Tempat Sempurna

By Lollysnow

4.5M 265K 38K

THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa unt... More

THAQIF | SAFA
PROLOG
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49
50
51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
60*
61*
62
63
PERSONA TS
EPILOG
EXTRA #1 NS
EXTRA #2 NS
EXTRA #3 NS

13

58.3K 3.1K 271
By Lollysnow

Masa begitu pantas berjalan, dan hari demi hari melangkah menuju ke detik Thaqif dan Safa disatukan bawah satu agenda yang hanya mereka berdua sahaja yang tahu.

Tak dijangka persiapan untuk majlis pernikahan mereka betul-betul diuruskn Thaqif dan Safa sendiri. Dari sekecil-kecil
perkara mereka berjaya membuat kedua orang tua mereka yakin perkahwinan mereka betul berlandaskan cinta.

Thaqif begitu licik.

Safa hela nafas berat memandang jam dipergelangan tangan. "Dia ingat aku tak tahu? Dia beria-ria nak uruskan perkahwinan berdua konon nak buat kenangan manis untuk anak. Tapi niat sebenar dia semata-mata nak yakinkan keluarga yang aku betul-betul cintakan dia sampai bersungguh-sungguh nak buat persiapan nikah ni." Safa ketap gigi sambil mengomel sendiri. Badan disandar pada kereta di hadapan bangunan butik besar milik Amanda's Collection.

'Kau pun bodoh Safa jatuh dalam perangkap kata-kata dia.' Satu suara berperang di dalam hati buat Safa merengus sendiri.

Ya dia memang bodoh! Ini baru sedikit, dia tak pasti macam kana kucar kacirnya hati dia bila dia jatuh dalam genggaman lelaki bernama Thaqif itu.

Keluar kandanf harimau, masuk pula mulut buaya.

"Haih." Panjang keluhan Safa kedengaran.

"Mengeluh kenapa ni?" Satu suara menyapa buat Safa angkat kepala memandang lelaki itu.

'Tak safa, kau tak boleh biarkan diri kau jatuh dalam genggaman lelaki ni. Kau bukan manusia yang boleh diperbodohkan lagi!' Kuat suara berbisik dihati membuat Safa menarik nafas panjang.

"Aku buat salah ke?" Soal Thaqif bingung dengan pandangan garang perempuan itu.

"Kau tanya aku? Kau tahu tak aku tercegat kat sini dah setengah jam! Dengan panas nak meleleh make up aku tahu!" Kasar balasan Safa buat kening Thaqif bercantum.

"Kereta kau ada aircond kan? Kenapa tunggu tercegat kat luar? Lagipun kita dah buat appointment dengan Amanda, kau boleh masuk dalam butik tu tunggu kat dalam." suara itu tenang membalas.

"Banyak benda yang boleh kau buat daripada tercegat kat sini. Nanti kau sakit aku juga yang susah hati."

"Excuse me?" Safa kerling Thaqif garang.

"Kau bakal pengantin aku Safa, aku tak nak lah seri pengantin kau hilang. Dan jangan garang sangat." Thaqif senyum tipis sambil tangannya bergerak menyapu keringat di dahi gadis itu.

Dan sekali lagi Safa tewas.

"Jom." Thaqif tersenyum manis sambil dia hulur tapak tangannya kepada Safa, dan seperti dirasuk Safa akur menyatukan tangan mereka.

Stupid Safa..

"I tak tidur malam, bersekang mata siapkan this gown!" Amanda pereka fasyen terkenal selak tirai sebelum mata Thaqif dan Safa sama-sama terpegun melihat gaun pengantin sentuhan khas pereka fesyen itu sendiri.

"Cantik." Spontan Safa memuji sebelum
Dia bangun menyentuh helaian kain gaun pengantin bewarna putih dengan hiasan manik kecil. Betul-betul kena dengan seleranya!


"I bet, this one gonna be the best wedding gown of the year." Thaqif turut bangun menyeluk tangan ke poket seluar memandang Safa masih kelu menilik gaun pengantinnya.

"Lagi-lagi bila this pretty lady yang pakai.." bisikan Thaqif di telinga Safa buat gadis itu tersentak dan segerak menoleh memandang raut wajah tenang lelaki itu.

"Sudahlah usik bakal pengantin. Safa, jom ikut I, kita kena cuba gown ni dulu." Amanda tarik lengan Safa sambil pekerjanya membawa gaun pengantin ke bilik persalinan.

"Thaqif, bahagian bilik persalinan lelaki di sebelah sana." Amanda berhenti melangkah menunjuk bilik persalinan lelaki yang berlawan arah daripada mereka.

"Hahaha, okay noted. See you." Thaqif sempat tersenyum sebelum melangkah meninggalkan Safa bersama Amanda. Sudah ada beberapa orang pekerja menunggu di bilik persalinan lelaki untuk Thaqif.

"YOU DAH KENAL Thaqif berapa lama?" Soalan ramah Amanda buat Safa yang tercegat menunggu wanita itu membetulkan bahagian gaunnya terpinga-pinga.

"Agak lama.."

"Jadi you berdua dah bercinta lama?" soal Amanda teruja.

"Tak, I.. Kami baru bercinta." Atau lebih tepat mereka tak pernah bercinta.

"I see." Amanda menegak memandang wajah Safa dihadapannya.

"Bercinta selepas kahwin tu memang manis macam diceritakan orang lain. Part yang paling manis masa proses untuk saling kenal dan membiasakan diri dengan kelemahan dia."

"Tapi yang pahitnya bila kelemahan dia akhirnya buat kita kalah untuk terus bertahan." Tangan Amanda bergerak-gerak membetulkan bahagian gaun di bahu Safa.

"Tapi I percaya, Thaqif orang yang baik. Kelemahan dia mesti jadi pelengkap you."

Baik? Safa mahu melepaskan tawa sekuat-kuatnya. Kenapa semua orang mesti cakap Thaqif itu baik? Tak pernahkah mereka lihat sisi kejam sebenar lelaki itu?

Lelaki itu pernah letupkan sebuah cafe tahu!

"Terima kasih." Safa akhirnya membalas buat Amanda hulur senyum pada gadis itu.

KELUAR sahaja Safa dari bilik persalinan Thaqif tersenyum lebar memandang gaun itu begitu cantik kena dengan badan langsing gadis itu.

"Cantik." Ringkas komen ditinggalkan Thaqif buat Safa hulur senyum tawar.

"I pun terpegun tengok dia dengan gaun ni.. You cantik Safa." Amanda mencelah buat Safa hulur senyum tipis. Sempat dia mengerling memandang Thaqif masih kaku menilik dirinya.

"I rasa macam nak kahwin hari ni juga." Tak malu Thaqif berkata mengundang tawa Amanda dan pekerjanya.

"Sabar Thaqif, yang cantik depan mata you ni akan jadi milik you juga." Amanda merespon.

Semua disitu tersenyum dan tertawa teruja kecuali Safa. Hanya dia yang tahu apa maksud disebalik kata-kata lelaki itu.

•••

SAFA hempas tubuh di atas katil lantas merangkak mencapai buku nota di atas meja. Sambil berbaring sambil dia selak satu demi satu helai buku plan perkahwinannya.

Dari helaian pertama dia dapat simpulkan, persiapan perkahwinannya sudah 65% siap. Banyak coretan tangan Safa di atas buku itu. Dia sendiri keliru kenapa dia bersungguh-sungguh mengendali perkahwinan yang bukan didambakan dari awal.

Dulu dia cuma merancang perkahwina dan dambakan kebahagiaan hidup bersama Adri tetapi sekarang semuanya berubah 360 darjah dalam sekelip mata.

Sebut pasal Adri, bisnes Adri dan Dila hampir jatuh dahulu kerana gosip tentang kebakaran dan berita tentang perlakuan jijik mereka yang tersebar.

Tapi yang lucunya, Adri dan Dila keras-keras menafikan semua itu kononnya ada pihak yang cemburu ingin menjatuhkan mereka. Waktu itu Safa hanya mampu melepaskan tawa sekuat-kuatnya. Mereka licik dan pandai berlakon, tak pelik 2 tahun dia ditipu sebodoh-bodohnya.

"Kau dari awal memang bodoh Safa." Gumam Safa sendiri sebelum dia hempas buku di atas katil dan mata dipejam rapat memadam segala memori pahit bersama lelaki bernama Adri itu.

Bunyi deringan telefon buat Safa tersentak.

"Siapa pula call tengah-tengah malam buta ni." Sambil menggumam, dengan malas Safa angkat tubuh menjawab panggilan.

"Hm?" Safa kembali menjatuhkan tubuh di atas katil empuknya.

"Kau dah tidur?" Suara garau kedengaran.

"Dah." Jawab Safa malas.

"Jangan tipu, aku nampak bilik kau cerah lagi." Balasan Thaqif buat Safa bangun mengejut dari baringannya.

"Macam mana kau tahu?" Laju Safa bangun menyelak langsir bilik sebelum matanya menangkap kelibat Thaqif di luar rumah tenang bersandar pada kereta.

"Aku kat sini turunlah." Thaqif membalas.

"Kau nak buat apa malam-malam ni. Aku penatlah, esok banyak benda lagi nak buat tau."

"Ada lah, turun. Pakai cantik-cantik."

Tutt tutt tutt..

Membesar mata Safa memandang skrin telefon. Selamba badak lelaki itu mematikan panggilan! Sekali lagi Safa toleh memandang Thaqif tenang memeluk tubuh memandang ke arah biliknya.

"Urgh!!" Langsir ditarik kasar menutup bahagian tingkap.

"KAU dalam sehari tu boleh tak bagi aku bernafas! Sampai kemalam kau nak berkepit dengan aku." Sambil mengomel Safa melangkah juga mendekati Thaqif.

"Hahaha, biasalah aura pengantin baru." Thaqif buka daun pintu kereta buat Safa.

"Kita nak kemana ni?" Soal Safa curiga.

"Ada lah."

"Kau kalau bukan-bukan.." Safa jenggil mata.

"muka aku nampak macam pervert guy ke?"

"100 peratus serupa." Safa penuh lagak melibas rambut kebelakang buat Thaqif tersenyum.

"Okay Miss Safa, lepas kahwin kita tengok 100 peratus tu ya." Thaqif membalas dengan senyum nakal.

Belum sempat Safa menjenggil mata Thaqif sudah menutup daun pintu kereta dan melangkah ke arah pemandu.

"KENAPA kau bawa aku pergi tempat ni?" Safa pandang Thaqif tenang melangkah dihadapannya.

"Untuk nikmati hidup bujang buat kali terakhir." balas Thaqif selamba.

"Nikmati hidup bujang buat kali terakhir tapi kau bawa bakal bini kau sekali dah kenapa?" Bunyi muzik disco kuat masuk ke gegendang telinga. Lampu-lampu bersilauan di merata tempat. Ada bau-bauan arak menyengat hidung.

"Anggap ni malam terakhir kau jejak kaki ke tempat ni." Thaqif berhenti melangkah memandang Safa dibelakang. Pandangan yang agak serius dari kebiasaan.

"Maksud kau?"

"Lepas kita kahwin, kita akan jadi orang munafik buat sementara waktu. Jadi kita tak boleh enjoy pergi tempat ni lagi." Thaqif menuju ke kaunter sebelum dia menghulur senyum pada pelayan disitu.

Seperti memahami pelayan mencapai dua gelas lalu dituang minuman keras ke dalamnya. Dua gelas dihulur kepada Thaqif.

"Aku nak jaga nama aku sebaik-baiknya lepas kahwin dengan kau nanti. Dan kau juga harus jaga nama kita suami isteri." Thaqif hulur gelas kepada Safa dengan senyum segaris.

Safa teguk air liur memandang gelas dihulur Thaqif. "Jadi ini malam terakhir aku datang ke tempat ni." Tangan naik menyambut gelas minuman keras itu.

"Yes, kau berat hati nak tinggalkan dunia ni?" Thaqif jungkit kening.

"T-tak, cuma.. Apa jadi kat kita nanti?" Safa dongak memandang Thaqif dihadapan.

"Maksud aku, penipuan apa lagi yang kita nak cipta?" Soal Safa tak bertapis. Ada senyuman terlakar di bibir lelaki itu.

"Kau akan tahu bila kau jadi isteri aku nanti." Thaqif melaga gelasnya pada gelas Safa sebelum dia meneguk habis minuman keras itu tanpa rasa sesal dan bersalah.

Sebelah kening diangkat kearah Safa.

"Haih.." Safa hela nafas panjang dan turut membawa gelas minuman itu ke bibir.

Bukankah dia sudah biasa hidup dengan penipuan manusia-manusia disekelilingnya selama ini? Cuma kali ini, Thaqif lebih jujur dengannya berbanding orang dimasa lalunya.

Mungkin Thaqif lebih baik..

Safa teguk habis arak dalam gelas itu buat Thaqif tersenyum memandang gadis itu.

Safa agak menarik di pandangannya.

Continue Reading

You'll Also Like

406K 14.3K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
1.6M 54.6K 55
[Pattenson Family vol. 1] "Kenapa you benci I sangat? Hina sangat ke I ni di mata you?" - Delyn Fawara - "Yes. Memang kau hina. Nak tahu kenapa...
432K 59.3K 49
Book 1: MAHFUZ Book 2: LUTHFI Book 3: TAQI
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...