MR. MAFIA

By Nuru1_1man

712K 28.6K 579

RAYYAN ROBERT-Lelaki yang paling diingin di dunia. Lelaki yang paling kejam di dunia juga dia. seorang lelaki... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57 (SPECIAL PART)
BAB 58 ( SPECIAL PART)
BAB 59 ( SPEACIAL PART)
BAB 60 ( SPEACIAL PART)
πŸ’•πŸ’•πŸ’•
NEW STORY πŸ’“

BAB 41

8.2K 325 8
By Nuru1_1man

Rayyan tersengih kecil melihat wajah cemberut Uqasah walaupun tangan bergerak mengikat tali lehernya. Dia menarik pinggang Uqasah mendekati sebelum satu ciuman tersinggah ke dahi putih isterinya.

Riak wajah Uqasah masih sama. Muncung bibirnya semakin panjang dengan dahi berkerut. Tergeleng kepala Rayyan. Muncung-muncung pun tapi tangan masih lincah melakukan kerja.

"hubby.. Pujuklah" rengek Uqasah mendongak memandang wajah Rayyan. Kaki di hentak geram bila Rayyan hanya diam memerhatinya. Bukan nak pujuk.

"nak pujuk macam mana kalau orang dah pujuk still nak merajuk juga" ujar Rayyan dengan selamba. Tidak semena-mena Uqasah mencubit dada Rayyan dengan geram. Makin galak Rayyan ketawa.

"hubbbyyyy.. " bentak Uqasah. Kali ini di gigit kuat pula dada Rayyan dek terlalu geram. Berkerut sedikit dahi Rayyan tapi tidak lama kemudian tawanya kembali kedengaraan. Bertambahlah cemberut wajah Uqasah.

"isshhh.. Dia nikan" baru saja dia mahu berjalan menjauhi Rayyan tapi belum sempat melangkah Rayyan terlebih dahulu menariknya hingga dia kembali melekat di tubuh suaminya. Wajah Rayyan langsung tidak di pandangan malah matanya setia memandang jari jemarinya sendiri yang berada di dada Rayyan.

"merajuk?" soal Rayyan. Uqasah diam. Air matanya mula bergenang. Bibir sudah pun tercebik-cebik. Sejak dia di sahkan mengandung manjanya semakin bertambah. Salah sikit nak menangis.

"sorrylah.. " pujuk Rayyan lagi. Wajah Uqasah di dongakkan memaksa supaya memandang ke arahnya. Terus jatuh menitis air mata Uqasah yang sedari tadi di tahan.

"hubbyyy.. " rengeknya. Badan di goyangkan ke kiri kanan tanda protes. Tangannya yang berada di dada Rayyan berpindah memeluk tubuh suaminya. Dengan kepala yang masih
Mendongak.

"janganlah menangis. Hubby pergi kerja ke sayang.. " Rayyan mengusap lembut pipi kemerahan isterinya. Baru menangis sekejap dah memerah wajah putih bersih itu.

"nak ikut.. " dengan bibir memuncung dia berkata. Rayyan mengeleng kecil. Bibir Uqasah yang memuncung itu di kucup sekilas.

"tak payah nak ikut sangat. Nanti hubby baliklah. Sayang tu mengandung ingat sikit" ujarnya masih tetap dengan keputusanya. Sejak tadi lagi Uqasah merengek mahu mengikutnya tapi di bantah sekeras-kerasnya.

"kenapa pula orang mengandung tak boleh ikut?" omel Uqasah. Hingus di tarik tanpa segan silu.

"just stay home ye sayang...kejap je. Hurmm.. " rayu Rayyan. Kedua pipi Uqasah di cium geram sehingga menghasilkan bunyi. Geram sangat dengan pipi isterinya yang semakin tembam sejak mengandung.

"nanti rindu macam mana?"

"nanti kalau rindu hubby baliklah" seperti kanak-kanak saja Rayyan memujuk Uqasah. Biasalah orang mengandung ni macam-macam feel.

"janji tau!"

"janji" laju Rayyan mengangguk. Dahi Uqasah di cium. Lama bibirnya singgah ke dah itu.

"dah jom turun. Hubby dah lambat.. " selepas saja melepaskan kucupan Rayyan menarik tangan Uqasah untuk turun ke bawah. Layan isteri punya pasal sampaikan dah lambat nak masuk kerja tapi tak apa diakan boss.

Sampai saja di pintu utama Rayyan terus memasukkan kasut ke kakinya. Bibir tersengih kecil melihat wajah masam si isteri. Tak habis lagi nak merajuk sajalah tu nak minta pujuk. Selesai saja memakai kasut pinggang Uqasah kembali di tarik.

"take care. Jangan keluar rumah tanpa kebenaraan hubby tau.. " pesannya bernada tegas. Uqasah sekadar mengangguk kecip sebagai balasan. Hatinya gusar mahu melepaskan Rayyan biarpun hanya ke kerja. Kalau boleh dia mahu ikut saja ke mana suaminya pergi. Tak sanggup nak berpisah. Rindu!

"janganlah masam-masam. Cuba senyum sikit" kedua pipi Uqasah di tarik oleh Rayyan memaksa supaya bibir itu mengukir senyuman. Tergelak Uqasah dengan tingkah laku Rayyan.

"macam tulah isteri kesayang hubby" puji Rayyan. Uqasah yang tadinya tersenyum masam kembali. Berkerut dahi Rayyan. Dia ada buat salah lagi ke?

"isteri kesayangan?" soal Uqasah dengan wajah kebinggungan.

"yalah. Isteri kesayangan.. " Rayyan mengangguk.

"hubby ada berapa orang isteri?"

"lah.. Sayanh seorang jelah!"

"habis tu kenapa isteri kesayangan.. " bentak Uqasah. Semakin pening Rayyan melayan karenah Uqasah. Tangannya menekup ke pipi Uqasah. Mata tajam merenung anak mata Uqasah.

"okey cakap dengan hubby apa masalahnya.. " lembut Rayyan berkata. Tips nak pujuk orang mengandung kena cakap lembut-lembut.

"sayang tak sukalah dengar bunyi isteri kesayangan itu.. Macam hubby banyak sangat isteri" adu Uqasah. Dia rasa macam lain sangat bunyi 'isteri kesayangan'tu. Seolah Rayyan terlalu banyak isteri.

Tergeleng kepala Rayyan mendengar kata-kata isterinya. Dia menunduk mencium sekilas mata isterinya sebelum kembali menegak.

"okeylah hubby tak cakap lagi macam tu" ujarnya berjanji.

"take care tau isteri comel hubby ni. And hubby sayanggg sangat kat isteri hubby ni.. " ujar Rayyan dengan sengihan. Sekali lagi pipi kanan Uqasah di cium geram. Mengekek Uqasah tertawa.

"love you too hubby sayang.. " Uqasah pula bertindak mencium pipi Rayyan. Lebar senyumannya mendengar kata-kata suaminya sebentar tadi.

"baby pun jangan nakal-nakal tau" sempat Rayyan mengucup sekilas perut Uqasah yang masih lagi kempis itu sebelum berlalu pergi.

"bye hubby.. " jerit Uqasah tatkala kereta suaminya sudah keluar dari pagar rumah. Hilang saja kelibatan kereta yang di naik Rayyan Uqasah terus masuk ke dalam. Suaminya kata tak baik duduk kat luar seorang-seorang.

:
:
:
:
:

Rayyan sekadar mengangguk membalas sapaan dari pekerjanya. Tangan kiri di masukkan ke dalam poket manakala tangan kanan memegang beg kerjannya. Memang sekali tengo terus jatuh cinta. Bahayakan panahan mata Rayyan hanya sekali mampu mencairkan para wanita. Kalau nak jatuh cinta jumpalah Rayyan! :)

Lif yang hanya khas untuknya dan kedua sahabatnya di naik dengan bergaya. Rayyan masuk ke dalam lif. Butang lif di tekan sebelum terasa lif itu bergerak naik. Jam di tangan di kerling. Sudah menunjukkan jam 9 pagi. Sepatutnya dia kena datang jam 8 tapi memandangkan dia menghadapi halangan dari isterinya memang lambatlah jawabnya.

Tatkala mengingatkan wajah Uqasah automatik bibir mengukir senyuman. Kepala di geleng cuba menghapuskam segala tentang Uqasah. Nanti tak siap pula kerja duk memikirkan si isterinya.

Kedengaaran bunyi lif terbuka laju saja Rayyan keluar lalu memasuk ke biliknya. Beg kerjanya di letakkan ke meja. Dia duduk ke sofa embuk yang sudah siap tersedia di biliknya.

Baru saja dia mahu mengambil laptopnya pintu biliknya kembali terbuka. Tidak melihat pun dia sudah tahu siapa. Mana ada orang berani masuk ke dalam biliknya tanpa mengetuk pintu kecuali kedua sahabatnya.

"asal lambat. Aku yang baru kawin pun datang awal kau pula lambat macam kau yang baru kawin" bebel Danny. Tidak puas hatinya sebenarnya kerana dia tidak mendapar cuti sempena perkawinannya dek terlalu banyak kerja yang perlu di uruskan.

"suka hatilah.. " selamba Rayyan berkata. Danny dan Anif serentak duduk bertentangan dengan Rayyan.

"biasalah isteri mengandung mesti banyak dugaan.. " kata Anif. Rayyan mengangguk mengiyakan kata-kata Anif.

"cakap macam dia dah kawin" perli Danny. Sehari dia tidak menyakitkan Anif tidak aman hidunya namun pergaduhan itulah mengeratkan lagi sebenarnya persahabat antara mereka bertiga.

"well.. Maybe tak lama lagi kut.. " Anif mengangkat kening bangga.

"ye, ye je kau. Rose pun masih lagi tak nak dengan kau habis kau nak kawin dengan siapa?"

"tak apalah. Tak lari gunung di kerja.." balas Anif. Rayyan yang melihat hanya mampu mengeleng kepala. Pening melihat pertengkaraan yang berlaku antara Danny dan Anif.

"korang datang sini setakat nak bergaduh je ke? Kalau macam tu di persialkan keluar.. " sampuk Rayyan dengan satu kata kesat. Jika anda bijak maka anda akan tahu perkataan kesat yang di gunkan Rayyan.

"taklah..aku nak tanya ni. Syarikat kat france kau okey ke?" soal Anif. Rayyan terdiam.

"tak adalah okey sangat. Ada juga problem tapi tak apa aku percaya tak akan memudarkan punya" jawab Rayyan yakin.

"memanglah jangan je nanti terus muflis pula syarikat kau kat sana.. " selamba saja Danny berkata.

"habis tu takkan kau nak suruh aku pergi ke sana pula. Isteri aku macam mana? Dahlah dia tengah mengandung anak aku.. "

"kau jelah pergi Anif" ujar Danny memandang ke arah Anif di sebelahnya. Laju saja Anif mengeleng.

"kau bukannya ada isteri pun..." kutuk Danny lagi. Anif merengus geram. Tak habis-habis nak menyindir macamlah dia seorang saja yanh ada isteri.

"memanglah tak ada tapi cinta hati aku ada!" Danny menjulingkan matanya. Meluat mendengar ayat romantik Anif.

"tak apalah aku faham masing-masing ada sebab tersendiri. Buat masa ni biar dulu anak buah aku yang handal. " ujar Rayyan memberi kata putus. Dia tahu masing-masing tidak sanggup meninggalkan wanita kesayangan mereka. Sedangkan Anif yang tak ada ikatan dengan Rose pun boleh rindu apatah lagi dia dengan Danny yang mempunyai isteri.

"okey.. Cun" Danny mengangguk setuju begitu juga Anif. Perbualan mereka semakin berpanjangan. Masing-masing sibuk membincangkan hal kerja. Hal isteri tepikam dahulu. Balik nanti baru ulit isteri pula.










Don't forget to vote 🌟

Continue Reading

You'll Also Like

493K 15.5K 39
"Aku nak kahwin",kata Sofea.. "Uhukk!! Apa?",soal Shamira,air yang diteguknya tadi tersembur keluar. "Mama aku yang suruh",kata Sofea lagi.. "Dengan...
78.7K 1.9K 33
"Kau jangan jadi bebal sangat boleh tak?" - RAYYAN MIKHAEL "Sampai hati panggil saya bebal.." - MYA ELMIRA "Dah kau bebal nak buat macam mana?" - RAY...
44.4K 4.3K 5
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih a...
267K 11.4K 47
Setelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain p...