Cinta Yang Terabadi

By eulonahazel

9.2K 1.9K 453

- Aku hanyalah manusia yang hina dengan dosa . Layakkah aku ? - - Segala apa yang berlaku , saya terima dan r... More

CINTA YANG TERABADI
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
NOTICE
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 48
BAB 49
BAB 50
BAB 51
๐Ÿ’Œ

BAB 47

127 36 1
By eulonahazel

PERLAHAN lahan pelukkan dilepaskan . Dia memandang kearah Aidan dengan pandangan yang penuh tidak percaya .

"Apa yang awak cakapkan ni Aidan ?" Aidan sudah tertunduk kebawah merenung kelantai . Gadis itu sudah mengerutkan keningnya sebelum melepaskan ketawa kecil .

"It's okay . I rasa you dengan Aidan cuma bestfriend... Right ?"

"No . Just kawan biasa . Dah , jom ." Aidan segera menarik tangan gadis itu berlalu meninggalkan Nadirah yang masih terdiam tidak berkutik disitu .

Jadi memang benarlah bahawa selama ini Aidan curang dibelakangnya ?

Lembik lututnya dirasai pada ketika itu . Berserta perasaan yang hiba , Nadirah jatuh terduduk diatas lantai sebelum air matanya jatuh menuruni kepipi .

Tangisannya langsung tidak berbunyi . Sebaliknya , bibirnya terukir senyuman yang penuh dengan perasaan yang sebak . Pedih diseluruh hatinya mula terasa mencengkam kuat .

Sampai bila aku akan diperbodohkan sebegini ?

Sampai bila... ?

Aku penat...

"Hey Nadirah , what's wrong babe ?" suara Munirah mula kedengaran namun tidak dipedulikan oleh Nadirah . Jiwanya hanya fokus pada percakapan Aidan sebentar tadi .

"W-wait... Who's this ?" pandangan mata gadis itu terarah pada Nadirah yang masih belum melepaskan pelukan .

"Kawan I ."

Bukan kawan ,

Bukan kawan baik ,

Dan juga bukan tunang .

Tetapi adalah seorang isteri .

Dirinya adalah isteri kepada Aidan .

Bagus , Nadirah .

Sekarang kau diperbodohkan buat kali kedua .

"Nadirah... What's wrong ? bangun babe , nanti orang nampak ." Suara Munirah kedengaran lagi membuatkan Nadirah tersedar kelakuannya disitu . Segera dia menyeka air matanya sebelum perlahan lahan mengangkat punggung .

"Kenapa ni Nadirah ? kenapa you menangis ? ke mata you termasuk bawang ? meh sini I tiupkan ." Nadirah segera berundur kebelakang sedikit apabila Munirah datang mendekati . Dia mengukirkan senyuman manis palsu buat Munirah dari melindungi dirinya dikesan mempunyai masalah .

"Tak adalah . Mata saya okay je . Abaikanlah yang tadi itu , lepasni nak cari apa pula ?" Nadirah mengurut hidungnya yang mula pedih akibat menahan dari menghamburkan tangisan sebentar tadi . Munirah sudah menggelengkan kepalanya .

"Are you sure that you're okay ? kalau tak okay , kita boleh balik . Tak payah beli barang ." Ucap Munirah prihatin . Diusapnya lengan Nadirah lembut sambil menghadiahkan senyuman .

Beruntung Aarif , mempunyai gadis sebaik ini didalam hidupnya .

"Tak apa . Saya okay saja . Jom teruskan cari barang ." Tanpa berlengah , Nadirah segera menolak troli kehadapan tanpa menunggu balasan Munirah . Dia perasan bahawa Aarif turut berada disitu , namun dia hanya membuat nampak tidak nampak sahaja .

Selepas habis membeli barang barangan dapur , mereka bertolak pulang . Sepanjang didalam perjalanan , mata Nadirah asyik termenung jauh merenung keluar tingkap .

Masih terasa pedih dihatinya akan perkataan yang diucapkan oleh suaminya sendiri . Seolah olah Aidan malu memperisterikan dia .

Adakah dia terlalu selekeh untuk diakui sebagai permaisuri buat si raja ?

Ataupun dirinya yang kelihatan miskin membuatkan orang jijik untuk mendekatinya ?

Fikirnya , selepas dia memberikan permaafan dan peluang pada suaminya , Aidan akan insaf dan sentiasa menunggunya pulang .

Malahan , lelaki itu sudah melupakan dirinya . Apatah lagi mengakuinya hanya sebagai kawan dihadapan seorang perempuan yang bukan mahram baginya .

Hebat benar permainan manusia pada ketika ini sehingga mampu membuatkan kepercayaannya yang dibina dengan kasih sayang dari ketulusan hatinya runtuh begitu sahaja .

Tidak diduga akan terjadi perkara sebegini dihadapan matanya dan didengari oleh ditelinganya sendiri . Benarlah , Allah Maha Kuasa . Semuanya berlaku dengan sekelip mata .

Sesampai sahaja dirumah dan selepas menolong membawa barang yang dibeli kedapur , Nadirah segera meminta izin untuk naik keatas . Entah mengapa hatinya tidak betah untuk berada berlama lamaan bersama orang lain didalam masa yang sama yang telah menyeksa jiwanya .

Didalam bilik , air matanya yang ditahan agar tidak tertumpah akhirnya jatuh juga . Esakkannya mula kedengaran sebelum dirinya jatuh semula .

Dia tidak dapat mengawal keseimbangan dirinya tatkala hatinya dirundung kesedihan yang tidak berpenghujung . Hari yang disangka akan berlalu dengan indah , rupanya terselit satu kisah yang tidak indah sebagaimana yang terlakar diminda .

"Sudikah sayang menjadi milik abang buat kali kedua ?"

Jika aku tak menerima lamaran kau pada malam itu , mesti pada waktu ini aku tak rasa sesakit begini bukan ?

"I love you ."

Andai aku tahu itu adalah hanya dusta...

"You're the only my angel in this world , i love you sayang ."

Andai aku tahu setiap tutur katamu itu adalah palsu semata mata...

"Terima kasih sebab sabar dengan perangai abang , dan tak pernah berdendam dengan abang . How lucky i am to have you as my wife ." Sekali lagi satu kucupan hinggap dipipi kanan Nadirah pula .

Andai aku tahu pada ketika itu adalah lakonan yang dibuat agar kepercayaanku berbalik semula pada kau...

Tetapi perancangan Allah itu lebih indah dari yang dibayangkan . Allah sudah menyusun takdir kita cantik sebagaimana hari ini .

Mungkin Allah mahu menyedarkan aku bahawa engkau bukanlah milik aku secara tetap .

Akan ada satu masa , engkau akan berpaling dari aku . Sejauh mana kisah cinta kita berlalu , ianya tidak dapat teguhkan setia didalam diri masing masing .

Aku juga adalah manusia biasa , Aidan .

Masih mempunyai hati dan perasaan .

Adakah kau berfikir perempuan selemahku tidak mempunyai perasaan dan layak dipijak sebagaimana maruahku diremehkan sebentar tadi ?

Cinta yang bersulamkan dusta ini seharusnya aku campak jauh dari hidup aku .

Tetapi mengapa aku masih bodoh lagi mahu mengenggamnya ?

· · • • • ✤ • • • · ·

"Irwan , boleh aku nak keluar sekejap ?" pinta Nadirah dengan suara yang kedengaran lemah . Irwan yang sedang ralit membuat kerja didalam biliknya memusingkan kepalanya kearah Nadirah . "Nak pergi mana ?"

"Adalah . Nanti aku balik ya ?" Irwan segera bingkas bangun lalu menuju laju kearah Nadirah yang sedang berdiri dipintu biliknya . "Tipu . Munirah kata kau menangis dekat Supermarket . Sekarang ni mesti kau stress kan ? kalau kau stress , macam macam benda buruk boleh jadi . So , duduk rumah je ."

"Please , Irwan . Aku nak keluar sekejap-"

"Tak boleh ."

"Tolonglah Irwan ."

"Tak . Boleh ."

"Please-"

"Tak boleh , Nadirah ."

Nadirah menghela nafas berat sebelum memicit dahinya itu perlahan . "Tolong Irwan . Bagi aku keluar , aku janji yang aku takkan menyusahkan sesiapa lepas aku keluar nanti . Aku cuma nak tenangkan fikiran aku saja . Boleh ya ?"

"Tak boleh Nadir-"

"Ya Allah , Irwan ! tolonglah jangan serabutkan kepala aku lagi , kan aku kata aku tak akan menyusahkan sesiapa lagi ? kau tak faham ke ?" Nadirah segera berlalu masuk semula kedalam biliknya dengan perasaan yang kecewa .

Adik sendiri tidak boleh diharap untuk memahami perasaannya , apatah lagi orang lain .

Ya Allah , aku tak kuat .

Jika arwah Aryan masih hidup pada waktu sekarang , semestinya beban didalam kepalanya sudah hilang .

Sudahlah Nadirah . Sampai bila hidup mahu bergantung pada orang saja ?

Ketukkan pintu dibilik dibiarkan berlalu . Dia tahu itu adalah Irwan . Nadirah segera mengatur langkah lemah kedalam bilik air sebelum ditutup pintunya rapat .

Cermin yang tergantung elok dihadapannya dipandang sepi . Matanya mula menilik disetiap wajahnya didalam cermin tersebut .

Apa yang kurang pada diri aku sehingga Aidan memperbodohkan aku semula ?

Tudung yang tersarung elok dikepalanya dicabut kasar . Ikatan rambutnya dibuka lalu ditilik semula wajahnya didalam cermin itu semula .

Air matanya yang berguguran dibiarkan . Diselitkan rambutnya dibelakang telinga sebelum dia menelan air liurnya kesat .

Tidak cukupkan dirinya seorang buat Aidan ?

Pintu bilik air yang dibuka dari luar itu mengalihkan pandangan Nadirah terarah disitu . Kelihatan Aarif yang terpempan disitu melihatnya . Apabila lelaki itu mahu menutup semula pintu bilik air , segera Nadirah menahan .

Aarif yang mahu segera beredar dari situ ditahan oleh Nadirah . Segera dia dikuncikan pintu biliknya sebelum melepaskan keluhan berat .

Langkah diatur mendekati Aarif yang masih terdiam tidak berkutik disitu .

Perlahan lahan tangannya naik merangkul leher lelaki itu .

Maafkan aku , Aidan .

· · • • • ✤ • • • · ·

"Apa benda ni Nadirah ?!"

"Diam Irwan..." Nadirah mula memeluk kedua kakinya sebelum dia menghamburkan tangisan kesalnya disitu .

"Kau gila ke Nadirah ? kau dah ada suamilah Nadirah !" suara tengkingan Irwan mula bergema didalam bilik itu . Nadirah menaikkan wajahnya memandang pada Irwan tepat .

"Aku pun manusia biasa juga Irwan ! aku ada hati , aku ada perasaan ! aku penat beria dengan Aidan , penat setia dengan dia walhal dia ?! mainkan perasaan aku ! dari dulu lagi aku sabar dengan dia , tapi kalini dia betul betul dah melampau !!" kini suara Nadirah mula naik satu oktaf memenuhi ruang didalam bilik itu .

Secara tidak terduga , dia melampiaskan rasa lelahnya kerana bertahan dengan seorang lelaki yang tidak pernah menghargainya pada seorang lelaki yang tidak bersalah .

Dirinya sangat dijaga namun pada hari ini dia gagal . Kalau dahulu , sedang dia dijadikan perempuan untuk disewa , semestinya dia berasa penuh amarah dan tidak rela . Namun pada hari ini , dia sendiri yang merelakan .

Bukan kerana nafsu , tetapi kerana penatnya meneguhkan rasa cinta dan sayang pada seorang suami yang tidak akan pernah menghargai dan mencintainya dengan seikhlas hati .

"Kau dah tak sayangkan Aidan , Nadirah ?" kini suara Irwan mula rendah dan perlahan . Dia tidak mahu perkataannya semakin menyakitkan hati perempuan itu .

"Sebab kerana terlampau sayanglah , aku sanggup buat benda sejijik ni !" Aarif yang baru keluar dari bilik air langsung tidak dipandang oleh Nadirah . Kali ini , dia benar benar merasakan dirinya perempuan murahan .

Dia malu .

Malu dengan dirinya sendiri .

FLASHBACK ;

Pintu bilik yang dikuak dari luar memberhentikan aksi mereka berdua . Nadirah yang mula terbuai dengan sentuhan nafsu lelaki itu mula tersedar .

Irwan memandang kearah Nadirah dan Aarif silih berganti dengan pandangan yang kecewa . Segera Nadirah membaluti tubuhnya dengan selimut manakala Aarif sudah mula memakai pakaiannya semula .

END FLASHBACK ;

Irwan sudah mengalihkan pandangannya kearah Aarif . Aarif pula sudah duduk dibirai katil sambil kepalanya tertunduk kebawah .

"Jadi kau dengan Aarif dah terlanjurlah kan ?" Nadirah mengetap erat bibirnya sambil anak matanya memandang ketempat lain . Irwan menghela nafas sebelum menyambung ayatnya semula .

"Kalau kau mengandung , Aidan tanya itu anak siapa , kau nak jawab apa Nadirah ?"

"Anak Aarif ."

Kini mata Aarif pula merenung kearahnya . Nadirah hanya membiarkan lelaki itu merenungnya . Entah mengapa hatinya takut untuk membalas renungan itu .

"Kau betul betul dah tak sayangkan Aidan ke ? kalau dia tahu kau buat benda tak elok belakang dia , apa perasaan dia nanti ?"

"Kenapa kau nak fikirkan perasaan dia seorang saja ? yang aku ni , macam mana pula ? aku kakak kau kan ? kenapa kau nak lebihkan dia ?" Nadirah menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada Irwan . Irwan menggelengkan kepalanya lemah .

"Fine . Tapi yang aku tahu , kau takkan bercerai dengan dia buat kali kedua kan ?"

"Aku akan bercerai dengan dia . Cepat atau lambat , benda itu tetap akan berlaku ."

· · • • • ✤ • • • · ·

"Then , how about Munirah ?" disaat Irwan sudah berlalu keluar dari bilik tersebut , Aarif pula yang membuka mulut .

"Kenapa pula dengan Munirah ? Munirah tak ada kena mengena dengan hal ni ?" selamba sahaja Nadirah menjawab . Seperti tiada nada serba salah didalam ayatnya itu .

"Munirah tu girlfriend aku . Kalau dia tahu aku terlanjur dengan kau , siapa yang nak bertanggung jawab ?" keras suara itu berkata .

"Then ? jangan bagitahu dia tentang perkara ni . Apa yang susah sangat ?"

"Senangnya kau cakap kan ? kalau kau mengandung-"

"Tak perlu sentuh hal mengandunglah . Yang mengandung itupun saya , yang melahirkan itu pun saya . Tak ada kena mengena dengan awak , Aarif ." Kini Nadirah membalas semula renungan itu . Aarif sudah tergelak sinis .

"Mula mula memang macamni . Nanti bila kau dah mengandung , mulalah play victim . Salahkan aku , padahal kau yang goda . And then , suruh aku bertanggungjawab . Pft , dasar ."

"Saya tak suruh bertanggungjawab pun ?" balasan yang terpacul dari bibir Nadirah membuatkan Aarif mula kehilangan kata kata .

"Tak perlu bertanggungjawab . Sebab saya sedar , petang tadi itu saya yang bersalah . Saya yang menggoda awak . Jadi jika saya mengandung , biarkan saya jaga baby ni sampai akhir hayat saya ."

"Sanggup ke nak bela anak macamni ?"

"Sanggup ke nak buang anak hanya disebabkan perbuatan jijik kita yang lalu ? malu sangat ke bila status anak ni tak sama macam anak yang lain nanti ?"

Aarif menjungkitkan kedua kedua belah bahunya . "Kalau macam itu apa yang kau katakan , ikut kaulah . Jangan menyesal dikemudian hari ." Usai berkata , Aarif mengangkat punggung beredar dari dalam bilik itu . Mujur Munirah berada didalam bilik sendiri dan tidak tahu apa yang dilakukan oleh mereka berdua .

Nadirah mengusap perlahan perutnya . Dia terima . Dia terima jika dia akan mengandungkan anak Aarif dikemudian hari . Matanya mula merenung kesiling .

Masih terbayang bayang pemakaian gadis yang ditemui bersama Aidan pada tengah hari tadi . Adakah sememangnya gadis berpakaian sebegitu adalah ciri ciri wanita idaman Aidan ?

Jika wanita itu boleh menepati cita rasa wanita yang diidamkan oleh Aidan selama ini , dirinya juga boleh .

Nadirah melepaskan keluhan kecil sebelum berjalan masuk kedalam bilik air bagi membersihkan diri . Didalam kepalanya ligat berfikir dimana pakaian sebegitu untuk dicari .

Tiba tiba terlintas Munirah difikiran . Gaya pakaian gadis itu juga seperti orang barat . Dan gaya itu yang diminati oleh Aidan sebelum ini .

Dia tersenyum senang .

Aku tak sebodoh dahulu .

· · • • • ✤ • • • · ·

"Yes girl ! pakaian ni cantik !" kata Munirah sambil menayangkan sepasang dress satin berwarna merah paras lutut . Nadirah tersenyum kecil . Diambil pakaian itu lalu dipadankan dengan badannya .

Cantik .

"Selalunya orang pakai dress ni pergi mana saja ?" soal Nadirah sambil matanya masih ralit membelek baju yang dipegang itu . "Baju ni selalunya untuk orang yang dah berkahwin . Tapi I beli juga uwekuwekuwek ." Jawab Munirah serta diselitkan gelak peliknya itu dihujung ayat .

Nadirah menganggukan kepala kecil . "You nak ke baju tu ? boleh je . Ambillah , I bagi free je tau ! tapi kenapa tiba tiba nak pakai ? bukan you pakai tudung-"

"Itu dulu ." Pontong Nadirah laju .

Nadirah merenung kearah Munirah bersertakan senyuman kecil . Gadis ini terlalu baik . Andai gadis ini tahu perbuatan kekasih hatinya dibelakangnya , semestinya sekarang rambutnya sudah ditarik kuat .

Munirah yang mula merasa pelik akan perubahan secara drastik Nadirah itu mula mengukirkan senyuman kekok .

Mengapa secara tiba tiba ?

"Nadirah nak cuba baju ni , boleh ?" pertanyaan Nadirah mula membuatkan Munirah tersedar dari lamunan . Lambat lambat dia menganggukan kepala membenarkan .

Setelah 10 minit kemudian , Nadirah keluar dengan memakai baju itu ditubuhnya . Munirah disitu sudah terpengun .

"Oh my god ! you look so gorgeous ! omg !" puji Munirah dengan riang . Didekatinya Nadirah sambil dibetulkan sedikit rambut gadis itu . "Kalau you mekaup , mesti lagi cantik tau !"

"Oh ya ? boleh juga ."

Lalu bermulalah sesi Munirah menghiaskan wajah itu dengan sempurna sekali . Tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal . Sangat cantik dan mekaup itu tepat untuk wajah seperti Nadirah .

"You tak perlu mekaup over sangat pun . Sebab kulit you dah bersih . By the way , you pakai skincare apa sampai dapat kulit macamni ?" selesai menghiaskan wajah itu , Munirah mula bertanyakan soalan .

Nadirah yang tidak memakai apa apa skincare itu mula terdiam . Dia hanya memakai pencuci muka sahaja . Selebihnya itu...

Adalah air wudhuknya .

"Nadirah pakai satu pencuci muka saja . Pencuci muka Simple ." Munirah mula melopongkan mulutnya . "Oh ! serius ? wah , patutlah cantik-"

"Munira-"

Pintu yang dibuka dari luar itu tanpa diketuk mendapat perhatian Nadirah dan Munirah . Nadirah yang baru saja memusingkan tubuhnya sedikit kebelakang melihat gerangan tersebut terdiam...

Sebelum melemparkan sebuah senyuman pada Aarif .

"Aarif !!" Aarif yang tercegat tidak bergerak memandang kearah Nadirah disitu mula terkejut mendengar sergahan Munirah .

"Y-ya Munirah , apa ?" soal Aarif namun matanya masih lagi tertacap pada Nadirah yang sudah memalingkan wajah darinya .

"You tanya I apa ? you tu yang apa !kenapa you datang bilik I ni ?" Aarif mula menelan air liurnya kasar sebelum mengalihkan pandangan kearah Munirah .

Sesaat...

Dua saat...

5 saat sudah berlalu...

1 minit...

Suasana menjadi sunyi sebelum terdengar Munirah tergelak seperti kedengaran kekok . "N-Nadirah... I-I rasa... B-baj-baju ni I-"

"Munirah !"

"Nadirah I rasa baju ni I nak baliklah sebab baju ni tak sesuai dengan you !!" dengan sekali nafas Munirah berkata sebelum menutup matanya rapat dengan kedua belah telapak tangannya . Takut untuk melihat reaksi Nadirah .

"Oh... Okay ."

Munirah tersengih kecil sebelum menjeling tajam kearah Aarif yang membalas sergahannya sebentar tadi dan membuatkan dia hampir kehilangan nafas kerana bercakap dengan laju sekali .

Maafkan kami , Nadirah .

ingat ya semua , jangan dekati zina @ couple . dan jangan buka aurat . haram tetap haram , cuma dalam cerita ini saja yang kebanyakkannya mula perlahan lahan jatuh kedalam lembah dosa .

by the way , zina banyak jenis tau . hati hati ❤️

kecewa manapun diri kita , sesakit manapun hati kita , tolong jangan berani buka aurat / tinggalkan solat dan atau lebih tepat , menjauhkan diri dari Allah .

cuma itulah , seperti yang awak semua tahu , Nadirah dari dulu bukan kemain lagi setia dengan Aidan bukan ?

sampai sanggup terima Aidan semula dan mereka mula belajar tentang cinta selepas nikah , gitu .

tapi kenapa tiba tiba Aidan berubah semula ?

bukan dulu Aidan dah mula terima Nadirah ke ?

semuanya akan terjawab suatu hari nanti .

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 39.9K 57
๐”๐ง๐๐ž๐ซ ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ ๐•๐จ๐ฅ ๐Ÿ ๐Š๐ง๐จ๐ฐ๐ง ๐€๐ฌ ๐‡๐ข๐ฌ ๐๐ซ๐ž๐œ๐ข๐จ๐ฎ๐ฌ ๐–๐ข๐Ÿ๐ž ๐“๐ž๐ง๐ ๐ค๐ฎ ๐‡๐š๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐ƒ๐š๐ข๐ฒ๐š๐ง | ๐ƒ๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š...
1.3M 28.6K 64
Mengisahkan Qisya Syazana yang berkahwin dengan bos nya sendiri. Bagaimana kehidupannya setelah bergelar isteri kepada bos nya sendiri dan dalam diam...
260K 8.3K 70
๐Ÿ…Pemenang Best Book Award 2018 Kategori Romance: Sensational Of Love ๐Ÿ…PEMENANG Besties Award 2018 Kategori Best Novel Of The Year Cover by: HkkDram...
564K 18K 44
{First Romance By Myea Miko} Pertemuan pertama di lapangan terbang telah menimbulkan pergaduhan antara Ariff Hakim dan Naura Afiya, pergaduhan itu j...