Mi Àngel // Jihoon ✓

By yoshihoshiss

36.5K 4.3K 427

Aku boleh nampak hantu. Tapi tak semua percaya. Kecuali kau. Terima kasih. ©PARK JIHOON FANFICTION More

CAST! <3
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
EPILOG

BAB 7

1.1K 160 35
By yoshihoshiss

" Nah. " Secawan air dihulurkan pada Saeyoon yang sedang terduduk didalam ambulans. Gadis itu mengangguk dan menyambut air itu dengan gigil.

" LEPASKAN AKULAH, BODOH! LEPASKAN AKU! "

Perhatian mereka teralih pada seseorang yang sedang diseret oleh pihak polis.

Ya, ayah Saeyoon sudah ditangkap polis.

Sekarang ini, Saeyoon baru sahaja dirawat oleh pihak perubatan. Seketika, kawasan perumahannya menjadi perhatian. Jiran-jiran menjengukkan kepala melihat.

Dalam diam, mereka bersyukur.

Akhirnya, adik beradik Ahn terlepas daripada kekejaman sang ayah.

" Mana kau tahu rumah aku? " Soal Saeyoon, perlahan. Dan lelaki yang membantunya itu tersenyum.

" Aku ikut kau tadi sejak kau keluar dengan Jihoon lagi. "

" Kenapa, Yoshi? "

Dan lelaki bernama Yoshi itu memeluk tubuhnya. Wajah si gadis yang bengkak kerana lebam dipandang lama.

" Kau kenal aku? "

" Siapa tak kenal Yoshi, Jihoon dan Junkyu? Korang pelajar harapan sekolah. Cikgu selalu gunakan korang sebagai contoh kat orang bodoh macam kitorang. "

Yoshi berdehem. Dia mengusap belakang tengkuknya sebelum dia fokus pada tujuan asal.

" Jihoon tahu tak kau hidup macam ni? "

Geleng.

" Kau pulak? Kau tahu hidup Jihoon macam mana? "

" Yang aku tahu, dia baru je kehilangan ayah dia. "

" Apa lagi kau tahu? "

Serta-merta, Saeyoon menunduk. Soalan Yoshi membuatkan dia gementar kerana aura lelaki didepannya sangat menakutkan.

Tegas.

" Aku tahu tu je. "

" Hubungan Jihoon dengan momma dia tak baik. Sebabnya, aku tak boleh bagitahu. Tapi, dia tak bahagia macam yang kau nampak. Aku tak nak kawan aku tersiksa lagi. Jadi, aku nak minta tolong kau. "

Wajah Saeyoon mendongak memandang Yoshi. Air liurnya ditelan. Berdebar menunggu bicara Yoshi yang seterusnya.

" Aku nak kau jauhi Jihoon. "

Dang.

Saeyoon menghela nafas kasar.

" Aku tak cari dia pun. Tapi, dia yang perl--- "

" Dia perlukan kau sebab nak settlekan request hantu? Macam tu? "

Saeyoon kehilangan kata-kata. Hanya angin malam menyapa mereka.

" Jangan gunakan Jihoon untuk kepentingan kau. Aku tak tahu apa motif kau. Sama ada kau suka Jihoon atau pun kau nak kikis duit dia. Tapi, tolonglah berhenti. "

Saeyoon berkerut. Dia memandang Yoshi. Seperti dia terluka dengan ayat Yoshi.

Begitu menyakitkan.

" Apa maksud kau, aku gunakan dia untuk kepentingan aku? Jihoon memang betul-betul boleh nampak hantu lepas ayah dia meninggal. Aku pun pernah alami perkara yang sama, jadi dia minta tolong aku. "

" Aku dengan Junkyu tak percaya semua ni. Kitorang rasa Jihoon stres sejak ayah dah pergi sampai dia melalut macam ni. Tolonglah, stop. Jangan dekati Jihoon lagi. Kau pun dah bebas daripada ayah kau. Aku dah tolong kau, jadi kau kena tolong aku. "

" Kau nak cakap aku ni perempuan yang tak tahu malu ke? "

" Tak. Tapi-- "

" Ya, Yoshinori. Aku faham. Aku akan jauhkan diri daripada Jihoon. Terima kasih sebab membantu. Kau boleh balik. "

------------------

Jihoon memulas tombol dan menapak masuk kedalam rumahnya. Dia berkerut kehairanan.

Jam baru menginjak ke angka 9 malam.

Dan rumahnya sangat sunyi.

Dia membuka kasut dan matanya melilau mencari figura yang selalu berada dalam rumah ini.

Figura mommanya.

" Woi perempuan! "

Jeritnya.

Sunyi.

" Woi! "

Sunyi.

" Momma! "

Senyap.

Jihoon mendengus. Dia berura mahu menapak ke tingkat atas sebelum dia terhenti didepan dapur.

Lampu terbuka, namun tiada sesiapa.

Dia menjenguk sebelum dia terlihat ada papan pemotong dan beberapa sayuran yang baru dipotong separuh. Ini menambahkan lagi rasa kehairanan Jihoon.

Mana momma?

Dia memalingkan wajah dan pandangannya jatuh pada tandas yang terbuka lampu.

Dia menapak perlahan.

Dan matanya membulat.

" MOMMA!! " jeritnya. Terkejut dia apabila melihat figura si ibu terbaring diatas lantai tandas dalam keadaan kepala berlumuran darah. Dengan segera dia memapah tubuh momma untuk bangun.

" Momma! Bangun! " Paksanya. Namun, ibunya masih menutup mata tidak sedarkan diri. Jihoon menghembus nafas kasar.

Tubuh si ibu dibawa gaya bride style lantas bilik eomma dituju. Pintu dibuka dan tubuh Puan Park dibaringkan diatas katil. Jihoon cuba menarik nafas tenang.

Tangannya menggigil.

Bayangan wajah ayahnya yang pergi didepan matanya mulai menjengah mata.

" Jihoon? " Jihoon tersentak. Matanya yang sudah berair dilap rakus. Dia memandang si ibu yang sudah terjaga.

" Momma okay? "

Si ibu memegang kepalanya yang berdenyut sakit. Berkerut dahi sang ibu dan terkejut dirinya apabila melihat tangan yang memegang dahi sudah terpalit banyak darah.

" Momma tunggu jap. Jihoon beli bandage! " Berdesup tubuh Jihoon menghilang. Segera dia berlari keluar kembali untuk ke farmasi.

Dirinya jelas risau.

Sangat risau.

Tolonglah, dia tak nak kehilangan momma pula. Cukupla dia kehilangan appa.

Lelaki itu berlari ke farmasi dan dengan tergesa-gesa dia mencari bandage dan segala peralatan untuk mengubati luka.

" Antiseptik ada tak bang? " Soal Jihoon, di kaunter. Dia lantas menerima anggukan. Selepas semua barang dikumpulkan, Jihoon segera membuat pembayaran.

Dalam hati, dia tak habis berdoa akan keadaan si ibu di rumah. Sebaik sahaja bungkusan sudah dibayar beralih ke tangannya, Jihoon terus berlari kembali ke rumahnya.

Pintu ditolak kasar. Tubuhnya yang sudah berpeluh hebat tidak dihiraukan.

Fokusnya hanya satu.

Keadaan sang ibu.

" Momma, ni Jihoon dah belikan ub-- "

Senyumannya mati.

Pegangan ubat terlepas daripada tangannya.

Jihoon tergamam.

Dia sedang melihat ibunya sendiri sedang mencium seorang lelaki.

Jalang tetap jalang.

Jihoon mengepal tangannya. Dia terus menapak ke biliknya dengan air mata yang sudah memenuhi takungan mata.

Usahanya..

Sia-sia.

----------------

Saeyoon menapak lemah ke tandas. Nafas yang panas dihembuskan berat. Kepalanya sakit dan rasa pedih yang sangat mencucuk.

Dia rasa seperti nak muntah.

Nak pengsan.

Nak mati.

Selepas sahaja tiba di tandas, dengan pantas dia ke satu ruangan tandas yang masih kosong. Disitu dia duduk dan mengatur nafas yang semakin berat.

" Jihoon tu makin rapat dengan Saeyoon kan? "

Saeyoon tersentak.

Seseorang sedang menyebut namanya. Dia mengunci mulut dan mendengar dialog diluar.

" Asal dorang tiba-tiba rapat? "

" Pahal? Kau jealous? "

Oh, ada 3 perempuan di luar.

" Aku memang suka Jihoon. Tapi dia tu jenis tak layan perempuan. "

" At least Jihoon single! Junkyu tu? Aduh, dah berpunya tahu tak! "

" Yoshi pulak serius sangat! "

" Saeyoon tu memang tak tahu malu. Semua lelaki nak rembat. Dasar miskin! Mesti mak bapak dia ajar dia jadi jalang. "

Saeyoon mengepal tangan. Walaupun dirinya dalam keadaan lemah, namun hatinya sakit mendengar nama eomma dan appanya dihina.

Mereka tidak bersalah.

" WOI! "

Terperanjat 3 gadis itu. Mereka berkerut sebelum senyuman sinis menghiasi bibir.

" Kau ni lah Saeyoon kan? Perempuan jalang tu? "

" Jaga mulut kau!"

" Eh! Kau tu yang kena jaga body kau! " Serentak rambut Saeyoon dicengkam kuat daripada belakang. Terdongak gadis itu menahan sakit.

" Park Jihoon takkan pernah pandang korang. " Tawa Saeyoon. Ketiga gadis itu mendengus. Segera perut Saeyoon ditumbuk kuat.

Nafas diatur semakin berat. Rasa senak diperut semakin menggila.

" Kau jangan harap kau boleh dapat Jihoon! Kau guna apa hah?! Bomoh? Sihir? " Tengking salah satu gadis. Saeyoon hanya tersenyum sinis dalam menahan sakit.

" Jihoon pandang hati. Bukannya rupa. "

PANGGG!

Berdesir kepala Saeyoon apabila pipinya ditampar kuat. Sehinggakan pedihnya dirasai satu badan.

Dia menelan air liur yang terasa lain.

Rasa darah.

" PUKUL DIA GENG! "

Namun belum sempat Saeyoon dipukul lagi, seseorang sudah datang dan menghalang.

Seorang gadis tinggi yang dengan pantas menarik rambut ketiga-tiga pembuli itu lantas ditarik kuat.

" WOI SAKITLAH BODOH! "

" WOI WOI! "

" EH KAU PEHAL?! "

Ketiga-tiga gadis meringis menahan kesakitan apabila rambut mereka ditarik dan diseret. Gadis itu akhirnya melepaskan cengkamannya.

Dia memeluk tubuh.

" MINTA MAAF DENGAN SAEYOON! "

" KITORANG TAKNAK! "

" MINTAK MAAF SEBELUM AKU BERI NAMA KORANG KAT KIM SAEM! "

" KITORANG TAKKAN MINTAK MAAF! " serentak ketiga-tiga gadis itu bangun dan berlari keluar. Meninggalkan gadis tinggi itu bersama Saeyoon dalam perasaan kesal.

" Eh kau okay tak? " Tubuh Saeyoon dipaut namun gadis itu seperti berada dalam keadaan terombang-ambing. Matanya sesekali tertutup dan terbuka.

Segera dahinya disentuh oleh si gadis tinggi. Berdecit gadis itu.

" Panasnya badan kau! Saeyoon, kau demam ni! Jom aku bawak pergi kli--- EHHH!! " kalut gadis itu apabila Saeyoon terkulai didalam pegangannya.

Saeyoon pengsan!

Continue Reading

You'll Also Like

7.2K 1.5K 10
↺ tanpa sedar kawan baik kau sendiri suka dekat kau. lee taeyong nct shortfic ♡ 𝘀𝘁𝗮𝗿𝘁 .01 08 2020 𝗲𝗻𝗱 .05 08 2020 ▹ luveoskyie
41.2K 6K 68
Please excuse me, tolong halalkan saya, ❝ Kalau awak nak khawin dengan saya.. Kenalah masuk islam dulu ❞ - 나나 ❝ Jangan risau. Saya memang nak masuk i...
3.1K 311 17
Seorang lelaki yang mula jatuh cinta dengan seorang gadis ? Mereka mafia ?? Macam mana pertemuan mereka ? Adakah mereka bahagia ? Sad ending or...
24.1K 4.6K 43
[Completed] Dia orang paling annoying yang pernah aku jumpa dalam hidup ni. Tapi tanpa aku sedar, aku tersuka dia. Apa aku nak buat? © Park Jihoon...