𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 �...

נכתב על ידי Hwayuqiii

58.3K 6.6K 721

Season 1 Energi shizen adalah kekuatan yang perlu dikeluarkan untuk menggunakan ability, energi itu dimiliki... עוד

SEASON 1: DESCRIBE
CHAPTER 1
CHAPTER 2
CHAPTER 3
CHAPTER 4
CHAPTER 5
CHAPTER 6
CHAPTER 7
CHAPTER 8
CHAPTER 9
CHAPTER 10
CHAPTER 11
CHAPTER 12
CHAPTER 13
CHAPTER 14
CHAPTER 15
CHAPTER 16
CHAPTER 17
CHAPTER 18
SPECIAL CHAPTER
CHAPTER 19
CHAPTER 20
CHAPTER 21
CHAPTER 22
CHAPTER 23
CHAPTER 25
CHAPTER 26
CHAPTER 27
CHAPTER 28
CHAPTER 29
CHAPTER 30
SEASON 2: HEADING TO WAR
S2 CHAPTER 1
S2 CHAPTER 2
S2 CHAPTER 3
S2 CHAPTER 4
S2 CHAPTER 5
S2 CHAPTER 6
S2 CHAPTER 7
S2 CHAPTER 8
S2 CHAPTER 9
S2 CHAPTER 10
S2 CHAPTER 11
S2 CHAPTER 12
S2 CHAPTER 13
S2 CHAPTER 14
S2 CHAPTER 15
S2 CHAPTER 16
S2 CHAPTER 17
S2 CHAPTER 18
S2 CHAPTER 19
SPECIAL CHAPTER.
S2 CHAPTER 20
S2 CHAPTER 21
S2 CHAPTER 22
S2 CHAPTER 23
S2 CHAPTER 24
S2 CHAPTER 25
S2 CHAPTER 26
S2 CHAPTER 27
S2 CHAPTER 28
S2 CHAPTER 29
S2 CHAPTER 30
Q:A chapter
S3 CHAPTER 1
I am back..
S3 CHAPTER 2
S3 CHAPTER 3

CHAPTER 24

763 95 10
נכתב על ידי Hwayuqiii

Perlawanan ke-11 hingga ke-20 juga berlangsung dengan pantas.. kini kerajaan Aozora telah memenangi 7 perlawanan dan 3 seri.. manakala Gesshoku memenangi 10 perlawanan dan 3 seri..

Perlawanan seterusnya akan disambung pada petang hari dan sekarang adalah waktu makan tengahari.

****

Rin, Mirae, Ace, Kazuke, Raizo, Shiro, Sai dan Asyura berkumpul bersama di bawah pohon berhampiran stadium itu bersama sambil berbual.

"Huh kitaorang dah lepas.. korang bertiga je lagi belum.", Ujar Mirae sambil memandang Shiro, Ace dan Asyura.

"Ha arh.. makin berdebar pula." Ujar Shiro.

"Chill je.. " Asyura terlihat santai sambil menyantap makanan tengahari nya.

"Banyak lah kau punya chill.." kata Mirae.

"Ace okay ke?" Tanya Rin.

Ace mengangguk.

"Rin, waktu perlawanan kau apa yang jadi sebenarnya?" Tanya Raizo.

"Aku pun tak faham.. tapi ability budak tu benang takdir.  Budak tu macam nak tengok takdir aku je sebenarnya, bukan nak bertarung pun." Ujar Rin.

"Benang takdir? Maksud nya?" Tanya Raizo lagi.

"Dia dapat tahu takdir seseorang berdasarkan warna benang yang dia tanam kan pergelangan tangan melalui ability dia. Kira macam tu lah." Jawab Rin.

"Oh.. jadi kau dapat benang apa?"

"Benang warna hitam.."

"Apa maksud warna benang tu?"

"Entah.. dia tak bagitau pun."

"Ehh pelik nya."

"Tulah.. "

Tiba tiba Kawaze menghampiri mereka.

"Hai anak murid ku sekalian." Ujar nya.

Mereka memandang nya kehairanan.

"Hensem sangat ke aku ni? Kenapa semua pelajar pandang semacam je." Ucap nya dengan bangga.

"Sebab sensei pelik." Jawab Mirae.

"Pelik macam mana tu?" Tanya nya lagi.

"Sensei macam bukan sensei." Ujar Mirae.

"Maksud nya macam mana tu?" Tanya nya lagi.

"Macam orang bodoh." Ujar Kazuke dengan wajah kosong nya.

Kawaze diam seketika kemudian duduk dan merangkul bahu Kazuke.

"Untuk pengetahuan adik ku yang tercinta.. orang bodoh ni juga yang kau kejar kehulu hilir menangis nangis nak ikut keluar jalan dulu.." ujar nya dengan selamba.

Mereka tertawa besar.. Kazuke menjatuhkan tangan Kawaze yang berada di bahunya

"Bila masa aku ikut kau.." katanya dengan wajah yang agak memerah.

"Eleh.. kau tak ingat ke pura pura tak ingat." Sindir Kawaze.

Kazuke hanya diam... Manakala yang lain berusaha menghentikan tawa mereka.

"Dah dah, beberapa minit lagi perlawanan dah nak mula. Cepat habiskan makanan korang lepastu pergi stadium balik." Ujar Kawaze.

"Okay sensei." Jawab Asyura.

Kemudian Kawaze melangkah pergi dan mereka bersiap untuk ke stadium.

****

Pukul 2 petang.

Perlawanan untuk ujian kedua kembali disambung dan kini masih tersisa 20 perlawanan lagi.

"Perhatian kepada wakil guru, anda diminta untuk memastikan semua peserta sudah berada di Stadium. Kita akan meneruskan ujian sebentar lagi." Pengumuman kedengaran

Kawaze dan Awabe memberi signal bahawa kesemua peserta dari kerajaan masing masing sudah berada di Stadium.

"Baiklah kalau begitu, tanpa membuang masa mari kita saksikan perlawanan ke-21 yang akan ditampili oleh Saito Shiro dan Tsukiko Yuuho!!!!"

Para penonton bersorak sebaik sahaja nama disebutkan.

"Akhirnya, giliran aku..." Ujar Shiro kemudian berdiri dengan yakin.

"Goodluck Shiro." Ucap Rin.

Shiro hanya mengangguk dan melangkah turun ke gelanggang.

Sebaik sahaja kedua duanya saling bertemu, mereka saling memperkenalkan diri.

"Saito Shiro.18 tahun." Ucap Shiro sambil tersenyum

"Yuuho, 18 tahun juga." Yuuho juga membalas senyum Shiro.

Kemudian mereka mengambil tempat masing masing.

"Perlawanan dimula dari sekarang.!!!" Gendang turut dibunyikan setelah itu.

"Jurus penerapan element" Gumam nya kemudian dia menyentuh pijakan nya.

Shiro menerapkan element tanah nya pada seluruh tanah di gelanggang. Oleh kerana tanah yang ada mereka pijak sekarang telah diterapkan kekuatan element milik Shiro, dia dapat mengawal tanah itu mengikut kemahuan nya.

Yuuho cuba bergerak, namun sebaik sahaja dia melangkah.. tanah itu bergerak dengan sendiri nya menyebabkan dia tidak dapat berdiri dengan seimbang.

"Aku tak sangka pula kekuatan dia boleh menyatu dengan alam." Katanya dengan wajah cemas.

"Huh.. keturunan Murni Auzora memang hebat." Ujar Jouda.

"Ability telepati aku tak berguna dalam pertempuran macam ni. apa aku nak buat?" Gumam nya.

Sedang dia berfikir dengan keras, Shiro mengawal tanah yang ada di pijakan Yuuho sehingga Yuhoo terbuang jauh dari gelanggang.

"Erkk!! Dah tamat ke???" Ujar Penonton.

Pengacara juga sempat terkejut seketika..

"Wahh, bangsawan murni kerajaan Aozora memang hebat.. perlawanan ke-21 tamat dan Saito Shiro memenangi perlawanan ini!!" Ulas pengacara.

Para penontok bertepuk tangan dengan meriah walaupun masih merasa terkejut setelah melihat perlawanan dari 3 bangsawan Murni Aozora yang berakhir dengan sekejap dan satu nya lagi bertarung seimbang melawan Putera kerajaan Gesshoku.

Shiro dah Yuuho bertemu kembali di tengah gelanggang.

"Hebat lah kau.. perlawanan 3bangsawan Murni pagi tadi pun hebat sangat. " Ujar Yuuho.

"Takde lah hebat mana pun." Balas Shiro sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

Yuuho hanya tersenyum kepada Shiro kemudian mereka kembali ke kerusi penonton.

***

Perlawanan ke-22 hingga ke-27 berakhir dengan pantas. Kini Auzora meraih 11 kemenangan dan 3 seri, manakala Gesshoku meraih 13 kemenangan dan 3 seri.

"Baiklah, seterusnya mari kita saksikam perlawanan ke-28 yang akan ditampili oleh Tsukiko Akiko dan Miura Asyura." Ucap pengacara

"Erhh perempuan tu?" Ujar Asyura

"Habis lah kau, budak tu ada ability ilusi cinta. Mengena sangat dengan kau." Ejek Shiro.

Raizo tertawa kecil.

"Takpe lah, mana lah tahu aku dapat pelukan macam Kazuke." Katanya pula.

"Kau nak aku humban kau pergi gelanggang tu ke?" Ujar Kazuke dengan dingin.

"Hehehe.. terima kasih je lah, aku boleh pergi sendiri." Balas Asyura sambil tersengih sengih.

Kawaze sempat tertawa kecil melihat tingkah mereka.

Tiba di gelanggang, Asyura dan Akiko saling menyapa terlebih dahulu.

"Hai, kau dah kenal aku kan?" Ujar Asyura.

"Iya.. kau pun dah kenal aku kan." Balas Akiko dengan tatapan dingin.

"Ha arh," balas nya dengan senyuman buaya nya.

Akiko lantas mengambil tempat kemudian diikuti pula oleh Asyura.

"Baiklah, perlawanan kamu bermula sekarang!!" Ujar pengacara sembari gendang dibunyikan.

Sebaik sahaja perlawanan dimula, Akiko terus menghampiri Asyura. Namun kerana perlawanan sebelumnya, Asyura sudah tahu ability milik Akiko. Oleh itu dia dengan cepat membuat jurus nya.

"Jurus penerapan element." Gumam nya kemudian menyentuh pijakan nya.
Dia menggunakan jurus yang sama seperti jurus Shiro dan serta merta seluruh permukaan gelanggang berubah menjadi air.

Kerana Akiko melakukan pergerakan ketika Asyura mengeluarkan jurus itu, dia hilang keseimbangan dan tiba tiba dia berteriak.

Asyura terus melihat Akiko.. Akiko tergelincir namun Asyura bergerak dengan sendirinya menyambut Akiko.

"Asyura bakaa!!!! (Bodoh)" kata Mirae sambil menepuk dahi nya.

Akiko menyentuh tangan Asyura dan Asyura serta merta terperangkap dalam ilusi cinta Akiko. Asyura terus berdiri kaku sambil mendukung Akiko kemudian Akiko merangkul leher Asyura dan memeluknya.

"Turun kan aku." Ucap Akiko.

Asyura menurunkan Akiko seperti yang diarahkan.

"Keluar dari gelanggang." Arah nya lagi.

Asyura terus melangkah keluar dari gelanggang.

Rakan rakan nya bertepuk dahi serentak setelah Asyura tersingkir dari gelanggang.

Para penonton juga sempat terpaku kerana Asyura yang mempunyai kekuatan bangsawan Murni telah kalah dengan seorang gadis yang bukan lah hunters type petarung.

"Perlawanan tamat!!! Tsukiko Akiko memenangi perlawanan ini!!" Ujar pengacara.

Para penonton pun bersorak namun segelintir nya masih merasa agak kecewa menyaksikan perlawanan yang terlalu singkat itu.

"Oleh kerana Miura Asyura masih terperangkap dalam ilusi cinta, mohon wakil pihak kerajaan Aozora untuk membawa peserta keluar dari gelanggang kerana ilusi itu memakan masa untuk terlepas dari seseorang." Ujar pengacara sambil tersenyum.

Kawaze pun masuk ke gelanggang dan membawa Asyura keluar.

"Haih.. tulah kecik kecik dah jadi playboy." Ujar Kawaze kepada Asyura yang masih dalam ilusi.

Setelah gelanggang kembali kosong, perlawanan seterusnya turut di mulai.

"Baik lah, mari kita saksikan perlawanan ke-22 yang akan ditampili oleh Tsukiko Aiya dan Tanaka Hayate."

Skip..*

Perlawanan ke-23 skip..*

Ke-24 skip..

Ke-25 skip..

***

"Baiklah, sekarang mari kita saksikan perlawanan ke-26. Peserta yang akan bertanding pada perlawanan ini adalah Tsukiko Shinjiro dan Kiyomizu Ace...", Ujar pengacara..

Para penonton kembali rancak.

"Akhirnya, tiba pun giliran Ace." Kata Rin.

Ace hanya mengangguk kemudian pergi ke gelanggang. Sai dan Kazuke memandang nya berlalu pergi.

"Tu budak cantik yang takde energi shizen tu kan?"
"Ha arh, tapi tanpa energi pun dia hebat lah."
"Betul tu, tapi kali ni dia bawa pedang."
"Ouu kenshi rupanya."
Para penonton membicarakan Ace.

*KENSHI (pendekar pedang)

"Baiklah, nampak nya kedua dua peserta kita kali ini adalah type kenshi sama seperti peserta perlawanan pertama pagi tadi." Ulas pengacara.

Ace dan Shijiro pergi ke tengah gelanggang untuk sesi perkenalan.

"Tsukiko Shinjiro, 18 tahun. Boleh panggil Shin." Ucapnya.

"Kiyomizu Ace, 16 tahun. Panggil Ace." Ace juga memperkenalkan diri dengan suaranya yang perlahan dengan wajah kosong nya itu.

"Ouh, tak sangka ada peserta umur 16 tahun rupanya." Ujar Shinjiro.

Ace hanya mengangguk dengan wajah kosong.

Shinjiro tersenyum sinis memandang Ace.












המשך קריאה

You'll Also Like

2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
1.5M 78K 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwi...
1.6M 76.7K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
45.2K 3.1K 73
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...