𝐏𝐮𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐍𝐚𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 �...

By Hwayuqiii

58.6K 6.6K 722

Season 1 Energi shizen adalah kekuatan yang perlu dikeluarkan untuk menggunakan ability, energi itu dimiliki... More

SEASON 1: DESCRIBE
CHAPTER 1
CHAPTER 2
CHAPTER 3
CHAPTER 4
CHAPTER 5
CHAPTER 6
CHAPTER 7
CHAPTER 8
CHAPTER 9
CHAPTER 10
CHAPTER 11
CHAPTER 12
CHAPTER 13
CHAPTER 14
CHAPTER 16
CHAPTER 17
CHAPTER 18
SPECIAL CHAPTER
CHAPTER 19
CHAPTER 20
CHAPTER 21
CHAPTER 22
CHAPTER 23
CHAPTER 24
CHAPTER 25
CHAPTER 26
CHAPTER 27
CHAPTER 28
CHAPTER 29
CHAPTER 30
SEASON 2: HEADING TO WAR
S2 CHAPTER 1
S2 CHAPTER 2
S2 CHAPTER 3
S2 CHAPTER 4
S2 CHAPTER 5
S2 CHAPTER 6
S2 CHAPTER 7
S2 CHAPTER 8
S2 CHAPTER 9
S2 CHAPTER 10
S2 CHAPTER 11
S2 CHAPTER 12
S2 CHAPTER 13
S2 CHAPTER 14
S2 CHAPTER 15
S2 CHAPTER 16
S2 CHAPTER 17
S2 CHAPTER 18
S2 CHAPTER 19
SPECIAL CHAPTER.
S2 CHAPTER 20
S2 CHAPTER 21
S2 CHAPTER 22
S2 CHAPTER 23
S2 CHAPTER 24
S2 CHAPTER 25
S2 CHAPTER 26
S2 CHAPTER 27
S2 CHAPTER 28
S2 CHAPTER 29
S2 CHAPTER 30
Q:A chapter
S3 CHAPTER 1
I am back..
S3 CHAPTER 2
S3 CHAPTER 3

CHAPTER 15

842 93 0
By Hwayuqiii

"Apa yang jadi dengan Ace sebenarnya?" Tanya Sai.

"Erhmm.. buat masa ini, Aku belum dapat mengatakan apa apa tentang Ace. Tapi cukup kamu ketahui, bahawa masa lalunya sangat menyakitkan dan aku harap kamu memperlakukan Ace dengan sebaik baiknya." Kata Kagura.

"Teruk sangat ke apa yang pernah jadi dengan Ace?" Tanya Sai lagi.

Kagura hanya mengangguk.

Sai mengerti dan tidak menanyakan apa apa soalan lagi.

"Sai balik dulu." Katanya kemudian berdiri.

"Tunggu Sai." Ujar Kagura menahan Sai.

"Kenapa?"

"Aku perlu memberikan ini kepada kamu." Katanya sambil mengeluarkan sebuah pedang dari peti kayu yang ada di atas meja.

"Pedang bulan?" Tanya Sai hairan.

"Iya. Pedang ini adalah milik kamu mulai hari ini " ujar Kagura.

"Bukan pedang bulan Klan Kiyomizu Atok dah bagi kat Ace ke?" Tanya Sai.

"Maksud kamu apa?" Tanya Kagura kehairanan

"Pesang warisan yang dipamerkan kat academy tadi apa?" Tanya Sai.

"Oh, itu pedang warisan milik Tuan Yamado. Bukan pedang bulan." Kata Kagura.

"Aku salah faham?" Gumam nya di dalam hati sambil mengelamun.

"Sai? Apa yang kamu fikirkan?" Tanya Kagura.

Sai tersentak dari lamunan nya dan memandang Kagura.

"Takde apa.. tapi betul ke Atok nak serahkan pedang ni sekarang? Kan umur Sai belum genap 18tahun lagi." Katanya.

"Cepat atau lambat, Aku mesti serahkan juga pedang ini kepada kamu." Ujar kagura.

Sai pun menerima pedang itu dan melihatnya.

"Jaga baik baik pedang bulan ini, pedang ini adalah warisan turun temurun yang paling berharga untuk Klan kita." Kata Kagura

Sai hanya mengangguk faham.

"Kalau macm tu Sai balik dulu." Katanya pula.

"Baiklah, hati hati ya." Ujar Kagura.

Sai hanya mengangguk faham kemudian berangkat pulang.

****

Keesokan Harinya.

Academy hari ini tetap dijalankan seperti biasa, para pelajar diberi tugasan untuk mengembalikan keadaan Academy seperti semula setelah acara Fertival Tahunan kemarin.

Kelas Sword di arahkan untuk berkumpul di dewan tempat pameran mereka untuk mengemas semua peralatan di sana.

Rin dan Raizo tiba lebih dahulu di sana dan duduk menanti yang lain tiba.

Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya Shiro, Asyura dan Mirae tiba dalam keadaan yang tidak bermaya dan bawah mata gelap.

"Korang pun tak dapat tidur ke?" Tanya Rin sebaik sahaja mereka tiba.

"Ha arh, otak aku asyik fikir pasal Ace je." Jawab Asyura.

"Apa yang jadi sebenarnya, aku masih tak dapat hadam lagi pasal kejadian semalam.", Ujar Mirae.

"Ace tak apa apa ke? Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa waktu tu dia rasa sakit sangat." Kata Shiro pula.

"Aku pun rasa benda yang sama juga." Balas Raizo.

"Apa maksud Tuan Kagura malam tadi? Dia cakap rasa sakit tu cuma ingatan tubuh Ace.." ujar Rin.

"Aku pun tak habis fikir lagi pasal tu.. ada satu benda lagi yang membingungkan aku." Balas Asyura pula.

"Apa?" Tanya Raizo.

"Waktu Tuan Kagura suruh tutup tirai jendela kelas tu, dia cakap jangan biarkan cahaya bulan purnama tu masuk? Korang tak rasa pelik ke?" Ujar Asyura.

"Memang pelik, tapi kita tak boleh buat spekulasi sendiri. Lagi baik kalau kita tanya sendiri dengan Tuan Kagura." Balas Raizo.

"Tapi tu kan urusan Klan Kiyomizu, aku rasa kita tak patut masuk campur." Ujar Mirae.

"Memang lah, tapi korang tak ingat ke pasal benda yang ada kat keliling Ace malam tadi? aku tak boleh lupa rasa sakit dia, sebab tu aku nak tahu apa yang jadi dengan Ace sebenarnya." Asyura membalas dengan wajah yang serius kali ini.

"Iya tak iya juga, aku tak pernah tahu ability macam tu ada." Ujar Shiro pula.

"Kalau benda tu ability Ace, kenapa energi shizen dia tak terasa langsung." Kata Raizo.

"Ha arh, yang tu sangat sangat pelik." Balas Rin.

"Bincang apa?"  tanpa mereka sedari Yuhiko Sensei sudah berada di belakang mereka.

"Eh, sensei.. sorry tak perasan." Ujar Raizo.

"Takpe, saya faham kamu masih terkejut dengan apa yang jadi semalam. Tapi pasal tu Klan kiyomizu dan pengetua akan uruskan, kamu tak payah risau." Ucap Yuhiko Sensei.

"Hmm tapi Ace tak apa apa ke?" Tanya Rin.

"Tuan Kagura dah maklumkan bahawa Ace tidak apa apa, cuma oleh kerana kekuatan nya lepas kendali malam tadi, dia masih belum dapat memulihkan energi tubuh nya." Jawab Yuhiko Sensei.

"Lepas kendali? Maksud nya apa yang jadi malam tadi memang berasal dari ability Ace?" Tanya Shiro pula.

"Iya betul, saya pun dah baca laporan latihan Ace dari Izuka Sensei dan Shizawa Sensei. Dari rekod tu, saya dapati Ace tidak pernah menggunakan ability nya sepanjang latihan ataupun perlawanan. Tuan kagura juga mengatakan hal yang sama. Dia kata Ace tidak pernah mengeluarkan ability nya sejak dulu." Ujar Yuhiko Sensei.

Mereka pun senyap dan merasa sedikit lega selepas mendengar hal itu.

"Kazuke dan Sai tak datang ke hari ni?"

"Hmm mungkin." jawab Asyura dengan ragu.

"Oh takpelah kalau macam tu, tapi Rin dan Mirae tak kisah ke tolong kelas ni? "

"Kami tak kisah, lagipun kelas kami mungkin dah siap semua tugasan dari kemarin." Jawab Mirae.

"Baik lah kalau macam tu."

Dewan itu menjadi sunyi seketika. Yuhiko Sensei melihat pelajar nya itu seperti masih tertanya tanya akan sesuatu.

"Lepas kendali? Tapi kenapa takde energi shizen yang terasa waktu tu." Gumam Raizo di dalam hati.

"Macam mana dia boleh guna ability tanpa energi shizen?"  Shiro juga bermonolog sendiri di dalam hati.

"Kamu ada apa apa nak tanya lagi ke?" Tanya Yuhiko Sensei.

"Dah takde, kami dah faham." Ucap Raizo sedemikian walaupun dalam fikiran nya masih ada beberapa persoalan yang belum terjawab.

Begitu juga dengan yang lain.

"Kalau macam tu, kamu semua boleh mulakan tugasan kamu." Ucap Yuhiko Sensei.

Mereka pun berdiri dan mula mengemas dewan yang telah mereka gunakan sebelumnya.

***

Di Kediaman Kagura.

Kazuke datang membawa pedang milik Ace ke kediaman Kagura. Kebetulan Kagura sedang berada di luar rumah ketika dia tiba.

"Kazuke, ada apa kamu datang?" Tanya Kagura.

"Saya datang nak pulang kan ni." Jawab nya sambil menghulur pedang milik Ace.

"Ouh, pedang Ace." Ujar Kagura sambil mengambil pedang itu.

Kazuke hanya mengangguk.

"Ace tak apa apa?" Tanya Kazuke.

"Dia sudah tidak apa apa, tapi lepas kejadian semalam berkemungkinan dia tidak akan bangun dalam 3 hari ini." Ujar Kagura.

"3 hari? Kenapa?" Tanya Kazuke kehairanan.

"Aku sendiri tidak tahu kenapa tapi kejadian seperti semalam sudah pernah terjadi sebelum nya, dan setelah kejadian itu Ace tidak bangun selama 3hari berturut turut." Jawab Kagura.

Kazuke diam seketika..

"Sebenarnya, apa yang jadi semalam salah saya. Kalau saya tak naikkan tangan saya dekat Ace, benda tu takkan jadi." Balas Kazuke.

"Aku sudah mendengar hal itu dari Sai. Dia tahu kamu tidak berniat melakukan hal itu kepada Ace." Ujar Kagura.

"Sai? Maksud Tok apa?"

"Hmm.. sebenarnya Sai tidak sengaja mendengar perbualan mu dan ayah mu. Jadi dia faham emosi kamu sedang tidak baik waktu itu." Ujar Kagura untuk menjawab pertanyaan Kazuke.

Kazuke diam seketika.

"Sebenarnya, ada apa dengan Ace? Saya masih tak faham." Ujar Kazuke pula.

"Kamu masuk dulu, aku akan ceritakan semuanya tentang Ace memandang kan kamu sudah terlanjur mengetahui rahsianya."

Kazuke pun masuk bersama Kagura ke ruang tamu dan duduk di hadapan Kagura.

Kagura menghela nafas perlahan kemudian memandang Kazuke.

"Ace sebenarnya adalah bangsawan dari Klan Kaneko. "

Riak wajah Kazuke berubah drastis, mata nya terbuka luas memandang Gukara.

"Apa... Mak..sud..nya."

"Dulu, ayahnya telah jatuh cinta kepada seorang gadis dari Klan nya. Tapi, hubungan mereka di halang oleh orang tua ayah Ace. Dia memisahkan ayah Ace dan gadis itu kerana gadis itu bukan keturunan Murni dari Klan Kaneko. Kerana tidak mahu cucunya nanti tidak mewarisi kekuatan element api Klan Kaneko, gadis itu di usir dari desa Kaneko. Tapi hal itu diketahui oleh ayah Ace, dan dia bertekad meninggalkan Klan nya sendiri demi gadis itu." Ujar Kagura.

Kazuke diam mendengar ucapan Kagura.

"Setelah meninggalkan desa, ayahnya menikahi gadis yang dicintainya dan melahirkan bayi kembar. Namun sebaik sahaja anak nya lahir, isterinya meninggal pada waktu itu." Sambung nya lagi.

"Kembar? Meninggal? Jadi maksud nya Ace ada kembar dan...."

Belum sempat Kazuke menghabiskan ayatnya, Kagura sudah bersuara

"Tidak.. Setahun setelah isterinya meninggal, ayah Ace menikahi seorang gadis dari Klan Kiyomizu iaitu ibu Ace dan setelah itu Ace pun terlahir. Ace pada waktu itu diberi nama sebagai Rainawa."

"Rainawa?" ujar kazuke

Kagura mengangguk.

"Setelah hidup bersama sebagai keluarga dan Ace pun sudah berusia 3 tahun, Ibu nya telah di bunuh dengan sadis di kediaman mereka. Dan ketika itu ayah Ace melihat wujud sebenar ibu Ace iaitu seorang manusia berdarah putih. Tanpa mencari tahu kebenaran tentang hal itu, ayahnya marah kerana dia beranggapan ibu Ace adalah iblis yang menyamar sebagai manusia."

Kazuke terdiam seribu bahasa.

"Sejak hari itu ayahnya mula berubah. Dia mengabaikan anak anaknya.
Dan berita mengenai keadaan ayah Ace pun sampai kepada orang tua nya iaitu kakek Ace.
Kakek Ace akhirnya datang untuk memujuk anaknya kembali ke keluarga bangsawan Kaneko semula namun dia menolak.
Tetapi dia memohon agar anak-anak nya diterima di desa Kaneko dan orang tuanya menyetujui hal itu kerana dia juga sudah tidak lagi memiliki pewaris lain selain cucu cucu nya itu.

Kagura diam seketika. Kazuke dengan rasa ingin tahu nya masih duduk tanpa menanyakan apa-apa soalan.

"Tetapi beberapa bulan selepas anak-anak nya di bawah ke desa klan Kaneko, Ace di kembalikan kepada ayahnya semula." Ujar nya lagi.

"Kenapa?"  Tanya Kazuke.

"Kerana hanya dua saudara Ace sahaja yang mewarisi ability Klan Kaneko, dan entah bagaimana Ace memiliki ability element Klan kiyomizu. Jadi kakek Ace meminta agar Ace diserahkan kepada klan Kiyomizu kerana dia adalah sebahagian keturunan Murni Klan Kiyomizu.
Tapi setelah mengetahui hal itu, ayah Ace mula membenci Ace kerana mewarisi kekuatan ibunya yang di anggap nya sebagai iblis."

"Dan suatu hari... Ace terluka di depan ayahnya. Ayah nya melihat darah putih milik Ace untuk pertama kali dan semakin membenci Ace....
Ayahnya selalu memukul, mencaci, mencekik Ace.
Dia bahkan telah mencuba membunuh Ace tetapi tubuh Ace mampu beregenerasi dengan cepat sehingga tiada luka yang dapat membunuh nya."

"Di bunuh?.."

"Iyaa... Dan,... akibat dari perbuatan ayahnya, Ace menjadi anak yang tidak normal. Ace tidak mampu berbicara mahupun mengekspresi kan perasaan nya.
Dia tidak bisa menangis, tersenyum, tertawa dan marah.
Dia bahkan tidak lagi merasakan sakit apabila di lukai. Tapi tubuh nya masih mengingati rasa sakit yang pernah di alaminya pada malam kejadian leher nya dikerat oleh ayahnya sendiri. Dan hal itu membuat Ace memiliki trauma terhadap sentuhan orang lain untuk waktu yang lama.."

"Sebab tu ke semalam Ace..." Gumam nya sendiri tanpa menghabiskan ayatnya.

"Lepastu apa yang jadi?" Tanya Kazuke .

"Beberapa tahun kemudian, ayahnya berkata bahawa dia sudah tidak sanggup untuk hidup bersama Ace yang dilihatnya sebagai bayangan diri isterinya."

"Dia datang dan menceritakan segalanya kepada ku dan menyerahkan Ace kepada Klan Kiyomizu. Dia juga berkata dia sudah tidak mampu menanggung rahsia ini sendirian....
Dia menyesal atas apa yang telah dilakukan nya kepada Ace dan meminta agar Ace dibesarkan seperti anak-anak lain. Namun, beberapa hari setelah menyerahkan Ace, ayahnya membunuh dirinya sendiri."

"Itu ke yang jadi dengan Ace?"  Kata nya..

"Iya, Ace sudah banyak menderita. Dan bahkan hingga kini masa lalu nya masih menghantui dirinya.

Kazuke diam seketika..

"Ibu Ace.... Siapa sebenarnya.?" Tanya nya dengan ragu.

To be continue..
Jangan lupa vote

Continue Reading

You'll Also Like

1.6M 76.9K 128
COMPLETED "Dia kan bekas pelajar sekolah pondok. Dia bukannya macam kita, belajar dekat sekolah biasa macam sekolah kita ni. Mestilah dia tak pegang...
38.3K 2.6K 39
Efrina Adleya. Gadis yang berambut perang dan memiliki mata yang unik seperti ibunya. Hazel. Gadis ini merupakan seorang ketua mafia. Dia juga amat d...
87.8K 7.9K 60
Hierachy. Suatu konsep untuk kelaskan atau kategorikan seseorang berdasarkan darjat dan pangkat. Itu la yang digunakan dalam Akademi Galatik Vista k...
2.8M 140K 121
2nd Siapa je yang tak kenal mereka? Gadis cantik, bergaya, anak kerabat. Itulah Silent Evils , 4 sepupu yang merupakan cucu kepada usahawan dan ahli...