𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 �...

Hwayuqiii tarafından

58.4K 6.6K 721

Season 1 Energi shizen adalah kekuatan yang perlu dikeluarkan untuk menggunakan ability, energi itu dimiliki... Daha Fazla

SEASON 1: DESCRIBE
CHAPTER 1
CHAPTER 2
CHAPTER 3
CHAPTER 4
CHAPTER 5
CHAPTER 6
CHAPTER 7
CHAPTER 8
CHAPTER 9
CHAPTER 10
CHAPTER 11
CHAPTER 12
CHAPTER 13
CHAPTER 14
CHAPTER 15
CHAPTER 16
CHAPTER 17
CHAPTER 18
SPECIAL CHAPTER
CHAPTER 19
CHAPTER 20
CHAPTER 21
CHAPTER 22
CHAPTER 23
CHAPTER 24
CHAPTER 25
CHAPTER 26
CHAPTER 27
CHAPTER 28
CHAPTER 29
CHAPTER 30
SEASON 2: HEADING TO WAR
S2 CHAPTER 2
S2 CHAPTER 3
S2 CHAPTER 4
S2 CHAPTER 5
S2 CHAPTER 6
S2 CHAPTER 7
S2 CHAPTER 8
S2 CHAPTER 9
S2 CHAPTER 10
S2 CHAPTER 11
S2 CHAPTER 12
S2 CHAPTER 13
S2 CHAPTER 14
S2 CHAPTER 15
S2 CHAPTER 16
S2 CHAPTER 17
S2 CHAPTER 18
S2 CHAPTER 19
SPECIAL CHAPTER.
S2 CHAPTER 20
S2 CHAPTER 21
S2 CHAPTER 22
S2 CHAPTER 23
S2 CHAPTER 24
S2 CHAPTER 25
S2 CHAPTER 26
S2 CHAPTER 27
S2 CHAPTER 28
S2 CHAPTER 29
S2 CHAPTER 30
Q:A chapter
S3 CHAPTER 1
I am back..
S3 CHAPTER 2
S3 CHAPTER 3

S2 CHAPTER 1

861 107 3
Hwayuqiii tarafından

SEASON 2: HEADING TO WAR

DI RUMAH TERTUA KLAN TSUKIKO.

"ini lah cucuk sanggul yang menyegel energi Maho Raja Iblis 1000 tahun lalu." Ujar seorang lelaki tua bernama Fudo.

"Segel ini sudah mula retak." Kata pembantu nya, seorang lelaki muda bernama Satoshi.

"Hmm iya. Sampai saat ini tiada satu pun anggota Klan Tsukiko yang membangkitkan mata merah. Nampak nya rencana kita untuk membangkitkan Beliau tidak akan mudah." Ujar Furo.

"Sebelum ini ada anggota klan kita yang memiliki ability pembangkitan, tapi wanita itu lari ke kerajaan Auzora dan dihukum mati oleh Raja sebelumnya. Hunters kerajaan kita yang dihantar ke Auzora untuk menghukum dan merampas ability wanita itu pula tidak pernah kembali ke kerajaan ini. " Ujar Fudo.

"Aku pernah mendengar tentang kejadian itu. Sayang sekali ability wanita itu tidak dapat dimanfaatkan." Ujar Satoshi.

"Tapi..
aku ada khabar baik untuk mu." Sambung Satoshi.

"Apa khabar baik itu ?" Tanya Fudo.

"Di kerajaan Aozora, ada 2 anak muda berketurunan bangsawan yang memiliki mata merah." Ungkap Shitoshi.

"Kerajaan Aozora? Bukan kah kerajaan itu memang memiliki rakyat yang terlahir dengan anak mata merah. Tapi jarang sakali aku mendengar bangsawan yang lahir dengan anak mata merah." Kata Fudo.

"Iya benar.. tapi..." 

"Aku kira khabar baik apa yang kau ingin sampaikan. Rupanya hanya maklumat tidak berguna sahaja. Yang aku inginkan adalah manusia bermata merah dari keturunan Tsukiko! Keturunan Putera Hwangko!!"  Ujar Fudo tanpa mendengar penjelasan Satoshi terlebih dahulu.

"Iya, aku tahu...
Maklumat  yang aku ingin sampaikan  sebenarnya adalah tentang seorang gadis bermata merah dari kerajaan Aozora yang membangkitkan energi Mangetsu. Dan lebih mengejutkan, mata merah nya juga bukan mata alami sejak lahir tetapi bangkit dengan sendiri nya ketika kecil." Ungkap Shitoshi lagi.

Orang tua itu lantas berdiri mengejut.

"Tidak mungkin!! Mana mungkin rakyat kerajaan Aozora membangkitkan energi Mangetsu." Tanya Fudo.

"Kau ingat wanita yang melarikan diri ke kerajaan Aozora? Tsukiko Kyoko?" Tanya Satoshi.

"Apa maksud mu?" Fudo bertanya kembali.

"Berkemungkinan gadis itu adalah anak kepada Kyoko." Ujar Satoshi.

Fudo terdiam seketika..

"Maksudnya, gadis itu memiliki darah Tsukiko?" Tanya Fudo

"Iya. Tidak mungkin dia dapat membangkitkan energi mangetsu jika bukan keturunan Tsukiko." Balas Fudo

"Dan satu hal lagi yang meyakinkan ku.. mata merah hanya dapat dibangkitkan oleh seseorang yang memiliki kekuatan besar. Kyoko dihukum mati kerana menikahi bangsawan murni kerajaan Auzora. Makna nya dia melahirkan anak yang memiliki kekuatan mengerikan itu." Sambung nya lagi.

Fudo terdiam lagi...
Setelah berfikir seketika, dia pun bersuara..

"Jadi apa yang perlu ditunggu lagi.. kita harus mengambil gadis itu di kerajaan Aozora.." Ujar Fudo dengan semangat.

"Sebenarnya, gadis itu sudah ada di kerajaan ini. Nampaknya organisasi hunters dan pihak istana menyembunyikan gadis itu dari kita." Kata Shitoshi.

"Berani mereka merahsiakan hal penting ini dari aku!!" Ujar Fudo.

"Kalau Tuan mahu, saya boleh urus gadis itu. Dalam beberapa hari lagi, Raja Eito akan ke kerajaan Kojima dan Jouda juga tidak berada di kerajaan buat masa ini." Ujar Shitoshi.

"Hmm kalau begitu, ini kesempatan kita untuk mengambil gadis itu. Nampak nya kita akan dapat membangkitkan Beliau.." kata Fudo.

"Serahkan saja pada ku." Balas Shitoshi.

"Baiklah."

****

DI KERAJAAN AOZORA

Hampir sebulan berlalu semenjak Ace tinggal di kerajaan Gesshoku, Teman-teman Ace sudah mula menerima hakikat bahawa Ace bukan lagi salah satu rakyat kerajaan Aozora. Namun semenjak Ace pergi, Kazuke hanya diam seperti tidak peduli.

kerajaan Aozora sedang mempersiapkan sebuah upacara di desa Kiyomizu. Upacara itu disebut sebagai Malam Bulan Merah yang diadakan setiap 20 tahun.

Upacara itu dijalankan bagi meyambut rakyat yang memiliki anak mata merah kerana dianggap istimewa oleh mereka.

Tidak ramai rakyat kerajaan Auzora yang lahir dengan anak mata berwarna merah, oleh itu ia dianggap istimewa oleh rakyat Auzora dari generasi ke generasi.

Namun Ace dan Kazuke berbeza kerana mata merah yang mereka miliki bukan alami dari lahir namun bangkit secara tiba tiba.

Setakat ini, hanya mereka berdua sahaja manusia yang membangkitkan mata merah sepanjang generasi.

Kazuke membangkitkan anak mata merah ketika berusia 8 tahun manakala Ace pula ketika berusia 9 tahun.

Walaubagaimana pun, tidak ramai yang mengetahui tentang kebangkitan mata mereka.

***

3 hari kemudian, Upacara Malam Bulan Merah pun dijalankan ketika bulan sedang mengambang.

Hanya seramai 23 orang dari jutaan rakyat kerajaan Aozora memiliki mata merah.

Raizo, Shiro, Rin, Asyura, Mirae dan Sai sedang duduk di bawah pohon sambil menyaksikan upacara yang sedang berlangsung. Kazuke pula berada di pentas upacara bersama pemilik mata merah yang lain.

"Aku tak tahu pula ada upacara macam ni. Kat academy takde belajar pun." Ujar Asyura.

"Memang lah kita tak tahu, sebab upacara sebelum ni dijalankan 20tahun lalu. Kita belum lahir lagi. Lagipun upacara macam ni mana lah ada kena mengena dengan pelajaran kita." Balas Mirae.

"Hehe ye tak iye juga kan.." kata Asyura.

"Tapi, betul ke Kazuke dengan Ace bangkitkan mata merah tu? Bukan mata alami dari lahir?" Tanya Shiro pula.

"Waktu kecil dulu, warna anak mata Kazuke hitam. Mata merah dia bangkit waktu umur kita 8 tahun." Jawab Mirae.

"Hah biar betul?.. dah betahun aku kenal Kazuke, tapi aku baru tahu pula pasal tu." Kata Asyura.

"Aku kenal dia dari kecil lagi, sebab tu aku tahu." Balas Mirae.

"Ace pun bangkitkan mata merah macam tu?" Tanya Asyura lagi.

"Ha arh, Atok aku cakap Ace bangkitkan mata tu waktu umur 9tahun, beberapa hari sebelum Atok aku jaga dia. Warna mata dia sebelum tu hitam juga." Ungkap Sai.

"Hmm meresahkan. Ada maksud tersirat ke disebalik kebangkitan mara merah tu?" Ujar Asyura

"Korang perasan tak, banyak persamaan antara Kazuke dengan Ace. Rambut hitam, mata hitam lepastu dua dua bangkitkan mata merah. Dah macam adik beradik kembar dah aku tengok." Ujar Mirae.

"Kan.. aku dengan Raizo yang kembar ni pun tak berapa nak kembar sangat..." Balas Rin.

"Mungkin dorang kembar yang terpisah ataupun mungkin Itulah yang dikatakan jodohh!!" Ucap Asyura.

"Banyak lah kau punya mungkin...." Balas Mirae mengetuk kepala nya.

"Hehehe.. sepatutnya Ace ada dalam upacara tu sekali." Ujar Asyura lagi.

Mereka terus terdiam sayu.

"Kau boleh faham situasi sikit tak." Bisik Shiro.

"Eh.. sorry." Katanya sambil menggaru kepala yang tidak gatal

Sedang upacara berlangsung..

Angin tiba tiba bertiup kencang selama beberapa saat, namun terus kembali reda semula.
awan menutupi cahaya bulan penuh membuat suasana upacara yang riuh itu sunyi mendadak.

Seorang lelaki muda yang tidak dikenali tiba tiba melangkah maju ke arah pentas upacara. Energi Shizen nya sungguh besar bahkan lebih besar dari energi shizen milik Klan Tsukiko..

Para hunters yang berkawal di sana serta merta mengerumuni lelaki itu.

"Siapa kau?" Tanya salah seorang hunter.

Lelaki itu mengendahkan para hunters dan terus melangkah naik ke pentas sambil tersenyum sinis.

"Siapa pemimpin kerajaan ini?" Tanya lelaki muda itu.

Mereka tersentak mendengar persoalan itu.

"Jangan biadab, siapa kau? Kau bukan rakyat kerajaan ini!" Ujar Atsuko iaitu kakek kepada Kazuke.

"Aku Zenmaru.... " Ucapnya membuat seluruh pentas itu terdiam kaku ketakutan.

"Zenmaru sang Raja Iblis?? Jangan bergurau." Ucap salah satu hunter.

"Gelar Raja Iblis itu sudah tidak pantas untuk ku." Katanya sembari tersenyum sinis.

Kazuke berdiri dan memandang dingin lelaki itu.

"Kau mengarut apa?" Ujar Kazuke.

Lelaki tadi lantas berundur sebaik sahaja melihat Kazuke.

"Mata mu!!!! Aura Mata mu sangat mengerikan." Kata nya secara tiba tiba.

Pentas menjadi sunyi.

"Aura mata mu tidak kalah dengan mata Raja Iblis seperti ku." Ucap lelaki itu dengan wajah yang bahagia.

Kazuke memandangnya kehairanan.

"Hentikan gurauan mu, pemilik mata merah adalah manusia yang diberkahi. Penghinaan mu sungguh melampau!! " Ujar kakek Kazuke.

"Mata diberkahi?" Kata nya kehairanan.

Lelaki tadi menghilangkan senyum nya dan berkata...

"Bodoh!!! Manusia memang bodoh!! Mata merah itu bukan mata yang diberkahi!" Kata lelaki itu dengan suara lantang nya.

"Apa maksud kau?" Tanya Kazuke.

Namun persoalan nya diendahkan.

"Katakan yang sebenarnya. Siapa kau sebenarnya? Apa niat mu muncul di sini? Tanya Atsuko bertubi tubi.

"Aku sudah mengatakan bahawa aku adalah Zenmaru, Raja Iblis yang telah dikalahkan Hwayuki bersama 5 manusia. " Ujar nya kemudian menunjukkan simbol yang ada pada telapak tangan nya.
Simbol itu sama seperti simbol Raja Iblis yang ada di buku sejarah kerajaan.

Semua rakyat yang menghadiri upacara itu berundur ketakutan.

"Tidak perlu takut, aku sudah tidak memiliki kekuatan iblis sama sekali saat ini." Katanya lagi.

"Raja Iblis... apa yang kau ingin kan?" Tanya Atsuka dengan wajah yang mula serius.

"Aku tidak menginginkan apa apa." Balas Zenmaru.

"Apa maksud kau tentang kebangkitan mata merah tadi?"  Tanya Kazuke pula k

"Apa kalian tidak tahu membezakan mata merah biasa dan mata Reiketsuna (berdarah dingin)? " Tanya Zenmaru.

"Hah.. Reiketsuna? Apa itu?" Balas Atsuko.

"Sepertinya para manusia di dunia ini tidak tahu apa apa tentang kekuatan yang didapatkan dari Hwayuki." Ujar Zenmaru.

"Apa maksud mu? Apa yang kami tidak ketahui?" Tanya Atsuko lagi.

Zenmaru memandang sekeliling..

"Sepertinya aku mengganggu acara ini, aku tidak keberatan jika harus menunggu sehingga acara ini selesai." Kata Zenmaru.

Atsuko juga melihat sekeliling, rakyat mula panik kerana kedatangan sang Raja Iblis itu.

"Sebaik nya kita selesaikan dahulu upacara ini." Bisik Kagura.

Atsuko memandang Zenmaru.

"Aku tidak akan lari atau cuba melakukan sesuatu, kau boleh menahan atau mengurung ku." Ucap Zenmaru.

"Wayami, kamu boleh mencipta kekkai (penghalang)?" Tanya Atsuko.

"Serahkan kepada ku." Balas nya kemudian mencipta kekkai di sekeliling Zenmaru menggunakan ability nya.

Upacara pun disambung semula.

****

"Zenmaru, apa yang Raja Iblis tu nak dari kerajaan ni." Ujar Rin.

"Tak mungkin lah Raja Iblis menunjukkan diri tanpa tujuan." Sambung Shiro.

"Yang pasti, dia tak boleh dipercaya." Kata Raizo.

****

Selesai upacara, Zenmaru dibawa ke balai organisasi hunters dan ditahan di sana.

"Kami akan mengurus mu besok memandangkan sudah larut malam. Kau jangan cuba cuba melarikan diri." Ujar Wayami kepada Zenmaru yang dikunci dalam sebuah ruangan.

Zenmaru hanya mengangguk sambil tersenyum.

***

Di kerajaan Gesshoku, Ace masih duduk di bilik nya sepanjang masa. Dia masih cuba membiasakan diri dengan Yumi sepanjang ketiadaan Kaito.

Seorang pelayan istana yang sudah agak tua masuk ke ruangan Ace dan pada masa itu Ace berdiri sambil mengelamun di tepi jendela. Pelayan itu terpaku memandang wajah Ace.

"Wajah polos itu menyimpan seribu luka dalam hati nya. Gadis muda yang kasihan." Gumam wanita tua itu.

"Kamu tidak apa apa?" Tanya nya kepada Ace. Ace tersedar dari lamunan nya dan memandang wanita tua itu. Dia lantas berundur menjauh.

"Jangan takut, aku hanya wanita tua yang lemah. Tidak mungkin aku dapat menyakiti mu." Ujar wanita tua itu sembari tersenyum.

Ace pun kembali tenang..

"Apa yang membuat mu begitu takut akan orang lain?" Tanya wanita itu.

Ace hanya diam membisu..

"Aku dapat melihat kekosongan di hati mu." Kata wanita itu, Ace lantas memandang nya.

"Dengar gadis muda, dalam hidup ini adakala kau akan tersakiti disebabkan seseorang, tapi jika kau masih tetap membuka hati mu untuk menerima orang lain, suatu hari nanti luka yang masih berdarah di hati mu itu akan tersembuhkan."

Kata kata itu membuat Ace tertunduk sayu, apa yang wanita itu katakan memang betul.. tapi...

"Tapi.. luka yang sembuh tu tetap akan ada parut." Ujar Ace dengan suara yang perlahan.

Wanita itu tersenyum..

"Iya memang betul, tiada cara untuk memperbaiki hati yang sudah terlanjur terluka. Tapi aku yakin, cinta yang kau terima dari manusia lain akan mengisi kekosongan hati mu dan menutup parut dari luka lama." Ujar wanita tua itu lagi.

Fikiran Ace kini dipenuhi kenangan indah bersama Kagura dan teman teman nya. Memang dulu dia merasa putus asa dengan hidup nya, ingatan nya dikunci namun dia masih ingat serba sedikit kejadian yang menimpa dirinya dimasa lalu.
Kehadiran Kagura dan Sai merubah dirinya sehingga dia dapat melupakan sedikit demi sedikit masa lalu yang masih dapat diingatnya bahkan setelah ingatan nya dikunci.

"Jangan biarkan diri mu terpuruk dalam kekelaman masa lalu.
Adakala nya penderitaan dapat membuat diri seseorang menjadi lebih baik namun adakala nya dapat membuat seseorang terkurung dalam kesakitan, kebencian, kemarahan yang akan menjatuhkan nya di dalam jurang kegelapan. " Ujar wanita itu lagi.

Ace hanya terdiam kaku, apa yang wanita itu katakan mengena dihati nya.

Wanita tadi keluar dari ruangan itu dan Ace kembali melihat keluar jendela.

"Ini bukan diri aku yang sebenarnya. Semua ingatan yang menyebabkan amarah, dendem dan benci di kunci jauh dalam minda aku.

Aku mengosongkan hati dan cuba hidup tanpa emosi tapi lama kelamaan kehidupan tanpa emosi tu buat aku lupa dengan perasaan bahagia, kesedihan, kekesalan, kemarahan dan perasaan perasaan lain.

Diri aku umpama tin kosong.
Aku jadi macam ni supaya takde yang benci dan akan sakitkan aku. Semuanya demi diri aku sendiri.

Tapi.. aku mula takut.
Ingatan lama yang aku pernah lupakan sedikit demi sedikit kembali dan membangkitkan sesuatu dari dalam diri aku. - Suara hati Ace.

To be continue..

Sy harap cerita ni dapat sambutan.. kalau ada apa apa nak tanya just comment okay.

Okumaya devam et

Bunları da Beğeneceksin

2M 78.5K 54
Irfan Hakimi. Seorang pensyarah muda yang paling terkenal di kampus atau erti kata lainnya Lecturer Paling 'Hot'. 'Hot' sangat ke? Eleh, semua tu tak...
6.7M 334K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...
1.6M 120K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...
1.7M 92.6K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...