MR. MAFIA

By Nuru1_1man

710K 28.5K 529

RAYYAN ROBERT-Lelaki yang paling diingin di dunia. Lelaki yang paling kejam di dunia juga dia. seorang lelaki... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
BAB 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
BAB 57 (SPECIAL PART)
BAB 58 ( SPECIAL PART)
BAB 59 ( SPEACIAL PART)
BAB 60 ( SPEACIAL PART)
💕💕💕
NEW STORY 💓

BAB 39

8.6K 352 2
By Nuru1_1man

Rayyan terus melangkah masuk ke dalam markas bila kereta mereka kini sudah sampai. Di tinggalkan saja kedua sahabatnya itu. Laju langkahnya berjalan masuk. Memerah wajahnya menahan amarah
yang terlalu membuak.

Danny mengeluh. Tak sempat nak rasa bahagia dah ada musuh serang. Orang baru je nak sweet-sweet dengan isteri. Nampaknya kena tanggung lagi bulan madu mereka.

Baru saja Rayyan mahu melepaskan amarah tapi tatkala melihat 10 mayat di hadapannya membatalkan niatnya. Dia mengeluh. Sudah 10 anak buahnya terkorban. Danny dan Anif iuga turut terkaku melihat mayat-mayat tersebut.

"master!" zack yang baru datang bersama beberapa anak buah Rayyan yang lain datang lalu menunduk hormat. Masing-masing menunduk tidak berani mahu melawan panahan mata Rayyan. Tajam seperti pisau.

"what happen?" soal Rayyan.

"markas kita tiba-tiba kena serang semalam waktu semua dah tidur. Tak ada siapa pun yang perasaan kelibatan musuh!" beritahu Zack dengan pantas. Rayyan mengeluh. Dia kembali memandang ke mayat-mayat yang sudah di tutupi oleh kain putih itu. Terkilan sebenarnya.

"habis kenapa korang boleh selamat pula?" sampuk Anif. Zack dab beberapa lelaki yang lain berpandangan sesama sendiri.

"sebab masa tu kami dah sedar markas kena serang. Mula-mula memang kami tak tahu tapi bila dengar bunyi bising terus kami terbangun" ujar zack lagi.

"tak ada siapa pun ke dapst tangkap musuh tu?" kali ini Danny pula bertanya. Zack mengeleng begitu juga yang lain

"masa kami dah sedar terus dorang lari.. " kata Zack perlahan.

"haihh.. Tak ada masa lain ke dorang nak serang. Masa aku tengah baru kawin juga dorang buat hal" omel Danny. Tangan naik melurut rambutnya. Anif sudah tersenyum mengejek ke arah Danny. Dalam hati sudah ketawa kuat melihat wajah kecewa Danny.

"uruskan semua mayat ni. Urus dengan cara yang betul." arah Rayyan tidak mahu mayat-mayat tersebut hanya di tanam sebegitu saja. Semua anak buahnya adalah kekuatan grop ini. Kalau Rayyan saja seorang memang tak majulah namanya.

"baik master!" serentak mereka semua berkata akur dengan arahan Rayyan.

"sebelum tu aku nak cakap dengan zack kejap" isyarat mata di hantar ke arah Zack tanda menyuruh supaya zack datang mendekati. Lambat-lambat Zack berjalan ke arah Rayyan.

Sampai saja di hadapan Rayyan dia menunduk. Kecut liur melihat pandangan tajam milik Rayyan. Rasa putus nyawanya. Sehebat-hebatnya pun tetap tidak dapat menandingi kehebatan Rayyan.

Rayyan tersengih kecil. Bahu Zack di tepuk kuat sehingga berkerut dahi Zack menerima tepukan itu. Sakit bukan biasa-biasa. Sampai ke tulang terasa.

"aku tak nak lagi benda ni terjadi. Kalau sekali lagi berlaku memang kau aku cari dulu sebab kau yang mengetuai dorang jadi kau kena bertanggujawab" pesan Rayyan dengan suara tegas. Zack mengangguk laju.

"apa jadi nanti terus call aku. Faham ke tak?" sekali lagi dia menepuk kuat bahu Zack sehingga suara mengadu Zack terkeluar. Bertambah berkerut dahi Zack. Danny dan Anif pula sudah tersenyum-senyum menahan tawa.

"faham master!" jawab zack. Rayyan tersenyum tipis sebelum melangkah ke lif mahu menuju ke bilik khas dia dan kedua sahabatnya.

Sampai saja dalam bilik mereka,Rayyan terus melabuhkan punggung di sofa dengan kasar. Penghawa diingin yang terpasang sedikit sebanyak meredakan kemarahannya.

Danny dan Anif juga turut duduk berhadapannya dengan Rayyan. Masing-masing senyap melayan perasaaan sendiri.

"kau rasa siapa yang buat semua ni?" tanya Anif tiba-tiba setelah lama berdiam diri. Rayyan yang bersandar sambil memejam mata itu bangun dari terus bersandar. Mata yang terpejam erat tadi sudah kembali terbuka.

"aku rasa kamu pum tau siapa!" jawabnya.

"dragon?"

"siapa lagi musuh terbesar Rayyan kalau bukan bangsat tu. Apa lawan serang pun sembunyi-sembunyi. Orang lawanlah depan-depan. Penakut" bebel Danny.

Dragon adalah musuh yang paling ketat dengan Rayyan tapi sangat bijak mengatur strategik. Dia bersembuyi dan akan menyerang bila Rayyan sudah leka dengan kebahagian. Begitulah caranya berlawan sampai satu saat nanti dia akan tunjuk dirinya.

Sampaikan dorang pun tidak dapat mengesah keduduk dragon sekarang. Sungguh licik tapi selicik-licik dan sehebat mana pun dia masih tidak dapat menandingi Rayyan yang pandai semua benda.

"biarkan dia. Kita tengo sampai mana dia dapat bersembunyi" sinis Rayyan berkata.

"kau nak tunggu apa lagi Rayyan. Nak tunggu bini kau mati ke baru nak bertindak. Kau taukan dia takkan tunjukkan diri selagi dai tak dapat kelemahan kau" selamba Danny berkata. Rayyan memandang tajam.

"bini aku tak payah nak bawa dalam hal ni" tegas dia berkata.

"habis siapa lagi kelemahan kau kalau bukan Uqasah. Aku yakin dia takkan ambik mama or twins. Aku nasihat je sebab tak nak masa kau lawan nanti dah tak ada gunanya" ujar Danny tidak mahu kalah. Renungan tajam Rayyan langsung tidak mengentarkan dirinya.

"macam mana aku nak serang kalau kita belum tau lagi tempat dia menyorok. Kau cakap senanglah" bentak Rayyan tidak puas hati.

"aku ada idea!" sampuk Anif. Serentak Danny dan Rayyan berpaling dengan kening terangkat.

"tapi dah lupa" ujar Anif sebelum ketawa kuat. Sengaja dia mahu bergurau tidak mahu pertengkaraan antara Rayyan dan Danny berpanjangan.

"bodoh punya anjing" omel Danny sambil tertawa kecil. Sememangnya Anif pandai menyejukkan keadaan.

"sial!" bisik Rayyan dengan kepala tergeleng kecil. Orang serius dia main-main pula. Ada juga yang kena tembak nanti.

:
:
:
:
:

Rayyan tersenyum melihat tubuh Uqasah yang masih terbaring di atas katil. Tapi hanya seketika senyuman menghiasa bibirnya sebelum dia mengerut dahi. Jam di dinding di kerling. Sudah menunjukkan pukul 2 petang takkan isterinya tidak bangun-bangun lagi.

Perlahan dia mendekati. Bertambah hairan melihat Uqasah yang berselimut itu sedangkan penghawa diingin langsung tidak terpasang malah kipas pun tidak di on.

"sayang.. " kejutnya. Uqasah merengek kecil. Pucat wajahnya.

"heyy...okey tak ni?" kalut Rayyan bertanya tatkala perasaan wajah Uqasah yang pucat tidak berdarah itu. Tangan terus di tekap ke dahi isterinya. Panas!

"sayang demam ni. Jom bangun pergi klinik" ajak Rayyan risau.  Tubuh Uqasah cuba di angkat namun Uqasah merengek tidak mahu.

"t-tak nak.. " lemah suaranya berkata. Mata yang kuyu itu memandang dalam anak mata Rayyan mencuba pegertian dari suaminya. Sungguh dirinya tidak larat mahu bangun. Buka mata pun dia tidak larat.

"jangan degil. Ikut hubby cepat. Panas sangat ni" marah Rayyan tapi suaranya tidaklah setinggi mana. Hanya di tegaskan saja.

"t-tak nak.. " rengek Uqasah lagi apabila tubuhnya yang tadi terbaring sudah terduduk. Pinggang Rayyan di peluk kemas dengan wajah di sembamkan ke dada Rayyan. Esakan kedengaraan.

"sayang tak nak hubby.." serak suaranya berkata. Rayyan mengeluh. Biarpun dia berpakaian baju tapi tetap terasa haba dari badan isterinya. Sangat panas seolah baru di siram air panas.

"janganlah degil macam ni. Panas sangat badan sayang ni" lembut Rayyan berkata. Tangan sekali lagi menekap ke dahi Uqasah. Kelihatan dahi itu berpeluh sedikit. Peluh kerena terlalu kesejukkan. Badan panas tapi Uqasah terasa sejuk. Biasalah demamkan.

"sakit.. " adu Uqasah manja. Wajah di dongak memandang Rayyan. Kepalanya sedari tadi berdenyut kuat sehingga naik pening dia. Rayyan tunduk mencium lama dahi isterinya. Panas terasa bibir bila menyentuh dahi itu.

"hubby tau. Kita pergi klinik ye.. "

"tapi sayang t-takut.. "

"takut apanya sayang?" tergeleng kepala Rayyan dengan perangai Uqasah. Nak takut apa siang-siang ni. Hantu pun belum keluar lagi.

"se-semalam tu.." tidak habis kata-katanya dek terlalu takut. Mata Uqasah kembali berkaca. Wajah kembali di sembamkan ke dada Rayyan dengan tangan kecilnya memeluk erat pinggang suaminya. Dia masih trauma dengan kejadian semalam. Mungkin di sebabkan itu dia demam. Demam terkejut.

Rayyan mengetap bibir menahan amarah. Tangannya naik mengusap belakang tubuh Uqasah. Terasa kemarahan kembali membuak bila memikirkan hal semalam. Sudahnya isteri dia jenis penakut. Nampak pula kepala manusia je memanglah dia lagi takut. Bayangkan hanya kepala saja dengan bau darah yang masih lagi segar.

"hubby adakan. Hubby teman okey" pujuk Rayyan lagi. Dari belakang badan naik ke rambut isterinya. Sesekali bibirnya singgah ke ubun-ubun Uqasah.

"dah janjikan tak nak buat hubby risua lagi" bisiknya cuba mengingatkan janji Uqasah dulu.

Uqasah mengigit bibir bawahnya. Bukan niat mahu mengada tapi dia masih takut. Masih jelas terbayang kepala manusia semalam. Dia kembali mendonggak memandang wajah Rayyan.

"janji tak tinggalkan sayang?" pintanya seperti kanak-kanak berumur 5 tahun.

"janji sayang.. "








Don't forget to vote 🌟

Continue Reading

You'll Also Like

355K 16K 46
Penjodohan? Ah, siapa saja yang suka! Tapi berbeza pula dengan perempuan bernama Aileen ini. Dikala semua orang membenci penjodohan, dia pula terleb...
695K 28.2K 43
⚠️ NO PLAGIAT ⚠️ ⚠️ cerita ini mungkin mengandungi sedikit kata-kata kesat ⚠️ [ STATUS : COMPLETED ] Darren Zavier Seorang lelaki yg bekerjaya dan m...
333K 12.4K 61
Badboy dan perempuan malang? Boleh ke bersatu? Alia Wafia, seorang perempuan yang boleh dikatakan bernasib malang di dalam hidup. Dibenci keluarga? K...
65.8K 1.6K 33
"Kau jangan jadi bebal sangat boleh tak?" - RAYYAN MIKHAEL "Sampai hati panggil saya bebal.." - MYA ELMIRA "Dah kau bebal nak buat macam mana?" - RAY...