1 || ANNUR ✓

By swetynight

9K 2.3K 441

Puteri Annur binti Mohd, nama yang tidak asing untuk menghadapi dugaan meskipun dia masih remaja. Di sekolah... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Rewrite The Stars
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 29
Just A Friend To You
Bab 30 (END)
Epilog
E-BOOK!

Bab 28

232 59 5
By swetynight

I’m tired of pretending to be
stronger than i feel everyday.

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

"Nur, aku minta maaf. Aku tak nak pun semua ni berlaku" Zahra menyentuh tapak tangan Annur.

"Tak apa, Zahra. Awak tak salah apa pun. Sudah tertulis ketentuan kita macam ni. Saya redha" Annur tersenyum nipis.

Sejak kejadian hari itu, hubungan dia dan Iskandar menjadi dingin. Sering kali Iskandar tidak pulang ke rumah.

Barang-barang hantaran pun dia tinggal di dalam rumah sahaja. Annur mengeluh panjang.

"Nur, kenapa ni? Kau tak nak aku kahwin dengan Is ke? Aku boleh cancel je semua ni. Trust me, aku tak nak kahwin dengan Is" Zahra pantas memegang tangan Annur.

"Tak, korang tetap kena teruskan. Nur tak nak tanggung dosa" Annur masih mampu tersenyum meskipun hatinya telah retak seribu.

"Aku tak pernah jumpa manusia semulia kau. Kau sanggup berkorban semata-mata masalah yang kau tak buat. Tapi aku minta maaf, aku akan cancel juga majlis perkahwinan ni" Zahra tersenyum tipis.

Dia sudah berjanji dia tidak akan menjadi pemusnah rumah tangga kawan baiknya!

"Jangan. Nur minta satu je, tolong teruskan perkahwinan ni. Nur tak minta banyak, satu je" Annur memeluk erat bahu Zahra.

"Ya lah, aku cuba. Kau jangan menyesal pula di kemudian hari"

🍃🍃🍃

"Maaf puan, saya nak bertanya"

"Ya silakan" Puan Farwah tersenyum manis.

"Ni rumah Puteri Annur binti Mohd kan?" Seorang lelaki berpakaian segak berdiri di hadapan rumah Puan Farwah.

"Ya, ada apa?" Puan Farwah menelan air liur.

"Saya ditugaskan untuk meruntuhkan rumah ini. Rumah ini akan dijadikan sebagai rumah buat anak-anak yatim"

"Ibu, kita nak tinggal mana sekarang ni?" Kaylie yang berada di sisi Puan Farwah berasa ketakutan.

"Jangan risau, Puan. Pihak kami akan memberi masa selama tiga bulan untuk puan mengosongkan tempat ini. Setelah itu, kami akan meruntuhkan rumah ini"

"Baiklah, terima kasih" Puan Farwah berpandangan dengan Kaylie.

"Macam mana ni, ibu?" Kaylie mengalirkan air mata.

Inilah balasannya kerana menganiayai anak yatim seperti Annur. Mereka patut menerimanya dengan hati yang terbuka.

"Kita tinggal di rumah sewa Naylie lah. Mesti Naylie akan bantu kita" Puan Farwah memeluk erat anaknya.

🍃🍃🍃

"Nur, jomlah masuk. Kau kenapa duduk kat luar je?" Shafika menarik lengan Annur supaya masuk ke dalam masjid.

"Aku.... aku tak kuatlah Fika. Aku tak nak masuk dalam. Aku takut" Annur menggelengkan kepalanya banyak kali.

Dia tidak mahu terlibat lemah di hadapan Iskandar.

Iskandar akan mendirikan rumah sekali lagi. Mana mungkin hati sang isteri akan bergembira.

"Alaa masuk je lah. Kau ni kan. Kau juga yang nak dia kahwin" Shafika tetap menarik lengan Annur.

Annur tidak melihat ke arah sisi pengantin. Dia tahu, jika dia melihat sana, dia pasti akan menangis hiba.

"Nur, kau termenung kan apa lagi?" Shafika mengusap-usap lengan kawan baiknya.

Sejak dia tahu Shazriq telah mencemarkan maruah Annur, hubungan mereka seakan-akan dingin.

"Kau tak nak tengok pengantin baru ke?" Shafika tersenyum manis. Dia memandang wajah Adam dan Zahra dari jauh.

Annur masih diam. Dia takut, dia tak nak tengok wajah pengantin. Dia tak kuat, dia lemah.

"Hey, kenapa kesayangan Is ni menangis hmm?" Iskandar merangkul pinggang Annur.

Kejap, kalau Iskandar berada di sisinya, siapa yang berkahwin dengan -- Zahra?

"Adam yang berkahwin dengan Zahra. Tu lah kau, dah tahu tak kuat ada hati suruh laki kahwin lain juga! Kan dah mendapat! Meleleh air mata takut Iskandar kahwin lain!" Shafika sempat mengusik Annur. Annur menampar lengan kanannya.

"Ha, dengar cakap Fika tu" Iskandar mencuit hidung mancung Annur.

"Jadi... selama sebulan ni?" Annur mengerutkan keningnya. Dia kurang jelas.

Kenapa Iskandar macam larikan diri daripadanya kalau Iskandar tak berkahwin dengan Zahra?

"Sorry Nur, diorang ni nak sangat berlakon bagai. Menyampah pula aku! Is tinggal kat rumah Adam" Zahra mencubit pinggang milik suaminya, Adam Arfan.

Tiada kata-kata mampu keluar daripada dua ulas bibir Annur. Dia sememangnya bersyukur kerana Iskandar tidak jadi berkahwin dengan Zahra!

Nak cakap depan-depan, dia malu.
Ya lah, dia yang beria-ria suruh Iskandar berkahwin dengan Zahra!

🍃🍃🍃

"Dia patutnya bersama aku! Bukan dengan Annur" Atiqah menjerit-jerit di dalam Hospital Indah Permata.

Ya, dia kini berada di dalam sebuah hospital sakit jiwa. Dia disahkan menghidapi penyakit itu setelah tidak berjaya melaksanakan perancangannya untuk mengenakan Iskandar!

"Is... you milik I. Selama-lamanya you akan jadi milik I. Tak ada sesiapa yang mampu memiliki you melainkan I! Hahahah!" Atiqah tergelak puas. Dia sesekali menoleh ke kiri dan kanan.

Dia seperti tidak keruan apabila duduk di tempat itu. Dengan 'kawan-kawan' yang serupa dengannya. Dia rimas, sungguh rimas!

"Atiqah..." Vivie menghembuskan nafas. Tidak sangka pengakhiran Atiqah berada di dalam hospital itu.

"Vivie.. you datang nak selamatkan I kan? You bawalah I keluar dari tempat kotor ni. I janji, I tak kan sakitkan hati you lagi" Atiqah meluru ke arah Vivie. Dia kemudian melutut di hadapan Vivie.

"Hey, bangun lah!" Vivie menarik Atiqah supaya berdiri.

"You maafkan I kan?" Atiqah membuat puppy eyes di hadapan Vivie.

'Dah gila pun masih macam ni' Vivie merungut di dalam hati.

Dia sedikit sebanyak berasa lega apabila Atiqah telah dimasukkan ke dalam hospital itu.

Tiadalah Atiqah yang mahu merosakkan rumah tangga orang. Tiadalah Atiqah yang sentiasa mendera dan melakukan perbuatan jahat.

"Vivie! You dengar cakap I kan? Vie? Vie?" Atiqah merengek-rengek seperti anak kecil pula.

"Ha?" Vivie tersedar daripada mengelamun. Dia perlu segera beredar.

Dia akui, dia mempunyai sifat belas kasihan di dalam diri. Kalau dia berlama-lama di dalam wad itu, pasti dia akan membantu Atiqah!

"Aku balik dulu. Jaga diri kat sini. Makan, mandi, buat apa-apa yang patut tau. Bye!" Sempat Vivie menitipkan pesan sebelum berlalu pergi.

"Vivie!!! You tak boleh buat I macam ni!!" Atiqah terasa kerongkongnya tersekat. Dia tercungap-cungap.

Akhirnya, dia rebah di atas lantai.

🍃🍃🍃

"It's weird. Kenapa dari tadi tak henti-henti makan ni, hmm?" Iskandar memandang seraut wajah milik isterinya.

Bukan dia tidak mahu memberi isterinya makan. Tapi, dah terlampau sangat si Annur ni makan!

"Lapar" sepatah sahaja yang Annur membalas. Iskandar dari tadi sudah berasa hairan. Mendengar balasan Annur, lagilah dia berasa hairan.

"Kenapa pandang Nur macam tu pula?" Annur memuncungkan bibirnya.

Lagi tambah berkerut dahi Iskandar. Belum pernah Annur bersikap manja sebegini. Mereka telah berkahwin selama tiga bulan, tapi Iskandar tidak pernah melihat sisi manja Annur!

"Nur... Baik Nur cakap dekat Is sekarang juga. Nur ada sembunyikan apa-apa ke?" Iskandar mendekatkan wajahnya dengan Annur.

Annur tersenyum malu-malu.
Nak bagitahu ke tak eh?

"Puteri Annur binti Mohd" Iskandar menyebut nama penuh Annur sambil mengecilkan matanya. Dah serupa abah abah sahaja!

Tangan Iskandar ditarik lembut mengusap perutnya yang kempis itu.

"Apa ni?" Iskandar tidak memahami makna isyarat Annur.

"Teka lah" Annur tersenyum manis.

Iskandar mula memproses maklumat di dalam kepala. Baru lah dia faham!

Annur.... mengandung?

"Nur... betul ke ni?" Iskandar tidak henti berkelip mata. Annur tersenyum sambil mengangguk kecil.

"Ya Allah, terima kasih sayang. Terima kasih, Allah. Is dah nak jadi ayah!" Iskandar tidak puas memeluk tubuh milik isterinya.

"Is, sudahlah. Malu tau" Habis berbahang wajah Annur.

Ingat dia tak malu ke? Dia masih dalam mood malu-malu, okay?

"Terima kasih Nur sebab sudi mengandungkan anak Is" Iskandar mengucup pipi Annur bertalu-talu.

"Is!" Terbuntang mata Annur. Tak tahu malu sungguh suaminya itu!

"Heheh" Iskandar sekadar tersengih.

"Berapa bulan dah ni?" Iskandar masih menyentuh perut Annur.

"Nak masuk dua bulan"

Masing-masing mendiamkan diri.

"Hmm... Nur nak letak nama apa kat baby ni?" Setelah agak lama berdiam diri, akhirnya Iskandar bertanya.

"Kalau perempuan, Nur nak letak..."

"Puteri Amyra, okay?" Annur memandang wajah suaminya. Tadi tanya orang nak letak nama apa, belum bagitahu nak letak nama apa lagi, Iskandar sudah memotong. Baik tak payah tanya!

"Letak nama Zahra, boleh tak?"

"Kenapa?" Iskandar memandang wajah Annur yang tidak henti-henti memandangnya.

"Saja, sebab Zahra tu kan baik" Annur sangat berkenan dengan nama Zahra.

Zahra, melambangkan
kecantikan serta keindahan.
Zahra juga nama kepada sekuntum bunga.

"Puteri Amyra Zahra. Okay?" Iskandar menggabungkan nama yang dipetik oleh mereka.

Annur menunjukkan tanda okay menggunakan jari.

"Kalau lelaki pula? Nak letak nama apa?" Iskandar mula menyoal kembali kepada Annur.

"Hmm tak pernah terfikir pula" Annur menjawab dengan bersahaja.

"Kenapa tak terfikir?" Iskandar memerhatikan seraut wajah milik isterinya.

"Sebab... manalah tahu, kita tak sempat nak merasa dapat anak kedua, kan?" Annur tersenyum nipis seraya mengalirkan air mata.

"Apa maksud Nur? Kenapa pula menangis ni?" Iskandar merapatkan kedudukan mereka. Dielus lembut rambut ikal mayang milik Annur.

"Nur tak tahu, tiba-tiba rasa nak menangis" Annur mencalitkan senyuman.

"Sudah, tak payah bincang pasal ni dah, okay? Yang paling penting sekarang, kita kena jaga kandungan Nur elok-elok, okay? Tak mahu makan manis-manis, minuman berkafein--"

"Kopi tak boleh ke?" Annur mencebikkan bibirnya.

"No! No! Tak boleh. Nur sayang Is kan? Dengar cakap Is, okay?" Iskandar mengenyitkan matanya.

Mulalah wajah Annur berwarna merah. Cute je!!

Iskandar tersenyum bahagia. Dia gembira dapat membahagiakan kesayangannya, Annur.

~ B E R S A M B U N G ~

Another two chapter!
Btw, don't be sad okay?
Dah mention awal-awal huhu~

Btw, thanks 400+ viewers!
Lop u all

Continue Reading

You'll Also Like

101K 6.5K 42
⋆ ˚。⋆୨୧˚ Last Cinta Series ˚୨୧⋆。˚ ⋆ Kisah cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan yang berbeza pangkat dan status dengannya membuatkan dirinya...
3K 204 50
ADEL RAFFANDA seorang gadis yang bersifat tegas, dingin dalam melakukan tugasnya sebagai seorang lawyer. Walaupun umurnya baru berusia 25 tahun, namu...
517K 14K 59
❛ 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pad...
419K 8.4K 61
[ 𝐜𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞 ] ~ El Naura Elena seorang pelakon dan model terkenal terpaksa dikahwinkan bersama Amsyar Qairi seorang lelaki yang miskin dan kek...