KASYAF (Hiatus)

Par ALIFRYT

17.4K 2.2K 1.1K

Genre: Horror, Paranormal, Mistik, Misteri, Exorcism. ---------------------------------------------------- Ka... Plus

Prolog
Chapter 1: Sekolah Baru
Chapter 2: Pulang Bersama
Chapter 3: Ruqyah
Chapter 4: Merawat Atau Dirawat?
Chapter 5: Penerimaan Khazanah Kelab
Chapter 6: Ahli Kelab Baru?
Chapter 7: Nur Nabila
Chapter 8: Banglo Usang
Chapter 9: Pertarungan & Kerasukan
Chapter 10: Menziarah
Chapter 11: Nurin Aisyah
Chapter 12: Derita Seorang Gadis
Chapter 13: Mencari Dia Yang Hilang
Chapter 14: Ianya Belum Selesai
Just Want Q&A With Readers
Chapter 15: Saat Pulang
Chapter 16: Iman Yang Terganggu
Chapter 17: Ifrit Yang Menggila
Chapter 18: Pemutusan Sihir
Chapter 19: Ujian Daripada Tuhan
Chapter 20: Misteri Di Mana-mana
Chapter 21: Salah Waktu
Chapter 22: Hukuman Yang Salah
Chapter 23: Letih Dan Penat
Chapter 24: Konflik Baru
Chapter 25: Pemusnah Sumpahan
Chapter 27: Perangkap Kompleks Maut
Chapter 28: Wira Penyelamat Nyawa
Chapter 29: Rahsia Hakimi
Chapter 30: Kebangkitan
Galeri Watak (Part 1)
Chapter 31: Agensi Paranormal
Chapter 32: Maklumat & Kebenaran
Chapter 33: Memori & Maklumat
Chapter 34: Lari & Lawan
Chapter 35: Musuh Yang Bodoh
Chapter 36: Kesan Sihir Kedua
Chapter 37: Tujuh Anak Setan
Chapter 38: Yang Lama Kini Kembali
Chapter 39: Pemulihan

Chapter 26: Malam Mengancam

295 41 29
Par ALIFRYT

[Normal POV]

KBOOOM!!!

Bangunan gereja usang yang menjadi saksi pertempuran di antara Isa dan Jembalang itu tiba-tiba meletup dan hancur berkecai lalu terbakar sebaik sahaja Isa yang sudah kembali normal daripada kerasukan itu melangkah keluar daripada dalam gereja tersebut dengan langkah yang agak lemah dan perlahan.

Tak pasti apakah punca penyebab gereja usang itu meletup sampaikan boleh jadi sedahsyat begitu. Namun apa yang pastinya, Jembalang telahpun berjaya ditewaskan olehnya dengan bantuan jin Ifrit atau nama Islamiknya kini adalah Al-Fitri. Walaupun kemusnahan bangunan gereja usang milik Jembalang ini hancur hanya untuk sementara waktu, namun ianya sudah cukup untuk melemahkan kekuatan sihir Jembalang yang penuh dengan unsur syirik kegelapan itu pada ketika ini.

Gruuf!!

Bunyi guruh mula kedengaran di langit senja yang semakin gelap dan titisan hujan pun mula jatuh membasahi permukaan bumi dengan setitik demi setitik lalu menjadi begitu lebat sekali.

"Argh..." Isa jatuh terduduk di luar bangunan gereja usang yang masih lagi sedang terbakar itu sambil mengerang kesakitan dek kerana segala anggota tubuh badannya terasa sakit akibat pertarungannya itu tadi. Walaupun kesan luka tikaman yang terdapat pada perut, peha dan bahu kirinya itu tadi telahpun disembuhkan dengan sendirinya, namun rasa kepedihan sakitnya itu masih lagi belum terasa hilang.

"Nah..." Tiba-tiba ada seorang lelaki yang berpakaian jubah dan serban putih menyerahkan sebotol kaca yang berisi air kosong kepada Isa. Isa memandang ke arah wajah lelaki itu dan kini tahulah dia bahawa lelaki berjubah putih itu lah Al-Fitri yang telah membantunya itu tadi. Dia datang menemui Isa di dalam keadaan yang sudah menjadi Muslim dan kini dia munculkan dirinya di dalam bentuk lelaki manusia dewasa yang agak tampan. Tanpa sepatah kata, Isa terus mengambil air tersebut lalu diteguknya dengan begitu rakus sekali sehingga isi air di dalam botol kaca tersebut habis diteguknya.

"Terima kasih." Kata Isa kepada Al-Fitri sebaik sahaja dia selesai meneguk air tersebut. Terus hilang rasa dahaga yang dialaminya semenjak daripada pagi tadi. Maklumlah, daripada semenjak pagi tadi dia langsung tidak menjamah sebarang makanan ataupun minuman yang boleh mengisi perutnya itu. Sudah seumpama berpuasa pula jadinya.

"Sama-sama." Balas Al-Fitri dengan ringkas sambil mengambil semula botol kaca yang diberikan kepada Isa itu tadi.

"Kenapa kau datang selamatkan aku?" Soal Isa kepadanya.

"Hmm... Allah SWT telah mendengar doa daripada para hambanya. Jadi Dia kirimkan aku datang ke sini untuk menyelamatkan kau." Balas Al-Fitri dengan nada yang tenang sambil duduk melutut di hadapan Isa. Dia menatap ke arah cincin batu serai wangi yang dipakai oleh Isa itu seketika sebelum matanya kembali terarah kepada Isa.

"Cincin yang kau pakai tu adalah senjata alam ghaib yang dahsyat untuk melawan jin. Gunakan cincin tu dengan sebaiknya. Kalau tak, kau boleh hilang kawalan masa menggunakannya nanti." Pesan Al-Fitri kepada Isa dengan panjang lebar.

"Apa kelebihan cincin ni?" Soal Isa dengan nada yang kebingungan.

"Ada banyak... Antaranya adalah untuk menundukkan jin, mengurung jin, menghancurkan sihir jin, dan menghapuskan jin. Tapi kau kena ingat, kalau nak guna kena ikut berdasarkan niat hati dan emosi yang berunsurkan kebaikan. Kalau tidak, cincin ni boleh jadi senjata makan tuan untuk kau." Balas Al-Fitri dengan panjang lebar.

"Ouh... Eh tunggu kejap, kau kan yang rasuk aku masa dekat sekolah pagi tadi kan?" Soal Isa kepadanya lagi dengan nada yang serius dan perlahan.

"Ya, aku lah jin yang dah merasuk kau pagi tadi. Aku nak minta maaf sebab aku dah sakitkan kau sejak daripada malam semalam. Tapi sekarang aku dah taubat dan aku berjanji, aku takkan ganggu kau lagi melainkan kalau aku nak tolong kau untuk berjihad menentang bangsa-bangsa jin kafir yang tak pernah serik nak mengganggu orang-orang yang beriman." Balas Al-Fitri dengan panjang lebar.

"Ah macam tu eh... Tak apa, aku dah maafkan kau. Tapi... Walaupun niat kau tu baik, aku kalau boleh tak nak gunakan sebarang khidmat ataupun bantuan daripada kau sebab aku takut nanti aku akan jatuh hukum syirik pula." Kata Isa dengan nada yang serba salah.

"Walaupun kita berbeza daripada segi jenis makhluk, tetapi kita tetap saudara sesama Islam kan?" Balas Al-Fitri dengan nada yang mendatar.

"Walaupun saudara sesama Islam, hakikatnya Allah dan Rasul tetap melarang kita untuk bersahabat atas sebab-sebab yang tertentu." Kata Isa dengan nada yang perlahan dan Al-Firti yang mendengar dia berkata sedemikian terus terdiam.

"Allahuakbar Allahuakbar..."

Tiba-tiba kedengaran sayup-sayup suara azan berkumandang daripada arah kawasan perkampungan Bukit Berduri yang menandakan telah masuknya waktu solat Mahgrib.

"Maaf, aku kena pergi sekarang. Terima kasih sebab dah selamatkan aku tadi. Jumpa lagi..." Kata Isa dengan nada yang perlahan lalu dia terus bangkit berdiri dan kemudian terus bergegas berlalu pergi.

"Isa... Walaupun kau menolak, aku akan tetap bantu kau walau apa jua yang akan berlaku sekalipun. Aku takkan pernah mungkiri janji aku." Kata Al-Fitri sendirian sambil dia melihat Isa melangkah berlalu pergi itu lalu dia pun turut berundur diri dengan menghilangkan dirinya secara ghaib.
______________________________________

[Aizat POV]

"Alamak... Dah hujan lebat ni. Macam mana nak ikut Cikgu Sulaiman dengan yang lain pergi ke sana nanti?" Keluh aku di dalam apabila menyedari bahawa hujan sudah mula menurun dengan begitu lebat sekali di luar rumah.

"Ha Aizat, dah solat Mahgrib?" Tegur ayah aku yang sedang berpakaian baju Melayu putih dengan berkopiah di kepalanya itu daripada arah pintu bilik aku.

"Dah solat dah tadi." Balas aku dengan ringkas.

"Ha baguslah. Ni tengah hujan sekarang ni, Aizat jadi ke nak keluar dengan kawan tu nanti?" Soal ayah aku lagi.

"Hmm... Rasanya tak kot." Balas aku sambil menggelengkan kepala dengan perlahan.

"Ouh... Kalau macam tu tak apalah. Aizat duduk je lah kat rumah ni temankan ibu eh? Ayah nak pergi ke Masjid kejap." Kata ayah aku dengan nada berpesan.

"Ha okey. Jaga diri elok-elok, ayah." Balas aku sambil menitipkan pesan aku kepadanya.

"Okey." Kata ayah aku sambil menutup pintu bilik aku daripada luar.

"Sailors of Sorrow!! Valor in our heart!! Keep marching through the cloud with weeping tainted eyes!!"

Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi mengeluarkan suara lagu yanh berunsurkan metalcore kegemaran aku itu sebagai tanda bahawa ada seseorang sedang menghubungi aku. Tanpa melihat siapakah yang menghubungi aku itu, aku pun terus menjawab panggilan tersebut lalu meletakkan gagangan telefon bimbit aku itu di telinga.

"Hello?"

"Assalamualaikum Aizat, cikgu ni." Kedengaran suara Cikgu Sulaiman bercakap melalui talian telefon tersebut.

"Ouh waalaikumusalam. Erm... Macam mana cikgu boleh ada nombor telefon saya ni?" Soal aku selepas menjawab salamnya itu sambil mengerutkan dahi.

"Aik, tengah hari tadi kan Isa ada pinjam telefon kamu untuk call saya? Itu sebablah saya ada nombor telefon kamu sekarang ni." Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang selamba.

"Ouh okey-okey. Erm... Cikgu, nampaknya saya tak boleh ikut cikgu lah malam ni sebab tengah hujan lebat ni. Mak saya tak bagi keluar." Kata aku dengan nada yang separa berbisik supaya perbualan aku itu tidak didengari oleh mak aku yang masih lagi sedang solat di dalam biliknya.

"Tak apa, cikgu faham. By the way, cikgu call kamu ni sebab nak tanya kamu pasal Isa ni. Kamu tahu tak dia ada kat mana sekarang?" Balas Cikgu Sulaiman lalu dia menyoal aku dengan nada yang separa serius.

"Kenapa cikgu?" Aku menyoal semula kepadanya dengan kerutan dahi.

"Tadi cikgu ada call dia banyak kali tapi dia tak angkat-angkat phone. Cikgu dah risau dah ni, takut ada jadi apa-apa pula dekat dia tu." Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang serius dan aku yang mendengar dia berkata sedemikian mula terasa tak sedap hati.

"Erm... Cikgu dah try pergi check kat rumah dia?" Soal aku kepadanya lagi.

"Cikgu tengah nak on the way ke rumah dia lah ni. Tapi cikgu kena pergi ke rumah Dina dulu untuk ambil dia, lepas tu baru pergi ke rumah Isa." Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang serius.

"Eh... Time hujan-hujan macam ni, Dina pun boleh ikut sekali ke?" Soal aku lagi dengan nada yang separa terkejut.

"Haah. Ibu dia tu baru je call cikgu tadi, katanya dia dah bagi keizinan kepada Dina untuk sertai program 'tuisyen' cikgu malam ni. Jadi Dina akan ikut cikgu pergi ke 'Kompleks Maut' tu malam ni dengan Isa." Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar. Apabila mendengar dia berkata sedemikian, aku yang sudah terasa tak sedap hati daripada tadi ni mula makin berasa bimbang.

"Cikgu... Saya tak sedap hati lah cikgu." Kata aku dengan nada yang bimbang dan perlahan.

"Kenapa?" Soal Cikgu Sulaiman dengan ringkas. Aku tak membalas persoalannya itu malah terus memutuskan panggilan sambil meraup wajah yang mula menjadi semakin kusut ni. Tanpa aku sedar, mata kiri aku yang buta ni mula mengalir air mata. Air mata ini bukanlah kerana aku terasa sakit ataupun berasa sedih, tapi terasa takut. Ya, takut. Takut yang teramat sangat. Tak pernah aku terasa begitu tak sedap hati dan ketakutan yang amat sangat sampaikan ianya menjadi seteruk macam ni.

Kenapa? Kenapa mata kiri aku yang buta ni boleh mengalirkan air mata dengan secara tiba-tiba? Kenapa sekarang ni aku terasa tak sedap hati dan mula terasa ketakutan yang amat sangat dengan secara tiba-tiba? Apa yang dah berlaku sekarang ni?

Yang pastinya, semua ni berlaku sebab...

Mata kiri aku yang buta ni...

Sebenarnya...

Telah melihat satu gambaran...

Gambaran kehancuran hidup seseorang...

Kehilangan nyawa...

Dan ianya akan berlaku pada malam ini.

Tapi aku tak tahu... Siapakah orang yang akan mendapat nasib kehancuran hidup tersebut? Adakah ianya Isa? Adakah ianya Dina ataupun Cikgu Sulaiman? Aku tak tahu dan aku tak dapat nak pastikan siapakah yang akan menerima nasib yang buruk itu.

Tetapi yang pastinya...

Aku kena halang diorang daripada pergi ke Kompleks Maut tu malam ni juga. Kalau tidak, apa yang aku lihat dalam gambaran mata kiri aku tu akan jadi kenyataan.

Tapi... Nampaknya tak ada apa-apa yang aku boleh buat sekarang ni melainkan hanya dengan mendoakan yang baik-baik sahaja buat mereka semua. Ataupun mungkin... Aku boleh buat sesuatu untuk menghalang mereka daripada pergi ke sana. Tapi macam mana? Hmm... Aku kena fikirkannya dan perlu bertindak dengan segera. Tak boleh jadi ni, aku kena cari Isa cepat!
______________________________________

[Normal POV]

"Mana Aizat dengan Isa, cikgu? Diorang tak ikut kita sekali ke?" Soal Dina kepada Cikgu Sulaiman sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta Honda Civic milik Cikgu Sulaiman itu dengan mengambil tempat duduk di bahagian belakang.

"Aizat tak boleh keluar malam ni. Mak dia tak bagi sebab sekarang tengah hujan lebat kan. Isa pula cikgu tak tahu sebab daripada tadi lagi cikgu cuba nak call dia tapi tak angkat-angkat." Balas Cikgu Sulaiman dengan panjang lebar sambil menaikkan gear kereta lalu terus bergerak berlalu pergi daripada hadapan rumah Dina.

"Habis tu kita nak pergi ke bangunan lama tu tanpa Isa ke ni?" Soal Dina kepadanya lagi dengan nada yang sedikit ketakutan.

"Eh tak ada lah. Takkanlah kita nak pergi ke sana berdua pula, nanti karang kena tangkap basah dengan pihak JAKIM pula. Kita pergi ke rumah Isa dulu lepas tu kita tengok dia dulu. Kalau dia boleh ikut, kita pergi dengan dia sekali." Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang selamba.

"Tapi kalau dia tak boleh ikut kita macam mana?" Soal Dina kepadanya lagi. Cikgu Sulaiman terdiam seketika sebelum dia menjawab persoalan Dina itu.

"Kalau dia tak boleh ikut, nampaknya... Cikgu terpaksalah hantar kamu balik ke rumah semula and then cikgu terpaksa jalankan operasi pembersihan tu secara sendirian." Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang serius.

"Cikgu nak jalankan operasi pembersihan tu seorang diri? Eh jangan cikgu, bahaya." Kata Dina dengan nada yang bimbang.

"Nak tak nak, operasi pembersihan tu kena diselesaikan malam ni juga. Kalau tak, nanti akan ada banyak masalah." Balas Cikgu Sulaiman dengan nada yang serius. Mendengarkan balasannya itu, Dina terus terdiam seketika.

"Jangan risau... Semuanya tak akan apa-apa. Allah akan sentiasa lindungi kita. Ingat tu..." Katanya lagi dengan nada yang perlahan. Reaksi kebimbangan yang jelas terukir di wajah Dina itu langsung tak mereda apabila mendengar gurunya itu berkata sedemikian. Malah dia semakin bertambah rasa bimbang apabila membayangkan apa yang akan terjadi sekiranya Isa tidak ikut mereka sekali pergi ke 'Kompleks Maut' itu. Dalam sedang hatinya berasa bimbang dengan keadaan yang sepertinya nampak macam agak tidak menyenangkan itu, Dina mengambil 2 buah keychain hati yang dibelinya untuk dirinya dan Isa itu daripada dalam poket seluarnya lalu dia menatap ke arah keychain hati biru yang kini sepatutnya menjadi milik Isa itu.

"Isa... Aku tak sedap hatilah." Keluhnya dalam hati sambil menggenggam kedua keychain hati yang diperbuat daripada kaca itu dengan penuh erat sambil dia berdoa di dalam hatinya supaya tidak akan apa-apa perkara buruk yang akan berlaku pada malam ini.

__________________________________________

[Normal POV]

Sementara itu, di kala hujan yang lebat sedang membasahi bumi berserta dengan pancaran kilat dan guruh yang menerangi langit sekali-sekala itu, kelihatan Jembalang yang di dalam keadaan tubuh badannya separa hangus itu berjalan terjengket-jengket menuju ke sebuah rumah banglo usang yang kosong lalu dia terus melangkah masuk ke dalamnya dengan menolak pintu rumah banglo tersebut sehingga ianya terbuka dengan seluas-luasnya.

"Namrul!! Mana kau?!" Jerit Jembalang dengan nada suaranya yang garau itu sambil mencari-cari kelibat Namrul di dalamnya itu.

"Aku kat sini..." Tiba-tiba Namrul menyahut panggilannya daripada tingkat atas lalu dia berjalan menuruni tangga di dalam rumah tersebut sebelum langkahnya dibawa menuju ke arah Jembalang.

"Heh... Hangus nampak... Kena panah petir ke?" Soal Namrul kepada Jembalang dengan nada yang sinis.

"Kau diam!! Aku dah gagal nak bunuh Isa disebabkan Ifrit dah mengganggu kerja aku nak membunuh Isa tu tadi dan dia dah selamatkan Isa. Bukan tu je, dia pun dah musnahkan gereja tempat suci aku kat atas Bukit Berduri. Sekarang ni Isa dengan dia dah terlepas, aku nak kau pula pergi bunuh Isa tu malam ni juga!" Balas Jembalang dengan nada yang tegas. Namrul tersenyum sinis seketika apabila mendengar kata-kata Jembalang itu.

"Heh... Boleh. Tapi aku nak kau bagi habuan kuasa aku tu dulu, sekarang juga." Kata Namrul dengan nada yang sinis sambil dia menadah tangan kanannya kepada Jembalang.

"Bagi cincin kau." Pinta Jembalang kepadanya dengan ringkas.

"Nah..." Namrul terus mencabut cincin peraknya yang bertatah batu permata petak yang berwarna kelabu itu daripada jari manisnya dan kemudian dia terus menyerahkan cincin tersebut kepada Jembalang. Jembalang mengambilnya lalu dia terus menjampinya dengan mantera-mantera ilmu hitam yang berbahasa Arab. Setelah cincin itu dijampi, batu permata petak pada cincin perak tersebut terus berubah warna daripada warna kelabu menjadi warna hitam yang berkilat dan kemudian Jembalang terus menyerahkan semula cincin tersebut kepada Namrul.

"Nah... Bila kau dah pakai cincin ni nanti, bukan setakat kau boleh menyamar dan bertukar bentuk rupa, malah kau pun dah boleh jadi lagi kebal, kau boleh jadi halimunan dan kau pun boleh gerakkan apa-apa sahaja yang kau nak gerakkan tanpa sebarang sentuhan. Faham?" Kata Jembalang dengan panjang lebar lalu dia menyoal kepada Namrul semula dan Namrul menganggukkan kepalanya sebagai tanda faham lalu dia terus memakai cincinnya itu sambil tersengih sinis

"Hmm aku boleh dapat rasakan kekuatan baru yang tersangat kuat daripada cincin ni. Hehehe..." Katanya sambil ketawa sinis.

"Sudah! Apa kau tunggu lagi? Pergi cari Isa dan bunuh dia tu sekarang!" Perintah Jembalang kepada Namrul dengan nada yang serius. Namrul yang jadi semakin angkuh itu langsung tak tergugat dengan perintah Jembalang yang bernada tegas itu malah dia hanya tersengih sinis sambil wajahnya berubah menjadi wajah Isa.

"Baik... Aku akan pergi sekarang juga." Kata Namrul dengan nada yang sinis sambil dia menerbangkan sehelai hoodie hitam miliknya lalu dia terus memakai hoodie hitam tersebut dan kemudian dia terus bergerak berlalu pergi.

"Isa, kau tunggu... Aku akan hancurkan hidup kau malam ni. Eh tak, aku akan bunuh kau terus malam ni juga. Hehehe..." Kata Namrul di dalam hatinya sambil tubuh badannya itu mula berubah menjadi halimunan dan kemudian dirinya terus menghilang di sebalik titisan-titisan hujan lebat yang sedang turun di luar rumah banglonya itu.

__________________________________________

[Isa POV]

Dalam lebatnya titisan hujan yang turun membasahi bumi ini, aku berjalan meredah hujan dengan langkah yang perlahan menuju ke arah rumah aku yang sudah tidak terlalu jauh jaraknya itu sambil memegang bahu kiri aku yang masih lagi terasa sakit dan pedih dek kerana kesan tikaman pisau yang ditinggalkan oleh Toklang Hanafiah semasa dikurung di dalam bilik kurungan bangunan gereja usang di Bukit Berduri itu tadi.

Aku mengeluarkan telefon bimbit aku daripada dalam poket seluar lalu memeriksa keadaannya seketika.

"Tch... Habis bateri pula dah." Kata aku dengan nada yang mengeluh sambil berdecit perlahan apabila telefon bimbit aku tak dapat berfungsi disebabkan kehabisan bateri. Aku mempercepatkan langkah aku berjalan menuju ke arah rumah aku dan sebaik sahaja aku tiba di sana, dengan ucapan salam aku terus membuka kunci pintu rumah dan kemudian terus melangkah masuk ke dalamnya.

Tap!

Sebaik sahaja aku melangkah masuk, tiba-tiba kesemua lampu di ruang tamu rumah aku itu terbuka dengan sendirinya.

"Eh?" Aku tergamam seketika. Aku menoleh ke arah sekeliling aku, tak ada sesiapapun. Habis tu, siapa yang buka semua lampu kat ruang tamu rumah aku ni tadi secara serentak?

"Oii..." Tiba-tiba aku terdengar ada suara seseorang memanggil aku dengan nada yang perlahan daripada arah dapur aku yang gelap tak berlampu itu. Aku menoleh ke arah datangnya panggilan suara tersebut lalu berdiri kaku seketika.

"Siapa tu?" Tegur aku dengan nada yang separa tegas. Sepi. Pemilik suara tu tak menjawab teguran aku itu.

Shiing!!

Tiba-tiba ada 5 bilah pisau pemotong sayur pendek terbang dengan begitu pantas sekali daripada arah dapur aku yang gelap itu menuju ke arah aku dan aku yang tak sempat nak berbuat apa-apa ni terus terkena tikaman kelima-lima pisau tersebut. Dua terkena di bahagian kaki kiri, satu terkena di bahagian atas perut, satu terkena di bahagian bahu kanan dan satu lagi terkena di bahagian tengah-tengah dada.

"Pruff... Allah..." Aku termuntah darah seketika lalu terus jatuh rebah ke atas lantai.

Tap! Tap! Tap!

"Isa... Isa... Isa... Sedih betul aku tengok kau ni." Kedengaran ada suara seseorang sedang berjalan menuju ke arah aku daripada arah dapur itu dan orang itu rupa-rupanya adalah Namrul! Dia datang kepada aku dengan rupa wajah yang berbentuk sama dengan rupa wajah aku.

"Namrul... Tak guna kau... Apa yang... Kau buat... Dekat rumah aku ni?" Soal aku kepadanya dengan nada yang tersekat-sekat sambil mulut mengeluarkan darah.

"Apa aku buat? Aku tak buat apa-apa pun. Aku cuma nak tunggu kau datang ke sini dan terus bunuh kau di dalam keadaan yang hina macam ni." Balas Namrul dengan nada yang sinis sambil kakinya memijak pisau yang tertancap pada perut aku ni sehingga ianya tertikam dengan begitu dalam sekali.

"Aaargh..." Aku mengerang kesakitan apabila diperlakukan sedemikian. Jelas terpapar sengihan sinis terukir di bibir Namrul lalu ianya berubah menjadi wajah yang sedikit bengis seketika.

"Matilah... Mati!!" Kata Namrul sambil menyepak tulang rusuk aku berulang kali.

"Allah!! Sakit..." Jerit aku sambil mengerang kesakitan.

"Sakit kan? Rasakan... Kau nak aku pulihkan kau? Aku boleh pulihkan kau, tapi dengan syarat. Syaratnya adalah kau kena murtadkan diri kau dan sembah aku sebagai Tuhan. Boleh?" Kata Namrul dengan bernada sinis.

"Pergi matilah. Heh... Jangan harap!! Daripada aku sembah kau, lebih baik aku mati je kena bunuh dengan kau. Kau nak aku sembah kau? Kau tak layak!! Ingat... Orang yang mengaku diri dia sebagai tuhan adalah bahan utama untuk api neraka Jahanam!!" Balas aku dengan panjang lebar dan bernada tegas. Namrul terdiam seketika apabila aku berkata sedemikian. Jelas terukir reaksi wajah bengang pada mukanya yang berupa wajah aku itu.

"Ingatlah apa yang dah terjadi pada Namrud... Pada Firaun... Yang mengaku diri mereka sebagai tuhan, dilaknat oleh Allah selama-lamanya sampai ke hari kiamat!!" Kata aku lagi dengan nada yang tegas.

"Kau mencabar kesabaran aku, Isa... Dengar sini! Kalau Tuhan tu melaknat Namrud dan Firaun, biar aku laknat kau macam mana Tuhan tu boleh melaknat Namrud dan Firaun tu juga. Rasakan ni!!!" Jerit Namrul dengan nada yang marah lalu dia mengangkat tangan kanannya ke atas dan terbanglah kelima-lima pisau yang menikam aku itu tadi ke atas udara lalu kelima-lima pisau tersebut bercantum menjadi satu dan kemudian terus jatuh laju menikam perut aku semula.

"Allah!!!"
______________________________________

[Normal POV]

Namrul tersengih sinis apabila melihat Isa yang 'dilaknatnya' itu tadi telahpun mati di tangannya. Habis penuh kesan luka dalam yang berdarah pada perut Isa itu apabila kelima-lima pisau tersebut jatuh menikam atas perutnya sehingga mengeluarkan darah yang sangat banyak lalu sekaligus membunuhnya dengan serta-merta. Tanpa melengahkan masa, Namrul mengheret mayat Isa yang dia telah berjaya bunuh itu menuju ke arah dapur rumah Isa yang gelap itu lalu dibawanya mayat itu ke arah belakang rumah Isa yang sudah siap digalinya sebuah lubang yang berbentuk seperti liang lahad dan kemudian dia terus mencampakkan mayat Isa ke dalam lubang tersebut. Setelah dicampakkannya, Namrul mengambil sebatang cangkul yang dipacakkannya di atas tanah sebelah lubang liang lahad itu lalu dikambuskan mayat Isa itu dengan tanah sehingga tertutup sepenuhnya.

"Hehehehe... Selepas ni takkan ada lagi Al-Kasyaf yang bernama Isa yang akan dapat menghalang aku daripada menjadi Tuhan. HAHAHAHAHA!!" Kata Namrul sendirian dengan gelak ketawanya yang jahat sambil dia memacakkan cangkul yang digunakannya untuk menanam mayat Isa itu tadi ke atas 'kuburnya' sebagai penanda yang tak bermakna. Setelah itu, Namrul melangkah berlalu pergi sambil dia menggunakan kuasa sihir pada batu cincin hitamnya itu untuk menutup segala lampu dan pintu yang terbuka di dalam rumah Isa itu untuk menyembunyikan tindakan jenayahnya itu. Dalam pada ketika dia hendak beredar itu, tiba-tiba kereta Cikgu Sulaiman tiba di perkarangan rumah Isa dan sekaligus menyebabkan langkah kaki Namrul terhenti seketika apabila cahaya lampu kereta Honda Civic Cikgu Sulaiman itu menyuluh ke arahnya. Sebaik sahaja kereta Cikgu Sulaiman itu berhenti, kelihatan Cikgu Sulaiman keluar daripada dalam keretanya itu sambil membawa payung lalu dia berjalan menuju ke arah Namrul yang berwajah Isa itu.

"Assalamualaikum Isa, kamu buat apa kat luar ni?" Tegur Cikgu Sulaiman sambil memberi salam kepadanya. Disebabkan wajah Namrul yang pada ketika ini adalah berupa bentuk seperti Isa, maka terpaksalah dia berlakon menjadi Isa untuk tidak menimbulkan rasa was-was kepada guru kelab Paranormal sekolah itu.

"Saya... Saja nak mandi hujan malam-malam macam ni sebab best mandi hujan ni. Sejuk. Hehehe... Err cikgu ni ada apa nak datang ke rumah saya ni?" Balas Namrul dengan kepura-puraan lalu dia menyoal semula kepada Cikgu Sulaiman.

"Eh eh, tanya cikgu pula dia. Kan kita dah plan malam ni nak jalankan operasi pembersihan dekat Kompleks Maut tu. Dah tak ingat ke?" Balas Cikgu Sulaiman dengan dahi yang berkerut.

"Huh? Operasi pembersihan? Jangan-jangan ni mesti kerja nak menghalau hantu dengan jin ni. Padanlah Jembalang benci gila dengan si Isa ni, rupa-rupanya ini kerja dia selama ni..." Kata Namrul di dalam hatinya.

"Ouh ya... Baru saya teringat. Ha jomlah kita pergi sekarang cikgu, nanti kalau lambat-lambat bahaya pula." Balas Namrul dengan nada yang berpura-pura yakin.

"Ha jomlah, kita kena cepat sebab cuaca tengah hujan lebat sekarang ni. Dina tak boleh nak keluar lama-lama." Kata Cikgu Sulaiman dengan nada yang perlahan dan serius.

"Eh, Dina pun ikut sekali?" Soal Namrul dengan nada yang separa terkejut. Kalau daripada dalam hatinya, dah mula timbul dah satu niat yang jahat untuk dibuat terhadap Dina.

"Ha yelah, kita kan dah rancang sama-sama nak pergi ke sana sekali nanti. Takkan dah lupa?" Soal Cikgu Sulaiman kepadanya pula dengan nada yang serius.

"Err... Maaflah cikgu, saya dah jadi pelupa sikit. Hehe..." Balas Namrul dengan nada yang sinis.

"Haih... Macam-macam hal lah kamu ni. Jomlah kita pergi sekarang." Kata Cikgu Sulaiman dengan nada mengeluh.

"Okey jom." Balas Namrul dengan ringkas lalu mereka berdua pun terus bergegas masuk ke dalam kereta milik Cikgu Sulaiman itu tadi dan kemudian mereka terus bergerak meninggalkan kawasan perkarangan halaman rumah Isa itu dan seterusnya terus berlalu pergi menuju ke destinasi seterusnya iaitu Kompleks Maut.

___________________________________________

[Aizat POV]

"Isa..." Aku jatuh terduduk di atas tanah seketika sambil menangis dengan perlahan-lahan setelah aku melihat daripada jauh, Namrul yang berwajah Isa itu mengheret lalu menanam mayat Isa yang kelihatan pada perutnya sudah ditikam dengan 5 keping pisau dapur itu di belakang rumah Isa lalu dikambuskan mayatnya itu dengan tanah yang masih basah dengan air hujan sehingga tertutup dan rata sepenuhnya.

Aku mengetap gigi dengan keras menahan marah sambil menggenggam penumbuk dengan begitu erat sekali. Kalaulah aku sempat datang sebelum Isa dibunuh oleh si Namrul yang tak guna tu tadi, mesti aku dah sempat selamatkan dia. Cis... Kawan baik jenis apa aku ni?!! Orang yang sanggup biarkan kawan baik aku sendiri mati dibunuh oleh orang kufur yang menggilakan dunia... Layak ke aku ni digelar sebagai sahabat yang baik? Ciss!! Tak guna!! Semuanya dah terlambat, Aizat. Kau memang seorang manusia yang tak guna!!

"Maafkan aku Isa... Maafkan aku..."

[Bersambung]

Continuer la Lecture

Vous Aimerez Aussi

33.2K 1.7K 59
Cerita ini mengisahkan tentang cerita benar. Jangan fikir bila hijab terbuka ini seronok sedikit pun tidak ianye hanyelah menyeksekan. Korang kalau n...
23K 3.1K 41
A Sequel To Diary ~ Dalam Season lepas, seluruh warga dunia telah dikejutkan dengan khabar kumpulan boy group terkenal SEVENTEEN yang dikatakan telah...
9.6K 337 21
Sebuah ceritera bergenre seram. Tapi tidak menyeramkan kerana telah diselit beberapa genre lain. Isi Kandungan Mungkin Mengandungi; -Perilaku 18+ -S...
28.8K 481 14
Sebenarnya Siri Bercakap Dengan Jin berbentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. Enam puluh peratus...