๐๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐๐š๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๏ฟฝ...

By Hwayuqiii

58.3K 6.6K 721

Season 1 Energi shizen adalah kekuatan yang perlu dikeluarkan untuk menggunakan ability, energi itu dimiliki... More

SEASON 1: DESCRIBE
CHAPTER 1
CHAPTER 2
CHAPTER 3
CHAPTER 4
CHAPTER 5
CHAPTER 6
CHAPTER 7
CHAPTER 8
CHAPTER 9
CHAPTER 10
CHAPTER 11
CHAPTER 12
CHAPTER 13
CHAPTER 14
CHAPTER 15
CHAPTER 17
CHAPTER 18
SPECIAL CHAPTER
CHAPTER 19
CHAPTER 20
CHAPTER 21
CHAPTER 22
CHAPTER 23
CHAPTER 24
CHAPTER 25
CHAPTER 26
CHAPTER 27
CHAPTER 28
CHAPTER 29
CHAPTER 30
SEASON 2: HEADING TO WAR
S2 CHAPTER 1
S2 CHAPTER 2
S2 CHAPTER 3
S2 CHAPTER 4
S2 CHAPTER 5
S2 CHAPTER 6
S2 CHAPTER 7
S2 CHAPTER 8
S2 CHAPTER 9
S2 CHAPTER 10
S2 CHAPTER 11
S2 CHAPTER 12
S2 CHAPTER 13
S2 CHAPTER 14
S2 CHAPTER 15
S2 CHAPTER 16
S2 CHAPTER 17
S2 CHAPTER 18
S2 CHAPTER 19
SPECIAL CHAPTER.
S2 CHAPTER 20
S2 CHAPTER 21
S2 CHAPTER 22
S2 CHAPTER 23
S2 CHAPTER 24
S2 CHAPTER 25
S2 CHAPTER 26
S2 CHAPTER 27
S2 CHAPTER 28
S2 CHAPTER 29
S2 CHAPTER 30
Q:A chapter
S3 CHAPTER 1
I am back..
S3 CHAPTER 2
S3 CHAPTER 3

CHAPTER 16

832 102 0
By Hwayuqiii


"Ibu Ace.... Siapa sebenarnya.?" Tanya nya dengan ragu.

"Ibunya bernama Kiyomizu Hikari. Dia adalah anak angkat kepada Kiyomizu Yamado."

"Kiyomizu Yamado? Pemimpin para hunters terdahulu ?"

"Iya.. Tuan Yamado membawa Hikari datang ke desa Kiyomizu 20 tahun yang lalu, waktu itu Hikari telah berusia 18tahun. Agak mengejutkan beliau mempunyai anak angkat yang sudah berusia 18tahun tapi kami tidak mempersoalkan nya untuk menghormati keputusan Tuan Yamado." Ujar Kagura.

"Jadi, asal usul ibu Ace tiada siapa yang tahu?" Tanya Kazuke.

"Iya, tapi kemungkinan Tuan Yamado mengetahui nya namun merahsiakan nya.

"Ace pun tak tahu pasal ibu dia?

"Iya, sehingga kini aku mahupun ace masih mencari kebenaran tentang asal usul Hikari." Ujar kagura.

Kazuke diam berfikir...

"Jadi makna nya, ibu Ace bukan keturunan Murni Klan Kiyomizu?" Tanya Kazuke.

"Iya benar, Hikari bahkan tidak pernah mengeluarkan ability dan sama seperti Ace, energi shizen nya terlalu sedikit." Jawab Kagura

"Habis tu, macam mana kakek Ace tahu Ace keturunan Murni Kiyomizu kalau Ace tak dapat gunakan ability?" Tanya Kazuke lagi.

"Entahlah, aku sendiri bingung dengan apa yang berlaku." Ujar Kagura.

"Ace bahkan tidak mampu mengeluarkan apa apa ability kerana dilahirkan dengan energi shizen yang sangat lemah walaupun ayahnya seorang bangsawan keturunan Murni, maknanya dia memiliki gen yang kuat dari ibunya" Ujar Kagura lagi.

"Jadi, kekuatan dia malam tadi dari mana? Ability element angin dia lagi kuat dari Sai."

"Kejadian seperti semalam sudah pernah berlaku sebelum nya dan sepertinya kejadian bulan purnama memberinya kekuatan itu."

"Apa maksud nya?"

"Aku juga tidak yakin dan itu hanya pandangan ku, tapi dunia ini luas dan banyak perkara yang belum kita ketahui dan aku yakin masalah tentang asal usul Ace akan terpecahkan suatu hari nanti."

Kazuke hanya diam...

"Aku harap kamu boleh simpan rahsia ni, kita tidak tahu berapa ramai orang yang mempunyai pemikiran sama seperti ayah Ace yang menganggap manusia berdarah putih itu adalah keturunan iblis." Ujar Kagura

"Tapi.. ayah Ace siapa? Keturunan Murni Kaneko makna nya keturunan ....."

"Maaf Kazuke, aku hanya dapat menceritakan itu kepada kamu." Ujar Kagura memotong percakapan Kazuke.

"Baiklah, saya faham. Tapi saya boleh tengok Ace." Kazuke cuba menahan rasa panasaran nya.

"Boleh, tapi Ace masih belum bangun." Balasnya.

"Takpe." Ujar Kazuke

"Baiklah, kamu masuk sahaja bilik sebelah kanan di atas. Ace ada di sana." Kata Kagura.

Kazuke mengangguk lalu naik ke atas untuk menjenguk Ace.

****

Di Academy.

"Akhirnya, semua dah siap." Ujar Raizo.

"Hmm ye, tapi korang tak boleh balik kelas lagi." Kata Mirae.

"Eh, kenapa pula?" Tanya Shiro.

"Kelas korang masih dalam pembaikan, jadi untuk sementara ni korang akan guna dewan ni." Balas Mirae.

"Oh yeke." Ujar Shiro.

Mirae hanya mengangguk.

"Mirae, kau taknak balik kelas kau ke?" Tanya Rin.

"Kenapa? Kau dah nak balik?"

"Ha arh."

"Oh kalau macam tu kita gerak sekali lah."

"Okay jom."

Mirae berdiri.

"Kitaorang balik kelas dulu ." Ujar Mirae.

Mereka hanya mengangguk.

Rin dan Mirae pun keluar dari dewan itu dan kini hanya Shiro, Asyura serta Raizo yang masih berada di sana.

"Ergg bosan nyaa!!" Rungut Asyura.

"Hm tula, dah lah kelas kita ada 6 orang jer, lepastu 3 lagi tak datang." Balas Shiro.

"Nak buat macam mana, korang tahu sendiri kan apa masalah diorang."

"Ye tahu, tapi bila kelas kita nak jadi macam dulu balik." Ujar Asyura.

"Betul juga, tapi aku yakin semua akan okay nanti." Balas Raizo.

"Hmm..iye." ujar Shiro

"Tapi korang tahu tak, hari ni hari terakhir Yuhiko Sensei jadi guru kelas kita." Kata Raizo.

"Hah? Betul ke? Aku tak tahu pun." Balas Asyura.

"Kan mula besok kita akan cuti selama sebulan sebelum ujian gabungan. Jadi lepas cuti nanti Izuka Sensei yang akan masuk.." Kata Raizo.

" Ye tak iya juga kan, tak sedar dah nak ujian pula. Jadi kelas kita akan gabung dengan kelas mana?" Ujar Shiro.

"Kelas kita akan gabung dengan kelas Rin dan Mirae." Jawab Raizo.

"Yeke? Tak sangka pula kita ujian sekali dengan diorang. Tempat ujian kita pula kat mana?" Tanya nya lagi.

"Yang ni korang jangan terkejut. Ujian untuk kelas gabungan kita akan di adakan di......." Raizo sengaja menggantung ayat nya untuk membuat rakan nya tertanya tanya.

"Kat mana.. cepatlah bagitau." Ujar Asyura.

"Kat kerajaan Gesshoku."

Asyura dan Shiro tersiam seribu bahasa.

"Kau serius lah? Kerajaan tu?"  Jantung Shiro mula berdegup kencang setelah Raizo menyebut nama kerajaan itu.

"Aku tak main main lah, Nekanda aku sendiri yang bagi tahu pasal tu." Kata Raizo.

"Tapi kerajaan tu kan tak sama macam kerajaan lain, pengetua yakin ke kita akan adakah ujian kat sana?" Ujar Asyura.

"Sebenarnya, Nekanda aku yang cadangkan tempat tu." Ujar nya sambil tersengih.

"Maksud kau, Raja Tarama sendiri yang cadangkan? Biarpun dia tahu cucu cucu dia yang akan ikut ujian kat sana?" Tanya Asyura

"Ha arh, dan Nekanda aku juga yang minta kelas kita dan kelas Rin digabungkan supaya aku dengan Rin sama sama dapat pergi kerajaan tu." Jawab Raizo sambil tersengih.

"Biar betul? Kenapa Raja Tarama buat semua tu?" Tanya Asyura.

"Tu semua untuk mengeratkan hubungan kekerajaan antara kerajaan Auzora dan kerajaan Gesshoku." Jawab Raizo lagi.

"Jadi, kiranya kita ni macam tumbal lah? Kalau jadi apa apa kat kita macam mana?" Ujar Asyura ketakutan.

"Pasal tu korang jangan risau, kedua dua kerajaan dah buat perjanjian pasal keselamatan kita. Dan dalam ujian nanti academy kita akan bergabung dengan pelajar academy hunters kerajaan Gesshoku."

Shiro dan Asyura semakin berdebar, mereka terdiam kaku.

"Aku tak boleh bayang kan pergi kerajaan tu. Korang tahu sendiri kan kerajaan tu satu satunya kerajaan yang cuma ada satu Klan. Dan Klan diorang adalah Klan terkuat antara semua Klan." Kata Shiro

"Hmm ye, sebab tu kita kena berlatih lebih dari sebelum nya. Anggap je semua tu cabaran kita untuk jadi Hunter. Korang cakap nak jadi hunter lagenda kan. Takkan baru ujian macam tu dah nak takut." Kata Raizo.

"Eh sape cakap aku takut. Aku dah bulatkan tekad aku.  Aku akan jadi hunter terkuat dari Klan Miura." Kata Asyura dengan bersemangat.

"Dah hampir seribu kali kau sebut ayat tu." Ujar Shiro.

Raizo hanya tertawa kecil.

"Kita kan sama sama dah janji nak jadi hunter lagenda suatu hari nanti. Jadi kalau setakat ujian gabungan ni tak payah nak takut lah. Masih ada ujian besar yang lain kita kena hadap nanti." Kata Raizo.

"Betul betul.." sokong Shiro.

Mereka pun saling tersenyum antara satu sama lain.

***

Tanpa di sedari, sesi persekolahan hari ini telah tamat. Sebelum cuti selama sebulan, para pelajar telah dimaklumkan tentang ujian gabungan dan tempat tempat ujian bagi setiap kelas gabungan. Oleh itu para pelajar di minta untuk bersedia dan berlatih lebih keras sebelum ujian bermula.

***

Seminggu setelah cuti, Rin, Raizo, Mirae, Shiro serta Asyura datang ke kediaman pemimpin Klan Kiyomizu iaitu kediaman Kagura untuk menjenguk Ace.

Setelah tiba di luar rumah, pintu rumah Kagura tertutup rapat dan tiada yang menyahut panggilan mereka.

"Tuan Kagura dengan Ace takde ke?" Gumam Asyura.

Tiba tiba, mereka mendengar geseran pedang dari belakang rumah dan mereka pun pergi ke sana. Tanpa disangka, bunyi geseran pedang itu berasal dari pedang Ace dan Sai.

"Eh, kat sini rupanya." Ujar Asyura.

Kagura yang sedang duduk di sebuah kerusi menoleh ke belakang setelah menyedari kehadiran mereka.

"Oh, kamu semua datang? Ada apa?" Tanya Kagura.

"Kami nak jenguk Ace. Tapi tak sangka pula dia dah sihat, dah main pedang pula tu." Ujar Shiro.

"Ha arh, dia sudah lama kembali pulih." Jawab Kagura.

"Ohh.. tapi, dia dengan Sai dah okay?" Tanya Mirae pula.

"Sai sudah mula datang ke sini dan menemui Ace seperti biasa, tapi mereka belum saling berbicara antara satu sama lain." Jawab Kagura.

"Ouhh.. baguslah kalau macam tu, harap harap semuanya kembali macam dulu." Ujar Raizo.

"Aku pun mengharapkan hal yang sama." Kagura tersenyum sambil melihat Ace dan Sai yang sedang bertarung.

Beberapa minit kemudian, Kagura memanggil Sai dan Ace.

"Kawan kawan kamu datang, mari kita masuk ke dalam." Ujar Kagura.

Ace melihat lihat sekeliling seperti mencari sesuatu.

"Ace, cari apa?" Tanya Raizo.

"Kazuke." Kata nya perlahan.

Mereka agak terkejut apabila Ace mencari Kazuke setelah apa yang berlaku sebelum nya, namun mereka cuba bersikap seolah tiada apa yang pernah berlaku.

"Dia tak ikut." Jawab Raizo sambil tersenyum.

Ace pun diam dan mengambil sarung pedang nya yang berada di tepi kerusi Kagura.

"Kita masuk dulu, nanti kamu boleh berbual di dalam." Ujar Kagura.

Mereka pun masuk ke dalam rumah bersama.

To be continue..
Kalau ada apa apa yang membingungkan boleh tanya komen ya nanti saya jawab.. 🙊

Continue Reading

You'll Also Like

89.3K 2.6K 24
Shahzuwan, budak baru pindah sekolah asrama lelaki! Satu hari, dia terlanggar senior, Allef Haiqal. Tak sengaja! Dia dipersalahkan! Sejak itu, dia as...
2.8M 106K 64
@Choco_Lyn @Random @Romantic @2018 @Terkahwin dengan Sir! @Wattpads 'Hello, my name is Nurul Zafira Warda and you can call me, Warda! My erm.. 'somet...
36.5K 2.5K 36
Efrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat d...
1M 115K 93
Pernah dengar nama Angelo ? Siapa dia ? Sisi jahat Tengku Azhar Azeem ? Bukan, itu lain lagi. ELVIEN ANGELO adalah jejaka yang tak kena dengan umur...