𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 �...

By Hwayuqiii

58.7K 6.6K 722

Season 1 Energi shizen adalah kekuatan yang perlu dikeluarkan untuk menggunakan ability, energi itu dimiliki... More

SEASON 1: DESCRIBE
CHAPTER 1
CHAPTER 2
CHAPTER 3
CHAPTER 4
CHAPTER 5
CHAPTER 6
CHAPTER 7
CHAPTER 8
CHAPTER 9
CHAPTER 10
CHAPTER 11
CHAPTER 12
CHAPTER 13
CHAPTER 14
CHAPTER 15
CHAPTER 16
CHAPTER 17
CHAPTER 18
SPECIAL CHAPTER
CHAPTER 19
CHAPTER 20
CHAPTER 21
CHAPTER 22
CHAPTER 23
CHAPTER 24
CHAPTER 25
CHAPTER 26
CHAPTER 27
CHAPTER 29
CHAPTER 30
SEASON 2: HEADING TO WAR
S2 CHAPTER 1
S2 CHAPTER 2
S2 CHAPTER 3
S2 CHAPTER 4
S2 CHAPTER 5
S2 CHAPTER 6
S2 CHAPTER 7
S2 CHAPTER 8
S2 CHAPTER 9
S2 CHAPTER 10
S2 CHAPTER 11
S2 CHAPTER 12
S2 CHAPTER 13
S2 CHAPTER 14
S2 CHAPTER 15
S2 CHAPTER 16
S2 CHAPTER 17
S2 CHAPTER 18
S2 CHAPTER 19
SPECIAL CHAPTER.
S2 CHAPTER 20
S2 CHAPTER 21
S2 CHAPTER 22
S2 CHAPTER 23
S2 CHAPTER 24
S2 CHAPTER 25
S2 CHAPTER 26
S2 CHAPTER 27
S2 CHAPTER 28
S2 CHAPTER 29
S2 CHAPTER 30
Q:A chapter
S3 CHAPTER 1
I am back..
S3 CHAPTER 2
S3 CHAPTER 3

CHAPTER 28

705 95 0
By Hwayuqiii

Hari baru sudah menjelma, Rin dan Raizo bersiap untuk berangkat ke academy. Mereka pergi tanpa bersarapan terlebih dahulu, apatah lagi menyapa Kakek mereka. Raja Tarama menjadi gusar melihat keadaan cucu cucunya.

***

Di academy.

Mereka terserempak dengan Shiro dan Asyura di gerbang academy.

"Ohayyou Rin,, Ohayyou Raizo." Sapa Asyura.

Rin hanya berlalu pergi tanpa memandang mereka.

Raizo pula hanya mengangguk.

"Eh,  ada apa dengan korang? Rin kenapa? Korang gaduh?" Tanya Asyura bertubi tubi.

"Takde lah.." jawab Raizo.

"Habis tu?" Tanya Asyura lagi.

"Nanti aku bagitahu kat kelas." Ujar Raizo.

Asyura hanya terangguk angguk kemudian mereka berjalan bersama untuk ke kelas.

***

Tiba di kelas, mereka melihat ruangan itu masih kosong.

"Eh Sai dengan Kazuke belum sampai? Selalunya diorang yang sampai dulu." Ujar Asyura.

"Dorang dah tahu pasal Ace ke." Gumam Raizo.

"Kau menghayal apa?" Tanya Asyura kepada Raizo.

"Takde lahhh.." balas Raizo dengan malas.

"Asyura, kau tak tahu lagi ke?" Tanya Shiro yang dari tadi turut senyap.

"Tahu? Tahu apa??"  Tanya Asyura kembali.

Shiro menghendus.. kemudian Mirae tiba tiba menerjah masuk ke ruangan kelas mereka.

"Betul ke Ace takkan balik sini lagi ?!!!" Ujar Mirae secara mengejut.

Asyura tersentak.. manakala Raizo dan Shiro terlihat tidak terkejut sama sekali.

"Apa maksud kau? Tak balik? Kenapa pula? Ada apa apa jadi dekat Ace?" Tanya Asyura bertubi tubi dengan riak wajah risau.

"Ayah aku cakap Klan Tsukiko akan ambil Ace!! Betul ke??" Tanya Mirae lagi.

"Hahhh!! Kenapa pula?" Ujar Asyura.

Mirae mengendahkan pertanyaan Asyura dan meminta kepastian dari Raizo.

Raizo mengangguk perlahan..

Mirae terus terduduk... Dia seolah olah tidak percaya akan hal itu.

"Apa maksud korang sebenarnya ni, apa yang jadi?" Ujar Asyura 

Shiro pun menceritakan apa yang terjadi..

......................

"Energi Mangetsu? Apa benda tu?" Tanya Asyura.

"Entahlah, tapi yang pasti kekuatan tu hanya dimiliki oleh beberapa anggota Klan Tsukiko.", Jawab Shiro.

"Jadi, sebab tu je dorang nak ambil Ace? Tak logik lah!!" Ujar Asyura.

"Kau sendiri pun tahu kan Klan Tsukiko tak pernah biarkan anggota Klan diorang keluar dari kerajaan Gesshoku.. apa lagi tinggal kat kerajaan lain." Balas Shiro.

"Tak semestinya pun kan Ace anggota Klan dorang hanya sebab kekuatan tu!! Kan Ace sepupu Sai." Kata Asyura lagi.

Suasana menjadi sunyi kembali, kemudian Raizo bersuara...

"Masalahnya Tuan Kagura tak dapat jelaskan asal usul Ace." Kata Raizo.

Asyura tersentak..

"takde langsung yang tahu asal usul Ace?" Tanya Asyura lagi.

"Entah lah.. " balas Raizo ringkas.

Ruangan itu menjadi sunyi..  sukar untuk mereka menerima kenyataan tentang pemergian Ace.

****

Kagura dan Kaweze bersiap untuk berangkat ke kerajaan Gesshoku untuk menyampai kan keputusan kerajaan Aozora mengenai penyerahan Ace.

Seperti biasa, Kawaze membuka pintu teleportasi nya untuk ke gerbang kerajaan Gesshoku. Dan di sana, pengawal gerbang membuka pintu gerbang untuk mereka. Setelah itu mereka terus menuju ke  organisasi Hunters kerajaan Gesshoku.

Di bangunan organisasi, mereka bertemu dengan Wayami serta Jouda. Wayami agak terperanjat melihat Kagura turut datang bersama Kawaze.

"Tuan Kagura juga datang." Ujar Wayami.

Jouda lantas terkejut mendengar Wayami memanggil lelaki tua itu sebagai Kagura, pemimpin Klan Kiyomizu.

"Ini Tuan Kagura?" Tanya Jouda.

"Iya benar." Jawab Wayami.

"Ohh. Kalau begitu silakan masuk Tuan." Jemput Jouda.

Kagura hanya mengangguk kemudian mereka masuk dan menuju ke bilik mesyuarat organisasi hunters.

Sebaik sahaja mereka masuk ke ruangan itu, terlihat beberapa Hunters lain yang sudah duduk di sana.

"Kalau begitu, bagaimana jika kita terus ke perbincangan penting kita?" Ujar Jouda.

"Iya benar, mari mulakan perbincangan." Balas Wayami.

"Hmm jadi bagaimana? Apa keputusan kerajaan Aozora?" Tanya Jouda.

"Sebelum itu, saya mahu memastikan sesuatu." Ujar Kagura.

"Apa itu Tuan Kagura?" Tanya Jouda.

"Adakah benar cucu saya memiliki kekuatan yang hanya dimiliki Klan Tsukiko? Apa bukti nya?" Tanya Kagura.

Bilik mesyuarat sunyi seketika........

Jouda berdiri kemudian meletakkan telapak tangan nya pada belakang Kagura sambil membaca sebuah jurus. Setelah itu dia menjatuhkan tangan nya.

"Sekarang lihat ke arah ku." Ujar Jouda.

Tersentak Kagura apabila melihat jouda . Energi yang berbeza dari energi Shizen dapat dirasakan. Bukan itu sahaja, energi itu bahkan dapat dilihat seperti cahaya yang menyelimuti tubuh mereka.

"Inikah energi Mangetsu yang dimaksud kan?" Tanya Kagura dengan riak wajah yang masih terperanjat.

Wayami dan yang lain kehairanan mendengar hal itu.

"Apa maksud nya Tuan? Tuan dapat merasakan energi itu?" Tanya Wayami.

"Saya bukan hanya merasakan nya, tapi turut melihat energi yang besar itu. Balas Kagura.

"Sekarang, aku akan mengeluarkan 20% energi mangetsu ku." Ujar Jouda kepada Kagura.

Tiba tiba, ruangan itu menjadi sesak dan sebuah tekanan mula terasa.

"Ini sama seperti apa yang berlaku kepada Ace." Gumam Kagura.

Kawaze, Wayami dan yang lain turut memikirkan hal yang sama.

Jaouda menghentikan pengeluaran energi nya..

"Kamu sudah dapat jawapan nya sekarang bukan?" Ucap Jouda.

"Sebenarnya, tekanan apa yang dikeluarkan tadi?" Tanya Wayami.

Jouda menuju ke arah Wayami kemudian melakukan hal yang sama seperti apa yang dilakukan nya pada Kagura. Setelah itu, dia turut melakukan nya pada Kawaze dan 4 petinggi huntes Aozora.

Mereka turut terkejut apabila dapat merasakan energi itu, dan lebih mengejutkan apabila energi itu dapat dilihat.

"Apa apaan kekuatan itu? Itu kah yang dimaksudkan dengan energi Mangetsu." Ujar Wayami.

"Iya benar, tapi... entah bagaimana gadis bernama Kiyomizu Ace itu dapat memanipulasi energi Mangetsu di tubuh nya sehingga tiada energi yang dapat dirasa mahupun dilihat dari tubuh nya untuk saat ini." Ujar Jouda.

"Memanipulasi? Apa maksud nya?" Tanya Wayami.

"Gadis itu seperti menerima energi Mangetsu secara paksa hanya apabila dia memerlukan nya sehingga dia mampu menyerap energi Mangetsu orang lain." Jawab Jouda.

Mereka terdiam seribu bahasa... Kemudian Kagura bersuara...

"Sebenarnya... Ace pernah mengeluarkan kekuatan itu sebanyak 2 kali sebelum ini dan kejadian itu hanya berlaku pada malam bulan purnama." Ujar Kagura.

"Memang sewajarnya hal itu berlaku kerana energi Mangetsu itu akan menjadi lebih besar apabila malam bulan purnama tiba. Tapi.... bagaimana gadis itu mengeluarkan kekuatan nya?" Ujar Jouda.

Kagura diam berfikir seketika kemudian memutuskan untuk memberitahu hal sebenar kepada Jouda.

"Sebenarnya... Ace memiliki masa kecil yang terlalu sulit untuk saya ceritakan sehingga membuatnya memiliki trauma terhadap sentuhan orang lain. Namun setelah saya menjaga nya, dia mula melupakan masa lalunya dan dia sudah tidak merasa takut apabila didekati. namun suatu hari ada kejadian yang membuatkan leher Ace tersentuh dan saya tidak menyangka trauma terhadap masa lalunya kembali pada masa itu. Dan untuk pertama kalinya, pada malam bulan purnama dia mengeluarkan kekuatan itu."  Ujar Kagura.

"Sebab tu ke Kazuke cuba tenangkan Ace. Dia dah tahu hal sebenar.." Gumam Kawaze.

"Trauma? Jadi apakah kerana salah seorang pelajar kami mengarahkan pedang pada leher gadis itu yang menyebabkan trauma nya kembali sehingga kekuatan nya muncul." Ujar Jouda.

Kagura hanya mengangguk.

"Tapi bukan kah hanya segelintir klan Tsukiko yang memiliki kekuatan itu? Tuan Jouda juga salah satunya?" Tanya Kagura.

"Itu perkara biasa bagi para hunters di kerajaan ini. Kebanyakan dari kami telah melihat sahabat dan keluarga kami mati di depan mata ketika bertugas dan disitu lah energi mangetsu kami terbangkit." Jawab Jouda.

Kemudian suasana ruangan kembali sunyi..

"Hmm jadi bagaimana? Tuan sudah mendapatkan bukti dari Tuan Jouda,  jadi sekarang adakah Tuan sudah percaya?" Ujar Hasyuki.

"Iya saya percaya dan sebenarnya Raja Tarama, Petinggi hunters serta pemimpin Klan telah memutuskan untuk menyerahkan Kiyomizu Ace kepada kerajaan Gesshoku." Balas Kagura dengan sayu..

"Kerajaan setuju? Jadi bagaimana dengan Tuan? Gadis itu adalah cucu Tuan, jadi Tuan juga setuju?" Tanya Wayami bertubi tubi.

"Apa yang mampu aku bantah jika Yang Mulia sudah membulatkan keputusan nya." Ujar Kagura.

"Kami tiada niat untuk memisahkan Tuan bersama cucu Tuan, tapi membiarkan anggota Klan kami tinggal diluar kerajaan Gesshoku adalah kesalahan berat dan itu adalah peraturan turun temurun Klan kami jadi kami harus menghormatinya." Kata Jouda.

"Iya, saya mengerti. Tapi izinkan saya untuk menemui cucu saya terlebih dahulu sebelum saya berangkat pulang." Ujar Kagura.

"Hmm tentu saja boleh, tapi gadis itu belum sedar sama sekali semenjak kejadian kemarin dulu." Kata Jouda.

"Tidak mengapa, saya hanya ingin menatap wajah nya seketika." Balas Kagura.

"Baiklah kalau begitu, ikut saya." Ujar Jouda kemudian mereka meninggalkan bilik mesyuarat dan terus ke ruangan medis.

****

Sebaik sahaja tiba di ruangan Ace berada, Kagura terus berlari menghampiri Ace dan memeluk Ace seerat erat nya..

Dia mengalirkan air mata sambil mengatakan beberapa hal kepada Ace.

Seusai itu, mereka pun kembali ke kerajaan Auzora semula.

Continue Reading

You'll Also Like

2.8M 140K 121
2nd Siapa je yang tak kenal mereka? Gadis cantik, bergaya, anak kerabat. Itulah Silent Evils , 4 sepupu yang merupakan cucu kepada usahawan dan ahli...
50.8K 3.5K 78
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
1.7M 92.8K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...
3.9M 159K 67
[Completed] Highest rank #1 in teen fiction (25 june 2018) Start~16 january 2018 , end~12 march 2018. TIARA DANEESYA seorang gadis cantik yang diperl...