Her Colourful Eyes

بواسطة aryasyaliaa

146K 12.6K 1.1K

*ON HOLD* "Damn! Aku lupa nak pakai contact lens!" - Aryanna Raisya. Memang sepanjang hayatnya dia tk bole... المزيد

Pengenalan
HCE 1
HCE2
HCE 3
HCE 4
HCE5
HCE 6
HCE 7
HCE 8
HCE 9
HCE 10
HCE11
HCE 12
HCE 13
HCE 14
HCE 15
HCE 16
HCE 17
HCE 18
HCE 19
HCE 20
HCE 21
HCE 22
HCE 23
HCE 24
HCE 25
HCE 26
HCE 27
HCE 29

HCE 28

3.3K 404 79
بواسطة aryasyaliaa

Suasana di dalam bilik pengetua sunyi. Semua menundukkan pandangan apabila satu demi satu ditenung oleh Pengetua.

"Explain dekat saya apa yang terjadi dalam tandas." Kata pengetua mereka Puan Hajah Shahirah.

Aryanna hendak berkata namun dihalang apabila Tengku Amylia menyampuk.

"Puan, perempuan ni, dia pergi cekik saya, tengok ni kesan dekat leher saya. Bukan tu je, dia siap tarik rambut kawan kawan saya." Kata Amylia cuba membuatkan dirinya dan kedua kawannya sebagai mangsa. Kedua kawannya mengangguk dengan menayangkan wajah polos.

Aryanna di sebelah hanya menayangkan wajah geli dan menyampah. Nak play victim konon.

"Aryanna kenapa kamu basah kuyup?" soal pengetua kepadanya.

Gadis itu memandang 3 orang yang ada disebelahnya kemudian menajawab. "Diorang simbah saya."

Puan Hajah Shahirah menongkat dagunya kemudian menatap mereka dengan tajam. Pening kepala dengan sikap pelajar di sekolahnya ini. Masing masing dah nak habis sekolah, tapi perangai mengalahkan budak tadika.

Dia masih mempunyai banyak kerja, matanya melirik ke arah pintu. Ada cikgu PJK yang menemukan mereka berempat bergaduh di tandas.

"Puan Eisyah?"

Cikgu PJK tersebut menyahut.

"Kamu uruskan la mereka, saya ada meeting lagi lepasni. Buatla apa yang patut."

Selepas sahaja kata kata itu keluar, mereka semua mula berundur.

"Sekejap!" Amylia menahan semua keluar dari pintu.

"Ya, kenapa Tengku Amylia?"

Amylia tiba tiba menarik lengan Aryanna dengan kasar dan dibawa kehadapan Pengetua.

"Kau dah kenapa lepaslah!" Aryanna menghempaskan lengannya supaya bebas dari genggaman minah gila ini.

Puan Hajah Shahirah hanya melihat. Masih menunggu apa yang ingin katakan.

"Puan! Aryanna ni, dia pakai lens pergi sekolah!" Kata Amylia dengan jari telunjuknya menghadap ke mata Aryanna.

Aryanna di sebelah walaupun wajahnya maintain tetapi dalam dirinya rasa gelisah seketika walaupun dia tau pengetua sudah memahami situasinya, tetapi selain pengetua dan Aryan tiada siapa pun tau.

Pengetua melihat wajah Aryanna kemudian berkata. "Saya pasti dia ada sebab dia tersendiri."

Amylia membuat muka tidak percaya apabila pengetua tidak mengambil sebarang tindakan.

"Sebab tersendiri huh?" Kata Amylia seorang diri.

Gadis itu merengus dengan kasar kemudian keluar dari pejabat. Aryanna juga turut keluar apabila guru PJK tadi sudah memanggil. Sempat Pengetua memberi pesanan supaya dia berhati hati.

Mereka semua dibawa ke padang sekolah. Aryanna berjalan seorang diri di belakang manakala mereka bertiga berkepit dengan Cikgu Eisyah.

Setibanya mereka di sana, Puan Eisyah terus memberi arahan tapi...

"Aryanna, 10 laps! Go NOw!" Jeritnya tiba tiba dengan suara yang lantang.

Aryanna masih tidak bergerak dia mempersoalkan semula cikgu itu.

"Saya? seorang? Habis minah sotong 3 ekor ni buat apa?" Katanya dengan nada tidak puas hati.

"Siapa kamu nak panggil diorang sotong?!" marah Cikgu itu.

Aryanna tersenyum senget.

"Ohh, kalau macam tu siapa cikgu untuk bagi denda ni untuk saya seorang? Padahal diorang ni yang start cari pasal dengan saya dulu?"

Puan Eisyah datang mendekati Aryanna dan menunjal kepala gadis itu.

"Kau tu anak orang miskin, memang layak pun kena jemur bawah matahari, kau tu dari awal memang tak sepatutnya ada dalam sekolah ni, faham?" berkali kali kepala Aryanna ditunjal.

Untuk tunjalan terakhir Aryanna menangkap tangan Cikgu Eisyah itu. Kalau cikgu pun perangai macam ni, siapa yang nak hormat dia? Cuba bagitau aku.

"Sorry cikgu, saya cuma nak cakap, cikgu tu dah tua, lepastu makeup cikgu yang setebal dinding ni pun dah nak cair , apa kata cikgu pergi touch up balik?" Aryanna berkata dengan nada sindiran. Mereka yang berada di belakang tu sudah ternganga.

Aryanna dah tak kisah, mulai harini, dia akan treat orang tu macam mana orang tu treat dia. Dia melepaskan tangan cikgu itu kemudian mula berlari anak, malas nak bercakap dengan orang macam tu.

Sebelum dia pergi sempat dia menyindir mereka bertiga.

"Tak apaa, aku faham kenapa korang tak nak lari, takut jadi sotong bakar kan? Takpe aku faham." Aryanna terus memulakan lariannya. Lagipun dia yakin, cikgu tu memang takkan tunggu dia habiskan 10 laps. Buat apa aku nak jadi jujur? Kira diskaun llah sebab minah 3 ekor tu tak lari, kan?

"Kenapa lah sekolah ni ada cikgu toxic macam tu. Aku ingat student je. Tak habis habis nak tengok darjat." Tercungap cungap dia bercakap sambil lari. Geram betul dengan semua orang yang tidak habis habis nak buat hal dengannya.

Aryanna sudah merasakan lensnya mula kering.Dia dah la tinggalkan eye-mo di dalam begnya. Apa laa malang sangat hidup dia ni. Nak tanggalkan nanti sayang lah contact lens ni rosak.

Dia mengelipkan matanya banyak kali cuba untuk membasahkan semula.

Pedih.

--------------------------

Pemain rugbi semua sudah mula berkumpul di court setelah selesai makan dan solat berjemaah. Walaupun perangai mereka kadang kadang macam setan, tapi perkara wajib tetap ditunaikan. Mereka masih menanti seseorang untuk datang tapi, selepas 10 minit masih tidak muncul di depan mereka.

"Mana Aryanna ni?" Soal Naqiudin.
Airis bangun dari bangku kemudian mula berkeliaran di sekeliling court. Matanya kemudian tertarik dengan sesuatu yang ada dekat padang.

"Wehh! Tengok tu HAHAHA ada orang kena denda doo!" Jerit Thaqif yang juga perasan sseorang pelajar dengan pakaian pinafore berlari di sekeliling padang.

Mereka semua kemudian berkumpul di tepi court. Sedang mereka menggelakkan gadis itu, tiba tiba pandangan mereka menjadi jelas apabila gadis itu hampir dengan mereka. Semua diam seribu bahasa.

"Weh, itu Aryannaa.." Kata Airis lalu mula berlari ke arah gadis itu. Diikuti dengan pemain rugbi yang lain.

Aryan hanya memerhati dari jauh bersama Daneal.

"Kau tak nak pergi tengok ke?" Soal Daneal.

"Malas."

"Kau bukan suka Aryanna ke?"

Aryan membuat muka toya kemudian mengabaikan soalan Daneal.

"Airis ada kenapa aku kena pergi sana."

Daneal tergelak mendengar apa yang Aryan yang kononya tak kisah pasal gadis itu. Jelous. Tu je yang dia dapat simpulkan sekarang.

SAMPAI sahaja mereka yang tadi berlari kearah Aryanna , muka masing masing jadi sebersalah. Yelahh, diorang gelakkan Aryanna tadi. Haihhhh..

"Aryanna..."

Mata semua tertancap pada baju gadis itu. Basahh kuyup.

Tetapi Aryanna hanya diam dan menutup matanya.

"Pedih."

Berkali kali gadis itu kata dengan suara seakan akan sedang berbisik. Pelajar lain semua bingung. Pedih?

"Kau ada jatuh ke tadi?" Naqiudin bertanya. Yelah, jatuh kan sakit, kalau sakit mesti ada luka kan?

Aryanna menggeleng.

Airis buat keputusan untuk memimpin Aryanna dan pergi ke court. Entah siapa yang buat gadis ni berlari seorang diri dengan pakaian yang basah kuyup.

Setibanya mereka di court. Aryan terus datang dekat dengan mereka apabila dia merasakan sesuatu yang aneh berlaku pada gadis itu.

Dia dengar Aryanna asyik mengulang perkataan yang sama. Pedih. Kemudian Aryan tersedar akan sesuatu. Dia menurunkan tangan Arynna yang dari tadi asyik menutup matanya. Lepas sahaja itu dia terus menarik tangan Aryanna untuk segera meninggalkan court. Meninggalkan semua yang ada disitu dengan tanda tanya.

Dia membawa Aryanna masuk ke tandas lelaki kemudian mengunci pintunya. Dia menurunkan tangan Aryanna kemudian melihat kondisi mata gadis itu. Merahh sangat.

"Bukak lens tu cepat." Arah nya dengan nada tegas bercampur dengan kerisauan.

Aryanna segera ke sinki dan membasuh tangannya sebelum mengeluarkan lens. Aryan memerhatikannya dari tepi.

"Beg kau dekat mana?"

Gadis itu memberitahu lokasi dan Aryan segera keluar untuk mengambilnya.

Beberapa minit kemudian Aryan kembali dengan beg gadis itu. Aryanna segera mengambil bekas untuk meletak lens dan menitikkan eye-mo di matanya. Dia membasuh muka untuk melegakan diri. Seketika suasana di dalam tandas sunyi. Mata Aryan masih memerhatikan budak kecil dihadapannya.

Aryan membuka zip begnya lalu mengeluarkan sepasang baju kering yang dia sentiasa standby. Jersey dan seluar sukan yang pendek itu diberikan kepada Aryanna. Seluar tu kalau Aryan pakai bawah lutut, so kalau si pendek ni yang pakai boleh dikira panjang lah kan?

Aryanna masuk di salah satu toilet untuk menukar pakaiannya. Memang besar lah bajunya boleh jadi jubah.

Tiba tiba dia rasa sebak, entah kenapa emosinya berkelakuan pelik, tiada angin tiada ribut.  Dia keluar dari tandas dengan air mata yang menitik tanpa henti. Aryan yang menunggunya dari tadi sudah panik. Mana reti dia nak melayan orang yang tengah menangis ni.

"Asal kau menangis ni?" Nampak macam care kan? Tapi nada suara dia mendatar macam nak marah orang.

Semakin kuat esakan gadis itu. Dia tak nak menangis, tapi dia tak tau kenapa dia menangis. Perempuan ni tak complicated okay!

Aryan mendekatkan dirinya dengan Aryanna. Perlahan lahan dia mengangkat tangannya kemudian menutup sepasang mata gadis itu dengan kedua ibu jarinya dengan lembut.

"Jangan nangis, tercemar baju aku nanti."

Mendengar kata kata itu Aryanna terus mengundurkan dirinya setapak ke belakang. Air mata di kesat dengan kasar. Dia rasa nak carut je dengan orang yang ada dekat depan dia ni. Bukannya air mata dia tu asid sampai boleh lubangkan baju mamat ni.

Aryanna mencuci mukanya kemudian perbuatannya terhenti apabila Aryan mengatakan sesuatu padanya sebelum dia keluar dari tandas.

"Jangan menangis, aku tak suka. Mata kau tengah sakit rest dekat pondok dulu. Kalau dah okay pergi dekat court. Aku tunggu dekat sana."

Tersenyum kambing dia mendengar ayat seperti itu keluar dari mulut Aryan. Boleh rupanya cakap baik baik. Sedar tak sedar sinki sudah banjir, dah melimpah dah pun.  Mana taknya, Aryanna biarkan paip air tu terbukak. Sempat lagi dia berangan dekat depan cermin. Cepat cepat gadis itu menutup paip air dan keluar dari tandas.

Dia duduk di pondok sementara menunggu matanya pulih semula. Dari situ dia boleh nampak pemain rugbi sudahpun memulakan latihan. Hanya mampu memerhatikan mereka dari jauh.

"Jangan menangis, aku tak suka." Aryanna mengemam bibirnya. Fangirling dalam hati. AAHHHHHH!

Dia nampak macam simple tapi, aishh! Malu la kitew ! HAHAHAHA

Okay stop stop! Tenangkan diri. Tarik nafas, lepas.

Kau orang jangan salah sangka ehh, aku bukan fangirling dengan mamat tiang tu. Aku cumaa, aku cuma rasa lain je bila dia cakap macam tu. Faham tak? Dia jarang nak care dekat orang, so ayat tu dia macam limited edition. Haa giteww!

___________

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

137K 1.6K 18
Selamat Datang Ke Kampung Celah Bedah Siri 4 , Adault Malay Scandel Story , kesinambungan dari siri siri sediada . Banyak berkisar peristiwa yang ber...
pengalaman pertama بواسطة Liza Norliza

الخيال (فانتازيا)

12.3K 73 5
kisah menceritakan tentang kehidupan aku yang pertama kali kena batang orang lain
isteri taruhan judi بواسطة Liza Norliza

الخيال (فانتازيا)

6.8K 41 3
kisah mengisahkan seorang lelaki kuat judi .. secara tk langsung di menjual isteri dia untuk bayar hutang judi dia
batang pak abu بواسطة Liza Norliza

الخيال (فانتازيا)

21.4K 72 3
kisah ni menceritakan tentang kehidupan janda dan anak perempuan nya yang tinggal di kg