KASYAF (Hiatus)

By ALIFRYT

17.4K 2.2K 1.1K

Genre: Horror, Paranormal, Mistik, Misteri, Exorcism. ---------------------------------------------------- Ka... More

Prolog
Chapter 1: Sekolah Baru
Chapter 2: Pulang Bersama
Chapter 3: Ruqyah
Chapter 4: Merawat Atau Dirawat?
Chapter 5: Penerimaan Khazanah Kelab
Chapter 6: Ahli Kelab Baru?
Chapter 7: Nur Nabila
Chapter 8: Banglo Usang
Chapter 9: Pertarungan & Kerasukan
Chapter 10: Menziarah
Chapter 11: Nurin Aisyah
Chapter 12: Derita Seorang Gadis
Chapter 13: Mencari Dia Yang Hilang
Chapter 14: Ianya Belum Selesai
Just Want Q&A With Readers
Chapter 15: Saat Pulang
Chapter 16: Iman Yang Terganggu
Chapter 17: Ifrit Yang Menggila
Chapter 18: Pemutusan Sihir
Chapter 19: Ujian Daripada Tuhan
Chapter 20: Misteri Di Mana-mana
Chapter 21: Salah Waktu
Chapter 22: Hukuman Yang Salah
Chapter 23: Letih Dan Penat
Chapter 24: Konflik Baru
Chapter 25: Pemusnah Sumpahan
Chapter 26: Malam Mengancam
Chapter 27: Perangkap Kompleks Maut
Chapter 28: Wira Penyelamat Nyawa
Chapter 29: Rahsia Hakimi
Galeri Watak (Part 1)
Chapter 31: Agensi Paranormal
Chapter 32: Maklumat & Kebenaran
Chapter 33: Memori & Maklumat
Chapter 34: Lari & Lawan
Chapter 35: Musuh Yang Bodoh
Chapter 36: Kesan Sihir Kedua
Chapter 37: Tujuh Anak Setan
Chapter 38: Yang Lama Kini Kembali
Chapter 39: Pemulihan

Chapter 30: Kebangkitan

308 39 36
By ALIFRYT

[Isa POV]

"Kita nak pergi ke mana ni, cikgu?" Soal aku kepada Cikgu Sulaiman yang sedang duduk di kerusi pemandu di sebelah aku itu sambil dia fokus memandu keretanya itu. Dia yang mendengar persoalan aku itu hanya sekadar tersengih sinis sahaja dan kami bertiga ni pula terus terpinga-pinga apabila melihat reaksinya itu.

"Cikgu nak bawa kamu semua pergi berjumpa dengan seseorang. Dia tu orangnya hebat dan dia teringin nak berjumpa dengan kamu bertiga." Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang tenang.

"Ouh... Siapa dia tu?" Soal Aizat yang sedang duduk dengan Dina di tempat duduk belakang kereta itu kepadanya pula.

"Ada lah... Mana boleh bagitahu sekarang. Nanti tak suprise lah." Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang sinis. Aku yang mendengar jawapannya itu terus terdiam seketika sambil aku teringatkan sesuatu.

"Mengawal... Cikgu Sulaiman tu boleh kawal kelebihan mistik orang dengan hanya tengok mata orang tu je."

Entah kenapa... Bila aku teringatkan balik tentang kata-kata Kimi tu tadi, aku tertanya-tanya pasal sesuatu perkara dan aku lupa nak tanyakan tentang perkara tu pada Kimi iaitu berkenaan tentang kelebihan mistik Cikgu Sulaiman yang mengejutkan aku tadi tu. Kalau dia boleh kawal kelebihan Kasyaf aku ni, maknanya dia pun boleh tahulah yang seseorang macam aku ni ada kelebihan mistik? Lagi satu, kalau betul dia ni boleh kawal kelebihan mistik seseorang tu, maknanya dia pun boleh gunakan kelebihan mistik orang tu sekalilah kan? Kalau apa yang aku fikirkan ini adalah perkara yang sememangnya adalah benar, maknanya memang betullah. Tapi, aku perasan tentang sesuatu perkara... Kenapa hanya aku seorang sahaja yang 'dikawal'? Kenapa bukan dengan Aizat dan Dina sekali? Kenapa? Apa sebab dan tujuan utama cikgu nak kawal kelebihan aku ni? Aku ni membahayakan ke? Hmm... Tak boleh jadi ni. Aku kena cuba uji sikit tentang kelebihan mistik cikgu ni dan aku kena tanya dalam hati dia kenapa dia buat semua ni.

"Cikgu..." Aku memanggilnya dengan nada yang perlahan dan serius.

"Hmm? Kenapa Isa?" Soalnya dengan ringkas.

"Cikgu boleh dengar suara hati saya ni, kan?" Soal aku kepadanya di dalam hati sambil memandangnya dengan separa menjeling. Dia hanya mendiamkan dirinya sahaja sambil menoleh ke arah aku dengan separa menjeling dalam tatapan yang seperti menyoal 'kenapa?'.

"Saya tahu, cikgu boleh dengar suara hati saya ni... Sebab cikgu dah tahu dan cikgu tengah kawal kelebihan Kasyaf saya ni, kan?" Soal aku kepadanya lagi di dalam hati untuk mencari kepastian. Reaksinya masih lagi sama, diam sahaja sambil matanya kembali fokus menghadap ke hadapan sambil memandu keratanya itu. Aku tak pasti dia memang sengaja nak mendiamkan diri ataupun dia memang tak dengar suara hati aku. Yang pastinya, dia sedang sorokkan sesuatu daripada aku. Tapi, bila difikirkan semula... Aku tahu kenapa aku seorang sahaja yang 'dikawal' olehnya. Pertama, dia hanya boleh kawal kelebihan mistik seseorang tu kalau dia hanya pandang pada seseorang tu sahaja. Ini bermakna, dalam satu masa tu dia hanya boleh kawal kelebihan mistik seorang sahaja dan tak boleh lebih. Tapi aku tak tahu, dengan sekali pandang tu berapa lama dia boleh kawal kelebihan aku ni. Mungkin sejam atau lebih. Kedua, nampaknya sasaran kelebihan kawalannya itu hanya ditujukan pada aku seorang sahaja. Ini mungkin disebabkan kelebihan aku yang Kasyaf ni. Padanlah aku seorang sahaja yang asyik dikawal olehnya. Tapi kalau dia boleh kawal kelebihan seseorang tu, mestilah dia boleh gunakan kelebihan orang tu sekali. Kenapa? Sebab dia boleh tutup deria minda aku untuk baca isi fikiran dan minda dia! Tapi kalau dia boleh buat macam tu pun, maknanya dia pun mestilah boleh baca fikiran aku. Aduh... Serabutnya kepala otak aku bila nak fikirkan pasal semua ni!!

"Bertenang... Cikgu faham yang kamu tengah serabut sekarang ni. Tapi belum tiba masanya untuk kita bincangkan tentang hal tu. Jadi sekarang, cikgu nak kamu bertenang sekejap. Nanti cikgu akan ceritakan semuanya dekat kamu. Okey?" Tiba-tiba deria minda aku tertangkap satu isi suara hati yang bernada selamba dan aku memang sangat-sangat kenal suara hati tersebut iaitu suara hati Cikgu Sulaiman. Nampaknya memang betullah, Cikgu Sulaiman memang boleh kawal kelebihan aku dan gunakannya untuk baca fikiran aku!! Setelah mendengar suara hati Cikgu Sulaiman yang telah 'menjawab' persoalan yang menyerabutkan kepala otak aku itu, aku terus menjelingnya dengan riak mata yang sedikit terkejut.

"Cikgu... Berhenti kawal kelebihan saya sekarang. Saya tak sukalah bila dikawal macam ni." Kata aku kepadanya daripada dalam hati dengan rasa rimas. Ya, memang aku rimas sangat-sangat. Aku paling pantang bila kena dikawal macam ni. Rasa macam dunia ni sempit dan macam tak bebas je.

"Bertenang... Cikgu tak kawal kelebihan kamu ni secara sepenuhnya pun. Cikgu cuma tolong lock minda kamu tu daripada terbaca fikiran dan minda orang lain secara melulu. Itu je." Balas Cikgu Sulaiman di dalam hatinya.

"Ya ke? Bukan sebab cikgu tak nak saya terbaca fikiran dan minda cikgu? Macam tu?" Soal aku kepadanya di dalam hati.

"Ya... Tapi tu cuma sebahagiannya sahajalah. Selebihnya cikgu kawal kelebihan kami ni ada sebab-sebab yang lainnya. Tapi cikgu tak boleh nak ceritakan pasal perkara tu sekarang sebab kamu nampakkan yang cikgu tengah fokus memandu ni?" Balas Cikgu Sulaiman di dalam hatinya dengan panjang lebar dalam nada yang selamba. Haish... Rimasnya kepala otak aku bila kena dikawal macam ni. Argh...

"Baik, saya nak cikgu ceritakan semuanya dekat saya nanti... Hari ni juga. Kalau tak, saya bocorkan rahsia kelebihan cikgu ni dekat Aizat dan Dina." Ugut aku kepadanya di dalam hati. Tiba-tiba Cikgu Sulaiman tersengih sendiri seperti terhibur mendengar ugutan aku yang tak bersuara itu.

"Dina dah tahu dah. Aizat je yang tak tahu lagi. Kalau dia dah tahu pun, itu takkan mengganggu hidup dia pun sebab cikgu langsung tak pernah ada niat nak kawal kelebihan mistik dia tu." Balas Cikgu Sulaiman di dalam hatinya dengan rasa sinis. Aku berdecit perlahan seketika apabila mendengar kata-katanya itu. Rasa tercabar pula.

"Isa... Kenapa kau asyik jeling kat cikgu macam tu? Kau ada nampak apa-apa ke?" Tiba-tiba Aizat menegur aku daripada belakang. Aku yang tersedar disebabkan tegurannya itu terus tertoleh ke arahnya yang berada di belakang kerusi aku itu.

"Err... Tak ada apa-apalah. Aku cuma teringatkan pasal sesuatu je." Balas aku dengan nada yang perlahan.

"Teringatkan pasal apa tu?" Soalnya kepada aku lagi dan aku pun terdiam seketika.

"Entah... Aku tak ingat."
______________________________________

[Selepas beberapa minit kemudian]

"Baik, kita dah sampai." Kata Cikgu Sulaiman sambil menutup enjin keretanya sebaik sahaja kami semua telahpun tiba di hadapan sebuah bangunan yang rekaannya seperti sebuah rumah banglo kayu besar yang di hadapan rumah tersebut terdapat sebuah papan tanda besar yang tertulis nama 'Muzium Warisan Prasejarah Bukit Berduri'.

Aku, Aizat, Dina dan Cikgu Sulaiman terus bergerak keluar daripada dalam keretanya itu lalu memerhatikan keadaan sekeliling kawasan muzium itu seketika. Kawasan sekitar bangunan muzium yang agak kecil dan yang terletak agak terpencil daripada kawasan Pekan Bukit Berduri itu dikelilingi dengan kawasan hutan belantara yang luas dan ditepinya pula terdapat sebuah aliran air terjun yang bersih dan cantik.

Kami perhatikan pula pada bangunan muzium yang sudah tersergam megah di hadapan kami semua itu. Apa yang kami dapat lihat pada kawasan sekitar luaran bangunan muzium itu adalah terdapat beberapa patung boneka kayu yang dipakaikan dengan pakaian perisai ketenteraan alam Melayu dan lengkap dengan bersenjata keris dan tombak itu sudah disusun berdiri tegak mengelilingi kawasan luaran sekitar bangunan muzium itu seolah-olah kesemua patung kayu seperti sedang menjaga dan mengawal keselamatan bangunan muzium itu. Tapi tujuan sebenar ianya disusun sebegitu sudah pastilah hanya sekadar untuk hiasan sahaja.

Kalau hanya dilihat dengan sekilas pandang, bangunan muzium ini nampak macam biasa-biasa je. Tapi kalau ikut deria Kasyaf aku, aura negatifnya bukan main kuat lagi. Tapi keadaannya sama juga seperti ketika kali pertama aku masuk ke bilik kelab Paranormal sekolah hari tu. Aura negatifnya kuat tapi dalam masa yang sama, aura positifnya kuat juga. Ianya seperti kedua-dua aura itu sedang bercampur-baur dan menghalang antara satu sama lain daripada bertindak balas. Bila aku dapat rasakan kedua-dua aura ni, aku hanya boleh fikirkan pasal satu perkara sahaja. Tak lain tak bukan, mesti ada sesuatu yang hendak ditunjukkan oleh Cikgu Sulaiman kepada kami bertiga di dalam bangunan muzium ini. Aku tak tahu apakah yang dia nak tunjukkan tetapi nampaknya ianya adalah sesuatu perkara yang besar dan juga menarik.

"Semua... Selamat datang ke Muzium Warisan Prasejarah Bukit Berduri." Kata Cikgu Sulaiman dengan nada yang teruja sambil dia memegang bahu aku dan Aizat dengan serentak.

"Cikgu... Selama 17 tahun saya hidup, saya tak pernah tahu pula yang kat dalam kawasan daerah Bukit Berduri ni ada bangunan muzium prasejarah. Bangunan muzium ni bangunan yang baru siap dibina ke, cikgu?" Soal Aizat kepada Cikgu Sulaiman dengan nada yang kebingungan.

"Tak ada lah. Bangunan ni dah 20 tahun dah usianya. Cuma lokasinya sahaja dirahsiakan daripada orang ramai. Kalau ada yang datang ke sini dan terserempak dengan bangunan ni, dia bolehlah datang masuk ke dalam dan tengok-tengok kesemua pameran harta warisan Bukit Berduri yang ada kat dalam muzium ni secara percuma. Tapi dengan syarat, kena rahsiakan daripada pengetahuan umum. Kalau tak, dia takkan diizinkan datang ke sini lagi" Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar.

"Kenapa kena rahsiakan pula, cikgu?" Soal Dina kepadanya pula. Cikgu Sulaiman yang mendengar persoalannya itu tersengih sinis seketika.

"Jom, kita masuk ke dalam dulu. Nanti kamu tahulah kenapa..." Balasnya dengan nada yang tenang sambil dia melangkah menuju masuk ke dalam bangunan rumah muzium itu dan kami bertiga pun terus bergegas mengikutinya daripada belakang. Sebaik sahaja kami melangkah masuk ke dalamnya, benda pertama yang kami lihat adalah beberapa barangan mistik seperti senjata, cincin, pakaian, alat muzik dan sebagainya yang ada kaitan dengan alam Melayu telah disusun kemas ke dalam setiap bekas pameran kaca yang disimpan dan kesemuanya disusun ke dalam setiap almari rak kayu yang berlainan warna bagi mengikut kategori barangan pameran masing-masing. Pada pendapat aku daripada segi deria Kasyaf aku ni, kesemua barangan pameran yang ada kat dalam bangunan muzium ni adalah barangan-barangan purba mistik yang mempunyai aura negatif yang tinggi. Malah kesemuanya lebih tinggi aura negatifnya daripada apa yang ada di dalam bilik kelab Paranormal di sekolah aku itu. Kalau difikirkan semula, ini bukanlah sebuah muzium biasa tetapi ianya adalah lebih kepada sebuah penjara mistik untuk jin-jin yang menjadi pendamping kepada setiap barangan-barangan mistik purba yang menjadi pameran di dalam muzium tersebut. Memang padanlah keadaan suasana di persekitarannya lebih kurang sama je dengan apa yang aku rasakan dekat dalam bilik kelab Paranormal sekolah tu. Tetapi aku ada perasan tentang sesuatu perkara yang agak pelik di sini. Kenapa kesemua barangan mistik purba yang menjadi pameran kat dalam muzium ni tak dilekatkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran sepertimana yang dilakukan oleh Cikgu Sulaiman di dalam bilik kelab Paranormalnya tu? Tak takut ke kalau kesemua jin yang menjadi pendamping kepada kesemua barangan pameran di dalam muzium ini akan terlepas dan mengganggu ketenteraman orang lain? Hmm... Ini sungguh pelik.

"Eh, Sulaiman..." Entah datang daripada mana, tiba-tiba ada datang seorang gadis dewasa cantik yang memakai baju kurung putih dengan bertudung hitam menyapa Cikgu Sulaiman dengan nada yang mesra. Barangkali mungkin dia pekerja kat dalam muzium ni kot.

"Eh, Nadia..." Balas Cikgu Sulaiman dengan menyebut namanya dalam nada yang mesra juga lalu berjalan menghampirinya.

"Dah lama kau tak datang ke sini. Kau datang ke sini nak apa?" Soal gadis yang bernama Nadia itu kepada Cikgu Sulaiman dengan nada yang santai.

"Hehe... Aku sibuk sikit sejak dua menjak ni. Hari ni aku datang ke sini pun sebab ada urusan sikit dengan budak-budak yang aku bawa tu." Balas Cikgu Sulaiman sambil dia menuding jari ke arah kami bertiga yang berada di belakangnya.

"Ouh... Diorang ni semua anak murid kau ke?" Soal Nadia kepadanya lagi.

"Haah... Hari ni aku bawa diorang bertiga ni datang ke sini untuk laporkan diri dekat Adam. Dia ada kat sini, kan?" Balas Cikgu Sulaiman lalu menyoal kepadanya semula. Lapor diri dekat Adam? Siapa Adam? Ketua pengurus tempat ni ke? Apa kaitan dia dengan Cikgu Sulaiman dan kami semua?

"Haah. Dia macam biasalah, selalu duduk kat tempat biasa dia tu. Yang lain pun ada sekali dengan dia tu. Kau pergilah jumpa dengan diorang tu." Balas Nadia dengan selamba.

"Ah i see... Okey. Kalau macam tu, jomlah. Isa, Aizat dengan Dina, ikut cikgu jom." Kata Cikgu Sulaiman sambil memanggil kami bertiga untuk berjalan mengikutinya ke sesuatu tempat. Tanpa sepatah kata, kami bertiga pun terus bergegas mengikutinya daripada belakang. Cikgu Sulaiman yang memimpin jalan kami bertiga itu berjalan menuju ke arah sebuah pintu hitam yang terletak agak tersorok di dalam bangunan muzium itu. Pintu tersebut adalah sebuah pintu besi yang dicat hitam dan ianya terdapat sebuah papan tanda kecil di atasnya yang tertulis 'Staff Only'. Pintu itu juga turut mempunyai sebuah sistem pengunci yang memerlukan 6 digit nombor kata laluan untuk memberikan akses masuk ke dalam laluan yang ada di sebalik pintu hitam tersebut. Setelah Cikgu Sulaiman memasukkan 6 digit nombor kata laluan untuk akses pintu tersebut, akhirnya pintu itu pun terbuka dengan sendirinya dan apa yang kami lihat di sebalik pintu tersebut hanyalah sebuah laluan tangga gelap yang akan membawa kami semua menuju ke laluan bawah tanah.

"Kita... Nak masuk ke bawah ke cikgu?" Soal Aizat kepadanya dengan nada yang perlahan.

"Ya... Jom, kita masuk." Balas Cikgu Sulaiman dengan ringkas lalu dia terus memimpin jalan kami dengan memasuki laluan tangga yang menuju ke bawah tanah tersebut. Tanpa melengahkan masa, kami bertiga pun terus bergegas mengikutinya daripada belakang dengan secara rapat-rapat disebabkan laluan tersebut terlalu gelap dan apabila kami semua sudah masuk ke dalamnya, pintu hitam itu tadi pun terus tertutup dengan sendirinya.

"Gelapnya laluan ni..." Kata Dina dengan nada yang perlahan. Baru sahaja dia berkata begitu, tiba-tiba laluan bawah tanah itu tiba-tiba diterangi lampu-lampu kecil kuning yang terang menerangi setiap laluan tangga kami di dalam bawah tanah tersebut. Setelah itu, kami semua pun terus berjalan menuruni tangga tersebut sehinggalah kami tiba di sebuah ruangan bawah tanah yang agak luas dan terang.

"Woah... Tempat apa ni?" Soal Aizat dengan nada yang terpegun apabila kami semua telah tiba di ruangan tersebut. Ruangan bawah tanah ini tak jauh beza pun macam sebuah lorong ataupun laluan koridor yang kebiasaanya terdapat di dalam pangkalan bawah tanah milik pihak ketenteraan pada era zaman Perang Dunia Kedua dahulu. Di bahagian kiri kanan dan juga bahagian hadapan di dalam ruangan bawah tanah ini terdapat beberapa buah bilik yang mempunyai pintu besi dan setiap satu daripada bilik tersebut pasti akan ada fungsi-fungsinya yang tersendiri. Tetapi apa yang aku perasan adalah apa yang ada di dalam ruangan bawah tanah ini kesemuanya adalah barangan yang serba moden dan canggih. Walaupun berada di bawah tanah, tempat ni memang banyak memberikan keselesaan sebab di dalam ruangan bawah tanah ni sememangnya sudah lengkap dengan sistem penghawa dingin yang sejuk dan juga sistem pewangi bilik.

"Selamat datang semua. Ini lah tempat asal kerja cikgu yang sebenarnya. Nama tempat ni adalah pusat pangkalan rahsia agensi URKPM ataupun nama panjangnya Unit Risikan Khas Paranormal Malaysia." Kata Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar dalam nada yang separa bangga.

"Pusat pangkalan rahsia agensi URKPM?!" Soal kami bertiga dengan serentak dalam nada yang terkejut. Padanlah lokasi muzium ni patut dirahsiakan daripada orang ramai, rupa-rupanya ada pangkalan agensi rahsia kat dalam bawah tanah muzium ni. Fuh... Hebat!

"Ya... Selamat datang ke pusat pangkalan rahsia agensi URKPM, budak." Tiba-tiba muncul seorang lelaki yang memakai cermin mata hitam menyambut kedatangan kami semua daripada arah pintu bilik di hadapan kami itu dengan nada yang tenang. Lelaki itu tubuhnya kurus dan rambutnya pula lurus panjang sampai ke paras bahu. Daripada ciri-ciri fizikal pada wajah lelaki yang hanya berpakaian baju kurta Melayu yang serba hitam itu pula, dia nampak macam lebih tua sedikit daripada Cikgu Sulaiman. Barangkali mungkin dia ni adalah kawan sekerja kepada Cikgu Sulaiman di dalam pangkalan rahsia agensinya ini dan mungkin juga dia ni adalah kawan baik kepada Cikgu Sulaiman sekali.

"Eh, Yahya..." Kata Cikgu Sulaiman dengan memanggil namanya lalu dia terus menyalam tangan kanan lelaki tersebut sambil memeluknya dengan mesra seperti seseorang yang sudah lama tidak berjumpa dengan sahabatnya.

"Dah lama tak jumpa kau. Kau buat apa kat sini?" Soal Cikgu Sulaiman kepada sahabatnya yang bernama Yahya itu.

"Aku baru je dapat satu misi baru daripada Adam tadi. Boleh tahan berat jugalah kes misi baru aku ni." Balas Yahya dengan nada yang tenang dan selamba.

"Ouh... Kau kena buat apa pula kali ni?" Soal Cikgu Sulaiman kepadanya lagi.

"Ada lah... Benda ni sulit sikit. Lokasinya pun boleh tahan jauh jugalah, dekat Sabah." Balasnya dengan nada yang selamba sambil matanya tertoleh sedikit ke arah kami semua yang berada di belakang Cikgu Sulaiman itu. Walaupun matanya menoleh ke arah kami bertiga, tapi aku yakin yang pandangannya lebih terfokus ke arah sesuatu sebab bila tengok lain macam punya cara dia pandang aku tu pun aku dah boleh tahu dah.

"Budak-budak ni semua anak murid kau ke?" Soal Yahya kepada Cikgu Sulaiman.

"Haah. Yang perempuan tu namanya Dina. Yang budak buta sebelah mata tu pula namanya Aizat dan lelaki yang lagi seorang kat sebelah dia tu pula namanya Isa. Hari ni aku nak kena kenalkan diorang ni semua dekat Adam sebab Adam sendiri yang nak jumpa dengan diorang." Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar sambil memperkenalkan kami semua kepada Yahya lalu dia menyoal semula kepadanya. Yahya terdiam seketika sambil matanya masih lagi sedang menoleh ataupun menjeling ke arah aku dengan secara senyap-senyap sebelum dia kembali bersuara untuk membalas soalan Cikgu Sulaiman itu.

"Aku tahu percaya dengan benda-benda yang bukan di luar fikiran logik akal dan minda manusia ni boleh jadi satu benda yang khurafat dan syirik. Tapi aku nak ingatkan kau pasal satu benda. Kau dah bawa seorang budak yang sangat merbahaya dekat sini. Boleh jadi lepas ni akan ada banyak perkara buruk yang akan berlaku kalau budak tu kau tak jaga betul-betul. Ini adalah ramalan daripada aku dan ramalan aku biasanya tak pernah salah. Kau sendiri tahu pasal tu, kan?" Bisik Yahya kepada Cikgu Sulaiman dengan nada yang serius. Walaupun suaranya itu terlalu halus dan perlahan, namun deria pendengaran aku ni cukup jelas untuk menangkap setiap bait kata-kata bisikan yang diucapkannya itu kepada Cikgu Sulaiman dan budak yang dimaksudkannya itu juga aku cukup tahu sangat siapa yang dia maksudkan. Siapa lagi kalau bukan aku? Aku je lah yang paling 'merbahaya' kat sini. Betul tak? Tapi aku tertanya-tanyalah. Dia ada sebut pasal ramalan tadi. Dia boleh buat ramalan untuk sesuatu benda ke? Cis, aku tak boleh nak mengesahkan tentang perkara tu sebab Cikgu Sulaiman asyik nak kawal kelebihan aku ni je. Tapi kalau betul lelaki yang bernama Yahya ni boleh buat ramalan ke atas sesuatu benda, adakah itu adalah kuasa sihir mistik dia ataupun kelebihan mistik semulajadi dalam diri dia tu sendiri?

"Heh... Nampaknya kau ni masih lagi sama macam dulu. Tak berubah langsung." Kata Cikgu Sulaiman dengan nada yang tenang sambil dia menepuk bahu kanan sahabatnya itu dengan perlahan dan mesra.

"Aku sendiri dah tahu macam mana dengan budak lelaki yang kau maksudkan tu dan aku sendiri pun dah tahu apa yang dia dah buat dengan apa yang dia boleh buat. Jangan risau, tahulah aku macam mana nak jaga budak tu." Katanya lagi dengan nada yang separa berbisik sambil anak matanya sempat menoleh ke arah aku sebelum anak matanya itu kembali terarah kepada sahabatnya itu.

"Baik. Tapi ingat... Baik ataupun buruk cara kau jaga dia tu, perkara yang buruk tu tetap akan datang dan ianya akan datang dalam bentuk satu malapetaka yang besar yang terlahir daripada dendam seekor hamba syaitan yang berdendam dengan budak tu. Itu kau tak boleh terlepas pandang. Kalau tak, kau fikirlah sendiri apa akibatnya nanti." Balas Yahya dengan panjang lebar dalam nada berbisik sebelum dia melangkah berlalu pergi. Sambil dia melangkah berlalu pergi itu, anak matanya sempat mengikut jeling ke arah aku dan dalam pada masa yang sama juga, aku turut dapat satu mesej pesanan rahsia daripada dalam isi hatinya.

"Jaga-jaga, Isa... 'Dia' yang kau dah hancurkan tu... Masih lagi hidup. Ingat tu..." Itulah pesanan daripada isi hatinya sebelum dia berlalu pergi dan menghilang daripada pandangan mata aku. Apabila mendapat pesanan tersebut, riak wajah aku terus berubah menjadi separa terkejut dan tak tenteram. Segala aliran darah yang berada di dalam urat saraf tubuh badan aku ni mula terasa mengalir dengan deras dan jantung aku pula sudah mula terasa berdebar-debar. Aku faham sangat dengan apa yang dia cuba nak sampaikan dekat aku tadi tu. Makhluk jin menyamar jadi Toklang Hanafiah yang aku dah hancurkan pada malam di Kompleks Maut hari tu... Sebenarnya masih hidup lagi!!
______________________________________

[Normal POV]

Sementara itu, di dalam bangunan Kompleks Maut yang pernah menjadi saksi tempat pertarungan Isa dan Jembalang itu, terdapat satu kesan tapak hitam yang besar di atas lantai di tingkat bawah bangunan tersebut seolah-olah seperti kesan terbakar. Itulah tempat di mana Jembalang telah dihancurkan oleh Isa dengan 'kuasa' cincin batunya itu.

Walaupun hari sudah semakin cerah, namun situasi dan suasana di dalam bangunan ini masih lagi gelap seperti di dalam sebuah gua. Dalam pada ketika ini juga, muncullah seorang lelaki yang memakai jaket hoodie hitam labuh yang menutup wajahnya itu berjalan menuju ke arah tapak 'kubur' Jembalang itu sambil di tangan kanannya sedang memegang sebatang lilin besar yang berwarna hitam dan di tangan kirinya pula sedang memegang sebilah pisau lipat dan juga sekotak mancis.

Lelaki itu meletakkan lilin besar hitam tersebut di bahagian tengah pada tapak 'kubur' Jembalang itu lalu dia terus melukiskan satu bentuk seperti rajah alkimi di atas permukaan tapak 'kubur' Jembalang itu dengan beberapa simbol mantera purba yang tak boleh difahami dan kemudian dia terus membakar lilin hitam itu tadi sambil dia membacakan ayat mantera pemujaan syaitan.

"Wahai pemerintah kegelapan yang mengawal segala kekuatan!! Aku seru segala aura-auramu untuk membangkitkan semula salah satu hambamu yang telah dihancurkan oleh golongan si bangsat manusia yang lemah lagikan bodoh. Berikanlah ia satu kebangkitan yang megah dan berikanlah kekuatan dan juga kekuasaan yang boleh menambahkan lagi kegagahan semangatnya untuk berjuang mengheret manusia ke alam neraka. Hidupkanlah ia!!!" Jerit lelaki itu dengan membaca manteranya itu sambil dia menggoncangkan kepalanya berkali-kali seperti orang yang sedang terkena kerasukan. Dalam pada masa yang sama juga, kesan hitam yang ada pada permukaan tapak 'kubur' Jembalang itu tadi menghilang lalu ia bergerak dan terkumpul menjadi satu sehinggalah ia lengkap menjadi sesosok jasad seperti manusia kurus yang berkulit hitam pucat dan bersaiz tinggi dengan wajah yang mengerikan. Sosok tersebut mempunyai rambut yang kusut dan panjang sehingga mencecah paras buku lalinya dan seluruh tubuh badan hitam pucatnya yang telanjang tak bertutup dengan seutas benang itu boleh dilihat penuh dengan kesan parut dan juga kesan jahitan luka yang panjang dan penuh di sekeliling kulit tubuh badannya itu.

"Namrul... Akhirnya kau datang juga." Kata Jembalang sebaik sahaja dia telah dihidupkan semula. Namrul yang telah menghidupkannya itu membuka hud yang menutupi wajahnya itu tadi lalu dia memandang ke arah Jembalang dengan wajahnya yang sentiasa angkuh dan sinis.

"Maaf sebab lambat datang. Aku terpaksa cari dan korek kubur orang yang baru mati untuk kumpulkan lemak badan manusia untuk dijadikan sebagai lilin hitam yang boleh hidupkan kau balik ni." Kata Namrul dengan panjang lebar dalam nada yang sinis.

"Tak mengapa. Asalkan kau dah hidupkan aku, itu dah cukup bagus untuk buatkan aku berasa gembira." Balas Jembalang dengan nada yang tenang.

"Jangan nak gembira sangat. Nampaknya Isa masih lagi belum mati." Kata Namrul dengan nada yang serius dan sinis.

"Itu salah engkau. Engkau yang cuai." Balas Jembalang dengan nada yang separa tegas.

"Aku sendiri yang bunuh dia dengan tikam 5 pisau kat perut dia. Kalau manusia biasa, dengan serangan macam tu sahaja dah cukup nak bagi dia mati. Aku yakin, mesti ada sesuatu yang dah 'selamatkan' dia sampaikan dia boleh hidup balik." Kata Namrul dengan panjang lebar dalam nada yang serius.

"Ifrit... Entah-entah mungkin dia dah buat sesuatu pada si Isa tu. Cis! Tak guna." Kata Jembalang dengan nada yang geram.

"Al-Fitri, tu nama baru dia. Ingat tu." Balas Namrul dengan ringkas.

"Ah apa-apa je lah. Yang penting sekarang ni, apa yang kau nak kita patut buat?" Soal Jembalang kepada Namrul dengan nada yang serius.

"Aku dah berhenti jadi pelajar dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Berduri tu. Tapi walaupun aku dah berhenti sekolah kat situ, aku tetap boleh tahu apa yang selalu terjadi dekat situ. Kesan fitnah aku pada Isa tu memang bagi kesan yang besar pada dia. Antaranya adalah Isa dengan kawan-kawan dia dah mula dibenci dengan semua orang yang ada kat dalam sekolah tu dan imej baik Isa sememangnya dah tercalar teruk disebabkan fitnah yang aku buat pada dia tu. Tapi walaupun kesan fitnah aku pada Isa tu sememangnya bagi kesan yang besar pada dia, tapi dia tu hatinya boleh tahan tabah dan kuat juga tu. Baru-baru ni, dia dan kawan-kawan dia dah mula jadi semakin kuat dan mereka pun dah terlibat dalam aktiviti kelab Paranormal tu bersama-sama dengan Sulaiman. Kalau perkara ni berterusan, kita mungkin takkan ada peluang untuk tewaskan diorang sebab diorang boleh jadi lagi kuat daripada yang sebelum-sebelum ni." Balas Namrul dengan panjang lebar.

"Jadi... Apa yang kau nak buat?" Soal Jembalang kepadanya lagi.

"Kau tanya apa yang aku nak buat? Heh... Patutnya kau tanya 'Apa yang kita nak buat?' sebab kita buat semua benda ni sama-sama. Atas tujuan yang sama iaitu untuk sesatkan manusia. Tak gitu?" Balas Namrul dengan soalan yang bernada sinis. Memdengarkan soalan Namrul yang begitu 'pedas' tu, Jembalang terus terdiam seketika.

"Aku ada rancangan." Kata Namrul dengan nada yang sinis.

"Apa dia?" Soal Jembalang kepadanya dengan ringkas.

"Ingat lagi tak dengan Nabila tu? Budak perempuan yang jadi mangsa 'dera' kita kat dalam hutan Bukit Berduri hari tu?" Soal Namrul kepadanya semula.

"Ya... Mestilah aku ingat. Kenapa dengan dia? Kau nak sihir dia tu lagi ke?" Soal Jembalang kepadanya semula.

"Ya. Aku nak kita sihir perempuan tu lagi dan gunakan dia sebagai kambing hitam kita untuk memporak-perandakan hidup Isa dan kawan-kawan dia tu lagi. Kali ni, kita akan buat dengan cara yang lebih kasar dan takkan ada satu belas kasihan pun yang kita akan bagi pada diorang tu nanti." Balas Namrul dengan panjang lebar dalam nada yang angkuh dan sinis.

"Ahh... Baik-baik, aku dah faham dan aku dah tahu dah apa yang kau nak kita buat selepas tu. Heh... Tak sangka, kau ni dah semakin bijak rupanya." Kata Jembalang dengan nada yang sinis.

"Heh... Mestilah. Kalau tak ada ilmu di dada, macam mana kita nak berkuasa? Betul tak?" Balas Namrul dengan soalan yang sinis.

"Baiklah, mari kita pergi. Aku dah tak sabar nak menghancurkan hidup orang-orang yang beriman." Kata Jembalang dengan nada yang teruja di dalam keangkuhan.

"Tapi sebelum tu, aku perlukan sesuatu daripada kau..." Kata Namrul dengan nada yang serius. Jembalang merenungke arah mata Namrul itu dengan dahi yang berkerut seketika sebelum dia berdecit menahan marah dengan nada yang perlahan.

"Kau nak kuasa lagi ya...? Hmm boleh tahan juga sifat tamak kau ni ya... Untuk apa kau nak tuntut kuasa daripada aku ni lagi huh? Untuk apa dan kenapa?" Soal Jembalang kepadanya dengan soalan yang bertubi-tubi dalam nada yang begitu serius.

"Untuk apa kau tanya? Cuba kau fikir balik. Apa yang dah membuatkan Isa tu jadi lagi kuat sampaikan dia boleh hancurkan kau dalam masa satu malam?" Soal Namrul kepadanya semula dengan nada yang serius dan sinis. Mendengarkan persoalannya itu, Jembalang terus terdiam seketika. Dalam pada masa yang sama, segala memori tentang dirinya dan juga Isa itu mula dimainkan semula daripada ketika dia bertarung dengan Isa dalam bentuk manusianya iaitu Toklang Hanafiah itu sehinggalah di saat ketika dia telah dihancurkan 'kuasa' misteri yang terdapat pada batu cincin Isa itu.

"Cincin batu dia tu..." Jembalang mula bersuara dengan nada yang seolah-olah seperti sudah perasan dengan sesuatu perkara yang mengejutkan. Namrul yang mendengar kata-katanya itu pun mengangguk perlahan sambil berdiri membelakanginya.

"Ya... Cincin batu dia tu. Baru-baru ni aku dah kerap perhatikan dia secara senyap-senyap daripada jauh dan apa yang aku baru perasan tentang dia tu adalah cincin batu dia tu. Cincin batu dia tu adalah cincin penyerap. Tak silap aku, cincin tu ibarat macam satu senjata mistik yang terlalu berkuasa sampaikan boleh menghancurkan seekor jin dan tukarkan ia menjadi satu sumber aura alam semulajadi yang suci. Mungkin disebabkan cincin tu lah, kau gagal tewaskan dia sebelum dia hancurkan kau hari tu." Kata Namrul dengan panjang lebar.

"Tak guna... Padanlah dia tu boleh hancurkan aku hari tu. Kuasa cincin batu dia tu terlalu kuat sampaikan boleh hancurkan tubuh badan aku ni jadi debu hangit. Cis! Disebabkan serangan dia yang terlalu kuat tu lah, aku tak boleh nak pulihkan badan aku ni balik sebab dah kehilangan banyak tenaga. Nasib baik kau datang. Kalau tak, memang selama-lamanyalah aku akan jadi debu hangit yang menjijikkan ni." Kata Jembalang dengan panjang lebar dalam nada yang bengang.

"Lepas ni, kita tak boleh pandang rendah pada Isa tu lagi. Kita kena buat perancangan yang lebih rapi lagi supaya kita tak gagal. Jadi untuk tak nak gagal lagi, kau kena bagi aku satu lagi kuasa mistik yang boleh membuatkan aku tumpaskan si Isa tu dengan mudah." Balas Namrul dengan panjang lebar.

"Hmm... Kuasa apa lagi yang kau nak?" Tanya Jembalang dengan nada yang terpaksa melayan. Namrul tersengih sinis seketika sambil dia berdiri menghadap ke arah Jembalang.

"Disebabkan Isa dah semakin kuat dengan kuasa batu cincinnya tu, aku nak satu kuasa mistik yang boleh bagi aku hancurkan kuasa batu cincin dia tu dan boleh bunuh dia tu terus." Balas Namrul dengan nada yang angkuh dan sinis. Jembalang yang mendengar permintaannya itu terus menghasilkan sebuah portal hitam berapi yang kecil di bahagian kirinya dan kemudian dia terus mencelupkan tangannya ke dalam portal berapi tersebut sebelum sebuah buku hitam yang tebal ditariknya keluar daripada dalam portal berapi tersebut, lalu dicampakkan buku tersebut ke arah Namrul sebelum disambut oleh Namrul dengan tangan kanannya.

"Semua yang kau nak, ada pada buku tu. Kau tak perlu buka dan baca isi kandungan buku tu. Kau cuma letakkan tapak tangan kanan kau ke atas kulit muka depan buku tu dan kesemua isi kandungan ilmu sihir kuat yang ada kat dalam buku tu akan terus masuk ke dalam otak kau dan kau akan mampu gunakan kesemua kuasa sihir tu dengan mudah." Kata Jembalang dengan panjang lebar dalam nada yang serius. Namrul yang terpegun mendengar kata-kata Jembalang itu terdiam seketika sambil dia membelek-belek buku hitam yang disambutnya itu dengan tangan kirinya sambil bibirnya tersenyum sinis dengan rasa yang senang hati.

"Betul ni?" Soalnya kepada Jembalang dengan ringkas dalam nada yang sinis bagi meminta kepastian daripadanya.

"Ya..." Balas Jembalang dengan ringkas dengan disertakan bersama anggukkan kepalanya yang perlahan.

"Okey, mari kita cuba." Kata Namrul dengan nada yang perlahan lalu tanpa melengahkan masa, dia terus meletakkan tapak tangan kanannya ke atas permukaan kulit muka depan buku hitam tersebut dengan perlahan-lahan. Sebaik sahaja tapak tangan kanannya itu telah diletakkan pada atas permukaan kulit muka depan buku hitam tersebut, tiba-tiba buku hitam tersebut berubah menjadi seperti cecair hitam yang melekit dan kemudian ianya terus menyerap masuk ke dalam tangan kiri Namrul sehingga ianya hilang tanpa kesan. Dalam pada masa yang sama juga, Namrul mula menjerit kesakitan apabila urat-urat di dalam lengan kirinya itu mula menimbul dari kulit lengnnya seperti ada sesuatu yang sedang bergerak di dalamnya dan ianya sedang bergerak laju menuju ke arah otaknya. Sebaik sahaja ianya telah bergerak masuk ke dalam kepalanya, bebola mata Namrul terus berputar ke atas sehingga tak nampak anak mata hitamnya itu dan kemudian tubuh badannya itu terus berdiri kaku dengan kepalanya didongakkan ke atas dalam keadaan matanya yang putih itu langsung tak bergerak.

"Namrul..."

"AAARGH!!!" Sebaik sahaja namanya itu disebut oleh Jembalang, Namrul terus menjerit dengan begitu kuat sekali sehingga menyebabkan bangunan kompleks usang tempat mereka bertemu itu terasa bergegas seketika. Dalam pada masa yang juga, Namrul mula meracau-racau seperti orang yang sudah hilang kewarasannya dan dalam pada masa yang sama, dia mula mengoyakkan baju hoodie hitam yang dipakainya itu sehingga menonjolkan tubuh badannya yang mula menjadi separa sasa dan tegap itu. Tubuh badannya yang juga penuh dengan kesan parut-parut seperti bekas kesan ditetak oleh sesuatu itu mula membentuk beberapa imej simbol-simbol mantera satanik yang berwarna hitam dan ianya dibentuk sepenuhnya di seluruh tubuh badan Namrul itu sehingga kulit tubuh badan Namrul yang separa putih itu hampir menjadi warna sepenuhnya disebabkan terlalu banyak imej simbol mantera satanik yang muncul di tubuh badannya itu. Dalam pada masa yang sama juga, anak mata Namrul yang tadinya berwarna hitam, kini telahpun berubah menjadi warna hijau zamrud yang gelap.

"Urgh! Fuh... Boleh tahan sakit juga benda ni. Tapi berbaloi juga, sebab aku dah boleh dapat rasakan yang segala aura kegelapan yang menjadi sumber kuasa kegelapan aku ni mula mengalir deras kat dalam badan aku." Kata Namrul dengan nada yang angkuh dan sinis sambil dia meregangkan tengkuk dan bahunya yang mempunyai simbol satanik yang berbentuk seperti kepak sayap hitam itu.

"Ya... Kalau kau nak tahu, inilah ilmu sihir Malikul Saharat. Ilmu raja ahli sihir yang diwariskan oleh keturunan bangsa jin aku sejak daripada beribu tahun dahulu lagi. Dengan ilmu Malikul Saharat ni, kau boleh gunakan kesemua jenis kuasa sihir dan kuasa mistik yang sama seperti kuasa sihir yang terdapat pada jin-jin lain. Contohnya, kau boleh terbang laju macam Pontianak, kau boleh lari laju macam Toyol, kau boleh jadi tinggi macam hantu galah dan kau boleh buat macam-macam lagi." Kata Jembalang dengan panjang lebar.

"Yeah!! Inilah yang aku perlukan. Dengan ilmu sihir Malikul Saharat ni, aku boleh jadi tuhan dan semua orang pasti akan tunduk hormat pada aku dan Islam pun akan terkubur dengan sendirinya." Kata Namrul dengan nada yang teruja dan angkuh.

"Tapi untuk menggunakan ilmu sihir ni, ada banyak pantang larangnya." Kata Jembalang dengan nada yang serius. Mendengarkan kata-katanya itu, riak wajah Namrul yang tadinya ceria kini terus berubah menjadi masam mencuka dengan wajah yang serius.

"Apa pantang larangnya?" Soal Namrul kepadanya dengan nada yang serius.

"Ada 7 pantang larang. Pertama, kau tak boleh makan semua jenis makanan yang ada dalam kategori sunnah makanan Rasulullah. Contohnya macam madu, susu dan sebagainya. Kalau kau langgar, kau akan mati disebabkan keracunan. Kedua, kau tak boleh dengar sebarang bacaan ayat suci Al-Quran. Kalau tak, kau akan rasakan seksaan yang sangat teruk sama sepertimana bila seekor jin yang sedang diseksa dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Ketiga, kau tak boleh sentuh sesuatu yang biasanya para jin tak suka. Contohnya macam pokok bidara, pokok kaktus, garam, dan sebagainya. Kalau kau buat, kulit kau akan melecur dengan teruk sampaikan susah untuk dipulihkan semula. Kelima, kau tak boleh jejak ataupun masuk ke dalam masjid dan surau. Kalau tak, badan kau akan terbakar dengan sendirinya sampaikan tak boleh nak dipadamkan langsung. Keenam, kau tak boleh sentuh manusia yang ada air wudhu. Kalau kau sentuh, kuasa sihir kau akan jadi lemah untuk jangka masa yang panjang. Mungkin lebih daripada sejam. Untuk terakhir sekali iaitu yang ketujuh..." Kata Jembalang dengan penuh panjang lebar lalu dia terdiam seketika.

"Pantang larang yang ketujuh tu apa pula? Cakaplah." Kata Namrul dengan nada mendatar.

"Pantang larang yang ketujuh ni adalah pantang larang yang paling berat sekali dan kau kena berjaga-jaga supaya tak terlanggar dengan pantang larang ni. Kalau kau nak tahu, pantang larang yang ketujuh ni adalah kau tak boleh cari pasal dengan golongan makhluk bunian." Balas Jembalang dengan panjang lebar dalam nada yang serius.

"Jangan cari pasal dengan bunian? Kenapa pula?" Soal Namrul dengan nada yang kebingungan.

"Ini disebabkan... Golongan makhluk bunian adalah golongan makhluk yang taat dengan perintah Allah. Mereka adalah makhluk yang diciptakan dengan campuran separuh tanah dan cahaya. Mereka bukanlah Malaikat dan juga bukan manusia, tetapi mereka adalah sejenis makhluk ghaib yang hidup bersama dengan manusia. Golongan bunian ni kuat dan malah lebih kuat daripada bangsa-bangsa jin. Mereka ada kerajaan mereka sendiri dan kalau bangsa jin nak berperang dengan mereka, bangsa jin pasti akan kalah dengan teruk. Jadi, aku nasihatkan kau... Jangan sesekali cari pasal dengan bunian, walaupun hanya seorang..." Balas Jembalang dengan panjang lebar dalam nada yang serius.

"Hmm... Tapi aku bukannya nak cari pasal dengan golongan bunian pun, jadi apa yang nak dirisaukan sangat?" Soal Namrul kepadanya dengan nada yang kebingungan.

"Memanglah tak perlu dirisaukan. Aku cuma nak kau lebih berjaga-jaga je. Sebab kalau golongan-golongan bunian nak masuk campur dalam urusan kita ni nanti, kita yang akan hancur musnah dengan teruk nanti. Ingat tu..." Balas Jembalang dengan nada yang serius.

"Hmm yelah... Kau dah selesai membebel, kan? Kalau dah, jomlah kita balik." Kata Namrul dengan nada yang selamba lalu dia terus berjalan berlalu pergi sebelum tubuh badannya menghilang dalam bentuk halimunan.

"Cis... Mentang-mentang dah berkuasa, nak pandang remeh pada semua benda pula." Bebel Jembalang sendirian sambil tubuh badannya terus bertukar menjadi beberapa ekor kelawar hitam yang terbang dengan pantas sebelum kesemuanya hilang daripada pandangan.

[Bersambung]

Continue Reading

You'll Also Like

144K 7.6K 27
Kisah seorang pelajar lelaki bernama Syafiq yang terpaksa tinggal di asrama nya sepanjang cuti semester untuk menyiapkan projek tahun akhirnya yang m...
6.8K 790 40
Sekumpulan pelajar telah ditugaskan untuk menjalankan kajian di sebuah kampung tertentu. Setiap ahli kumpulan ditentukan oleh pensyarah mereka. Hal i...
31K 810 22
TOLONG AKU ! AKU DICULIK ! AKU TAK TAHAN LAGI ! AKU DISEKSA ! AKU TAK SUCI LAGI ! AKU JADI BAHAN PEMUAS NAFSU DIA ! AKU DAH SERIK ! AKU BENCI DIA ! D...
128K 8K 33
Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Namun adakah dengan pemergian Alif merupakan satu pengakhiran kepada kisah persahabatan ini? Atau...