Tempat Sempurna

By Lollysnow

4.5M 265K 38K

THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa unt... More

THAQIF | SAFA
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
60*
61*
62
63
PERSONA TS
EPILOG
EXTRA #1 NS
EXTRA #2 NS
EXTRA #3 NS

17

63.4K 3.6K 620
By Lollysnow

"Sugar daddy?!" Serentak lelaki itu menyoal tidak percaya apa yang keluar dari mulut budak sekolah itu. Safiya angguk kepala yakin. Mata serius memandang lelaki-lelaki yang masing-masing masih berkeringat dengan peluh dan terpaksa dengar segala cerita dukanya.

Siapa suruh dengar? Alang-alang semua penyibuk nak tahu, dia pun buka lah cerita serupa nak buat syarahan depan kawan-kawan Naufal tu.

"Ya, sebabkan Naufal, saya kena tuduh terlibat dengan Sugar Daddy. Padahal benda tu cuma salah faham." Sungguh-sungguh Safiya bercerita buat lelaki-lelaki itu mengangguk kepala memahami.

"Cikgu Ibrahim sampai nak libatkan mama dan papa tau. Safiya tak nak Mama dan Papa tahu."

"Kenapa pula?" Seorang kawan Naufal menyampuk buat Naufal menjeling sekilas.

"Jadi Safiya nak abang buat apa sekarang?" Naufal mengalih topik dengan membahasakan dirinya abang. Lagipun dia 6 tahun lebih tua dari Safiya. Baik dia gunakan bahasa abang dari awak saya. Lebih menyeramkan, kan tak pasal-pasal kena tuduh sugar daddy.

"Erm.. Jumpa cikgu disiplin Safiya dan ceritakan semuanya."

"Kenapa Safiya tak cerita perkara sebenar?" Naufal menyoal lagi.

"Kalau Safiya cerita, tak ada orang percaya. 1 lawan 5 kalah lah. Lagipun Tina tu penolong pengawas sekolah. Mesti semua orang percaya apa dia cakap."

"Ohh..." Serentak lelaki disitu melepas keluhan berat.

"Tina tu siapa pula?" Dalam ramai-ramai mesti ada seorang terlepas train.

"Laa kan dia dah cakap Tina tu penolong ketua pengawas, mestilah Tina tu yang buat cerita yang Naufal Sugar Daddy Safiya. Bukan macam tu Safiya?" Seorang lelaki menjawab bagi pihak Safiya buat lelaki lembab tadi mengangguk-ngangguk kepala.

"Betul! Tina tu memang dari dulu tak sukakn saya. Fake! Munafik. Entah macam mana lah dapat jawatan tu." Safiya peluk tubuh geram.

"Tak apa Safiya, setakat pergi jumpa guru Disiplin, Naufal ni dah selalu sangat jumpa guru disiplin masa sekolah dulu." penjaga gol tadi menepuk bahu Naufal dengan senyum lebar.

"Wah.. Abang pengawas ke? Or ketua pengawas?" Soal Safiya teruja. Kalau Naufal bekas ketua pengawas ke apa, lagi lah dia rasa lega.

"Tak, abang lah yang langgar disiplin tu." Safiya terdiam dan yang lain mengekek-ngekek menahan tawa.

"Tak apa, esok abang pergi sekolah Safiya uruskan apa yang patut." Naufak tegak tubuh dengan senyum sinis.

"Abang jangan burukkan keadaan sudah." Safiya pandang tajam memberi amaran.

"Alaa jangan risau, abang boleh buat Cikgu Ibrahim tu tak berani pandang Safiya dah dengan Tina semua tu."

"Kau tu dah 23 Naufal, jangan nak tunjuk perangai 17 tahun kau depan budak 17 tahun. Kau beri pengaruh buruk pada Safiya." Seorang kawan Naufal yang memakai jersi bernama Maz menegur. Yang lain turut mengangguk kepala menyetujui.

"Jangan cemarkan our little Safiya. Kau tak tengok bertapa polos dan sucinya wajah dia." Seorang lagi menyokong buat Naufal hela nafas panjang.

"Okay esok abang selesaikan cara baik."

"Yeah! Kalau macam tu thank you semua dengar cerita saya. Saya balik dulu." Selamba Safiya tarik beg sandang buat semua disitu terkebil-kebil.

"Tadi Safiya datang naik apa?" Soal Naufal gusar. Budak itu datang entah dari mana tiba-tiba muncul disini.

"Oh, tadi datang dengan driver papa. Lepastu Safiya suruh dia balik takut dia report papa yang Safiya jumpa lelaki kat sini."

"Safiya bagi alasan apa kat dia?" Seoarang lagi menyoal.

"Safiya cakap Safiya nak main futsal dengan kawan perempuan. Tak ada orang berani bantah apa Safiya nak." Balas Safiya lagi.

Naufal tepuk dahi sendiri sebelum dia cepat-cepat bangun mengemas beg sukannya. "Jom abang hantar." Pelawa Naufal.

"Okay." Safiya angguk tidak membantah. Dah ada orang baik nak hulur pertolongan. Lagi mudah kerja dia.

"Safiya tak suka kereta abang tau."

"Kenapa pula?"

"Entah, kereta abang buat badan Safiya sakit duduk lama-lama."

"Hahahaha, okay nanti abang tukar kereta."

"Boleh ke macam tu?"

Naufal geleng kepala memandang Safiya yang boleh tahan banyak juga keletahnya. Dalam serius dan dingin gadis itu ada juga kecomelannya.

•••

Stttt!!

"Uhuk! Uhuk!" Thaqif terbatuk menutup hidung apabila Safa menyembur perfumenya tepat disisi lelaki itu.

"Kau dah kenapa? Nak fogging ke apa?" Tangan Thaqif mengibas-ngibas udara menghalau bau wangian wanita itu.

"Oh ni, Body and Bath body mist." Safa tunjuk botol body mist dipegangnya.

"Tahu lah." Kening Thaqif bercantum memandang Safa dari atas ke bawah. Pakaian tidur Safa agak berbeza dari malam-malam sebelum ini dengan pajamas bewarna merah hitam.

Mungkin dia sudah selalu melihat wanita itu memakai seksi sebelum ini sehingga dia tidak perasan pajamas dipakai Safa dari tadi.

"Jangan cakap.." Mata Thaqif membulat terkejut sebelum dia berundur sedikit kebelakang.

"Kenapa kau terkejut?!" Safa membalas tatapan Thaqif tidak puas hati. Sekarang lelaki ini acah-acah terkejut macam dia nak merogol dah kenapa?

Thaqif tarik nafas panjang lantas meneguk air liurnya. "Aku dah bincangkan dengan PA aku untuk cuti honeymoon. Kau ada specific place yang kau rasa nak pergi? I mean tempat yang sesuai untuk kita honeymoon?"

"Santorini, Greece?" Safa jungkit sebelah kening dengan senyum teruja. Ya, itu tempat yang dia idamkan untuk berbulan madu bersama Adri dahulu. Tapi sekarang dia akan gunakan segala mimpi dulu dan menukarkan tempat Adri kepada lelaki dihadapannya.

"Okay, nanti aku inform PA aku untuk book tiket dan hotel kat sana."

"Tak payah." Safa tolak tubuh Thaqif hingga lelaki itu terbaring ke katil dengan wajah terpinga-pinga.

"Aku dah buat. We going to Greece by tomorrow.." senyuman Safa terbentuk sinis buat Thaqif membulat mata tidak percaya.

"Kau tak.. ump!!" Tak jadi Thaqif menyoal mulutnya sudah disambar Safa tanpa segan.

"Safa.. wait a sec.. ump!" Thaqif merengus meraup rambutnya kebelakang dan serentak itu kini beralih dia menolak tubuh Safa hingga terhempas di atas dan bertukar dia yang menindih wanita itu.

Tiada wajah kegusaran, hanya senyuman terlakar dibibir Safa buat Thaqif keliru sendiri. Adakah perempuan itu tidak akan menyesal dengan tindakan dia?

"Aku tak suka menunggu." Safa melingkar tangan ke leher suaminya dan menarik kepala itu merapatkan bibir mereka.

Thaqif ketap gigi dengan nafas sudah sesak. Wajah tak usah dicakap, keduanya merah dengan kehangatan nafsu sudah menggelodak.

"Then, aku tak akan buat kau menunggu.." bisikan Thaqif buat Safa kembali tersenyum dan bibir mereka kembali bertaut seperti keduanya dahagakan sentuhan itu. Sentuhan hangat tangan Thaqif yang menyelak pajamasnya buat Safa sedikit menggeliat kegelian. Sempat dia tergelak kecil membuat Thaqif tersenyum melihat wanita itu.

"Jangan takut." Thaqif membisik lagi dan keduanya hanyut dalam kehangatan dicipta mereka berdua penuh kerelaan.

•••

"Saya datang dengan penuh rasa tanggungjawab nak betulkan salah faham tentang sugar daddy tu. Saya tak percaya ada orang sanggup cakap bukan-bukan kat Safiya." Naufal geleng kepala memandang guru disiplin Safiya dan beberapa orang pengawas dalam bilik disiplin itu.

"Ikutkan hati saya, saya nak saman siapa yang burukkan nama saya dan Safiya. Tapi Safiya dah awal-awa minta maaf bagi pihak sekolah dia. Macam mana lah Cikgu dengan orang-orang ni boleh tuduh budak sebaik Safiya ni?" sambung Naufal lagi. Banyak juga skrip tak dihafal keluar spontan dari mulut lelaki itu. Layaklah jadi pelakon lelaki terbaik.

"Apa bukti yang awak bukan Sugar Daddy Safiya?" soal Cikgu Ibrahim cuba memberanikan diri.

"Dan bukti apa yang saya ni Sugar Daddy Safiya?" soalan Naufal buat semua disitu terdiam.

"Ada nampak saya bawa Safiya masuk hotel? Ada nampak saya bagi Safiya barang-barang mewah?" Tajam mata Naufal mengerling ke arah gadis bertag nama Tina itu. Hanya nama Tina yang disebut Safiya dia yakin perempuan itu yang jadi punca Safiya dituduh.

"K-kami nampak Sa-safiya masuk kereta Encik..." Takut-takut Tina membalas.

"Masuk kereta? Banyak kemungkinan boleh awak fikir. Sama ada saya ni saudara Safiya, atau driver Safiya. Kenapa nak sangka buruk kat orang juga?" Suara Naufal agak garang membuat Tina mengecil diri dicelah rakan pengawasnya.

"Jadi awak ni siapa bagi Safiya? Dan kenapa awak ambil Safiya hari kejadian?" Cikgu Ibrahim cuba mengubah topik.

"Saya ni adik ipar kepada kakak kandung Safiya. Kebetulan hari tu kami sekeluarga ada urusan peribadi dan abang saya iaitu abang ipar Safiya minta tolong saya yang jemput Safiya. Saya dah terang sejauh ni, terserah cikgu nak percaya atau tidak.."

"Kalau tidak, saya tak ada pilihan lain selain bawa kes ni ke pihak polis! Ini perkara melibatkan maruah saya dan Safiya!" Keras Naufal bersuara buat semua orang di dalam bilik disiplin itu kecut perut dibuatnya. Dari tona suara dan riak, Naufal tidak main-main dengan kata-katanya.

"Okay macam ni lah Encik Naufal.. kita tutup perkara ni sampai sini je. Saya tak nak besarkan. Safiya pun dah terbukti tak bersalah. Jadi perkara ni dah selesai." ujar Cikgu Ibrahim. Ugutan Naufal buat dia tidak senang duduk. Dari gaya dibawa lelaki itu, Naufal mungkin bukan orang sebarangan dan Safiya sendiri juga anak Dato' dia tak mahu menambah masalah.

"Saya nak cikgu dan semua yang tuduh Safiya buat permohonan maaf pada Safiya." tenang Naufal berkata buat orang-orang disitu tergamam. Safiya yang tadi mendiamkan diri turut menahan senyum melihat wajah terkulat-kulat mereka.

"Now!" Naufal sudah tayang sisi kejamnya.

"Macam ni lah Safiya. Cikgu minta maaf atas tuduhan. Cikgu cuma jalankan kerja cikgu untuk didik kamu jadi pelajar yang lebih baik."

"Alhamdulillah kamu pun tak terbukti buat perkara terkutuk tu. Jadi semuanya selesai sampai sini." Cikgu Ibrahim akhirnya mengalah.

"Tak apa cikgu." Safiya hulur senyum tipis.

"Penuduh yang cakap Safiya Sugar Baby saya tu mana? Tak nak munculkan diri?" Naufal jungkit kening memandang barisan pengawas.

Seseorang mencuit Tina dan menolak tubuh gadis itu kedepan. Safiya yang memerhati menahan kepuasan melihat wajah cuak mereka disitu. Rasakan! Lain kali jangan rasa diri tu sempurna nak tuduh-tuduh orang.

"Sa-saya minta maaf Safiya. Mungkin saya salah faham dengan situasi hari tu."

"Jadikan pengajaran lepasni Tina, kau mungkin pengawas tapi tak bermakna apa yang lau lihat semua tu keburukan orang je. Jangan cepat sangat menilai." Dah memang jadi pengawas terbiasa cari salah orang sampai semua nampak buruk je.

"O-okay. Maaf." Tina menunduk kepala. Dia malu, dia betul-betuk malu!!

"TERIMA KASIB NAUFAL." Safiya pandang Naufal berjalan mendahuluinya menuju ke arah kereta.

"Kenapa tak panggil abang dah?" Naufal hulur senyum memandang Safiya yang menghampiri.

"Lakonan kita dah tamat. Jadi dah tak perlu" balas Safiya mudah.

Naufal sekadar menghulur senyum lantas mengangguk kepalanya. "Okay, see you later. Take care kat sekolah." Usai menitip pesan Naufal masuk ke dalam perut kereta dengan senyum lebar.

"Bye.." Safiya melambai tangan dan dibalas hon oleh lelaki itu sebelum kereta mewah itu dipandu keluar dari perkarangan sekolah.

Senyuman Safiya perlahan-lahan memudar.

Continue Reading

You'll Also Like

3.5M 305K 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
148K 1.2K 7
Cinta, membahagiakan. Malah cinta juga membunuh seluruh harapan.
576K 19.8K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
432K 59.3K 49
Book 1: MAHFUZ Book 2: LUTHFI Book 3: TAQI