Ariningsun |โˆš

By qishie_

206K 13.2K 618

Tragedi kemalangan jalan raya telah menyebabkan ibubapanya terkorban, sekali gus mengubah hidupnya. Satu pers... More

PROLOG- ๐ˆ๐Š๐‡๐“๐ˆ๐‹๐€๐“
BAB 1- ๐๐„๐๐€๐
BAB 2-๐๐”๐๐”๐‡
BAB 3-๐ƒ๐ˆ๐๐„๐‚๐€๐“
BAB 4-๐’๐„๐๐“๐”๐‡๐€๐ ๐ƒ๐€๐‘๐”๐‘๐€๐“
BAB 5-๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐๐€๐‘๐”
BAB 6-๐๐„๐‘๐€๐๐‚๐€๐๐†๐€๐ ๐Œ๐„๐Œ๐ˆ๐๐€๐๐†
BAB 7-๐๐€๐’๐ˆ ๐‹๐„๐Œ๐€๐Š
BAB 8-๐๐‹๐€๐’๐“๐ˆ๐‚ ๐’๐”๐‘๐†๐„๐Ž๐
BAB 9-๐๐„๐‘๐“๐„๐๐“๐€๐๐† ๐Œ๐€๐“๐€
BAB 10-๐Œ๐ˆ๐’๐ˆ ๐Š๐„๐Œ๐€๐๐”๐’๐ˆ๐€๐
BAB 11- ๐€๐Š๐’๐€๐‘๐€ ๐€๐’๐ˆ๐๐†
BAB 12-๐“๐„๐‘๐“๐”๐Š๐€๐‘ ๐๐”๐๐†๐€
BAB 13-๐๐€๐Š๐’๐€๐€๐
BAB 14-๐’๐„๐Œ๐ˆ๐๐†๐†๐” ๐‹๐€๐†๐ˆ
BAB 15-๐ƒ๐ˆ๐™๐‘๐„๐‹'๐’
BAB 16-๐๐”๐™๐™๐‹๐„ ๐“๐„๐‘๐€๐‡๐Š๐ˆ๐‘
BAB 17-๐Š๐„๐‚๐„๐–๐€
BAB 18- ๐”๐’๐ˆ๐Š๐€๐ ๐๐€๐Š๐€๐‹
BAB 19- ๐€๐๐€๐๐†?
BAB 20-๐“๐„๐‘๐€๐“๐€๐Š ๐Š๐ˆ๐“๐€
BAB 21-๐‡๐€๐Œ๐๐ˆ๐‘ ๐Š๐€๐๐“๐Ž๐ˆ
BAB 22-๐Š๐„๐Œ๐€๐‹๐€๐๐†๐€๐
BAB 23-๐†๐”๐‘๐€๐”๐€๐ ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐ˆ๐‡
BAB 24-๐€๐‘๐ˆ๐๐ˆ๐๐†๐’๐”๐
BAB 25-๐‹๐Ž๐“๐”๐’
BAB 26-๐Š๐„๐‘๐‰๐€
BAB 27- ๐ˆ๐Š๐€๐
BAB 28-๐Œ๐”๐‹๐”๐“ ๐๐”๐€๐Š๐€
BAB 29-๐€๐‹๐„๐๐€๐ƒ๐‘๐€
BAB 30-๐Œ๐€๐’๐€ ๐‹๐€๐‹๐”
BAB 32- ๐™๐ˆ๐๐ˆ๐‘๐€๐‡
BAB 33- ๐Œ๐”๐๐“๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐‘๐€๐‡
BAB 34- ๐†๐€๐ƒ๐”๐‡
BAB 35-๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€
BAB 36- ๐Œ๐€๐‘๐”๐€๐‡ ๐ˆ๐’๐“๐„๐‘๐ˆ
BAB 37-๐‚๐”๐‘๐ˆ?
BAB 38- ๐’๐€๐๐ƒ๐–๐ˆ๐‚๐‡
BAB 39-๐Š๐‡๐€๐‹๐ˆ๐…๐€๐‡ ๐Š๐„๐‚๐ˆ๐‹
BAB 40-๐ˆ๐’๐“๐„๐‘๐ˆ?!
BAB 41-๐Š๐€๐‡๐–๐ˆ๐?!
BAB 42-๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’
BAB 43-๐€๐‹๐„๐‘๐†๐ˆ๐Š
BAB 44-๐“๐„๐‘๐‡๐€๐‘๐”
BAB 45-๐Œ๐€๐‹๐€๐’
BAB 46-๐“๐”๐๐€๐๐†
BAB 47-๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡
BAB 48-๐€๐Š๐€๐ƒ
BAB 49-๐€๐’๐’๐€๐‹๐€๐Œ๐”๐€๐‹๐€๐ˆ๐Š๐”๐Œ ๐”๐Œ๐Œ๐€
๐„๐๐ˆ๐‹๐Ž๐†
๐Š๐€๐‡๐…
๐’๐๐„๐‚๐ˆ๐€๐‹ ๐‚๐‡๐€๐๐“๐„๐‘: ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐†๐”๐‘๐”

BAB 31-๐‚๐”๐ƒ๐ƒ๐‹๐„

4K 251 0
By qishie_

KEDENGARAN DERAP langkah suaminya yang turun dari tingkat atas. Seketika Dayra mengalih pandangan dari kaca televisyen. Senyuman manis Qaede dibalas dengan cebikan kecil. Sengaja dirinya menyakat suaminya. Tercengang Qaede ditangga.

Kaki mendekati Dayra.

Qaede berdiri tegak dibelakang sofa yang diduduki Dayra. Lembut tangan Qaede mendongak kepala Dayra keatas sehingga kepala Dayra terlentok elok atas kepala sofa. Qaede membongkak tubuhnya. Lalu, wajahnya mendekati wajah Dayra. Sesaat bibir merahnya mendarat atas puncak kepala Dayra. Kemudian, Qaede mengemam kedua-dua pipi tembam Dayra tanpa rasa bersalah.

"Urmm..." Gumam Qaede kerana geram dengan pipi tembam Dayra.

"Erk... Janganlah kacau orang." Omel Dayra dengan muka cemberut.

"Siapa suruh comel sangat? Kan dah kena gigit." Selamba Qaede menjawab.

Jelingan tajam dari Dayra diabaikan.

Setelah selesai mengenakan isterinya. Terus, Qaede mendekati Dayra dengan perasaan sebal. Kasar suaminya menghenyak punggung diatas sofa bersebelahan Dayra. Dayra mengerling Qaede sesaat dan menghiraukan muka cemberut suaminya. Mendecit kasar Qaede apabila melihat reaksi santai isterinya.

Sampai hati Dayra mengabaikan dia yang mahu bermanja.

"Apa?! Pandang-pandang. Tak puas hati cakap." Sinis Dayra bercakap tanpa mengalihkan pandangan dari kaca televisyen.

Terjuih kedepan bibir merah jambu Qaede. Terus mata dialihkan kearah kaca televisyen. Terjungkit hujung keningnya apabila melihat chinese drama yang ditonton oleh Dayra. Mug milik Dayra diambil dan belahan bibirnya menyisip nescafe panas milik isterinya.

Jelingan tajam Dayra diabaikan. Tersengih-sengih Qaede bersama jari kanannya membuat gaya peace.

"Kenapa garang sangat ni? Salah ke abang nak bermanja dengan sayang? Takutlah abang dengan sayang..." Ejek Qaede dengan wajah dibuat gerun. Jelas Qaede membuat mulut tersebek-sebek. Sengaja.

Suaminya kalau bab menganjing orang nombor satu.

"Jadi garang dengan orang kuat sakat macam abang aje." Bidas Dayra dengan menepis lembut tangan kanan Qaede yang bergerak pada bahunya.

"Eleh, abang suka sayang jadi garang. Mengancam. Meow..." Nakal suara Qaede menyakat Dayra.

Memincing tajam mata Dayra merenung Qaede yang sudah mengengsot kearahnya. Terasa mahu ditonyoh wajah gedik Qaede sekarang atas lantai konkrit rumah mereka. Tapi dibatalkan niat itu kerana tidak mahu mendapat gelaran isteri nusyuz.

"Abang ni dah kenapa? Silap makan ubat eh? Ke wayar otak abang terputus? Itu yang perangai pelik semacam. Perangai dah macam kucing jantan nak mengawan. Jijik." Seloroh Dayra dengan telapak tangan kanannya naik melekat dahi licin Qaede.

Nak kata demam tapi tak panas pun. Sah, ada terhantuk dekat dinding.

"Jijik? Oh jijik ya. Meh sini abang tunjuk perangai kucing jantan mengawan. Biasa aje dia!" Ujar Qaede lalu kedua-dua tangannya mencekup pipi Dayra sehingga mulut Dayra memuncung.

Mengekek kecil ketawa Dayra apabila Qaede mengeletek pinggangya. Tangannya naik menepuk lembut belakang tubuh Qaede.

Cup! Cup! Cup!

"Jijik tak?" Lembut suara Qaede bertanya setelah mencium pipi Dayra.

"Tak. Gurau je tadi." Dayra mengeleng kecil kepala bersama senyuman manis terukir dibibir.

Perlahan tangannya naik membantu Dayra bangkit. Lembut tangan kasar Qaede menyisir rambut serabai Dayra menggunakan belahan jarinya.

"Love, I know you didn't really meant it." Pipi kanan Dayra dicium sekilas.

"Abang ada nak cakap apa-apa ke? Muka abang macam ada sorok sesuatu dari Dayra aje." Curiga Dayra menyoal.

Satu perkara yang menyebabkan cinta Qaede terhadap Dayra semakin mendalam adalah sikap isterinya yang selalu mengambil berat dan prihatin tentang dia. Lihat saja, sekarang Dayra sudah dapat meneka wajahnya jika kalau dia ada sesuatu perkara yang hendak dibincangkan.

Haih, kenapa ragam kaum hawa begitu comel? Lagi-lagi isteri halalnya seorang ini.

"Mana ada. Biasa aje muka abang. Kejap sayang, hidung abang panjang macam pinatchio ke? Sampai sayang tahu abang menipu ni?" Tangan Qaede naik menyentuh wajahnya sendiri. Diraba-raba pelosok wajah kacaknya. Ceh.

Mengekek kecil Dayra apabila melihat reaksi comel suaminya.

"Naluri seorang isteri. Cakap ajelah. Jangan buat Dayra curious abang. Tak elok." Dayra mengoncang lengan Qaede bersama nada suara seakan merayu.

Helaan nafas lemah Qaede lepaskan. Dia takut kalau dia cakap Dayra tidak dapat terima. Dia tidak mahu membebankan Dayra.

"Sayang... Kalau abang cakap ni jangan marah, boleh? Sebelum itu, maaf buat keputusan tanpa berbincang dengan sayang dulu." Redup Qaede merenung dalam mata berbinar isterinya.

Terjungkit atas kening Dayra. Masalah apa pula suaminya timbulkan kali ini?

"Abang nak kahwin baru ke?" Garang suara Dayra menyoal.

"Choi mulut kau, sayang! Tak pernah terlintas dalam fikiran aku nak duakan awak. Elok-elok sikit ek?! Gigit karang!"Jari telunjuk Qaede naik menjentik lembut dahi licin Dayra.

Meletus kecil ketawa Dayra melihat reaksi terkejut Qaede. Tangan naik mengosok dahi, saja berlakon sakit. Padahal Qaede hanya jentik manja.

"Dah tu? Abang cakap bukan main serius. Ke abang nak pergi berperang? Abang nak pergi berperang negara mana? Lah, tak elok tahu tinggalkan isteri seorang diri dekat rumah. Abang ni selalu buat keputusan tak fikirkan orang rumah." Mengarut Dayra bersama wajah disebik manja.

Dayra dan berlakon berpisah tiada.

"Jangan berlakon sayang. Serius sekejap pun jadilah. Apa yang abang nak bincang ni penting tahu." Qaede mencengkam rambutnya dengan kuat. Jelas wajahnya tertekan sekarang.

Semakin mengekek ketawa Dayra apabila melihat wajah tertekan suaminya. Comel betul suaminya. Geram nak penyet-penyet, lepas itu masukkan dalam poket seluar tracknya.

"Okey-okey. Sorry... Teruskan abang." Belakang badan Qaede digosok lembut. Jelingan tajam Qaede dibalas dengan senyuman comel.

Nasib sayang.

"Abang nak sayang berhenti kerja. Nanti abang cakap lebih detail tarikh sayang perlu berhenti kerja." Tenang nada berbicara Qaede. Ibu jari tangan kanannya naik mengusap kekura tangan Dayra.

Cara untuk elakkan Dayra melenting. Kaedah paling ampuh setakat ni. 

Mata Qaede mengintai Dayra. Jelas matanya nampak raut wajah Dayra yang sudah berubah. Mati terus senyuman ceria Dayra. Tepat mata Dayra merenung wajah serba salah Qaede. Sudah dia kata mood Dayra akan berubah setelah mendengar permintaan dia.

"Kenapa abang nak suruh Dayra berhenti kerja? Why? Abang malu ya ada isteri yang bekerja sebagai cleaner hospital?!" Bisik Dayra dalam nada suara terkilan.

Wajah sedih isterinya ditatap dengan penuh kasih. Kedua-dua ibu jari Qaede naik mengelus pipi mulus isterinya yang semakin tembam.

"Tiada sekelumit pun perasaan malu dalam diri abang, ariningsun. Sumpah demi Allah. Abang nak daftar Dayra ke Universiti Malaya. Ambil bidang medic. Abang hanya mahu realisasi impian sayang jadi kenyataan. Nak?"

Terus kotak fikiran Dayra mengingati Qaede ada minta slip Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) miliknya minggu lepas. Mula-mula dirinya pelik juga akan permintaan Qaede. Ingatkan nak buat apa, rupanya nak daftar dirinya ke universiti.

"Abang..." Meleret suara Dayra dengan mata redup merenung mata tajam Qaede. Terharu dirinya dibuat akan pengorbanan suaminya.

Kenapa Qaede terlalu baik dengannya?!

"Ya sayang. Suka?" Perlahan suara garau Qaede bertanya. Tubuh Qaede dipeluk.

Terus wangian maskulin suaminya menerobos kedalam hidungnya. Dirinya suka akan bau maskulin Qaede. Tenang. Lembut terasa tangan kasar Qaede mengusap belakang tubuh Dayra.

Terjungkit hujung bibir Qaede apabila merasa ceruk lehernya basah akibat air mata Dayra. Hujung matanya mengerling Dayra yang sudah berada diatas pahanya. Meletus ketawa kecilnya apabila merasa bahunya digigit manja oleh Dayra.

"Abang selalu baik dengan Dayra. Dayra tak tahu nak balas jasa abang macam mana. Dayra bahagia hidup bersama abang. Terima kasih abang sayang. Sayang abang!" Semakin kemas Dayra memeluk Qaede. Rahang tajam Qaede dikucup sekilas.

Isteri siapa ni comel sangat?!

"Iya, sama-sama kasih. Sayang juga isteri manja saya ni." Jawab Qaede yang turut mengeratkan pelukan. Qaede mengerakkan badan mereka ke kiri dan kanan.

"Kenapa abang layan Dayra macam ratu? Dayra bukan ratu laa."

"No. You're my queen. If heaven was a flower, I'll pick it for you. If heaven was a bird, I would catch it for you. If heaven was a house, I'll build for you. But since heaven is a place, no eye has ever seen. I pray to Allah to reserve it for you. Abang sanggup buat apa saja demi kebahagian sayang." Luah Qaede bersama senyuman manis.

Bukan Qaede kalau mulut tidak manis bak madu kelulut. Terharu.

Semakin lebar senyuman Dayra. Qaede pandai dalam memanjakan dirinya.

"Aww, such as a sweet talker you are. Saya masuk fakulti perubatan kan, abang? Tapi untuk jadi doktor kan dia banyak 'anak' dia. Abang pilih kos apa untuk Dayra?"

"Abang tak pilih lagi. Abang nak tanya sayang. Sayang nak jadi doktor apa?"

"Dayra nak jadi ahli fisioterapi, boleh? Tu cita-cita Dayra dari kecil lagi." Semangat Dayra bercerita.

"Iya? Ish, tak sabarnya tengok isteri abang pecah kepala belajar nanti. Takutlah sayang stress, lepas itu jadi garang dengan abang." Manja Qaede mengadu dengan wajahnya pula dibenam pada ceruk leher Dayra. Terasa bibir Qaede menguntum senyum senget. Jahat.

"Abang macam suka aje tengok Dayra terseksa belajar nanti. Mana ada garang. Kalau dengan abang, Dayra jadi garang manja aje. Garang-garang comel gitu." Dayra mmeluk tubuh sendiri. Kepala didongak sedikit bersama reaksi wajah dibuat bangga. Ulas bibir bawah digigit.

Meletus kecil ketawa Qaede setelah melihat mimik muka Dayra. Jari kanannya naik mencubit pipi tembam kiri Dayra. Semakin hari semakin tembam pipi isterinya.

"Garang-garang manja ni abang suka." Qaede mengigit dinding pipinya.

"Kuning! Hish, Dayra rasa tak sabarlah pula. Abang cuba fikirkan, kita pergi kerja sama-sama bila waktu shift kita serupa. Tapi anak kita terabai nanti."

"Anak? Tak apa, nanti kita letak rumah mummy. Mummy okey je nanti. Lamanya anak walid nak huni perut umma." Tangan Qaede naik mengelus perut kempis Dayra.

"Kenapa Umma dan walid? Kenapa tidak Mama dan papa?"

"Tidak mahulah. Umma maksud dia wahai umiku. Kan comel kalau anak kita cakap wahai umiku tapi in arabic version. Umma." Terkerdip-kerdip mata Qaede merenung wajah ceria Dayra.

"Wah, suka-suka." Dayra menepuk kecil tangannya. Lalu tubuhnya disandarkan pada dada bidang Qaede. Jari kasar lengan kanan Qaede dimainkan.

"Kalau umma suka. Walid lagi suka..." Meleret-leret suara Qaede. Manja dan gedik.

"Alololo, comelnya walid milik umma ni."

"Faham... faham..."

.
.
.

Sedikit penjelasan daripada bab 31;Masa lalu. Mungkin ada setengah pembaca yang keliru.

Siapa Daimah ni? Ibu kepada Dayra. Puan Dasiah pula ibu kepada Daimah.

Puan Aishah? Ibu kepada Senah.

Siapa isteri pertama Daud? Isteri pertama Puan Aishah. Isteri kedua Puan Dasiah.

Daimah ini anak kandung Daud. Daimah lebih muda dari Senah. Jadi, Daimah ini dikira anak tiri kepada Puan Aishah.

Kenapa saya libatkan watak mereka. Dari bab itu saya mahu jelaskan punca Senah benci Dayra.

Terus terang saya cakap cerita ini memang tiada konflik. Kisah ini santai-santai aje. Kalau ada gaduh pun gaduh ringan-ringan aje. Tak minat konflik berat. Malas.

Setakat itu saja penjelasan. Harap pembaca fahamlah. Sekian, terima kasih.

Continue Reading

You'll Also Like

206K 13.2K 53
Tragedi kemalangan jalan raya telah menyebabkan ibubapanya terkorban, sekali gus mengubah hidupnya. Satu persatu masalah yang timbul membuatkan dia t...
97.3K 6.3K 42
โ‹† หš๏ฝกโ‹†เญจเญงหš Last Cinta Series หšเญจเญงโ‹†๏ฝกหš โ‹† Kisah cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan yang berbeza pangkat dan status dengannya membuatkan dirinya...
323K 15.2K 63
Cover by: seosoojin_ Start : 6 July 2019 End : 29 Disember 2019 *** "Apa benda yang kau cuba sorokkan daripada aku ?" -Faqira. "Tak penting untuk kau...
420K 30.1K 65
Hidupnya tidak dilimpahi kemewahan dan harta, namun Erina Natasha bersyukur dengan apa yang dia ada. Dia gembira tinggal di Mahligai Zaaba, sebuah ru...