Tempat Sempurna

By Lollysnow

4.5M 265K 37.9K

THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa unt... More

THAQIF | SAFA
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
60*
61*
62
63
PERSONA TS
EPILOG
EXTRA #1 NS
EXTRA #2 NS
EXTRA #3 NS

25

60.9K 3.8K 167
By Lollysnow

Bunyi titisan air drip jatuh ke dalam botolnya. Suasana hening tidak terkata. Bau dari pelembab udara sedikit sebanyak menenangkan hati yang masih gundah.

"Maafkan Thaqif mama.." Thaqif tegak berdiri menunduk kepala memandang Datin Khadija duduk di atas kerusi bersebelahan katil wad isterinya yang masih tidak sedarkan diri.

"Maafkan Thaqif.."

"Thaqif tak salah. Mama tahu." Datin Khadija tersenyum tipis, menggenggam lembut jemari anak sulongnya.

"Thaqif salah mama, sebenarnya mengenai perkahwinan tu.."

"Mama tahu Thaqif satu-satunya yang boleh bahagiakan Safa." Datin Khadija memintas buat Thaqif mati kata. Dia cuma ingin menceritakan semuanya, kejujuran dibalik tirai perkahwinan mereka.

"Sepanjang bergelar isteri Thaqif. Mama tahu Safa bahagia. Dia sangat bahagia, lebih bahagia berbanding dulu." Datin Khadija menarik nafas panjang.

"Setiap kali dia balik rumah mama. Dia selalu ceritakan Thaqif itu, Thaqif ini.." Air mata Datin Khadija jatuh mengalir ke pipi memandang wajah lesu anaknya di atas katil.

"Mama cemburu." Datin Khadija berpaling menatap menantunya buat Thaqif terkelu melihat air mata wanita itu.

"Kalau ada cerita yang keluar dari mulut Safa,, itu maknanya dia bahagia. Safa tak pernah terbuka dengan mama. Dia banyak memendam sampai mama tak tahu apa yang anak mama seorang ni nak." Tangan Datin Khadija naik pula menyentuh pipi Safa.

"Dia tidak tahu bergaul, dia terlalu mengasingkan diri dia dari orang lain."

"Safiya sudah ceritakan pada kamu kejadian 11 tahun lepas?" soalan Datin Khadija buat Thaqif tersentak lantas mengangguk kepalanya.

"Safiya sudah ceritakan semuanya sebelum kami berkahwin." balas Thaqif mendatar.

"Anak bongsu mama yang seorang tu terlalu sayangkan kakak dia." Datin Khadija melepas tawa kecil sebelum dia menarik nafas panjang.

"Lihat Safa macam ni buat mama ingat kejadian lama. Safa dimasukkan ke hospital setelah dibuli. Keadaan dia sangat teruk, hanya Tuhan sahaja yang tahu remuknya hati seorang ibu tengok anak mama dalam keadaan seperti itu." Bibir Datin Khadija bergetar. Kenangan hitam lama sehingga kini menghantui.

Thaqif dalam diam mengepal penumbuk menatap isterinya di atas katil wad.

"Ya Allah! Abang anak kita!!" Mahu terkeluar anak tekak Datin Khadija memandang tubuh Safa masih berbaju sekolah dimandi darah ditolak keluar dari badan Ambulance.

"Ya Allah! Ya Allah!!" Datin Khadija hampir rebah sempat disambut suaminya Dato' Azham.

"Bawa bersabar Khadija. Insya-Allah anak kita.."

"Macam mana saya nak bersabar Azham? Saya tak besarkan Safa untuk tengok dia macam tu Azham!! Safa anak kita!!" Tengkingan Datin Khadija mengundang mata di lobi kecemasan itu.

"Mama tertekan sehingga mama abaikan perasaan papa kamu. Sakit untuk terima kenyataan anak mama diperlakukan seperti itu. Tapi lagi sakit bila.." Datin Khadija tarik nafas panjang memandang Thaqif.

"Apa maksudnya kami kena tutup kes ni? Apa maksudnya pihak sekolah sendiri tak nak bertanggungjawab atas kes buli anak kami?!" Tengkingan Dato' Azham bergema di ruang pejabat pengetua sekolah.

"Maaf Dato'  Azham. Kami dapat desakan dari luar dari semua ibu bapa yang telah menandatangani petisyen untuk tak membenarkan kes ini dibawa ke mahkamah atas tujuan nama baik mereka dan anak-anak mereka yang sekolah kat sini" Si pengetua menunduk kepala dari terus memandang wajah garang Dato' Azham bersedia untuk meletus memarahinya.

"Macam mana dengan maruah Safa? Macam mana dengan maruah anak kami!! Dia dituduh! Dia dibuli sekarang mental dia menderita!" Tengking Dato' Azham lagi.

"Kami akan selesaikan semua ini di dalam sekolah sahaja. Semua yang buli Safa akan kami dijatuhkan hukuman."

"Semudah itu? Semudah itu kamu semua tutup kesakitan anak saya..." Datin Khadija geleng kepala hingga air matanya jatuh kepipi.

"Saya akan tetap bawa kes ini ke mahkamah!" Dato' Azham sudah hilang sabarnya.

"Kalau begitu maafkan kami Encik Azham kami tak boleh beri kerjasama. Dan sebaiknya Encik tak besarkan perkara ini ke mahkamah kerana kes kebunuhan Dini boleh kembali dibuka dan mungkin akan bahayakan Safa juga."

Thaqif kelu.

"Hari demi hari berlalu dengan kesakitan, sampaikan Safa terpaksa jalani rawatan di klinik sakit Jiwa." kata-kata Datin Khadija buat Thaqif tersentak.

"Rawatan pesakit mental?" Soal Thaqif sekali lagi.

"Ya, Safa kemurungan. Dia kerap menangis sendiri dan ada hari dia menjerit mengadu dia kesakitan walaupun segala luka dia dah sembuh."

Thaqif tunduk wajah. Sanggup kau Thaqif! Sanggup kau fikir buruk pada isteri kau sendiri! Rawatan sakit mental itu setelah kejadia itu berlaku! Bukannya sebelum kejadian!

"Tapi kamu jangan risau, Safa dah sembuh setelah 7 bulan dia jalani rawatan."

"Bukan itu yang Thaqif risaukan. Thaqif cuma rasa sakit.." Thaqif raup rambut sendiri, nafas dilepas kasar.

Datin Khadija bangun berdiri menatap wajah redup menantunya. Senyuman terukir manis dibibir.

"Tahniah.." tangan naik menyentuh bahu menantunya

"Thaqif akan jadi ayah nanti. Mama yakin  Thaqif dapat bahagiakan Safa lebih dari papa dan mama buat."

Thaqif ketap gigi menatap ke perut Safa. Perasaannya bergelodak.

"Terima kasih mama."

Datin Khadija menghembus nafas lega lantas menarik kepala Thaqif ke bahunya. Bahu menantunya diusap menghulur kekuatan.

_________

"T...Tha..." Dengar sahaja bisikan lemah Safa, Thaqif yang hampir terlelap dengan merebah kepala di birai katil isterinya segera bangun menegak.

"Safa!"

Safa teguk air liur rasa perit. Tangan berat diangkat menyentuh lengan suaminya.

"Oh air! Kejap!" Thaqif laju menuang air ke dalam gelas sambil dia menekan tombol loceng memanggil jururawat. Jam menunjukkan angka 3 pagi. Isterinya baru sedar setelah pengsan lama.

"Minum pelan-pelan." Thaqif perlahan-lahan menarik isterinya bangun bersandar pada tubuhnya sambil dia melabuh duduk di birai di atas katil.

"Bismillah.." perlahan dan jelas bisikan Thaqif sebelum menyua gelas ke mulut isterinya.

Bunyi ketukan pintu barulah Safa siap meneguk air. Dia diam memandang dirinya dikelilingi jururawat memeriksa tubuhnya.

Adakah penyakit itu datang lagi?

Penyakit sakit tidak terluka, menangis tiada sebabnya. Adakah sakit itu datang menyerangnya lagi? Ketika dia bersama Thaqif?

Safa laju berpaling memandang wajah gusar Thaqif tak lepas memandang dirinya.

"Puan Safa tahu kenapa Puan Safa kena tahan wad hari ni?" Soal seorang jururawat buat Safa meneguk air liur. Bibirnya bergetar untuk menjawab.

Jururawat itu melepas tawa kecil. "Puan Safa pengsan dekat rumah tadi. Suami Puan bawa ke hospital.."

"Pengsan?" Safa memandang Thaqif penuh tanda tanya. Hanya senyuman dibalas lelaki itu.

"Ya Puan pengsan. Tubuh Puan lemah." Jururawat itu membalas tenang sambil tangan sibuk membetulkan wayar air drip. Sebaik itu dia menghulur senyum kepada Safa yang masih kelu tidak terkata.

"Puan kena jaga diri lepas ni. Banyakkan berehat. Jangan terlalu stress." Pesanan jururawat itu sama persis dengan pesanan yang selalu dia terima 11 tahun lalu. Hingga akhir terakhir dia dikatakan bebas sakit mental, masih pesanan itu dititip buatnya.

"Saya sakit lagi?" Respon Safa buat mulut Thaqif terbuka menarik nafas panjang.

"Ya, Puan sakit lagi."

"Nurse, straight to the point. Wife saya agak sensitif sekarang. Nanti dia fikir bukan-bukan." Thaqif menegur dengan suara datar. Si jururawat pula tersenyum lantas mengangguk kepalanya.

"Puan pregnant. 8 minggu. Tahniah."

"Ha?" Kening Safa berkerut memandang Thaqif.

"Oh..." dan akhirnya kepala jatuh merenung jari.

"Jadi Puan jaga kesihatan. Kandungan puan sangat lemah sekarang. Banyakkan makan makanan berkhsiat untuk baby."

"Okay.." suara Safa bergetar.

"Kalau tak ada apa, saya keluar dulu. Kalau puan perlukan apa-apa, Puan boleh tekan lonceng tu ya." Jururawat menunjuk tombol lonceng berhampiran katil Safa.

"Terima kasih nurse." Thaqif menjawab bagi pihak isterinya.

"Sama-sama."

Ktak! Bunyi pintu bilik dikatup buat ruang itu kembali sunyi seperti sebelumnya. Sehinggalah esakan Safa kedengaran dan Thaqif kembali melabuhkan punggung di atas katil isterinya lalu menarik Safa ke dalam pelukan.

Ruang yang tadi hening sunyi kini penuh diisi esakan Safa. Tubuh itu bergetar dalam dakapan Thaqif buat mata Thaqif turut hangat menahan titisan.

Entah kenapa. Mereka sepatutnya bahagia meraikan benih sudah bercambah di dalam rahim Safa tapi sebaliknya. Kedua-dua tenggelam dalam kepiluan.

Jujur mereka hampir lupa tentang tujuan sebenar perkahwinan itu sehinggalah berita Viral di Twitter itu dibangkit ditambah lagi Safa yang disahkan mengandung.

Dua-dua hilang tujuan.

"Safa?" Thaqif leraikan pelukan. Tangan naik menyentuh wajah isterinya. Ibu jari bergerak menyapu sisa air mata masih basah dipipi itu.

"Aku cuma takut." Safa tunduk wajah lantas menyentuh perutnya.

"Kau rasa aku boleh jadi ibu yang baik?" Safa dongak menatap wajah Thaqif dihadapannya.

Thaqif hulur senyum pahit. Tangan turut bergerak menindih tangan Safa diperut wanita itu. "Kita akan jadi ibu bapa yang baik untuk anak kita."

"Kau tahu kata-kata kau sakitkan aku. Tak baik buat ibu mengandung macam ni.." Safa jatuhkan kepala di dada Thaqif. Air mata kembali jatuh mengalir ke pipi.

"Tak pernah sedetik pun aku berniat untuk sakitkan kau Safa.."

"Kau ingat lagu kita nyanyi masa dekat Santorini dulu?" Safa menyoal dengan getaran.

"We wrote a story and we sang our song.." esakan Safa kedengaran lagi buat lagu yang dulu dinyanyi penuh merdu kini diisi kedukaan.

"We hung out pictures on the wall. Tsk tsk!!"

"All the precious moment that we carved in stone.."

"Are only memories after all.." bait terakhir buat air mata Thaqif turut jatuh hingga mengena kepala isterinya.

"You gave me hope.. But I've get to let go.." Kali ini bukan nyanyian yang kedengaran tapi lebih kepada kata-kata yang terluncur keluar dari mulut Safa.

"Ahh! Aku sensitif sejak dua menjak ni." Safa leraikan pelukan sambil dia sapu air mata sendiri. Thaqif pula diam terkelu menatap wajah itu.

"Mungkin sebab baby.." Safa tertawa tapi begitu sakit dipendengaran Thaqif.

Continue Reading

You'll Also Like

292K 13.9K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
148K 1.2K 7
Cinta, membahagiakan. Malah cinta juga membunuh seluruh harapan.
143K 12.8K 57
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
432K 59.3K 49
Book 1: MAHFUZ Book 2: LUTHFI Book 3: TAQI