'bad boy in public, baby boy in private.' Rasa cinta yang mendalam adalah sebab mengapa dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan gadis itu berada di...
2M 78.5K 54
Irfan Hakimi. Seorang pensyarah muda yang paling terkenal di kampus atau erti kata lainnya Lecturer Paling 'Hot'. 'Hot' sangat ke? Eleh, semua tu tak...
6.7M 334K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...
236K 15.5K 62
Delilah Lavelle, kehidupannya tak seindah nama yang diberi. Saat kejatuhan terbesar dirinya bermula ketika orang tuanya bercerai. Bertambah tragik, d...