KIRITO : THE TRUE LEGEND [LON...

By KhaiShif

202K 19.4K 2.5K

(KARYA KELAPAN KHAISHIF) Asli daripada : Khaishif Beautiful cover by : Khaishif NO COPY! ⚠️ Kirito Sasaki... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
PENGENALAN WATAK ( I )
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
PENGENALAN WATAK ( II )
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 44
BAB 45

BAB 43

1.8K 232 58
By KhaiShif

Suasana koloseum yang gagah berdiri milik Esfahan terlihat semakin meriah apabila acara dimulai dengan pusingan pertama iaitu pemanasan badan bagi wakil di setiap negara.

"Yosh, semangat Kiri! Hari ni mari kita tumbangkan semua orang," ujar Noaki yang cukup bersemangat pada pagi itu sambil mengangkat penumbuk ke udara.

"Tch, aku yang akan tumbangkan mereka!," celah Yosuke angkuh.

Kirito dan Kotaro yang memerhati hanya diam sambil saling menatap antara satu sama lain.

"Nanti kalah menangis," bisik Kirito seraya menjungkit bahunya.

Kotaro yang berdiri berhampiran dengan lelaki bermata merah itu hanya tertawa. Dia dengar apa yang dikatakan Kirito itu. Cukup jelas dan begitu juga dengan Noaki dan Yosuke yang berada tidak jauh darinya.

"Orang kuat memang cakap macam tu," cebik Noaki dan disambut dengan anggukan daripada Yosuke.

"Bukan tu maksud aku. Aku cuma tak nak korang pandang rendah dengan dorang. Ingat, kita tak kenal pun dorang apa lagi kuasa dorang. Boleh jadi dorang kuat macam syaitan hari tu walaupun agak mustahil," pesan Kirito yang tersenyum nipis.

Kotaro, Noaki dan Yosuke terdiam sambil saling berpandangan. Ada benarnya juga kata-kata Kirito itu. Mereka tidak punya banyak pengalaman dalam bertarung malah agak kurang pengetahuannya dalam menganalisis musuh. Malah jika difikirkan semula inilah petarungan pertama mereka yang rasmi.

"Apa-apa pun jangan fikirkan sangat. Lawan macam korang tengah lindungi orang yang korang sayang," tambah lelaki bermata merah itu.

"Kau cakap macam kau seorang pahlawan," komen Yosuke yang mengundang tawa daripada Kirito.

"Kenapa kau gelak? Aku salah cakap ke?" soal Yosuke hairan.

"Ya aku seorang pahlwan... suatu ketika dahulu," gumam Kirito sembari menatap awan yang berarak mengikut tiupan angin.

"Apa? Pahlawan? Tapi kau hampir sebaya dengan kita orang kan? Kecuali Kotaro," balas sahabat segera Kirito itu.

Kirito mengelengkan kepala perlahan lalu mengalihkan tatapan matanya ke arah generasi baru dunia Ardalan.

"Aku sendiri pun tak ingat umur aku berapa jadi jangan buat kesimpulan secepat tu," ujarnya tenang. Sejujurnya Kirito merasa semakin selesa bersahabat dengan Yosuke dan malah Noaki dan Kotaro. Namun keselesaannya sedikit ternganggu apabila mengingati tujuannya bersekolah di akademik Esfahan.

"Kau tengah bergurau ke ni?" soal Noaki pula. Kirito tersentak. Lelaki bermata merah itu seakan-akan terbawa suasana hatinya.

"Eh... kenapa Kotaro dengan Yosuke duduk dekat kawasan kelas kitaorang ni? korang dah ada kelas sendiri ke?" soal Kirito berdalih. Tidak mahu meneruskan perbualan yang semakin asing baginya.

Yosuke dan Kotaro tersentak lalu saling bertatapan. Keduanya terlihat berdehem perlahan sambil mengalihkan pandangan ke arah lain.

"Tak boleh ke kitaorang lepak dengan korang? Jahat sangat ke kitaorang sampaikan kau tak nak bersua muka lagi dengan kitaorang ni?" soal Yosuke mewakili mereka berdua.

Kirito diam tidak menjawab sambil menatap keduanya silih berganti. Tidak lama selepas itu dia tersenyum sinis sambil menampakkan kedua gigi taringnya yang tajam.

"Aku tak fikir pun korang jahat cuma... korang rindu kitaorang eh?" balas Noaki yang turut tersenyum seperti Kirito.

"Taklah sampai nak rindu bagai. Bukannya tak jumpa pun dekat Akedemik," jawab Yosuke lagi yang di sambut anggukan daripada Kotaro yang mengalihkan tatapan matanya ke arah lain.

Mereka menipu.

"Oh ya?" soal Kirito yang semakin melebarkan senyumannya. Lebih-lebih lagi apabila wajah keduanya semkin memerah dan berasap tipis.

"Mengaku jelah yang korang tak ada kawan dekat kelas sendiri kan senang," sambung Kirito lagi.

"Kitaorang adalah! Cuma..." jawab Kotaro yang sedari tadi hanya mengiyakan.

"Heh!" ujar Kirito.

(Anggap ginilah reaksi Kirito tu)

"Dahlah. tak guna cakap dengan korang. Baik aku cakap dengan Miyako," ujar Kotaro mengaihkan topik perbicaraan setelah tujuan mereka di ketahui.

Namun keputusan lelaki bermata biru itu terlihat telah mengubah riak wajah Kirito yang tadinya tersenyum mengusik. Anak mata lelaki itu juga terlihat tajam dan menusuk ketika melihat batang tubuhnya.

"Ulang balik," ujar Kirito dengan nadanya yang cukup mengerikan.

"Tak jadilah. Aku nak balik dekat tempat duduk aku," dalih Kotaro lagi. Meremang segala bulu di badan apabila melihat Kirito yang seakan predator yang kelaparan.

"Tahu pun menyemak dekat sini," sinis Kirito sebelum beredar mendekati Miyako yang duduk di bangku peserta.

"Dude apa kena dengan kawan kau tu. Seram semacam?" soal Yosuke yang disambut anggukan Kotaro.

"Kau nak dekat dengan awek dia memang marah kawan tu," jawab Noaki bersama tawanya.

*
*
*
*
*

Pada masa yang sama, tidak jauh dari kerajaan Esfahan terlihat sekumpulan naga sedang terbang secara berkumpulan ke kerajaan itu. Aura yang dibawa kumpulan naga itu pula terlihat memakan kawasan di sekitar mereka kerana tenaga yang kuat sehingga terdapat kebakaran di setiap kawasan yang mereka lalui.

"Rough!" raungan beberapa ekor naga yang bakal membawa bencana.

"Musnah Esfahan!" ujar salah seekor naga yang dirasuk amarah.

"Rough!" sahut yang lain.

Api kemarahan yang terpancar di mata setiap naga yang ada terlihat marak membara. Kesabaran yang selama ini setebal kulit mereka kini telah menipis. Kemaraan tentera Esfahan yang sudah menghancurkan seluruh habitat mereka telah menimbulkan rasa dendam yang tak berpenghujung.

Perjanjian damai antara puak manusia dan puak naga yang dipersetujui suatu ketika dahulu telah dikotori sendiri oleh puak manusia. Dan kini sudah tiba masanya mereka pula yang membalasnya.

"Bunuh Daichi!" laung Raja Naga dari puak air dan di sambut dengan raungan kemarahan dari puaknya.

"Hancurkan keturunan Ryu!" sambung Raja Naga dari puak api pula.

Kemarahan daripada puak naga itu tanpa mereka sedari telah menarik perhatian Shiki yang berada di koloseum. Dia menoleh ke langit yang cerah dengan simbahan cahaya matahari yang memanaskan.

"Aku rasa tak sedap hati pulak," gumam Shiki.

"Tuanku cakap apa tu?" soal Lezabel yang duduk disamping lelaki itu.

Shiki menunduk. Menatap mata gadis naga di sampingnya dengan raut wajah yang dikerutkan. Tak suka dipanggil begitu.

"Jangan panggil aku Tuanku. Aku tak suka," balas Shiki.

Lezabel tersengih.

"Rasa janggallah. Kita kenal dengan bermusuhan tiba-tiba dapat tahu pulak yang awak ni raja naga," ujar gadis itu segan sambil mengusap tengkuknya.

Shiki menjungkitkan keningnya. Sejak bila gadis di sampingnya ini berubah? Menjadi lebih lembut dan pemalu?

"Sejak bila kau berubah ni?" soal Shiki yang tidak mampu menutup sifat ingin tahunya.

"Kenapa... salah ke?" soal Lezabel pula sembari menoleh ke arah lain.

"Tak salah cuma pelik,"

Lezabel menghela nafas berat. Susah nak cakap dengan Shiki bila sifat blurnya sudah datang.

"Haih, awak raja saya rakyat biasa. Kita berbeza," terang Lezabel.

"Sebelum ni elok je kau marah-marah aku... " ujar Shiki lagi.

Riak wajah Lezabel sedikit berubah.

"Buat macam biasa je tak perlu formal sangat,"

Lezabel akur.

"Jadi..." ujar gadis itu.

"Jadi?" ujar Shiki pula.

"Apa pandangan kau dengan pertandingan ni?" soal Lezabel yang telah menukar nadanya seperti kebiasaanya.

"Aku rasa tak sedap hati,"

Lezabel menjungkit kening hairan. Tak sedap hati? Kenapa?

"Kenapa?"

Shiki menggelengkan kepala perlahan.

"Aku tak tahu,"

BANG!!!

Continue Reading

You'll Also Like

409K 4.8K 40
Dikurniakan badan yang berotot sehingga membuat para wanita kagum dengannya, itu sedikit membuat Zafar bangga akan tubuhnya. Bekerja sebagai kuli dia...
27.2K 127 5
kisah menceritakan tentang kehidupan aku yang pertama kali kena batang orang lain
247K 15.3K 43
Book 1 of fantasy series. LUNA ELINA. Seorang gadis yang pada mulanya hidup sebatang kara sehinggalah dia memasuki satu dimensi secara tidak sengaja...