SEINDAH TAKDIR ✅️

By nurshyn

10.2K 525 77

[ 06 | COMPLETE romance - sad ] *unedited* Alia Natasha dan Mohamad Haziq, ini kisah mereka berdua. Alia Na... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
Bab 3
BAB 4
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
[COMPLETE]

BAB 5

419 33 1
By nurshyn

PUAN Zaiton memerhati saja Alia yang sibuk bermain dengan Danish. Dia menjeling.

"Aku ni macam tunggul pula tak dilayan ye,” bidas Puan Zaiton.

Alia menoleh, dia tahu mama bercakap tentang dia. Tapi tak akanlah dia mahu tinggalkan Danish? Danish tidak sihat.

"Maaflah mama, Alia kena tengok-tengokkan Danish. Danish tak sihat," ujar Alia lembut.

"Alah, alasan!" sindir Puan Zaiton, dia menghirup air tehnya.

Alia hanya mendiamkan diri. Bukanlah dia berniat mahu mengecilkan hati mama mertuanya itu tapi dia juga ada hal penting yang mahu dibuat sekarang.

Puan Zaiton menjeling tajam ke arah Alia. Benci betullah dia pada Alia. Sejak dulu lagi. Kalau bukan kerana terdesak mahukan cucu, tak akan dia terima Alia.

---

Puan Zaiton hampir saja dapat serangan jantung bila mendengar cerita daripada Hazana tentang latar belakang Alia Natasha.

"Kenapa baru sekarang nak bagitahu mama? Kenapa tak awal-awal lagi?" marah Puan Zaiton.

Hazana melepaskan keluh panjang.

"Mama ni kenapa? Alia tu okey lah mama," kata Hazana.

"Okey? Okey dari mana Zana?" Puan Zaiton mengambil nafas. "Tahu tak dia tu anak yatim piatu? Tak ada keluarga? Tahu tak?" sambung Puan Zaiton, patutlah nalurinya sudah tidak baik sejak dia lihat Alia datang ke rumah.

"Mama!" seru Hazana. "Mama sedar tak apa yang mama cakap sekarang?" Hazana menggeleng kepala.

"Betullah apa kata mama. Dia tu takda keluarga. Nanti habis rosak keturunan mama!" hina Puan Zaiton, dikipas mukanya dengan tangan.

"Tak baik lah mama cakap Alia macam tu. Kesian dekat Alia," Hazana kasihankan Alia.

"Ah, apa nak peduli? Dia punya pasallah dia takda keluarga. Ish, menyesal betul mama kahwinkan dia dengan abang kau!" Puan Zaiton mendengus kasar.

"Elok je abang dengan Alia tu sekarang, bahagia je..." ujar Hazana perlahan.

Mata Puan Zaiton tepat menikam anak mata Hazana. Hazana menunduk.

"Bahagia? Kejap je tu. Nanti lambat laun mesti dia orang bercerai berai!" bidas Puan Zaiton.

Hazana mengucap di dalam hati. Sebabkan Alia Natasha anak yatim piatu, mamanya mahu menyesal menerima Alia?

Sungguh Hazana kesal dengan sikap mamanya. Ego! Patutnya bersyukur kerana Alia mahu menerima Haziq.

Cuba bayangkan kalau orang lain? Pasti dia tolak!

Patutnya mama bersyukur, dapat menantu yang baik. Yang mampu bahagiakan Abang Haziq...Desis Hazana.

---

Alia melabuhkan punggung di katil. Wajah Danish yang tidur itu dia renung.

"Sibuk sangat dengan anak pungut kau tu!"

Alia merasakan sakit pada dadanya. Mengapa begitu kejam sekali mama mertuanya pada dia dan Danish?

Adakah begitu hina orang yang bergelar anak yatim pada mata wanita itu hingga kata-kata hinaan saja yang meluncur keluar dari mulutnya?

Air mata Alia bergenang. Dia sedih. Sedih sangat bila Puan Zaiton menghina Danish di hadapan Danish.

Danish baru berusia dua tahun. Dia tidak layak mendengar semua hinaan itu.

"Maafkan mama sebab buat Danish sakit ya? Maafkan mama Danish..." ucap Alia mengusap pipi Danish perlahan.

Air mata Alia akhirnya tumpah. Dadanya sebak, melihat keadaan Danish sekarang. Kalau diberi pilihan lagi sekali, akan dia korbankan diri dia.

☘︎♧︎︎︎☘︎♧︎︎

Haziq tersenyum memandang Ustazah Aina. Aina turut membalas senyuman Haziq.

Entah kenapa sejak pertemuan tidak sengaja mereka kemarin, Haziq mulai kerap datang ke Rumah Anak Yatim Makmur.

"Hah, Haziq?" tegur Ustazah Laila mengejutkan kedua orang itu.

Aina dan Haziq serentak menoleh.

"Ustazah," Haziq mengangguk kecil.

Ustazah Laila menayang senyum, punggung dilabuh di atas kerusi.

"Ada apa Haziq datang sini?" tanya Ustazah Laila.

Haziq tersengih. "Adalah nak buat ustazah. Macam biasa," tutur Haziq.

Ustazah Laila mengangguk faham. Dia tahu apa yang Haziq mahukan. Pasti kedatangan Haziq itu mahu curhat padanya.

Sudah kebiasaan bagi Haziq untuk meluah pada Ustazah Laila. Bagi Haziq, Ustazah Laila adalah satu-satunya orang yang faham pada dirinya.

Bukan nak kata Alia tidak boleh menjadi pendengar baik kepada luahan hati Haziq tetapi bila berkaitan pada rumah tangganya, Haziq tidak mahu katakan kepada Alia.

Ustazah Laila lah tempat dia mengadu.

Mata Haziq bertembung dengan Aina. Aina segera menunduk, Haziq pula tersenyum.

Hatinya berdebar melihat Aina. Tiap kali matanya bertemu dengan mata kehijauan milik Aina, dia pasti tersenyum dan merasa berdebar.

Ini adalah suatu perasaan yang sama sewaktu dia dan Alia kenal dulu.

Adakah perkara itu akan berulang kepada orang yang lain sekarang?

☘︎♧︎︎︎☘︎♧︎︎

Danish mengibar-ngibarkan kertas yang diberi oleh Alia tadi. Alia tersenyum lebar melihat telatah comel Danish.

"Danish main apa ni?" soal Alia, dia duduk bersila di hadapan Danish.

"Ma!" ucap Danish.

Alia mengusap kepala Danish. Seketika telefon rumah berdering, pantas saja kali Alia menuju ke telefon.

Diangkat ganggang telefon ke telinga. "Ya, hello?" tanya Alia.

"Hello? Err, ini Wang Ziang ah?" suara garau milik seorang lelaki bertanya.

Dahi Alia berkerut. Wang Ziang mana pula?

"Err...sorry, salah nombor," ucap Alia.

"Hah? Salah ah? Aiyaa...manyak sorry ah? Okok."

Tut. Panggilan di matikan.

Alia menggeleng kepala. Ada-ada saja orang sekarang. Lain kali tengoklah nombor telefon tu elok-elok.

Alia meletakkan ganggang telefon ke tempat asal. Matanya dilirikkan ke arah Danish yang sudah terbaring di lantai.

Alia berlari mendapatkan Danish. Digendong Danish yang sudah pucat itu. Pantas saja kaki Alia bergerak ke dapur.

Kain putih yang di letak di atas meja itu dia ambil. Dibuka air paip lalu dibasahkan kain putih itu.

Alia segera mengelap wajah serta kepala Danish menggunakan kain putih tadi, seraya dia menepuk-nepuk belakang Danish.

Beberapa saat setelah itu Danish kembali sedar. Dia terbatuk-batuk. Alia meletakkan kain putih tadi ke dalam singki.

Dagu Danish yang ditopang atas bahu Alia, Alia tepuk perlahan belakangnya sambil menggoyangkan tubuh Danish.

Dia menenangkan Danish. Setelah beberapa saat setelah itu, Danish terlelap. Alia berhenti menggoyang tubuhnya.

Nafas lega Alia hembus keluar. Dia melangkah keluar daripada dapur. Kakinya dibawa naik ke atas.

TUBUH Danish dia letak lembut di atas katil. Alia menepuk-nepuk punggung Danish, dia terus mendodoikan Danish.

Ini sudah menjadi rutin kepada Alia. Tiap kali waktu tengah hari ataupun malam hari menjelang, Danish akan sawan.

Jadi Alia lah yang akan merawat Danish.

☘︎♧︎︎︎☘︎♧︎︎

Haziq menguak pintu rumah, kaki kanan dilangkah ke dalam. "Assalamualaikum," laung Haziq.

Tiada sahutan dari sang isteri. Haziq mengatup pintu, kakinya bergerak menuju ke tangga. Anak tangga itu didaki ke tingkat dua.

Dia menguak daun pintu bilik. Terlihat Alia tidur di sebelah Danish di katil. Lama Haziq pandang kedua mereka itu.

Kemudian kaki dibawa masuk ke dalam. Dia menutup pintu, kakinya maju menuju ke katil. Punggung Haziq labuhkan elok pada sebelah kaki Alia.

Dia kasihan melihat Alia. Sejak Danish sakit, Alia sudah banyak membiarkan dirinya.

Memang Haziq cemburu dengan Danish. Yalah, Danish dapat layanan dari Alia. Sedangkan dia? Nak bermanja dengan Alia pun Alia banyak menolak.

"Sayang..." panggil Haziq. Dia menepuk punggung Alia cuba untuk mengejutkan Alia.

Seketika dari itu, Alia tersedar. Dia menoleh ke arah Haziq. Haziq melakar senyum.

"Bangun sayang," lirih Haziq.

"Em...bila lagi abang sampai?" Alia bangun dari baringnya.

"Baru je sampai. Sayang nampak penat lah. Sayang dah makan ke ni?" soal Haziq, tangan dia naik menyentuh dahi Alia.

Alia sekadar menggeleng kecil. Dia mana ada makan. Sejak tengah hari tadi lah dia tidak makan.

"Sayang, kan abang dah pesan dekat sayang...Kesihatan sayang tu kena jaga."

"Tapi Danish-"

Haziq memintas. "Abang tahu sayang risaukan Danish. Tapi kalau kesihatan sayang tak dijaga, macam mana nak jaga Danish?"

Alia menghembus nafas kecil.

"Dah, jom abang temankan sayang makan." Haziq mengambil lembut lengan Alia.

"Abang tak makan?" soal Alia.

"Abang dah makan dekat luar tadi. Jom, abang temankan sayang makan eh?" Haziq mengusap  bahu Alia. "Kesiannya isteri abang ni..." sambung Haziq lagi.

Alia tersenyum kecil.

☘︎♧︎︎︎☘︎♧︎︎

Ustazah Laila memerhati saja lirikkan mata Haziq terus mengarah kepada Aina. Dia sudah lama perasan akan hal ini. Adakah Haziq?

"Awak memang selalu datang sini?" Aina mendekati Haziq.

Haziq melakarkan senyum.

"Ya, selalu juga," balas Haziq.

Aina mengangguk.

☘︎♧︎︎︎☘︎♧︎︎

"Haziq pergi ke mana?" tanya Puan Zaiton. Dilabuhkan punggung di atas sofa.

"Haziq ada kerja hari ini mama." Alia meletakkan segelas air teh di atas meja.

Puan Zaiton menjeling. Di ambil gelas yang baru Alia letak tadi. Dibawa mulut gelas itu ke hidung, dia menghidu wangian teh itu. Setelah itu barulah diteguk air teh itu.

"Mama nak makan?" Alia mulai bertanya bila suasana kembali hening.

Mata Puan Zaiton di lirikkan ke Alia. Gelas berisi teh itu dia letak di atas meja semula.

"Muka aku ni nampak macam orang yang kebulur nak makan kah?" soal Puan Zaiton sinis.

"Maaflah, Alia cuma tanya saja..." Alia melabuhkan punggung di sofa. Tidak jauh dari kedudukan Puan Zaiton.

Puan Zaiton sekarang memerhati gadis itu mula menggendong Danish, diletak Danish di pangkuan gadis itu.

"Kan elok kalau ada anak sendiri. Tak adalah menyusahkan diri nak jaga kalau dia sakit," bidas Puan Zaiton perlahan.

Alia dengar apa mama katakan. Nak buat macam mana lagi jikalau tidak ada rezeki? Dia bukannya meminta untuk semua ini jadi.

☘︎♧︎︎︎☘︎♧︎︎

Haziq menopang dagu dengan tapak tangannya. Seketika wajah Aina terbayang di fikiran. Kenapa wajah ustazah muda itu sering berlegar dalam kotak fikirannya?

"Abang?" panggil Alia mengejutkan Haziq daripada lamunan. Haziq menoleh.

"Ya sayang?" sahut Haziq.

"Abang buat apa? Abang sibuk tak?" tanya Alia. Dia menapak masuk ke dalam bilik kerja Haziq.

Haziq mengukirkan satu senyum pada bibir.

"Abang takde lah sibuk mana. Kenapa? Sayang nak apa?" Haziq meletakkan pen di atas meja.

Alia melabuh punggung di kerusi, di hadapan Haziq.

"Erm...boleh tak kalau abang ambil cuti?" Alia bermain-main dengan jari kecilnya.

Haziq menjongket kening. Cuti?

"Kenapa? Sayang sakit ke?" soal Haziq. Dia memandang wajah isterinya itu, elok saja.

Alia menggeleng. Bukan kerana dia sakit.

"Saya nak kita pergi bercuti dengan Danish. Kesian lah dekat Danish asyik terperap je dalam rumah ni. Jom, kita bawa Danish jalan-jalan nak tak?" Alia melakarkan senyuman lebar.

"Tak boleh lah sayang. Lebih lagi saham syarikat sekarang tak stabil, abang kena banyak uruskan syarikat," terang Haziq.

Alia menunduk. Merasa kecil hati bila suaminya menolak cadangan dia untuk membawa Danish bercuti.

Dia kasihankan Danish. Sudah lama Danish asyik terperap saja di rumah. Nak keluar bersiar sekitar perumahan pun Haziq tak bagi. Bahaya katanya. Itu tak apalah, Alia faham.

Tapi sampai bila mereka mahu terperap saja di rumah? Mereka bukannya ada pkp.

"Sayang, nanti lain kali abang bawa sayang bercuti okey?" pujuk Haziq.

Alia menyerotkan bibi, dia mengangguk.

"Abang janji?"

Haziq tersenyun kecil.

"Ya sayang, abang janji. Abang tak pernah kan mungkir janji sebelum ni?" tanya Haziq. Dia kembali meneliti kertas yang dipenuhi dengan data saham syarikat.

"Saya percayakan abang," ucap Alia. Alia melakarkan senyum tipis di bibirnya.

☘︎♧︎︎︎☘︎♧︎︎

Aina yang baru mahu menapak masuk ke dalam bilik itu dihentikan oleh Ustazah Laila.

"Aina!" panggil Ustazah Laila. Aina menoleh.

"Ya ustazah?" sahutnya.

Ustazah Laila mendekati Aina.

"Maaflah kalau ustazah menganggu."

Aina tersenyum.

"Eh, tidaklah. Ada apa ya ustazah?"

"Begini, ustazah ada urusan dekat Melaka selama dua hari ni. Jadi ustazah nak minta tolong kamu tolong tengok-tengokkan Haziq." Ustazah Laila memberikan sehelai kertas pada Aina.

Aina berkerut memandang kertas yang di beri.

"Apa ni ustazah?" soal Aina. Di teliti kertas yang ada di tangannya itu.

"Itu adalah maklumat diri Haziq. Jadi, kalau ada apa-apa kamu boleh tengok saja di sini."

"Tapi ustazah, bukan ke Haziq selalu jumpa dengan ustazah?" Aina memandang wajah Ustazah Laila.

"Ya, memang betul. Tapi ustazah ada kerja mustahak dekat Melaka. Jadi, ustazah nak kamu yang gantikan tempat ustazah. Kalau Haziq datang, tolong bagitahu dia yang ustazah tak ada untuk sehari dua ni," terang Ustazah Laila.

Aina mengangguk faham.

"Nanti ada apa-apa call saja ya?" pesan Ustazah Laila. Dia mulai mengorak langkah pergi dari situ.

Aina sekadar memerhati sahaja wanita itu pergi. Kelam kabut Ustazah Laila masuk ke dalam kereta Proton nya itu. Pasti wanita itu sibuk sekali. Kasihan.

☘︎♧︎︎︎☘︎♧︎︎

Alia menyedut hingusnya berkali-kali. Sesaat selepas itu, dia terbersin.

"Aduh...aku sakit ke ni?" desis Alia.

"Sayang?" panggil Haziq. Kebetulan dia baru turun dari atas, terdengar pula Alia bersin.

"Ah, abang."

Haziq mendekati si isteri. Dia meletakkan belakang tangannya pada dahi Alia.

"Sayang demam ni..."

Kening Alia terjongket ke atas.

"Demam?" Kini tangan Alia pula naik menyentuh dahinya. Panas. Benarlah dia demam.

"Sayang pergilah rehat dekat atas. Nanti abang ambilkan ubat," ujar Haziq. Dia membantu Alia untuk bangun dari kerusi.

"Sikit je lah panas ni abang...Nanti rehat-rehat kejap kebah lah demam ni."

"Sayang...Sayang tu sakit, faham tak? Sudah, jangan nak banyak cakap. Kalau abang kata rehat, sayang kena rehat." Tegas Haziq memberitahu.

Alia menjuih mulut.

Haziq tersengih kemudian mencium sekilas pipi Alia.

"Ish abang ni...Tengah orang demam pun nak kiss macamtu. Kalau berjangkit dekat abang, padan muka!" ejek Alia.

Haziq tertawa halus.

"Biarlah berjangkit. Bolehlah sayang pula jaga abang kan?" seloroh Haziq.

Alia sekadar menggeleng. Memang hari-hari pun Alia yang menjaga Haziq.

☘︎♧︎︎︎☘︎♧︎︎

Seorang lelaki berketinggian dalam 170cm itu berdiri memandang ke luar balkoni. Mungkin teringat kisah lalu bersama orang tercinta.

"Aduhai abang ni, orang kalau dah tak nak tu tak payah lah nak di kenang," tegur seorang gadis.

Lelaki itu menoleh. Ditunjal kecil kepada gadis itu.

"Kau kalau tak kacau aku tengah bersandiwara tak boleh ke hah?" bidasnya.

"Amboi, suka-suka hati dia je nak tunjal kepala orang. Wahai abangku Amsar, cik Celesna itu dah kahwin. Abang nak buat apa lagi termenungkan Celesna yang dah jadi hak orang?" Gadis itu meletakkan lengannya di atas pagar balkoni.

Amsar melepaskan keluh panjang. Ada betul juga apa kata adiknya, tak guna mengenang si dia yang sudah jadi milik orang.

"Jasmin, kau tak nak kahwin ke?" Amsar menyoal.

"Kahwin?" Jasmin berfikir seketika. "Nak juga. Tapi lepas apa yang Josua buat dekat adik, adik dah takut untuk buka hati adik ni semula. Maybe membujang adalah apa yang terbaik."

"Alah, itu sekarang kau bercakap macamtu. Kalau ada CEO datang meminang konfem kau terima kan?" Amsar menyilang tangan ke dada.

"Hah, baguslah kalau ada CEO yang berminat dekat adik," kata Jasmin. Dia menjongketkan kening, memang bagus kalau ada yang berkenan.

"Eleh, loyar buruk," gumam Amsar.

"Abang pun sama juga," balas Jasmin.

Puan Baidah mengatur langkah mendekati ke arah dua anaknya itu.

"Apa saja yang korang bincangkan ni?" soalnya.

Amsar menoleh.

"Takde apa pun mummy. Si Jasmin ni hah, berangan nak CEO masuk meminang dia." Amsar tersengih.

"Eleh, lebih baik adik berangan. Daripada mengenang orang yang langsung tak ingatkan dia," bidas Jasmin.

"Amboi, dah lebih ni. Mummy, tengoklah anak mummy sorang ni. Makin besar ni makin biadab pula mulut dia tu," bidas Amsar kembali.

Jasmin mengetap bibir. Satu cubitan dia bagi pada perut Amsar.

"Arh!" erang Amsar. "Sakit tahu tak!" marah Amsar.

"Padan lah muka. Lain kali cakap lagi bukan-bukan pasal adik, memang kena lah!" Jasmin tersengih sinis. Barulah Amsar tahu, cubitan dia itu berbisa!

☘︎♧︎︎︎☘︎♧︎︎

Hazana; Assalamualaikum mama!"

"Hm, waalaikumsalam..." balas Puan Zaiton.

Hazana; Eh, mama sakit ke? Kenapa suara mama serak je?"

"Pening sikit ni hah. Ada apa call pagi-pagi?"

Hazana; Ni, Zana nak bagitahu dekat mama yang Zana balik bulan depan."

"Hah? Iyakah? Hah, baguslah tu. Tapi, kenapa nak balik awal? Bukankah Zana cakap kursus Zana tu sampai bulan 12?"

Hazana; Memang macamtu tapi Zana nak balik kejap sebab Zana dengan Zaidan nak tunang!"

Hazana teruja.

Puan Zaiton melakar senyum lebar.

"Alhamdulillah...Syukurlah kalau macamtu. Ah, bila pihak Zaidan datang nak merisik?"

Hazana; Tak payah risik-risik lagi. Mak Zaidan kata terus tunang. Eheh!"

"Hm...Iyalah. Kalau macamtu, nanti balik bagitahu tau. Mama nak kena siap-siapkan majlis kamu tu," ujar Puan Zaiton. Semakin lebar senyumannya.

Hazana; Okey mama. Eh, nanti Zana call balik tau. Class nak start lah! Bye!"

"Yalah, jaga diri tau Zana," pesan Puan Zaiton.

TUT. Panggilan dimatikan.

Senyum lebar masih terukir di bibir Puan Zaiton. Syukurlah Hazana sudah mahu bertunang.

Kali ini dia tinggal tunggu cucu daripada Hazana lah. Alhamdulillah.

           HAZIQ melepaskan nafas panjang. Dia menelan air liur, kepala disandarkan ke bahu kerusi.

Banyak yang perlu Haziq fikirkan sekarang. Kepala dia serabut dengan hal kerja juga hal peribadinya sendiri.

Mata dipejam rapat. Dia mahu berehat buat seketika. Mungkin dia patut ambil cuti buat sehari dua ini. Otaknya terlalu banyak bekerja, dia perlukan rehat.

"Bro," panggil Ikhwan dari arah pintu pejabat Haziq.

Haziq tidak mengendahkan Ikhwan. Dia sekarang hanya mahu kosongkan mindanya sahaja.

Ikhwan menapak masuk ke dalam. Daun pintu dia tutup, langkahnya diatur mendekati meja Haziq.

"Fuh, stres semacam aje kau ni Ziq. Kenapa?" Ikhwan melabuhkan punggung di kerusi.

Wajah Haziq di hadapannya itu dia pandang. Benar-benar stres sahabat dia itu, ada apa ya?

"Aku penat lah Ikhwan. Banyak benda aku kena fikir," beritahu Haziq. Dia masih pada posisinya.

"Ni konfem pasal bini kau lah ni kan?" teka Ikhwan.

Haziq membuka kelopak mata, dilirikkan matanya memandang Ikhwan.

"Ziq. Aku kenal kau dah lama Ziq. Lebih lagi pasal masalah kau, aku dah faham sangat lah. Aku bukan nak kata apa lah Ziq tapi ada betul juga apa yang mak kau cakap," kata Ikhwan.

"Aku rasa kau patut kahwin lagi sorang Ziq," sambung Ikhwan.

Haziq menggelengkan kepala. Kahwin lagi? Itu adalah keputusan bodoh pada dia.

"Ziq, selagi kau tak kahwin dan tak dapat zuriat, mak kau tak akan berhenti desak kau."

"Tapi aku tak nak kahwin lagi Ikh. Isteri aku si Alia tu pun dah cukup buat aku. Kenapa nak kena kahwin lagi? Danish tu, dah boleh dikira sebagai cucu mama aku kut," sanggah Haziq.

Ikhwan melepas keluh.

"Masalahnya, mak kau tu nakkan cucu dari menantu dia sendiri. Kau faham kan maksud aku?"

Haziq mengetap gigi kemudian menghela nafas.

"Aku tak faham lah dengan mama aku tu. Berkali-kali aku tolak pun tapi tetap juga paksa aku. Ish..." keluh Haziq.

"Itulah apa yang aku cakap Haziq. Kau kena kahwin dan dapatkan anak dengan isteri baru kau. Selagi kau tak buat apa yang mak kau suruh, dia takkan berhenti."

Haziq hanya mendiamkan diri. Entahlah sampai bila dia mahu hidup dengan desakkan daripada mamanya itu.

Tidak cukuplah Alia Natasha sebagai menantu? Tidak cukupkah Danish sebagai cucu?

Haziq melepaskan keluh panjang. Kahwin lagi?

Continue Reading

You'll Also Like

188K 5.2K 51
Segalanya bermula saat dia jatuh cinta dengan seorang lelaki yang bekerja bawah naungan Rashid's Company (Milik Keluarganya). Meski mertabat mereka j...
97K 3.1K 32
[COMPLETED] Setelah Bella dibebaskan dari Rumah Sakit Jiwa, Rancangannya untuk membalas dendam terhadap Medina Izwany yang telah merampas Tengku Fir...
295K 10.9K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
4.9M 240K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...