Mi Àngel // Jihoon ✓

By yoshihoshiss

36.4K 4.3K 427

Aku boleh nampak hantu. Tapi tak semua percaya. Kecuali kau. Terima kasih. ©PARK JIHOON FANFICTION More

CAST! <3
PROLOG
BAB 1
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
EPILOG

BAB 2

1.8K 200 39
By yoshihoshiss

Jihoon menikmati nasi goreng diatas mejanya. Waktu rehat dimanfaatkan sebaik mungkin. Masa makan.

Ada sesetengah menggunakan rehat untuk membuat kerja sekolah atau pun dating.

Tapi tidak pada Park Jihoon.

Dia lapar, dia nak makan.

Junkyu meletakkan pinggan disebelah sahabatnya sebelum bahu Jihoon ditepuk.

" Jihoon, kau okay tak? "

" Okay je, kenapa? "

" Semalam tu-- "

Junkyu membulatkan mata apabila mulutnya ditekup dengan tangan Jihoon. Tersentak lelaki itu. Dia kaku.

" Woi pehal ni? Nak culik ke apa? " Keliru Yoshi didepan mereka. Junkyu menghantar isyarat mata meminta pertolongan Yoshi. Matanya dikelip-kelipkan.

" Kau dah kenapa, Kyu? Kelip-kelip. " Kerut Yoshi. Junkyu mendengus. Dia menepuk dahinya.

Bijaknya alahai.

Jihoon menghembus nafas lantas tangannya ditarik menjauhi Junkyu. Dia menunduk.

" Pssttt.. " bisik Yoshi meraih perhatian Junkyu. Dia meminta penjelasan Junkyu.

" Kenapa dengan dia? "

Junkyu mendekatkan bibir pada telinga Yoshi.

" Tanyalah Jihoon sendiri. "

" Lahhh! " Keluh Yoshi. Dia menghembus nafas kasar sebelum bahu Jihoon ditepuk.

" Kau okay? Kalau ada masalah, tolong kongsi, Jihoon. Kita bertiga kan kawan. Jangan simpan lepastu stres sorang macam ni. " Nasihat Yoshi. Jihoon memandang mata sahabatnya.

Mata Junkyu dan Yoshi.

Dia mengelus tapak tangannya.

" Aku boleh nampak hantu lepas ayah aku meninggal. "

....

.....

........

" HAH?! " Yoshi melopong. Tapi tidak bagi Junkyu. Kerana dia sudah melihat sendiri Jihoon berbual dengan hantu semalam.

"Dia tak tipu. Memang Jihoon boleh nampak. " Sokong Junkyu. Yoshi meraup muka.

" Apa maksud kau, yang kau boleh nampak hantu? "

" Masa aku balik daripada pemakaman ayah aku, aku nampak ramai orang kat bus stop. Tapi sebenarnya, bus stop tu kosong. "

Jihoon menarik nafas.

" Dorang perlukan pertolongan. 6 hantu. Permintaan terakhir sebelum dorang akan pergi berehat dengan tenang. " Jelas Jihoon. Yoshi dan Junkyu mengangguk.

" Kau nak kitorang tolong kau tak? "

Jihoon tergamam.

Matanya berair lantas tubuh Junkyu dan Yoshi dipeluk erat.

" Woi sesak nafas! " Gelut Junkyu. Dia cuba meleraikan pelukan Jihoon dilehernya.

" Jangan nangis, Jihoon. " Pujuk Yoshi. Jihoon tersenyum riang.

" Aku sangka korang akan tinggalkan aku. Label aku gila. Tapi, sebenarnya... Erm terima kasih korang! "

" Eh mestilah! Kitorang kawan kau. " Balas Junkyu. Yoshi juga turut sama mengangguk mengiyakan.

" Masa kau nak tolong hantu tu, kau boleh ajak kitorang sekali. Aku nak juga tengok kehidupan selepas kematian macam mana. " Cadang Yoshi. Jihoon mengangguk laju. Bahu Junkyu dan Yoshi dipaut erat.

" Aku nak pergi toilet kejap. " Pinta Jihoon dan menerima anggukan kedua sahabatnya.

Selepas sahaja Jihoon berlalu, tubuh Junkyu teruk ditarik oleh Yoshi.

" Kau percaya ke cakap Jihoon? "

Junkyu tergamam. Dia memandang kiri dan kanannya lantas membisikkan sesuatu di telinga Yoshi.

" Tak. Aku rasa Jihoon stres. Ayah dia baru meninggal weh. Mak dia pula kerja macam tu. Tak apalah, kita layan jelah. "

" Betul. Macam mana pun, Jihoon tetap kawan kita. Kesian dia. Muda lagi dah ada gangguan mental. " Geleng Yoshi. Junkyu juga turut bersetuju. Mereka kembali menikmati hidangan mereka.

--------------------

Jihoon menapak ke tandas. Baru sahaja dia mahu membelok, lengan bajunya ditarik kuat ke koridor.

" Ehh apani! " Kaget Jihoon. Dia menepis kasar tangan yang menariknya.

" Ahhh! " Jerit seseorang. Jihoon kaget. Dia kaku melihat figura didepannya.

Seorang gadis yang berbalut anduh dilengan kirinya.

Dia sedang mengusap tangannya yang baru ditepis oleh Jihoon.

" Eh maaf! Kenapa kau tarik aku?! " Marah Jihoon. Gadis itu dipandang tajam.

" Kau Park Jihoon kan? "

" Haah. Mana kau tah-- "

" Kau boleh nampak hantu kan? "

Jihoon terdiam.

Telus dia memandang wajah gadis dihadapannya.

" Apa kau merepek ni? "

Gadis itu tersenyum sinis sebelum lutut Jihoon ditendang kuat. Terduduk lelaki itu menahan sakit. Gadis itu dengan pantas menarik dagu Jihoon bagi memandangnya.

" Aku Ahn Saeyoon. Dan aku sama macam kau. Boleh nampak dorang. "

Mata Jihoon membulat.

" Dulu, ada seorang gadis yang tolong kami. Tapi cuma 4 orang sahaja yang lepas. "

" Kau ke yang tolong 4 hantu sebelum ni? " Duga Jihoon. Dan gadis itu menolak lidah kedalam pipinya.

" Yes aku. "

" Dan kau dah hilang kebolehan tu? Kenapa? "

Gadis itu mengusap pipi Jihoon sebelum ditampar kasar.

" Auchhh! " Aduh Jihoon. Dia mendengus lantas tangan gadis itu dicengkam kuat. Matanya tajam memandang wajah si gadis.

" Kau ingat kau ni siapa main tampar ke muka aku?! "

" Kau punca aku jadi macam ni! " Teriak Saeyoon.

Jihoon berkerut. Tangan gadis itu dilepaskan.

" Aku? "

" Kau kemalangan kan before this. Kemalangan di jalan raya yang mengakibatkan kecederaan orang awam dan kematian ayah kau. " Tajam Saeyoon membalas.

Meninggalkan Jihoon termangu.

Dia terduduk dan kepalanya diraup kasar.

Mereka senyap.

Tidak bersuara.

Lama.

" Macam mana kebolehan kau boleh hilang? And mana kau tahu aku boleh nampak hantu? " Soal Jihoon memecah kesunyian. Saeyoon mengeluh.

" Aku dah tak dapat nampak dorang lepas aku sedar daripada rawatan. Dan aku dapat tahu ayah kau yang langgar aku. Jadi, aku siasat. Aku discharged awal daripada kau, jadi aku datang hospital hari-hari untuk siasat pasal kau. " Saeyoon memandang wajah Jihoon. Mereka bertentang mata sebelum pandangan Saeyoon dilarikan.

" Suatu hari, aku nampak kau cakap dengan someone. Tapi depan kau, tiada sesiapa. "

Saeyoon mengikut rapat tubuh Jihoon. Dia berdecit halus apabila Jihoon sesekali akan memandang kebelakang. Mereka naik kedalam lif yang sama.

Hanya mereka berdua.

" Mana mak adik? " Soal Jihoon. Saeyoon tersentak.

Dia cakap dengan aku ke?

Saeyoon menghembus nafas gugup. Dia berpaling mahu menjawab soalan Jihoon sebelum dia kaku.

Jihoon sedang mengusap sesuatu disebelahnya.

Namun, sebelah lelaki itu kosong!

Tiada sesiapa.

Ibarat seperti Jihoon sedang mengusap angin.

" Abang ada hal ni. Adik kirim salam eomma ya. " Pesannnya lagi pada ' sesuatu ' disebelahnya.

Saeyoon mengelus tapak tangannya.

Kebolehannya berpindah pada Jihoon sekarang.

" Aku tak nak tolong hantu-hantu tu. " Dengus Jihoon. Saeyoon berkerut lantas bahu Jihoon ditolak kasar.

" Kau tak boleh macam ni, Jihoon! Kau jangan jadi selfish! Tuhan dah beri kebolehan ni untuk kau bantu orang. "

" Tapi hantu tu bukan orang! " Tengking Jihoon. Dadanya turun naik menahan amarah.

Dia bingkas bangun dan memandang tajam wajah Saeyoon.

" Aku tak pernah mintak kebolehan ni! Dan takkan pernah bersyukur. Kau tutup mulut kau. Aku takkan bantu hantu tu! "

--------------------

Jihoon duduk bersendirian di pondok bas sementara menunggu bas nya sampai. Harini dia akan pulang ke rumahnya.

Eomma Junkyu akan datang bermalam di rumah anaknya beberapa hari ini, jadi Jihoon mengambil insiatif untuk pulang ke rumahnya.

Harap perempuan tu tak ada kat rumah.

Hujan rintik mulai turun membasahi muka bumi. Sedikit demi sedikit sehinggalah lama kelamaan bandar Seoul mulai basah dengan air hujan.

" Abang suka hujan? " Celah seseorang. Jihoon berpaling. Seorang kanak-kanak dianggarkan berusia 7-8 tahun sedang duduk disebelahnya.

" Kau hantu ke? " Balas Jihoon, dingin dan mengundang tawa budak itu.

" Saya manusia lah bang. Kalau saya hantu, dah lama saya tak cari tempat berteduh. " Sengih kanak-kanak itu. Jihoon mengangguk.

Mereka senyap.

" Abang tak jawab soalan saya. Abang suka hujan ke? " Soalnya lagi. Jihoon mengeluh.

" Tak. "

" Kenapa? "

" Hujan buatkan semua pergerakan terbatas. Kalau nak keluar rumah, kena pakai payung. Tak boleh bebas, nanti sakit demam pulak. "

" Kalau saya, saya suka hujan, bang. "

Jihoon tertarik pada budak lelaki disebelahnya. Dia tersenyum sinis.

" Kenapa kau suka hujan? "

" Saya jumpa eomma kandung saya buat kali pertama semasa waktu hujan, bang. "

Jihoon tersentak. Air muka kanak-kanak itu dipandang.

Tenang.

Tiada riak kesedihan.

" Mana eomma kau? Dia tak marah kau keluar merayau waktu hujan macam ni? "

" Eomma saya dah meninggal, bang. Seminggu selepas dia jumpa saya."

Damn.

Jihoon mengelus lembut bahu budak itu.

" Abang tahu kau kuat dik. Kau okay tak sekarang? "

" Saya okay, bang. Cuma saya terkilan. "

" Maksud kau? "

" Kalau saya boleh nampak eomma saya buat kali terakhir, saya nak tanya apa permintaan terakhir dia yang boleh saya tunaikan. Sekurang-kurangnya, dia pergi meninggalkan anak yang taat. "

Jihoon terdiam. Kata-kata budak itu menghentam hatinya.

Dia mengelus jarinya, kasar.

Wajahnya ditundukkan.

" Saya harap ada orang boleh bantu saya tunaikan wish eomma. Tapi sayangnya, tiada. Sebab tu lah saya terkilan bang. "

Continue Reading

You'll Also Like

22.9K 482 14
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
4.7K 900 32
Kim Junkyu salah tentang anggapan semua hubungan yang dinamakan cinta pasti berakhir bahagia. Kerana temukah kebahagiaan dalam perpisahan?
5.2K 672 22
Dikahwini oleh driver bapak sendiri ? Memang salah satu perkara tak masuk akal. Tetapi itulah jalan hidup Kwon Hana bersama Watanabe Haruto.
5.9K 323 29
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...