EDITING | His Obsession

Od milliehniaa

2.2M 80.2K 7.1K

[NEW VERSION | EDITING] "She's gonna be mine. Only mine. And forever mine." Tengku Firash Rayyan โ€ข Mata yan... Vรญce

๐“•๐“ฒ๐“ป๐“ช๐“ผ๐“ฑ ๐” ๐“•๐“ช๐“ป๐“ป๐“ฎ๐“ท
PROLOG : ๐“•๐“ฒ๐“ป๐“ช๐“ผ๐“ฑ๐”๐“•๐“ช๐“ป๐“ป๐“ฎ๐“ท
๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 1
๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 2
๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 3
๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 4
๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 5
๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 6
๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 7
๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 9
๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 10
๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 11
๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 12
๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 13
๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 14
๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 15
๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 16
๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 17
๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 18
๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 19
๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 20
๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 21
๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 22
๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 23
๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 24
๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 25
๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 26
๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 27
๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 28
๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 29
๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 30

๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ž๐“ซ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ผ๐“ฒ๐“ธ๐“ท โ€ข 8

41.1K 3.3K 99
Od milliehniaa

Syalina ketawa mengekek apabila mendengar luahan hati Farren. Sudah empat bulan mereka bekerja di hospital ini dan banyak pengalaman yang mereka peroleh. Antaranya pengalaman mengurus pesakit yang keras kepala. Degil! 

Itu yang dialami Farren kala ini. Syalina ketawa lagi apabila Farren mengatakan bahawa dia ingin mengetuk kepala pesakit menggunakan pen. Farren menjuihkan bibirnya. Kita tengah geram, dia boleh gelak? Rasa kelakar ke sekarang?

"Macam-macam lah kau ni." Sesungguhnya, Syalina juga geram kerana dia pernah menguruskan pesakit itu. Pesakit lelaki tua namun dia sangat menjengkelkan. Mujur sahaja pesakit itu berada di bawah tanggungjawab Farren kini. Tidaklah dia berasa penat mahu melayan karenah lelaki tua itu.

"Aku syak, mesti dia saja aje. Nak manja-manja dengan kau."  Bahananya, Syalina mendapat cubitan di lengan. Gadis itu mengaduh sakit. Farren menjelingnya tajam. Lelaki tua itu adalah duda. Sudah dua puluh tahun menduda dan tidak mempunyai anak.

"Kau kan. Suka la usik aku macam ni." Garang suara Farren. Tak suka! Syalina bagai mengshipkan dirinya dan lelaki itu. Tahu tak, kata-kata itu satu doa? Dia tak mahu!

Kalau dapat lelaki macam lelaki yang namanya Ray itu tak apalah!

Badan Farren kaku apabila teringat akan lelaki itu. Sudah lama tak jumpa. Terserempak pun tidak. Syalina yang melihat Farren terkaku itu menyiku bahu Farren. Kening dijongketkan bagai bertanya mengapa. Farren diam. Berfikir mahu menjawab atau tidak.

Tak lama, Farren membuka mulut tentang apa yang telah berlaku dan bagaimana dia bertemu lelaki itu. Syalina pula mendengar dengan tekun. Kadang, bahu Farren ditepuk tanda geram. Mungkin geram dengan sikap degil Farren yang ingin kembali ke lorong gelap akibat mee?

"Kenapa aku rasa kau jumpa dengan lelaki itu bukan satu kebetulan?" Soal Syalina membuatkan Farren mengerutkan dahi. Apa maksud Syalina? Gadis itu hanya memandang Farren dengan muka curiga.

"Macam dia tahu aje kau dalam bahaya. Ke sebenarnya lelaki tu dah lama stalk kau?" Syalina mendapat hadiah pukulan di bahu. Farren geleng kepala. Tidak setuju dengan penyataan Syalina. Tak mungkin lah.

"Tak pelik ke? Dia siap tunggu depan rumah kau malam rumah kau dipecah masuk. Padahal kau dengan dia stranger." Farren juga pelik akan hal itu. Cuma dirinya sahaja yang mengabaikan perasaan itu.

"Lepastu, tak pelik tiba-tiba ajak kau breakfas sekali, hantar kau balik. Lepastu hilang gitu je. Sah sekarang ni dia tengah perati kau dari jauh." Bulu roma Farren naik. Ini menyeramkan! Farren diam fikir kata-kata Syalina. Tiba-tiba rasa takut.

"Malam ni, aku tidur dengan kau." Syalina ketawa. Dah agak kerana Farren takut! Tapi dalam hati, Syalina turut risau. Semoga apa yang dikatakan olehnya tadi adalah dongeng dan tidak benar!

"Eh, lelaki yang ganggu kau tu. Kau tak ingat ke muka dia?" Farren geleng kepala. Macam mana mahu ingat, dia tidak melihat wajah penuh lelaki itu kerana ditutupi oleh penutup muka. Mungkin muka lelaki itu terlalu buruk. Sebab itu, dia tutup muka!

ʚ ɞ

Firash menyengetkan hujung bibirnya. Telinganya mendengar satu-satu perbualan dua gadis itu. Dan yang paling menarik minatnya ialah kata-kata Syalina. Hampir tepat. 

"Bukan stalker, tapi protecter." Gumam Firash perlahan. Menghilang? Dia bukan menghilang, dia ada aje cuma hanya perempuan itu yang tidak sedar akan kehadirannya. Firash mengurut lehernya yang berasa lenguh. 

Kemudian, pintu biliknya diketuk perlahan. Dia mengukir senyuman manis apabila adik perempuannya menjenggulkan kepala sedikit. Firash mengangkat tangannya menyuruh adiknya masuk.

"Apa?" Tanya Firash perlahan. Tengku Farah Nabilah, seorang gadis yang berumur 25 tahun. Masih lagi menganggur di rumah dan goyang kaki. Katanya, dia tidak mahu bekerja lagi. Mood tak sampai lagi!

"Abang Mark ada dekat bawah." Kata Farah lembut. Firash angguk dan matikan laptopnya. Kemudian, dia sama-sama turun bersama adiknya. Mata melihat Mark yang sedang santai berborak bersama ayahnya. Rancak betul!

"Yow!" Tegur Mark. Daddy hanya geleng kepala. Sangat tak sopan tapi biarlah. Mereka berdua sahaja bertegur sapa dengan cara yang agak kurang ajar. Firash jongket kening. Nak apa datang malam-malam buta? Farah pula hanya meninggalkan mereka dan menuju ke dapur. Nak cari jajan sebab nak tengok drama malam ni!

"Esok kita kena pergi Rusia. Ada senjata api yang kau kena uruskan dekat sana." Bagai PA, Mark mengatakan tugas-tugas Firash. Lelaki itu hanya angguk. Kemudian, punggung dilabuhkan disebelah daddy. 

"Macam mana perempuan tu?" Tanya daddy. Firash hanya jongket bahu. Malas menjawab. Mommy dan daddy tahu akan misinya. Tidaklah misi, hanya amanah. Amanah daripada arwah sahabat datuknya. Firash memanggilnya nanno.

"Lelaki itu..."

"Tengah rancang benda lain." Kata Firash beku. Oleh itu, dia harus menjaga gadis itu dengan lebih lagi. Mark hanya angguk. Sudah ramai anak buah Firash diupah hanya untuk mengawasi gadis itu.

"Kenapa tak jadi kawan dia? Bukan kah lagi mudah nak jaga dia?" Tanya Mark. Matanya memandang Firash yang hanya menayang wajah bersahaja.

"Lagi senang kalau buat jadi isteri." Tambah daddy. Firash tersedak. Mata memandang daddy. Lelaki tua itu hanya menjongketkan sebelah kening. Betul apa?

Jika dijadikan isteri, lagi mudah kerja Firash untuk menjaga gadis itu. Hari-hari Firash akan melihatnya depan mata. Berpisah pun pada waktu bekerja sahaja. Dan juga jika gadis itu tidak bekerja shift malam.

"Nonsense daddy." Bantah Firash. Mengahwini gadis itu? Tidak pernah difikirnya. Misinya hanya untuk menjaga gadis itu. Bukan untuk menjadikan gadis itu hak mutlaknya.

Itu jauh terpesong. Mark dan daddy saling berpandangan. Daddy senyum serong. Dia tahu lambat laun, misi anak sulungnya akan berubah. Dia sebagai seorang ayah juga sudah jatuh hati melihat gadis itu di dalam gambar sewaktu ditunjuk oleh Firash dua empat tahun yang lepas.

Gadis itu cantik. Firash pasti akan terpikat. Apatah lagi lelaki itu sentiasa memerhati gadis itu. Farren Melissa....

Firasat seorang bapanya mengatakan bahawa gadis itu adalah untuk anaknya, Tengku Firash Rayyan.

Tapi dia hanya berserah. Jika jodoh, anaknya dan gadis itu bakal disatukan. Jika tidak, dia hanya menerima dengan hati terbuka. Dan hati ayahnya akan berasa gembira jika mereka disatukan.

Mommy juga sudah jatuh hati pada gadis itu biarpun tidak pernah bersua muka. Kata mommy, melihat dari raut wajah cantik itu, gadis itu seorang yang lembut tetapi tegas.

Firash geleng kepala apabila otaknya ligat berfikir akan kata-kata daddy. Semua itu adalah mengarut sahaja. Mana mungkin, dia akan mengahwini gadis itu.

Dia tidak mempunyai perasaan akan gadis itu. Gadis itu juga sama.

Jika kahwin, dia risau jika gadis itu tidak bahagia. Farren Melissa berhak bahagia bersama lelaki yang dicintainya.

Daddy tahu apa yang difikirkan oleh anaknya. Tangan daddy naik menepuk perlahan lengan Firash.

"Jangan fikirkan sangat tentang perasaan cinta. Cinta tu akan datang secara tiba-tiba. Nak nak lagi kita dah jadi suami isteri." Kata daddy lembut.

"Cinta lepas nikah lebih indah berbanding cinta sebelum nikah." Ujar daddy lantas dia bangun dan meninggalkan Firash dan Mark diruang tamu. Mark hanya melihat Firash yang kelihatan agak bingung.

Tiba-tiba aje masuk bab perkahwinan. Dia baru berumur 27. Masih terlalu awal untuk dirinya membina masjid. Sudah lah banyak tanggungjawab yang harus dipikul setelah menjadi suami nanti.

"Aku setuju seratus peratus dengan cadangan daddy. Sekarang ni, satu aje. Munculkan balik diri kau depan Mel."

Mark tinggalkan Firash setelah berkata. Meninggalkan lelaki itu dalam keadaan terpinga-pinga. Tangan Firash naik mengusutkan rambutnya yang sudah sedia serabai.

Dia mendengus perlahan seraya menyandarkan kepalanya pada sofa. Mata dipejam dan wajah Farren dilihatnya.

Patutkah dia mengikut cadangan daddy?

To be continued...

Pokraฤovat ve ฤtenรญ

Mohlo by se ti lรญbit

4.4K 147 1
Ku Qhaliq Izzraa~~ Seorang jejaka yang digelar sebagai duda ketika berusia 30 tahun sangat mencabar jiwa dan raganya. Sikapnya yang dingin, panas bar...
67.3K 2.3K 45
[KARYA PERTAMA] [COMPLETE] [FANTASY + THRILLER] [PROSES MENGEDIT SEMULA] โ€ผ๏ธWARNING โ€ผ๏ธ (rajinkan diri anda untuk membaca) ๐Ÿ“ขSinopsis ada di dalam. ๐Ÿ“ข...
7.1K 505 52
What's mine will forever be mine ๐‡๐ž๐ซ ๐๐ž๐ซ๐Ÿ๐ž๐œ๐ญ ๐„๐ง๐ž๐ฆ๐ฒ ๐ฌ๐Ÿ : ๐จ๐›๐ฌ๐ž๐ฌ๐ฌ๐ข๐ฏ๐ž Bad bm probably. In editing
1.5M 63.4K 60
Vol 1 [ Mafia Series ] He's evil, he's bad boy, he's ignorant, he's arrogant and he's addicted. Addicted with love which is someone who can control...