KASYAF (Hiatus)

By ALIFRYT

17.4K 2.2K 1.1K

Genre: Horror, Paranormal, Mistik, Misteri, Exorcism. ---------------------------------------------------- Ka... More

Prolog
Chapter 1: Sekolah Baru
Chapter 2: Pulang Bersama
Chapter 3: Ruqyah
Chapter 4: Merawat Atau Dirawat?
Chapter 5: Penerimaan Khazanah Kelab
Chapter 6: Ahli Kelab Baru?
Chapter 7: Nur Nabila
Chapter 8: Banglo Usang
Chapter 9: Pertarungan & Kerasukan
Chapter 10: Menziarah
Chapter 11: Nurin Aisyah
Chapter 12: Derita Seorang Gadis
Chapter 13: Mencari Dia Yang Hilang
Chapter 14: Ianya Belum Selesai
Just Want Q&A With Readers
Chapter 15: Saat Pulang
Chapter 16: Iman Yang Terganggu
Chapter 17: Ifrit Yang Menggila
Chapter 18: Pemutusan Sihir
Chapter 19: Ujian Daripada Tuhan
Chapter 20: Misteri Di Mana-mana
Chapter 21: Salah Waktu
Chapter 22: Hukuman Yang Salah
Chapter 23: Letih Dan Penat
Chapter 24: Konflik Baru
Chapter 25: Pemusnah Sumpahan
Chapter 26: Malam Mengancam
Chapter 27: Perangkap Kompleks Maut
Chapter 29: Rahsia Hakimi
Chapter 30: Kebangkitan
Galeri Watak (Part 1)
Chapter 31: Agensi Paranormal
Chapter 32: Maklumat & Kebenaran
Chapter 33: Memori & Maklumat
Chapter 34: Lari & Lawan
Chapter 35: Musuh Yang Bodoh
Chapter 36: Kesan Sihir Kedua
Chapter 37: Tujuh Anak Setan
Chapter 38: Yang Lama Kini Kembali
Chapter 39: Pemulihan

Chapter 28: Wira Penyelamat Nyawa

359 37 9
By ALIFRYT

[Normal POV]

Keadaan situasi Aizat dan Dina yang berada di dalam bangunan Kompleks Maut itu semakin mencemaskan apabila mereka terpaksa mencari Cikgu Sulaiman yang telah kerasukan itu di dalam kawasan yang gelap gelita. Dengan cuaca hujan lebat yang tidak berhenti-henti, menambahkan lagi situasi suasana yang dingin dan begitu menyeramkan sekali di sekitar mereka berdua itu. Namun walau apa-apa pun yang terjadi, mereka berdua perlu bertindak pantas untuk mencari Cikgu Sulaiman itu sebelum kesemuanya akan terlambat nanti.

"Hraaaaaagh!!!!" Kedengaran suara Cikgu Sulaiman yang telah kerasukan itu menjerit melolong daripada tingkat ketujuh dengan nada suaranya yang garau dan bergema itu. Sebaik sahaja mendengar suara jeritannya itu berkumandang, Aizat dan Dina pun terus segera mencari laluan tangga kecemasan untuk naik ke tingkat ketujuh. Sebaik sahaja mereka tiba di laluan tangga kecemasan itu, tiba-tiba Aizat memberhentikan langkahnya lalu dia menjenguk ke dalam laluan tangga kecemasan itu seketika. Daripada penglihatannya, kelihatan ada berpuluh-puluh ekor jin yang ganas sedang berkawal di setiap anak tangga yang berada di dalam laluan kecemasan itu dan ini menyebabkan perjalanan mereka berdua terbantut untuk naik ke tingkat atas.

"Aizat... Aku tak boleh nampak jin, tapi aku boleh rasakan yang laluan tangga nak ke tingkat atas ni ada banyak aura jin yang ganas tengah berjaga untuk halang kita naik ke tingkat atas. Kau yakin ke kita nak lalu ikut tangga ni untuk naik ke tingkat atas?" Soal Dina kepada Aizat dengan nada yang serius.

"Kejap... Kau tak boleh nampak jin? Habis tu, Iman tadi tu boleh je kau nampak." Soal Aizat kepadanya semula.

"Iman tadi memanglah aku boleh nampak sebab dia tu kan datang dalam bentuk manusia. Apalah kau ni." Balas Dina dengan nada yang separa geram.

"Hmm... Yelah. Apa-apa pun, sekarang ni aku rasa kita kena redah je lah ikut tangga ni." Kata Aizat dengan nada yang serius.

"Kau seriuslah?" Soal Dina dengan nada yang separa terkejut.

"Yelah, takkan aku nak main-main pula?! Kita redah je lah. Apa nak takut? Selagi kita ada perisai cermin ni, kita selamat." Balas Aizat dengan nada yang lebih serius.

"Okey, kalau macam jomlah." Kata Dina dengan keadaan yang bersedia.

"Kau dah ready ni?" Soal Aizat kepadanya dan Dina pun mengangguk sebagai tanda 'ya'.

"Okey... Kalau macam tu, jom kita redah. ALLAHUAKBAR!!!" Kata Aizat sambil melaungkan takbir lalu dia dan Dina terus bergegas menaiki laluan tangga itu sambil merempuh jin-jin yang cuba untuk menghalang lakuan mereka itu dengan perisai cermin mereka.

"Hraaaaagh!!!"

"Aaaaaargh!!!"

"Hyaaaargh!!!"

Kesemua jin-jin yang telah dirempuh dan yang terkena dengan suluhan pantulan cahaya lampu pada perisai cermin mereka itu terus hancur menjadi debu hangit dan ada juga yang terus melarikan diri sambil terbakar.

"Teruskan!!!" Kata Aizat sambil mempercepatkan langkahnya menaiki tingkat atas dan Dina yang berada di belakangnya itu pun terus bergegas mengejarnya.

"A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim!!" Jerit Aizat dengan membaca bismillah sambil merempuh jin-jin yang menghalang laluannya itu dengan perisai cerminnya.

*Surah Yunus (Ayat 81 - 84)*

فَلَمَّا أَلْقَواْ قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ (81) وَيُحِقُّ اللّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ (82) فَمَا آمَنَ لِمُوسَى إِلاَّ ذُرِّيَّةٌ مِّن قَوْمِهِ عَلَى خَوْفٍ مِّن فِرْعَوْنَ وَمَلَئِهِمْ أَن يَفْتِنَهُمْ وَإِنَّ فِرْعَوْنَ لَعَالٍ فِي الأَرْضِ وَإِنَّهُ لَمِنَ الْمُسْرِفِينَ (83) وَقَالَ مُوسَى يَا قَوْمِ إِن كُنتُمْ آمَنتُم بِاللّهِ فَعَلَيْهِ تَوَكَّلُواْ إِن كُنتُم مُّسْلِمِينَ (84)

Falamal alqau qolla Musa ma ji'tum bihil sihr innallaha sayubtiluh innallaha la yuslihu amalal mufsidin (81) Wayuhikullahul-haqqa bikalimatihi walaukorihal mujrimun (82) Fama aamana limusa illa zurrayyatun man qaumihi a'la khaufin man Firaunna wamala'ihim anyuftinahum wa'inna Firaunna la'alin fil'ardi wa'innahu laminnal musrifin (83) Waqolla Musa ya qaumi inna kuntum aamantum bilillahi fa'alaihi tawakalu inna kuntum muslimin (84)

Maksudnya:
Setelah mereka mencampakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata:" Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. "Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa". Maka tidaklah ada yang beriman kepada Nabi Musa melainkan sebilangan kecil dari keturunan kaumnya, itupun dengan keadaan takut kepada Firaun dan ketua-ketua kaum mereka menyeksa mereka; kerana sesungguhnya Firaun bermaharajalela di bumi, dan sebenarnya ia dari orang-orang yang melampaui batas. Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): "Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah)".

Selepas Aizat membacakan ayat tersebut, kesemua kin yang menghalang laluannya itu terus melarikan diri dengan terbang naik ke tingkat atas lalu hancur terbakar sehingga menjadi debu. Setelah tiada lagi jin-jin yang menghalang laluan mereka itu, Aizat dan Dina terus bergegas meneruskan perjalanan mereka untuk ke tingkat ketujuh lalu terus berhenti berehat di tingkat kelima untuk mengumpulkan tenaga.

"Haa... Haa... Penatnya." Kata Dina sambil duduk di tepi dinding dengan nafas yang tercungap-cungap. Aizat pula hanya sekadar mendiamkan dirinya sahaja sambil dia mengusap dahinya yang basah dengan peluh keringat itu sambil dia duduk melutut di hadapan Dina.

"Dina. Nah... Kau ambillah balik." Kata Aizat sambil dia menyerahkan semula pemberian keychain hati biru itu kepada Dina.

"Eh kenapa pula?" Soal Dina kepadanya dengan kerutan dahi.

"Aku rasa kau lagi perlukan benda ni untuk protection." Balas Aizat dengan nada yang serius.

"Tak apalah, kau ambil je lah keychain tu. Aku dah ada dah." Kata Dina sambil dia menunjukkan keychain hati kepunyaannya yang berwarna merah itu. Apabila melihat keychain itu, Aizat tergamam seketika namun wajah seriusnya itu masih tidak berubah.

"Hmm... Kalau macam tu, aku ambil je lah keychain ni. Aku tak perlukan benda ni pun sebab lagipun aku tak suka ambil barang yang bukan hak milik aku." Kata Aizat sambil meletakkan keychain itu di tapak tangan Dina lalu dia terus bangkit berdiri. Dina yang melihat tingkah laku Aizat itu hanya sekadar mendiamkan dirinya sahaja lalu dia terus menyimpan keychain yang sepatutnya menjadi milik Isa dan keychain miliknya itu ke dalam poket seluarnya

"Jom, kita teruskan." Kata Aizat sambil memulakan langkahnya untuk ke tingkat atas dan kemudian, Dina pun terus mengikutinya daripada belakang. Langkah demi langkah dibawa menaiki tangga menuju ke tingkat atas. Semakin tinggi mereka mendaki anak tangga itu, semakin banyak lumut dan tumbuhan-tumbuhan liar yang mereka temui dan sekaligus menyukarkan sedikit perjalanan mereka berdua itu untuk menuju ke tingkat atas.

"Aizat... Aku tak sedap hatilah..." Bisik Dina dengan nada yang bimbang.

"Jangan risau, ikut je aku daripada belakang dan banyakkan berzikir dalam hati." Balas Aizat dengan nada yang berbisik. Setelah melangkah menaiki ke tingkat atas, kini mereka tiba di bahagian pintu kecemasan tingkat keenam dan perjalanan mereka terpaksa dihentikan di sini apabila tangga untuk menuju ke tingkat ketujuh itu telahpun hancur berkecai.

"Aduh... Macam mana kita nak ke tingkat atas ni? Tangga dah pecah." Soal Dina dengan nada yang mengeluh dalam perlahan. Aizat hanya sekadar mendiamkan dirinya lalu dia memeriksa pintu kecemasan pada tingkat keenam itu dan nampaknya tombol pintu tersebut telahpun rosak dan menyebabkan ianya terkunci tanpa boleh dibuka. Setelah dia memastikan pintu itu tidak boleh dibuka, Aizat terus melangkah menuruni tangga kecemasan itu seketika untuk melihat keadaan di bawah. Apa yang dilihatnya pada bahagian tingkat-tingkat bawah itu gelap-gelita sahaja, namun dia begitu yakin bahawa dengan kegelapan itu ada sesuatu yang buruk sedang menanti mereka untuk turun ke bawah semula.

"Tch... Tak guna..." Keluhnya sambil berjalan menuju ke arah Dina semula.

"Kenapa?" Soal Dina kepada Aizat apabila mendengar dia mengeluh perlahan sebegitu rupa.

"Perangkap. Aku rasa kita dah termasuk perangkap." Balas Aizat dengan nada yang serius dan perlahan.

"Perangkap? Maksud kau?" Soal Dina kepadanya lagi. Aizat hanya sekadar mendiamkan dirinya dan dalam pada masa yang sama juga, tiba-tiba kedengaran daripada tingkat yang paling terbawah sekali bahawa ada satu suara seperti beberapa orang ramai yang berkawad sedang berjalan menaiki tangga itu dengan menuju ke arah mereka berdua yang berada di tingkat keenam ini.

"Aizat... Jangan cakap yang itu..."

"Ya... Hantu tentera Jepun. Diorang tengah nak datang ke sini nampaknya." Aizat memotong kata-kata Dina itu dengan nada yang perlahan dan serius.

"BANZAI!!!" Kedengaran suara hantu-hantu Jepun yang sedang menaiki tangga untuk menuju ke arah mereka berdua itu sedang menjerit di dalam bahasa Jepun sambil mereka mempercepatkan langkah mereka menuju ke arah Aizat dan Dina. Semakin cepat mereka menaiki tangga itu, semakin jelas rupa bentuk badan mereka yang putih pucat dan lengkap dengan uniform tentera Jepun pada era zaman Perang Dunia Kedua itu sambil bergerak memegang senapang dan pedang Katana di tangan mereka itu.

"Aizat, apa kita nak buat ni Aizat? Diorang dah makin dekat dengan kita!" Soal Dina kepadanya dengan nada yang cemas. Aizat mendiamkan dirinya seketika sambil memikirkan sesuatu lalu dia terpandang pada pintu kecemasan yang terkunci itu tadi.

"Pegangkan perisai aku ni kejap." Arah Aizat sambil dia melepaskan perisai cerminnya itu daripada lengan kirinya dan kemudian dia terus bertindak merempuh pintu kecemasan yang terkunci itu dengan berulang kali untuk membuatkannya ianya terbuka sebelum hantu-hantu tentera Jepun yang sedang datang menuju ke arah mereka itu menangkap mereka.

"Aizat, cepat Aizat! Hantu tentera Jepun tu dah semakin dekat." Kata Dina dengan nada yang cemas.

"Sabar, aku tengah cuba ni." Balas Aizat sambil menguatkan daya rempuhannya dan pintu kecemasan yang terkunci itu langsung tak nak terbuka.

"Kejap, meh sini aku tolong kau." Kata Dina sambil dia melepaskan perisai cerminnya itu lalu dia menyusun perisai cerminnya dengan perisai cermin Aizat itu dengan menjadikannya sebagai penghadang jalan untuk menghalang laluan hantu-hantu tentera Jepun dan kemudian dia terus membantu Aizat untuk membuka pintu kecemasan yang terkunci itu dengan merempuhnya bersama-sama.

Kehadiran hantu-hantu tentera Jepun itu telahpun tiba di tingkat keempat dan Aizat dengan Dina yang baru sahaja merempuh pintu kecemasan itu bersama-sama masih lagi belum berjaya dibuka. Tak mengalah, Aizat dan Dina tetap berusaha dengan merempuh pintu itu berulang kali dan manakala hantu-hantu tentera Jepun itu pula sudah semakin hampir langkah mereka apabila mereka telah tiba di tingkat yang kelima.

"Oraaaah!!!" Kedengaran suara jeritan hantu-hantu tentera Jepun yang ramai itu semakin hampir dan ini membuatkan Dina dan Aizat bertambah cemas.

"Bismillahirahmannirrahim... Allahuakbar!!" Dengan sekali laungan takbir, Aizat dan Dina terus merempuh pintu tersebut dan kini ianya telahpun berjaya dibuka. Setelah ianya dibuka, Aizat dan Dina terus bergegas menutup pintu itu semula dengan menggunakan beberapa barangan yang keras dan berat sehinggalah pintu tersebut telahpun berjaya ditutup dengan sepenuhnya dan sekaligus menyebabkan hantu-hantu tentera Jepun itu terperangkap di dalam laluan tangga kecemasan tersebut.

"Perisai cermin dengan lampu suluh kita..." Keluh Dina dengan nada yang perlahan. Mendengarkan keluhannya itu, Aizat terus mengeluarkan telefon bimbitnya daripada dalam poket seluarnya dan kemudian dia terus menghidupkan lampu suluh pada telefon bimbitnya itu.

"Tak apa... Selagi kita ada cahaya, selagi tu kita boleh selamat." Kata Aizat dengan nada yang perlahan untuk memberikan sedikit kelegaan di hati Dina itu. Mendengarkan kata-katanya itu, Dina pun akur lalu dia terus mengeluarkan telefon bimbitnta dan seterusnya menghidupkan lampu suluh pada telefon bimbitnya itu.

"Okay... Now what?" Soal Dina kepada Aizat. Aizat mendiamkan dirinya seketika lalu dia menyuluh ke arah kawasan sekitarnya sambil dia melihat keadaan di tingkat atasnya itu iaitu di tingkat yang ketujuh.

"Suara Cikgu Sulaiman tu tadi datang daripada tingkat ketujuh, kan?" Soal Aizat kepada Dina semula.

"Haah. Tapi aku rasa kita dah terlambat. Entah-entah dia dah pergi ke tingkat yang lain kot." Balas Dina dengan nada yang kurang pasti.

"Hmm... Kalau macam tu, jomlah kita ronda-ronda cari dia tu cepat." Kata Aizat sambil dia memulakan langkahnya.

"Tunggu!" Tiba-tiba Dina menghalangnya.

"Kenapa?" Soal Aizat kepadanya dengan nada yang perlahan. Dina memberikan isyarat kepada Aizat untuk menyuruhnya diam seketika dan setelah Aizat mendiamkam dirjnya, Dina terus mengfokuskan deria pendengarannya itu untuk mengesan sesuatu. Dalam pada ketika itu juga, suasana terus menjadi sunyi sepi seketika.

"Kau dengar tak?" Soal Dina kepada Aizat dalam nada yang berbisik.

"Dengar apa? Aku tak dengar apa-apa pun." Balas Aizat dengan kebingungan di dalam nada yang berbisik.

"Dengarlah betul-betul. Tadi aku ada dengar jelas macam ada suara orang yang tengah bernafas." Kata Dina dengan nada yang serius di dalam berbisik. Setelah mendengar kata-katanya itu, Aizat kembali mendiamkan dirinya sambil matanya melilau melihat ke arah sekelilingnya.

"Hhhh..." Tiba-tiba kedengaran ada satu suara seperti suara nafas yang halus tapi tak dapat dipastikan daripada mana datangnya suara tersebut. Setelah puas melihat ke arah sekelilingnya, hati Aizat mula terdetik untuk melihat ke atas dan sebaik sahaja dia melihat ke atas, dia terus ternganga seketika.

"Kau dah nampak aku ya..."

"Dina!!! Jaga-jaga!!!" Aizat menjerit lalu dia terus menolak Dina ke tepi apabila dia melihat Cikgu Sulaiman yang sedang bertenggek di atas siling seperti burung kelawar itu tiba-tiba mahu menerkam ke arah mereka.

"Hrrrgh..." Cikgu Sulaiman yang telah kerasukan itu mendengus kemarahan seketika sambil dia menjeling tajam ke arah Aizat yang telah menyelamatkan Dina itu.

"Dina, kau tak apa-apa?" Soal Aizat kepadanya.

"Ya, aku okey je." Balas Dina dengan ringkas. Aizat menoleh ke arah Cikgu Sulaiman itu lalu dia terus berdiri berhadapan dengannya.

"Ya masyara jin... Siapakah kalian semua?" Soal Aizat kepada Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu dengan nada yang serius. Cikgu Sulaiman yang telah kerasukan itu tersenyum sinis lalu dia mengangkat 2 jarinya ke atas.

"Dua... Dua ribu tentera jin yang mengawal kerajaan di dalam bangunan ini..." Balas Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu dengan nada yang sinis. Mendengarkan jawapannya itu, Aizat terdiam seketika namun wajahnya yang serius itu langsung tak berubah.

"Mari berunding dengan cara yang baik. Lepaskan dia dan kami akan beredar daripada sini dengan segera. Kalau tak, aku akan hancurkan kalian semua dengan ayat-ayat suci Al-Quran." Kata Aizat dengan nada yang tegas dan serius.

"Kami boleh lepaskan dia. Tapi kami memerlukan korban nyawa dan kalau kau nak kami bebaskan lelaki ni, kau mesti berikan kami satu korban nyawa manusia. Tak kisahlah samada diri kau ataupun perempuan itu." Balas Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu dengan nada suaranya yang garau dan bergema sambil jarinya menuding ke arah Dina yang berada di belakang Aizat itu. Aizat terdiam seketika lalu dia menjeling ke arah Cikgu Sulaiman itu dengan jelingan yang tajam.

"A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim..." Aizat mula membaca bismillah sambil dua menghalakan tapak tangan kanannya itu ke arah Cikgu Sulaiman dengan tangan kirinya itu pula menyuluh cahaya lampu pada telefon bimbitnya itu ke arah Cikgu Sulaimam yang kerasukan itu dan setelah itu Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu pun terus meronta kesakitan sambil ketawa terbahak-bahak.

*Surah Al-Jin (Ayat 14 - 15)*

وَأَنَّا مِنَّا الْمُسْلِمُونَ وَمِنَّا الْقَاسِطُونَ فَمَنْ أَسْلَمَ فَأُوْلَئِكَ تَحَرَّوْا رَشَداً (14) وَأَمَّا الْقَاسِطُونَ فَكَانُوا لِجَهَنَّمَ حَطَباً (15)

Wa'inna minnal muslimuna waminnal qasitun faman aslama fa'ulaika tahrrau rashada (14) Wa'immal qasituna fakanu lijahannama hataba (15)

Maksudnya:
''Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang beragama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar, Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam.''

"Allahuakbar!!!" Dengan sekali laungan takbir, Aizat terus menolak angin ke arah Cikgu Sulaiman dan Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu pun terus jatuh terbaring ke atas lantai.

"Aaargh!!! Tidak ada sesiapapun di antara kalian yang dapat hapuskan kami!! Sesungguhnya kami ini makhluk abadi, akan kekal sehingga kiamat!!!" Jerit Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu dengan nada yang kuat sambil tubuh badannya kaku tak bergerak seolah-olah lumpuh sepenuhnya. Aizat yang mendengarnya bercakap banyak itu langsung tak mengendahkannya lalu dia terus memegang tangan dan kakinya sambil menyuruh Dina untuk membantunya meruqyahkan Cikgu Sulaiman.

"Dina, aku pegangkan tangan dengan kaki Cikgu Sulaiman ni dan kau pula tolong ruqyahkan dia. Cepat!" Arah Aizat kepadanya. Tanpa sepatah kata, Dina pun terus bergegas duduk di sebelah Cikgu Sulaiman itu sambil dia meletakkan tangan kanannya pada dada Cikgu Sulaiman lalu dia terus memulakan bacaan Ruqyah dengan membaca bismillah.

"A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim..."

"HRAAAAAAAGH!!!" Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu terus menjerit dengan kuat sambil meronta-ronta mahu dilepaskan.

*Surah Al-Baqarah (Ayat 102)*

وَاتَّبَعُواْ مَا تَتْلُواْ الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَـكِنَّ الشَّيْاطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولاَ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلاَ تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُواْ لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْاْ بِهِ أَنفُسَهُمْ لَوْ كَانُواْ يَعْلَمُونَ (102)

Wattaba'u ma tatalul syayatinu a'la mulki Sulaiman wama kafaro Sulaimanu walakinul syaitina kafaruwa yu'allamunal nasal sahro wama anzilla a'lal malakaini bibabil Harut wa Marut wama yu'lamun min ahaddin hatta yaqula in'nama nahnu fitnahu fala takfur fayata'lamun minhu ma yufraqun bihi binnal mur'i wazaujihi wamahum bidhoo rina bihi min ahaddin illa ba'iznil lillahi wayata'lamun ma yadhuruhum wala yanfu'uhum walaqod a'limulma nishtarohu ma lahu fil akhiroti min kholaqin walabi'sa ma syarau bihi anfusihim laukanu ya'lamun (102)

Maksudnya:
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikuti ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: ''Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di Akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.''

"HRAAAAGH!!!" Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu mengamuk lalu dia terus menolak Aizat jatuh ke tepi dan kemudian, dia terus mencekik leher Dina sehingga terapung ke atas udara. Dengan marahnya, dia membawa Dina yang dicekiknya itu ke arah tepi penghujung laluan tingkat bangunan yang langsung tak berpenghadang itu itu seolah-olah seperti mahu menjatuhkan Dina ke tingkat bawah yang ketinggiannya setinggi 6 tingkat itu. Aizat yang melihat tindakan Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu terus bergegas memeluknya lalu dia cuba untuk menariknya ke belakang tetapi gagal disebabkan tubuh Cikgu Sulaiman yang terlalu keras dan kaku itu menyebabkan Aizat terlalu sukar untuk menariknya ke belakang.

"Aizat! Tolong aku..." Jerit Dina dengan nada yang ketakutan.

"Aku tengah cubalah ni!" Balas Aizat sambil dirinya cuba untuk menarik tubuh Cikgu Sulaiman itu ke belakang namun tindakannya itu masih lagi gagal.

"Ke tepi!" Kata Cikgu Sulaiman itu dengan nada yang tegas lalu dia terus menolak Aizat dengan menggunakan kuasa sihirnya sehingga menyebabkan Aizat terpelanting jauh ke dalam kegelapan. Setelah itu, dia menoleh ke arah Dina yang dicekiknya itu bersama dengan ukiran senyumannya yang sinis sambil dia ketawa jahat dengan nada yang perlahan.

"Sekarang... Matilah engkau. Hiyah!!" Kata Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu dengan nada yang sinis lalu dia terus mencampakkan Dina dengan menjatuhkannya ke tingkat bawah.

"AIZAAAAT!!!" Jerit Dina dengan tangisan yang kuat sambil dia jatuh ke bawah.

"DINAAAA!!!" Aizat yang sempat melihatnya jatuh itu hanya sekadar mampu menjerit memanggil namanya daripada jauh.

"Ya Allah... Ampunkan dosaku..." Doa Dina di dalam hatinya dengan penuh kepasrahan sambil dia memejamkan matanya yang basah dengan air mata itu di saat dia semakin laju menjatuh ke tingkat bawah itu.

Puk!!!

Tiba-tiba Dina yang sedang terjatuh ke tingkat bawah dengan pantasnya itu telah disambut ke dalam pangkuan seseorang. Dina yang perasan dengan kejadian itu mula membuka matanya dan sebaik sahaja matanya terbuka luas, matanya mula terbeliak sambil mengalirkan air mata gembira.

"Fuh, nasib baik sempat." Kata orang yang telah menyelamatkannya itu dengan nafas yang lega.

"I-isa..." Dia menyebut nama orang yang telah menyelamatkannya itu. Ya, lelaki itu lah Isa. Isa yang sepatutnya sudah 'mati', kini dia telahpun kembali.

"Dina... Kau tak apa-apa?" Soal Isa kepada Dina sambil menurunkannya daripada pangkuannya.

"Isa!!!" Dina yang mula menangis itu terus memeluk Isa sehingga menyebabkan Isa hampir terjatuh ke atas lantai bangunan tersebut.

"Woah woah woah!! Rileks, rileks. Aku ada ni, aku ada. Jangan risau, kau dah selamat sekarang." Kata Isa sambil melepaskan pelukan Dina itu lalu dia mengusap air mata Dina itu dengan jarinya.

"Apa dah jadi ni Dina? Kenapa kau jatuh tadi? Mana Cikgu Sulaiman dengan Aizat? Cerita kat aku cepat." Soal Isa kepadanya bertubi-tubi dengan meminta penjelasan.

"Aizat ada kat tingkat keenam. Dia tengah nak lawan Cikgu Sulaiman sebab... Cikgu Sulaiman dah kena rasuk." Balas Dina sambil menangis teresak-esak. Isa yang mendengar jawapannya itu terus memandang ke tingkat atas dan daripada situ, jelaslah kelihatan Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu sedang memerhatikannya dengan pandangan mata yang tajam.

"Dina, jom ikut aku naik ke atas. Kita selamatkan Cikgu Sulaiman dengan Aizat sekarang juga!" Kata Isa dengan nada yang serius lalu dia terus bergerak menuju ke arah tangga untuk ke tingkat atas sambil menarik tangan untuk mengikutinya bersama.

"Tak boleh!" Bantah Dina dengan nada yang mendesak.

"Kenapa pula?" Soal Isa kepadanya.

"Ada banyak hantu tentera Jepun tengah kepung laluan tangga untuk naik ke tingkat atas. Kalau kita tetap nak redah, susah nanti." Balas Dina dengan nada yang serius. Mendengarkan jawapannya itu, Isa terdiam seketika lalu terpandang ke arah cincin batunya yang secara tiba-tiba menyalakan cahayanya.

"Isa... Cincin kau..." Dina terkejut apabila melihat cincin batunya itu bercahaya berkelip-kelip.

"Dina... Kalau kita nak selamatkan Aizat dengan Cikgu Sulaiman, kita cuma ada satu pilihan je sekarang ni..." Kata Isa dengan nada yang perlahan.

"Apa dia?" Soal Dina dengan ringkas.

"kita redah je." Balas Isa sambil melangkah menuju ke arah laluan tangga untuk naik ke tingkat atas.

"Nak redah? Kau gila ke apa?!" Soal Dina dengan nada yang serius.

"Ya... Kau jangan takut, aku ada rancangan aku sendiri. Kau ikut je rancangan aku ni." Balas Isa dengan nada yang tenang.

"Rancangan kau? Apa rancangan kau?" Soal Dina kepadanya lagi. Mendengarkan persoalannya itu, Isa tersengih sinis seketika. Isa berjalan menghampiri ke arah Dina lalu dia terus merapatkan bibirnya ke arah telinga Dina itu untuk membisikkan tentang rancangannya itu. Setelah Dina mendengar bisikan rancangan Isa itu, dia terus terkejut.

"Hah?! Kau biar betul ni? Bahaya tu." Kata Dina dengan nada yang tak percaya.

"Terpulang pada kau lah nak terima ataupun tak. Tapi nak tak nak, kita kena buat juga sebab kita dah tak ada pilihan lain lagi dah." Balas Isa dengan nada yang tenang dan serius. Dina yang mendengar kata-kata itu terus terdiam dan terpinga-pinga dalam gementar seketika.

"Haa... HAAAH?!"
______________________________________

[Skip Time]

"Hiyaaaah!!!" Isa menjerit dengan sekuat hatinya lalu dia dan Dina terus bergegas masuk ke dalam laluan tangga kecemasan untuk ke tingkat atas itu sambil dia menghalakan cincin batunya yang bercahaya itu ke hadapan.

"HRAAAGH!!" Hantu-hantu tentera Jepun yang sedang berada di setiap laluan tangga untuk ke tingkat atas itu terus menjerit lalu bertindak mahu menyerang mereka berdua. Namun apabila mereka terkena pada suluhan cahaya daripada batu cincin milik Isa itu, mereka terus hancur menjadi debu halus lalu diserap ke dalam cincin batu di jari Isa itu seolah-olah seperti vakum yang sedang menyedut sampah dan debu. Habis kesemuanya hancur dan disedut ke dalamnya. Dengan cara yang sungguh berkesan ini, maka mudahlah sedikit perjalanan mereka berdua untuk menyelamatkan Aizat dan Cikgu Sulaiman yang saling bertarung nyawa untuk selamatkan nyawa masing-masing itu.

Sementara itu pula, Aizat bangkit berdiri setelah dia jatuh dilempar oleh Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu tadi lalu dia dengan marahnya terus berlari meluru ke arah Cikgu Sulaiman dan kemudian terus menolaknya jatuh terbaring ke atas lantai.

"Tak guna kau! Aku akan hancurkan kau sekarang!!" Katanya dengan nada yang marah sambil dia memegang muka Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu dengan tangan kanannya.

"AAARGH!!!" Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu menjerit dan meronta-ronta kemarahan lalu dia juga turut memegang muka dan mulut Aizat dengan tangannya sehingga menyebabkan Aizat tak mampu nak berkata-kata seketika. Setelah itu, dia menolak Aizat jatuh ke tepi dan kemudian dia terus bangkit berdiri sambil berhadapan dengan Aizat yang turut sama bangkit berdiri menghadapnya juga.

"A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim..." Aizat membaca bismillah dengan nada yang tegas sambil dia menghalakan tapak tangan kanannya ke arah Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu.

"Hraaaagh!!!" Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu mengamuk lalu dia terus menerpa ke arah Aizat sambil mengunci pergerakan kedua-dua belah tangannya.

"Aaaaargh!!!" Aizat menjerit kesakitan apabila tangan kirinya dicengkam kuat oleh Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu dan sakitnya rasa tangan kirinya itu ketika ini seolah-olah tulang dalaman lengannya itu seperti mahu patah.

"Engkau nak hancurkan kami? Kami hancurkan kau dahulu!!" Kata Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu dengan nada yang sinis lalu dia terus menumbuk dada Aizat sehingga Aizat terjatuh ke belakang.

"Pfft... Argh..." Aizat termuntah darah seketika lalu dia terbaring lemah di atas lantai sambil tercungap-cungap mencari nafas yang terasa tersekat di dalam saluran pernafasannya.

"HAHAHAHA!!! HAHAHAHAHA!!!" Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu hanya sekadar ketawa terbahak-bahak apabila melihat keadaan Aizat yang sudah parah itu lalu dia melangkah menghampiri ke arah Aizat sambil tersenyum sinis dengan menampakkan barisan giginya yang putih dan bertaring pendek itu. Sambil dia berjalan itu, dia mengangkat seketul serpihan batu konkrit yang bersaiz kepala manusia lalu dia menjulangnya ke atas seperti mahu melemparkan batu tersebut ke arah Aizat yang terbaring lemah itu.

"Hehehe... Sekarang, matilah kau!!"

"Berhenti!!!" Tiba-tiba Dina menjerit daripada belakang Cikgu Sulaiman dan Cikgu Sulaiman yang semakin gila kerasukannya itu terus berdiri kaku seolah-olah seperti sudah disumpah menjadi patung batu.

"Pfft... Dina..." Aizat menyebut namanya sambil termuntah darah lalu dia terus pengsan tak sedarkan diri. Dina yang terpandang ke arah Aizat yang nampak sudah terlalu lemah disebabkan cedera parah itu, hatinya terus berasa sedih dan sebak setelah melihat keadaannya itu. Namun mujurlah disebabkan kedatangannya itu masih lagi pada waktu yang sempat, jadi nyawa Aizat pun tidak melayang.

"Jatuhkan batu tu dan duduk melutut kat depan aku sekarang." Arah Dina kepada Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu. Tanpa sepatah kata, Cikgu Sulaiman terus menjatuhkan batu yang diangkatnya itu tadi lalu dia terus menoleh ke arah Dina sambil duduk melutut di hadapannya dengan riak wajah yang bengang dalam terpaksa.

"Kunci tangan di belakang." Arah Dina kepadanya lagi. Tanpa sepatah kata, Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu pun terus menurut arahannya itu sambil saling memegang kedua-dua tangannya di belakang badannya seperti seorang banduan yang tangannya digari.

"Wahai makhluk-makhluk jin yang merasuki guru aku ni, aku minta dengan cara yang baik untuk lepaskan dia sekarang dan pergi daripada sini dengan segera." Kata Dina dengan nada yang serius untuk cuba berbaik.

"Kalau tidak?" Soal Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu dengan nada yang separa bengang. Dina terdiam seketika apabila disoal sedemikian. Pada ketika ini, mulalah timbul rasa bimbang takut-takut dia tersalah buat pilihan kerana ini semua adalah sebahagian daripada 'rancangan' Isa itu tadi.

"Kalau tak... Kalau tak, kalian semua akan dihapuskan dengan serta-merta." Balas Dina dengan nada yang separa gagap.

"Heh... Kau manusia yang bodoh! Mana mungkin kami ni boleh dihapuskan dengan serta-merta? Kami ni makhluk abadi!! Tak macam kau. Lemah!!" Maki Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu dengan nada yang geram.

"Boleh... Dengan izin Allah Taala." Balas Dina dengan nada yang serius.

"Heh... Jangan haraplah perkara yang macam tu nak diizinkan oleh Allah. Kau siapa nak buat semua tu? Nabi ke? Rasul ke? Ruhul Qudus ke? Tak kan?" Soal Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu dengan nada yang geram dalam menyindir.

"Memang aku bukan sesiapapun, aku hanyalah manusia yang biasa. Tapi aku pun makhluk Allah dan Allah akan sentiasa akan membantu para hamba-Nya yang beriman dalam setiap perkara yang diinginkan oleh kesemua para hamba-Nya." Balas Dina dengan nada yang serius dalam panjang lebar. Mendengarkan hujahnya itu, Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu berdecit marah seketika sambil dia merenung tajam ke arah mata Dina itu dengan sedalam-dalamnya. Disebabkan renungannya yang tajam itu, Dina mula terasa ketakutan kerana takut akan diserang secara tiba-tiba olehnya. Namun disebabkan dia yakin dengan 'rancangan' Isa yang baru sahaja diberitahu olehnya itu tadi, Dina terpaksa memberanikan dirinya untuk berhadapan dengan Cikgu Sulaiman yang semakin menggila kerasukannya itu sementara menunggu kehadiran Isa yang sedang melakukan sesuatu perkara di tempat yang lain.

"Hehehehe... HAHAHAHAHAHA!!!" Tiba-tiba Cikgu Sulaiman ketawa jahat terbahak-bahak dan dengan ketawanya yang mengerikan itu telah membuat hati Dina yang tadinya sudah terasa berani kini mula berubah menjadi gementar dan takut.

"Wahai manusia... Kalau kau boleh buktikan yang kami boleh dihancurkan hidup-hidup, maka buktikanlah ia!" Pinta Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu dengan nada yang angkuh dan sinis. Mendengarkan permintaan Cikgu Sulaiman itu, Dina tergamam dan dia terpaku seketika. Dirinya mula rasa takut dan bimbang disebabkan dia tak ada kelebihan itu melainkan Isa yang sudah memiliki kelebihan barunya itu iaitu kelebihan 'menghancurkan jin' dengan menggunakan cincin batunya itu.

"Aku takkan menghancurkan kalian dengan permintaan bodoh daripada kalian tu. Sesungguhnya Islam tak menggalakkan kehancuran dan kezaliman. Aku takkan buat semua tu melainkan kalau ianya bersebab." Balas Dina dengan panjang lebar.

"Heh... Sesungguhnya kau yang lemah ni takut nak buat macam tu... Kami tahu sebab apa. Sebab kau tak ada kelebihan untuk menghancurkan kami, bukan?" Soal Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu dengan nada yang sinis. Mendengarkan persoalannya itu, Dina terdiam dan tergamam sekali lagi. Kali ni dia sudah mula hilang akal untuk berdebat dengan jin-jin yang sedang merasuki Cikgu Sulaiman itu. Pada ketika ini, dia hanya mampu mendiamkan dirinya sahaja sambil berdoa agar Isa cepat kembali ke sini untuk membantunya menguruskan jin-jin yang telah merasuki Cikgu Sulaiman ini.

"Aku berani bertaruh, kau tak mampu nak menghancurkan kami dan Allah takkan mengizinkan kau untuk menghancurkan kami pada malam ini. Tetapi sebaliknya... Kau lah yang akan dihapuskan oleh kami. Oleh itu, marilah terima habuan kau..." Kata Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu dengan panjang lebar dalam nada yang sinis lalu dia dengan perlahan-lahan mula mengangkat kedua-dua tangannya ke atas sebagai tanda bahawa dia bersedia untuk bertindak menyerang Dina. Dina yang melihat Cikgu Sulaiman yang sudah mula bergerak menghampiri ke arahnya itu mula menggigil ketakutan lalu terjatuh sambil dia bergerak ke belakang namun dia terpaksa berhenti disebabkan belakangnya pada ketika ini adalah tepi penghujung laluan tingkat yang tiada sebarang penghadang itu. Kini dia sudah terkepung dan tak boleh nak ke mana-mana kerana jika dia bergerak daripada posisi tempatnya itu, sudah pasti Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu akan menolaknya. Wahai Amirul Isa... Dimanakah engkau?!

Suff!!

Tiba-tiba muncul satu suluhan cahaya lampu yang terang menyuluh jauh ke arah Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu daripada arah belakang Dina. Sebaik sahaja terkena cahaya kelima-lima lampu tersebut, Cikgu Sulaiman pun terus menjadi kaku seperti batu sambil dia menjerit kesakitan dengan matanya yang pedih disebabkan kelima-lima suluhan cahaya yang terang itu. Apabila kejadian itu berlaku, Dina pun terus menoleh ke belakang lalu dia tersenyum teruja apabila dia melihat Isa sedang berdiri menghadapnya sambil menyuluhkan lampu suluhnya yang terang itu ke arah Cikgu Sulaiman. Jarak Isa dengan Dina dan Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu terpisah di antara dengan jurang tingkat yang biasanya digunakan untuk melihat keadaan di tingkat-tingkat yang bawah itu. Untuk pergi ke arah Dina, Isa perlu berjalan pusing jauh di sekitar laluan tingkat yang memisahkan mereka dengan jurang tingkat itu untuk terus menuju ke arah Dina dengan segera. Namun begitu, Isa lebih yakin yang dia tidak perlu berbuat sedemikian.

"Tak guna kau!!! Siapa kau?!!" Soal Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu dengan jeritan yang bernada marah.

"Aku Amirul Isa!! Hamba Allah, musuh Iblis dan umat Rasulullah!! Balas Isa dengan jeritan yang bernada tenang.

"Anjing kau umat Rasulullah! Aku bunuh kau!!" Jerit Cikgu Sulaiman dengan cerca makiannya itu lalu dia terus melompat keluar daripada tingkat itu menangkap Isa yang berada di sebelah.

"Fitri, sekarang!!!" Jerit Isa sambil menghalakan cincin batunya itu keluar lalu dengan sekelip mata, keluarlah satu sosok cahaya putih yang berbentuk seperti seorang lelaki yang sasa lalu lelaki sasa yang bercahaya itu pun terus menerkam ke arah Cikgu Sulaiman lalu membawanya jatuh ke tingkat bawah dengan perlahan. Dalam pada masa yang sama juga, Dina pun terus bergegas mendapatkan Aizat yang pengsan itu lalu dia terus memapah Aizat untuk bangun berdiri sambil menoleh ke arah Isa yang sedang memandang mereka berdua itu.

"Dina!! Bawa Aizat tu keluar daripada sini cepat. Pasal Cikgu Sulaiman ni biar aku yang uruskan. Pergi cepat!!" Arah Isa kepadanya dengan nada yang lantang lalu Dina pun hanya sekadar mengangguk akur dan kemudian dia terus bergegas berlalu pergi sambil membawa Aizat menuju ke arah laluan tangga kecemasan yang lain untuk turun ke bawah.

Sementara itu, Cikgu Sulaiman dan sosok lelaki sasa yang bercahaya itu tadi mula bertumbuk sesama sendiri sebaik sahaja mereka sudah turun menjejakkan kaki di tingkat yang paling terbawah.

"Siapa kau?! Kenapa kau mengganggu kami?" Soal Cikgu Sulaiman itu dengan nada yang marah kepada sosok lelaki sasa yang bercahaya itu apabila serangan mereka berdua saling ditahan antara satu sama lain.

"Al-Fitri... Aku jin Ifirit yang Muslim." Balas Al-Fitri dengan nada yang serius.

"Heh... Padanlah macam kenal. Engkau rupanya Ifrit. Dasar pengkhianat bangsa sendiri." Kata Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu dengan nada yang geram.

"Aku mengkhianat bangsa kerana agama, bukan kerana nafsu!" Balas Al-Fitri sambil menolak Cikgu Sulaiman ke belakang dan sekaligus menyebabkan beberapa ratus ekor tentera jin yang merasukinya itu terkeluar daripada tubuh badannya lalu berdiri di belakang Cikgu Sulaiman itu dengan menghadap ke arah Al-Fitri yang bersendirian itu dengan riak wajah yang bengis. Apabila melihat ratusan tentera jin itu berbaris di belakangnya, Al-Fitri pun terus mengeluarkan beratus-ratus hantu tentera Jepun yang telah diserap masuk ke dalam cincin batu Isa itu tadi lalu kesemua hantu tentera Jepun yang diserunya itu tadi terus berdiri berbaris di belakangnya seolah-olah telah dipukau untuk menjadi 'tenteranya'. Dengan keadaan yang berubah menjadi semakin tegang ini, situasi yang asalnya adalah Paranormal kini telahpun berubah seperti sebuah peperangan epik di antara tentera-tentera jin kafir dan juga ratusan hantu tentera Jepun yang 'terpaksa' berpihak kepada jin Islam iaitu Al-Fitri.

"Kau yang nakkan pertempuran ni... Mari!!" Jerit Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu sambil menumbuk dada kirinya dengan kasar.

"Allahuakbar!!!" Balas Al-Fitri dengan laungan takbir yang lantang lalu dia dan hantu-hantu tentera Jepun-nya terus memecut menuju ke arah Cikgu Sulaiman dengan tentera-tentera jin-nya itu dan Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu
pun turut memecut menuju ke arah mereka dan pertempuran itu pun terus bermula sambil disaksikan oleh Isa daripada jauh.

"Al-Fitri... Sekarang, aku serahkan semuanya dekat kau. Aku harap kau berjayalah selamatkan dia." Katanya sendirian sambil fokus melihatnya bertarung ganas dengan Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu. Inilah rancangan yang Isa telah rancang semasa dia dan Dina mahu menyelamatkan Aizat dan Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu.
______________________________________

[Flashback normal POV]

[Beberapa minit sebelum itu]

"Rancangan kau? Apa rancangan kau?" Soal Dina kepada Isa. Mendengarkan persoalannya itu, Isa tersengih sinis seketika. Isa berjalan menghampiri ke arah Dina lalu dia terus merapatkan bibirnya ke arah telinga Dina untuk membisikkan tentang rancangannya itu.

"Aku sebenarnya ada kenal dengan satu jin Islam ni yang akan datang tolong kita. Jangan risau, dia memang Muslim dan bukan Munafik. Jadi buat masa ni, kita boleh percayakan dia. Tapi sebelum tu, aku nak kita naik ke atas sama-sama dan kita akan berpisah dekat tingkat kelima nanti. Bila dah terpisah nantu, aku nak kau naik ke tingkat keenam dan lengahkan masa Cikgu Sulaiman sementara aku nak naik ke tingkat keenam tu dengan ikut tangga lain nanti. Nanti bila dah sampai je, aku akan panggil jin Islam tu untuk datang selamatkan Cikgu Sulaiman dan kau kena terus bawa Aizat lari daripada sini. Pasal Cikgu Sulaiman, kau biarkan aku dengan dengan jin Islam tu yang uruskan. Boleh?" Bisik Isa dengan panjang lebar dalam nada yang pantas.

"Hah?! Kau biar betul ni? Bahaya tu." Kata Dina dengan nada yang tak percaya.

"Terpulang pada kau lah nak terima ataupun tak. Tapi nak tak nak, kita kena buat juga sebab kita dah tak ada pilihan lain lagi dah." Balas Isa dengan nada yang tenang dan serius. Dina yang mendengar kata-kata itu terus terdiam dan terpinga-pinga dalam gementar seketika.

"Haa... HAAAH?!"
______________________________________

[Skip Time]

Setelah Isa dan Dina berpisah di tingkat kelima, sambil berlari mencari laluan tangga yang lain itu, Isa sempat berkomunikasi dengan Al-Fitri melalui cincin batunya itu.

"Oi Al-Fitri..." Isa memanggil namanya sambil dia berlari.

"Apa dia?" Sahut Al-Fitri melalui dalaman mindanya.

"Kau betul nak tolong aku ni?" Soal Isa kepadanya.

"Kau percayakan aku ke?" Soal Al-Fitri kepadanya semula.

"Kau nak aku percayakan kau, kan?" Isa memulangkan soalan kepadanya semula.

"Ya." Balas Al-Fitri dengan ringkas.

"Tanpa sebarang balasan?" Soal Isa kepadanya lagi.

"Aku hanya nak menuntut amalan ibadah dan jihad aku kepada Allah, itu je. Lillahitaala." Balas Al-Fitri dengan nada serius.

"Baik, kalau macam tu kau kena tolong aku selamatkan guru aku tu malam ni." Kata Isa dengan nada yang serius.

"Sulaiman?" Soal Al-Fitri meminta kepastian.

"Ya, dia lah. Siapa lagi?" Balas Isa dengan nada yang serius sambil dia berlari masuk ke dalam laluan tangga kecemasan lalu dia terus mendaki anak tangga tersebut untuk naik ke tingkat atas.

"Baik, aku setuju. Tapi lepas tu, apa pula?" Soal Al-Fitri kepadanya lagi.

"Selepas tu... Aaah!! Nantilah kita bincang. Kita kena cepat ni, nak selamatkan nyawa orang." Balas Isa dengan nada yang serius lalu dia terus meneruskan langkahnya mendaki tangga tersebut tanpa mempedulikan Al-Fitri yang mula membebel tanya banyak soalan di dalam mindanya itu.

[End Flashback]
______________________________________

[Normal POV]

Dalam Isa sedang sibuk memerhatikan pertarungan sengit di antara Al-Fitri dengan Cikgu Sulaiman yang kerasukan itu, tiba-tiba Jembalang muncul daripada dalam ruangan kegelapan yang berada di belakangnya sambil memegang sebatang paku hitam yang panjang. Semakin dekat dia berjalam menghampiri ke arah belakang Isa itu dan apabila langkahnya semakin hampir, tiba-tiba dengan pantasnya Isa menyepak perutnya ke belakang sehingga menyebabkan paku hitam yang dipegang Jembalang itu tercicir ke atas lantai.

"Kau..." Isa bersuara dengan perlahan apabila melihat wajah Jembalang yang mengerikan itu. Bukan kerana takut ataupun jijik, tetapi kerana dia kenal dengan mimik muka Jembalang yang mirip dengan rupa bentuk manusianya itu iaitu Toklang Hanafiah.

"Bangsat kau... KENAPA KAU TAK MATI LAGI?!" Jerit Jembalang dengan nada yang marah dan meroyan. Isa yang mendengar soalannya itu terus mengerutkan dahinya. Kini tahulah dia bahawa memang benarlah yang Toklang Hanafiah itu bukanlah manusia sebenar tetapi hanyalah seekor jin yang bertopengkan manusia yang mempunyai sifat hasad dengki terhadap dirinya. Hal ini sudah disedarinya sejak kali pertama dia melihat Toklang Hanafiah semasa di dalam bangunan gereja usang itu lagi, cuma dia sahaja yang masih ragu-ragu dengan identiti sebenar Toklang Hanafiah itu.

"Kau cuba nak bunuh aku... Kenapa?" Soal Isa kepadanya dengan nada yang serius.

"Sebab kau... Kasyaf!! Aku benci manusia yang Kasyaf macam kau!!!" Balas Jembalang dengan nada yang benci dan bengang sambil dia menggunakan kuaaa sihirnya untuk mengutip semula pakunya yang tercicir itu tadi. Isa yang melihat tindakannya itu terus bersiap sedia dengan posisi badannya yang berjaga-jaga.

"Nampaknya kita sama... Saling membenci antara satu sama lain." Kata Isa sambil dia mengepal kedua-dua penumbuknya itu ke atas dan pada masa yang sama juga, dia meregangkan tengkuknya.

"Hyaaargh!!" Jembalang bertindak mahu menyerang Isa dengan paku hitamnya itu dan Isa pun terus mengelak serangannya itu sambil bertindak cuba untuk merampas paku hitam tersebut namun pegangan tangan Jembalang itu terlalu kuat untuk dirampas oleh Isa. Sudahnya, Jembalang terus menumbuk mukanya dan menyebabkan dia terus terjatuh ke atas lantai. Dalam pada masa yang sama juga, Jembalang terus mengambil peluang untuk menikam kepala Isa dengan paku hitamnya itu namun tindakan refleks Isa lebih cekap dan akhirnya dia berjaya menahan tikaman paku Jembalang itu daripada terkena kepalanya lalu dia menepisnya sehingga tercicir jauh ke tepi.

"Hiyargh!!" Isa mula bertindak mencekik leher Jembalang sambil dia bangkit berdiri lalu dia terus menolak Jembalang sehingga tersandar di tepi dinding.

"Mereka yang ikut telunjuk syaitan adalah golongan yang gagal. Sesungguhnya takkan ada kemenangan yang akan dimiliki oleh mereka yang menyembah syaitan dan menyekutukan Allah. Ingat tu!" Kata Isa dengan panjang lebar dalam nada yang tegas lalu dia terus menumbuk kepala Jembalang berulang kali sehingga sebatang gigi gerahamnya tercabut.

"Tak guna kau!!!" Jembalang menjerit kemarahan dengan nada suara yang sungguh lantang dan kuat sehingga menyebabkan Isa terus tercampak ke belakang.

"Kau buat aku marah... AKU BUNUH KAU!!!" Jerit Jembalang lagi lalu dia terus menjerit mengilai kemarahan sambil wajah dan pakaiannya mula berubah menjadi seperti seekor pontianak cuma pakaiannya berjubah hitam labuh yang koyak rabak dan kulitnya juga turut berubah menjadi warna hitam legam dengan rambut dan kukunya pula terus memanjang menjadi tajam. Rambutnya yang hitam berkilat dan kusut itu memanjang dan menjadi tajam seperti jarum sehingga mencecah ke paras lutut dan kukunya pula panjang dan tajam seperti sebuah pisau. Dalam pada masa yang sama, matanya yang pada asalnya berwarna hitam legam itu juga turut berubah menjadi warna merah yang terang menyala dengan gigi taringnya pula yang mula memanjang sehingga terjojol keluar daripada bibirnya dan juga dua tanduk pendek yang mula menumbuh keluar di atas dahinya. Apabila melihat perubahannya yang drastik itu, Isa mula menelan air liur kegerunan seketika namun rasa takutnya tak pernah bangkit malah dia semakin berasa berani untuk berhadapan dengannya.

"HAAAARGHH!!!" Jembalang yang berubah menjadi pontianak hitam itu menjerit kuat dengan nada suaranya yang seperti binatang kerasukan itu lalu dia terbang terapung di atas udara dengan perlahan seketika sambil dia merenung ke arah Isa dengan pandangan mata yang tajam. Isa pula hanya sekadar berdiri tegak sambil dia mengangkat tapak tangan kanannya ke atas lalu dihalakannya tepat ke arah muka Jembalang yang berada 2 meter jaraknya di hadapannya itu.

"A'uzubillahiminnasyaitonnirrajim... Bismillahirahmannirrahim..." Isa membaca bismilah dengan nada yang perlahan. Jembalang yang mendengar dia membaca bismillah itu terus menjadi kaku sambil menjerit lantang kerana terasa kepedihan.

*Potongan Surah Al-Haysr (Ayat 21)*

لَوْ أَنزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعاً مُّتَصَدِّعاً مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ

Lau anzalna hazzal quran na a'la jabalin laro'aitahu khosyi'an mutasodi'an min khoshiyatillah

Maksudnya:
''Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah-belah kerana takut kepada Allah...''

Setelah Isa membacakan ayat tersebut, Jembalang terus menjerit kesakitan lalu dia terbang meluru ke arah Isa dan kemudian mencekiknya.

"Erk!!" Nafas Isa menjadi tersekat seketika apabila dia dicekik dengan sedemikian rupa. Setelah dicekik olehnya, Jembalang terus terbang memecut laju keluar daripada bangunan usang itu sambil dia membawa Isa terbang ke atas langit yang masih sibuk menurunkan air hujan dan memancarkan guruh petir itu.

"Argh..." Isa mengerang seketika sambil dia cuba untuk melonggarkan cengkaman tangan Jembalang itu namun tangannya terlalu keras dan berat untuk dilonggarkan oleh Isa dan semakin dia mencuba, semakin ketat Jembalang mencekiknya sehingga menyebabkan Isa tak mampu nak bernafas. Setelah lelah bertahan, akhirnya Isa terpaksa pasrah ke hadrat Ilahi lalu dengan perlahan-lahan dia menjulang tangan kanannya yang dipakaikan dengan cincin batu delimanya itu sambil dia membaca bismillah berulang kali.

"Bismillahirahmannirrahim..." Ucapnya di dalam hati dengan penuh khusyuk sambil berharap bahawa Allah akan membantunya.

"Bismillahi Jibril... Fi yamini..." Ucapnya di dalam hati lagi dan apabila dia mengucapkan ayat tersebut, langit mula berdentum-dentam memancarkan petirnya di dalam awan yang tebal dengan ganas.

"Bismillahi Mikail... Fi syimali..." Ucapnya lagi di dalam hati dan seperti tadi, langit menyahut dengan dentuman petir yang semakin mengganas.

"Bismillahi Israfil... Fi amami..." Ucapnya lagi di dalam hati dan dalam pada masa yang sama, tiba-tiba muncul satu pancaran petir yang cuba untuk menembak ke arah Jembalang yang sedang terbang semakin meninggi ke atas langit itu namun pancaran petir itu sempat dielakkan olehnya.

"Bismillahi Izrail... Fi waruni..." Ucapnya lagi di dalam hati dan pada ketika ini, kesedaran Isa mula menjadi lemah disebabkan kekurangan sedutan oksigen akibat dicekik kuat oleh Jembalang itu.

"Bismillahi Lahaulawala Quwata Illabillahil A'li Lil'azim..."

GDUUF!!

Setelah Isa menamatkan bacaan ayat tersebut, tiba-tiba dia dan Jembalang dipanah petir lalu mereka berdua terus terjatuh ke bawah. Jembalang jatuh di dalam keadaan yang lemah dan terbakar dengan maraknya seperti sebuah meteor yang mahu jatuh ke bumi dan manakala Isa pula jatuh di dalam keadaan yang perlahan dan kini dia sudah kembali sedar dan semakin bertenaga setelah terkena panahan petir itu tadi. Bukan itu sahaja, malah cincin batunya itu juga telah memberikannya satu kekuatan di mana dia mampu menyerap tenaga panahan petir langit itu ke dalam cincinnya dan kemudian ianya boleh digunakan sebagai kuasa untuk menyerang.

"Allahuakbar!!!" Isa menjerit melaungkan takbir dengan kuatnya dan setelah itu, bergegar seluruh langit dengan dentuman petir yang kuat seolah-olah menyahut laungan takbirnya itu. Dalam pada masa yang sama juga, dentuman petir itu turut menembak-nembak ke arah tubuh badan Isa lalu segala tenaga petir terus diserap ke dalam batu cincin Isa dan setelah ianya diserap sepenuhnya, Isa terus memecut dengan pantasnya jatuh ke bawah untuk mengejar semula Jembalang yang sedang jatuh sambil terbakar itu.

Crisss!!

Dalam pada masa yang sama juga, sarung tangan kanan yang dipakai Isa semenjak petang itu terus terbakar apabila lengan kanannya itu mula dipenuhi dengan aura pancaran petir kecil yang menyambar keluar daripada kulit lengan kanannya itu seolah-olah seperti seorang superhero yang mahu menggunakan kuasa petirnya. Dengan tangan kananya yang penuh dengan aura pancaran petir itu, Isa mengepal penumbuk kanannya lalu dengan sekali laungan takbir yang begitu kuat, dia terus memecut laju ke arah Jembalang lalu terus menumbuk dada Jembalang dengan tangan kanannya itu sehingga penumbuknya itu tembus ke dalam dada Jembalang.

"Allahuakbar!!!"

"HRAAAAGH!!!" Jembalang menjerit kesakitan dengan nada yang kuat dan dengan sekelip mata, dia terus memecut jatuh ke bawah lalu tembus ke dalam bangunan Kompleks Maut itu tadi dan akhirnya terus melanggar Cikgu Sulaiman yang sedang kerasukan bertarung dengan Al-Fitri itu. Al-Fitri yang melihat kejadian itu terkejut seketika lalu dia terpandang ke atas dan kelihatan Isa sedang jatuh ke arahnya. Tanpa melengahkan masa, Al-Fitri terus bergegas terbang ke udara lalu terus mendapatkan Isa sebelum dia dan Isa mendarat bersama-sama ke dalam bangunan Kompleks Maut itu. Setelah mendarat, Isa yang tangan kanannya masih lagi memancarkan aura petir itu terus berjalan menuju ke arah Cikgu Sulaiman yang sedang terbaring kesakitan itu lalu dengan kuasa petir daripada cincinnya itu, dia terus merenjat kesemua jin yang merasukinya itu lalu menyerap kesemuanya masuk ke dalam cincin batunya itu. Disebabkan 'kuasa' cincin batunya itu terlalu kuat, kesemua jin yang menjadi penghuni di dalam bangunan Kompleks Maut dengan yang tak ada kaitan dengan Cikgu Sulaiman itu pun turut diserap masuknya sekali ke dalam cincin batunya itu.

"Dengan nama Allah... Dengan izin Allah... Aku akan menghancurkan kesemua jin-jin yang menghuni bangunan ni dan aku akan ubah mereka semua menjadi 'senjata' untuk menghapuskan kau!" Kata Isa dengan nada yang tegas sambil dia melangkah menghampiri ke arah Jembalang yang sedang terbaring lemah di atas lantai itu lalu dia terus mengepalkan penumbuk kanannya itu dengan sekeras-kerasnya sambil dia menderam menahan marah lalu pancaran petir di lengannya yang pada asalnya berwarna putih itu mula berubah menjadi warna kuning dan menjadi semakin kuat daripada yang asalnya. Setelah Isa puas meningkat daya 'pengecasan' aura petir pada lengan kanannya itu, Isa terus menjerit melaungkan takbir lagi sekali dengan nada suara yang lantang sambil menembak aura petir pada lengan kanannya itu ke arah Jembalang lalu membakarnya dengan pancaran aura petirnya ganas itu itu sehingga aura petir pada lengan kanannya itu telahpun habis digunakan.

Kini Jembalang telahpun hancur menjadi debu hangus di atas lantai bangunan Kompleks Maut yang menjadi saksi pertempuran epik ini dan kini, telah tamatlah misi Isa untuk menjalankan dua amanahnya iaitu menamatkan sumpahan sihir terhadap keluarga Aisyah dan juga 'membersihkan' bangunan Kompleks Maut ini daripada pegangan hamba-hamba syaitan.

"Nampaknya... Semuanya dah tamat." Kata Al-Fitri sambil berubah rupa bentuk menjadi bentuk manusianya yang berwajahkan Isa.

"Tak... Mungkin sementara je. Argh..." Balas Isa dengan nada yang kepenatan dan tiba-tiba dia mengerang kesakitan apabila tangan kanannya yang sudah separuh hangit itu mula menghasilkan rasa pedihnya. Apa yang lagi teruk daripada itu adalah, aura pancaran petir pada tangannya itu masih lagi belum hilang malah aura petir itu pula yang seolah-olah sedang membakar dirinya daripada dalam dagingnya dan ianya benar-benar menyakitkan dirinya sehingga menyebabkan Isa terduduk melulut di atas lantai sambil menjerit dan meronta kesakitan dengan kuat. Al-Fitri cuba untuk membantunya namun disebabkan Isa meronta-ronta dengan kuat untuk menahan kesakitannya itu, pancaran petir di tangannya itu mula menembak-nembak secara membabi-buta sehingga menyebabkan dia terpaksa meninggalkan Isa dengan melenyapkan dirinya buat seketika. Dalam pada ketika itu juga, hujan lebat di luar pun terus berhenti secara mendadak dan Dina yang kelihatan bimbang mencari Isa itu pun turut muncul.

"Argh!!!" Dina yang terdengar suara Isa menjerit kesakitan itu terus bergegas mencarinya dan apabila dia melihat tangan Isa itu sedang menembak-nembakkan pancaran petirnya ke merata tempat, dia terpaksa bersembunyi seketika lalu bergerak menghampiri ke arah Isa setiap kali dia mendapat peluang untuk bergerak menghampiri ke arahnya. Setelah langkahnya semakin hampir, Dina terus mengeluarkan keychain hati biru yang dibelikannya untuk Isa itu lalu dia terus melemparkannya ke arah Isa. Isa yang sedang bertarung melawan kesakitannya itu terus bertindak menggerakkan tangan kanannya untuk menyambut keychain tersebut dan setelah ianya berjaya disambut, tangan kanan Isa itu terus meletup dengan menghasilkan cahaya biru yang sangat terang sehingga menyilaukan mata lalu ianya terus menghilang semula di dalam sekelip mata dan kini tangan kanan Isa yang tercedera dan separa hangus itu tadi telahpun sembuh dan kembali menjadi keadaannya yang normal semula. Setelah melihat Isa telahpun kembali pulih, Dina pun terus bergegas menghampiri ke arah Isa untuk memeriksa keadaannya.

"Isa!!" Jerit Dina sambil berlari menuju ke arahnya.

"Dina..." Sahut Isa dengan perlahan lalu dia pun tersenyum sebaik sahaja Dina telahpun berada di sisinya.

"Isa... Kau jahat!" Kata Dina sambil memukul dada Isa dengan secara tiba-tiba.

"Aduh! Sakitlah..." Kata Isa sambil mengusap dadanya yang terasa pedih dipukul Dina itu. Dalam pada masa yang sama juga, Dina pun tersenyum lalu menangis kegembiraan dan bersyukur kerana telah dapat melihat Isa yang berada di sisinya pada ketika ini masih lagi hidup.

"Syukurlah kau masih lagi hidup. Kalau tak, tak tahulah macam mana aku dengan Aizat nak teruskan hidup tanpa kau nanti." Kata Dina sambil mengusap air mata gembiranya itu. Isa pula hanya sekadar mendiamkan dirinya sambil tersenyum lalu dia menoleh ke arah Cikgu Sulaiman yang sedang terbaring pengsan di atas lantai yang berdekatan dengannya itu pula. Kelihatan daripada jauh, Cikgu Sulaiman masih lagi sedang bernafas dengan nafas yang lemah dan ini menandakan bahawa dia masih lagi hidup. Tambah lagi satu kesyukuran buat Isa kerana telah berjaya menyelamatkan nyawa guru kesayangannya itu dan juga satu-satunya sahabat baiknya iaitu Aizat.

"Aizat kat mana? Dia okey ke?" Soal Isa kepada Dina dengan nada yang perlahan.

"Sekarang dia ada kat dalam kereta Cikgu Sulaiman sebab tengah nak direhatkan and alhamdulillah, dia dah selamat sekarang sebab aku dah tolong rawatkan dia tadi." Balas Dina sambil menganggukkan kepalanya sebagai tanda 'ya'. Mendengarkan jawapannya itu, Isa tersenyum seketika lalu dengan perlahan-lahan dia terus bangkit berdiri sambil melangkah menuju ke arah Cikgu Sulaiman yang terbaring pengsan di atas lantai itu.

"Urusan kita kat sini dah selesai. Jomlah balik..." Kata Isa sambil memapah tubuh Cikgu Sulaiman untuk bangkit berdiri lalu dibawanya menuju ke luar daripada bangunan usang tersebut.

"Tapi... Macam mana kita nak balik? Kau boleh drive kereta cikgu tu ke?" Soal Dina kepadanya dengan nada ragu-ragu.

"Jangan risau... Aku dah ada lesen kereta lama dah. Jomlah, aku bawa kau balik..." Balas Isa sambil menghulurkan tangan kirinya yang bersarung hitam itu kepada Dina seperti mahu mengajaknya berjalan pulang bersama. Dengan rasa malu-malu kucingnya, Dina pun terus meletakkan tangan kanannya pada tangan kiri Isa lalu Isa pun memimpinnya berjalan keluar daripada bangunan itu bersama-sama sambil memapah Cikgu Sulaiman di bahu kanannya.

[Bersambung]

Continue Reading

You'll Also Like

39.7K 4.9K 58
Awalnya semuanya indah buat hidup Greyson Blake. Namun satu kejadian telah menimpa dirinya. Dia terjatuh dari kapal cruise milik ahli keluarganya ke...
22.9K 1.2K 118
You locked your doors and windows to prevent me from entering. Too bad i'm already inside. Peminat fiksyen shasha ? Tempat yang betul 😆😁 Hati hati...
33.2K 1.7K 59
Cerita ini mengisahkan tentang cerita benar. Jangan fikir bila hijab terbuka ini seronok sedikit pun tidak ianye hanyelah menyeksekan. Korang kalau n...
128K 8K 33
Setiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Namun adakah dengan pemergian Alif merupakan satu pengakhiran kepada kisah persahabatan ini? Atau...