MR. MAFIA

By Nuru1_1man

712K 28.6K 579

RAYYAN ROBERT-Lelaki yang paling diingin di dunia. Lelaki yang paling kejam di dunia juga dia. seorang lelaki... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57 (SPECIAL PART)
BAB 58 ( SPECIAL PART)
BAB 59 ( SPEACIAL PART)
BAB 60 ( SPEACIAL PART)
💕💕💕
NEW STORY 💓

BAB 45

7.7K 309 8
By Nuru1_1man

Rayyan termenung sendiri memandang kosong ke arah meja di hadapannya. Nampak saja tubuhnya di sini namun akalnya melayang memikirkan hal isterinya, Uqasah yang masih lagi tidak di jumpai. Sejak kelmarin dia berusaha hingga kini satu petunjuk pun dia tidak dapat bermaksud sudah sehari Uqasah menghilang dan hatinya bertambah resah.

Keluhan di lepaskan membuang sisa-sisa kepenatan dan kelelahan menghadapi situasi ini. Berat bagi bila orang yang dia sayang menjadi taruhan dalam perlawannya antara musuh. Bagi Rayyan musuhnya itu terlalu lemah kerana menggunakan kelemahannya. Jika benar dia kuat haruslah berlawan dengan secara adil bukan menggunkan sesiapa-sesiapa. Itu baru di panggil jantan.

"abang.. " teguran itu membuatkan Rayyan menoleh sebelum satu senyuman kecil terukir tatkala melihat kedua adiknya itu tegak berdiri di hadapannya. Tangan menarik lengan si kembar duduk di sebelahnya.

"why?" soalnya sepatah. Risya dan Rose berpandangan. Kedua mereka mula mencebik bibir sekali gus membuatkan Rayyan terpinga-pinga sendiri.

"kenapa ni?" soalnya lagi. Rose merenung anak mata Rayyan. Tangan kecilnya naik mengenggam tangan Rayyan yang jelas 2 kali ganda besar darinya. Di kucup perlahan tangan kanan Rayyan. Lama.

"rose minta maaf. Kalau rose halang akak mesti.. "

"shhh.. Rose tak salah pun." ujar Rayyan tanpa sempat Rose ingin melanjutkan kata-katanya. Kepala Rose dan Risya di tarik ke dada. Satu kucupan kasih singgah ke dahi kedua adiknya.

"Risya rinduk akak.. " rengek Risya dengan esakan yang mula kedengaraan. Rose mengangguk mepersetujui kata-kata kembarnya. Jujur dia juga amat rindu dengan kakak ipar mereka.

"janganlah sedih. Insya allah abang akan bawa kakak ipar korang balik sini semula dengan selamat" pujuk Rayyan. Dia tahu kedua adiknya itu begitu sayangkan Uqasah seperti kakak mereka sendiri. Maklumlah selama itu adik-adik itu bukan ada kawan. Jadi bila mereka kehilangan Uqasah maka secara automatik mereka hilang kawan mereka.

"janji!" serentak Risya dan Rose berkata. Rayyan tertawa kecil. Melayan karenah si kembar memang boleh membuatkan dia sedikit tenang dari masalah. Ada saja tingkah laku adiknya yang mencuit hati. Wajah si kembar yang mendongak di pandang. Memang wajahnya mereka sangat serupa tapi seperti yang di katakan tingkah laku mereka berbeza.

"abang janji.. " bisiknya berjanji. Tersenyum Risya dan Rose mendengar janji Rayyan. Pelukan di pinggang Rayyan di eratkan. Sejak duli lagi mereka memang sangat manja dengan satu-satunya abang mereka ini.

"amboi.. " entah dari mana munculnya Raimah yang terus mendekati tiga beradik itu. Danny dan Anif juga turut ada. Si kembar lantas melepaskan pelukan. Masing-masing tersengih seperti kerang busuk.

"manja sangat. Risya tu beringat sikit dah kawin" pesan Raimah. Risya mencebik. Dia bangun lalu mendekati Danny sebelum dengan selamba dia memeluk pula pinggang si suami. Dah halalkan. Danny sekadar diam sambil tangan mengusap perlahan bahu isterinya. Sesekali ciuman singgah ke ubun-ubun Risya.

Rayyab tersenyum kelat melihat kemesraan antara Risya dan Danny. Tiba-tiba pula jiwa kelakiannya terasa sebak yang amat. Semakin kuat dia mencengkam jantung dek terlalu rindu akan isterinya yang entah apa khabar. Sihat ke tidak? Dia sendiri tidak tahu.

"apa plan kau?" tanya Anif membuatkan Rayyan kembali ke alam nyata. Dia terdiam seketika. Rancangan sudah di susun rapi hanya menunggu bertindak saja.

"aku tak tahu lagi kat mana isteri aku!" jawabnya seraya meraup kasar wajahnya. Jelas kelihatan tertekan. Anif dan Danny berpandangan. Mereka sendiri susah mahu membantu dek tempat persembunyi Uqasah masih lagi tidak di ketahui mereka.

"kau jangan risau. Aku dah arahkan beberapa budak-budak kat markas cari isteri kau.. " ujar Danny.

"sampai bila kita nak Tunggu? Entah-entah Uqasah dah tak ada baru kita jumpa macam tu?" soal Rayyan beremosi. Masing-masing mati akal mendengar soalan Rayyan. Tapi mahu tidak mahu mereka kena bersabar dan terus mencari dengan tenang.

"Rayyan! Tak baik cakap macam tu. Cuba fikir yang baik-baik" tegur Raimah sedikit tidak senang mendengar kata-kata Rayyan tadi.

"sorry ma.. Tapi Rayyan risau sangat. Sampai bila baru kita nak jumpa dia? Rayyan takut terjadi apa-apa kat Uqasah." luahnya sebak dan bergetar.

"mama faham tapi kita dah usahakan.. Mama yakin Uqasah baik-baik je kat sana." balas Raimah meniup api keyakian buat Rayyan yang supaya sentiasa berfikiran terbuka dan positif.

Rayyan mengangguk kecil mengiykan saja kata-kata mamanya berharap apa yang di katakan oleh Raimah benar.

"kau tak ada pasang apa-apa ke kat isteri kau. Something like.. "

"shit!" belum sempat Anif bertanya Rayyan terlebih dahulu memaki. Terkebil-kebil semua memandang ke arahnya. Apa kes tetiba memaki?

"macam mana aku boleh lupa? Bodoh Rayyan kau memang bodoh!" omelnya dengan mengigit geram bibir bawahnya. Biarpun dia masih memaki tapi bibir sudah mengukir senyuman harapan.

"apa bodoh?" soal Anif geram. Rayyan tersengih kecil. Hatinya sudah berkobar-kobar tidak sabar.

"aku lupa yang aku ada letak sistem pengawalan kat gelang kaki isteri aku. Kat gelang tu kita boleh detect dia kat mana sekarang.. " beritahunya teruja.

"bodohlah kau. Kenapa tak bagitau awal-awal"marah Danny. Jika Rayyan memberitahu lebih awal sudah semestinya kerja mereka menjadi mudah.

"cepatalah cek!!" desak Rayyan. Sudah ada sedikit sinar harapan di bibirnya.

'wait for me sayangg. I'am back!'

:
:
:
:
:

Rayyan gusar sendiri menunggu keputusan dari Danny. Sudah hampir 1 jam mereka berada dalam bilik mesyuarat tersebut tapi Danny masih lagi tidak menjumpai tempat isterinya. Dia mengerling lagi ke arah Danny yang fokus benar mencari. Dia tahu kerja mencari itu bukan senang namun dalam dia harapannya terlalu besar.

Rayyan mengeluh pula. Jantung berdebar-debar yang amat. Sehingga terasa berpeluh dahi dek terlalu gementar. Walaupun riaknya tampak tenang tapi dalam hatinya hanya tuhan yang tahu seperti mana dia kerisauan sekarang.

"aku dah jumpa!" jerit Danny. Laju Rayyan menghampirinya. Senyuman terbit tatkala mendengar jeritan itu.

"kat salah satu rumah tapi aku tak pasti tu rumah siapa. Kalau ikut logiknya mesti ni rumah dragon kan. Uqasah ada kat dalam!" terang Danny. Rayyan mengangguk faham.

"nasib dia tak bawa Uqasah jauh sangat. Aku takut dia bawa ke luar malaysia je. Kalau ikut jarak dari rumah kita memang jauh sangat. Kira-kira 7 jam baru kita sampai" beritahu Danny lagi.

"it's sokay... Asalkan aku dah tau tempat isteri aku. Petang ni kita kena jalan sebab aku takut nanti dia apa-apakan Uqasah" ujar Rayyan di sambut dengan anggukan dari sahabatnya.

"kalau kita jalan petang bermaksud kita akan sampai pada waktu malamlah kan" sampuk Anif. Rayyan dan Danny mengangguk serentak.

"kalau malam lebih bagus" sinis Rayyab berkata terasa tidak sabar mahu membalas dendam semula. Saat-saat inilah yang dia tunggu selama ini. Misi balas dendam akan terlunas sebentar lagi.

"arahkan semua budak-budak supaya bersedia." arah Rayyan sebelum dia keluar dari bilik itu. Ada sesuatu yang perlu dia buat sebelum menyerang.

Salah satu bilik yang meletakan beberapa jenis barang berbahaya di buka. Semuanya berkualiti tinggi. Rayyan tersengih kecil sambil memandang sekeliling mencari-cari senjata apa yang harus dia bawa. Matanya terpandang satu pistol berwarna emas. Perlahan-lahan dia mendekati pistol itu lalu di sentuh sedikit.

"aku rasa kau perlu bawa yang tu!" entah sejak bila kedua sahabatnya itu muncul dia sendiri tidak tahu. Rayyan tersenyum kecil. Pistol tersebut amatlah berharga dan tidak mungkin ada selain satu itu. Seorang pun tidak di benarkan menyentuh kerana itu adalah pistol kebanggan kumpulan mereka. Bekas arwah papanya punya. Dengan pistol inilah kumpulan mereka maju dek peluru yang sangat padu.

"aku akan bawa yang ni" ujarnya lalu mengambil pistol tersebut.

Bang!

Tepat terkena sasaran yang khas untuk menembak pistol. Rayyan tertawa kecil. Dia menembak lagi membayangkah wajah Dragon yanh di tembak. Setelah berpuas hati barulah dia berhenti. Pistol berwarna emas itu di kucup sekilas.

"korang?" tanyanya kepada Danny dan Anif yang masig tegak berdiri di belakangannya.

"aku pun tak tahu nak bawa yang mana? Semuanya cantik-cantik.." puji Anif sememangnya di akui semua senjata yang berada dalam bilik tersebut mempunyai kekuatan sendiri.

"aku rasa kau kena pakai yang ni" Danny menyerahkan sebuah senapang yang simple tapi sangat kuar. Sekali kena memang terus mati.

"aku tak suka yang ni.. " bentak Anif. Dia mempunyai cita rasanya sendiri. Danny mencebik kecil. Senapang tersebut di halakan ke tembak menembak. Sasarannya juga tidak kurang hebat dengan Rayyan.

"nice shoot.."





Don't forget to vote 🌟

Continue Reading

You'll Also Like

515K 17.1K 73
đ•ļ𝖆𝖗𝖞𝖆 𝖕𝖊𝖗𝖙𝖆𝖒𝖆 RAYDEN ARRAYAN Seorang jejaka tampan yang cukup digeruni banyak pihak. Dingin bak ais beku. Pertemuannya dengan gadis cant...
168K 7.8K 67
[Known as: Stuck With The Mafia] Akibat dendam, menemukan seorang gadis muda dengan sekumpulan lelaki dewasa. Lelaki asing yang langsung tidak pernah...
334K 12.4K 61
Badboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? K...
356K 16K 46
Penjodohan? Ah, siapa saja yang suka! Tapi berbeza pula dengan perempuan bernama Aileen ini. Dikala semua orang membenci penjodohan, dia pula terleb...