1 || ANNUR ✓

By swetynight

7.8K 2.3K 441

Puteri Annur binti Mohd, nama yang tidak asing untuk menghadapi dugaan meskipun dia masih remaja. Di sekolah... More

Bab 1
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Rewrite The Stars
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Just A Friend To You
Bab 30 (END)
Epilog
E-BOOK!

Bab 2

320 87 20
By swetynight

Remember,
Princess doesn't cry, so do you

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~

"Abang" Annur tersenyum memandang wajah Syirhan, abang tirinya.

"Nur tengah buat apa? Nur study eh? Abang ganggu Nur tak?" Syirhan menarik kerusi di sebelah kanan Annur.

"Tak lah, abang tak ganggu pun. Nur tengah buat kerja sekolah sikit je. Abang tolong Nur boleh tak? Nur tak faham soalan ni" Annur menghulurkan buku teks Sejarah kepada Syirhan.

"Alahai, perang dunia kedua ke? Senang je meh abang catit sikit kat buku kerja Nur" Syirhan mengambil buku latihan Annur. Annur dengan senang hati memberinya.

Tiba-tiba Annur dihimpit rasa bersalah. Dia sepatutnya menjauhkan diri dari Syirhan, tapi Syirhan sangat baik dengannya. Macam mana dia nak jauhkan diri?

'Lebih baik kau jangan dekat dengan
abang aku, dasar pembunuh!'

'Kau dah bunuh ayah, lepastu nak senang-lenang pula dalam rumah ni kan? Tak malu betul!'

'Sebab kau suami aku mati, mesti dia rasa tak guna ada anak macam kau!'

'Jangan rapat dengan abang Syirhan!'

"Nur, kenapa menangis ni? Abang ada buat salah apa-apa ke?" Syirhan berasa susah hati melihat wajah suram Annur.

"T-tak lah. Mana ada Nur menangis. Nur menguap, sebab tu mata berair sikit" Annur menutup hakikat sebenar.

Biarlah, biar dia yang tanggung semuanya. Dia tidak suka menjadi bebanan kepada seseorang. Terutamanya kepada orang yang berbuat baik kepadanya.

"Okay, buat kerja sekolah cepat-cepat tau! Abang nak tidur ni, Nur pun tak boleh tidur lambat. Esok sekolah, bye!" Syirhan keluar dari bilik Annur.

Annur membuka tudung sarungnya lantas dia mengunci pintu. Sudah menjadi kebiasaan untuk Annur bertudung pada waktu malam kerana Syirhan bukan mahramnya.

Syirhan juga sudah faham jika Annur tidak mengunci pintu, barulah dia boleh masuk. Kalau Annur sudah mengunci pintu, maknanya Annur tidak memakai tudung.

🍃🍃🍃

"Hoi perempuan hodoh!" Annur berpaling, itu gelaran yang diberikan kepada dirinya ketika berada di sekolah.

"Kau tak cuci tandas lagi kan?! Pergi sekarang juga! Sakit mata aku tengok kau kat sini!" Annur jatuh terduduk apabila pelajar itu menolak tubuhnya.

"Nur!" Shafika menghampiri mereka berdua. Silap dia kerana pergi tandas tanpa mengikut langkah Annur.

"Kau okay tak? Wei perempuan, asal kau tolak dia?! Kurang ajar kan kau?!" Shafika menjadi marah apabila melihat wajah perempuan itu seperti tiada perasaan.

"So what? Kau nak marah aku? Kau tanya perempuan hodoh ni" Perempuan itu ketawa dengan penuh sinis.

"Excuse me, kau bukan sepatutnya pergi cuci tandas ke? Kau yang datang lambat tadi kan? Pergi blah lah! Aku bagitahu pengetua nanti!" Shafika membantu Annur untuk berdiri. Annur berasa sakit di bahagian pinggang.

"Hergh!" Perempuan itu meninggalkan Annur dan Shafika. Shafika seperti mahu mencekik sahaja perempuan tak sedar diri itu!

"Nur, did it hurt?" Shafika membawa Annur ke ruang pondok bacaan.

"A lot" Annur tidak sedar kata-katanya. Cepat-cepat dia perbetulkan.

"I mean, tak ada apa-apa lah! Don't worry. Sikit je ni" Annur menghulurkan senyuman plastik.

"Nur, kau tak pandai tipu aku! Kau better cakap apa yang dah jadi? Tangan kau tu, kenapa lebam? Ibu tiri kau pukul kau lagi ke? Kenapa dahi kau bertampal plaster pula ni? Siapa yang buat kau?" Bertubi-tubi soalan diajukan oleh Shafika.

"Okay. Aku tahu aku tak pandai tipu. But, aku okay je. Tangan dengan dahi aku okay. Kau jangan risau ek?" Annur masih tidak mahu memberitahu hal sebenar.

"Eee tak nak lah kawan dengan kau!" Shafika pura-pura merajuk, namun dia tidak tahu bahawa Annur agak terasa dengan percakapannya.

"Eh, why are you crying?" Shafika menghulurkan tisu kepada Annur. Annur merampasnya namun dia masih kekal menangis.

"Kau tsk tsk tak nak kawan aku. Kau tsk tsk jahat" Annur berkata diselangi sedu-sedan. Shafika tertawa kecil, lucu dengan perbuatan Annur.

"Weh, aku gurau je. Kau tahu kan, kaulah satu-satunya kawan aku sampai bila-bila! Muah" Annur akhirnya menghamburkan tawa. Dia cepat-cepat mengesat air matanya.

"Eh, jomlah masuk kelas. Dah habis waktu rehat ni. Nanti cikgu marah pula" Annur mengikut Shafika daripada belakang.

🍃🍃🍃

"Kau basuh pinggan elok-elok boleh tak? Macam tak makan seminggu saja gayanya!" Puan Farwah mengetuk kepala Annur menggunakan senduk besi.

"Sakit, ibu" Annur mencuci pinggan bertemankan air mata. Dia cuba untuk terus kuat, kuat tinggal bersama makhluk-makhluk asing itu!

"Ibu, ibu pukul dia tak kuat lah. Pukul kuat lagi" Kaylie seperti biasa, menjadi batu api kepada pertelingkahan antara ibu tiri dan anak tiri. Puan Farwah pun apalagi, terus mengetuk kepala Annur sepuas-puasnya.

"Ibu, sakit ibu! Nur tengah cuci pinggan ni" Annur memegang kepalanya, sebelah tangan lagi mencuci pinggan.

"Tengok, cuci pinggan pun tak pandai! Guna dua-dua belah tangan! Aku potong tangan tu, baru tahu" Puan Farwah menjadi pemerhati di sisi Annur.

"Ibu, akak. Dah lah. Dia sakit tu" Naylie tidak sampai hati melihat wajah Annur yang menahan kesakitan. Kepalanya kelihatan berdarah.

"Kau tak payah masuk campur! Bukan urusan kau pun!" Kaylie memandang sinis sahaja ke arah Naylie.

"Sejak bila kau jadi kawan dia pula ni?" Puan Farwah menjeling Naylie. Naylie hanya mendiamkan diri.

"Aku tanya. Sejak bila ni, Naylie?! Kau kawan dengan dia ke?!" Naylie tersentak.

"Mana ada, Naylie tak kawan dengan dia pun" Naylie berbohong. Dia sebenarnya sangat-sangat sedih melihat keadaan Annur. Annur diperlakukan seperti hamba abdi!

"Kau.." baru sahaja Puan Farwah mahu berbicara, dia terdengar orang memberi salam.

"Assalamualaikum" sapa seseorang dari luar rumah. Cepat-cepat Puan Farwah menutup pili air.

"Kau dengar sini eh, buat macam tak ada apa-apa berlaku!" Puan Farwah terus ke hadapan.

"Kalau kau rapat dengan abang Syirhan, aku bunuh kau, faham?!" Kaylie juga membuntuti langkah Puan Farwah.

"Nur, Naylie minta maaf. Naylie rasa berdosa dengan Nur" Naylie membawa Annur ke dalam bilik.

"Tak apa, kak Naylie tak salah apa pun. Mungkin dah takdir Nur, Nur redha je" Annur membuka tudung sekolahnya. Sudahlah tudung sekolah berwarna putih, nampak jelas tompokan darah.

"Ya Allah, berdarah ni" Naylie menutup pintu lantas menguncinya. Dia mengambil minyak gamat di laci meja.

"Meh Naylie tolong sapu kat kepala tu" Annur menggeleng kepala. Dia tidak mahu Naylie mempunyai perasaan bersalah.

"Nur okay. Nur letak sendiri je eh?"

"Kenapa kepala Nur berdarah pula? Naylie rasa ibu tak pukul kuat pun?" Naylie berasa hairan. Annur menggigit bibir bawahnya.

"Ibu selalu pukul kat tempat yang sama, sebab tu dia berdarah lagi. Tak sempat nak sembuh, ibu dah pukul" Annur tersenyum hambar. Naylie yang melihat luka di kepala Annur segera menyentuhnya.

"Aduh, sakit"

"Nur, Nur boleh buat laporan polis. Ibu dah melampaui batas!"

"Tak nak, walau macam mana pun, ibu tetap ibu Nur. Nur tak akan susahkan ibu" Annur menolak sekeras-kerasnya cadangan Naylie.

"Hmm tak apalah kalau macam tu, Naylie keluar dulu ya? Nanti ibu marah Nur lagi kalau ibu tahu Naylie sebelahkan Nur" Naylie terus keluar dari bilik Annur. Annur mengunci pintu biliknya.

Annur menghamburkan tangisan. Dia sesungguhnya berasa tidak kuat, namun dia gagah untuk terus hidup. Dia perlu mengikut setiap arahan Puan Farwah supaya dia dapat tinggal di dalam rumah itu tanpa rasa bersalah.

'Ayah mati sebab kau!
Pembunuh tak guna!'

'Kenapa suami aku yang perlu mati? Kenapa bukan kau?!'

'Kau tak layak pun tinggal
dalam rumah ni, pembunuh!'

~ B E R S A M B U N G ~

Kenapa lah kejam sangat orang disekeliling Annur ni?

Continue Reading

You'll Also Like

365K 10.3K 33
Selalu nya kerabat tengku ni ada yang friendly,ada yang sombong nak mampus,ada yang riak dan lain-lain.. Tapi bukan jejaka yang bernama Tengku Haikal...
142K 12.7K 57
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
He's Not Mine By Ira

Teen Fiction

35.9K 1.6K 40
Tajuk sebelum ini : Am I That Ugly? Zahra sedar bahawa cintanya hanya bertepuk sebelah tangan. Namun, disebabkan cabaran yang diterima oleh Farhan me...
2.5K 830 14
Special thanks to Caelum Award for this cover. Im really appreciate this! book cover by @CaelumAward Tidak terlepas dari kegelapan menyelubungi jiwa...