KASYAF (Hiatus)

By ALIFRYT

17.4K 2.2K 1.1K

Genre: Horror, Paranormal, Mistik, Misteri, Exorcism. ---------------------------------------------------- Ka... More

Prolog
Chapter 1: Sekolah Baru
Chapter 2: Pulang Bersama
Chapter 3: Ruqyah
Chapter 4: Merawat Atau Dirawat?
Chapter 5: Penerimaan Khazanah Kelab
Chapter 6: Ahli Kelab Baru?
Chapter 7: Nur Nabila
Chapter 8: Banglo Usang
Chapter 9: Pertarungan & Kerasukan
Chapter 10: Menziarah
Chapter 11: Nurin Aisyah
Chapter 12: Derita Seorang Gadis
Chapter 13: Mencari Dia Yang Hilang
Chapter 14: Ianya Belum Selesai
Just Want Q&A With Readers
Chapter 15: Saat Pulang
Chapter 16: Iman Yang Terganggu
Chapter 17: Ifrit Yang Menggila
Chapter 18: Pemutusan Sihir
Chapter 19: Ujian Daripada Tuhan
Chapter 20: Misteri Di Mana-mana
Chapter 21: Salah Waktu
Chapter 22: Hukuman Yang Salah
Chapter 23: Letih Dan Penat
Chapter 24: Konflik Baru
Chapter 25: Pemusnah Sumpahan
Chapter 26: Malam Mengancam
Chapter 27: Perangkap Kompleks Maut
Chapter 28: Wira Penyelamat Nyawa
Chapter 29: Rahsia Hakimi
Chapter 30: Kebangkitan
Galeri Watak (Part 1)
Chapter 31: Agensi Paranormal
Chapter 33: Memori & Maklumat
Chapter 34: Lari & Lawan
Chapter 35: Musuh Yang Bodoh
Chapter 36: Kesan Sihir Kedua
Chapter 37: Tujuh Anak Setan
Chapter 38: Yang Lama Kini Kembali
Chapter 39: Pemulihan

Chapter 32: Maklumat & Kebenaran

255 42 54
By ALIFRYT

[Normal POV]

Di dalam restoran MCD yang terletak di sekitar daerah Pekan Bukit Berduri, kelihatan Aizat dan Dina terpaksa menjamah makanan dan minuman yang telah dibeli oleh mereka berdua sambil menunggu kedatangan Isa yang sedang menbincangkan sesuatu perkara yang agak mustahak dengan Cikgu Sulaiman di dalam keretanya yang terletak di kawasan parking lot di luar restoran makanan segera itu.

"Hmm... Aizat, kau ada rasa pelik tak?" Soal Dina kepada Aizat dengan nada yang perlahan sambil dia menyedut air milonya dengan menggunakan straw plastik.

"Pelik? Pelik pasal apa? Pasal Isa ke?" Soal Aizat kepadanya semula sambil dia menikmati aiskrim Sundae Coklat yang dibelinya tadi.

"Yelah. Dari tadi aku tengok dia tu macam serius semacam je. Lepas tu dia punya serius tu seolah-olah macam tengah pendam sesuatu yang tengah buat dia marah." Balas Dina dengan nada yang perlahan dan serius.

"Itulah tu... Aku pun perasan benda yang sama juga tadi. Daripada masa kita naik kereta Cikgu Sulaiman untuk pergi ke muzium tu tadi, aku tengok si Isa tu asyik menjeling je dekat Cikgu Sulaiman tu. Macam tengah tak puas hati pasal sesuatu benda." Kata Aizat dengan nada yang sama.

"Hmm... Agak-agaknya, pasal apa eh?" Soal Dina dengan nada yang ingin tahu.

"Tak tahulah. Yang pastinya, perkara tu adalah perkara yang terlalu sulit dan terlalu mustahak untuk kita ambil tahu sebab ianya adalah urusan di antara Isa dengan Cikgu Sulaiman tu sendiri. Tapi kalau kau tetap nak ambil tahu juga, kau tanyalah sendiri dengan Isa tu. Aku tak nak masuk campur." Balas Aizat dengan nada yang selamba sambil dia terus menjamah aiskrim kegemarannya itu tanpa menghiraukan Dina yang semakin musykil dengan keadaan emosi Isa yang nampak agak tidak baik hari ni.
______________________________________

Sementara itu...

Di dalam kereta Cikgu Sulaiman yang diletakkan di dalam kawasan parking lot di luar restoran MCD tempat Aizat dan Dina sedang melepak itu, Isa dan Cikgu Sulaiman memulakan perbincangan mereka dengan hanya sekadar mendiamkan diri masing-masing sambil ditemani dengan tiupan angin sejuk daripada penghawa dingin di dalam kereta Cikgu Sulaiman itu sambil menanti salah seorang daripada bersuara.

"Jadi... Perkara mustahak apa yang kamu nak bincangkan dengan cikgu tu?" Soal Cikgu Sulaiman kepada anak muridnya itu bagi memulakan perbualan. Sebelum menjawab soalannya itu, Isa menarik nafas seketika lalu dihembuskan ia dengan perlahan bagi mengumpulkan tenaga dan sekaligus menenangkan emosinya supaya emosinya tidak mudah terganggu.

"Saya rasa agak marah bila dapat tahu yang cikgu dah banyak sembunyikan rahsia daripada saya. Tapi disebabkan ianya tak disalahguna, jadi saya maafkan cikgu." Balas Isa dengan nada yang perlahan dan serius sambil dia memeluk tubuhnya tanpa menoleh ke arah Cikgu Sulaiman yang turut tidak memandang ke arahnya juga.

"Hmm... Nampak macam ada banyak benda yang kamu nak tahu daripada cikgu ni." Kata Cikgu Sulaiman dengan nada yang tenang dan sinis.

"Ya, memang pun... Saya dah tak nak bazirkan masa lagi dah. Kalau boleh, hari ni juga saya nak tahu tentang kesemua rahsia yang cikgu dah simpan daripada saya." Balas Isa dengan nada yang perlahan dan serius.

"Heh... Cikgu tak ada banyak rahsia pun, tapi cikgu ada banyak maklumat dan cikgu pasti kamu pun mesti sama macam cikgu. Ada banyak maklumat yang terpaksa dirahsiakan. Kamu nak bertukar maklumat tu dengan cikgu tak?" Soal Cikgu Sulaiman dengan bermain tawar-menawar.

"Saya akan bagitahu kesemuanya yang saya tahu kalau maklumat cikgu tu adalah maklumat yang lengkap dan sesuai dengan apa yang saya nakkan. Setuju?" Soal Isa kepadanya semula dengan nada yang serius.

"Dengan nama Allah, cikgu akan pegang kata-kata kamu. Cikgu setuju." Balas Cikgu Sulaiman dengan pantas.

"Baik. Pertama, saya nak tanya. Sebanyak mana yang cikgu dah tahu tentang diri saya dan sejauh mana cikgu dah tahu tentang apa yang saya dah buat?" Soal Isa kepadanya dengan soalan yang berganda.

"Cikgu dah tahu yang kamu ni adalah seorang Kasyaf sejak daripada kali pertama kita berjumpa dan sejauh mana yang cikgu dah tahu tentang apa yang kamu dah buat adalah semenjak daripada kamu dan Aizat meruqyahkan Aisyah untuk kali pertama sampailah ketika hari di mana kamu dah tewaskan Toklang Hanafiah iaitu jin yang nama sebenarnya adalah Jembalang dan sekaligus dah menghapuskan sumpahan sihir dekat rumah keluarga Aisyah pada 3 hari yang lepas." Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar.

"Macam mana cikgu tahu yang saya buat semua tu?" Soal Isa kepadanya lagi.

"Sebab Al-Fitri. Dia datang berjumpa dengan cikgu lepas waktu subuh tadi dan dia lah yang menceritakan semuanya dekat cikgu. Untuk pengetahuan kamu, selepas dia diislamkan masa dekat sekolah hari tu, dia sentiasa mengikut dan memerhatikan kamu daripada jauh. Cuma kamu je yang masih tak perasan disebabkan kelebihan mistik yang ada pada diri dia yang membuatkan kamu tak dapat kesan kehadiran dia. Dia mengikut kamu untuk menuntut kesemua ilmu agama Islam yang ada di dalam otak kamu tu dan tujuan utamanya juga untuk memastikan kamu kekal selamat daripada ancaman syaitan yang sentiasa nak menghapuskan kamu." Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar. Isa yang mendengar jawapan Cikgu Sulaiman itu terdiam dan tergamam seketika. Kalau dalam hatinya tadi, rasa mahu marah Cikgu Sulaiman. Sekarang, Al-Fitri pula yang terasa mahu dimarah dan dibelasah olehnya nanti.

"Macam tu ya... Kenapa dia buat macam tu?" Soal Isa kepadanya lagi.

"Sebab cikgu yang suruh. Cikgu nak pergunakan dia untuk memerhatikan segala tindakan kamu untuk cikgu dapatkan lebih banyak lagi maklumat penting berkenaan dengan aktiviti-aktiviti Paranormal yang kita tak tahu dekat dalam daerah Bukit Berduri ni untuk perancangan strategi agensi kita yang seterusnya. Dengan cara ni, pihak agensi kita akan dapat lagi banyak maklumat yang penting daripada kamu dan perancangan untuk strategi misi yang seterusnya pun akan jadi lagi senang." Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar dalam nada yang serius.

"Tapi kenapa saya?" Soal Isa dengan nada yang perlahan dan serius.

"Sebab cikgu tahu... Kamu ada sesuatu yang perlu dibuat berkenaan dengan kes sihir sumpahan keluarga Aisyah tu dan kesnya ni sememangnya berkait rapat dengan kesemua kes Paranormal yang pernah berlaku dekat dalam daerah pekan dan kampung Bukit Berduri ni. Kalau kamu nak tahu, semua ni berpunca daripada Jembalang iaitu musuh ketat sebenar kamu tu. Selama ni, dia lah punca berlakunya kes orang ramai disihir, kes bangunan usang jadi berhantu dan kes-kes lain yang berkaitan dengan aktiviti Paranormal, semuanya dia lah yang buat semua ni. Hari tu masa kes kamu kena kerasukan dan disihir tu, dia lah puncanya. Dia lah yang bertanggungjawab menghantar Ifrit untuk merasuk kamu, dia lah yang dan dia lah yang bertanggungjawab menyihir Nabila sampai hilang termasuk ke dalam hutan hari tu. Faham?" Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar dalam nada yang serius. Isa terdiam seketika apabila mendengar jawapan daripada Cikgu Sulaiman itu. Pada mulanya dia tak faham tentang Jembalang yang disebut sebagai musuh ketatnya itu. Tetapi apabila dia teringatkan tentang Toklang Hanafiah, barulah dia tahu bahawa orang tua tak guna tu lah yang mahu memusuhinya selama ni.

"Macam tu ya... Okey. Tentang Aisyah pula... Cikgu tahu kan yang Aisyah dengan mak dia tu kena sihir? Tapi cikgu memang betul-betul tak tahu ke yang selama ni Makcik Siti dengan Aisyah tu kena sihir dengan Jembalang? Ke cikgu memang dah tahu dan sengaja pura-pura tak tahu?" Soal Isa kepadanya lagi dengan soalan yang berganda dengan nada yang lebih serius. Apabila mendengar soalannya yang agak 'pedas' itu, Cikgu terus Sulaiman terdiam seketika.

"Pada mulanya, cikgu memang tak tahu pun sebab cikgu ingat Toklang Hanafiah tu adalah manusia yang sebenar. Tapi rupa-rupanya dia adalah makhluk jin yang bertopengkan manusia. Cikgu baru tahu asal semua ni pun sebab Al-Fitri yang datang ceritakan semuanya dekat cikgu masa pagi tadi. Apa yang cikgu tak tahu dan apa yang cikgu terlepas pandang, semua tu dia lah yang bagitahu sendiri dekat cikgu." Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar dalam nada yang perlahan dan serius.

"Kalau cikgu tahu pun yang Toklang Hanafiah itu adalah manusia ataupun bukan, kenapa cikgu tak tolong hapuskan sumpahan sihir tu?" Soal Isa dengan nada yang lebih serius. Kali ni, Cikgu Sulaiman terdiam seketika sambil dia mengusap dahinya yang mula berpeluh. Dahinya berpeluh bukanlah kerana dia sedang menipu Isa tetapi kerana dia tidak tahu bagaimana untuk menjawab persoalan Isa itu dengan memberikan jawapan yang jelas.

"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Ringan tangan ni mahu menghulur, ringan lagi tangan ni ditepis. Cikgu nak membantu, tapi mak Aisyah tak benarkan sebab dia tak nak susahkan sesiapa. Kalau boleh, dia nak tanggung semua penderitaan dia tu sendirian bersama dengan Aisyah. Cikgu yang tak boleh nak buat apa-apa ni, hanya mampu berdoa sahaja supaya Allah selamatkan keluarga Aisyah daripada sumpahan sihir tu. Dalam pada masa yang sama juga, cikgu cuba nak mencari jejak Toklang Hanafiah tu tapi langsung tak pernah jumpa. Sampailah masa kamu sendiri yang datang hapuskan segala sumpahan sihir tu. Bila cikgu dapat tahu yang sumpahan sihir tu dah tamat, cikgu bersyukur sangat-sangat sebab doa cikgu dah dimakbulkan dan keluarga Aisyah pun dah selamat." Kata Cikgu Sulaiman dengan penuh panjang lebar. Isa yang mendengar jawapannya yang panjang lebar itu terdiam seketika. Dia memandang ke arah Cikgu Sulaiman dan daripada segi reaksi wajah gurunya itu, dia tahu yang Cikgu Sulaiman langsung tak menipu.

"Hmm... Macam tu ya..." Kata Isa dengan nada yang perlahan.

"Sekarang, cikgu nak ambil maklumat daripada kamu pula. Boleh?" Soal Cikgu Sulaiman kepada Isa dengan nada yang tenang dan perlahan.

"Tunggu... Ada beberapa perkara lagi yang saya nak tahu daripada cikgu." Balas Isa dengan nada yang serius dan perlahan. Apabila mendengar kata-katanya itu, Cikgu Sulaiman terus mengeluh perlahan lalu menganggukkan kepalanya sebagai tanda akur dengan kemahuan anak muridnya itu.

"Kenapa cikgu berkeras nak kawal kelebihan saya? Saya bukannya nak baca sangat isi minda cikgu tu pun." Soal Isa kepadanya dengan rungutan serius.

"Cikgu tahu yang kamu tak boleh nak kawal kelebihan membaca fikiran kamu ni, jadi tu sebablah cikgu kawal kelebihan kamu ni supaya kamu tak terbaca fikiran orang lain secara melulu." Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang tenang.

"Tapi tu bukanlah tujuan utamanya, kan?" Soal Isa kepadanya lagi.

"M-maksud kamu?" Soal Cikgu Sulaiman dengan nada kebingungan.

"Cikgu... Selain daripada kelebihan Kasyaf, saya ni pun ada firasat hati yang kuat tau. Saya boleh tahu, siapa yang jujur dan siapa yang menipu. Saya tahu cikgu tak menipu tapi saya yakin yang cikgu mesti ada sembunyikan sesuatu daripada saya." Balas Isa dengan panjang lebar.

"Ya, cikgu memang ada sembunyikan sesuatu daripada kamu. Bukan sikit, tapi banyak dan kesemuanya tu adalah rahsia-rahsia yang telah diamanahkan kepada cikgu untuk dijaga daripada pengetahuan orang lain. Faham?" Jelas Cikgu Sulaiman dengan nada yang serius. Setelah mendengarkan penjelasan Cikgu Sulaiman itu, Isa terdiam seketika. Matanya yang merenung serius ke arah Cikgu Sulaiman itu langsung tak berkelip walau sedetik. Ini menandakan bahawa dia masih lagi sedang berasa ragu-ragu dengan penjelasan Cikgu Sulaiman itu.

"Rahsia-rahsia tu daripada siapa? Agensi kita ke?" Soal Isa sambil menjungkitkan kening sebelahnya ke atas. Cikgu Sulaiman terus menganggukkan kepalanya sebagai tanda 'ya' dan Isa pula masih lagi dengan reaksi mukanya yang was-was. Nampaknya firasat hatinya masih lagi tak mahu mengalah mahu mencari sesuatu yang tak kena dengan Cikgu Sulaiman.

"Hmm... Maaflah kalau kamu macam ada terasa tak puas hati dengan apa yang cikgu buat ni sebab cikgu pun kalau boleh tak naklah ada berahsia dengan kamu. Tapi perkara ni adalah privasi dan terlalu sulit. Insyaallah, kalau dah sampai masa yang sesuai nanti, cikgu takkan kawal lagi dah kelebihan kamu ni. Kamu nak baca isi minda dan fikiran cikgu ni pun cikgu dah tak kisah, ikut suka hati kamu lah eh?" Kata Cikgu Sulaiman dengan nada yang separa memujuk.

"Hmm... Yelah. Apa-apa pun, saya dah lama maafkan cikgu dan saya dah tak ada apa-apa soalan lagi dah. Terima kasih untuk kesemua maklumat cikgu tu. Sekarang... Kalau cikgu nak tanya ataupun minta apa-apa maklumat daripada saya, tanya jelah." Kata Isa dengan panjang lebar sambil menghembuskan nafas dengan perlahan.

"Okey... Sebelum cikgu nak bertanya dan minta maklumat daripada kamu, cikgu nak bagitahu tentang satu perkara yang penting dekat kamu ni." Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang selamba.

"Apa dia?" Soal Isa dengan ringkas.

"3 hari yang lepas, tuan pengetua sekolah kita dah dapat tahu tentang kes kamu yang jadi mangsa fitnah Namrul ni. Cikgu Azri yang tak tahu dengan apa yang dah berlaku dekat kamu tu beriya kata yang kamu ni bersalah disebabkan kes-kes kesalahan yang kamu tak sepatutnya buat dan cikgu pula cuba nak membela kamu dengan menyatakan yang kamu ni tak bersalah. Tapi nampaknya tuan pengetua sekolah kita macam nak tak nak percaya je dengan kenyataan cikgu untuk membela kamu ni disebabkan kita kekurangan bukti." Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar.

"Hmm... Tu macam berita buruk tu." Kata Isa dengan nada yang perlahan. Kalau dalam hatinya, dia sudah redha dan pasrah sekiranya dia akan dihukum buang sekolah di atas kesalahan-kesalahan yang dia tak lakukan itu.

"Tapi jangan risau, Cikgu Azri pun tak ada bukti macam kita. Jadi ini bermakna, kamu boleh terselamat daripada kes fitnah yang Namrul buat ni. Disebabkan masing-masing tak ada bukti, tuan pengetua sekolah kita pun bagi kita masa selama seminggu untuk siasat dan kumpulkan kesemua bukti sendiri sebelum cikgu perlu membela kamu dalam sesi perbicaraan yang akan dibuat dekat dalam bilik tuan pengetua sekolah tu nanti." Kata Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar dalam nada yang tenang.

"Seminggu? Kita dah bazirkan masa selama 3 hari dan kita masih ada lagi 4 hari sebelum hari sesi perbicaraan tu. Kenapa baru sekarang cikgu nak bagitahu?!" Soal Isa dengan nada yang terkejut.

"Cikgu baru bagitahu kamu sekarang ni sebab cikgu dah ada bukti yang lengkap untuk kamu." Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang tenang.

"Hah?! Macam mana cikgu boleh dapat bukti?" Soal Isa lagi dengan nada yang kebingungan. Cikgu Sulaiman tersenyum sinis seketika lalu dia menunjukkan telefon bimbitnya.

"Macam cikgu cakap tadi. Al-Fitri dah bagitahu kesemuanya dekat cikgu. Cikgu siap buat rakaman suara dia lagi untuk dijadikan sebagai bahan bukti. Untuk menguatkan lagi bahan bukti ni, Al-Fitri terpaksa menyamar dan menggunakan nada suara pelajar yang lain untuk menjadikan bahan bukti kita ni lagi kukuh daripada bahan bukti yang lain." Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar dalam nada yang tenang.

"Ouh... Tapi, suara siapa yang dia tiru?" Soal Isa dengan nada yang perlahan.

"Hehe... Ada lah... Nanti kamu tahulah siapa. Yang penting sekarang ni, kita dah ada maklumat dan bahan bukti yang lengkap." Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang tenang dan sinis.

"Kalau maklumat dan bahan bukti cikgu ni tak dapat selamatkan saya, macam mana?" Soal Isa dengan nada yang serius. Apabila mendengar Isa menyoal sedemikian, wajah Cikgu Sulaiman terus terdiam. Wajahnya yang tenang itu tadi terus berubah menjadi muram dalam sekelip mata.

"Kalau kita gagal juga, kes ni akan dibawa ke pihak polis untuk diuruskan dan peluang untuk kamu diselamatkan dalam kes ni mungkin terlalu tipis." Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang mendatar. Apabila mendengar Cikgu Sulaiman berkata sebegitu, Isa terus menepuk dahinya dengan kuat.

"Tapi kamu jangan risau. Insyaallah, semuanya takkan apa-apa. Lagipun Allah tu maha adil, Dia pasti akan selamatkan orang yang teraniaya macam kamu. Walaupun kita hanya ada satu bahan bukti je, tapi bahan bukti kita ni adalah bahan bukti yang berpontensi boleh jadi bahan bukti yang kukuh. Jadi dengan cara ni, peluang untuk kita menang dalam kes ni sangat-sangatlah tinggi. Jadi selesailah satu masalah. Betul tak?" Kata Cikgu Sulaiman lagi dengan panjang lebar dalam nada yang santai.

"Selesai satu masalah tu maksudnya ada masalah yang lain pula lah, kan?" Soal Isa lagi dengan nada yang separa serius dan Cikgu Sulaiman pun terus terdiam lagi sekali.

"Ya. Disebabkan masalah-masalah yang lain ni lah cikgu perlukan semua maklumat yang kamu ada tu untuk cikgu gunakan dalam misi cikgu yang seterusnya nanti." Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang tenang dan serius.

"Misi apa pula kali ni? Ada kaitan dengan Jembalang tu ke?" Soal Isa dengan sifat ingin tahunya.

"Ya. Tapi bukan setakat dia tu je, ini pun ada kaitan dengan Namrul sekali. Ikut daripada apa yang Al-Fitri dah ceritakan dekat cikgu, katanya Namrul pun ada terlibat sekali dalam kes ni dan dia jugalah dalang utama di sebalik berlakunya kes-kes Paranormal dekat sekitar daerah Bukit Berduri ni." Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar.

"Tunggu... Jadi maknanya, kes Nabila hilang dekat dalam hutan hari tu pun ada kaitan dengan dia jugalah kan?" Soal Isa dengan nada meminta kepastian.

"Ada kemungkinan, betul lah kot. Kalau cikgu tak salah, mungkin apa yang terjadi dekat Nabila hari tu adalah disebabkan sihir Jembalang dan Namrul." Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang serius.

"Dan mungkin disebabkan tu jugalah Nabila dah tak datang ke sekolah lagi dah." Kata Isa dengan nada yang perlahan. Apabila Isa berkata begitu, Cikgu Sulaiman pun terus terdiam memikirkan sesuatu dan Isa pun turut mendiamkan dirinya juga.

"Maklumat apa yang cikgu nakkan daripada saya tadi tu?" Soal Isa setelah lama dia mendiamkan dirinya.

"Maklumat tentang Namrul dan Jembalang. Kamu ada tahu apa-apa pasal mereka?" Balas Cikgu Sulaiman dengan soalan yang serius.

"Saya ni manalah ambil tahu sangat pasal diorang berdua tu. Lagipun, bukan Al-Fitri dah ceritakan semuanya dekat cikgu ke? Kenapa cikgu tanya saya lagi?" Soal Isa kepadanya semula.

"Memang Al-Fitri dah ceritakan semuanya dekat cikgu, tapi cikgu yakin apa yang dia ceritakan tu bukanlah cerita yang sepenuhnya. Mengikut daripada apa yang cikgu tahu, Namrul dan Jembalang tu bekerjasama dengan mengikut perjanjian yang dibuat antara mereka berdua iaitu Jembalang akan menjadi raja segala jin kalau dia memberikan Namrul kuasa yang luar biasa untuk membuktikan yang dia boleh menjadi tuhan palsu dekat dalam dunia ni dan Namrul pula akan mendapat hak gelaran ketuhanan palsu dia tu kalau dia dapat bantu Jembalang jadi raja segala jin dekat dalam daerah Bukit Berduri ni. Selain daripada tu, apa yang cikgu tahu adalah Namrul dah dapat sebahagian daripada kuasa luar biasa yang dituntut dia daripada Jembalang tu dan sebahagian kuasa luar biasa yang dia dapat tu mungkin adalah kelebihan dia untuk menyamar rupa jadi muka orang lain dan juga untuk menjadi halimunan." Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar.

"Betul lah tu. Sebab masa saya nak tamatkan sumpahan sihir dekat rumah Aisyah pada 3 hari yang lepas, saya terjumpa dengan Lamashtu yang tengah merasuk Makcik Siti masa tu dan terpaksa bertarung dengan dia." Kata Isa dengan nada yang perlahan dan serius.

"Kamu jumpa Lamashtu masa tu? Lah... Padanlah hari tu cikgu tengok kotak kurungan dia tu dah tak ada kat dalam bilik kelab. Rupa-rupanya dia dah terlepas. Haih... Siapa punya kerjalah ni..." Soal Cikgu Sulaiman dengan nada yang mengeluh.

"Jangan-jangan, tu mesti kerja Namrul tu. Nasib baik saya dah hapuskan Lamashtu tu. Kalau tak, mungkin sampai sekarang jin tu akan terlepas dan mengganggu orang lain yang tak berdosa." Balas Isa dengan nada yang mendatar.

"Kamu dah hapuskan dia? Macam mana?" Soal Cikgu Sulaiman dengan nada yang mendatar.

"Saya gunakan ni..." Jawab Isa sambil menunjukkan cincin batu serai wanginya yang dipakai di jari manis kanannya itu.

"Cincin batu serai wangi?" Soal Cikgu Sulaiman dengan nada dan reaksi muka yang meminta penjelasan daripadanya.

"Ya... Kalau cikgu nak tahu, cincin ni ada kelebihan ataupun kuasa yang luar biasa. Dengan cincin ni, saya boleh tangkap dan sedut jin masuk ke dalam batu cincin saya ni dan kemudian, saya boleh hancurkan jin tu dengan mengubah mereka menjadi sumber aura tenaga alam semulajadi yang suci dimana ianya boleh digunakan untuk melawan kuasa jin-jin yang lain. Kalau cikgu nak tahu lagi, dengan cincin ni lah saya selamatkan cikgu dan hapuskan Jembalang masa kita tengah terperangkap dekat dalam Kompleks Maut hari tu." Balas Isa dengan panjang lebar.

"Kamu hapuskan Jembalang? Dengan cincin ni?" Soal Cikgu Sulaiman lagi dengan nada yang seolah-olah seperti tidak percaya dengan kata-kata anak muridnya itu.

"Ya. Dengan menggunakan pancaran petir yang menjadi sumber tenaga aura alam semulajadi dan kesemua jin-jin yang telah diserap masuk ke dalam cincin saya masa tu, saya berjaya hapuskan Jembalang dan bakar dia sampai jadi debu hangit dengan menggunakan cincin ni." Balas Isa dengan panjang lebar nada yang yakin.

"Tapi kamu tahu kan yang jin macam Jembalang ni adalah makhluk yang abadi dan takkan mati sampai hari kiamat?" Soal Cikgu Sulaiman sambil memeluk tubuhnya.

"Ya, saya tahu tu. Tapi sekurang-kurangnya, saya dah bakar dia sampai jadi debu. Kalau dia boleh pulihkan diri dia sendiri pun, mungkin ambil masa yang sangat lama dalam lingkungan berpuluh tahun macam tu. Jadi dengan keadaan yang macam tu, dia mungkin akan kekal hidup jadi debu sampai ke hari kiamat. Insyaallah..." Balas Isa dengan panjang lebar dalam nada yang masih lagi yakin.

"Kalau Namrul dah hidupkan dia balik, macam mana?" Soal Cikgu Sulaiman lagi dengan nada yang perlahan dan serius. Apabila mendengarkan persoalannya itu, Isa terus terdiam memikirkan sesuatu seketika. Dalam pada masa yang sama, Isa mula teringatkan tentang pesanan rahsia yang dia terima melalui kata-kata hati daripada Yahya semasa dia dengan yang lain berada di dalam pangkalan bawah tanah agensi rahsia URKPM itu tadi.

"Saya ada dengar kawan cikgu yang bernama Yahya tu tadi ada bagi pesanan rahsia dekat saya. Katanya... "Dia yang kau dah hancurkan tu masih hidup.". Saya tahu yang dia maksudkan tu adalah Jembalang, tapi maksud sebenar dia bukanlah nak kata yang Jembalang tu masih lagi hidup sebab dia mesti tahu yang saya pun tahu tentang perkara tu. Tapi apa yang saya dapat tafsirkan kat sini adalah... Ada kemungkinan dia nak kata yang Jembalang tu dah dihidupkan semula oleh seseorang dan orang itu semestinya adalah Namrul!" Kata Isa dengan panjang lebar dalam nada yang terkejut setelah dia menyedari tentang perkara yang mengejutkan itu.

"Ya. Memang tak salah lagi, nampaknya laknatullah tu memang dah dihidupkan balik. Lepas ni mungkin dia dengan Namrul akan jadi lagi kuat dan seterusnya akan bertindak dengan lebih ganas daripada yang sebelum ni." Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang serius.

"Lepas tu, diorang akan cari mangsa yang baru dan mangsa yang baru tu mungkin adalah orang yang masih sama samada ianya salah seorang di antara kita ataupun daripada orang yang lain." Kata Isa dengan nada yang perlahan.

"Dan mangsa yang seterusnya tu mungkin adalah..." Kata Cikgu Sulaiman dengan menyambung ayat Isa itu lalu dia terdiam dan kemudian dia dan Isa saling berpandangan seketika apabila mereka berdua mula terfikir perkara yang sama iaitu berkenaan dengan mangsa yang seterusnya itu. Tapi, siapakah mangsa yang seterusnya itu?

"Nabila!"
______________________________________

Sementara itu pula, di dalam rumah yang terletak di kawasan perumahan teres 2 tingkat itu, kelihatan Nabila sedang terbaring lemah di atas katil biliknya sambil ditemani oleh ibunya yang sedang duduk merawat anaknya yang sedang mengalami demam panas itu.

"Nabila... Jom makan. Ibu dah masakkan bubur nasi untuk Nabila." Kata Puan Salsabila iaitu ibu kepada Nabila itu dengan nada yang lemah lembut.

"Tak apalah, ibu. Nabila tak ada seleralah..." Balas Nabila dengan nada yang lemah.

"Nabila... Janganlah macam tu. Jomlah makan. Dah 3 hari Nabila tak makan apa-apa, ibu risau tau. Kalau Nabila tak makan apa-apa, nanti Nabila sakit lagi. Macam mana Nabila nak cepat sihat nanti?" Pujuk Puan Salsabila dengan nada yang lembut.

"Tapi... Nanti kalau Nabila makan, Nabila mesti nak termuntah. Padahal ibu masak sedap kot." Balas Nabila dengan nada yang mengeluh. Jauh dari sudut hatinya itu, kalau boleh mahu saja dia menjamah kesemua masakan air tangan ibunya yang begitu lazat sekali. Namun disebabkan keadaan demam panasnya yang langsung tak reda semenjak daripada 3 hari yang lepas itu, dia langsung tak mempunyai selera untuk makan apa-apa. Sekiranya dipaksa, dia pasti akan termuntah dan mengalami sakit perut. Disebabkan dia tak boleh nak makan apa-apa, dia hanya mampu meneguk air kosong sahaja untuk meningkatkan antibodi di dalam badannya.

"Hmm... Kesian anak ibu ni." Kata Puan Salsabila dengan nada yang simpati sambil membelai lembut di kepala anaknya itu. Dalam hatinya, dia berasa amat sedih apabila melihat keadaan anaknya yang menjadi teruk sebegini rupa. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah, sakitnya luar biasa pula tu. Bila dibawa pergi ke klinik dan hospital untuk dirawat, doktor langsung tak dapat mengesahkan penyakit apa yang sedang melanda Nabila ini. Sudahnya, terpaksalah Nabila direhatkan dan dijaga oleh ibunya di dalam rumahnya ini.

"Ibu... Maafkan Nabila tau kalau Nabila ada menyusahkan ibu." Kata Nabila dengan nada yang serba salah. Puan Salsabila yang mendengar rayuan anaknya itu pun hanya tersenyum sayu sambil menggelengkan kepalanya dengan perlahan.

"Tak... Nabila tak pernah susahkan ibu pun. Janganlah fikir macam tu eh." Balas Puan Salsabila dengan pujukan yang bernada lembut.

"Tapi-"

"Dah, cukup. Tak ada tapi-tapi. Sekarang, Nabila berehat je eh." Puan Salsabila memotong kata-kata Nabila itu sambil menyelimutkan anaknya itu lalu dia terus bangkit berdiri.

"Nanti kalau Nabila nak apa-apa, panggil je ibu tau. Ibu nak buat kerja kat dapur kejap." Pesan Puan Salsabila kepada anaknya itu sebelum dia beredar daripada bilik tidur anaknya itu. Nabila yang telah ditinggalkan bersendirian oleh ibunya itu hanya sekadar termenung muram sahaja sambil mengenang nasib dirinya yang malang itu. Daripada dalam hatinya pada ketika ini, dia mula berasa rindu untuk berjumpa dengan semua kawannya yang berada di sekolah. Bukan setakat kawannya sahaja, malah dia juga turut teringatkan tentang Aizat dan Isa. Dia bertambah sedih apabila dia mengetahui bahawa ketika dia sedang dirasuk pada beberapa hari yang lepas itu, dia telah mencakar mata kiri Aizat sehingga buta dan juga telah menyebabkan Aizat dan Isa mengalami kecederaan yang agak parah. Sudahlah kerana dia dah menyebabkan Aizat dan Isa tu tercedera parah hanya semata-mata untuk selamatkan dia yang hilang di hutan hari tu, lepas tu tak sempat nak ucapkan terima kasih dekat mereka berdua tu pula tu. Perasaan terharu dan malu mula menyelubungi di hati Nabila apabila dia memikirkan tentang perkara tersebut.

Dalam tak sedar ketika Nabila sedang memikirkan perkara tersebut, ada seekor belalang hitam telah masuk ke dalam biliknya dan memerhatikan dirinya secara senyap-senyap.
______________________________________

[Isa POV]

Aku dan Cikgu Sulaiman hanya sekadar mendiamkan diri di dalam kereta sambil memikirkan sesuatu. Masing-masing dah buntu dan tak tahu nak buat apa bila memikirkan bahawa Nabila akan menjadi mangsa yang seterusnya. Tetapi bila difikirkan semula, Nabila bukanlah mangsa yang seterusnya tetapi dia adalah mangsa yang masih sama sebab kes dia hilang dekat hutan hari tu pun sebab Jembalang punya kerja.

"Nampaknya kes ni dah makin berat cikgu. Kita kena cari Nabila cepat ni. Kalau tak, makin banyak masalah kita ni nanti." Kata aku kepada Cikgu Sulaiman.

"Itu lah tu... Tak apalah, nanti cikgu akan cuba cari alamat rumah dia. Nanti kalau dah jumpa, kamu ikut cikgu pergi berjumpa dengan dia eh." Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang perlahan.

"Hmm... Yelah. Tapi cikgu, patut ke kita libatkan Aizat dan Dina tu dekat dalam kes ni sekali?" Soal aku kepadanya.

"Ikut kamu lah. Kalau cikgu, memang patut pun diorang berdua tu terlibat sekali kat dalam kes ni sebab mereka pun akan jadi anggota agensi kita juga. Jadi ini bermakna, kes ni dah jadi tanggungjawab kita bersama. Betul tak?" Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang selamba.

"Hmm... Betul juga tu. Lagipun, lagi ramai yang terlibat, lagi senanglah kes ni nak diselesaikan." Kata aku dengan nada yang serius dan perlahan.

"Tapi ini pun melibatkan nyawa juga. Musuh kita kali ni pun dah makin kuat, kita tak boleh pandang remeh dengan perkara yang macam ni." Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang serius dan perlahan.

"Hmm... Betul juga tu. Kalau macam tu, saya nak pergi dulu lah. Saya nak bincangkan pasal perkara ni dengan Aizat dan Dina. Nanti kalau ada apa-apa hal, saya akan bagitahu dekat cikgu secepat mungkin." Kata aku dengan nada yang serius.

"Okey. Kalau cikgu ada dapat apa-apa maklumat, nanti cikgu bagitahu kamu." Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang tenang.

"Okeylah. Kalau macam tu, saya nak minta diri dululah." Kata aku dengan meminta izin untuk berlalu pergi.

"Ha yelah. Tapi sebelum tu, cikgu nak cakap... Terima kasih sangat-sangat sebab dah hapuskan sumpahan sihir keluarga Aisyah. Kalau kamu tak buat sesuatu pasal perkara tu, mungkin sampai sekaranglah cikgu takkan dapat buat apa-apa." Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar dalam nada yang perlahan.

"Hmm... Sama-sama. Tapi saya buat atas dua sebab. Pertama, kerana jihad saya untuk Allah. Kedua, kerana janji saya pada Aisyah untuk tamatkan semua ni dengan secepat mungkin." Kata aku dengan nada yang tenang. Cikgu Sulaiman yang mendengar aku berkata begitu terus terdiam.

"Saya minta diri dulu. Assalamualaikum..." Kata aku sambil menyalam tangannya dan kemudian terus bergegas keluar daripada keretanya tanpa menunggu dia menjawab salam aku itu lalu aku terus bergegas masuk ke dalam restoran MCD yang menjadi tempat di mana Aizat dan Dina sedang menunggu aku. Cikgu Sulaiman pun terus memandu keretanya untuk beredar daripada tempatnya meletakkan keretanya itu tadi sebaik sahaja aku telah memasuki ke dalam restoran MCD itu lalu bertemu dengan Aizat dan Dina.

"Haa Isa... Macam mana tadi? Apa benda yang mustahak sangat sampaikan kau dengan Cikgu Sulaiman tu terpaksa berborak kat dalam kereta tu tadi?" Soal Aizat kepada aku sebaik sahaja aku melabuhkan diri di atas kerusi yang terletak di sebelahnya sambil dia sedang menikmati aiskrim coklatnya dengan penuh selera.

"Fuh... Parah wey, parah. Panjang ceritanya ni." Jawab aku dengan keluhan yang perlahan.

"Ceritalah. Cerita daripada awal sampai habis." Kata Dina sambil menyedut airnya dengan menggunakan strawnya. Sebelum aku mahu bersuara untuk menceritakan segalanya kepada mereka berdua, aku mendiamkan diri seketika sambil memerhatikan keadaan sekeliling yang penuh dengan orang ramai yang sedang melepak sambil menjamu selera di tempat duduk masing-masing. Tak boleh ni, bahaya sangat kalau aku ceritakan kesemuanya dekat sini. Risau nanti ada orang lain nak curi-curi dengar pula, habis bocor rahsia nanti. Tapi kalau tak cerita kat sini, nak cerita kat mana pula? Takkan nak cerita kat rumah aku kot? Dah lah ada Dina ni. Kalau dia ikut sekali, habislah kena tuduh buat maksiat nanti. Dah satu hal kena tangkap basah. Hmm... Nak tak nak, terpaksalah aku ceritakan semuanya kat sini. Kalau ada apa-apa nak jadi nanti, aku tawakal je lah...

"Okey, macam ni ceritanya..."
______________________________________

[Normal POV]

Di sekolah menengah kebangsaan Bukit Berduri, kelihatan Cikgu Azri baru sahaja keluar daripada bilik pejabat sekolah kerana telah selesai menyiapkan urusan pentingnya pada hari ini. Kini dia sedang bergegas mahu mencari adiknya iaitu Kimi dan belum sempat dia mahu melangkah, tiba-tiba Kimi yang sudah lama menantinya daripada tangga sekolah yang jaraknya hanya sejauh 10 langkah ke kiri daripadanya itu menegurnya terlebih dahulu.

"Macam mana dengan 'urusan' kau tu? Tuan pengetua cakap apa?" Soal Kimi kepadanya. Cikgu Azri tidak menjawab malah hanya sekadar mengeluh perlahan sambil dia melangkah menghampiri adiknya itu.

"Dia masih tak percayakan aku lah. Padahal dah jelas kot kat dalam rakaman CCTV sekolah yang budak nama Isa tu memang ada buat hal. Kalau bukan dia, siapa lagi? Takkan orang lain pula?" Bebel Cikgu Azri dengan nada yang geram dalam mengeluh.

"Hmm... Kau give up je lah bang dengan kes kau tu. Tak payah nak besar-besarkan sangat. Kau bukti yang kukuh pun kau tak ada, macam mana kau nak buktikan yang Isa tu bersalah? Lagipun setahu aku, Isa tu orangnya baik. Tak mungkinlah dia tu sanggup nak buat semua perkara buruk tu." Kata Kimi dengan panjang lebar.

"Masalahnya semua tu berlaku kat depan mata aku. Kalau dah berlaku kat depan mata aku ni, dah tentu-tentulah dia tu yang buat. Habis tu kalau bukan dia, siapa lagi? Takkan orang lain kot?" Balas Cikgu Azri yang cuba mahu mempertahankan pendiriannya.

"Kalau Isa yang kau nampak tu sebenarnya orang yang lain macam mana?" Soal Kimi dengan nada yang serius. Kali ni, Cikgu Azri terus terdiam.

"Bang... Aku ni kalau boleh nak je tolong kau dan jadi saksi utama untuk kau sebab aku pun dah nampak apa yang dah jadi sebenarnya. Tapi aku tahu, dalam kes ni kau takkan menang sebab kau tak tahu apa yang dah berlaku sebenarnya dan kau mungkin takkan percaya dengan apa yang dah berlaku sebenarnya. Jadi sebagai orang dewasa yang matang, aku nak kau dengarlah nasihat aku ni baik-baik. Mengalah je lah eh?" Balas Kimi dengan nasihat yang panjang lebar.

"Kalau aku tak nak?" Soal Cikgu Nazri dengan nada yang serius.

"Kalau kau tak nak, tak apa. Aku akan berdiam diri dan tengok je apa yang akan berlaku dekat dalam kes ni. Tapi kau kena ingat... Macam apa yang aku cakapkan tadi, kau takkan menang dalam kes ni. Jadi kalau kau tak nak menyesal, baik kau menyerah sebelum terlambat. Lagipun, mengalah untuk berdamai lagi baik daripada mengalah sebelum kalah." Balas Kimi dengan panjang lebar dalam nada yang serius. Apabila mendengar adiknya berkata begitu, Cikgu Azri terus mencengkam kolar baju Kimi dengan kasar lalu ditolaknya sehingga tersandar di tepi dinding.

"Heh... Okey. Aku akan pastikan yang aku akan menang kat dalam kes ni. Kalau aku boleh buktikan yang aku boleh menang dalam kes ni, aku akan buatkan kau dihukum dengan Isa tu sekali sebab dah dikira bersubahat tak nak bagitahu perkara yang sebenar." Kata Cikgu Azri dengan ugutan yang bernada serius.

"Dan kalau kau gagal, aku akan pastikan yang tuan pengetua akan gantung tugas kau ikut selama mana yang mungkin sebagai satu hukuman di atas kesalahan menghukum pelajar dengan kekerasan dan peras ugut. Lepas tu, reputasi baik kau sebagai guru disiplin kat dalam sekolah ni mesti akan jadi buruk disebabkan hukuman yang boleh mengaibkan kau tu. Kau tengoklah nanti." Balas Kimi sambil melepaskan tangan abangnya daripada mencengkam kolar bajunya itu lalu dia terus berlalu pergi.

"Aku nak pergi jalan-jalan ambil angin kat luar kejap. Kau baliklah seorang diri dulu. Kalau ayah tanya aku pergi mana, pandai-pandailah kau jawab sendiri." Katanya lagi sebelum dia hilang daripada pandangan Cikgu Azri. Cikgu Azri yang telah mendengar kata-kata Kimi yang turut berunsurkan ugutan itu tadi berasa marah lalu dia terus melepaskan marahnya itu dengan menumbuk dinding batu yang berada di tepinya bertubi-tubi sehingga kedua-dua tangannya itu terluka dan berdarah.

"Tak guna punya adik..."

[Bersambung]

Continue Reading

You'll Also Like

28.2K 403 15
Sebenarnya Siri Bercakap Dengan Jin berbentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. Enam puluh peratus...
155K 9K 71
Di sini aku ingin berkongsi koleksi kisah seram yang aku hadapi. Semua ini adalah benar sebenarnya berlaku. Tiada tokok tambah cerita. Peace.
23K 3.1K 41
A Sequel To Diary ~ Dalam Season lepas, seluruh warga dunia telah dikejutkan dengan khabar kumpulan boy group terkenal SEVENTEEN yang dikatakan telah...
107K 9K 49
Nur Emy Zafriel a.k.a Zaf-Mempunyai mata yang unik.Namun ramai yang tidak percaya akan kebolehannya itu.Dia amat terkenal di sekolah kerana wajahnya...