Dear, Dr. Leo

By yenasatoru

596K 47.1K 17.5K

Tidak pernah langsung terlintas di dalam fikiran Pearl Helena bahawa pensyarahnya sebenarnya seorang mafia. D... More

01
02
03
04
05
06
07
09
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36

08

15.7K 1.2K 599
By yenasatoru

Sudah mahu masuk pukul enam petang. Batang hidung Aric masih lagi tidak kelihatan. Berkali-kali juga aku menghubunginya tetapi satu pun tidak dijawab. Mana dia ni? Ni yang nak marah ni. Diam je kenapa.

Aku menoleh ke sebelah. Dr. Leo dari tadi scroll telefonnya. Entah apa yang dilihat pun aku tidak tahu.

Aku pandang pula Silas dan Noah di meja hujung. Mereka sedang bermain osom. Noah menunjukkan batu dan Silas menunjukkan burung. Terus pasrah wajah Silas apabila dijentik oleh Noah. HAHAHA bosan sangatlah tu.

"Dr, jomlah balik" ucapku kesal dengan perangai Aric. Makin lama dia semakin tidak kisah akan aku.

"Pearl!" terdengar namaku dipanggil.

Aric tiba-tiba muncul di hadapan aku.

"I'm so so so sorry! kerja dekat office banyak tadi tak sempat siapkan" wajahnya menunjukkan reaksi yang bersalah.

Alasannya seringkali ku dengar.. Alasannya seringkali kau ucap..

"It's okay.." ujarku.

Muncul seorang perempuan di sebelahnya. Dia tersenyum manis kepada aku.

"Pearl ingat tak ni siapa?" soalnya.

"Ayana!?" jeritku teruja. Hilang sudah rasa marahku terhadap Aric.

Serta merta aku bangun dan memeluk perempuan itu kuat. Tak kisah mata-mata di sekeliling memandang, lama sangat tidak berjumpa dengannya. Rindu!

"Lamanya tak jumpa" ucapku setelah pelukan kami terlerai.

"Tulah, Ayana pun rindu mutiara sorang ni"

Aku tersengeh.

Ayana kawan teman masa kecil Aric, mereka selalu bersama dari dulu. Aku kenal Ayana pun dari Aric. Sewaktu awal bercinta dahulu dia tak mahu aku salah faham kerana dia berkawan rapat dengan Ayana jadi dia mengenalkan kami dan sejak dari itu kami menjadi rapat. Tetapi sejak Ayana mula bekerja di Terengganu dia dan Aric semakin jarang berjumpa begitu juga dengan aku.

"Eh duduklah, Aric duduklah" aku pelawa mereka.

"Kenapa boleh sekali ni?" soalku setelah mereka duduk di kerusi hadapan aku dan Dr. Leo.

"Dia dipindahkan dekat syarikat sama dengan Aric. Tadi pun Aric kata nak jumpa Pearl terus dia nak ikut" terang Aric.

"Really? baguslah!"

Mereka tersenyum.

"Who..?" Aric memandang Dr. Leo di sebelah yang sama sekali tidak menghiraukan kami.

"Dia.. dia kawan Pearl. Dia tolong hantar Pearl tadi lepastu teman sekejap sementara tunggu Aric" bohongku lancar.

"Kawan? tak pernah nampak pula. Siapa?" soalnya ragu. Aric memang kenal semua kawan-kawan aku.

"Ini Le.. Leokman. Takkan tak ingat" aku cuba membohonginya lagi.

Bulat mata Dr. Leo memandang aku. Mungkin terkejut tiba-tiba namanya diubah.

"Leokman?" berkerut dahi Aric.

"Lukman Lukman, takkan tak ingat Lukman kot"

Aric mengerutkan dahi seperti cuba mengingatkan sesuatu.

"Since when my name is Lukman?" bisik Dr. Leo perlahan, kedengaran dia tidak berpuas hati.

"Habistu nak nama Latif ke? Pura-pura jelah. Aric tak boleh tahu nama sebenar Dr, kang dia tanya kawan saya macam mana" aku membalas dengan bisikan perlahan.

Kalau dia tanya kawan aku tentang Lukman bolehlah aku bohong lagi bukannya tak ada nama Lukman dekat kampus yang besar tu. Pandai pandailah aku menggoreng nanti. Nama Leo ni pula memang one and only dekat kampus tu, sebut aje nama itu automatik wajah Dr. Leo terpampang di fikiran.

"Tak ingat" ucap Aric pasrah.

"Ha Aric yang tak ingat kan.." aku menyalahkannya

"Maybe, tak apalah"

"Kalau Aric tak suka dia boleh pergi.." ujarku.

"Who say--"

Pap! Terus aku memijak kaki Dr. Leo supaya diam.

Dia mengetap bibir menahan sakit, tak berbunyi terus. Nantilah minta maaf.

"No it's okay, bolehlah kenal-kenal sekali" ujar Aric.

"I'm Aric, Pearl's boyfriend" Aric menghulur tangan, ramah.

"I'm Le.. no I mean Lukman, your girlfriend 'friend'" sengaja dia menekankan perkataan friend itu.

Lalu mereka bersalaman. Dr. Leo memandang tepat ke dalam mata Aric dengan wajahnya yang tiada senyuman terukir.

Aric yang bingung terus melepaskan tangannya.

"Kalau macamtu, Aric pergi order dulu" laju dia meminta izin untuk meng-order.

"Pearl nak apa-apa?" soalnya.

"Takpe, dah ada" balasku.

"Ayana?" dia menyoal Ayana pula.

"Apa-apa je"

Aric tersenyum lalu mengangguk dan bangun pergi ke kaunter untuk memesan.

"Ayana, you look different. Looks like someone is in love.." aku memberikan senyuman mengusik.

Dia diam dan tertunduk malu. Diam maknanya betullah tu.

"Omg, siapa?" aku pula teruja.

"Secret" jawabnya sepatah.

"Alaa, apa ni rahsia pula. Bagitahulah siapa.."

Tiba-tiba Aric muncul semula dengan membawa dulang berisi pesanannya.

"Aric siapa boyfriend Ayana?" terus aku menyoal Aric.

Aric tampak terkejut dengan soalan itu.

"Tak tahu" balasnya pendek sambil meletak dulang berisi dua chocolate milkshake dan banana split.

Aku tersenyum apabila melihat isi dulang itu. Banana split. Setahu aku Aric tidak suka pisang jadi tidak akan dia pesan untuk dirinya mungkin..

"Your favourite" Aric menghulurkan banana split itu kepada Ayana.

Huh?

Tadi Ayana ada pesan banana split ke?

Aku memandang Dr. Leo. Dia memandang ke arah Aric dan Ayana dengan pandangan yang sukar mahu diterangkan.. dia tahu sesuatu?

"You wish that was you huh?" Dr. Leo tiba-tiba berbisik.

Aku menjelingnya sekilas. Tapi kenapa Aric bagi Ayana?

"Jangan salah faham. Dalam kereta tadi Ayana cakap dia teringin makan banana split" terang Aric seperti tahu apa yang dalam fikiran aku.

Oh.

"So, Lukman. Are you Pearl's classmate or just uni friend?"soal Aric mengubah topik.

"I'm her lec-"

Belum sempat Dr. Leo menghabiskan kata-katanya lagi sekali aku memijak kakinya.

"Au-- yes! I'm her classmate" jawab Dr. Leo menahan kesakitan.

Aku tersenyum puas hati. Bagus juga aku pakai kasut harini ada faedahnya.

"You look older than Pearl.." ujar Aric.

Alamak dia dah tahu ke Dr. Leo tu lecturer?

"Are you repeat year?" soal Aric.

Huh, nasib baik.

"How old are you?" soalnya lagi tidak memberi kesempatan untuk Dr. Leo menjawab soalannya.

"What do you think?" Dr. Leo menyoal kembali.

"24?" teka Aric.

"Yes, just like what you think"

Punyalah malas nak berfikir dia iyakan aje. Tapi masalahnya Aric teka tu jauh beno dengan umur asalnya. Macam mana Aric boleh terfikir yang Dr. Leo ini 20- an padahal dia sudah masuk 30 tahun. Dah agak dia pakai susuk.

"Mesti famous dekat kampus ni kan" ujarnya, berbaur cemburu di situ.

Iyep. Memang famous. Lecturer paling hot lah katakan. Nampak sahaja kelibat Dr. Leo walaupun itu bayangnya di sekitar kampus, para wanita sudah histeria dan memujinya melambung sampai ke Africa.

"Pearl tak minat ke?" dia menyoal aku pula.

Aku menggeleng. Apa punya soalan.

Nak kata minat tak minat, nak kata tak minat pun macam tak. Mungkin aku sedikit tertarik dengannya kerana wajahnya yang kacak? Siapa yang tak suka lelaki kacak kan.. Tak kira lah seseorang itu ada teman lelaki sekalipun jika ada lelaki kacak lalu disebelahnya pasti akan menoleh.

Kemudian kami berempat sama-sama berborak-borak. Cuma Dr. Leo tidak banyak bercakap, apabila bertanya sepatah dia menjawab sepatah.

"Excuse me, Pearl saya nak pergi tandas kejap tau" Ayana meminta izin ke tandas.

Aku mengangguk.

"Aric nak pergi tandas juga eh" tidak lama kemudian Aric pun meminta izin ke tandas.

Aku mengangguk lagi.

Kini aku dan Dr. Leo kembali berdua. Dia juga kembali menghadap telefon kesayangannya itu.

Aku menjenguk. Teringin juga nak tahu apa yang dilayannya dari tadi.

Email!?

"Kenapa Dr tengok email?" soalku terkejut.

"Check assignment students" selamba dia menjawab.

"Sekarang?"

"Iyalah"

Terlopong aku memandangnya. Helo, siapa yang layan email semasa keluar? Kalau instagram atau tiktok bolehlah diterima lagi.

"Dr takde instagram ke?" soalku lagi.

"Tak"

"Tiktok?"

"Tak"

Ya ampun ini orang. Masih ada lagi ya golongan seperti ini.

"Dr trylah buat instagram nanti mesti ramai yang follow" aku cuba menghasutnya.

"Is that necessary?" dia menayangkan muka tidak berminat sama sekali.

"Yes. Lepastu follow saya lagi bagus, boleh tambah follower" aku menyengeh.

Itulah motifku supaya dapat menaikkan followers HAHAHA.

"Lelaki itu ke boyfriend Pearl?"

Dengan tiba-tiba Silas dan Noah duduk di tempat Aric dan Ayana tadi.

"Tak handsome pun, handsome lagi aku. Kan Noah?" Silas mencuit Noah disebelahnya.

"Tak, lelaki tu lagi handsome macam Soobin TXT" balas Noah selamba.

"Apa T? Kau ni Noah, supportlah aku" Silas memarahinya, tak puas hati.

Noah menayang muka malas layan.

"Tapi kenapa tadi nampak macam pelik eh? It's looks like that man and woman are dating and you two are just side characters. Why they look so happy?" Silas menyuarakan pendapatnya.

Ada benar juga apa yang dikatakan Silas tapi mereka kawan baik memanglah rapat.

"Aku rasa diorang ada affair" komen Noah.

Pap! Silas menepuk kepala Noah.

"Kau yang kata tadi kan!" Noah memarahi Silas sambil menggosok-gosok kepalanya mungkin sakit ditepuk.

Silas ni hobi dia memang suka tepuk kepala Noah ke?

"Memanglah tapi janganlah cakap depan Pearl! Jagalah hati dia sikit" Silas memarahi Noah pula.

"Kau pun sama!"

"Mana ada!"

"Shut up and leave" Dr. Leo menyampuk perkelahian mulut antara mereka.

Aku hanya bingung memerhati mereka. Dah macam adik-beradik yang bergaduh.

"Tapi boss.." Noah seperti enggan beredar dari situ.

"Silas" Dr. Leo memanggil Silas, tenang.

"Yelah! Jom Noah!" terus Silas menarik Noah.

"Taknak! aku nak dengan boss lah!" Noah meronta-ronta minta dilepaskan.

"Ikut sekarang!" marah Silas sambil menarik lagi kolar baju Noah yang enggan bangun dari tempat duduk.

"Taknak, nak boss!" jeritnya.

Aku hanya menutup muka malu kepada orang di sekeliling yang memandang kami dengan pandangan yang pelik.

"Noah" ucap Dr. Leo. Nadanya seperti memberi amaran.

"Baik boss" terus dia bangun dan menunduk hormat sebelum pergi bersama Silas.

"Sayang, jom" tiba-tiba Aric muncul semula.

Tepat pada masanya! Nasib baik dia tak nampak aksi memalukan Silas dan Noah tadi.

"Pergi mana?" soalku laju.

"Tengok wayanglah"

"Mana Ayana?" soalku lagi.

Di belakangnya tiada pula Ayana. Lamanya dia dalam tandas.

"Dia dah balik dulu" balasnya.

"Alaa, tak sempat nak bye bye"

Aric hanya memberi senyuman tidak mengapa.

"Nak ikut, Lukman?" soalnya kepada Dr. Leo.

"No, thank you. Have fun" ucap Dr. Leo lalu pergi meninggalkan kami.

Pelik aku dengan Dr. Leo ni kenapa taknak ikut pula? Tadi aku halau bukan main payah, sekarang dia yang nak pergi dengan rela hati. Adakah ini maksudnya dia sudah yakin aku ini boleh dipercayai, Alhamdullilah.

----------

Tamat sahaja wayang Aric sudah meminta izin untuk pergi. Katanya ada kerja yang perlu dia lakukan. Seperti biasa aku mengizinkan dia pergi dan aku ditinggal sendiri.

Tercongok aku di luar pintu masuk mall seorang diri. Aku mengerling jam, sudah masuk 8:30 malam. Nasib baik sempat solat maghrib di surau tadi.

Huh sekarang ni terpaksalah aku memesan grab. Sepatutnya tadi aku nak aje menyuruh Aric untuk menghantarku pulang tetapi dia kelihatan begitu terburu-buru dan itu menyebabkan niat aku terbatal.

Pin! Pin!

Kereta yang aku cukup kenali muncul di hadapan.

Orang di dalamnya memberi isyarat menyuruh aku masuk ke dalam keretanya.

Tanpa berkata panjang, aku masuk ke dalam kereta itu.

"Ingatkan Dr dah balik" ucapku sebaik sahaja duduk di kerusi penumpang sebelahnya.

Dia hanya mendiamkan diri.

"Awak okay?" soalnya tiba-tiba.

"Okay je, kenapa?" aku menyoalnya kembali.

Kenapa? Muka aku macam nak bunuh diri ke?

"Your boyfriend left you" katanya.

"Oh dia busy, takpe"

Dia diam sebentar lalu terus memulakan perjalanan.

"Terima kasih Dr untuk harini" ucapku setelah beberapa minit perjalanan.

Dia mengangkat kening seperti bertanya kenapa.

"Dr jadi grab saya harini" ujarku.

"You hungry? Let's go eat"

Hihi, macam tahu-tahu je dia.

Terasa kereta semakin lama semakin mencerun laju. Sesekali Dr. Leo akan melihat cermin pandang belakang
seperti berjaga-jaga.

"Dr.. kenapa?" soalku, pelik.

"Tidur. Sekejap lagi kita sampai" jawabnya tenang.

"Ada apa-apa jadi ke?" aku menyoal lagi.

"No, just sleep. You look tired" katanya lalu menyarung earpod di telinga.

"Siamo stati seguiti" ucapnya.

Dia sedang menghubungi seseorang?

Tiba-tiba sebuah kereta berhenti dengan mengejut di hadapan kami sejurus itu terus Dr. Leo membrek dengan terdesak untuk menghalang daripada melanggar kereta itu.

Aduh! Sakitnya. Aku mengurut-urut dahiku yang terhantuk akibat brek mengejut tadi. Apa dah jadi ni? Accident?

"Wait here. Lock the car. Don't go out no matter what happens" pesannya tegas.

Empat lelaki turun dari kereta yang menghalang kami dengan membawa senjata.

SENJATA!? keempat-empat mereka membawa pistol di tangan.

Dr. Leo meletakkan sesuatu di pinggangnya dan bersedia untuk menuruni kereta.

"Dr! diorang ada pistol! Bahaya" aku cuba menghalangnya daripada keluar.

"You want to die here?"

Aku menggeleng. Terus dia menuruni kereta.

Aku menjadi semakin tidak tentu arah. Takkan aku nak diam je? Polis! Call polis! Gelabah aku mencari-cari telefon pintarku di dalam beg.

Bang! Satu tembakan dilepaskan. Dengan terkejut aku memandang ke luar. Dr. Leo sedang berlawan dengan tiga orang lelaki itu.

Aku menghela nafas. Nasib baik Dr. Leo tak terkena tembakan itu.

Buk! Satu tumbukan hinggap di perut salah seorang lelaki itu terus dia terjelupuk ke bawah.

Dua orang lelaki yang terkejut melihat rakan subahatnya rebah dengan hanya satu tumbukan itu terus menyerang Dr. Leo secara serentak.

Pistol dihalakan ke arah Dr. Leo dengan pantas Dr. Leo menepis pistol itu dan terjatuh ke bawah. Terus dia menumbuk wajah Dr. Leo.

Kelihatan Dr. Leo menetap rahang kuat apabila wajahnya ditumbuk. Cecair merah keluar dari hujung mulutnya. Mencerun matanya memandang lelaki itu seperti berkata 'how dare you touch my gorgeous face!'

Buk! Satu tumbukan hinggap di muka lelaki itu pula. Terus berpusing lelaki itu sebelum rebah mencium jalan.

Tiba-tiba datang seorang lagi lelaki dengan membawa kayu di belakang Dr. Leo.

Aku yang terkejut dengan itu terus keluar dari kereta.

"Dr! Belakang!" jeritku kuat.



Continue Reading

You'll Also Like

35.3K 4.1K 15
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
50.4K 3.3K 42
CRUSH! Siapa ja yang tak crush kalau lelaki itu adalah Syed Putra Ehan Khairul bin Syed Hakim. Jejaka dingin, tinggi lampai, badan tegap dan yang pa...
428K 21.3K 70
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
66.6K 6.2K 25
๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐Œ๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐ƒ๐ข๐š ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐๐ฎ๐ซ๐ž๐ž๐ง ๐‘๐š๐ฎ๐๐ก๐š๐ก | ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐™๐š๐ฒ๐ซ๐š๐ง "๐“๐š๐ค๐ก๐ญ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ง๐ ๐ ...