KASYAF (Hiatus)

By ALIFRYT

17.4K 2.2K 1.1K

Genre: Horror, Paranormal, Mistik, Misteri, Exorcism. ---------------------------------------------------- Ka... More

Prolog
Chapter 1: Sekolah Baru
Chapter 2: Pulang Bersama
Chapter 3: Ruqyah
Chapter 4: Merawat Atau Dirawat?
Chapter 5: Penerimaan Khazanah Kelab
Chapter 6: Ahli Kelab Baru?
Chapter 7: Nur Nabila
Chapter 8: Banglo Usang
Chapter 9: Pertarungan & Kerasukan
Chapter 10: Menziarah
Chapter 11: Nurin Aisyah
Chapter 12: Derita Seorang Gadis
Chapter 13: Mencari Dia Yang Hilang
Chapter 14: Ianya Belum Selesai
Just Want Q&A With Readers
Chapter 15: Saat Pulang
Chapter 16: Iman Yang Terganggu
Chapter 17: Ifrit Yang Menggila
Chapter 18: Pemutusan Sihir
Chapter 19: Ujian Daripada Tuhan
Chapter 20: Misteri Di Mana-mana
Chapter 21: Salah Waktu
Chapter 22: Hukuman Yang Salah
Chapter 23: Letih Dan Penat
Chapter 24: Konflik Baru
Chapter 25: Pemusnah Sumpahan
Chapter 26: Malam Mengancam
Chapter 27: Perangkap Kompleks Maut
Chapter 28: Wira Penyelamat Nyawa
Chapter 30: Kebangkitan
Galeri Watak (Part 1)
Chapter 31: Agensi Paranormal
Chapter 32: Maklumat & Kebenaran
Chapter 33: Memori & Maklumat
Chapter 34: Lari & Lawan
Chapter 35: Musuh Yang Bodoh
Chapter 36: Kesan Sihir Kedua
Chapter 37: Tujuh Anak Setan
Chapter 38: Yang Lama Kini Kembali
Chapter 39: Pemulihan

Chapter 29: Rahsia Hakimi

314 44 49
By ALIFRYT

[Isa POV]

Di waktu pagi pada hari Sabtu ni, aku duduk termenung bersendirian di dalam dapur sambil menjamah nasi lemak ayam rendang yang menjadi santapan sarapan pagi aku pada hari ini. Entah kenapa, sejak dua menjak ni aku asyik banyak termenung je. Dah macam satu kewajipan pula. Termenung pasal benda yang sama pula tu. Tak lain tak bukan, mestilah aku asyik termenungkan pasal peristiwa yang berlaku pada malam di Kompleks Maut itu.

Haih... 3 hari sudah berlalu, semenjak apa yang telah berlaku pada hari Rabu di mana aku telah diganggu, dirasuk, difitnah, didenda, diseksa, dibunuh, dihidupkan semula, dan sebagainya itu, kini ada banyak perkara pelik yang mula berubah dengan sekelip mata. Aku pun tak faham. Memang betul-betul tak faham sangat. Siapa Toklang Hanafiah tu sebenarnya? Dia tu manusia ke jin? Adakah betul dia tu bersahabat dengan Namrul? Kalau betul, nampaknya memang betullah segala apa yang berlaku daripada pagi sampai ke malam pada hari tu sememangnya telah dirancang siap-siap oleh mereka berdua tu. Lagi satu, yang aku tak fahamnya... Macam mana aku boleh lalui semua benda tu tanpa menjamah apa-apa makanan pun? Yang aku ingat, aku hanya diberikan minuman sahaja. Tu pun Al-Fitri yang bagi sebab dia tahu aku tak makan dan minum apa-apa lagi masa tu. Haih... Macam-macam hal lah. Nasib aku masih lagi hidup sampai sekarang. Kalau tak, semua ni terasa macam sia-sia. Oh ya... Tentang hal aku boleh dihidupkan semula selepas kena 'bunuh' dengan Namrul pada malam tu pun aku langsung tak tahu macam mana perkara tu boleh berlaku. Yang pastinya, kesemua tu berlaku pasti dengan izin Allah. Alhamdulillah lah, aku masih hidup dan selamat sampai sekarang.

Bila diingat semula pada keesokan harinya selepas kejadian konflik yang berlaku di dalam Kompleks Maut pada malam itu, banyak benda juga yang dah berubah samada jadi lebih baik dan jadi lebih buruk. Yang jadi mangsa keadaan bukan aku seorang sahaja tetapi Aizat, Cikgu Sulaiman dan Dina pun turut terlibat sekali. Kalau aku ni, Imej baik aku sebagai pelajar baru yang masih belum sempat nak berbakti di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Berduri ni terus berubah menjadi buruk dek kerana fitnah besar yang dibuat oleh Namrul terhadap aku. Sudahlah dia buat fitnah dekat aku, dia hampir nak bunuh aku pula tu. Lepas tu menghilang tanpa sebarang khabar berita. Buat masa ni hanya Cikgu Sulaiman, Aizat, dan Dina sahajalah yang percayakan aku. Yang lain, aku tak tahu. Tapi yang pastinya, mestilah sebahagian daripada mereka ada yang dah pandang serong terhadap aku.

Oh ya... Cakap pasal mereka bertiga, banyak juga perkara yang baik dan buruk sudah mula berubah dekat mereka semua dan termasuk sekali dengan aku juga. Semenjak kejadian tu berlaku, hubungan aku dengan Al-Fitri terpaksa 'dirapatkan' untuk seketika waktu semenjak aku telah memiliki 'kuasa' baru di dalam cincin batu aku ni (itu pun sebab Al-Fitri yang sumbangkan sedikit kuasanya dekat aku, bukan aku yang nak). Hubungan rapat kami ni pula bukanlah rapat seperti sahabat, ahli keluarga, saudara, adik-beradik, tuan dan hamba atau sebagainya. Tetapi kami berdua hanyalah ibarat macam orang asing yang saling tak mengenali tetapi terpaksa bekerjasama untuk sesuatu perkara. Ini tak lama pun sebab Al-Fitri pun faham kenapa aku tak nak berkawan dengan dia sebab ini adalah sebahagian larangan dalam agama Islam, jadi katanya dia hanya akan duduk rapat dengan aku hanyalah sampai misi dia selesai. Aku pun tak tahu apa benda misinya tu tapi kalau betul itu yang dia katakan, maka aku pun terpaksa akur je lah.

Tentang Aizat, Dina dan Cikgu Sulaiman pula, keadaan mereka bertiga pula ada yang jadi semakin baik dan ada yang menjadi semakin buruk. Kalau Cikgu Sulaiman, semenjak dia telah dirasuk oleh ribuan ekor tentera jin di dalam Kompleks Maut itu, dia mula menjadi seperti orang yang lemah semangat. Dia jadi mudah terkejut, cepat terlupa dan mudah tertekan disebabkan perkara yang kecil ataupun perkara yang boleh merimaskan kepala otaknya itu. Tetapi walau bagaimanapun, aku yakin suatu hari nanti 'penyakitnya' itu pasti akan dapat dipulihkan semula dan dia akan kembali semula seperti yang sediakala. Lagipun, katanya haritu dia dah dapat kenaikan pangkat dalam agensi Paranormal-nya itu dan katanya lagi, tak lama lagi nanti dia akan daftarkan keahlian kami semua ke dalam agensinya itu sebagai ahli anggota agensi yang rasmi. Kenapa 'kami'? Sebab Aizat dan Dina kini telahpun rasmi dijadikan sebagai ahli kelab Paranormal di dalam sekolah aku tu, jadi sudah tentulah mereka akan dapat akses untuk jadi ahli anggota agensi Paranormal Cikgu Sulaiman yang rasmi itu. Bila difikirkan semula, aku tak tahu kenapa tiba-tiba je mereka berdua tu nak sertai kelab tu. Kalau Aizat, katanya sebab dia dah tak sesuai untuk kelab fotografi tu sebab dia buta sebelah mata. Jadi guru kelab dia tu pun terpaksa buang dia daripada kelab tu dan dia pun terpaksalah sertai kelab Paranormal ni kerana hanya kelab ni sahajalah yang sesuai untuknya. Kalau Dina pula, katanya dia sendiri yang nak masuk ke dalam kelab ni sebab dia dah rasa tertarik dengan kerja-kerja operasi pembersihan yang kami sentiasa jalankan pada malam hari itu. Aku tak pasti samada apa yang mereka katakan itu adalah benar ataupun yang sebaliknya, tapi yang pastinya mestilah aku gembira sebab kini aku dah ada teman kat dalam kelab tu. Hehehe...

Kalau Dina pula, tak ada banyak perubahan pelik yang berlaku dekat dia. Cuma... Banyak jugalah perubahan baik yang berlaku di antara aku dengan dia dan ianya adalah perubahan daripada segi hubungan. Kalau dulu hubungan kami yang baru-baru ni hanyalah sekadar seperti kawan sekelas sahaja, sekarang hubungan kami sudah semakin rapat dan kini bolehlah dikatakan sama macam seperti sepasang kekasih tetapi sebenarnya belum lagi nak ke arah tu pun. Buat masa ni, kami berdua hanyalah sekadar TTM (Teman Tapi Mesra) sahaja. Lepas dah habis SPM nanti, barulah kami berdua akan 'memajukan' sedikit hubungan kami berdua ni ke arah yang seterusnya. Insyaallah, kalau ada jodoh harapnya bolehlah. Hehehe...

Yang paling terakhir sekali iaitu Aizat. Entah macam mana aku ceritakan sebab dia lah yang paling rumit perubahannya semenjak konflik pada malam Kompleks Maut tu berlaku. Katanya, pada hari konflik Kompleks Maut tu berlaku, mata kirinya yang buta itu tiba-tiba boleh melihat. Tapi bukan boleh melihat apa yang dia boleh nampak dengan jelas tetapi apa yang dia lihat dengan mata kirinya yang buta itu adalah seperti bayangan ramalan masa depan. Contohnya seperti dia melihat bayangan yang di mana aku akan dibunuh oleh seseorang dan Cikgu Sulaiman pula akan dirasuk oleh ribuan ekor tentera jin dan nampaknya ramalan mata butanya itu betul. Aku tak pasti apa yang dah berlaku dekat dia tapi buat masa sekarang ni, apa yang aku boleh simpulkan adalah mungkin dia dah dapat 'rahmat' baru ataupun dia dah jadi sama macam aku iaitu Kasyaf. Wallahuaklam...

Ouh lupa. Tentang Aisyah dan seluruh ahli keluarganya itu, kini mereka semua telahpun selamat dan bebas daripada segala gangguan makhluk halus ataupun sihir yang jahat. Rumah mereka pun telah siap dibaiki dengan bantuan orang-orang kampung yang dipimpin oleh Pak Umar. Kini semua masalah Aisyah telahpun selesai, kecuali satu sahaja iaitu masalah untuk meyakinkan ibunya untuk menghantar semula Aisyah pergi ke sekolah dan tuntut ilmu sehingga selesai SPM nanti. Bagi aku itu bukanlah satu masalah yang besar kalau Makcik Siti akan memberi kerjasama nanti. Tapi kalau sebaliknya yang berlaku, aku tak tahu nak buat apa. Tapi tak apa, itu nanti pandai-pandailah aku fikirkan nanti. Tentang Nabila pula, semenjak kes dia kena rasuk dan termasuk ke dalam hutan hari tu, aku tak tahu apa yang dah jadi dekat dia. Aku pernah terfikir nak pergi melawat dia, tapi aku terlalu sibuk dengan hal diri aku sampai tak ada masa nak buat perkara tu. Hmm... Kalau aku dah ada masa yang sesuai nanti, aku nak pergi terus melawat dia lah sekejap. Cukup bertanya khabar sahaja, lepas tu baliklah. Hehe...

"Kau ni asyik termenung je aku tengok. Makanlah cepat." Tengah khusyuk aku termenung tu, tiba-tiba Al-Fitri menegur aku daripada bawah meja makan di dalam bentuk kucing jantan yang berwarna hitam.

"Eish kau ni, terkejut aku. Dengan tak bagi salamnya, kau datang daripada mana ni?" Soal aku kepadanya sambil menyuap nasi ke dalam mulut.

"Aku datang daripada alam aku lah, alam ghaib. Aku datang ni nak tengok-tengokkan kau kejap, lepas tu aku nak balik ke alam tu semula sebab nak uruskan sesuatu." Balasnya sambil dia baring di atas lantai lalu menjilat seluruh tubuh badannya. Aku pun hanya sekadar mendiamkan diri sahaja sambil menjamah makanan sarapan pagi aku itu sehingga habis.

"Mana cincin batu kau tu? Kau tak pakai ke?" Soal Al-Fitri dengan secara tiba-tiba lalu menyebabkan aku tergamam seketika.

"Malaslah aku nak pakai cincin tu." Balas aku dengan ringkas.

"Kenapa pula?" Soalnya kepada aku lagi.

"Aku rasa macam cepat penatlah bila pakai cincin tu. Cincin tu macam seolah-olah menyerap tenaga aku tau." Balas aku dengan nada yang separa rimas.

"Memanglah... Cincin tu cincin penyerap. Cincin penyerap ni adalah satu dalam sejuta barangan yang paling susah untuk dihasilkan dekat dalam dunia ni sebab cincin penyerap ni adalah salah satu 'senjata' alam ghaib. Cincin penyerap ni akan menyerap sedikit demi sedikit tenaga penggunanya untuk digunakan sebagai daya kuasa untuk penyerapan aura kejahatan." Kata Al-Fitri dengan panjang lebar.

"Apa maksud kau? Aku tak fahamlah." Soal aku dengan nada kebingungan.

"Memang susah nak diterangkan, tapi aku akan terangkan ikut mana yang aku faham sahaja. Selebihnya, pandai-pandailah kau fikirkan sendiri." Balas Al-Fitri sambil bangkit berdiri lalu melompat ke atas meja makan sambil duduk tegak menghadap ke arah aku. Aku pun hanya sekadar mendiamkan diri untuk fokus mendengar ceritanya itu.

"Untuk pengetahuan kau, cincin batu kau tu adalah cincin penyerap. Cincin penyerap ni kebiasaannya digunakan oleh ahli sihir untuk mengurung jin-jin ke dalam batu cincin mereka dan hancurkan mereka sehingga menjadi satu aura tenaga halus yang boleh dijadikan sebagai sumber kuasa. Kalau ahli sihir yang jahat dan yang kafir, mereka akan menggunakan aura tenaga halus tu untuk dijadikan sebagai penguat sihir gelap mereka. Tapi kalau ahli sihir yang baik dan yang soleh, mereka akan menggunakan aura tenaga halus tu untuk tujuan rawatan ataupun melawan sihir yang jahat." Kata Al-Fitri dengan panjang lebar.

"Ahli sihir yang baik tu tergolong daripada tukang Ruqyah juga, kan?" Soal aku kepadanya.

"Ya... Zaman dahulu, orang memanggil tukang Ruqyah ataupun orang yang merawat dengan cara yang halal itu boleh digelar sebagai ahli sihir yang baik cuma gelaran tu hanya dalam golongan para jin sahaja yang menggelarkannya. Kalau dalam golongan manusia pula, gelaran macam tu tak boleh digunakan sebab boleh menimbulkan fitnah yang buruk." Balas Al-Fitri dengan panjang lebar.

"Ouh macam tu..." Kata aku sambil mengangguk-anggukkan kepala dengan perlahan.

"Untuk pengetahuan kau juga, cincin penyerap kau tu bukan sahaja boleh mengurung jin tapi boleh menyerap tenaga alam semulajadi juga. Contohnya macam masa kau menyerap tenaga petir hari tu, itu adalah sebahagian kekuatan penyerapan yang ada pada cincin batu kau tu. Bila kau serap tenaga alam semulajadi tu, kau pun boleh gunakannya semula untuk tujuan serangan ataupun pertahanan." Kata Al-Fitri dengan panjang lebar sambil dia menjilat kaki kanan depannya.

"Ouh macam tu eh... Boleh tahan gempak cincin aku tu. Dah macam senjata superhero pun ada juga." Kata aku sambil tersengih sinis.

"Tetapi kau kena ingat... Ada banyak keburukan juga dengan cincin tu. Kalau kau terlebih gunakannya ataupun kau gunakannya untuk tujuan yang menyesatkan, nanti cincin tu akan boleh menyebabkan kau hilang kawalan dan akhirnya akan 'memakan' diri kau tau. Kau kena ingat tu..." Kata Al-Fitri dengan panjang lebar dalam nada yang serius.

"Hmm... Boleh percaya ke engkau ni? Aku risau kau ni mereka cerita je lah." Soal aku dengan nada yang was-was.

"Heh... Terpulang pada kau lah. Kalau kau tak nak percaya sudah." Balas Al-Fitri sambil melompat ke bawah meja makan aku itu lalu terus berlalu pergi.

"Aik? Lah... Pergi macam tu je? Hmm... Lantak engkau lah." Kata aku sambil bangkit berdiri lalu terus berjalan menuju ke arah singki dapur untuk mencuci tangan dan pinggan. Dalam sedang aku sibuk mencuci pinggan di dalam singki itu, tiba-tiba ada seseorang menelefon aku. Aku pun dengan segeranya terus mengambil telefon bimbit aku daripada dalam poket seluar aku lalu terud mengangkat panggilan tersebut tanpa melihat siapakah yang menghubungi aku itu.

"Hello, siapa call ni?"

"Assalamualaikum, Isa. ni Cikgu ni. Cikgu nak kamu dengan yang lain tunggu kat depan sekolah nanti boleh?" Kedengaran suara Cikgu Sulaiman di dalam talian panggilan tersebut.

"Tunggu kat depan sekolah? Kenapa cikgu?" Soal aku kepadanya.

"Alah, nanti kamu tahulah kenapa. Kamu pergi je ke sana. Yang lain dah tunggu dah tu. Nanti apa-apa hal, cikgu cerita kat sana eh? Cikgu off dulu." Balas Cikgu Sulaiman dengan tergesa-gesa lalu belum sempat aku nak berkata apa-apa, dia terus mematikan talian panggilan itu.

"Eh? Aku tak sempat nak cakap apa-apa, cikgu dah off dulu? Haih... Aku baru je nak berehat-rehat, dah nak kena keluar pula. Harap-harap tak ada lah lama sangat. Aku dah lah tengah tak ada mood nak keluar rumah ni." Bebel aku sendirian sambil berjalan menuju ke arah bilik aku lalu terus bersiap untuk keluar rumah. Setelah selesai bersiap apa semua, aku terus bergegas menutup kesemua tingkap dan juga barangan elektronik di dalam rumah aku ni lalu terus bergegas keluar rumah. Setelah mengunci pintu rumah, aku pun terus berjalan kaki menuju ke sekolah sambil menikati udara di pagi hari ini.
______________________________________

[Skip time]

Setelah tiba di hadapan sekolah aku ini, aku tengok tak ada sesiapapun yang ada di sana kecuali aku. Ini bermakna, Aizat dan Dina masih belum sampai lagi... Ke aku ni kena prank? Ah lantaklah. Aku tunggu je lah kat dalam bus stop depan sekolah aku ni.

Setelah melabuhkan diri di atas tempat dudum di dalam bus stop sekolah aku itu, aku pun mengisilah masa lapang aku ni dengan bermain game untuk menghilangkan bosan.

"Assalamualaikum..." Tiba-tiba aku terdengar ada seorang lelaki yang aku tak berapa nak cam suaranya itu memberi salam daripada arah belakang aku.

"Waalaikumusalam." Balas aku dengan menjawab salamnya itu lalu menoleh ke arahnya. Apabila aku melihat siapakah yang memberi salam itu, aku terus tergamam seketika. Siapa dia ni? Muka macam kenal tapi aku tak ingat pula siapa dia ni. Rambutnya hitam, pendek dan disikat kemas. Daripada segi rupa tubuh badannya yang berkulit putih itu, walaupun nampak agak tegap tetapi aku yakin yang dia sebaya dengan aku. Daripada segi rupa wajahnya pula, wajahnya bersih tanpa sebarang bulu janggut ataupun kesan jerawat dan jeragat. Memang betul-betul familiar mukanya ni tapi aku langsung tak kenal siapa dia ni. Tak kenal atau mungkin tak ingat. Hmm... Entahlah.

"Kau Isa, kan?" Soalnya kepada aku.

"Haah... Kau pula, siapa?" Balas aku lalu menyoal kepadanya semula.

"Hakimi. Panggil je Kimi." Balasnya dengan ringkas dalam nada yang mendatar sambil dia duduk di sebelah kiri aku.

"Kimi eh... Nama comel, tapi muka dengan perangainya macam garang nak kalah harimau." Kata aku dalam hati.

"Kimi eh... Ouh, kau ketua kelas, kan? Sorry lah, aku tak cam sangat tadi. Patutlah muka kau macam kenal je." Kata aku sambil memberi tangan untuk bersalam dengannya.

"Tak apa..." Kata Kimi dengan ringkas sambil dia menyalam tangan aku. Apabila tangannya itu menyalam sahaja ke tangan aku ini, tiba-tiba jantung aku terasa mengejut, darah aku terasa menggelegak dan sekaligus menyebabkan aku terkejut terhadap sesuatu dan dia juga turut menunjukkan reaksi yang sama seperti aku.

"Kau..." Kami berdua bersuara perlahan dengan serentak.

"Kasyaf ke?" Soalnya kepada aku. Aku terus tergamam seketika lalu terpaksa menganggukkan kepala dengan perlahan.

"Padanlah kau ni nampak lain macam je masa first time aku tengok kau datang ke sekolah hari tu." Kata Kimi dengan nada yang serius sambil dia menarik tangannya daripada menyalam tangan aku dengan perlahan.

"K-kau boleh kesan kelebihan aku ke?" Soal aku kepadanya dalam nada yang gementar.

"Aku tak boleh kesan, tapi aku boleh tahu yang seseorang tu ada kelebihan mistik ataupun tak." Balas Kimi dengan nada yang serius dan mendatar.

"Kau pula... Kasyaf juga ke?" Soal aku kepadanya lagi dalam nada yang gementar. Kimi terus menggelengkan kepalanya dengan perlahan.

"Aku lain daripada yang lain, tapi kita ni sama... Sama-sama special." Balasnya dengan nada yang selamba dan serius.

"Maksud kau?" Soal aku kepadanya lagi.

"Aku pun ada kelebihan mistik juga. Tapi kelebihan aku ni tak sama macam kelebihan orang lain. Nak kata macam Kasyaf, mungkin tak sejauh tu. Nak kata deria keenam, mungkin ini deria yang ketujuh atau deria yang selebihnya... Ataupun mungkin sesuatu yang lain." Balasnya dengan panjang lebar dalam nada yang serius dan perlahan. Apabila aku mendengar dia berkata sedemikian, aku pun terus mendiamkan diri sambil fokus memandangnya untuk membaca mindanya. Setelah selesai membaca kesemua isi mindanya yang aku ambil masa tak sampai 10 saat itu, aku tersengih sinis.

"I see... Aku dah tahu dah apa kelebihan kau." Kata aku dengan nada yang separa sinis.

"Apa dia?" Soalnya kepada aku dengan ringkas.

"Kelebihan kau ni boleh tahan unik juga eh... Kau boleh tiru kelebihan mistik orang lain, kan?" Soal aku kepadanya semula dan Kimi pun terus tersengih serius sambil menganggukkan kepalanya dengan perlahan.

"Betullah tu. Tu sebab aku boleh kesan seseorang tu samada dia ada kelebihan mistik ataupun tak. Sebab bila aku dapat tahu dia ada kelebihan mistik ataupun tak, aku boleh tiru dan gunakan kelebihan mistik dia tu untuk beberapa minit." Balasnya dengan panjang lebar dalam nada yang separa serius.

"Berapa lama kau boleh gunakan kelebihan mistik seseorang tu?" Soal aku kepadanya lagi dengan penuh minat untuk mengetahuinya.

"Aku hanya boleh tiru satu kelebihan mistik untuk dalam satu masa je. Untuk satu kelebihan mistik tu, paling lama yang aku boleh gunakan setakat ni adalah 10 minit." Balasnya dengan panjang lebar dalam nada yang separa serius.

"Kalau kat dalam sekolah ni, kau selalu ke tiru kelebihan mistik orang? Kalau selalu, kau biasanya tiru kelebihan mistik siapa je? Dan kau gunakannya untuk apa?" Soal aku kepadanya lagi dengan soalan yang bertubi-tubi.

"Banyak betul soalan dia ni..." Kedengaran suara hati Kimi mengeluh dan aku yang mendengar keluhan hatinya itu mula terasa serba salah sebab aku dah banyak tanya soalan pula dekat dia ni.

"Hmm... Aku jarang gunakan kelebihan mistik aku ni untuk tiru dan gunakan kelebihan mistik orang lain sebab ianya gunakan banyak tenaga daripada dalam badan aku. Kalau guna sekali, memang boleh sakit teruk. Contoh macam pening kepala, sakit badan, dan yang lain-lain. Lagipun, kat dalam sekolah kita ni memang tak ramai pun yang ada kelebihan mistik tu. Jumlahnya boleh dikira dengan jari, tak sampai 10 orang pun. Tapi aku pernahlah cuba sekali dekat seseorang tu. Kelebihan mistik dia tu memang hebat dan orangnya tu pun memang bukan calang-calang orangnya." Balas Kimi dengan panjang lebar dalam nada yang serius.

"Bukan calang-calang orang eh... Siapa dia tu?" Soal aku kepadanya lagi dengan ringkas.

"Cikgu Sulaiman." Jawab Kimi dengan ringkas dan aku pun terus tergaman dan terkejut apabila mendengar jawapannya itu. Cikgu Sulaiman ada kelebihan mistik? Kenapa aku tak tahu pun? Apa kelebihan mistik dia?

"Cikgu Sulaiman? Kau seriuslah? Apa kelebihan mistik dia wey?" Soal aku kepadanya dengan bertubi-tubi. Kimi terdiam seketika lalu dia memandang ke arah aku dengan jelingan mata yang dingin tetapi kosong.

"Mengawal... Cikgu Sulaiman tu boleh mengawal kelebihan mistik orang lain dengan hanya sekali pandang pada mata orang tu je." Balas Kimi dengan nada yang mendatar dan aku yang mendengar jawapannya itu terus tergamam dan terpaku seketika. Padanlah selama ni aku langsung tak boleh nak baca fikiran Cikgu Sulaiman tu, rupa-rupanya Cikgu Sulaiman dah kawal kelebihan aku ni supaya aku tak ceroboh minda dia. Tapi... Kenapa dia nak rahsiakan kelebihan mistiknya tu daripada aku? Bukannya aku nak baca sangat fikiran dan mindanya tu pun. Hmm... Mesti dia ada banyak rahsia kat dalam minda dia tu. Agak-agaknya apalah rahsianya tu eh? Hmm lantaklah. Malas aku nak ambil tahu pasal hal orang.

"Macam mana kau boleh tiru kelebihan dia? Dan apa yang kau buat lepas kau dah dapat tiru kelebihan dia tu?" Soal aku kepadanya lagi dengan nada yang serius.

"Sentuhan. Macam tu lah cara aku nak tiru kelebihan mistik orang yang lain." Balas Kimi dengan nada yang selamba sambil dia mengangkat tangan kanannya separa ke atas.

"Kalau pasal lepas aku dah tiru kelebihan mistik Cikgu Sulaiman tu pula, aku tak dapat nak gunakan kelebihan tiruan dia tu langsung pun sebab dia dah sedar tentang kelebihan aku ni dan dia terus kawal kelebihan aku ni daripada menggunakan kelebihan tiruan dia tu untuk tujuan yang salah walaupun pada hakikatnya aku tak ada niat langsung pun nak gunakan kelebihan mistik seseorang tu untuk tujuan yang salah." Sambungnya lagi dengan panjang lebar dalam nada yang serius dan perlahan.

"Ouh..." Itu sahaja reaksi yang mampu aku berikan sebelum kami berdua berdiam diri seketika.

"Isa..." Tiba-tiba Kimi memanggil nama aku dengan nada yang perlahan.

"Apa dia?" Sahut aku dengan ringkas. Kimi menundukkan wajahnya ke bawah seketika lalu dia memandang ke arah aku semula.

"Hari tu aku ada dengar cerita yang kau kena denda dengan abang aku teruk-teruk. Betul ke?" Soalnya kepada aku dengan nada yang serius. Aku terus mengerutkan dahi seketika apabila mendengar persoalannya itu. Siapa abang dia?

"Kena denda dengan abang kau? Apa maksud kau? Aku tak fahamlah." Soal aku dengan nada kebingungan.

"Ouh kau tak tahu lagi eh?" Soalnya kepada aku semula.

"Tahu apa?" Aku memulangkan soalan kepadanya semula. Dia terdiam seketika lalu terkebil-kebil matanya memandang aku dan aku juga terkebil-kebil melihat reaksinya itu.

"Aku ni adik bongsu Cikgu Azri. Kau tak tahu lagi ke?" Soalnya dengan nada yang mendatar dan serius. Aku yang mendengar dia berkata sedemikian terus terdiam dan ternganga mulut sambil berkerut dahi dengan ketat.

"Aku nak minta maaflah bagi pihak abang aku tu sebab aku tahu kau tak bersalah, tapi abang aku tu memang jenis yang keras kepala sikit orangnya. Dia hanya akan percaya dengan apa yang dia tengok je, bukan dengan apa yang berlaku di sebaliknya. Jadi itu sebablah susah sikit nak meyakinkan dia yang kau ni tak bersalah. Tambahan lagi kalau ianya adalah perkara yang melibatkan hal-hal mistik, dia mesti susah nak percaya punya sebab dia memang susah sikit nak percaya dengan benda-benda yang pelik macam ni." Kata Kimi dengan panjang lebar dalam nada yang serius.

"Hmm... Aku tak ambil hati pun dengan cara abang kau tu denda aku dan aku memang dah lama maafkan dia pun. Cuma sekarang ni aku dah mula tertanya-tanya... Macam mana kau tahu yang aku ni tak bersalah?" Soal aku kepadanya. Kimi terdiam sambil menundukkan wajahnya ke bawah seketika lalu dia mengusap-ngusap dagunya yang licin tanpa bulu janggut itu sebelum pandangannya dialihkan semula ke arah aku.

"Sebab aku sendiri nampak tentang kesemuanya apa yang dah jadi dekat kau. Kau dah jadi mangsa fitnah Namrul, betul tak?" Jawabnya dengan nada yang serius.

"Kau nampak kesemuanya? Macam mana?" Soal aku kepadanya lagi.

"Masa sebelum kau dengan Aizat datang ke sekolah untuk kokurikulum hari tu, aku nampak daripada jauh lagi Namrul sempat bertukar wajah dia jadi muka kau. Nampaknya dia gunakan ilmu sihir penyamar. Dia menyamar untuk jadi diri kau, lepas tu dia pergi jumpa dengan Dina dekat pondok berehat yang ada dekat dataran perhimpunan sekolah. Lepas tu dia gunakan satu ilmu sihir dia tu untuk pengsankan Dina dan seterusnya jadilah macam apa yang kau lalui hari tu." Balas Kimi dengan penuh panjang lebar.

"Kau nampak semuanya dan kau langsung tak tolong aku?" Soal aku kepadanya dengan nada yang serius.

"Masa tu, aku memang ada rasa nak tolong kau. Tapi aku masih lagi tak tahu apa yang dah berlaku sebenarnya dan kenapa Namrul tu macam betul-betul nak kenakan kau. Jadi disebabkan tu, aku terpaksa berdiam diri sekejap untuk tengok dan perhatikan sendiri apa yang dah berlaku secara senyap." Balasnya dengan panjang lebar dalam nada yang serius.

"Jadi selama 3 hari kau berdiam diri ni, apa je yang kau dah dapat tahu?" Soal aku kepadanya lagi.

"Seperti yang kita tahu semenjak 3 hari yang lepas, Namrul langsung dah tak datang ke sekolah dan aku pun tak tahu apa yang dah jadi dekat dia. Tapi aku yakin, dia mesti ada agenda lain yang dia nak buat dan sasaran utama dia tu semestinya adalah kau." Balas Kimi dengan panjang lebar.

"Tapi kenapa aku?" Soal aku dengan nada kebingungan.

"Manalah aku tahu. Kau rasa kenapa?" Dia menyoal kepada aku semula. Apabila disoal sedemikian, aku terus terdiam seketika sambil memikirkan sesuatu.

"Kalau ikut pada teori aku, aku rasa dia target kau sebab kau ada kelebihan Kasyaf kot." Kata Kimi dengan nada yang serius.

"Kenapa pula?" Soal aku kepadanya.

"Sebab setahu aku, golongan-golongan syaitan ni paling bencikan manusia yang istimewa macam tu. Itu pada pendapat aku je lah. Kalau kau rasa ada perkara yang lain, mungkin kau boleh siasat sendiri." Balas Kimi dengan panjang lebar dalam nada yang selamba dan serius.

"Ouh okey..." Kata aku dengan nada yang perlahan lalu terdiam membisu dan suasana pun mula menjadi senyap seketika.

"Heh..." Tiba-tiba Kimi mengeluh sinis dengan perlahan.

"Kenapa?" Tanya aku kepadanya dengan ringkas.

"Tak ada lah... Rasa macam kelakar pula. Selama aku sekolah kat sini, tak ada sesiapapun yang berani nak berborak lama-lama dengan aku macam ni. Kau lah orang pertama yang berani berborak dengan aku macam ni." Balasnya dengan nada yang tenang.

"Aku orang pertama? Kenapa?" Soal aku kepadanya.

"Yelah... Selama ni ramai orang pandang aku macam harimau sebab aku ni nampak garang dan tegas, sampaikan ada yang melabelkan aku ni sebagai pelajar yang paling tergarang dan yang paling tertegas kat dalam sekolah ni disebabkan sifat aku yang macam tu. Orang kata, aku punya tahap garang dan tegas aku ni sampai boleh takutkan budak-budak samseng sekolah dan ketua pengawas sekolah pun tak boleh nak lawan dengan aku punya ketegasan ni. Jadi... Bila dah jadi macam tu, aku pun tak ada ramai kawan yang tetap dan aku langsung tak pernah ada kawan baik untuk diri sendiri." Balas Kimi dengan panjang lebar.

"Hmm... Aku tahu kenapa. Kau nampak garang sebab kau ni orangnya jenis pendiam. Dah lah pendiam, adik guru disiplin pula tu. Mestilah ramai orang takut nak dekat dengan kau." Kata aku dengan nada yang tenang.

"Hmm, kau betul. Tapi aku tak nak boleh buat apa sebab kalau kat dalam kalangan ahli keluarga aku, sifat semulajadi kitorang ni dari dulu lagi memang dah macam ni. Mungkin disebabkan sifat darah keturunan pahlawan yang menyebabkan kitorang jadi orang yang jenis garang dan tegas macam ni kot." Balas Kimi dengan panjang lebar dalam nada yang mendatar.

"Ouh... Keluarga kau semua keturunan pahlawan eh? Pahlawan mana?" Soal aku dengan nada berminat.

"Tak tahulah. Kalau ikut keluarga belah bapa aku, Jawa. Kalau ikut keluarga belah mak aku, Melaka. Kau rasa?" Balas Kimi dengan nada yang selamba.

"Hmm... Menarik." Kata aku dengan nada yang separa teruja. Bila dengar cerita tentang seseorang yang ada darah keturunan pahlawan ni, aku jadi lebih seronok untuk mendengar lebih lagi tentang leluhur keturunannya sebab bagi aku, mereka ni ada sesuatu tarikan istimewa yang boleh membuatkan orang yang jenis pencinta sejarah macam aku ni terasa teringin untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang identiti keturunannya. Tetapi walaubagaimana pun, aku kena ubah topik ini kepada topik yang lain pula sebab aku tahu, hal-hal tentang sejarah keturunan orang ni tak boleh diambil tahu sangat sebab ianya boleh jadi sesuatu yang perkara yang mempunyai privasi.

"Hmm... You know what? Seronok bila dapat berborak dengan kau. Tadi kau kata kau tak pernah ada kawan tetap ataupun kawan baik, kan? Apa kata mulai hari ni, aku jadi kawan baik kau. Nak?" Soal aku kepadanya dengan nada yang tenang.

"Hmm... Aku memang nak. Tapi... Aku nakkan seorang sahabat yang boleh kekal dengan aku sampai ke akhir hayat, bukan seorang kawan biasa yang nak menumpang kesenangan yang sementara." Balas Kimi dengan nada yang mendatar dan perlahan. Apabila mendengar jawapannya itu, aku terus terdiam seketika.

"Kimi... Kau kena faham pasal satu benda. Soal persahabatan dalam kehidupan manusia ni adalah satu perkara yang boleh dikatakan agak rumit. Banyak perkara dan aspek yang boleh membawa kepada banyak pengakhiran dalam sebuah persahabatan, samada ianya berakhir dengan baik ataupun buruk. Samalah macam pokok. Banyak perkara dan aspek yang boleh membawa kepada banyak pengakhiran untuk pokok tu. Cuma kita kena tengok pada benihnya juga. Kalau baik benih tu, maka baiklah pokoknya tu sampai mati. Kalau buruk benihnya, maka buruklah pokok tu sampai mati. Samalah macam manusia. Pokok persahabatan dalam kehidupan seseorang manusia tu perlu ditengok pada sifat benihnya tu dulu iaitu seorang kawan yang asalnya adalah orang yang biasa bagi kita. Kalau dia baik, maka baiklah persahabatan dan akan kekal sampai ke akhir hayat. Kalau buruk, makan hancurlah persahabatan tu dan takkan kekal selama-lamanya." Kata aku dengan penuh panjang lebar dalam nada yang serius. Apabila mendengar hujah aku itu, Kimi terus terdiam tak berkata apa-apa. Lama jugalah dia mendiamkan diri tu. Barangkali mungkin sedang memikirkan sesuatu.

"Hmm... Bila difikirkan balik, mungkin pokok persahabatan kita akan jadi yang paling pelik di dunia." Kata Kimi dengan nada yang sinis dan perlahan setelah lama dia mendiamkan dirinya.

"Heh... Betul juga cakap kau tu. Bila difikirkan balik, kawan-kawan aku sekarang ni kesemuanya ada kelebihan istimewa masing-masing. Contohnya, Aizat ada deria keenam dan boleh nampak hantu dan Dina pula ada kelebihan mistik yang boleh bagi dia menundukkan jin dengan hanya mendengar kata-kata dia. Itu pun kalau jin tu jenis yang lemah lah..." Balas aku dengan panjang lebar.

"Dan aku pula, boleh tiru kelebihan mistik orang lain." Kata Kimi dengan nada yang sinis dan aku pun tersenyum sinis bersama dengannya.

"Selamat berkenalan, bro..." Kata aku sambil memberikan tangan kanan aku untuk menyalam tangannya.

"Selamat berkenalan juga..." Balasnya sambil menyalam tangan aku sebagai tanda persahabatan. Kini, rasmilah bahawa aku dan Kimi telahpun menjadi kawan dan mungkin akan jadi satu ikatan sahabat yang akan kekal selamanya dengan baik sehingga ke akhir hayat. Insyaallah...

"Assalamualaikum." Entah datang daripada mana, tiba-tiba Aizat muncul memberi salam.

"Waalaikumusalam Warahmatullah..." Balas kami berdua dengan menjawab salamnya secara serentak.

"Eh Kimi, kau buat apa kat sini?" Soal Aizat kepada Kimi sambil menyalam tangannya.

"Tengah tunggu abang aku kat dalam pejabat sekolah. Ada urusan penting sikit katanya." Balas Kimi dengan nada yang selamba dan Aizat yang mendengar jawapannya itu mula terasa tak senang hati namun apabila dia melihat aku, dia terpaksa berlagak tenang kerana tidak mahu ada perbalahan ataupun ada yang terasa hati.

"Ouh... Eh Isa, Dina tak sampai-sampai lagi ke?" Soal Aizat kepada aku pula sambil dia duduk di sebelah kanan aku.

"Manalah aku tahu. Aku dah lama dah sampai ks sini tadi. Langsung tak nampak dia." Balas aku dengan nada yang selamba.

"Korang berdua datang ke sini ni sebab apa?" Soal Kimi kepada kami berdua dan kami berdua yang mendengar soalannya itu terus terdiam seketika. Takkanlah nak ceritakan pasal hal yang sebenar dekat dia pula. Nanti kalau diceritakan, takut Cikgu Sulaiman marah je nanti sebab benda hal-hal yang melibatkan agensi Paranormal-nya itu mestilah kena dirahsiakan daripada orang lain.

"Sebab... Kitorang ada projek besar nak buat ni." Balas Aizat dengan ayat menipu yang penuh selamba.

"Dengan Dina?" Soal Kimi lagi sekali dengan nada yang serius dan kami berdua pun terus terdiam seketika. Dalam pada masa yang sama juga, aku pula terbaca minda Kimi dan muncullah satu gambaran yang tak elok seolah-olah kami berdua ni sedang mahu bermaksiat dengan Dina tu nanti. Aku yang sudah melihat kesemuanya itu terus menjeling tajam ke arah Aizat lalu terus menepuk dahinya dengan kasar.

"Aduh!! Sakitlah oii!!" Kata Aizat dengan mengaduh kesakitan.

"Kau tu mulut, agak-agaklah kalau nak menipu pun. Kan dia dah terfikir yang bukan-bukan." Bisik aku kepadanya dengan nada yang geram.

"Lah... Otak kuning ke dia tu? Manalah aku tahu." Balas Aizat dengan berbisik dalam nada yang selamba. Aku terus menepuk dahinya lagi dengan lebih kasar apabila mendengar dia berkata sedemikian.

"Berapa kali aku nak cakap? Mulut tu jaga sikit. Kalau dia dengar nanti macam mana? Aku debik juga kau ni nanti, apa pun tak dapat." Marah aku kepadanya dengan nada yang berbisik sambil mengalihkan pandangan aku kepada Kimi dengan wajah yang terpaksa tersenyum.

"Ehehe... Maaflah, Aizat ni menipu je tadi tu. Kitorang sebenarnya nak pergi cari barang sikit untuk kerja sekolah kitorang nanti. Betul tak, Aizat?" Kata aku kepadanya sambil menyiku dada kiri Aizat dengan perlahan.

"Ha betullah tu, betullah tu." Balas Aizat sambil menganggukkan kepalanya berkali-kali. Dah macam kipas rosak dah aku tengok.

"Heh... Tak apalah, aku tahu dah. Cikgu Sulaiman suruh korang semua tunggu kat sini, kan?" Soal Kimi kepada kami berdua dengan nada yang separa sinis dalam serius. Apabila mendengar soalannya itu, Aizat terus terkejut tetapi aku tidak sebab aku tahu, Kimi dah tiru kelebihan aku dan dia dah gunakan kelebihan tiruan aku tu untuk membaca segala isi kat dalam minda aku ni.

"Macam mana kau tahu?" Soal Aizat kepadanya dengan nada yang serius. Kimi tidak menjawab soalannya itu, malah dia hanya sekadar merenung tepat ke arah mata aku lalu dia terus bangkit berdiri daripada tempat duduknya.

"Kau ceritakanlah semuanya dekat dia. Atas sebab persahabatan, aku bagi kebenaran. Tapi kalau aku dapat tahu yang kau ceritakan rahsia kelebihan aku ni dekat orang lain tanpa kebenaran aku, jaga kau..." Kedengaran suara hatinya berbisik memberi amaran tegas yang panjang lebar kepada aku. Aku yang mendengar suara hatinya mula terasa gerun sedikit namun aku tetap berlagak tenang kerana aku tahu, tak ada apa yang patut ditakutkan sebab aku ni bukannya orang jenis penakut. Malah, kematian pun aku tak pernah takut. Hehehe...

"Maaf, aku ada hal. Aku kena pergi dulu. Assalamualaikum..." Kata Kimi dengan nada yang mendatar lalu dia terus berjalan berlalu pergi meninggalkan kami berdua di dalam bus stop ini. Dalam pada masa yang sama juga, Dina pun datang dengan berjalan kaki bersendirian dan kemudian dia terus datang menuju ke arah kami berdua sebelum dia melabuhkan dirinya di atas tempat duduk di sebelah kiri aku ni.

"Tadi tu-"

"Ya, tadi tu Kimi." Belum sempat Dina mahu bertanya, kami berdua dah menjawab pertanyaannya itu dengan serentak.

"Ouh... Dia buat apa kat sini?" Soal Dina dengan pantas.

"Tengah tunggu abang dia kat pejabat sekolah, ada urusan katanya." Balas Aizat dengan nada yang selamba.

"Ouh... Eh, Cikgu Sulaiman mana? Dia tak sampai-sampai lagi ke?" Soalnya lagi dengan soalan yang berganda.

"Eh banyak tanyalah kau ni. Kau ni banyak tanya ni mesti kau belum makan lagi, kan?" Soal Aizat dengan nada yang rimas. Dina yang disoal sebegitu terus tersengih sambil menggaru dahinya dengan malu-malu kucing.

"Lapar ke?" Soal aku kepadanya.

"Eh tak ada lah. Tak lapar pun." Balas Dina dengan pantas dalam nada yang tenang. Dalam pada masa yang sama juga, deria telinga aku tiba-tiba tertangkap satu suara halus yang terhasil daripada dalam perutnya. Ya, perutnya berbunyi dengan perlahan dan ianya menandakan bahawa dia sedang kelaparan. Lagipun, daripada dalam mindanya pun aku dah boleh tahu yang dia sedang kelaparan sebab daripada waktu subuh tadi, dia langsung tak makan apa-apa. Heh... Typical seorang perempuan, macam tu lah gayanya.

"Kenapa kau tak makan tadi?" Soal aku kepadanya dengan nada yang separa serius. Dina yang mendengar aku menyoal sebegitu terus menggaru belakang kepalanya dengan perlahan.

"Hehe... Malas nak masak." Balas Dina dengan penuh selamba. Aku dan Aizat yang mendengar jawapannya itu terus menepuk dahi dengan serentak.

Pom!! Pom!! Pom!!

Entah datang daripada mana, tiba-tiba kereta Honda Civic milik Cikgu Sulaiman muncul di hadapan kami lalu honnya berbunyi sebanyak 3 kali untuk menarik perhatin kami bertiga.

"Assalamualaikum! Ha kamu semua, jom naik cepat." Kedengaran suara Cikgu Sulaiman daripada dalam keretanya itu menjemput kami bertiga untuk masuk ke dalam keretanya itu.

"Eh, cikgu dah sampai. Jomlah kita naik cepat." Kata aku sambil bangkit berdiri lalu kami bertiga pun terus bergegas menaiki kereta Cikgu Sulaiman itu dan kemudian, kami terus berlalu pergi menuju ke arah destinasi yang seterusnya.

[Bersambung]

Continue Reading

You'll Also Like

622 123 40
Mengisahkan Jessy, seorang gadis remaja yang sering dihantui oleh kelibat wanita misterius menyeramkan, yang diduganya sebagai roh ibu kandungnya yan...
230 64 6
Horror | Funny | Adventure Shah Fuan dan Nik Adam. Dua nama yang berbeza dan juga dua personaliti yang berbeza. Hanya sahaja, mereka mempunyai wajah...
155K 9K 71
Di sini aku ingin berkongsi koleksi kisah seram yang aku hadapi. Semua ini adalah benar sebenarnya berlaku. Tiada tokok tambah cerita. Peace.
23K 3.1K 41
A Sequel To Diary ~ Dalam Season lepas, seluruh warga dunia telah dikejutkan dengan khabar kumpulan boy group terkenal SEVENTEEN yang dikatakan telah...