๐๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐๐š๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๏ฟฝ...

Da Hwayuqiii

58.4K 6.6K 721

Season 1 Energi shizen adalah kekuatan yang perlu dikeluarkan untuk menggunakan ability, energi itu dimiliki... Altro

SEASON 1: DESCRIBE
CHAPTER 1
CHAPTER 2
CHAPTER 3
CHAPTER 4
CHAPTER 5
CHAPTER 6
CHAPTER 7
CHAPTER 8
CHAPTER 9
CHAPTER 10
CHAPTER 11
CHAPTER 12
CHAPTER 13
CHAPTER 15
CHAPTER 16
CHAPTER 17
CHAPTER 18
SPECIAL CHAPTER
CHAPTER 19
CHAPTER 20
CHAPTER 21
CHAPTER 22
CHAPTER 23
CHAPTER 24
CHAPTER 25
CHAPTER 26
CHAPTER 27
CHAPTER 28
CHAPTER 29
CHAPTER 30
SEASON 2: HEADING TO WAR
S2 CHAPTER 1
S2 CHAPTER 2
S2 CHAPTER 3
S2 CHAPTER 4
S2 CHAPTER 5
S2 CHAPTER 6
S2 CHAPTER 7
S2 CHAPTER 8
S2 CHAPTER 9
S2 CHAPTER 10
S2 CHAPTER 11
S2 CHAPTER 12
S2 CHAPTER 13
S2 CHAPTER 14
S2 CHAPTER 15
S2 CHAPTER 16
S2 CHAPTER 17
S2 CHAPTER 18
S2 CHAPTER 19
SPECIAL CHAPTER.
S2 CHAPTER 20
S2 CHAPTER 21
S2 CHAPTER 22
S2 CHAPTER 23
S2 CHAPTER 24
S2 CHAPTER 25
S2 CHAPTER 26
S2 CHAPTER 27
S2 CHAPTER 28
S2 CHAPTER 29
S2 CHAPTER 30
Q:A chapter
S3 CHAPTER 1
I am back..
S3 CHAPTER 2
S3 CHAPTER 3

CHAPTER 14

824 97 3
Da Hwayuqiii

Untuk pertama kalinya, mereka melihat riak wajah yang berbeza dari Ace. Bola matanya seperti hendak keluar kerana sangat terkejut.

Bayangan masa lalu nya mula kembali di ingatan.

Flashback on

Seorang lelaki sedang mengerat leher Ace berkali kali
Ace menangis dan meronta kesakitan namun lelaki itu tidak melepaskan nya.
Sebaliknya dia berulang kali mengatakan perkataan yang sama ketika melakukan hal itu kepada Ace iaitu "kau harus mati!"

Flashback off

Mata Ace mula berkaca kaca, Kazuke terus melepaskan tangan nya dari leher Ace.

"Ace.. aku minta maaf." Ucap nya sambil mendekati Ace.

Namun Ace berundur menjauhkan dirinya dari Kazuke.

Dia merasa sesak, air matanya mengalir dan wajah nya semakin pucat.
Tubuh nya mula mengingat kembali rasa sakit ketika lehernya dikerat berkali kali.

Kedua tangan nya mencengkam lehernya sendiri sambil merintih kesakitan. Hal itu membuat teman temannya risau dan dalam masa yang sama juga merasa hairan.

"Ace.... Ace.. okay ke?." Tanya Rin yang cuba mendekati Ace.

Ace semakin menjauh sehingga belakang nya tersandar di penjuru depan kelas.

Dia mula menangis teresak. Dan tepat ketika kembang api dilepaskan, kesemua jendela kaca di kelas itu pecah satu persatu..

Mereka menoleh ke arah jendela itu dan memandang Ace semula.

Seluruh ruangan kelas itu tiba tiba seperti dilanda angin badai yang datang dari arah Ace sehingga menyebabkan beberapa buah kerusi dan meja berhampiran nya terlempar ke belakang.

"Apa semua ni." Ujar Asyura.

"Takde energi Shizen yang terasa. Tapi semua ni kekuatan Ace ke?" Gumam Sai

Kaca kaca dari jendela kelas yang pecah itu jatuh tepat di atas bumbung dewan perhimpunan sehingga membuat orang orang yang berada di sana terkejut.

"Apa yang berlaku di atas?." Ujar Raja Tarama.

"Maaf Yang Mulia, kami akan memeriksa nya." Kata Yuhiko Sensei yang turut terkejut dengan bunyi itu.

Yuhiko sensei dan seorang guru lain naik ke dalam bangunan academy untuk memeriksa apa yang berlaku.

Mereka mencari punca kekacauan itu.

***

Di kelas, mereka hanya mampu berdiri kaku melihat apa yang terjadi. Mereka tidak mampu mendekati Ace kerana angin yang datang dari arah nya.

"Apa yang jadi sebenarnya? Semua ni kekuatan Ace ke?" Ujar Shiro.

Banyak persoalan yang bermain di fikiran mereka ketika itu.

Tiba tiba, kesemua lampu di ruangan itu pecah hingga membuat kelas menjadi gelap.

Namun beberapa saat kemudian cahaya bulan purnama memasuki ruang kelas itu melalui tingkap.

Apabila ruangan menjadi terang, mereka secara serentak cuba mereda angin kencang itu untuk menghampiri Ace.

Namun mereka terhenti kerana di sekitar Ace seperti ada tekanan luar biasa yang membuat tubuh mereka sakit apabila mendekat. Semakin dekat mereka, semakin kuat tekanan itu.

"Apa benda ni!!! " Ucap Asyura kerana terkejut.

Kagura yang sejak tadi mencari keberadaan Ace akhirnya tiba di kelas itu apabila mendengar keributan dari sana.

Dia melihat Ace yang menangis dan cuba mendekatinya. Namun tekanan yang menyakitkan itu membuatnya terhenti. Kelas itu juga menjadi sesak kerana angin yang datang dari arah Ace menerbangkan banyak barang barang di kelas itu.

"Ace, bertenang!! " Jerit Kagura ke arah Ace.

Namun Ace tetap menangis sembari ketakutan di penjuru depan kelas itu.

Kagura melihat cahaya bulan purnama yang memasuki ruangan kelas.

"Kazuke, tutup semua tirai ruangan ini, jangan biarkan cahaya bulan itu masuk." Arah kagura kepada Kazuke yang kebetulan berada paling dekat dengan tingkap kelas.

Kazuke pun terus menutup tirai di jendela.
Namun, cahaya bulan purnama masih dapat menembus masuk kerana tirai itu diterbangkan oleh angin kencang dari dalam ruangan itu.

Kagura melihat cahaya bulan purnama yang sudah agak tidak seberapa, dia mencuba untuk mendekati Ace lagi.

Setelah mencuba, tekanan yang berada di sekeliling Ace masih terasa kuat dan Kagura tidak mampu menghadapinya.

"Ace bertenang, rasa sakit itu hanya ingatan tubuh kamu. Kamu tidak apa apa." Jerit kagura lagi.

Kata kata itu membuat yang lain bingung.

"Apa maksud Tuan Kagura?" Gumam Mirae.

"Ingatan tubuh?" Sambung Shiro pula.

Mereka hanya mampu berdiri dengan beban fikiran mereka.

Ace pula masih tidak mampu menenangkan dirinya, rasa sakit pada lehernya masih dia rasai.

Kagura yang sudah tidak sanggup melihat Ace menderita seperti itu memutuskan untuk datang kepadanya.

Dia melangkah maju walaupun tekanan yang ada di sekitar Ace membuat dirinya merasakan sakit yang teramat. Semakin dia mendekat, semakin sakit yang dia rasakan.

Hanya beberapa langkah sebelum dia dapat menggapai Ace, mulut nya memuntahkan darah namun dia masih meneruskan niatnya.

Mereka terkejut melihat tindakan Kagura namun tidak mampu berbuat apa apa.

"Apa yang Atok buat ni." Jerit Sai yang berada di bahagian belakang kelas.

"Aku sendiri tak tahan dengan sakit tu, macam mana Atok kau boleh tahan." Ujar Asyura.

Kagura tidak mengendahkan Sai dan meneruskan langkah nya sedikit demi sedikit walaupun darah yang dimuntahkan nya semakin banyak.

Dalam masa yang sama, Yuhiko Sensei beserta seorang lagi guru tiba di kelas. Mereka terkejut dengan apa yang berlaku di dalam ruangan itu. Angin badai yang datang dari arah Ace masih bertiup kencang membuatkan barang barang di ruangan itu berterbangan.

Rasa terperanjat mereka semakin bertambah apabila melihat Kagura yang berlumuran darah dan Ace yang menangis di penjuru kelas.

Yuhiko Sensei cuba mendekati mereka, namun tekanan itu menghalang nya.

"Apa benda ni " ujarnya kerana terkejut.

"Ada kekuatan yang berasal dari kelas ni. Tapi ini bukan energi shizen." Ujar guru yang bersama Yuhiko Sensei.

Akhirnya, kagura dapat menggapai tubuh Ace kemudian menyingkirkan tangan nya dari leher. Dia memeluk Ace dengan erat sambil mengusap kepala nya dan berkata..

"Tenang Ace, kamu tidak apa apa.
Yang kamu rasakan cuma rasa sakit yang diingati tubuh kamu.
Sudah tidak ada yang menyakiti kamu sekarang.
Kamu sudah selamat." Kata Kagura untuk menenangkan Ace.

Kata kata Kagura membuat semua yang mendengarnya terkejut.

Ace mendengar kata kata Kagura dan mula tenang, suara tangisan nya juga mula reda dan hanya esakkan kecil yang masih terdengar. Manakala angin kencang yang ada di kelas itu juga turut menghilang bersama tekanan yang ada di sekitar Ace.

Mereka semua mendekati Kagura dan Ace.

"Kamu sudah tidak apa apa Ace. Tenang kan diri kamu." Kata Kagura lagi.

Dengan mata yang merah dia melihat wajah Kagura, kemudian esakkan nya mulai terhenti dan dia pengsan di dalam pelukan Kagura. Semua nya kembali reda namun mereka yang menyaksikan kejadian itu masih terkejut dan bingung.

"Apa yang sebenarnya terjadi kepada Ace?" Tanya Yuhiko Sensei kepada kagura.

"Maaf, tapi saya harus membawa pulang cucu saya sekarang." Kata Kagura.

"Ohh, Baiklah kalau begitu. Kita akan membicarakan hal ini nanti" Kata Yuhiko Sensei.

Kagura membaringkan Ace di lantai kemudian membersihkan darah yang ada pada dirinya.

"Sai, boleh tolong Atok bawa Ace?" Tanya Kagura kepada Sai.

Melihat keadaan Kakek nya yang sedang terluka, dia pun mengangguk dengan wajah yang masih kebingungan.

Sai mendukung Ace yang tidak menyedarkan diri. Kagura pula mengikuti mereka dari belakang bersama Yuhiko Sensei.

Raizo, Rin, Asyura, Shiro, Mirae dan Kazuke masih terkejut dengan apa yang telah terjadi.

Kazuke memandang tangan nya yang telah mencengkam leher Ace dan menyesali perbuatan nya.

"Apa yang aku dah buat." Gumam nya sendiri.

Guru yang datang bersama Yuhiko Sensei tadi masih berdiri di pintu kelas itu.

"Kamu semua perlu turun ke bawah, jangan ada yang berada di dalam bangunan academy lagi. Dan kejadian tadi tidak boleh diceritakan kepada sesiapa buat masa ini. " Katanya.

Mereka hanya mengangguk faham dengan riak wajah yang jelas kebingungan dan terkejut.

Raizo mengambil pedang milik Ace yang tertinggal di sana kemudian menyerahkan nya kepada Kazuke.

"Kau kena jumpa Ace dan minta maaf dengan dia esok." Ujar Raizo sambil menghulur pedang milik Ace.

Kazuke mengambil pedang itu tanpa mengatakan apa apa.

Kemudian mereka pun keluar dari kelas itu dan turun bersama guru tadi dengan fikiran yang masih penuh tanda tanya.

***

Yuhiko Sensei kembali ke dewan perhimpunan.

"Apa yang terjadi di sana?" Tanya Raja Tarama.

"Hanya kecelakaan kecil Yang Mulia." Jawabnya.

"Ada yang tercedera?" Tanya Raja Tarama lagi.

"Cucu Tuan Kagura tidak sedarkan diri." Ujar Yuhiko Sensei.

"Kagura? Di mana dia sekarang." Tanya nya lagi.

"Sebentar tadi mereka singgah di ruangan medis, tapi mungkin sekarang sudah mahu berangkat pulang." Jawab Yuhiko Sensei.

"Kalau begitu maklum kan kepada Tuan Kagura, saya akan menghantar mereka pulang menggunakan kereta kuda kerajaan." Ujar Raja Tarama.

"Baiklah kalau begitu."

Yuhiko Sensei pun menyampaikan apa yang dikatakan Raja Tarama.
Kemudian Kagura bersama Sai dan Ace pulang dengan menaiki kenderaan.

****

Tiba di kediaman Kagura, Sai membawa Ace ke kamarnya dan membaringkan nya di katil. Dia juga sempat mengusap air mata Ace dan menyelimuti nya.

Setelah itu dia pun keluar dan duduk bersama kakek nya di ruang tamu.

"Apa yang jadi dengan Ace sebenarnya?" Tanya Sai di ruangan yang hening itu.

To be continue..
Jangan lupa Vote.. terima kasihh..

Continua a leggere

Ti piacerร  anche

45.2K 3.1K 73
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love firs...
1.6M 120K 101
ALPHABET SERIES: S for SCHOOL 1# Apa pendapat kau tentang kahwin ketika masih bersekolah? Disclaimer: CERITA HANYA FANTASI. FEMALE CHARACTER SEDANG B...
1.5M 78K 21
Bagi Mia Elysha, cukuplah 3 tahun dia dibuli oleh Adrian Harris di bangku sekolah. Selepas sahaja Mia Elysha tamat sekolah, dia dipaksa pula berkahwi...
1.3M 62.5K 57
SYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan dar...