KASYAF (Hiatus)

By ALIFRYT

17.4K 2.2K 1.1K

Genre: Horror, Paranormal, Mistik, Misteri, Exorcism. ---------------------------------------------------- Ka... More

Prolog
Chapter 1: Sekolah Baru
Chapter 2: Pulang Bersama
Chapter 3: Ruqyah
Chapter 4: Merawat Atau Dirawat?
Chapter 5: Penerimaan Khazanah Kelab
Chapter 6: Ahli Kelab Baru?
Chapter 7: Nur Nabila
Chapter 8: Banglo Usang
Chapter 9: Pertarungan & Kerasukan
Chapter 10: Menziarah
Chapter 11: Nurin Aisyah
Chapter 12: Derita Seorang Gadis
Chapter 13: Mencari Dia Yang Hilang
Chapter 14: Ianya Belum Selesai
Just Want Q&A With Readers
Chapter 15: Saat Pulang
Chapter 16: Iman Yang Terganggu
Chapter 17: Ifrit Yang Menggila
Chapter 18: Pemutusan Sihir
Chapter 19: Ujian Daripada Tuhan
Chapter 20: Misteri Di Mana-mana
Chapter 21: Salah Waktu
Chapter 22: Hukuman Yang Salah
Chapter 23: Letih Dan Penat
Chapter 24: Konflik Baru
Chapter 25: Pemusnah Sumpahan
Chapter 26: Malam Mengancam
Chapter 27: Perangkap Kompleks Maut
Chapter 28: Wira Penyelamat Nyawa
Chapter 29: Rahsia Hakimi
Chapter 30: Kebangkitan
Galeri Watak (Part 1)
Chapter 31: Agensi Paranormal
Chapter 32: Maklumat & Kebenaran
Chapter 34: Lari & Lawan
Chapter 35: Musuh Yang Bodoh
Chapter 36: Kesan Sihir Kedua
Chapter 37: Tujuh Anak Setan
Chapter 38: Yang Lama Kini Kembali
Chapter 39: Pemulihan

Chapter 33: Memori & Maklumat

262 35 11
By ALIFRYT

[Isa POV]

"Macam tu lah ceritanya..." Kata aku sebaik sahaja selesai menceritakan kesemuanya tentang perbualan aku di antara Cikgu Sulaiman itu tadi kepada Aizat dan Dina. Aizat dan Dina yang mendengar segala cerita aku itu tadi pun terdiam sambil ternganga mulut. Nampaknya segala apa yang aku ceritakan kepada mereka berdua ni betuk-betul mengejutkan kerana ianya sememangnya terlalu jauh daripada pengetahuan mereka.

"Jadi selama ni... Kes sumpahan sihir keluarga Aisyah dengan kes Nabila hilang hari tu sememangnya ada kaitan dengan Jembalang dan Namrul dan mangsa yang seterusnya pula adalah mangsa yang masih sama iaitu Nabila? Betul?" Soal Aizat dengan nada yang serius meminta kepastian.

"Tak sure lagi. Tapi buat masa sekarang ni, betullah tu." Balas aku dengan nada yang serius dan perlahan sambil menganggukkan kepala dengan perlahan. Setelah mendengar jawapan aku itu, Aizat terdiam seketika.

"Tapi sebelum tu... Pasal kes Nabila tu, kenapa aku langsung tak tahu apa-apa pasal benda ni eh?" Soal Dina dengan nada yang kebingungan.

"Sebab pihak keluarga Nabila kalau boleh tak nak semua orang kampung besar-besarkan pasal kes ni. Jadi tu sebablah tak ramai yang tahu." Balas Aizat dengan nada yang selamba.

"Ouh macam tu..." Kata Dina dengan nada yang faham.

"Jadi sekarang ni macam mana? Apa yang patut kita buat?" Tanya Aizat kepada aku dengan meminta idea.

"Kita patut kena cari Nabila, tapi aku tak tahu kat mana rumah dia. Korang tahu tak kat mana?" Balas aku lalu menyoal semula kepada mereka berdua.

"Aku tahu je, tapi rumah dia tu jauh jugalah. Tapi kalau kita boleh pergi ke sana pun, kita nak buat apa kat sana tu nanti?" Soal Aizat kepada aku semula.

"Kita buatlah apa yang patut. Pagarkan rumah dia ke apa ke." Balas aku dengan memberi cadangan.

"Masalahnya... Kita ni ilmu dalam bab-bab Ruqyah ni pun masih cetek lagi. Kau tahu ke macam mana cara nak pagarkan rumah orang tu nanti?" Soal Aizat kepada aku lagi.

"Aizat... Semua cara-cara tu dah ada kat dalam Al-Quran dan Hadis. Kita cuma perlukan masa yang sesuai je untuk gunakan semua tu." Balas aku dengan nada yang tenang.

"Isa... This is not about the right time, this is about our enemies. Macam yang kita dah tahu, Namrul dan Jembalang tu mungkin dah jadi makin kuat dan mungkin juga diorang berdua tu tengah perhatikan setiap gerak-geri kita kat mana-mana je. Kalau jadi apa-apa kat kita nanti macam mana? Kita kena fikirkan pasal tu juga tau." Kata dan soal Aizat kepada aku dengan panjang lebar dalam nada yang serius.

"Tak... Sekarang ni, kau lebih pentingkan nyawa kau sendiri ke atau nyawa orang lain ni?" Soal aku kepadanya semula dengan nada yang serius.

"Aku pentingkan kedua-duanya lah. Kalau kita tak boleh nak jaga nyawa diri kita sendiri, macam mana kita nak jaga nyawa orang lain?" Balas Aizat dengan soalan yang bernada serius. Aku yang telah disoalnya sedemikian terus terdiam seketika.

"Ada betulnya juga cakap Aizat tu, Isa. Lagi baik kalau kita fikirkan dulu cara yang lain ataupun mungkin kita boleh minta tolong Cikgu Sulaiman untuk buat sesuatu kat dalam kes ni." Kata Dina bagi menyokong kenyataan Aizat itu.

"Kita dengan Cikgu Sulaiman sememang dah jadi sama iaitu sebagai seorang anggota agensi URKPM. Cuma kita ni anggota sementara dan Cikgu Sulaiman tu pula anggota tetap, tapi tanggungjawab kita masih sama iaitu untuk selesaikan kes ni." Kata aku dengan nada yang serius.

"Cikgu Sulaiman memang akan terlibat sekali kat dalam kes ni dan kita sememangnya perlukan bantuan dia juga untuk selesaikan kes ni sebab dia tu adalah ketua kita dan dia lagi mahir dalam bab-bab ni. Tapi sebelum kita perlukan bantuan dia tu, baik kita tolong dia tu dulu dengan pergi cari Nabila dan pantau keadaan dia tu untuk waktu yang sekarang ni. Nanti bila kita dah tahu macam mana dengan keadaan dan keselamatan dia, barulah kita boleh laporkan dekat Cikgu Sulaiman tentang keadaan dia dan buat rancangan yang seterusnya. Dengan cara ni juga, kita boleh kumpulkan banyak lagi maklumat yang kita perlukan daripada Nabila tu dan kita pun boleh bagi jaminan dekat pihak keluarga Nabila untuk jaga keselamatan keluarga diorang daripada ancaman bahaya sihir Jembalang dengan Namrul tu." Sambung aku lagi dengan panjang lebar. Aizat dan Dina yang mendengar kata-kata aku itu terus terdiam seketika.

"Kalau korang tak setuju, korang bagilah idea korang sendiri. Mana tahu idea korang tu lagi bagus daripada idea aku ni. Tapi aku jamin dan aku yakin yang takkan ada satu pun daripada idea korang tu yang akan menjadi idea yang lagi baik daripada idea aku ni sebab aku yakin takkan ada pilihan lain yang kita boleh buat melainkan dengan pilihan yang ada kat dalam idea aku ni." Kata aku lagi dengan nada yang serius.

"Jaminan keselamatan kita pula macam mana nanti?" Soal Aizat dengan nada yang serius dan was-was.

"Jaminan keselamatan? Kita memang dah ada jaminan keselamatan pun sebab pihak agensi kita sendiri yang akan uruskan semuanya." Balas aku dengan nada yang separa serius.

"Tapi jaminan keselamatan jenis apa je yang kita dapat tu? Lagi satu, kita ni masih boleh selamat lagi ke dengan jaminan keselamatan agensi kita tu? Aku tak nak sekadar mengharapkan pampasan insurans je, tapi aku nak yang pihak agensi boleh bagi jaminan keselamatan nyawa yang baik untuk kita ni juga nanti. Biar sama-sama selamat, tak ada kemalangan dan kemudaratan." Kata Aizat dengan panjang lebar dalam nada yang was-was.

"Aku pun tak tahu macam mana sebab apa yang aku cakap ni pun berdasarkan daripada kefahaman asas aku pada SOP setiap agensi yang sepatutnya menjamin keselamatan pekerja-pekerja dia. Tapi apa-apa pun, aku ni tak pernah takut mati sebab aku ada prinsip aku sendiri iaitu pentingkan nyawa orang lain daripada pentingkan nyawa diri sendiri sebab aku dah berserah diri sepenuhnya kepada Allah untuk jaga nyawa aku. Kalau aku mati dalam keadaan tengah menyelamatkan nyawa orang, aku akan bersyukur sebab mati sebagai penyelamat dan kalau aku tak mati pun, aku tetap akan bersyukur sebab masih lagi hidup dan boleh selamatkan nyawa orang lain." Balas aku dengan nada yang panjang lebar. Selepas mendengar jawapan aku yang panjang lebar itu, Aizat berdecit geram seketika lalu tangannya terus menepuk meja dengan kuat sehingga bergegar seketika. Mujurlah disebabkan tepukan tangannya yang kuat itu tidak menarik kesemua perhatian para pelanggan yang lain. Kalau tak, mesti kami bertiga kena marah nanti.

"Aizat, kenapa kau tiba-tiba tepuk meja kuat-kuat ni? Kalau orang lain marah nanti macam mana?" Tegur Dina dengan nada yang perlahan.

"Ah peduli apa aku! Aku bila dengar Isa cakap macam tu, naik angin terus aku ni." Balas Aizat dengan nada yang geram. Lah... Kenapa pula? Apa salah aku?

"Kenapa kau tiba-tiba nak marah dengan aku pula ni?" Soal aku dengan nada yang kebingungan.

"Isa... 3 hari yang lepas, kat depan mata aku ni sendiri aku tengok kau HAMPIR-HAMPIR nak mati kena bunuh dengan si Namrul tu. Kau dah kena tikam dengan 5 pisau kat dalam perut kau, kau dah kena tanam kat dalam tanah hidup-hidup dengan dia dan kau masih lagi nak borak dengan aku yang kau tak takut mati? Kau tak serik-serik lagi ke lepas dah hadap dengan semua benda tu?" Soal Aizat kepada aku dengan panjang lebar dalam nada yang serius dan aku dengan Dina yang mendengar soalan mautnya itu pun terus terdiam.

"Eh Isa... Cuba kau fikir balik dan fikirkanlah betul-betul. Masa Namrul nak bunuh kau hari tu, aku boleh rasa lagi yang kekuatan sihir dalam badan dia tu dalam level yang sederhana. Tapi bila aku dah dapat tahu daripada mulut kau sendiri tadi yang mengatakan kuasa sihir Namrul tu dah jadi semakin kuat, aku tak boleh bayangkan tau apa yang akan jadi lagi kalau kau nak berhadapan dengan dia tu nanti. Kau tengoklah... Masa sihir dia tu tengah tak kuat lagi pun dia dah boleh nak membunuh kau, ini kan pula bila dia dah jadi makin kuat. Kau masih lagi nak yakin ke yang kau ni boleh terselamat kalau berhadapan dengan dia tu nanti?" Soal Aizat kepada aku lagi dengan panjang lebar dalam nada yang serius. Aku dan Dina hanya sekadar mendiamkan diri sahaja sambil menunggu emosi marahnya itu kembali mereda dengan perlahan-lahan dan setelah emosinya itu semakin reda, barulah aku berani untuk membalas soalannya itu.

"Aku faham yang keselamatan kita ni pun adalah keutamaan kita, tapi kau tak payahlah nak marah-marah aku sampai macam ni." Kata aku dengan nada yang tenang dan serius.

"Aku tak marah kau, aku cuma risau. Aku cakap macam ni sebab kau tu kawan baik aku dan aku tak nak pisang berbuah dua kali lagi. Aku dah tak nak hilang kawan baik aku lagi. Kalau sebelum-sebelum ni bolehlah lagi kau terselamat, itu pun sebab kebetulan je yang kau masih hidup. Kalau lepas ni kau dah tak terselamat lagi macam mana? Kau boleh fikir tak benda tu? Kalau tak fikir pasal diri kau pun, atleast fikirlah pasal hati dan perasaan aku juga." Balas Aizat dengan luahan hati yang panjang lebar dan soalan-soalan yang bernada serius. Aku tergamam seketika selepas mendengar kata-katanya itu lalu aku mengambil nafas seketika sebelum aku menghembuskan ia dengan perlahan bagi mengumpulkan tenaga untuk berdebat lagi dengan si Aizat ni.

"Lailahaillallah... Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah. Walaupun Namrul yang nak jadi Tuhan palsu tu dah jadi semakin kuat dengan kuasa sihir dia tu sekalipun, dia tu tetap tak berhak untuk disembah dan mendapatkan ketakutan kita. Kalau dia nak bunuh aku sekalipun, aku tak pernah takutlah. Selama aku hidup kat dunia ni, bukan dia seorang je yang nak bunuh. Ramai lagi yang pernah cuba-cuba nak bunuh aku. Lagipun, dia tu siapa yang nak buatkan kita ni rasa takut dengan dia? Tuhan ke? Tak. Patutnya takut kita pada Allah dan bukannya pada dia. Kalau kita mati sekalipun, itu dah takdir kita dan kita terpaksa terima. Kalau aku ni, aku lagi rela terima takdir kematian aku dalam berjuang untuk menentang Namrul daripada terima takdir untuk hidup bersama dengan yang orang macam Namrul tu dan terpaksa hidup dalam ketakutan dan berdiam diri tak buat apa-apa dengan dia. Kau nak ke jadi macam semua tu? Kau sanggup hidup dalam keadaan macam tu? Kalau kau sanggup, kau nak jawab apa dengan Allah bila ditanya kat akhirat nanti? Cuba bagitahu aku." Kata aku dengan panjang lebar dalam nada yang serius. Aizat yang mendengar kata-kata aku itu pun terus terdiam membisu seketika.

"Setiap perjuangan, pasti akan ada pengorbanan. Makin besar dan susahnya perjuangan itu, makin banyaklah pengorbanan dia. Bagi aku, walau sebanyak mana pun yang kita patut berkorban, kalau itu adalah yang terbaik untuk kita semua, maka aku sanggup untuk berkorban dengan mengkorbankan apa yang aku mampu. Aku tak kisahlah walau apa yang nak terjadi sekalipun, aku tetap dengan pendirian aku ni untuk pergi cari Nabila tu dan buat apa yang patut sebab ini dah jadi tanggungjawab kita semua sebagai orang Islam untuk membantu sesama manusia dalam membanteras kemungkaran sebab kita orang Islam sepatutnya berpegang pada prinsip amar makruf nahi mungkar. Terpulang pada korang berdualah samada nak ikut aku ataupun tak, aku takkan paksa pun sebab aku pun faham dengan pendirian dan keadaan korang berdua macam mana. Tapi fikir-fikirkanlah balik apa yang aku cakapkan tadi tu. Ini bukan untuk keselamatan dan nyawa kita je, tapi ini untuk kesemua penduduk kampung dan pekan Bukit Berduri sekali sebab diorang pun ada potensi besar untuk jadi mangsa yang seterusnya lepas Nabila tu nanti. Kita kalau tak cegah musuh kita ni dengan cepat, mungkin akan ada lagi banyak mangsa yang akan jadi korban seterusnya. Lagi lambat kita bertindak, lagi lambatlah perkara ni nak selesai." Sambung aku lagi dengan panjang lebar dalam nada yang serius.

"Okey... Disebabkan kes ni melibatkan orang perempuan yang macam Nabila tu, aku setuju nak join." Kata Dina dengan nada yang tenang. Aku berasa bersyukur apabila mendengar Dina berkata yang dia akan sertai aku sekali. Tapi aku tahu, daripada apa yang dikatakannya itu tadi bukanlah tujuan sebenarnya melainkan untuk tidak mahu aku menjadi terlalu rapat dengan Nabila tu nanti. Maklumlah, orang dah sayang kita dalam diam kan? Mestilah dia tak nak cemburu nanti. Heh...

"Kau pula?" Soal aku kepada Aizat yang dari tadi asyik mendiamkan dirinya.

"Hmm... Dah tak ada pilihan lain dah nampaknya. Terpaksalah ikut korang berdua je." Balas Aizat dengan nada yang pasrah.

"Okey cun. Kalau macam tu, jomlah kita pergi ke rumah dia tu sekarang." Kata aku dengan mengajak dalam nada yang serius.

"Hah?! Nak pergi sekarang ke? Kau seriuslah?" Soal Dina dan Aizat dengan serentak.

"Eh tak ada lah. Tunggu raya haji nanti baru pergi. Sekaranglah! Aduh." Balas aku dengan nada yang selamba sambil mengeluh geram lalu bangkit berdiri daripada tempat duduk aku.

"Aduh... Jomlah." Kata Aizat dan Dina dengan keluhan pasrah yang perlahan sambil bangkit berdiri daripada tempat duduk masing-masing lalu terus mengikuti aku daripada belakang untuk keluar daripada restoran MCD tersebut lalu terus bergegas menuju ke rumah Nabila dengan berjalan kaki.
______________________________________

[Skip Time]

Beberapa minit kemudian setelah kami bertiga berjalan kaki dengan bantuan Aizat yang menjadi sebagai penunjuk arah, kini kami telahpun tiba di hadapan sebuah rumah teres putih bertingkat dua yang terletak di salah satu kawasan perumahan teres yang berada di sekitar daerah Pekan Bukit Berduri ini iaitu rumah Nabila.

"Assalamualaikum!" Jerit Aizat dengan memberi salam sambil dia berdiri menghampiri di hadapan pagar besi rumah Nabila yang dicat dengan kelabu itu.

"Waalaikumusalam." Kedengaran suara seorang perempuan yang berusia lingkungan 40-an menyahut salam Aizat itu daripada dalam rumah lalu perempuan itu terus datang menuju ke arah kami yang berada di hadapan luar pagarnya itu.

"Kamu bertiga ni siapa? Ada apa nak datang ke sini ni?" Soal perempuan tersebut kepada kami bertiga. Barangkali mungkin dia ni adalah ibu kepada Nabila.

"Saya Isa. Ini pula kawan-kawan saya, Dina dengan Aizat. Kami bertiga ni kawan sekelas Nabila. Niat datang ke sini nak melawat dia. Kami nak berjumpa dengan dia boleh tak?" Balas aku lalu meminta izin dengan nada yang sopan.

"Ouh kawan Nabila. Ha kalau macam tu, jomlah masuk dulu." Kata ibu Nabila sambil menjemput kami untuk masuk ke dalam rumahnya. Dengan ucapan bismillah di dalam hati, kami bertiga melangkah masuk ke dalam rumahnya itu dengan langkah kaki kanan yang penuh hormat lalu terus mengambil tempat duduk masing-masing di atas kerusi sofa yang terdapat di dalam ruang tamu rumahnya itu. Ibu Nabila tidak duduk bersama kami, malah dia hanya sekadar berdiri sahaja sambil memerhatikan tingkah laku kami ini.

"Err cik-"

"Cik Salsabila. Panggil je saya dengan nama tu." Potong ibu Nabila sebaik sahaja aku mahu menanyakan tentang namanya. Eh eh mak Nabila ni, macam tahu-tahu je yang aku ni nak tanya nama dia.

"Ouh... Err Cik Salsabila, Nabila ada kat mana?" Soal aku kepadanya.

"Nabila ada kat dalam bilik dia kat tingkat atas. Tapi dia tengah demam panas sekarang ni. Tak tahulah kalau dia tu larat nak turun bawah ke tak." Balas Cik Salsabila dengan nada yang tenang.

"Tak apalah. Kalau macam tu, kami nak jumpa dia kat dalam bilik dia boleh?" Soal Dina kepadanya pula.

"Boleh. Pergilah. Makcik nak pergi buat air kat dapur kejap." Balas Cik Salsabila dengan nada yang mesra lalu dia terus berlalu pergi menuju ke arah dapurnya.

"Jomlah." Bisik Dina kepada kami berdua sebelum langkahnya dibawa menuju ke arah tangga dan kemudian menaikinya sehingga ke tingkat atas, lalu kami berdua pun terus mengikutinya daripada belakang.

"Assalamualaikum Nabila." Ucap salam Dina kepada Nabila sebaik sahaja dia tiba di hadapan bilik tidur Nabila yang sentiasa terbuka luas itu.

"Waalaikumusalam... Eh Dina, Aizat, Isa. Ada apa korang datang ke sini ni? Bila korang sampai?" Soal Nabila yang sedang terbaring berselimut di atas katilnya itu lalu dia terus bangkit untuk duduk. Dia dilihat nampak agak lemah dan lesu. Dengan rambut panjangnya yang nampak agak tak terurus dan juga dengan tubuh badannya yang sudah semakin kurus itu betul-betul menampakkan yang dia seolah-olah seperti sedang mengalami penyakit yang teruk.

"Kitorang baru je sampai. Kitorang dapat tahu yang kau tak datang ke sekolah dalam 3 hari ni sebab tak sihat, jadi tu sebablah kitorang datang ke sini nak melawat kau." Kata Dina sambil duduk di tepi katil Nabila itu. Aku dan Aizat pula hanya sekadar berdiri sambil memerhatikan mereka berdua.

"Ouh... Terima kasihlah sebab datang nak melawat aku kat sini. Buat susah-susah je. Uhuk... Uhuk..." Kata Nabila dengan nada yang lemah sambil terbatuk-batuk.

"Eh tak ada lah, tak ada apa yang menyusahkan pun. Melawat kau je, bukannya buat apa pun." Balas Dina dengan nada yang lembut. Aku berdehem perlahan seketika untuk menarik perhatian Dina dan apabila Dina terpandang ke arah aku, aku terus memberikan pandangan mata kepadanya sebagai satu isyarat untuk memberikan kebenaran kepada aku untuk berbicara dengan Nabila. Tanpa sepatah kata, Dina pun terus menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju lalu dia mendiamkan diri seketika untuk memberikan ruang untuk aku bercakap dengan Nabila.

"Nabila... Aku faham yang kau tengah sakit. Tapi aku ada benda nak tanya pasal beberapa perkara yang penting dengan kau. Kalau tak keberatan, boleh aku nak tanya pasal perkara-perkara yang penting tu dengan kau?" Soal aku kepada Nabila sebagai pembuka bicara. Nabila terdiam seketika apabila dirinya disoal sedemikian. Diamnya bukan kerana keliru tetapi seolah-olah seperti takut untuk membicarakan tentang sesuatu dengan aku.

"Jangan risau. Aku cuma nak tanyakan pasal keadaan kau je. Aku takkan tanya lebih-lebih dan aku takkan paksa kau untuk jawab lebih-lebih kecuali kalau kau sendiri yang benarkan. Okey?" Kata aku lagi dengan nada yang perlahan bagi meyakinkan dirinya. Nabila hanya sekadar menganggukkan kepalanya dengan perlahan sebagai tanda setuju.

"Jawab dengan jujur tau." Pinta aku dengan lembut.

"Okey." Balasnya dengan ringkas.

"Okey... Soalan pertama, apa yang dah jadi dengan kau masa sebelum kau kena rasuk dan hilang dekat hutan hari tu?" Soal aku kepadanya dengan nada yang perlahan dan serius.

"Aku... Tak ingat sangat. Apa yang aku ingat... Hari tu, aku balik ke rumah daripada sekolah. Sampai kat rumah, aku mandi dan tukar baju. Lepas tu, aku nak pergi ke dapur untuk makan tengahari dan lepas tu..." Nabila terdiam seketika lalu dia mengusap dahinya perlahan seolah-olah mahu memerah otaknya bagi mengingati semula segala memorinya yang samar-samar itu. Aku cuba untuk membaca fikiran dan minda dia untuk melihat apa yang berlaku. Tetapi disebabkan dia sedang mengalami demam panas, segala memori yang ada di dalam otaknya itu menjadi samar-samar dan ini membuatkan aku tak mampu untuk mengetahui apa yang berlaku melainkan dengan cara menyoalnya dan memaksa dia sendiri untuk mengingati semula apa yang telah berlaku terhadap dirinya ketika sebelum dia dirasuk dan hilang di hutan pada tempoh hari yang lalu itu.

"Bertenang... Jangan paksa diri tu sangat. Cuba ingat perlahan-lahan." Pujuk Dina dengan nada yang tenang sambil dia membantu memicitkan dahi Nabila itu dengan perlahan bersama dengan ucapan selawat penenang diri dalam nada yang perlahan. Nabila yang telah dibantu oleh Dina itu mula terasa tenang dan segala isi memori dan akal fikirannya yang dilihat samar-samar itu tadi pun turut menjadi tenang dan kembali menjadi normal semula.

"Lepas tu, apa jadi?" Soal aku kepadanya bagi mencari sambungan jawapannya itu.

"Lepas tu... Tiba-tiba aku terus pengsan. Bila aku dah sedar balik, tahu-tahu aku kat dalam satu gua yang gelap dan... Kat dalam gua tu... Ada jin. Bukan sikit, tapi banyak dan lepas tu, aku dah tak ingat apa-apa dah. Bila bangun balik, aku dah ada dekat hospital dan aku dapat tahu yang kau, Aizat dengan Cikgu Sulaiman yang datang selamatkan aku." Balas Nabila dengan panjang lebar dalam nada yang perlahan. Menurut daripada deria bacaan minda aku, setakat ni apa yang diceritakan oleh Nabila itu betul. Tapi tak kesemuanya sebab ada beberapa perkara yang dia tak ceritakan kepada aku disebabkan sebahagian daripada memori otaknya yang masih lagi ada yang tidak berapa jelas. Tetapi walaupun masih tidak berapa jelas, aku masih lagi boleh melihat dengan jelas tentang apa yang sudah berlaku daripada dalam memori otak dan mindanya itu. Walaupun dah boleh melihatnya dengan jelas, aku mesti kena soal pada Nabila ni lagi untuk memastikan yang dirinya tidak dipengaruhi oleh seseorang yang telah membuatkan dirinya jadi begini. Kalau dia tak menipu, maka dia tak dipengaruhi. Kalau dia menipu, maknanya dia dah dipengaruhi dan sedang dikawal oleh orang tersebut. Kalau ini berlaku, nampaknya satu lagi masalah yang besar akan timbul.

"Okey... Masa sebelum kau balik daripada sekolah hari tu, kau ada terjumpa dengan sesiapa tak?" Soal aku kepadanya lagi dengan nada yang serius. Nabila terdiam seketika lalu dia mengusap dagunya sambil cuba untuk mengingati semula apa yang telah berlaku pada dirinya ketika itu.

"Ada. Tapi aku dah tak ingat siapa. Apa yang aku ingat, dia ada pegang seekor belalang hitam yang besar. Lepas tu, belalang tu melompat kat aku dan gigit tapak tangan kiri aku." Balas Nabila dengan nada yang perlahan sambil dia menunjukkan tapak tangan kirinya yang ada kesan parut kecil seperti kesan gigitan serangga. Aku hanya sekadar mengangguk faham sahaja setelah mendengar jawapannya itu. Pada ketika ini, aku dah yakin yang Nabila tak dipengaruhi oleh orang tersebut tetapi mindanya yang telah dipengaruhi oleh orang tersebut. Daripada apa yang aku dapat lihat bayangan flashback melalui kotak fikiran dan minda dalam otak Nabila itu, aku dapat melihat dengan jelas bahawa memang ada seorang pelajar lelaki telah memegang seekor belalang hitam yang bersaiz sebesar cili merah besar lalu belalang hitam tersebut telah menggigit tapak tangan kiri Nabila sebelum Nabila melarikan diri daripada belalang dan lelaki tersebut. Daripada apa yang aku dapat tafsirkan daripada bayangan flashback minda Nabila ini, aku sangat yakin bahawa lelaki yang memegang belalang tersebut adalah Namrul dan belalang hitam itu pula adalah agen penghantar sihir yang bertanggungjawab telah menyebabkan Nabila menjadi kerasukan dan hilang termasuk hutan pada tempoh hari yang lalu. Nampaknya minda Nabila telah dipengaruh sedikit olehnya akibat kesan daripada sihir rasukannya pada tempoh hari yang lalu. Heh... Dengan cara ni, mungkin dia fikir yang dia boleh sorokkan dirinya daripada dalam minda Nabila. Tapi dia silap, aku ni orangnya berfikiran jauh sampai ke langit ketujuh. Kau tutuplah kesalahan kau ni dengan cara apa sekalipun, aku tetap boleh kesan kau Namrul.

"Memang Namrul punya kerja ni." Bisik aku kepada Aizat yang sedang berdiri di sebelah aku ini dengan nada yang pasti lalu Aizat pun hanya membalas dengan menganggukkan kepalanya sebagai tanda faham.

"Okey, thanks. Tu je yang aku nak tanya." Kata aku kepada Nabila dengan nada yang perlahan.

"Kenapa kau tanya?" Soal Nabila kepada aku dalam nada yang mendatar.

"Kau nak tahu kenapa?" Soal aku kepadanya semula dan dia terus mengangguk dengan perlahan. Aku menarik nafas dengan perlahan seketika sebelum menghembuskan ia dengan lembut bagi mengumpulkan semangat untuk memberitahu tentang sebuah kebenaran yang agak berat untuk didengari kepadanya.

"Nabila... Nyawa kau dalam bahaya sekarang ni. Walau apa-apa yang akan terjadi sekalipun, aku, Dina dengan Aizat akan jaga kau dengan sebaik mungkin." Kata aku dengan nada yang serius.

"Ha? Apa maksud kau? Aku tak faham..." Soal Nabila dengan nada yang kebingungan.

"Selama ni kau dah kena sihir dengan Namrul dan sihir dia tu aku dah berjaya hapuskan hari tu. Tapi walaupun aku dah berjaya hapuskan sihir tu, kita kena berjaga-jaga juga sebab Namrul masih lagi nak jadikan kau mangsa dia yang seterusnya dan ada kemungkinan lepas ni mungkin dia akan sihir kau lagi dengan sihir yang lagi teruk daripada sihir yang sebelum ni." Balas aku dengan panjang lebar. Setelah mendengar aku berkata begitu, Nabila terus terdiam seketika.

"Kenapa... Kenapa dia nak sihir aku pula? Apa salah aku? Apa yang aku dah buat sampaikan dia nak sihir aku lagi?" Soal Nabila bertubi-tubi dengan nada yang sayu.

"Aku tak tahu kenapa. Tapi yang pastinya, Namrul mungkin dah jadi semakin kuat sebab sejak beberapa hari ni dia dah mula menghilangkan diri dan aku yakin punca dia hilangkan diri tu mungkin sebab nak buat perjanjian dengan syaitan untuk dapatkan kuasa baru. Kita kena lebih berjaga-jaga untuk selamatkan nyawa kau sebab kita tak tahu lagi bila dia akan hantar sihir dia tu dekat kau. Jadi untuk tu, aku dengan Aizat akan pagar rumah kau dengan ayat-ayat Ruqyah dan Dina pula akan cuba merawat kau supaya cepat sembuh. Okey?" Balas aku dengan panjang lebar. Setelah mendengar kata-kata aku itu, Nabila terus menangis dengan perlahan.

"Aku tak fahamlah... Kenapa semua ni jadi kat aku? Kenapa aku yang kena jadi mangsa dia? Kenapa? Kenapa?" Soalnya bertubi-tubi sambil menangis teresak-esak.

"Sabar Nabila. Bawa istighfar banyak-banyak. Ini semua ujian tuhan. Berdoalah banyak-banyak, minta semua ni dijauhkan daripada diri kau cepat-cepat. Insyaallah, semuanya akan selamat." Pujuk Dina bagi menenangkan Nabila yang kesedihan itu.

"Aku tak boleh berjanji dengan kau, tapi aku boleh bagi jaminan yang aku akan selamatkan kau daripada semua perkara buruk ni dan aku akan pastikan yang Namrul tu akan dapat balasan yang setimpal di atas apa yang dia dah buat dekat semua orang selama ni." Kata aku dengan nada yang serius.

"Isa... Aku tak nak susahkan sesiapa lagi dah. Aku dah tak nak libatkan korang semua dalam hal ni lagi. Tengoklah masa aku kena rasuk kat dalam hutan hari tu, disebabkan aku lah Aizat dah jadi buta sebelah." Balas Nabila dengan nada yang sedih sambil menangis teresak-esak.

"Habis tu? Kau nak buat apa? Kau nak biarkan diri kau tu kekal jadi mangsa si Namrul tu? Macam tu? Eh Nabila... Kita tak tahu lagi tau agenda apa yang si Namrul tu nak buat lepas ni. Kau tak boleh buat macam ni. Kitorang datang ke sini dengan rela hatinya nak selamatkan kau daripada ancaman dia. Kalau kau tak nak kitorang tolong kau, nanti makin banyaklah masalah besar nak timbul nanti." Kata Aizat dengan panjang lebar dalam nada yang separa tegas. Nabila yang mendengar kata-katanya itu terus terdiam membisu seketika.

"Betul kata Aizat tu. Selama kitorang tolong kau, kitorang tak pernah rasa yang kau ni menyusahkan. Cuma kau akan jadi betul-betul menyusahkan kalau kau tak dengar cakap kitorang. Fikirlah baik-baik, Nabila. Mencegah tu lebih baik daripada merawat. Sebelum apa-apa masalah yang besar akan terjadi, lagi baik kita bersiap sedia dengan cepat. Ini bukan untuk kau seorang je, tapi untuk keluarga kau juga." Sambung aku dengan panjang lebar.

"Tapi... Aku tak naklah ada yang terpaksa menderita disebabkan aku lagi. Aku dah tak nak semua tu berlaku. Kau tak faham, betapa sakitnya hati aku ni bila aku dapat tahu yang ada orang lain terpaksa menderita disebabkan aku." Balas Nabila dengan nada yang sedih.

"Nabila... Memang selepas kejadian kau kena rasuk kat hutan hari tu, aku menderita teruk disebabkan kau. Aku dah buta mata kiri selama-lamanya dan mak aku hampir nak jadi kemurungan disebabkan perkara ni. Tapi derita aku semua ni kejap je rasanya sebab aku faham... Dalam hal ni, bukan kau yang salah sebab kau tu cuma mangsa keadaan je. Yang bersalahnya aku sebab terlalu cuai. Lagipun, derita seorang penyelamat akan terus hilang bila dapat tengok orang yang diselamatkannya masih lagi hidup dengan aman. Jadi lepas ni, tolonglah... Aku nak kau teruskan hidup kau dan jangan mengalah dengan ujian hidup kau yang berat ni. Kalau kau tak mampu nak bertahan, tak apa... Kitorang semua ada untuk kau. Kitorang akan tolong kau dengan apa-apa cara sekalipun sampailah semuanya dah selamat. Okey?" Kata Aizat dengan panjang lebar dalam nada yang memujuk. Nabila terus terdiam lagi sekali setelah mendengar kata-kata Aizat itu. Kali ini dia berhenti menangis lalu dia mengusap air matanya itu dengan tangannya.

"Okey. Terima kasih semua sebab sanggup nak tolong aku." Kata Nabila dengan nada yang terharu dan kami bertiga pun hanya sekadar tersenyum sahaja sambil menganggukkan kepala dengan serentak.

"Kurikk... Kurikk..." Tiba-tiba deria telinga aku menangkap satu bunyi-bunyian halus seperti seekor serangga yang berbicara. Aku memerhatikan ke arah sekeliling ruangan sekitar bilik Nabila itu namun langsung tak terjumpa sebarang serangga yang berada di situ.

"Eh, kenapa kau? Tengok sana sini macam dah hilang sesuatu ni dah kenapa?" Soal Aizat kepada dengan nada berbisik.

"Aku terdengar bunyi serangga tadi. Tapi tak tahu bunyi tu datang daripada mana." Balas aku dengan nada yang sama.

"Hmm... Tak ada pula aku dengar suara serangga. Tapi kejap..." Aizat terdiam seketika lalu matanya pun turut mencari-cari punca bunyi tersebut.

"Kau takkan tak nampak apa-apa? Aku mata tengah tak berapa jelas ni." Soal Aizat kepada aku dengan nada separa berbisik.

"Memang tak nampak apa-apalah. Serius." Balas aku dengan nada yang serius dalam separa berbisik.

"Hmm..."

"Kenapa korang?" Soal Dina dan Nabila kepada kitorang.

"Err... Aku ada terdengar suara serangga tadi. Ada binatang masuk ke bilik kau ni ke tadi?" Balas aku lalu menyoal kepadanya semula.

"Erm... Tak tahulah, aku pun tak perasan." Balas Nabila dengan nada yang tak pasti sambil dia menarik rambut sisinya ke belakang telinga. Apabila dia berbuat sedemikian, aku terus ternampak ada sesuatu benda yang pelik bersembunyi di belakang tengkuk Nabila. Ianya kecil, halus, panjang dan berwarna hitam. Dengan sekali pandang sahaja aku dah tahu apakah ia.

"Aizat, cuba kau tolong carikan serangga tu. Kalau dah jumpa nanti, halau cepat-cepat." Arah Dina kepada Aizat.

"Tak payah. Aku dah tahu dah kat mana." Bantah aku dengan serius.

"Hah? Kat mana?" Soal Nabila dengan nada yang terkejut.

"Ada tisu tak?" Soal aku kepada Nabila tanpa membalas soalannya itu tadi.

"Dekat atas meja tu." Jawab Nabila sambil jari telunjuknya menunjukkan sebuah kotak tisu yang terletak di atas meja belajarnya.

"Ambilkan sehelai." Arah aku pada Aizat. Tanpa sepatah bicara, Aizat pun terus mengambilnya lalu menyerahkan sehelai tisu kering kepada aku. Aku meletakkan tisu kering tersebut di atas kepala Nabila lalu aku letakkan tangan kiri aku di atasnya untuk memegang kepala Nabila.

"K-kau nak buat apa ni?" Soal Nabila dengan nada yang takut.

"Binatang tu ada kat belakang tengkuk kau. Jangan risau, aku akan cabut cepat-cepat." Balas aku dengan nada yang serius lalu memegang binatang yang berada di belakang tengkuknya itu dengan kanan aku dan kemudian aku terus menariknya dengan cepat.

Shikk!!

"Argh!!" Nabila terjerit kesakitan apabila aku telah menarik seekor belalang hitam yang besar daripada belakang tengkuknya itu. Nampaknya belalang ni telah lama menggigit tengkuk Nabila dan menghisap darahnya.

"Krr... Rarr..." Kedengaran suara belalang hitam itu mengerang dengan ganas sambil meronta-ronta mahu dilepaskan daripada pegangan aku itu.

"Ya Allah, besarnya belalang ni." Kata Dina dengan yang terkejut.

"Eh belalang ni... Belalang ni lah yang gigit tangan aku hari tu." Kata Nabila dengn nada yakin. Memang benar, inilah belalangnya. Belalang yang telah digunakan oleh Namrul untuk menghantar sihir kepada Nabila. Nampaknya aku dah terlambat sebab belalang ni dah berjaya hantar sihir keduanya dekat Nabila setelah ianya mengigit tengkuk Nabila itu tadi.

"Krrr... Tak guna..." Kata belalang itu kepada aku dengan bisikan marah yang hanya aku seorang sahaja yang mampu memahami bahasanya.

"Ingatlah Isa... Dia melihat, dia mendengar dan dia tahu tentang segalanya yang kau dan kawan-kawan kau buat. Dia akan pastikan yang kau dan kawan-kawan kau takkan selamat. Takkan pernah selamat!" Kata belalang itu lagi dengan nada yang marah lalu dia terus melompat terbang daripada cengkaman aku untuk melarikan diri.

Shiuff!!

"Erk!" Belum sempat belalang hitam itu mahu melarikan diri melalui Nabila itu, aku terus terus melontarkan sebatang pen hitam yang aku ambil daripada meja belajar Nabila itu ke arah belalang tersebut lalu terus membunuh ia dengan sasaran yang tepat di kepalanya. Nasib baiklah dengan deria mata Kasyaf aku yang tajam ni, aku mampu membunuhnya dengan sekali balingan pen yang tepat. Kalau balingan aku tu tersasar tadi, mesti belalang tu akan terlepas dan akan kekal hidup untuk meneruskan 'khidmatnya' kepada Namrul.

"Tch! Tak guna..." Decit aku dengan geram.

"Kenapa?" Soal Aizat dengan nada yang perlahan.

"Kita dah terlambat. Namrul dah hantar belalang tu untuk masukkan sihir kedua dia dekat dalam badan Nabila dan yang paling teruk sekali, dia dah tahu tentang semua rancangan, pergerakan dan tindakan kita." Balas aku dengan nada yang serius.

"A-APA?!"
______________________________________

[Namrul POV]

"Pfft!! Uhuk uhuk..." Aku yang sedang duduk di atas kerusi sofa di rumah banglo usang milik Jembalang ini terus terbatuk berdarah seketika setelah belalang hitam yang dihantar aku itu tadi telahpun dibunuh oleh Isa dengan balingan sebatang pen yang tepat. Cis! Tak guna betul. Sampai aku sekali terasa sakitnya tu. Tapi apa-apa pun, aku dah berpuas hati sebab dah dapat masukkan sihir kedua aku ke dalam badan Nabila dan aku pun dah dapat banyak maklumat daripada Isa. Lepas ni, aku takkan biarkan mereka semua tu terselamat lagi. Aku akan kerjakan mereka semua tu cukup-cukup dengan kuasa sihir aku yang paling terkuat ni.

"Gembira nampak..." Tiba-tiba Jembalang datang menegur aku daripada arah pintu masuk rumah banglo ini lalu dia datang menghampiri aku.

"Memanglah. Aku dah berjaya hantarkan sihir kedua aku dekat 'kambing hitam' kita dan aku pun dah dapat korek banyak maklumat daripada Isa dengan kawan-kawan dia. Lepas ni aku akan pastikan yang diorang semua tu takkan terselamat lagi dah. Kau tengoklah nanti. Hehehe..." Balas aku dengan panjang lebar dalam nada yang sinis.

"Baguslah kalau macam tu. Tapi sebelum kita hapuskan Isa dan kawan-kawan dia tu, kita kena hapuskan penyokong kuat Isa tu dulu." Kata Jembalang dengan nada yang serius.

"Penyokong kuat Isa? Siapa? Cikgu Sulaiman tu ke?" Soal aku kepadanya bertubi-tubi dalam nada yang keliru.

"Tak. Al-Fitri. Selagi dia tu berpihak kepada Isa, selagi tu lah kita tak boleh nak lawan Isa sebab Al-Fitri tu jin yang kuat. Jadi untuk tu, kita mesti kena hapuskan dia tu dulu untuk memudahkan kerja kita lepas ni." Balas Jembalang dengan nada yang masih serius.

"Hmm... Baik. Kalau macam tu, aku serahkan Al-Fitri tu dekat kau. Kau uruskanlah dia tu sendiri eh? Pastikan dia tu dah dihapuskan hari ni juga." Kata aku dengan nada yang sinis.

"Hehe... Itu lah yang aku mahukan." Balas Jembalang dengan nada yang sinis.

"Pergilah cari dia. Hantarlah kesemua bala tentera jin kau yang kuat-kuat untuk hapuskan Al-Fitri tu dan jangan biarkan dia terlepas." Kata aku dengan nada yang sinis dan angkuh.

"Heh... Menurut perintah, tuanku." Balas Jembalang dengan nada yang sinis dan menyindir lalu dia terus menghilangkan dirinya dengan menjadi puluhan kelawar hitam yang berterbangan ke atas langit. Aku pula yang telah ditinggalkan bersendirian ini hanya sekadar tersenyum sinis sahaja sambil memeluk tubuh.

"Saksikanlah, wahai Isa... Mimpi ngeri yang terbesar kat dalam sejarah hidup kau akan tiba tak lama lagi. Kau tunggu je nanti. Aku akan pastikan hidup kau hancur dan kau takkan selamat sampai bila-bila. Hehehe..."

[Bersambung]

Continue Reading

You'll Also Like

124K 5.6K 13
"Wujud ke hantu?" "Aku tak takut hantu la!" "Sekarang zaman dh maju la, mana ada hantu..." Antologi Cerpen Takut Hantu ini merupakan himpunan kisah2...
128K 8K 33
Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Namun adakah dengan pemergian Alif merupakan satu pengakhiran kepada kisah persahabatan ini? Atau...
60.7K 4.6K 57
Kata orang...malang tak berbau.. penyakit jangan di cari.. Tapi kadang-kadang tanpa kita sedar juga ada orang yang sakit hati melihat kita. Dunia. Ti...
144K 6.1K 21
cerita seram baca dahulu baru anda tahu.. jgn lupa vote tau kalau dah habis baca